Friday, November 10, 2017

Suatu Catatan Suram dan Seram



Catatan Pertama: Wajarkah Berseluar Pendek?

Kita berjumpa dan melihat mereka di mana-mana. Mungkin di restoran. Mungkin di pasaraya. Mungkin di Mall. Mungkin di pasar. Sang isteri berpakaian kemas. Bertudung labuh. Cukup sopan. Malangnya sang suami lain dari yang dijangka. Ia menjadi suatu fenomena. Malah di negara Islam yang lain situasi yang sama juga berlaku. Ramai lelaki berseluar pendek. Anak-anak muda berseluar pendek. Suami-suami berseluar pendek. Malah kadang-kadang agak luar biasa suami yang sudah berumur juga beseluar pendek.

1                 Ianya masalah aurat.
2                 Tambah masalah contoh teladan kurang elok kepada anak-anak dan orang di sekeliling.
3                 Bila waktu solat tertangguhlah jadinya sebab pakaian tidak menepati syariah.

Dalam keadaan kita bekerja keras ingin membawa ummah ke arah jalan lurus mengikut landasan Islam, masih ada yang tersangkut pada pemikiran lama. Pemikiran tidak apa. Tiada masalah tentang diri sendiri. Menganggap tiada kaitan dengan or ang lain. Lebih pedih apabila dikatakan kubur masing-masing. Paling sukar ditangani apabila kalimah itu yang keluar dari mereka yang luar biasa ini. Memang benar kubur masing-masing. Tetapi:

1                 Jenazah kita orang yang kubur lain-lain itulah yang memandikan kita. Jarang adik-beradik yang memandikan. Jarang anak-anak yang memandikan. Jarang sahabat-sahabat yang  memandikan. Jarang bapa saudara yang memandikan. Tidak juga jiran tetangga yang memandikan. Pada kebanyakan masa ahli masjid atau surau yang menguruskan mandi terakhir kita.
2                 Jenazah kita orang yang kubur lain-lain itulah yang mengkapankan kita. Yang baringkan kita. Yang bubuh itu dan ini di jasad kita. Yang balut kain kapan dari yang pertama hingga yang terakhir. Kita hanya menurut apa yang mereka lakukan. Sebagai jenazah kita tidak dapat berbuat apa-apa lagi.  Kekuatan kita hilang. Kesombongan kita hilang. Keceluparan mulut kita hilang.
3                 Jenazah kita orang yang kubur lain-lain itulah yang solatkan kita. Kita di hadapan mereka dan mereka mengadap kita. Dahulu semasa kita hidup, kita menyampah melihat mereka, kita benci didekati. Malah kadang-kadang kita cerca mereka sama ada dalam hati atau dengan jelas kata-kata jengkel kita. Ketika mereka dengan penuh tanggungjawab melaksanakan fardhu kifayah terhadap kita, kita tiada lagi daya untuk bertentang muka dengan mereka.  Mereka terus kekal memandang kita tetapi kita sudah tidak dapat melihat ukhwah mereka. Keperihatinan mereka terhadap kita.
4                 Jenazah kita orang yang kubur lain-lain itulah yang mengkebumikan kita. Yang membuat keranda. Yang menggali liang lahad. Yang memasukkan kita ke dalamnya. Yang mengiringkan kita ke arah qiblat. Yang akhirnya membuka ikatan di muka kita. Hingga ke saat terakhir mereka masih memandang kita. Kita sudah kaku tidak terdaya lagi untuk berbuat apa-apa. Hilang segala-galanya. Setelah terkambus, mereka masih terus mengingatkan kita akan apa yang akan berlaku setelah mereka meninggalkan kita sendirian. Mereka peringatkan kita akan datangnya malaikat yang datangnya dengan wajah manis atau dengan wajah segarang-garangnya. Kita diperingatkan dan diperingatkan oleh mereka yang sebenarnya sayangkan kita.
5                 Jenazah kita orang yang kubur lain-lain itulah yang bersedekah al-Fatihah. Bertahlil kepada kita yang sudah pergi terlebih dahulu. Yang masih hidup itulah yang banyak berbuat ihsan terhadap kita. Kita tidak pernah berpesan. Tidak pernah berwasiat. Tidak pernah meminta mereka untuk memberi perhatian semasa hidup atau matinya.

Beringatlah selalu bahawa kita sentiasa dalam perhatian Allah. Dalam perhatian Izrail. Ajal kita pada bila-bila masa sahaja. Kesemanya ketentuan  dari Allah.


Catatan Kedua: Penutup Kepala di Presmis Makanan

Adakah tudung kepala eksklusif untuk wanit a Islam? Jawabnya ia dan tidak. Tudung kepala mungkin skarf. Mungkin niqab. Mungkin purdah. Mungkin topi. Mungkin kep. Mungkin ikat kepala. Mungkin mini tlekung. Mungkin telekung labuh.  Lelaki atau perempuan yang menutup kepala mereka. Di negara yang kerajaannya bukan Islam, rakyatnya yang bukan Islam ramai yang memakai tudung kepala. Mereka diwajibkan memakai tudung kepala apabila bekerja di premis makanan. Di kafeteria. Di restoran. Di kantin. Di mana sahaja makanan dijual. Begitu juga di kilang makanan. Mari kita lihat di sekeliling kita.

1                 Ramai antara mereka yang terlibat di premis makanan tidak memakai tudung kepala. Bukan sahaja yang lelaki malah yang wanita juga.  Ramai wanita Islam yang terlibat di premis makanan tidak memakai tudung kepala. Mereka menganggap itu hak mereka. Pilihan peribadi mereka.
2                 Ramai pula pekerja bukan Islam yang memakai tudung kepala. Mungkin topi. Mungkin yang menyerupai songkok tetapi berwarna putih. Malah di R & R Lebuhraya Utara Selatan mereka yang bukan Islam dilihat memakai tudung kepala.

Tudung kepala dalam bentuk mini telekung atau telekung labuh adalah wajib bagi wanita Islam. Tetapi tudung selalunya diwajibkan kepada pekerja yang terlibat di premis makanan sama ada mereka Islam atau bukan Islam.

1                   Kerana faktor kesihatan. Kemungkinan rambut gugur ke dalam makanan atau           minuman.
2                   Mungkin kelemumur  yang akan gugur ke dalam makanan atau minuman.
3                   Ianya soal menutup aurat bagi wanita Islam.


Dalam kedua-dua keadaan, aurat adalah paling utama. Memenuhi perintah Allah. Bukan perintah manusia. Bukan perintah pihak yang berkuasa.  Bukan perintah sebarang makhluk. Ianya perintah Yang Khaliq. Memenuhi perintah Allah tentulah of paramount importance.  Paling utama. Top prioirty. Tanggungjawab kita bersama.