Apalah ertinya empat musim yang kita tahu. Hanya di negara berhawa sederhana yang mengalaminya. Kitaran musim yang beralih dari winter, spring, summer dan fall/autumn. Tiga bulan setiap satunya. Secara teori begitulah. Namun realitinya tidak begitu. Lebih ke utara winternya lebih awal. Lebih lewat perginya. Summer semakin pendek. Di Kutub Utara enam bulan summer dan enam bulan winter. Summernya juga kekal sejuk. Seorang teman berseloroh apabila ditanya tentang musim di Malaysia. Kita ada empat musim juga. Hot, hotter, wet dan wetter. Gelak rakan di Toronto, Canada mendengarnya. Mereka yang tidak pernah menjejak ke Khatulistiwa tentu tidak memahami iklim dan cuaca di sini. Seperti juga kita yang tidak pernah samapai di negara mereka. Itulah kata peribahasa, jauh berjalan luas peandangan. Jika berkemampuan untyk melancong, pergilah. Lihatlah alam yang terbentang luas ini. Maklumlah akan tanda-tanda kebesaran Allah.
Summer tentu sinonim dengan panas. Benar panas itu dinanti. Orang di sana menunggu summer seperti menunggu kekasih yang lama menghilang. Dinanti dan dinanti. Tuan hendak tahu? Orang di sana shopping setahun lebih awal dari musim yang dijadualkan tiba. Apabila tamat summer tahun ini, mereka sudah merancang untuk berbelanja bagi summer tahun hadapan. Paling kurang enam bulan dari jangkaan. Waktu winter mereka sudah membeli untuk summer. Begitu juga sebaliknya. Dalam summer mereka menyediakan diri untuk winter. Bila sampai musim yang sebenar orang tidak berbelanja untuk musim itu. Yang mereka beli ialah keperluan untuk musim-musim yang berikutnya. Mendahului waktu. Sebab itu kekalutan kurang berlaku. Persediaan awal sangat penting. Jika ada perubahan, perubahan itu juga terancang lebih awal. Cantik kan? Kematangan kita masih belum sampai ke situ. Kita masih lagi reaktif. Menunggu apa yang akan jadi. Lambat. Menyusahkan. melemaskan. Kekalutan yang bertimpa-timpa.
Bila summer dunia baru menjadi terbuka seluas-luasnya. Pakaian juga selalu dibuka di tempat-tempat awam. Yang ditinggalkan yang secalit dua yang dikira penting. Wanita menjadi dagangan mata dan perasaan lelaki. Murah dan terlalu murah harga maruahnya. Di mana sahaja orang perempuan basking – bermandi cahaya matahari. Mereka berminat untuk getting tanned. Membakar kulit supaya kelihatan hitam. Buka sahaja tingkap tersidai di bumbung, di laman dan di kawasan-kawasan lapang. Jika terlentang mungkin hanya bertutup tuala tanpa ada apa di dalamnya. Memakai kacamata hitam untuk mengelak silau matahari. Bila tiarap mereka tidak ambil pusing tentang punggung yang terdedah. Yang hadapan sahaja yang ditutup. Bukan malu. Malu dan aib sudah tidak ada. Malu kepada kanak-kanak. Itu sahaja. Sedikit moral yang melucukan.
Di lorong-lorong tepi rumah penuh dengan mereka yang bersidai. Yang menghairankan ialah kebanyakan mereka ialah wanita. Tua atau muda sama sahaja. Yang lelaki tidaklah galak sangat. Entahlah. Budaya agaknya. Sama juga bila ada hal rasmi. Yang lelaki berpakaian menutup penuh aurat mereka. Yang wanita pula memakai night gown. Mendedahkan dada, bahu dan lengan. Yang ditutup hanya bahagian bawah sahaja. Fesyen dan budaya yang tentu sahaja songsang. Yang menghairankan ialah yang songsang itu banyak ditiru orang kita. Kononnya itulah the in thing. Up-to-date. Kekalutan berfikir. Sudah tidak dapat memberi penilaian yang benar. Yang hak. Yang batil dianggap baik. Yang haram dicari alasan untuk menghalalkannya walaupun sememangnya tidak halal. Tidak benar. Pakaian adalah antara racun berbisa yang ditanam Yahudi untuk menghancurkan wanita Islam. Bila wanitanya hancur maka lelakinya turut luluh hancur kerana lelaki sepatutnya menjadi guardian kepada wanita. Tugas itu gagal dilaksanakan lelaki. Siapa yang hendak disalahkan? Pandanglah cermin. Tanya diri sendiri. Itulah kita yang ada dalam cermin itu.
