Friday, July 12, 2013

Salam Dari Amman Jordan: Jabal Hussein Di Tengah Kotaraya Amman

Di sinilah bermulanya  Bandaraya Amman di Jordan. Dari penerokaan orang Roman, kemudiannya kerajaan Maawiyah. Sekarang ibu kota negara Jordan. Penduduknya kira-kira empat jut aorang.

Sebahagian kota Amman

Jalan menuju ke Jabal Hussein

Tinggi di atas gunung

Itulah namanya

Di kawasan parkir

Di kejauhan sebahagian kota Amman

Kawasan parkir

Dikelilingi kota Amman

Peta 

Catatan sejarah

Penunjuk arah

Laluan masuk

Penunjuuk sejarah













Pintu gerbang itu besar sebenarnya jika dilihat dari jarak dekat

Dari agak dekat

Di mana-mana sahaja kota Amman

Pntu masuk

Lebih dekat

Tanda Roman



Tinggalan sejarah Roman


Kubah zaman Maawiyah

Bekas tapak masjid

Dari arah hadapan








Di bawah kubah

Kesenian Islam

Hakus dan mulus

Kubah dilihat dari bawah

Sebahagian dinding bangunan

Sangat seni


Ukiran di lantai

Arah kawasan yang menempatkan pentadbiran kerajaan Maawiyah

Rumah dan bilik

Laluan di kawsan itu

Batu besar dan batu kecil yang disusun menjadi tembok

Batu lebih besar

Sebuah masjid di luar qal'ah

Sebuah pintu gerbang

Lagi kota Amman

Dari arah lain

Sebahagian tembok

Kawasannya sangat luas

Indah tersusun

Lorong yang panjang

Kawasan lapang



Taman sebuah runag



Lorong antara bilik-bilik dalam sebuah rumah








Kawasan Roman


Bekas sejarah Roman





Binaan Roman

Kawasan Roman

Di hadapan muzium

Dari pintu muzium


Gambar di atas dan yang berikut adalah artifak di dalam muzium































Binaaannya tersergam gagah di puncak gunung


Bunga-bungaan di musim bunga

Mudarraj besar di kaki Jabal Hussein. Di tengah kota Amman.  Masih kukuh.

Kawasan di hadapan mudarraj dibangunkan untuk tarikan pelncong

Jelas di tengah kota





Amman adalah antara kotaraya awal di bumi Syam. Letaknya di puncak sebuah gunung. Apabila menyebut gunung seolah-olahnya tiada istilah lain yang sesuai. Sungguh, Jordan adalah bergunung-ganang. Jabalan, dalam bahasa Arab. Dari kata akarnya jabal. Gunung. Hanya  beberapa tempat sahaja yang landai dan selalunya subur untuk pertanian. Orang-orang zaman dahulu membina kehidupan yang penuh cabaran. Menjadi kelaziman yang kuat berkuasa. Yang lemah menjadi rakyat yang diperhambakan. Pada zamannya orang Yunani menguasai kawasan di sekeliling laut Mediterranean termasuk bumi Syam yang indah, subur dan mengawal jalan perdagangan dari timur dan barat. Tinggalan Yunani tidak begitu banyak di Jordan kecuali di Umu Quais. Tetapi tinggalan kota Roman sangat banyak. Jabal Hussein adalah antara kota Roman yang besar. Kota disebut qal’ah dalam bahasa Arab. Dalam bahasa Inggeris disebut Citadel. Ada konotasi yang berbeza memahami dua istilah yang berbeza ini. Qal’ah lebih mirip sebagai kota yang menjurus kepada pertahanan. Citadel pula seperti ada unsur yang menjurus kepada agama. Tentunya bukan agama Islam.

Terdapat dua zaman yang berbeza di jabal Hussein. Zaman Roman dan zaman Maawiyah. Kota itu terbahagi dua. Bahagian yang menampakkan zaman Roman memiliki ciri-ciri Roman. Begitu juga bahagian yang menempatkan pemerintahan Maawiyah memiliki ciri-ciri Arab Islam. Menjelajah sekitar tinggalan dua sejarah yang berbeza tersebut membawa pengunjung mengimbau kembali kegemilangan kedua-dua zaman. Masa sahaja memisahkan kewujudan mereka. Banyak persamaan antara keduanya. Namun dipisahkan dengan satu hakikat yang berbeza. Orang Roman membina kegemilangan untuk menegakkan kehebatan kekuatan mereka. Kebijaksanaan mereka menguasai dan mencari peluang yang ada. Mereka kuat sedangkan orang lain lemah. Mereka memiliki teknologi yang tidak dimiliki oleh bangsa lain di sekeliling mereka. Rome di Itali adalah pusat kegemilangan mereka. Yang tinggal hanyalah tanda-tandanya sahaja. Kegemilangannya sudah lama pupus. Bangsa yang lupakan hakikat Allah musnah juga akhirnya. Diganti dengan bangsa lain yang dibimbing mengikut lunas-lunas syariah. Jika mereka lalai Allah pasti menghukum mereka.

Nikmat kegemilangan tidak sama dengan nikmat iman yang berkekalan. Dunia hanya laluan (transit) untuk menyampaikan kita ke destinasi yang abadi. Minta maaf bukan di dunia. Bukan di sini. Bukan waktu ini. Orang Roman membina tamadun untuk menegakkan kekuatan fizikal mereka. Sumber kekayaan negara mereka dan tanah jajahan mereka digunakan untuk membesarkan tamadun mereka. Kekuatan mereka. Di samping itu tentu mereka membina keangkuhan mereka sebagai penakluk dunia sebelah barat. Saingan mereka hanya Farsi di timur. Negara Cina atau kaum Tartar dari Monggolia terlalu jauh. Semenanjung Arab dan bumi Syam terletak di antara dua kuasa besar timur dan barat. Perebutan untuk menapakkan kekuatan. Sejarah merakamkan bahawa bangsa Farsi pernah mengalahkan tentera Rom di Laut Mati di Jordan. Surah Rom di dalam al-Quran merakamkan peristiwa itu.

