Monday, March 28, 2011

TV – Parents, Use Your Discretion and Advice

Sebelum sesuatu program TV dipaparkan kita dimaklumkan bahawa program itu “U” atau “SX18”. Setakat mana kita faham kedua-dua kategori siaran itu? Benarkah yang “U” itu sesuai untuk tontonan seisi keluarga? Nilai siapa yang menjadi ukuran? Islam? Siapa-siapa sahaja? Free Thinkers? Yang “SX18” tu apa pula? Jika itu bukan untuk kelas “U” kenapa pula mesti disiarkan? Persoalan-persoalan ini banyak menyangkut beberapa aspek kehidupan kita. Mungkin enteng bagi sesetengah orang. Mari kita buat renungan. Kita selami dalam-dalam. TV untuk apa? Hiburan? Pendidikan? Propaganda? Komersil? Atau ada agenda lain yang lebih halus. Very subtle.  Kenapa di negara membangun lebih banyak hiburan berbanding dengan kerencaman hidangannya di negara maju?

Di negara membangun fizikaalnya yang dibangunkan. Minda jauh di belakang. Agenda membangunkan mengambil masa yang terlalu panjang. Yang dikejar ialah kekayaan. Kita masih lemah dari segi budaya. Not much civilized. Not cultured enough. Learned? Not so. Still a long way to that stature. Most of the time we are still ape the west. Masih belum kukuh diri kita. Masih banyak yang perlu dipelajari. TV adalah satu darinya.
  
Di US program TV dikategorikan kepada G, PG13, PG17, X, XX dan XXX. Yang tiga dihujung kadang-kadang disebut single X, double X dan triple X. Saya hanya melihat ini di US sahaja. Di Canada umpamanya sama seperti di Malaysia. Begitu juga di United Kingdom atau di Singapura. Hanya di US kategorinya lebih menyeluruh. Semua siaran yang bertaraf G hanya hingga pukul 10 malam sahaja. Begitulah setiap hari. Tujuh hari seminggu. 365 hari setahun. Tiada pengecualian. Saya melihat bahawa orang Amerika agak terbuka pemikirannya. Paradigmanya sudah  lama berubah. Jauh ke hadapan dari segi kita. Sangat jauh. Tetapi dalam hal pendidikan anak-anak, mereka masih setia kekal melestarikan adat sosialnya. Sesuatu yang ironis mungkin. Terlalu banyak paradox dalam kehidupan mereka. Kita melihat secara luarannya bahawa mereka adalah orang-orang yang lepas bebas. Namun mereka lebih berprinsip. Ada nilai-nilai yang dipertahankan. Bukan semuanya dilepaskan. Jika dilepaskan sekalipun mereka masih memegang talinya. Mereka yang memainkan tali itu. Hulur tariknya dikawal. Dijaga. Pengamal media tidaklah sebebas seperti yang kita lihat. Seperti yang kita faham.  No. Never. Not many of us can understand the way they think. They are always beyond  the norm.

G bagi orang Amerika tentulah berbeza dengan U bagi orang Malaysia. Orang Malaysia tentulah ukurannya orang Islam. Maka kayu ukur itu sepatutnya  mengikut acuan kita seperti yang selalu diulang-ulang. Yang selalu jadi retorik. Ikut acuan kita. Maknanya acuan Melayu. Melayu yang Islam. Kepada orang Amerika G masih menunjukkan adegan ranjang. Bercium yang memanjang. Yang digambarkan dari berbagai sudut. Penulis skrip dan pengarah ingin memberikan gambaran berahinya suami isteri. Mungkin dua kekasih. Berahi yang sebenarnya. Satu lakonan yang real yang ingin ditonjolkan. In a very compromising position. Letting the audience play with their imagination. Kepada mereka itu adalah normal. Sangat lumrah. Kasih sayang dalam keluarga tiada batas-batasnya. Ayah dan ibu berciuman malah natijahnya ialah menggembirakan anak-anak. Mereka menjadi damai. Psychologically they will be stable. Meeka datang dari keluarga yang diktegorikan selamat.

