Allah menganugerahkan kita dengan mata. Tetapi walaupun
mata kita hanya dua, hanya sepasang, kita masih boleh melihat dengan berbagai
mata yang lain yang kadang-kadang tidak kita sedari dan tidak kita gunakan. Seluruh
anatomi diri kita boleh menjadi mata kepada kita. Seluruh fisiologi diri kita
adalah mata yang bukan berbentuk mata seperti mata yang sebenarnya. Malangnya tidak
ramai antara kita yang memiliki banyak
mata dan bukan hanya sepasang mata sahaja.
1
Ia perlukan latihan.
2
Ia perlukan kesedaran dan kemahiran.
Seorang yang cacat penglihatan masih boleh
mengenal warna sekuntum bunga walaupun tidak pernah melihat dengan pandangan
mata yang sebenar. Seseorang boleh mengenal warna hanya dengan menghidu baunya.
Seorang yang lain boleh mengenal warna dari bunyi atau lagu sesuatu. Jauhari juga
yang mengenal ma’kiam. Sesungguhnya mereka yang kehilangan satu mata akan
melihat dengan mata yang lain yang ada pada dirinya. Yang Allah installed
dalam dirinya. Yang Allah lengkapkan dalam dirinya. Deria atau pancaindera
manusia sangat besar potensinya. Kita sahaja yang tidak mengembangkannya
menjadi sesuatu yang sangat bermanfaat kepada kesemua yang ada di sekeliling
kita. Kita bebankan mata kita untuk segala-galanya. Kita tidak mengagihkan
bebannya kepada pancaindera yang lain. Hampir kesemua kita tidak mengendahkan
deria ke-enam (the sixthed sense) yang ada pada kita. Kerana itu:
1
Kita kurang peka dengan hal orang lain. Tidak perihatin dengan senang
atau susah orang lain. Baik atau tidak baik kepada orang lain.
2
Kita tidak melihat sesuatu dari sudut pandang yang lain. Dari sisi yang lain. Dari aspek
yang lain. Dari perspektif yang lain.
3
Kita gagal melihat yang tersirat.
Yang terlindung dari kalimah atau kata-kata dan istilah.
4
Kita gagal melihat double meaning yang cuba disampaikan.
5
Kita gagal memahami andaian dan premis.
6
Kita gagal membaca kontrak. Memahami perjanjian. Memahami tanggungjawab
dalam sesuatu kontrak.
Sebenarnya mata hati kita lebih baik dan lebih
besar manfaatnya. Mata kepala kita hanya melihat sedangkan mata hati kita
memberikan perasaan. Memberikan nilaian secara halus. Bersama emosi. Mata lebih
banyak melihat yang fizikal:
1
Tinggi atau rendah.
2
Berat atau ringan.
3
Besar atau kecil.
4
Keras atau lembut.
5
Kuat atau lemah.
6
Jauh atau dekat.
7
Banyak atau sedikit.
Mata hati akan melihat apa yang di dalam:
1
Sikap dan sifat.
2
Seni atau keindahan.
3
Perasaan.
4
Motivasi.
5
Positif dan negatif.
6
Cita-cita dan harapan.
7
Pemikiran aras tinggi dan perasaan aras tinggi.
Gabungan mata
dan mati hati ini melambangkan kekuatan fizikal dan mental serta
perasaan. Mungkin kita perlu tambahkan dengan psikologi untuk memahami tingkah
laku diri kita sendiri dengan tingkah laku orang lain. Melengkapkan diri kita dengan
kekuatan fizikal, kekuatan mental dan kekuatan psikologi akan melahirkan
sinergi berganda untuk melakukan dan menjayakan sesuatu yang perlu dalam kehidupan
diri, berkeluarga, bermasyarakat, bernegara dan beragama. Ini bermakna
kesihatan fizikal adalah sangat penting. Kesihatan mental juga sangat penting. Apatah
lagi kesihatan psikologi. Kita mungkin gagal melahirkan the perfect man
atau superman tetapi kita mungkin tidak gagal melahirkan the right
man. Manusia yang layak ini perlu untuk melaksanakan sesuatu yang perlu
selayaknya dalam kehidupan.
Cita-cita kita perlu tinggi. Ingin menggapai
awan. Tetapi kita perlu melakukan yang terbaik untuk mencapainya. Walaupun kita
perlukan bantuan org lain tetapi sepatutnya 99% usaha untuk mencapai citi-cita
itu kita yang lakukan sendiri. Kita perlu nisbahkan perancangan, cita-cita dan
kejayaannya kepada diri kita. Cita-cita tinggi pula perlu diperingkatkan. Perlu
dicerakin supaya didahulukan yang utama dan kemudiankan yang menjadi pelengkap
kesempurnaanya. Seperti membina bangunan, dahulukan asas dan tiangnya. Kemudiankan
lekapan dan kelengkapannya. Paling akhir ialah hiasannya. Apabila kita memahami
proses ini barulah mata yang ada di seluruh anggota dan pemikiran kita
dipergunakan dengan sepenuhnya. Untuk menyempurnakan keperluannya bagi
menjayakan sesuatu yang perlu dan diperlukan.
Kita perlu membiasakan diri kita mempergunakan
mata kepala dan mata hati kita dengan sebaiknya supaya potensi sebenar diri
kita dapat kita zahirkan. Mungkin tidak sempurna tetapi melebihi jangkaan
keupayaan diri kita sendiri. Duduk diam tanpa berbuat sesuatu adalah
merendahkan taraf kejayaan diri kita. Melihat dengan mata kasar tanpa berbuat
sesuatu tidak menghasilkan sesuatu yang lebih besar atau lebih baik atau lebih
banyak. Melihat dengan membuat penilaian yang wajar, merancangkan tindakan yang
perlu, melakukan tindakan yang wajar, mengenalpasti masalahnya, mendapatkan
makkum balas dan sebagainya akan menghasilkan natijah yang lebih baik dari hanya
melihat orang lain melakukannya
sedangkan kita tidak berpuas hati kerana hanya mampu melihat sahaja.
Hubaya! Hubaya! Mata kit a selalu tertipu
dengan berbagai perkara yang tersurat tetapi tidak yang tersirat:
1
Kecantikan.
2
Senyuman.
3
Tawa.
4
Tangis.
5
Kesedihan.
6
Keriangan.
7
Lain-lain hal yang fizikal bentuknya.
Nilailah sesuatu dengan mata hati. Bukan mata
kepala sahaja. Banyak belajar dari hal-hal yang tersirat. Gali yang
terssmbunyi. Ambil iktibar. Ambil teladan. Ambil pengajaran dari yang kita lihat.
Ia mengajar kita dan menjadikan diri kita lebih besar dari yang kita sedar.
Melihat dengan mata hati mengajar kita untuk lebih berhati-hati. Untuk lebih
waspada. Untuk lebih berimpak tinggi. Menghasilkan sesuatu yang signifikan. Berkualiti
tinggi di samping memperbanyak kuantitinya.