Apa sebenarnya yang
kita pelajari di univrsiti. Di IPT. Kadang-kadang kita tidak dapat
melakukan hal-hal yang sangat asas. Basic.
IPT memberikan kita hal yang dianggap besar. Tinggi melangit. Selalu disebut
sebagai menara gading. Hebatnya. Tingginya nilai yang diberi. Besarnya harapan
yang menggunung. IPT memberikan harapan besar untuk menjadi orang berilmu.
Berpangkat besar. Berpejabat melebar. Tugasnya banyak memberi arahan. Pembantu
keliling pinggang sedia untuk disuruh arah. Kerja yang susah dikongsi. Yang
berat diringankan. Yang penting semua dibereskan dengan proses dan prosedur
yang termaktub. Perintah am yang mengawal. Strategi dan dasar yang merantai.
Perncangan yang strategik dan taktikal.
Itu gambaran santai
seseorang yang sudah ditauliahkan sebagai pegawai. Yang telah melalui prosesnya
dari bawah. Dari yang dasar. Untuk menjadi pegawai bukan terus diangkat ke
tempat yang tinggi. Tidak ada orang yang dilahirkan terus menjadi pegawai. Dia
melalui latihan yang panjang. Diberi ilmu yang tinggi. Melakukan kerja-kerja
amali yang biasa-biasa. Di IPT hal-hal praktikal seperti ini tidak ada.
Mahasiswa sibuk dengan teori. Pensyarah sibuk dengan penyelidikan. Ramai
graduan yang kosong fizikal dan perasaannya. Mereka memiliki ijazah tetapi
tidak berjejak di bumi. Terapung-apung di udara. Harapan tinggi menggunung.
Apabila diperhati sebenarnya ijazah bukan penentu kejayaan masa hadapan. Banyak
yang perlu dipelajari tetapi bukan di IPT. Itulah pentingnya deria. Ada mata,
lihat. Ada telinga, dengar. Ada mulut, banyak bertanya. Ada hidung, banyak
menghidu. Menghidu untuk trouble shooting. Ada fikiran, cari jalan
kebaikan. Ada perasaan, berikan keadilan.
Pangalaman
membuktikan bahawa pelajar yang aktif di IPT pada akhirnya lebih berjaya dengan
kadar cepat. Aktiviti memerlukan pemikiran yang mendalam dan terbuka. Bersedia
berhadapan dengan masalah dan cara mengatasainya. Selalu berada dalam situasi
yang memerlukanya membuat keputusan. Mana-mana pealajar yang pasif dan hanya
sibuk dengan dirinya sendiri sahaja, berhadapan dengan banyak masalah sewaktu
bekerja. Kurang berinteraksi. Kurang berkomunikaasi. Tidak mahir merancang.
Kalut bila berhadapan dengan masalah. Lambat matang. Kurang profesional. Selalu
tepu fikirannya. Buntu. Apabila disergah ketua seperti hendak terair kain dan
seluar. Bila diminta pendapat semuanya bungkam.
Bakat sebenarnya
kepada bakal pegawai sudah dikenalpasti semasa di IPT lagi. Semasa berada
bersama rakan taulan. Semasa bersama jemaah. Semasa menjalankan aktiviti. Ada
beberapa ciri yang boleh dikenalpasti walaupun ketepatanya bukan 100% benar.
1
Mencari
tugas.
2
Bertanya
apa yang perlu dibantu.
3
Sedia
membantu.
4
Perihatin.
5
Memberi
buah fikiran.
6
Tinggi
inisiatifnya. Tidak menunggu diarah.
7
Selalu
ambil tahu.
8
Bertanya
khabar.
9
Memantau
dengan tujuan untuk memberi bantuan atau fikiran.
10
Tidak
mengira masa.
11
Sedia
berkorban masa, tenaga dan wang ringgit.
12
Kesilapan
dijadikan pengajaran.
13
Banyak
bertanya.
14
Banyak
belajar.
15
Menjaga
masa.
16
Mendahului
masa.
17
Selalu
menyegerakan sesuatu.
Bandingkan dengan ciri-ciri
berikut:
1
Memandang
tetapi tidak membantu.
2
Diarah
tetapi lambat buatnya.
3
Pendapat,
tiada.
4
Mesyuarat
senyap.
5
Buat
salah, terima marah.
6
Malas
bertanya.
7
Masa
tidak pernah dijaga. Selalu lewat.
8
Suka
mengarah dan kurang membuat sendiri.
9
Enggan
membuat tugas-tugas lain walaupun tugas itu mungkin berkaitan dengan jawatannya
apabila dia naik pangkat nanti.
10
Iri
dengan kelebihan orang lain tetapi tidak berusaha untuk menjadi yang terbaik.
Khusus kepada bakal
pegawai wanita:
1
Buat
sendiri tugas tanpa bantuan pegawai lelaki. Ingat, jawatan sama taraf. Gaji
saman banyak.