Adakah itu U bagi orang Malaysia? Kita kena buat penilaian semula. Kriteria U mesti didefinasikan semula. Diberi nafas baru. Saya kira bukan orang Melayu-Islam sahaja yang ganjil menonton siaran kategori U di TV kita. Malah yang bukan Islam juga merasakan itu bukan budaya mereka. Memang mereka tidak pernah bising. Tetapi sikap konservatif masih tersemat di hati. Malah orang Amerika sendiripun tidak kesemuanya akur dangan apa yang dipaparkan oleh TV dan filem-filem mereka. Sifat kemanusiaan masih ada tahap-tahap yang dijaga. Yang dipelihara. Yang ingin terus diwariskan kepada generasi turunan mereka. Sewaktu saya di Toronto Canada dulu perihal U itu sama dengan TV kita. Sewaktu saya duduk di Johor Bahru saya selalu terpana kerana siaran TVnya tiada batas-batas siuman. Kadang-kadang jauh tidak waras dari TV kita pula. Siaran antara pukul 8.00 hingga pukul 10.00 malam banyak yang panas. Panas sepanasnya.

Kita tidak ada PG13 atau PG17. Yang X , XX dan XXX memang tidak ada. Kalau ada memang gila yang sebenar-benar. Tersasar habis. Kesemua kategori ini disiarkan selepas pukul 10,00 malam. Tidak ada yang disiarkan sebelum itu. Pada pukul 10.00 malam adalah waktu tamat kepada kanak-kanak sekolah. Pukul 10.00 malam adalah sleeping time. Time to retire. They have to sleep. Time to grow up. Until then no PG13. PG13 maknanya Parental Guidance bagi mereka yang berumur 13 tahun. Yang belum berumur 13 tahun tidak boleh menontonnya. Masih kecil. Budak lagi. Tidak ada kematangan untuk tahu. Tidak perlu tahu. Apabila sampai sahaja pukul sepuluh malam maka keluarlah caption di TV. Parents please be advised. Use your discretion and advice. Sifat dan tanggungjawab itu dibebankan kepada ibu bapa. Sikap ibu bapa diperingatkan setiap malam. Sebelum tidur. Anak-anak yang berumur 13 tahun perlukan penerangan yang lebih siuman bila dipertontonkan dengan hal-hal yang mystic, fiction dan super natural. Atau yang mungkin ada unsure-unsur ganas. Kejam. Diluar kebiasaan. Something that they have to understand. Something that they should live with. Banyak hal-hal yang tidak dibiarkan to be taken for granted. Jangan dianggap bila mereka besar mereka akan tahu. Akan pandai sendiri. Itu kesilapan ibu bapa. Nanti bila mereka besar, bila mereka tahu mereka tahu dari sudut yang bukan sepatutnya. Ibu apa kena beri panduan. Pilihan akhir kepada mereka apabila mereka dewasa nanti. Sebab  itu bila anak hendak menonton program yang diketegorikan PG 13 ibu bapa kena beri keizinan. Yang keduanya ibu bapa kena hadir hingga tamat. Nanti banyak soalan yang ibu bapa kena beri jawapan yang rasional. Yang professional.

PG17 lebih lagi keperluannya untuk  tanggungjawab ibu bapa. Anak itu sudah berumur 17 tahun. Kepada orang kita 17 tahun sudah dianggap cukup matang. Orang dulu-dulu 17 tahun sudah bebrapa orang anaknya. Awas. 17 tahun bukan umur yang boleh diberi lesen untuk menjadi dewasa. Pada umur itu darjah kemiangan mereka sangat tinggi. Setinggi Gunung Kinabalu agaknya. Ramai ibu bapa gagal mengawal mereka. Gagal mendidik erti hidup. Hakikat diri. Gagal mendamaikan gejolak hati mereka. Jalan menuju dewasa yang gagal ditenangkan. Anak-anak seumur itu tidak ada bimbingan yang wajar untuk meniti hidup dengan yakin. Dengan wawasan wajar untuk maju ke hadapan. Untuk menghadapi hidup dengan fokus. Dengan yakin. Dengan ‘ainul yakin. Pada umur 17 tahun orang Amerika masih terlaku concerned dengan anak mereka.  There are a lot of facts of life that are still elusive to their children. They have to be there to give advice. To give guidance. To coach. To make sure that everything will be alright.

