Kita bebas dengan rutin harian. Rutin yang
diamal setiap hari tanpa henti. Kecualilah sakit atau uzur berpanjangan. Atau
ketika berpergian jauh yang memakan masa panjang. Maka rutin seperti itu
terputus alirannya. Hidup kita ini sesungguhnya dalam dua peranan besar.
Peranan yang memerlukan kita banyak mengguna masa. Banyak merencana masa.
Banyak membahagi masa. Banyak mengurus masa. Banyak masa diperlukan untuk
melakukan yang banyak. Yang berkualiti banyaknya. Yang tinggi tahap garapannya.
Yang tinggi tahap pencapaiannya. Kita mungkin bukan siapa-siapa. Bukan ada
nama. Bukan tinggi duduknya. Bukan berada di atas. Tetapi apabila kita berada
di luar kotak, kita risau bahawa warga kita yang berada di dalam kotak tidak
tentu halatujunya. Tidak tentu rutinnya. Banyak masa terbuang tanpa manfaat
untuk masa hadapan.
Setiap kita menanti kematian yang pasti datang
tanpa lewat atau awal walau sesaat pun. Namun kematian itu tiada kepastian bila
datangnya. Tiada manusia yang tahu waktu yang paling tepat. Hanya
tanda-tandanya Allah perlihatkan kepada yang arif. Yang punya diri mungkin
sedar. Orang di sekeliling sedar tetapi selalunya tidak ambil peduli. Dianggap
sebagai kelainan dari kebiasaannya sahaja. Kerana itu, sementara menunggu
kematian tiba, kita pergunakan masa yang ada. Masa yang berbaki sebenarnya.
Masa yang tinggal sedikit nisbahnya dengan usia kehidupan kita. Bergelandangan
begitu sahaja tiada apa yang dapat menambah nilai diri. Tiada limpahan kepada
khalayak. Termenung hanya menambah sayu. Atau hilang fokus untuk bergerak ke
hadapan mencari sesuatu yang tinggi nilainya di hadapan kita.
Untuk ke hadapan kita perlu bergerak. Perlu
berubah. Perlu anjakan paradigma. Mengharmonikan paradoks yang ada di
sekeliling kita. Kita selalu stereotaip. Memandang sesuatu itu sama sahaja.
Tidak melihat kelainan yang ada. Perbezaan yang ada. Sifat berlawanan yang ada.
Maka kita berhadapan dengan segala yang sama. Apabila kedaaan seperti itu
berlaku maka kita menjadi terlalu tepu. Kita jadi malas berfikir. Atau fikiran
menjadi tertutup untuk berfikir jauh. Untuk tidak berubah. Untuk tidak tergerak
hati untuk membuat anjakan apa-apa paradigma. Jasad kita mati. Hati kita mati.
Pemikiran kita mati. Kita seperti ornag mati yang diurus oleh mereka yang
hidup. Dimandikan. Dikafan. Disolatkan. Dan dan akhirnya kita disemadikan dalam
kedaifan diri kita yang menjadi jumud dan tepu.
Kita menjadi hamba yang malang. Urusan Allah
sekadar ada. Malah ramai yang main-main. Urusan manusia sekadar ada. Kita
menjadi malas untuk memperbaiki diri. Menambah nilai diri. Meneroka bidang
baru. Memperbaiki status dan kedudukan diri. Tidak menelusuri bidang dan skop
luar yang banyak, rencam dan pelbagai. Jika kita hanya melihat dengan mata
kasar yang terlalu lurus maka yang kita lihat hanya luaran yang kosong, lompong,
datar dan rata, berbeza terang dan gelapnya sahaja. Mungkin kita hanya melihat
besar dan tinggi sahaja. Di luar kotak di sekeliling kita terlalu banyak yang
kita belum tahu. Yang perlu kita ketahui, yang perlu kita kuasi. Soalnya yang
selalu berlegar dalam minda kita ialah “Mana ada masa untuk semua itu?” Terlalu
naif yang ada dalam benak kita. Sewajarnya kita mencari waktu yang sesuai.
Membahagi masa yang ada. Merancang waktu supaya manfaatnya berganda-ganda.
Apa yang ada pada diri kita sangatlah terlalu
sedikit. Tiada nilainya dari segi ilmu yang sangat banyak. Bertahan dengan yang
sedikit itu mematikan kita. Dunia di sekeliling kita berubah dengan sangat
pantas. Terlalu volatile. Apa yang hendak kita lakukan pada hari esok,
sudah kita rancang hasilnya pada hari ini. Kita tahu:
Semalam adalah sejarah.
Hari ini adalah realiti.
Esok adalah mistri.
