Jika kita melihat kepada sejarah, falsafah Barat dikatakan bergerak dari suatu konsep idealism yang masih banyak menepati kehendak agama lalu kita menuju kepada bentuk realisam yang menuntut bahawa yang layak diperakui hanya yang sudah terbukti melalui penyelidikan. Melalui eksperiman. Atau pengalaman-pengalaman peribadi yang wujud secara konkrit. Empiricism. Bukan abstrak. Maka orang Barat berjalan mencari pegangan-pegangan baru lalu mereka berpijak kepada falsafah-falsafah yang lebih dekat dengan diri mereka. Mereka sampai kepada falsafah-falsafah eksistensialism, materialism, pragmatism, pluralism dan akhirnya mereka terjebak dengan hedonism.
Itu falsafah Barat yang sudah menjadi sangat sekular kerana mereka telah memisahkan antara hidup yang berlandaskan agama dengan hidup yang benar-benar individualistik. Very individualistic. Mereka percaya bahawa diri mereka yang menguasai diri mereka sendiri kerana pada mereka Tuhan sudah tidak ada. Mereka mencari Tuhan tetapi menggunaka kaedah yang salah hingga akhirnya mereka tidak menemui Tuhan. Sesuatu yang ghaib. Yang tidka dapat dilihat. Tidak dapat dirasa. Tidak dapat didengar. Semuanya tidak wujud kepada mereka.
Mereka sdangat pragmarik untuk menerima apa sahaja yang reaalistik pada pandangan mereka. Hanya logik akal yang mereka guna. Bukan rasional intelek yang tajam dan halus. Bukan dengan mata hati. Malangnya idea yang sebegitu yang sangat ironis. Yang sangat kontradik . Yang sangat tidak berpijak di alam nayata diterima semudahnya. Diterima tanpa syarat. Bukan sahaja oleh orang Barat. Bukan sahaja oleh orang Timur, orang Utara dan orang Selatan tetapi yang lebih malang lagi idea gagasan mereka diterima oleh orang Islam. Pernyataan bahawa Islam itu mendokong kepada 6 rukun iman dan 5 rukun Islam rupanmya bukan menjamin bahawa perisai akidah itu mampu menangkis serangan-serangan yang tujuannya meruntuhkan tembok iman, tembok Islam. Hijab Islam dan hijab iman. Kekuatan iman dan kekuatan Islam. Kewajaran iman dan kewajaran Islam.
Ramai orang kita membuat pertimbangan akal. Tidak lagi membuat pertimbangan iman. Tidak lagi membuat pertimbangan yang rasional mengenai agamanya. Kembali kepda minggu lalu, Rancangan gala di TV itu menyangkut kepada anugerah yang diberikan kepada atris yang mencakup kepada pelakon-pelakon dan penggiat-penggiat seni yang lain. Yang terlibat dalam industry hiburan. Sama ada TV atau filem. Malaysia bukannya Hollywood. Bukan juga Bollywood. Kita bukan menganjurkan pesta filem Cannes di Perancis. Kita mengadakan anugerah di bumi bertuah, di nusa yang kita nikmati ini. Yang hidup mati kita di sini. Di bumi Malaysia yang dikatakan kaya budaya. Yang dikatakan bahawa Islam itu agama rasmi. Yang dikatakan bahawa Negara ini Negara Islam.
Malam anugerah itu tidak memperlihatkan cirri-ciri Islam yang sepatutnya didokong. Dihormati. Dipelihara. Dipamerkan. Banyak larangan-larangan agama yang dikesampingkan. Banyak yang tidak selari denga kehendak Islam. Khususnya pakaian. Sejuk mata memandang apabila yang lelaki berpakaian lengkap dengan blazer, seluar pantloon, berkasut hitam, bertali leher dan mereka menampilkan perawakan yang memikat. Yang sesuai dengan majlis-majlis besar. Yang sesuai dengan majlis-majlis rasmi. Yang ditonton oleh jutaan manusia daripada kanak-kanak hinggalah orang tua. Begitu juga kita melihat ada juga artis-artis wanita yang pakaiannya memenuhi kehendak Islam. Mereka berjubah labuh. Mereka memakai telekung. Yang terlihat hanya kedua tapak tangan dan muka sahaja. Itula sebenarnya peraturan yang digariskan oleh Islam. Yang digarispandukan untuk orang Islam. Hukum hakam yang diperintahkan oleh Islam bahawa orang lelaki hanya boleh menampakkan yang di atas pusat dan di bawah lutut sahaja. Antara pusat dan lutut itu aurat yang perlu dijaga. Walaupun begitu ramai yang berpakain lengkap. Menutup bahagian-bahagian yang dikira bukan aurat bagi lelaki. Cantik. Molek. Manis.