Bagi anak-anak dalam lingkungan PG13 mereka masih lagi berada dalam zon kekeliruan. Banyak persoalan yang belum difahami. Tidak banyak yang dimaklumi. Mereka kena dimaklumkan. Kena diberitahu. Ditunjukkan mana yang benar dan mana yang  tidak. Mana yang betul dan mana yang salah. Mana yang hak dan mana yang batil. Pada umur itu mereka baru hendak mengenal dunia. Bagi yang perempuan mungkin sudah baligh. Namun masih terlalu awal untuk mereka mengetahui banyak perkara. Tahu tetapi tidak faham. Nampak tetapi tidak melihat yang tersirat. Mendengar tetapi tidak memahami butirannya. Tderhidu tetapi tidak tahu aroma atau bauan apa. Pada usia itu mereka perlukan ibu bapa mereka. Perlu kebergantungan yang masih lagi lama.   Untuk bertapak. Untuk berkuda-kuda. Berpijak kukuh. Kejap. Yakin dan ampuh. Parents have to be there when they need them.

Pada umur 17 tahun mereka perlukan kefahaman  yang mendalam. Yang menghalusi situasi. Yang menghalusi semua perkara. Mereka perlu bijak menghubungkan segala sesuatu supaya hidup bukan sesuatu yang terpencil. Tetapi urutan-urutan yang sepadu. Yang seragam. Mereka perlu menghalusi semua perkara. Tersedia nanti bakal warganegara yang perasa. Yang peka dengan fakta hidup. Yang sinonim dengan kewarasan. Membina identiti wajar sebagai bangsa bermaruah. Bangsa berideniti. Berjatidiri. Jelas jalan terang di hadapannya. Boleh diharapkan untuk melestarikan aspirasi negara. Bestari dari minda dan rohani.

Program kategori X, XX dan XXX tidak ada di Malaysia. Di US biasa ditayangkan di TV. Nanti dulu. Ketiga-tiganya bukan filem lucah. Bukan video lucah. Bukan blue film. Bukan phonography. Dalam negara yang kebebasannya hampir mutlak itu masih ada kewarasan. Rational enough to uphold certain basic value. Yang bertaraf X mungkin hanya ada satu adegan yang menyebut sepatah perkataan lucah. Mencarut. That four-letter word of course. Atau mungkin ada aksi membunuh. Atau ada aksi-aksi orang dewasa yang tidak layak untuk kanak-kanak. Yang XX mungkin ada perlakuan yang berulang-ulang. Ada unsur seks yang terlebih sedikit. Mungkin ada aksi kekejaman melampau. Bagi kategori XXX pula sebenarnya tidak ada perlakuan lucah. Yang ditunjukkan ialah perlakuan secara grafik. Satu adegan terlindung. Penonton dibiarkan to use their own imagination. Still rational emotionally and never emotional.

Seja akhir-akhir ini TV kita banyak menyiarkan drama atau  serial yang berbentuk tahyol. Entahlah. Lepas satu, bersiri pula. Bukan satu. Banyak pula. Jadi trend. Jadi kegilaan. Boleh tak kita kembali membina bangsa. Kita hendak ke hadapan. The way forward. Kenapa ditarik ke belakang? Apa dasar TV? Apa dasar kementerian yang menjaga seni dan warisan? Setakat mana peranan Lembaga Penapis Filem? Di mana budayawan kita? Di mana ulama’ kita? Kenapa dalam hal-hal yang boleh menyentuh akidah ini ulama’ tidak dirujuk? Membimcangkan hal-hal agama boleh tetapi dengan garis panduan yang wajar. Rakyat marhaen di luar sana bukan semua ada maklumat yang jelas mengenai agama. Mereka tahu Mazhab Shafie tetapi tidak tahu mazhab-mazhab yang lain. Bila ada yang menunjuk sesuatu mereka tidak tahu memilih.  Akhirnya ramai yang terjebak dengan ajaran sesat.

Kita sudah 54 tahun merdeka. Kita bukan merdeka dari British sahaja. Kita sepatutnya sudah merdeka dan tradisi berfikir secara animism. Secara feudalistik. Kenapa dijengah kembali sesuatu yang sudah dimerdekakan. Pelik rasanya. Sudah merdeka tetapi membelenggu diri untuk kembali kepada zaman yang sudah ditinggalkan. Yang dikaji dalam sejarah sahaja. 54 tahun tidak cukup untuk diisi dengan ramuan-ramuan pascamerdeka.

Banyak hal hidup yang harus dicari jawapannya. Kita mencari dan terus mencari. Orang-orang dewasa harus waras dan kekal waras. Pemimpin harus bertanggungjawab dengan kepimpinannya.  Bukankah Rasulullah telah bersabda bahawa kita semua adalah pemimpin. Setiap kita akan ditanya akan keimpinan kita. Tunggulah. Pada hari pembalasan nanti semuanya akan benar. Allah tidak pernah memungkiri janjiNya. Allahu Akbar.