Menghadiri temuduga adalah untuk semua calon yang layak. Banyak
elemen penyingkiran (elimination) dilakukan terhadap calon-calon sebelum mereka
disenaraipendekkan. Walaupun mereka layak, masih terdapat calon yang gagal dari
awal hingga akhir kehadirannya. Memang benar calon-calon:
1
Memiliki
kelayakan akademik dan mungkin profesional.
2
Memiliki
kemahiran yang diperlukan sama ada teknikal atau seni.
Kesemua itu tidak membantu jika calon tidak memiliki
kemahiran sosial (soft skill). Kemahiran berinteraksi dengan orang lain. Panel
penemuduga adalah mereka yang berkemahiran. Berpengalaman dalam berbagai bidang
sama ada teknikal ataupun kemanusiaan. Mereka boleh mengenalpasti calon yang
berpotensi pada pandangan pertama.
1
Langkah calon
memasuki bilik temuduga sudah memadai untuk menentukan calon itu boleh
dipertimbangkan ataupun tidak.
2
Cara mereka
duduk juga memberikan petunjuk tentang keperibadian calon.
3
Cara bercakap,
intonasi suara akan mendedahkan kekuatan dan kelemahan calon.
4
Jawapan-jawapan
yang diberi, hujjah yang dikemukakan adalah kunci penting sama ada seseorang
calon benar-benar layak sebagai bakal staf sesebuah organisasi.
Jangan sekali-kali berfikiran stereotaip. Temuduga adalah
formaliti sahaja. Sudah ada calon yang ditentukan lebih awal. Jangan dan
jangan. Anggap kesemua itu tidak benar. Setiap calon mempunyai peluang sama
rata. Setiap calon ada harapan untuk berjaya. Jika kit amembuat stereotaip,
kita menjadi lemah dan ianya dikesan oleh panel penemuduga. Ianya menjadi
alasan untuk menyingkirkan calon. Oleh yang demikian calon perlu berusaha untuk
menjadi yang terbaik. Lebih baik dari calon-calon yang lain. Calon-calon perlu
mempamerkan:
1
Kecerdasan
luarbiasa.
2
Berwibawa.
3
Berimpak tinggi.
4
Berhujjah aras
tinggi.
5
Berwawasan jauh
ke hadapan.
6
Sensitif dengan
isu semasa.
Ramai calon yang tidak bersungguh-sungguh dalam
menghadiri temuduga. Antara kelemahannya:
1
Tidak mengetahui
tugas jawatan yang dipohon.
2
Di mana
kemungkinan akan ditugaskan.
3
Masalah-masalah
yang berkemungkinan akan dihadapi.
4
Kemahiran
menyelesaikan masalah.
5
Kemahiran
membuat keputusan kritikal.
6
Kemahiran
memutar pendapat bersesuaian dengan topik yang sedang dibincangkan.
Perhatikan dialog berikut:
Panel: Apakah jawatan yang tuan pohon?
Calon: Pegawai pertanian.
Panel: Apakah bidang kepakaran tuan?
Calon: Penyelidikan.
Panel: Apakah tugas yang akan tuan lakukan jika berjaya
menjawat jawatan ini?
Calon: Saya rasa saya akan membuat berbagai tugas
yang sinonim dengan jawatan saya.
Panel: Contohnya?
Calon: Antaranya saya rasa ialah mengkaji baja
yang sesuai untuk semua jenis tanaman.
Panel: Ada had masa dalam membuat kajian?
Calon: Saya rasa bergantung kepada kajian yang
dibuat.
Tugas tidak bergantung dengan rasa. Ia telah termaktub.
Telah disistemkan. Ada prosedur dan ada SOPnya. Standard operation
procedure. Kajian dan penyelidikan ada had masa. Bakal pekerja wajar
membuat semakan atau penyelidikan tentang tugas-tugas am dan khusus sesuatu
jawatan. Barulah berkeyakinan tinggi apabila dilontarkan soalan-soalan yang
relevan dengan jawatan yang dipohon. Jangan dilihat sebagai malas, tidak ambil
peduli, acuh tak acuh dan tidak serius. Calon memberikan jawapan tetapi cara ia
menjawab diberi pukulan maut oleh panel penemuduga.
Calon tidak boleh kelentong. Tidak boleh main teka-teka.
Atau agak-agak. Panel akan menjadi geram dan malas hendak bertanya. Calon yang
jangka masa temuduganya sangat singkat sudah diketahui bahawa dirinya gagal.
Calon yang terlalu banyak disoal juga mungkin sekadar untuk mengesahkan
kelemahan calon tersebut. Ada kalanya calon berhadapan dengan situasi berikut:
1
Soalan terlalu
berat hingga tidak terjangkau fikiran untuk menjawabnya.
2
Terlalu banyak
hingga meletihkan.
3
Calon malas
bercakap.
4
Suara terlalu
lemah. Diminta untuk menguatkan suara.
5
Tiada intonasi
pada suara.
6
Gagap,
tersekat-sekat dan banyak gangguan dalam berkomunikasi seperti: hah, emm, err.
Atau sekadar menggelengkan kepala atau mengangkat bahu.
Kepada panel, apa-apa perlakuan yang dianggap negatif
dijadikan alasan untuk tidak mengambil seseorang calon menjadi pekerja baru.
Yang dicari ialah:
1
Calon yang
banyak idea.
2
Bijak bercakap
dan berhujjah.
3
Santai tetapi
tidak sambil lewa.
4
Mesra tetapi
tidak mengada-ngada. Masih menjaga adab dan adat temuduga.
5
Tidak memprotes
atau melepaskan emosi apabila memberi pendapat.
6
Berfikiran luas.
Skop pengetahuannya mencakup berbagai bidang.
7
Ada
kecenderungan mendengar pandangan orang lain. Menerima nasihat dan cenderung
untuk mempelajari sesuatu yang baru.
Akhirnya calon yang berpotensi untuk walk the talk
akan berjaya. Maksudnya bukan sahaja calon itu berkelayakan di atas kertas
(ijazah berjela) tetapi ia memiliki kemahiran yang diperlukan untuk melakukan
tugas yang akan diberikan kepadanya. Memiliki sedikit kemahiran atau bersedia
untuk mendapatkan kemahiran. Ada sedikit pengalaman berkaitan dengan jawatan
yang dipohon. Sebenarnya sukar untuk dinyatakan dengan perkataan. Tetapi calon
yang berjaya masih terdedah dengan berbagai kemungkinan.
1
Go-error. Calon
yang dipilih didapati tidak elok prestasinya.
2
Drop-error: Calon
yang baik tidak diperakukan.
Walau bagaimanapun setiap calon hendaklah mempersembahkan
yang terbaik dari berbagai aspek.
1
Tahap
akademiknya. Diperlihatkan kecerdasan mindanya yang terbaik.
2
Kemahiran
kemanusiaan yang tinggi kerana seseorang itu perlu berinteraksi dan
berkomunikasi dengan rakan sejawat dan stake holder organisasi serta
pelanggan.
3
Berinteraksi dan
berkomunkasi dengan baik.
4
Hormatkan orang
lain.
5
Meraikan
perbezaan.
6
Fokus dan serius
dari segi semangat dan hasrat diri.
Mengangkat diri bukan semulajadi. Ia perlu dibina dengan
banyak belajar. Banyak melihat sekeliling. Menimba pengalaman dari orang lama. Amalkan
yang terbaik dan buang amalan yang tidak produktif.