2
Jangan
banyak berdalih mengenai keluarga dan sebagainya. Kerja adalah kerja.
Tanggungjawab adalah tanggungjawab. Tidak memindahkannya kepada rakan
sejawatan. Tidak adil.
3
Sama-sama
buat kerja berat seperti mengangkat barang. Kecuali mengandung, sakit atau
uzur. Selagi boleh membantu, bantu. Jangan lihat dan perintah sahaja. Rakan
sejawatan meluat. Pegawai bawahan merungut. Pegawai atasan melihat dan pegawai
yang malas biasanya dikenakan tindakan demerit. Kurang markah. Lemah dalam sesuatu
aspek kepimpinan. Lambat naik pangkat. Lambat dari orang lain.
Untuk pelatih-pelatih
eksekutif atau bakal penolong pengarah sila ambil berat tentang perkara ini.
1
Patuhi
semua yang melibatkan waktu. Waktu datang. Waktu mula mesyuarat. Waktu balik. Waktu
rehat. Waktu temu janji. Waktu hantar laporan. Waktu hantar kertaskerja.
2
Buat
semua kerja asas seperti mencari fail. Membawa fail. Mengemas fail. Megelap fail.
Mengemaskin fail. Menyusun fail. Memfail semula.
3
Mengangkat
kotak. Menyusun kotak. Membawa kotak. Tanpa kecuali sama ada lelaki atau
wanita. Pelatih wanita jangan mengada-ngada. Anda sedang dinilai.
4
Membancuh
kopi. Menghidang kopi. Menjerang air.
5
Membuat
fotostat.
6
Menyapu
lantai dan mengemopnya.
7
Membasuh
cawan dan piring. Gelas dan pinggan. Sudu dan garpu. Membersihkan sinki. Mengemas
dapur.
8
Menghias
bilik. Pejabat. Ruang-ruang yang ada.
Pelatih kena buat
semua kerja yang bukan-bukan. Itu adalah latihan. Selepas tamat latihan barulah
ditauliahkan sebagai pegawai. Semasa latihan jangan banyak songel. Belum jadi
pegawai lagi. Belum lagi boleh mengarah-arah kerani dan pekerja pejabat. Hanya dan
hanya selepas ditauliahkan sebagai pegawai baru diberi beberapa pembantu. Ketika
itu baru boleh memberi arahan. Belajar dulu. Jangan sebarang memberi arahan. Kadang-kadang
tersalah arah. Banyak istilah pejabat yang perlu dipelajari. Tidak dipelajari
di IPT. Bila jadi pegawai banyak kebiasaan yang perlu diubah. Tidak boleh
bersembang kecuali berbincang. Buat kerja berganti susunan. Ada sahaja kerja
yang menanti. Sistem mesti berjalan. Manhaj mesti dilaksanakan. Program dipantau.
Mesyuarat membincang dan mencadang. Laporan perlu dibuat. Konsultasi dengan
pegawai atasan dan pegawai sejawat di jabatan lain perlu dibuat. Apabila menjadi
pegawai tidak boleh ikut perasaan. Tidak boleh panas baran. Beringat selalu,
anda ada segulung ijazah. Sudah berpelajaran tinggi. Oleh itu jangan rendahkan
akhlak.
Ketika latihan dan
selepas ditauliahkan sebagai pegawai semua yang dipelajari di IPT mungkin tidak
lagi digunakan untuk membuat kerja. Bila berkaitan dengan hukum hakam barulah
dijengah semula apa yang dipelajari. Mungkin teori digunakan. Tugas harian
tiada sangkut menyangkut dengan pelajaran di IPT. Menaip surat, mencari
maklumat, membuat survey, menyemak data dan banyak lagi yang perlu dilakukan
untuk melaksanakan sesuatu program pejabat atau organisasi. Ijazah hanya
melayakkan untuk memegang sesuatu jawatan. Ijazah hanya penanda aras bahawa
anda sudah dilatih berfikir pada tahap tinggi. Menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan. Di peringkat amali dalam kerja yang sebenarnya anda perlu
memikul semua tanggungjawab jika kegagalan berlaku. Jika kesilapan berlaku. Jangan
ambil enteng. Kesilapan bermakna organisasi boleh lumpuh. Kerugian mungkin
mencecah jutaan ringgit. Pelangan hilang. Kepercayaan hilang. Perlu difahami
besarnya tanggungjawab dalam oragnisasi. Ada kaitanya dengan untung dan rugi.
Anda adalah
sebahagian dari rantaian penting organisasi. Jika anda berfungsi maka organisasi
berjalan dengan baik. Jika anda gagal berfungsi seluruh organisasi akan
tersedak dan tersangkut. Semput dan sakit. Apabila duduk di kerusi empuk jangan
bezakan diri anda sebagai lelaki atau wanita. Tarafnya sama. Jawatannya sama. Gaji
dan elaunnya sama. Peluang naik pangkat sama. Buat semua kerja kerana itulah
tugas pegawai. Bertanggungjawab. Berdisiplin.