Kita selalu terperangkap dengan soalan balas. Mana ada
modal? Mana nak cari modal? Bukan sedikit
modalnya? Mungkin kita boleh fikirkan dalam-dalam. Sudah sampai masanya kita
berdikari. Bagaimana? Mari kita kongsi fikir sama-sama.
1
Kita ada harta walaupun mungkin tidak
banyak. Berbagai kategori. Ada yang lebih dan ada yang kurang. Mungkin ramai
yang hartanya terlalu sedikit untuk difikirkan. Tidak mengapa. Nanti kita fikirkan.
2
Kita ada pendapatan. Ada yang banyak
pendapatannya dan ada yang sedikit. Ada yang berlebihan dan ada yang
cukup-cukup sahaja.
3
Ada antara kita yang mencari poendapatan
lain. Untuk menambah cukup atau untuk mencari kelebihan.
4
Tanggungan kewangan kita banyak. Anak-anak
semakin membesar. Keperluan hidup yang lain perlu difikirkan.
5
Kita tidak tahu masa hadapan kita semua.
Cemerlang atau tidak.
Soalnya, kenapa kita tidak berbuat sesuatu untuk
sama-sama meringankan tanggungan antara satu sama lain. Dalam sejarah orang
Melayu ada beberapa negatif yang sukar dihapuskan. Sukar dibuang tabiatnya.
Sejak penulis muda hingga berumur lanjut cerita tidak amanah kepada rakan
kongsi masih berlaku terus-menerus.
1
Apa-apa usaha yang dibuat secara
perkongsian membawa musibah kepada rakan kongsi.
2
Usaha koperasi tidak disokong oleh ahli.
3
Apabila berniaga banyak hasad dengki.
4
Ramai yang dikatakan menggunakan
pelaris. Bukan profesiomalism. Bukan ibadah.
Kaum dan bangsa lain berniaga dengan usaha. Dengan ilmu.
Dengan pengalaman. Yang kita tidak tahu ialah bantuan moral dan modal dari
saudara mara, rakan taulan dan institusi kewangan yang kaum atau bangsa mereka miliki.
Kerana itu kita perlukan alternatif yang lebih kondusif kepada status ekonomi kita.
Ketidak mampuan kita. Mari kita dekati
permasalahan ini dengan jalan lain yang selamat. Ingat, jangan terlibat dengan
skim cepat kaya. Kita buat sesuatu yang kita sendiri seperti tidak sedar. Jangan
gopoh. Jangan tamak. Jangan terburu-buru. Pilih yang selamat. Yang halal. Yang suci.
Yang mematuhi kehendak syariah.
Pembentukan Yayasan Keluarga
Soalan pertama mungkin, apa benda ni? Baiklah. Setiap
keluarga elok jika berusaha membentuk yayasan untuk keluarga masing-masing. Ikut
kadar kemampuan masing-masing tetepi faedahnya untuk seluruh ahli keluarga. Dalam
menikmati faedah yayasan ini tidak ada ahli yang harus dinafikan. Yang penting
ialah seluruh ahli keluarga terbela. Bagaimana hendak memulakan? Ini cerita
semangat. Cerita warisan. Cerita masa hadapan.
1
Dalam keluarga ada tokoh yang
menyatukan. Mungkin datuk atau nenek. Mungkin anak sulong. Mungkin siapa sahaja
asalkan ada tokoh yang dapat menyatukan pemikiran ahli keluarga yang lain.
2
Sumbangan mengikut kadar kemampuan. Himpunkan
dana dalam bentuk wang ringgit. Mungkin ribuan ringgit. Mungkin ratusan. Mungkin
puluh-puluh. Mungkin beberapa ringgit. Mungkin sekadar beberapa puluh sen. Setiap
masa. Setiap bulan. Mungkin dibuka akaun bank. Semua wang dimasukknan ke dalam
akaun. Masing-masing mencatatkan tarikh, masa dan amaun yang dimasukkan. Bukan untuk
perbandingan siapa lebih dan siapa kurang. Sebaliknya hanya untuk mengetahui
sumber dana itu sendiri.
3
Anak cucu yang berikutnya dinasihati dan
digalakkan untuk meneruskan sumbangan walaupun yayasan telah sampai kepada
peringkat kukuh.
4
Manfaatnya biarlah hingga ke akhir
zaman.
