Minggu lalu adalah minggu yang bersusun cantiknya. Pada 2 April penulis dijemut menjadi pengadil dalam pertandingan kebudayaan di Markaz Nil. Pada 3 April pula berkongsi pengalaman dengan anak-anak Johor di Rumah Johor, di Hayyu Thamin, Kaherah. Sesuatu yang tidak terduga sama sekali. Sesuatu yang bermula mengambang dan mengembang menjadi suatu sekuen pertemuan yang berulang. Pertemuan di Sinai dilanjutkan di Hayyi Thamin. Penulis sebenarnya datang ke Mesir hanya untuk mempelajari Bahasa Arab yang diidamkan sejak sekian lama. Walau bagaimanapun Allah menemukan penulis dengan suatu ruang untuk berkongsi dengan anak-anak Johor. Waktu sesingkat dua jam tidak cukup untuk menebar ilmu yang banyak. Sekadar memberikan gambaran bak sketsa awal untuk menyingkap yang lebih padat dan banyak. Masa mungkin yang menjadi kekangan. Apapun penulis berasa girang kerana dapat memberikan yang sedikit untuk santapan minda menghadapi yang lebih besar.
Mahasiswa sebenarnya perlu banyak menghabiskan masa untuk menambahkan input dalam berbagai bentuk dan ketegori ilmu.
1 Secara formal
2 Secara tak formal
3 Secara infoprmal
Pada kebiasaannya, pembelajaran dan pengajaran dilaksanakan secara formal. Ada tempat yang dinamakan universiti. Siap dengan dewan, bilik kuliah dan pejabat. Termasuk juga perpustakaan, makmal dan bengkel. Terdapat sistem perkuliahan dan ada jadual kuliah, peperiksaan, ujian dan jangkamasa yang ditentukan. Dalam hal ini mahasiswa dipertanggungjwabkan untuk menyempurnakan beberapa hal.
1 Hadir ke kuliah walaupun mungkin tidak diwajibkan. Soalnya kenapa? Untuk menghormati pensyarah yang lebih berilmu. Yang lebih banyak pengalamannya. Yang lebih arif tentang ilmu yang disampaikan. Yang lebih tua memanag untuk lebih dihormati.
2 Untuk menghormati ilmu yang hendak dipelajari. Pernah dengar bahawa mulut guru adalah masin? Mendengar butir-butir fakta dan segala-gala yang berkaitan adalah suatu kewajipan. Hadir memandang guru. Mendengar sendiri. Memasak minda dengan apa sahaja yang positif dan membuang yang negatif. Pensyarah itulah yang membuat soalan peperiksaan. Yang menandakan skrip peperiksaan. Yang menentukan lulus atau gagal seseorang pelajar dengan izin Allah.
3 Menghantar tugasan dalam apa bentuknya sekalipun apabila ianya diperlukan. Markahnya ditambahkan dalam markah himpunan hingga akhir semester.
4 Mendapatkan doa dari batu, pasir, rumput, dedaun, pepohon yang ada di sepanjang jalan pergi dan balik. Termasuk juga bangunan dan haiwan yang berkeliaran. Jika pergi dan balik kerana Allah nescaya perjalanannya diiringi malaikat yang banyak jumlahnya. InsyaAllah dilindungi pergi dan baliknya. Ingat! Menuntut ilmu adalah suatu jidah. Mudah-mudahan sekiranya Allah sayang dan nyawanya diambil dibalas dengan syurga. Mudah-mudahnya ajalnya dalam iman.
5 Amanah terhadap ibu dan bapa yang menghulur wang setiap bulan dengan keringat dan titik peluh yang tidak pernah diungkit sepanjang pengajian. Dari jauh doa mereka dititipkan. Bayangkan senario bahawa ibu dan bapa mengikat perut, kehendak dan keinginan mereka kerana inginkan anak-anak mereka mendapat pendidikan yang lebih baik dari mereka. Atau lebih baik pada perkiraan mereka.
6 Hadir ke kuliah seperti juga menggabungkan diri dengan orang "tua". Penglibatan mereka menambahkan mudahnya perkongsian tentang apa sahaja yang pernah mereka lalui sama ada sebagai pelajar atau sebagai pendidik. Berada di hadapan mata pensyarah kadang-kadang seperti mandapat restu. Mereka redha ilmu mereka disampaikan dan diterima pelajar. Jangan juga lupa selalunya pensyarah atau sesiapa sahaja pendidik mendoakan kejayaan anak didiknya. Berungtunglah mereka yang hadir. Rugilah mereka yang tidak hadir.
7 Tidak ramai mahasiswa yang maklum. Guru sangat besar pengaruhnya dalam mentarbiahkan pelajar. Menggembirakan mereka sangat besar impaknya. Menyakitkan hati mereka padah akibatnya. Cuba bayangkan. Seorang mahasiswa yang tidak pernah hadir ke kuliah sepanjang semester. Waktu peperiksaan dia hadir. Apabila memandang kertas soalan dia tidak faham apa yang dibaca. Tidak tahu apa yang diperlukan soalan. Mengapa? Dia tidak pernah mendengar kuliah. Tidak pernah mendengar suara pensyarah. Tidak pernah tahu lenggok bahasa yang selalu digunakan oleh pensyarah. Tidak tahu panduan peperiksan yang selalu diberikan kepada pelajar yang selalu hadir. Fikirkan.