Tetapi ramai juga artis, terutama yang muda-muda langsung tidak ada panduan. Langsung tidak ada garis panduan. Langsung tidak ada peraturan. Mereka memakai jean sebagai contoh. Memakai pakaian-pakaian yang tidak sesuai untuk majlis-majlis besar. Majlis rasmi. Majlis yang ditonton oleh orang kecil dan orang besar. Majlis yang ditonton oleh orang-orang yang berada hinggalah orang yang tidak berada. Majlis yang ditonton oleh orang dewasa dan kanak-kanak kecil yang tidak tahu apa-apa. Mereka memakai kasut kain yang tentu tidak sesuai. Mereka tidak memakai baju berlengan panjang hinga menjadikan mereka sangat janggal. Mereka tida memakai tali leher atau bow-tie hingga memperlihatkan mereka seperti tidak memahami bahawa majlis itu adalah majlis rasmi. Ada yang memakai seluar pantloon, memakai blazer, memakai baju berlengan panjang dan bertali leher tetapi memakai kasut kain. Kasut kanvas.
Barangkali ramai yang tidak memahami bahawa majlis-majlis seprti itu sepatutnya menuntut artis lelaki menggayakan penampilan yang terbaik. Penampilan rasmi. Penampilan sebagai tokoh artis. Penampilan sebagai orang seni yang berwibawa. Yang berkarisma. Yang boleh diteladani. Dicontohi. Penampilan yang membinakan ikutan. Yang membina ikutan kepada anak-anak muda bahawa sebagai artis harus ada standard penampilan yang wajar. Bukan sebarangan. Bukan hanya suka-suka. Majlis anugerah bukan majlis santai. Ia adalah pengiktirafan. Ia adalah satu anugerah kerana mengiktiraf kemampuan, bakat, potensi dan kewibawaan masing-masing.
Barangkali pakaian artis lelaki tidak menyalahi hukum agama. Tidak melanggar budaya. Tidak melanggar kebiasaan orang Timur. Tetapi dalam klehidupan social. Dalam kita bermasyarakat, ada garispanduan yang harus dipatuhi. Yang harus dicontohi. Harus diimbangi. Menjadi artis sahaja belum cukup untuk membujuk peminat. Untuk membujuk orang-orang yang baru melihat. Untuk membujuk wartawan-wartawan hiburan. Selain daripada pendidikan yang wajar, tinggi dan professional, artis lelaki juga harus menunjukkan sikap dan sifat professional. Mereka harus memiliki kewibawaan yang tersendiri. Dan kewibawaan itu. Diperlihatkan . Dipamerkan. Dipaparkan melalui gaya berpakaiannya. Saya ingin menyentuh firman Allah:
Barangkali ramai yang tidak memahami bahawa majlis-majlis seprti itu sepatutnya menuntut artis lelaki menggayakan penampilan yang terbaik. Penampilan rasmi. Penampilan sebagai tokoh artis. Penampilan sebagai orang seni yang berwibawa. Yang berkarisma. Yang boleh diteladani. Dicontohi. Penampilan yang membinakan ikutan. Yang membina ikutan kepada anak-anak muda bahawa sebagai artis harus ada standard penampilan yang wajar. Bukan sebarangan. Bukan hanya suka-suka. Majlis anugerah bukan majlis santai. Ia adalah pengiktirafan. Ia adalah satu anugerah kerana mengiktiraf kemampuan, bakat, potensi dan kewibawaan masing-masing.
Barangkali pakaian artis lelaki tidak menyalahi hukum agama. Tidak melanggar budaya. Tidak melanggar kebiasaan orang Timur. Tetapi dalam klehidupan social. Dalam kita bermasyarakat, ada garispanduan yang harus dipatuhi. Yang harus dicontohi. Harus diimbangi. Menjadi artis sahaja belum cukup untuk membujuk peminat. Untuk membujuk orang-orang yang baru melihat. Untuk membujuk wartawan-wartawan hiburan. Selain daripada pendidikan yang wajar, tinggi dan professional, artis lelaki juga harus menunjukkan sikap dan sifat professional. Mereka harus memiliki kewibawaan yang tersendiri. Dan kewibawaan itu. Diperlihatkan . Dipamerkan. Dipaparkan melalui gaya berpakaiannya. Saya ingin menyentuh firman Allah:
Maksudnya: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka. ; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak-anak bagi saudara-saudara mereka yang Perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
Dalam ayat ini disebutkan bahawa orang-orang yang berkaitan ialah orang yang beriman. Apabila mereka beriman mereka disekat atau dilarang daripada memandang kepada lelaki yang bukan mahram. Kemudian mereka dikehendaki memelihara kehirmatan mereka. Apa maksud kehormatan di sini. Pertama tidka memperlihatkan perhiasan-perhiasan tubuh mereka. Contohnya diri mereka itu. Tubuh badan mereka. Bentuk fizikal mereka itu adalah aurat. Perhiasan. Dan yang berhak melihat semua itu adalah orang-orang yang anggap mahram sahaja. Bila berpakaian mereka hendaklah menutup bahagian-bahagian yang perlu ditutup. Contohnya leher dan apa-apa bahagian kepala. Maksudnya mereka berpakaian lengkap. Menutup seluruh tubuh mereka kecuali yang dibenarkan iaitu muka dan kedua tapak tangan. Mereka yang dibenarkan melihat hanya orang-orang yang tertentu. Suami, bapa sendiri, bapa mertua, anak-anak lelaki, anak-anak lelaki tiri mereka, adik beradik lelaki, anak lelaki kepada saudara-saudara lelaki, anak-anak lelaki kepada saudara-saudara perempuan, perempuan Islam, hamba, orang gaji yang sudah tua dan tidak berkeinginan, kanak-kanak yang belum mengerti. Selain dari orang-orang ini dikira bukan mahram. Tubuh badan wanita adalah haram mereka lihat. Hatta kepada perempuan yang bukan Islam aurat wanita Islam hendaklah dijaga.