Setelah tiga atau lima tahun cuba semak dana itu. Rasanya
tentulah amaunnya beribu ringgit. Tunggu, jangan gelap mata. Sebelum ditubuhkan
dana.
1
Yayasan hendaklah didaftarkan dahulu.
2
Dilantik lembaga pengarah.
3
Ada lembaga pengurus dari pengerusi,
setiausaham bendahari dan AJK.
4
Ada pemegang amanah.
5
Hak menandatangani cek jika ada. Semua transaksi
hendaklah menggunakan cek. Bukan wang tunai.
Untuk apa yayasan?
1
Membina empayar ekonomi keluarga. Seluruh
keluarga.
2
Faedahnya melampaui dari pemikiran kita.
Bahawa ekonomi membina ekonomi berikutnya.
Manfaat kepada ahli keluarga:
1
Pembiayaan pendidikan bagi yang
kekurangan. Ahli yang berkemampuan tidak ghairah mendapatkan faedah yayasan
keluarga. Konsepnya membantu yang perlu dibantu. Bukan secara individu tetapi
melalui perkongsian.
2
Mebeli hartanah yang tidak dikhuatiri
ada susutnilainya.
3
Membeli tanah ladang. Hasil ladang akan
membolehkan ladang lain dibeli kemudiannya.
4
Membeli rumah kedai untuk disewa.
5
Membantu ahli keluarga memiliki rumah
mampu milik.
6
Memberi peluang pekerjaan kepada ahli
keluarga.
Apabila yayasan ini kukuh dari segi ekonomi lakukan
pula tanggungjawab sosial.
1
Membantu kewangan kepada bakal hafiz dan
hafizah.
2
Ibu tunggal yang perlukan modal untuk
berniaga menyara hidup.
3
Bantuan kepada saudara baru.
4
Bantuan kebajikan dan amal yang lain. Banyak
dan boleh difikirkan mengikut turutan dan keutamaan.
5
Sekolah tahfiz dan pengajian al-Quran.
6
Institusi pendidikan agama.
Jika ramai keluaraga yang membentuk yayasan keluarga
penulis yakin ramai ahli keluarga yang terbela nasibnya. Cuma ada beberapa
perkara yang tidak boleh dilepas pandang.
1
Abak-anak sentiassa ditarbiahkan supaya
memiliki rasa tanggungjawab terhadap ahli keluarganya. Kepada saudara-maranya
sendiri terlebih dahulu.
2
Didik supaya mereka yang mampu hendaklah
berdikari di samping menyumbang. Konsepnya ialah menambah kekukuhan yayasan
bukan meruntuhkannya.
3
Konsep besarnya ialah menyumbang bukan
menerima. Yang layak sahaja menerima bantuan yayasan. Pahala hendaklah
dihimpunya mengikut kadar masing-masing. Elakkan dosa terhimpun.
4
Dalam pemilikan rumah umpamanya, yayasan
membantu kepada ahli yang perlukan bantuan. Mungkin bayaran awal, insuran dan
bayaran-bayaran lain yang diperlukan. Tanpa faedah. Tanpa caj. Kembalikan yayasan
kepada ahli keluarga.
Dalam keadaan kehidupan yang semakin menyesakkan
ini, yayasan keluarga boleh membantu diri kita sendiri dan membanntu ahli
keluarga. Membantu negara. Mungkin dengan cara itu kita lebih berdikari. Lebih matang
berfikir kerana kita tidak perlukan bantuan orang lain yang akhirnya menjerat
diri dek hutang. Dek budi. Dek perlu membayar balik dengan hal-hal yang tidak
kita gemari. Andainya semua keluarga bertindak yang sama, kita biarkan kerajaan
dengan peranannya. Kita pantau dengan cara demokrasi yang kita amalkan. Biarkan
semua institusi ekonomi dengan jalan mereka masing-masing. Kita jaga ekonomi
keluarga. Ekonomi perut kita. Perut kita, kita sendiri yang jaga. Tidak terlalu
mengharap-harap sehingga terjual maruah diri. InsyaAllah kesejahteraan keluarga lebih
terjamin. Apa lagi yang lebih penting melebihi agama? Apabila kita kenyang
mudah-mudahan Allah memberikan kita kesihatan yang baik. Mudah beribadat. Boleh
pula membantu orang lain menikmati ibadat yang bersambut-sambut manfaatnya.
InsyaAllah kita boleh lakukannya dengan izin Allah jua. Redha Allah sangat
banyak jika kita berusaha keranaNya.