Ilmu adalah amanah. Mencariya amanah. Mengamalkannya amanah. Menyebarkannya juga amanah. Kerana itu masa wajib dihargai. Digunakan semaksimum dan seoptimumnya. Jadikan pepatah dari buaian hingga ke liang lahad itu suatu realiti. Bukan hanya bidalan yang tiada makna. Bukan pula menangguh-nangguhkan kejayaan. Istilah kejayaan tertunda adalah ungkapan yang hanya menipu diri sendiri. Mensia-siakan peluang yang ada. Dalam pendidikan jika kita gagal menghargai ruang dan peluang yang diberikan maka elok juga ruang itu diberikan kepada orang lain yang berkelayakan. Berikan peluang itu kepada orang lain yang berkeinginan. Apabila anda berada di hadapan hendaklah memimpin. Berikan contoh yang terbaik kepada orang lain yang mengikutinya. Bukan menghalang. Apabila anda di belakang hendaklah menjadi makmum yang baik. Pengikut yang setia. Membantu dari belakang. Dari sisi. Membantu dan tidak menikam dari belakang. Sama-sama berusaha tetapi rezeki yang diterima dari Allah mungkin dalam bentuk yang berbagai. Rezeki masing-masing.
Selain dari pembelajaran secara formal jangan lupa pembelajarn tak formal dan informal yang sangat banyak di sekeliling kita. Pelajar di Mesir umpamanya beruntung kerana banyak kuliah di masjid yang diberi secara percuma. Penyampainya adalah mereka yang diperakui memiliki ilmu yang tinggi. Mereka mungkin memang pensyarah dan guru. Kadang-kadang ramai antara mereka adalah profesional yang memang mendalami ilmu agama. Mereka menjadi pendakwah bebas. Tempat mereka di masjid. Di tiang-tiang dan ruang-ruang yang terpilih. Masjid selalunya menjadi tumpuan pelajar-pelajar Universiti al-Azhar dan sesiapa sahaja yang berminat. Tentulah malang sekiranya peluang yang tersua di hadapan mata tidak diambil untuk menggarapnya di sini. Hal yang serupa tidak terdapat di Malaysia. Tradisi itu belum wujud. Maaf. Sebab itu masjid kita sunyi dan sepi kecuali waktu solat sahaja. Konsep "jamiah" dan "jamik" tidak diterjemahkan menjadi pusat ilmu yang hebat. Dalam mencari ilmu mahasiawa tidak boleh melupakan hal-hal lain yang disebut sebagai kemahiran sosial atau soft skill.
1 Kemahiran berkomunikasi
2 Pengucapan awam
3 Asas protokol dan etiket (makan, pakaian, kerja)
4 Kepimpinan
5 Kualiti
6 Kreativiti
Banyak lagi yang diperlukan oleh mahasiswa sebelum boleh keluar menceburkan diri dalam bidang pekerjaan. Sebelum boleh membina kerjaya dalam bidang-bidang yang memerlukan. Sebelum dapat menyumbang dengan berkesan. Kerana itu minda dan kesedaran individu perlu bangun dan dibangunkan. Memandang ke hadapan dengan penuh berencana. Berusaha menggarap kejayaan sesingkat masa yang mungkin. Kejayaan secemerlang yang mungkin. Balik ke pangkuan keluarga dengan hati yang lapang kerana ada keyakinan untuk membina kerjaya yang dicita. Ada keyakinan untuk membina kehiduppan yang mencukupi. Masa lalu telah berlalu. Masa hadapan perlu diusahakan dari sekarang. Dari kenyataan apa sahaja yang anda berada sekarang. Kinilah masa untuk berubah, menjana perubahan dan mengubah paradigma. Rencanakan kejayaan segemilang yang wajar. Peluang ini hanya sekali. Dua kali untuk kejayaan lain. Carilah kejayaan yang berkali-kali. Ia memperkayakan diri. Ilmu tidak pernah memufliskan sesiapa.
Untuk berjaya harus dibina kekuatan mental. Mengukuhkan posikologi. Berkeinginan besar untuk berjaya. Diusahakan kejayaan. Banyak kekangan dan cabaran untuk berjaya. Carilah rakan-rakan yang membantu. Bukan yang merosakkan. Jangan banyakkan tidur kerana tidur anda kosong. Ada masanya anda akan tidur selama-lamanya tetapi berisi. Isinya itu ditinggalkan untuk orang-orang terkemudian. Jangan banyak bermain kerana taman-taman syurga Allah janjikan untuk bermain selama-lamanya di sana nanti. Jangan diperjudikan nasib. Semasa muda inilah sahaja ruang untuk menjadi somebody. Usah menjadi sampahbody. Elok berada lama di bumi anbia ini jika menempa kejayaan demi kejayaan. Orang lain akan turut gembira. Namun jika keberadaan di sini kerana menambah bilangan kegagalan tentulah banyak kerugian yang tertanggung. Hutang masa, budi dan wang ringgit yang semakin banyak. Bangkitlah dari tidur supaya jagamu bermanfaat.