Lelaki barangkali ada tanda-tanda keislaman mereka seperti mereka mempamerkan ucapan salam atau mereka bersolat di masjid dan surau. Bagi wanita Islam sepatutnya berbeza dengan wanita bukan Islam kerana aurat mereka haram dilihat oleh wanita bukan Islam. Maksud saya mendedahkan aurat. Kepada perempuan yang bukan Islam seorang wanita Islam hendaklah menutup seleuruh tubuhnya. Melindungi auratnya walaupun sesame perempuan. Kecuali muka dan kedua tapak tangan. Dia bukan perkara main-main. Tetapi telah diperintahkan oleh Allah. Itulah larangan-larangan dari Allah. Telah diwahyukan. Telah diajar oleh Rasulullah. Telah dijadikan syariat kepada perempuan-perempuan Islam.
Tetapi bula kita melihat majlis-majlis anugerah untuk artis wanita-wanitanya jarang yang memerplihatkan keislaman mereka. Adakah Islam itu hanya untuk situasi tertentu sahaja? Memang. Islam itu untuk menjadi pamer-pamersan sahaja. Tetapi orang Islam ada gayanya yang tersendiri. Ada falsafahnya yang tersendiri. Ada caranya yang tersendiri. Tidak boleh sebarangan. Tetapi itulah yang kit alihat. Ramai yang berpakaian seperti lelaki. Menutup pusat dan menutup lutut sahaja. Bahagian-bahagian yanag lain didedahkan dari leher, dari rambut, telinga, bahu, dada, lengan, paha hinggalah ke kaki. Yang ditutup hanya antara dada dengan lutut. Ada yang menutup seluruh tubuhnya tetapi mendedahkan pula yang di atas dada.
Mereka ini bukan kanak-kanak. Mereka bukan juga anak dara sunti. Mereka bukan juga anak-anak dara awal remaja, pertengahan remaja atau orang-orang yang sangat muda. Setengahnya mereka sudah berumur. Sudah ada anak yang besar. Tetapi mereka tidak memeprlihatkan ibu-ibu Muslim yang seharusnya. Aurat adalah bentuk fizikal asli tubuh badan seseorang. Iaitu kulit tubuh badan secara fizikal yang wajib ditutp kecuali muka dan telapak tangan. Keduanya ialah bentuk sosok tubuh sama ada lekuk, bonggol atau membonjol. Atau bentuk-bentuk tubuh yang berkeupayaan menimbulkan perasaan berahi kepada lelaki. Termasuklah pingang, punggung dan sebagainya. Ketiga barangkali ialah gerak laku. Ada geraklaku yang menimbulkan berahi kepada lelaki ajnabi iaitu yang mereka yanag bukan mahram. Mereka yang haram melihatnya.
Ada suara-suara, teguran, ada nasihat yang ingin membetulkan keadaan. Sekali lagi amat malang, orang yanag membela mereka bukanlah pengarahnya. Bukan pengurusan production house. Bukan penerbit filem atau dramanya. Bukan media. Tetapi ibu bapa mereka sendiri yang mempertahankan ketidakupayaan berpaiakan di kalangan artis-artis wanita. Sangat besar padahnya apabila ibu bapa membela, mempertahankan anak-anak yang melakukan ketidakwajaran. Maka ketidakwajaran itu menjadi besar. Menjadi wabak. Lalu ke mana kita hendak di bawa? Adakah hal-hal seperti anugerah itu agama dikesampingkan? Tidak ada peranannya? Agama sudah tidak berfungsi lagi? Sudah tidak perlu diambilkira lagi? Perlu pula diinjak-injak. Ditendang jauh-jauh. Diterajang sesuka hati.
Apakah hukum-hukum itu hanya layak untuk mereka yang bergelar ustaz dan ustazah sahaja? Adakah hukum-hukum berpakaian hanya layak di sekolah agama? Di kelas mengaji al-Quran? Atau bila mengunjungi pejabat agama. Jabatan agama. Nikah kahwin. Kenduri arwah. Ceramah agama. Islam tidak memerintahkan bahawa hukum-hakam diubah mengikut masa dan tempat. Tidak juga boleh diubah ikut selera. Ia wajib dipatuhi dalam semua keadaan. Kecuali ada pengecualian yang disyaratkan. Renungkanlah ke mana kita hendak pergi. Kita hendak ke Barat meninggalkan Islam. Atau kita ke Barat membawa beersama-sama Islam itu. Lalu kita sebarkan. Kita tebarkan. Kita perlu perluas dan kita tarbiahkan siapa sahaja yang kita temui bahawa agama itu ialah ad-din. Segala-galanya untuk kehidupan kita. Di dunia dan akhirat.