Seorang ulamak Syafie
Di dalam Masjid As-Syafie
Kubah masjid
Dinding masjid yang berukir penuh seni
Intricate
Detailed
Halus
Pada tiang ini Imam Syafiee bersandar selepas solat Asar untuk menghurai permasalahan agama
Sempat berdiri terlupa hendak bersandar
Maklumat
Nadzam
Kisah taufan Nabi Nuh
Makam Imam Syafie
Di luar kepungan kayu. Bertemu keluarga petugas Kedutaan Malaysia.
Sejarah Imam Syafie
Motif warna di dinding masjid
Ukiran kayu di sekeliling dinding masjid
Jika orang bercerita
mengenai ulamak ini, Muhammad Bin Idris Bin Abbas Bin Uthman bin Syafie Bin
Saib Bin Abdu Yazid Bin Hasyim Bin Abdul Mutalib Bin Abdul Manaf ramai yang
hanya geleng kepala. Apabila disebut Imam Shafiee ramai yang tahu. Mungkin
tidak 100% orang Islam mengetahuainya. Tetapi lebih ramai yang tahu dari yang
tidak tahu. Mereka yang belajar agama tentulah lebih tahu. Mazhab Shafiee
adalah yang ketiga mengikut susur galur Mazhab Sunnah Wal-Jamaah iaitu Hanafi,
Maliki, Shafiee dan Hambali. Imam
Shafiee berguru kepada Imam Malik. Imam Hambal berguru kepada Imam Shafiee.
Mungkin pembaca boleh mengerti urutan itu. Antara mazhab banyak persamaannya.
Namun kearifan antara mereka mentafsir maka terdapat beberapa perbezaan. Tetapi
tidak menyentuh mengenai hal-hal yang berkaitan dengan rukun iman. Tidak juga
berkait dengan hal-hal yang fardhu. Yang wajib. Pengkaji mazhab memiliki
kelebihan kerana mengetahui perbezaan itu. Bagaimana perbezaan itu terjadi? Apa
yang sewajarnya dilakukan apabila berlaku pertembungan antara mazhab? Kita perlu
belajar untuk mengetahuinya.
Sewaktu tuanya Imam
Shafiee berhijrah ke Mesir. Menurut riwayat ia berpindah ke Mesir kerana di
Mesir ketika itu hidup seorang ulamak besar yang bernama Imam Al-Lait.
Kebetulan makam al-marhum berdua berdekatan. Dalam menjejak kedua-dua ulamak
ini saya sempat singgah dan melihat suasana yang dihuni keduanya pada
zaman kegemilangan mereka. Setelah
ditinggalkan ratusan tahun lamanya orang biasanya melupakan sejarahnya sendiri.
Makam keduanya masih dikunjungi orang Islam dari seluruh dunia. Tidak ramai
tetapi setiap hari ada sahaja yang berkunjung. Lazimnya makam-makam ulamak
dahulu dipelihara. Ada masjid yang melindunginya. Mudah-mudahan setiap
pengunjungnya mendapat kelapangan hati dan perasaan. Gembira dan lapang
fikiran. Ulamak yang memulakan mazhab ikutannya bersemadi di situ.
Cerita mengenai Imam
Shafiee tentulah sangat panjang. Ada tiang masjid yang selalu menjadi tempat
Imam Shafiee bersandar selepas waktu Asar. Ketika itulah ia menyelesaikan
beberapa permasalahan fiqh umpamanya. Saya sempat berada di tiang itu.
Wallahua’lam. Tiang itu yang asal atau yang menjadi pengganti di tempatnya.
Saya hanya sempat berdiri. Terlupa pula untuk bersandar. Melakonkan semula
saat-saat Imam Shafiee bersandar di tiang itu. Makamnya hanya di sebelah. Dalam
kepungan yang berukir bercirikan Mesir. Bercirikan Arab. Bercirikan Islam. Kepungan kayu itu sangat
indah jika dijaga dengan rapi. Hasil seni sebegitu sangat banyak di seluruh
Mesir. Kebanyakannya di kawasan masjid, permakaman dan sebagainya. Dibuat dari
kayu. Tahan berkurun-kurun lamanya. Suatu khazanah bangsa. Khazanah agama.
Khazanah seni.