Sebenarnya melihat kepada sejarah kita perlu berasa kagum. Orang dahulu membina tamadun tanpa pengangkutan udara. Tanpa jalanraya atau lebuhraya luas dan lebar. Tanpa pelabuhan yang besar. Tanpa jentera pengangkut yang hebat-hebat. Itupun mereka berkeupayaan membina tamadun yang besar. Yang kekal tanda kebesarannya hingga sekarang.  Gunung dapat mereka tarah. Batu dapat mereka ukir.  Binaan dapat mereka dirikan. Bandar dan kota mereka bangunkan. Sebuah kota yang berskala besar mereka lengkapkan dengan segala kemudahannya untuk membahagiakan sebuah masyarakat madani pada zamannya. Mereka bukan sahaja menguasai kota mereka, mereka juga menguasai kawasan lembah dan denai di persekitaran mereka. Mereka juga menguasai perjalanan perdagangan. Kota-kota mereka menjadi pusat perdagangan. Mengawal peredaran barangan. Kota-kota itu pula menyediakan rekreasi untuk pedagang-pedagang yang keletihan. Menawarkan keselamatan untuk sesiapa yang berada di dalamnya.

Pengangkut ketika itu hanyalah kuda. Mungkin unta dan sedikit gajah. Mereka bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain dengan meredah gunung dan padang pasir. Arah pandu jalanraya tidak ada. Ilmu falak panduan mereka. Bintang di langit menjadi petunjuk yang paling dipercayai sebagai penunjuk arah yang tepat. Maknanya mereka banyak berjalan pada waktu malam yang dingin dan tenang. Padang pasir yang luas tidaklah gelap gelita seperti yang kita alami di negara kita. Padang pasir terang suasananya pada waktu malam. Siangnya mereka berehat kerana cuasa mungkin terlalu panas. Allah menyediakan untuk manusia segala sesuatu yang bersesuaian dengan keperluan persekitaran mereka. Kuda paling sesuai kerana lanskap negara mereka yang berbatu dan berpasir. Unta sesuai kerana tapak kakinya yang besar tidak terbenam di pasir. Di negara kita kuda sukar bergerak kerana tanah-tanihnya yang lembut menyukarkan kuda berjalan atau berlari. Banyak terbenam dan tidak selamat. Maka kuda bukan kebiasaan kepada kita di timur. Jika ada sekalipun hanya mereka yang kaya sahaja yang mampu memanjakan kuda. Sukar menjaganya. Banyak peraturannya.

Dari atas jabal ussein pandangan vista sukar digambarkan. Cantik memenuhi mata mamandang. Panoramanya memukau. Luas, memanjang, membentang dan berkejauhan. Arah mana sekalipun hanya gunung dna puncak gunung yang kelihatan. Di sini tiaa kabus. Tiada awan mendung. Pemandangan menerobos jauh. Jauh dan menjauh. Agaknya pada suatu masa dahulu sebelum Amman dibangunkan seperti sekarang, gunung-gunung di sekeliling kota tenulah gondol-gondol sahaja. Jika ada sekalipun rerumput pada musim yang agak panas. Mungkin juga pohon tin dan zaitun memenuhi lanskapnya kerana keduanya wujud di situ sekian lama. Memantau musuh atau pedagang tentulah mudah. Tiada yang melindung mereka dari pandangan pengawal yang siaga setiap masa. Sekarang ini gunung-ganang di sekeliling Jabal Hussein dipenuhi rumah yang bertingkat-tingkat. Sukar mencari rumah yang hanya setingkat atau dua seperti di Malaysia. Tanah di sini mahal. Keduanya mereka menjaga lanskap yang ada supaya tidak terlalu diganggu ekologinya. Tanah yang dikorek cukup untuk menanam sebuah bangunan mengikut saiz dan ukurannya. Tidak ada tanah lain yang diganggu-gugat. Tidak dikorek. Tidak diratakan. Berbeza benar dengan kaedah kita membina rumah di Malaysia. Tidak ada tanah yang selamat. Senang yang memusnahkan.

Jabal Hussein menguasai keadaan di Amman. Commanding. Seluruh Amman bermula dari situasinya. Sekarang Amman menempatkan lebih empat juta penduduk. Berkembang bermula dari Jabal Hussein. Di kaki jabal Hussein terdapat pusat perniagaan yang dinamakan al-Balad. Benar-benar di tengah Amman. Ramai pelancong berbelanja di sini kerana barangannya berbagai pilihan. Harganya juga menazabah. Di al-Balad juga terdapat sebuah masjid yang dinamakan masjid Hussein. Dibina pada asalnya oleh Sayyida Umar. Masjid telah berubah wajah mengikut fasa-fasa masa dan pemerintah yang berada di Amman. Sekarang ini masjid itu masih besar. Ramai jemaahnya. Menjadi mercutanda selain dari Jabal Hussein. Di bahagian bawah Jabal Hussein terdapat sebuah mudarraj (amphitheatre) yang besar seperti terdapat di mana-mana kota di seluruh Jordan. Mudarraj Roman dibina. Bahannya diangkut dari tempat lain. Disusun  dan diatur untuk membentuk sebuah mudarraj. Hanya di Petra sahaja yang saya perhatikan mudarrajnya ditarah pada gunung yang maksudkan. Bertingkat-tingkat. Lurus dan kemas. Seolah-olahnya sudah ada jamina kualiti ketika itu.