Namun begitu dari rutin hidup kita, kita boleh
membuat jangkaan dengan izin Allah. Kita yang perlu fikirkan. Mohon bantuan
Allah. Berdoa untuk mendapat ilham dan fikiran untuk hari esok. Untuk masa
hadapan. Berbuatlah seberapa banyak yang boleh. Seberapa banyak yang boleh
dicapai. Rancangkan seberapa banyak hasil yang ingin dinatijahkan. Yang kita
fikirkan ialah apa yang mampu kita sumbangkan kepada khalayak. Manfaat kepada
khalayak. Impak besar yang dapat disumbangkan. Ingat KBAT? Kemahiran berfikir
aras tinggi perlu digarap. Latih diri kita untuk berfikiran tinggi. Berfikiran
besar. Berfikir di luar kotak yang biasa-biasa. Kita keluar dari kepompong zon
selesa yang selalu kita jaga. Yang terlalu selalu kita pertahankan. Pada usia
yang semakin menganjak jauh, kita perlu merubah cara berfikir. Cara bertindak.
Cara melihat semua yang ada di sekeliling kita.
Allah jadikan Nabi Adam a.s. sebagai khalifah.
Kita sebagai keturunannya adalah khalifah. Kita pemimpin sama ada kita suka
atau tidak. Ada orang yang perlu kita pimpin sama ada kita suka atau tidak.
Kerana itu kita wajar belajar memimpin. Untuk memimpin kita perlukan ilmu dan
kemahiran. Perlukan pengalaman. Kerana itu juga kita perlu banyak belajar.
Banyak melihat. Banyak menggarap pengalaman orang lain. Mencontohi orang lain.
Kita tidak boleh menjadi penonton selama-lamanya. Perlu ada hadnya untuk
sekadar menonton semata-mata. Apa yang orang kain buat, kita bantu. Kita
tolong. Kita buat sama. Jangan hanya melihat tanpa erti. Memandang tanpa ada
apa-apa makna. Sekadar melihat dan melihat. Dalam perang Khandak, Rasulullah
saw besama-sama sahabat menggali parit. Bukan melihat. Bukan memerintah. Bukan
mengarah. Bukan untuk memarah atau membuat teguran dan teguran. Itulah suri
teladan yang ditunjukan oleh Rasulullah saw kepada ummatnya. Kita belajar
menjadi pemimpin yang melakukan kerja. Bukan yang boleh mengarah sahaja. Atau yang
tahu mencari salah orang lain.
Untuk melakukan yang terbaik kita perlukan
masa. Masa itu emas. Sangat berharga. Demi masa maunsia selalu dalam kerugian.
Kecuali mereka yang berpesan-pesan dan nasihat-menasihati yang hak dengan
sabar. Untuk merancang aktiviti kita perlukan
masa. Untuk turut serta dalam aktivit orang lain, kita perlukan masa. Hubaya-hubaya,
masa yang kita ada hanya dua sahaja:
1
Pada hari kerja. Bagi orang Johor dari hari Ahad hingga hari Khamis. Bagi
negeri yang lain dari hari Isnin hingga hari Jumaat.
2
Pada hujung minggu. Hari Jumaat dan Sabtu atau pada hari Sabtu dan Ahad.
Penulis risau menjawab kedua-dua masa ini. Apabila
program dibuat pada hari kerja, maka sungutannya ialah tidak boleh turut sama
kerna mengurus anak sekolah. Menghantar dan mengambilnya. Jika pada hujung
minggu, tidak boleh hadir juga kerana memenuhi undangan walimatul urus saudara
mara dan sahabat handai. Mereka yang berada dalam dua keadaan ini terperangkap
dalam urusan masa. Maka yang paling senang bagi mereka ialah tidak perlu hadir.
1
Maka mereka kehilangan peluang untuk hadir.
2
Untuk menimba ilmu.
3
Untuk mendapat kemahiran.
4
Untuk meningkatkan diri.
5
Untuk memperbaiki diri.
6
Untuk menambah nilai diri.
7
Untuk maju ke hadapan.
8
Untuk lebih banyak membantu orang lain.
9
Untuk bertukar pandangan dengan orang lain. Dengan kelompok lain. Dengan
kepakaran lain.
10
Untuk belajar berhujjah.
11
Untuk belajar menghilang rasa gemuruh apabila bersama orang lain.
12
Untuk menyampaikan pandangan.
13
Untuk bertanya dan ditanya.
Banyak lagi yang akan kita kuasai apabila kita
menuntut ilmu. Berada dalam majlis ilmu. Berada dalam raudatul jannah. Begitu indahnya
analogi majlis ilmu. Bak taman-taman syurga. Mereka yang banyak ilmunya bukan
menjadi lalang. Mereka menjadi tangkai padi yang semakin menunduk kerana
beratnya ilmu yang ada dalam diri mereka. Apabila diperlukan ilmu itu akan
bangkit dari diri. Keluar dengan mudah. Dapat membantu orang lain dengan mudah.
Oleh itu urus masa. Cari jalan untuk urus kehidupan diri dan keluarga. Pada hari
kerja cari alternatif untuk urus anak sekolah. Pada hujung minggu urus juga
masa. Kursus pada waktu pagi. Pergi jemputan pada waktu sebelah petang. Ambil masa
untuk belajar. Cari masa untuk belajar. Urus masa untuk belajar. Banyak alasan
merugikan. Rugi yang merugikan. Tidak mencari jalan terbaik untuk diri juga
sangat-sangat merugikan. Rugi dan merugikan.