Senibina Islam sangat
menawan. Motif alam disemadikan di sekeliling binaan. Dari lantai, dinding
hinggalah ke bumbungnya. Motif warna. Motif corak. Motif geogmetri juga banyak.
Jika kita perihatin, pandanglah ke arah mana sahaja. Kita akan melihat
keindahan seni orang dahulu. Dapat bertahan berkurun-kurun lamanya.
Keindahannya terserlah dan tersembunyi. Mengindah sendiri sesiapa yang
memandang. Pelajar senibina seharusnya berkunjung ke negara Islam selain ke
negara-negara barat. Di negara Islam ada nilai agama. Fitrah agama diserap
dalam senibina. Lari dari westernization yang keterlaluan hingga di bilik air tidak dapat
dipasang pili untuk beristinjak. Tidak ada dasar Islam dalam senibina kita. Tidak
ada dasar nasional yang menerapkan nilai Islam, budaya Islam, fikrah Islam.
Amalan Islam menjadi sukar di bilik air. Tidak ada konsep ibadat. Yang ada
ialah konsep bina tanpa seni Islam. Negara Islam tetapi kita mengabaikan Islam.
Kadag-kadang di bangunan kerajaan hal-hal yang berkait dengan Islam terlepas
pandang.
Sesungguhnya bumi Nabi
Musa a.s. ini melahirkan ramai ulamak. Jika kita rajin menjejak mereka banyak
makam yang boleh diziarahi. Makam sahabat juga ada di sini. Amru bin Al-As
umpamanya. Begitu juga dengan nama-nama yang terbilanag seperti Hassan al-Bana,
Muhammad Abduh dan yang lain-lain. Dr. Yusuf Al-Qaradwi adalah orang Mesir. Hingga
kini Mesir masih dihuni ramai ulamak. Barangkali banyak yang perlu difikir
untuk mengembalikan kegemilangan Islam di jiwa orang Islam. Memperakui bahawa
hanya Islam agama terbaik. Agama yang Allah redha dan meredhainya untuk umat
Muhammad. Gusar juga apabila memikirkan ada yang mencari alternatif selain
Islam. Mereka lupa orang yang bukan Islam mencari agama yang lebih baik dari
agama anutan mereka sendiri. Terlalu ramai yang menemui Islam. Menikmati keindahannya.
Tenang beribadat. Mendalami Islam. Berdakwah kepada teman dan saudara. Menjadi pendakwah
yang tegar. Malah kadang-kadang kita malu sebab Islam mereka jauh terkehadapan.
Mereka benar-benar menjejak agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Hijrah
mereka mencari kebenaran. Mencari yang hak.
Marilah sama-sama kita
kembali kepada kebenaran. Kepada yang hak. Dunia sudah semakin tua. Tidak siapa
tahu bila penamatnya. Kita hanya wajib kembali kepada yang hak. Kebenaran yang
hakiki.
Di luar masjid Al-Lait. Nama Al-Lait saya baca semasa membantu isteri saya menyiapkan tugasanya di UM dahulu. Seorang ulamak terkenal di Mesir. Selalu dirujuk oleh masyarakat tempatan, pembesar negara malah juga digurui oleh pemerintah Mesir ketika itu. Malah Imam Syafiee berhijrah ke Mesir kerana kehadiran Imam Al-Lait di bumi Nabi Musa a.s.
Masjid comel dari luar
Mengabadikan kenangan
Di tepi pintu masuk
Masjid Imam Al-Lait
Biodata Imam Al-Lait
Berdoa sebentar di makam Imam Al-Lait
Di bahagian dalam masjid
Di satu sisi masjid
Dinding kayu berukir
Sudah berkurun lamanya. Masih utuh. Masih cantik.
Lampu seperti tanglung. Pada bulan Ramadhan banyak lampu seperti ini dijual di merata-rata tempat. Orang Arab memasangnya sepanjang bulan Ramadhan. Memeriahkan malamnya. Menghidupkan malam.
Di tangga masjid Amru bin Al-As
Sebuah majid besar
Kawasan luarnya luas
Tempat wudu di tengah dataran lapang di bahagian tengah dalam masjid
Tiang-tiang cantik berhias lampu gantung dari seramik
Bersama ibu mertua
Cantik bertatah khat
Di seluruh masjid. Bukan satu atau dua. Beratus banyaknya.
Bersantai
Besar jasanya di bumi Mesir