Suatu waktu penulis solat berjemaah di sebuah musolla. Kebetulan penulis bersebelahan dengan seorang perokok. Seorang yang dikenali sebagai perokok tegar. Ramai orang lelaki yang berpengalaman serupa dengn penulis. Orang perempuan tidak mungkin ada pengalaman itu. Kecualilah suami atau anak atau orang-orang yang dekat dengan keluarga memang merokok. Ramai perokok tetapi perokok tegar yang paling tidak menyenangkan. Penulis pernah bicarakan dahulu tentang jenis-jenis atau kategori perokok. Perokok pertama hanya dengan dirinya sendiri sahaja. Tidak melibatkan orang lain. Perokok kedua melibatkan silent smoker. Malangnya silent smoker ini melibatkan orang-orang yang sangat hampir dengan mereka. Orang-orang tersayang yang berada di sekeliling diri perokok. Yang paling dahsyat adalah perokok ketiga. Orang ini menjadi rokok. Dirinya sudah menjadi sebatang rokok. Menyala. Berasap. Berbahang. Seluruh tubuhnya berbau rokok. Nafasnya rokok. Pakaiannya rokok. Bersamanya kita berbau rokok walaupun ketika itu dia tidak merokok. Perokok tegar ini berbau hapak. Pekat. Menyesakkan nafas. Sesama perokok mereka tidak merasakan apa-apa. Mereka berbunuhan sesama sendiri. Fair and square. I kill you, you kill I. No problem. No sweat. Apabila mereka cuba membunuh orang lain yang tidak merokok tentulah tidak adil jadinya. Memudaratkan orang lain menjadi sesuatu yang terlalu tidak kena.
Penulis merasakan perokok tegar sangat menyesakkan. Hangit tubuh badannya seperti terbakar sepanjang masa. Berdirinya berbau rokok yang pekat. Rukuknya seperti rokok patah. I‘tidalnya rokok terbakar lagi. Sujudnya seperti rokok berbengkok-bengkok. Duduk antara dua sujudnya juga seperti rokok bengkok. Rukun qaulinya memang menghembus nafas rokok yang langsung tidak enak. Rokok dilihat hanya dihisap asapnya. Ianya menjadi ketagihan yang kronik. Gilakan asap. Walhal asap itu mengandungi banyak jenis racun. Sedikit toxicnya tetapi terhimpun dengan banyaknya dalam jangka panjang. Sehari 20 batang rokok menimbunkan 7,300 batang rokok dalam setahun. 10 tahun sebanyak 73,000 batang rokok. Hendak tahu perbandingannya? Cuba sesekali tonton filem Hindi. Rokok yang begitu banyak rasanya sama banyak dengan kayu yang menutupi mayat. Yang apabila dibakar menghancurlumatkan mayat itu. Debu sahaja yang tinggal untuk dibubuh dalam bekas kecil.
Itu jika 10 tahun. Lazimnya perokok merokok hingga tamat usianya. Mungkin 50 tahun merokok. Sebuah bukit kecil yang boleh menjadi asas sebuah bangunan lima tingkat agaknya. Senang-senang sebuah rumah agam jika dibina di kampung. Tiada siapa yang boleh memberitahu bahawa merokok menambah kesihatan. Bila terhimpun perokok pertama dan kedua dan ketiga, seluruh keturunan seolah-olah musnah. Paling menyedihkan ialah kesucian janin keturunan yang teruk tempias dengan mudarat rokok dan racun-racun yang terkandung di dalamnya. Penyakit diri sudah tidak terkira buktinya. Amaran tertera pada setiap kotak rokok. Walaupun iklan media massa ditiadakan namun remaja tetap mencuba untuk menjadi ketagih dan akhirnya menjadi perokok tegar. Sebenarnya iklan tentang rokok banyak di rumah, di jalanraya, di pekan, kenderaan juga di tempat-tempat awam yang lain.
Hospital adalah tempat larangan meromok. Perokok merokok dalam kenderaan mereka sendiri. Membunuh diri secara perlahan-lahan. Di institusi pendidikan seperti sekolah dan universitu juga zon larangan merokok. Namun profesor yang bijaksana masih tetap merokok. Semua orang tahu sebab biliknya berbau rokok. Nafasnya berbau rokok. Malah kadang-kadang dilihat merokok di kampus. Ketagihan yang sukar dihapus. Langkah-langkah untuk meninggalkan rokok banyak diperkatakan. Ramai bertegas bahawa merokok adalah haknya. Benar setiap orang ada hak. Bagaimana dengan hak orang lain untuk menghirup udara bersih. Persekitaran nyaman. Hak menjalani kehidupan normal. Alangkah baiknya jika perokok boleh mencipta kapsul dunia mereka sendiri. Ruang yang tidak menjejaskan ruang orang lain. Andainya pemikiran kita tidak sampai ke arah itu maka selagi itu ramai orang yang makan hati. Yang boleh disediakan ialah siada dengan al-Quran atau surah Yasiin. Bila-bila perlu dicapai apabila ada perokok yang menghembus asap. Bahawa ketika itu mungkin nafasny aadlah yang terakhir. Kepulan asap itu yang terakhir. Sedutan yang terakhir. Puntung rokok yang terakhir. Bacalah surah Yasiin sesegera mungkin. Saranan kepada orang-orang yang terdekat dengan perokok tegar ialah jangan jauh dari al-Quran atau surah Yasiin. Bila-bila sahaja diperlukan.