Memang bila summer semuanya menghijau. Dari rerumput hingga setinggi dan sebesar-besar pepokok semuanya berdaun lebat. Hijau dan menghijau. Sumber oksigen yang melimpah-limpah. Fotosintesis pada kemuncaknya. Itulah kehidupan. Perlunya panas dan air. Kesuburan tanah yang meluas terbentang. Namun demikian panasnya tidak seperti di negara kita. Di sini. Di tempat kita. Yang kita rasa selalu. Lekit dan melekat. Rimas dan berpeluh. Bau peluh menjadi hangit, hamis, memualkan. Di sana semuanya berbeza. Panas tetapi tidak merimaskan. Udara di sana tidak seperti di sini. Udara kita lembab. Di sana udaranya kering. Jarang berpeluh kecuali kita benar-benar exercise. Jia tidak pakaian tidak bermandi peluh. Tidak berbau. Dirasa selesa pakaian yang sama diulang pakai. Hendak mandi juga merasa malas kerana terasa tidak ada apa yang hendak dibersihkan kecuali yang wajib-wajib sahaja. Jangan hairan orang di Timur Tengah yang kurang mandi. Bukan sahaja kerana kurang air tetapi juga kerana udara di sana kering. Pakaian tidak berapa berbau. Minyak wangi pula menjadi penyelamat keadaan. Daki tetap berselupat juga.
Summer adalah kemuncak segala musim. Semua institusi pengajian ditutup. Semuanya. Sekolah rendah hinggalah ke IPT. Pekerja ramai mengambil cuti. Rehat yang panjang. See the world. Outdoor life. Enriching life. Maka penuhlah Bandar. Penuhlah tempat-tempat hiburan luar seperti taman tema, zoo, park (kawasan bersantai). Kenderaan di jalanraya seolah-olah bergerak sepanjang hari. Sepanjang malam. Berbulan-bulan. Warganya bergerak. Persekitarannya berubah. Ekonominya terjana. Summer adalah bulan berbelanja dan bulan berniaga. You name it, they do it. If you ask for it, you get it. Pesta-pestaan tidak mengenal waktu. Ada di sana dan ada di sini. Semuanya seperti baru terjaga dari tidur. Ada sahaja keributan yang erlaku. Keributan untuk enjoy dan menghibur diri. Tiada batasan tempat. Tiada batasan waktu.
Bagi warga Malaysia, summer adalah musim pertemuan santai di padang. Di park. Di pusat rekreasi. Atau berjalan-jalan. Summer pertama tahun 1985 saya ke Canada. Tentu lain ceritanya. Perjalanan penuh pengalaman. Di Bukit Seri Cahaya, Shah Alam ada tempat untuk mengalami empat musim. Pergilah untuk mendapat pengalaman simulasi. bukan realiti. tentu realitinya lebih besar impaknya. yang simulasi sekadar mendapat gambaran awal. yang akhirnya tidak akan diperolehi tanpa berada di lokasi yang sebenar. Sebahagian rakaman waktu untuk diulang ingatan.
Bila berkumpul agenda utama ialah makan beramai-ramai. Menambah selera.
Macam-macam gaya makan.
Sambil posing untuk ingatan.
Ini anak sulung saya, Diana sedang membantu.
Sambil bersembang-sembang.
Ada berita baru.
Panas. Sebab itu ada yang berkaca hitam.
Menyeringai anak bongsu saya.
Emaknya buat apa tu.
Anak-anak bergambar. Entah di mana mereka sekarang.
Yang kedua, Dahlia dan yang ketiga, Nurul Najwa.
Gambar lagi.
Bakar dan bakar. Ayam dan daging.
Banyaknya hidangan.
Rakan sekelas. Sharifah lebih awal.
Sama-sama merakan kenangan.
Banyak cerita dikongsi bersama. Santai. Enam bulan sebekumnya kesejukan kerana tiba di Pittsburgh semasa winter.
Ramai juga orang Malaysia.
Sudah tiba ke penghujung pertemuan.
Mereka yang bujang-bujang belaka. Yang memakai kep tu Virat. Di belakang membongkok ialah Juliza Adzlizan.
Ini sahaja kenangan lama.
Orang bujang santai belaka.
Datin Zabedah. Isteri mantan NC UPSI yang pertama.
Sharifah Fatmah bergaya sakan. Silap-silap macam orang putih. Saya terkena kali pertama bertemu.
Isteri pelajar tua.