Dulu dari Tokyo saya ingat saya meyeberang lautan Pasifik untuk sampai di USA. Sangkaan saya meleset. Sebenarnya saya terbang melalui angkasa Canada melalui Laut Bering di Russia. Melalui Alaska dan the great ice of Canada. Perjalanannya lebih pendek. Bila saya terbang ke London persepsi saya sama juga. Saya ingat saya menyeberang Lautan Atlantik. Meleset lagi. Rupanya saya menyusur berhampiran Kutub Utara melalui Newfoundland. (Bunyiya Niufuland). Sesudah bertahun lamanya saya lihat pada globe yang mengandungi peta dunia. Laluan pintas dari Jepun ke Amerika Syarikat dan laluan pnitas dari Amerika Syarikat ke Eropah ialah melalui persekitaran Kutub Utara. Kapalterbang selalu menggunakan laluan pintas. Lebih dekat. Lebih pantas. Lebih jimat. Penerbangan ke London lebih mudah kerana anak-anak sudah bertambah usia. 18 bulan bertambah usia mereka. Sudah lebih berani memandang orang putih yang tinggi dan besar belaka. Cakap orang putih slang Amerika sudah biasa. Kami duduk berdekatan. Tidak banyak masalah. Kerana kami bertujuh maka bagasi kami banyak dan berat. Bapanyalah yang banyak berurusan. Alhamdulillah anak yang sulong dan kedua sudah boleh diharap. Ada pembantu. Isteri saya mengawal yang kecil-kecil.
Menaiki kapalterang kelas ekonomi seperti menaiki bas ekspress. Malah kadang-kadang tempat duduknya lebih rapat dan kurang selesa. Penerbangan yang berbelasa jam terpaksa diharungi. Sekejap makan sekejap tidur. Kami mengejar matahari. Ikut pusingan jam. Namun pergantian siang dan malam lebih cepat. Ini bermakna matahari jauh lebih pantas. Beratus kali ganda lebih cepat dari kapalterbang. Bila jaga ada hiburan. Mendengar muzik. Atau menonton. Ada cerita baru setiap masa. Saya tidak ingat kapaterbang syarikat apa yang saya naik. Mungkin Northwestern. Biasalah kapalterbang orang putih premugari dan pramgaranya sudah agak berumur. Mungkin 40an dan 50an tahun. Tetapi jalannya panats. Langkahnya panjang. Tidak ada yang diam terutamanya waktu makan. Rasanya seperti mereka tiada rehat. Sebab itu apabila mendarat mereka direhatkan selama mungkin antara tiga hari hingga dua minggu. Untuk memulihkan tenaga. Recuperate. Kesihatan mereka dijamin. Meraka nampak aktif. Latihan yang bertahun-tahun lamanya.
Bila teringat menaiki kapalterbang nostalgik juga. Dilayan as international traveller.
Your meal sir?
Mohammedan food please?
Sure. Here you are sir.
Thank you.
Tea or coffee sir?
Coffee please.
(Di rumah saya jarang minum kopi. Tetapi bila di hotel atau kapalterbang saya minta kopi.)
Sugar sir?
One please.
(Biasanya sepaket kecil. Jika di hotel seketul gula kiub. Saya suka kurang manis. Di US dulu saya minum tanpa gula. Kopinya lebih pekat lagi.)
Minta maaflah. Dalam kapalterbang tidak disuakan cream atau susu. Itu di Malaysia. International traveler tidak minta kebiasaan seperti di negara sendiri. Belajar dan mengalami. Bukan mudah dipanggil sir. Terbang anak beranak lagi. Tentu banyak besarnya. Must be somebody. Yes a nobody in my country. Ini yang kata orang study cum businss cum pleasure. Rezeki anak-anak. Dalam penerbangan begitu seronok melihat anak-anak enjoy the world. Mereka bergerak. Mereka makan dan minum. Mereka bergurau. Masih segar di depan mata. Saat kecil mereka yang penuh dengan keriangan. Duduk berbaris dari hujung ke hujung. Pramugari pula mengambil berat hal kanak-kanak. Layan dan senyum. Anak-anak senang dilayan.
Masa yang sudah terlalu lama berlalu. Perjalanan ke London itu sejarah besar. Tahun 2007/8 anak keenam saya ke Lancaster di utara England. Puas dia ulang alik di London. Tiap tahun dia balik ke Malaysia. Saya sengaja memilih untuk kembali ke Malaysia melalui London. Sebab ada peluang. Idaman sejak dari dahulu lagi.
Kota tuan penjajah dahulu.
Saya bersekolah Inggeris. Banyak sejarahnya saya baca. Dari Eusof Fables hinggalah Knight of the Round Table. Robin Hood. The Black Arrow. King Richard the Lion Haeart. Itu belum Lord Nelson yang mengalahkan Napoleon. Francis Drake yang belayar jauh melihat dunia. Selepas merdeka saya asih belajar sejarah Inggeris dan bukan sejarah agung bangsanya sendiri. Bukan kembali ke Melaka dan zaman kegemilangannya. Bukan menangisi rebahnya kota Melaka. Tiada papan di Jawa yang didirikan. Bercerailah nyawa. Tumbanglah harapan. Ranap sebuah tamadun. Lemah. Dijajah. Dimalapkan. Yang tinggal banrangkali kata-kata Hang Tuah, “Tidak Melayu Hilang Di Dunia.” Entahlah. Dunia mana agaknya.
Nama London sudah terlalu lama saya tahu. Berpuluh tahun saya tahu ejaannya. Bila ada peluang tentu sahaja saya jump at the idea. Teringat cerita orang mengenai Hyde Park. Big Ben. Tower Bridge. Buckingham Palace. Oxford Street. The Harrods. The River Thames. Princess Diana of course. The Queen for that matter. No 10 Downing Street. Castle. Parliament House. Wax Museum. Trafalgar Square. Masa yang ada tidak lama. Seminggu sahaja. Wang di poket sudah mula menipis. One last straw. London, I must you. Saya anak dari tanah jajahan British. 1974 Perjanjian Pangkor. Dari Perak Residen bertambah di Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Negeri Johor an independent State. Hingga sekarang masih ada askar sendiri. Gelarannya Askar Timbalan Setia. 99 orang. Sultan sebagai komander. Menjadikan jumlahnya 100 orang. Tanda ia tidak pernah dijajah.
Walau bagaimanapun British menduduki Malaysia. Dari Johor ke Perlis dan Kelantan. Menyeberang Laut Cina Selatan ialah dua negeri di bawah East India Company. Sabah dan Sarawak. Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menjadi sebahagian dari Tanah Melayu hanya pada tahun 1909. Selepas Perjanjian Bangkok. Kehalusan diplomasi British. Cair Thailand dibuatnya. London yang bermula dengan Stanford Raffles di Temasik pada tahun 1819. Habis rantau ini menjadi milik orang Barat. Tidak ada satupun yang dilepas pandang. Kerana itu London menjadi tumpuan orang-orang dari bekas tanah jajahannya. Saya adalah antara mereka. Tahun 1986 itu saya jejaki London dalam suhu yang masih sejuk. Spring di hemispiar utara yang belum tamat. 11˚C. Masih seram-seram sejuk bila dipuput bayu. Ada kegembiraan dan ada kejutan di London. Kota gah penjajah nombor satu dunia. Taringnya sudah lama terlerai. Kayanya terhakis. Gahnya layu. Kitaran alam. Fitrah yang tidak dapat dihindar.