Malang tentang rokok bertambah lagi. Mereka yang tahu hukum-hakam malah tidak terlepas dari bahaya rokok. Paling kurang merokok adalah makruh. Rata-rata berfatwa bahawa merokok adalah haram. Seperti mencampakkan diri ke dalam mudarat. Semua mereka tahu merokok memudaratkan kesihatan. Terus merokok bererti derhaka kepada hukum. Orang Islam rama yang double standard tentang hukum haram. Babi adalah haram. Sangat insignificant orang Islam yang memakan daging babi. Ramai yang tidak sengaja. Tetapi haram judi diredah juga. Haram arah diteguk juga. Haram rokok tiada siapa yang peduli. Seolah-olah merokok haram yang dibolehkan. Allahuakbar! Bagaimana kita berfikir sehingga tidak menusukkan konsep haram itu ke dalam jiwa nurani yang jauh di dalam. Yang halus menolak. Kekuatan psikologi yang selalu roboh kerana nafsu yang selalu menang. Kekuatan dalaman yang selalu goyah. Diri yang memajamkan perasaan kerana ingtin terus biasa dengan rokok. Keputusan yang 180ยบ terus-terusan salah.
Umum melihat bahawa merokok bukan amalan baik. Perokok bukan seseorang yang dianggap unggul. Andaian bahawa merokok melambangkan keintelektuilan sudah lama mati. Merokok sebagai lambang dewasa juga tiada dalilnya. Merokok sebagai simbol matang malah tiada siapa yang menerima. Ramai orang mengetahui bahawa mereka yang ketagihan dadah ramai antaranya yang bermula dengan rokok. Dari kecil-kecilan menjadi heavy. Tanpa dirancang mereka menjadi berat dengan dadah. Mereka mematikan kebergunaan diri. Menjadi sampah di mata orang. Menghinakan diri. Apabila seseorang itu menjadikan dirinya rokok dan bukan lagi perokok seluruh personalitinya sudah tidak sempurna. Ada pertimbangan yang merubah kewarasan. Kesilapan sepatutnya ditebus dengan keinsafan. Merasa bersalah. Mengundur ke belakang mencari arah baru. Memulakan hidup baru. Buka buku baru. Jenguk-jenguk hati di dalam. Yang kotor dibersihkan. Cuci dengan entuhan ronahi yang mengesankan. Semuanay boleh jika diniatkan. Diazamkan. Dihasratkan. Diperkasakan dengan menghindar. Dengan mencari ketagihan positif seperti bersukan.
Ramai orang tidak memikirkan darjat dirinya. Integriti yang seharusnya dibina dan dipertahankan. Merokok bukan membantu membina integriti. Tidak mungkin menjana martabat diri. Perokok dengan sendirinya selalu menyingkirkan diri. Jauh-jauh dari orang yang normal. Merdeka tahu mereka tidak normal. Ada virus yang jelas terang-terangan merosakkan diri mereka sendiri. Mungkin jika ditepuk sedikit dada ada getaran sedar. Ada hembusan keinsafan. Membungakan hasrat menolak tembakau. Jika tepuk dirasa terlalu kuat cukuplah diusap dada untuk menginsafkan diri. Semua syarat sudah terlalu cukup untyuk membuat penilaian semula. Mumayyiz, tahu membezakan yang baik dan tidak baik. Akil baligh, tahu dosa dan pahala. Mukallaf, tahu tanggungjawab terhadap dirinya, masyarakatnya, agamanya. Matang, akal yang melebihi usianya. Masih mudah tetapi matang. Dewasa, sudh melebihi 21 tahun dari segi undang-undang. Bijaksana, akademik yang tinggi dan penuh dengan pengalaman. Akhirnya perokok mengetahui bahaya merokok. Membaca mudaratnya setiap hari. Dihindari selalu oleh pencinta alam sekitar. Cukup-cukuplah. Jadilah orang biasa yang wangi, harum yang senang didekati. InsyaAllah.