Saturday, January 5, 2013

Toronto Island



Di negara kita tidak banyak dibangunkan tempat-tempat rekreasi. Nisbah penemptan penduduk dengan keperluan rekreasi dilihat secara fizkal adalah terlalu rendah. Tanah-tanah kosong yang ada dibangunkan setiap mililiter untuk memenuhi kerakusan manusia mendapatkan keuntungan yang berganda-ganda. Jika ada yang membangunkan kawasan rekreasi pasti setiap pengunjung dikenakan untuk menyumbang penyenggaraannya. Maka warga yang berpendapatan tinggi sahaja yang menikmati banyak kemudahan prasarana rekreasi. Rakyat marhain kecur air liur mendengar beritaya. Melihat gambarnya. Banyak perbezaannya di negara Barat dengan kita. Orang Barat memikirkan kelangsungan generasi mereka. Pemimpin yang ada merancangkan yang terbaik untuk anak cucu mereka. Pemeliharaan alam dikongsi oleh semua orang. Memang kosnya mahal. Tetapi hasil cukai negara diagihkan untuk membangunkan sesuatu yang dinikmati bersama tanpa tambahan bayaran. Jika ada hanya token.

Kita membayar tol di lebuhraya umpamanya. Dikira setiap kilometer. Di USA tol hanya perlukan a dime. Jika di Malaysia 10 sen. Campak sahaja palang tol pasti terangkat. Digalakkan menyumbang lebih daripada itu. Bagi yang sayangkan negara sumbangan mereka melebihi minimum. Mungkin a quarter (25 sen) atau half-dollar (50 sen). Tidak ada yang mencampakkan a dollar, two-dollar, five-dollar bill atau lebih banyak lagi. Yang dollar kesemuanya kertas. Tiada pemberat yang boleh menaikkan palan tol. Falsafahnya tinggi. Campaklah seberapa banyak wang siling. Setiap pengguna menymbang sedikit. Tidak perlu banyak. Konsepnya menyumbang. Bukan membebankan. Bukan mendenda. Bukan menyeksa. Pengguna telah membayar insuran kereta. Membayar cukai jalan. Membayar cukai semasa membeli kereta. Mengambil insuran kemalangan. Membayar cukai minyak. Maka tol adalah tambahan kepada kos-kos yang lain itu. Tidak kesemua pengguna dalam golongan berada. Kenderaan sudah menajdi suatu keperluan. Bare nesccessity.

Kembali kepada tanah. Terlalu sedikit tanah yang dinikmati bersama seperti park. Milik awan. Dibangunkan pemerintah atau pihak berkuasa. Di situ warganya menikmati kehidupan santai. Mereka melapangkan fikiran. Mencari ilham. Bersosial. Mendidik anak cucu mencintai outdoor life. Kita di sini mematikan semua itu. Kita take for granted bahawa dunia ini luas. Benarkah begitu. Kita lihat keliling semuanya sempit. Rumah kecil. Keperluan ruang tidak mencukupi. Jalanraya keliling rumah dan taman atau kampung sempit belaka. Asal ada sahaja. Fungsinya ada tetapi dalam serba terhad. Semua yang sempit akhirnya menyempitkan fikiran. Tidak banyak kreativiti dipancarkan. Yang difikirkan ialah sempitnya ruang. Fikiran jadi buntu. Ramai antara kita jadi kaku, beku dan kelu. Akhirnya lesu. Tidak terfikir tinggi kerana tinggi sudah disekat di atas. Tidak memikirkan luas kerana terperangkap dalam ruang yang sempit. Tidak terfikirkan jauh kerana langkahnya selalu tersekat.

Di Barat banyak ruang dimanfaatkan untuk warganegara. Banyak aktiviti bebas dan berbagai dilaksanakkan. Rumah mungkin ruang yang sangat terhad. Di taman, di kawasan rekreasi banyak akviti dijalankan. Hari keluarga. Perkelahan. Perhimpunan warga kerja. Sukan. Rekreasi bebas. Apa sahaja boleh dilakukan untuk diri sendiri. Untuk kelompok  tertentu. Mungkin juga untuk massa. Yang penting tiada siapa yang tidak berkaitan rasa terganggu. Seolah-ola dalam taman yang luas itu ada privacy terbuka. Ramai yang berada di taman itu tidak mengira status sosial. Status keluarga. Status akademik. Apa sahaja perbezaan tidak pernah dijadikan pembeza. Sekatan atau halangan. Orang besar dan orang kecil tiada bezanya kecuali kenderaan yang mereka naiki. Jenama pakaian yang mereka gemari. Restoran yang mereka kunjungi. Butik yang selalu dilanggani. Yang lain semua sama. Tiada siapa tahu berapa banyak wang yang masing-masing miliki. Atau hutang.

Di Toronto Island tanahnya dibangunkan untuk dinikmati warga Toronto. Taman-taman yang indah. Bebunga yang berwarna warni. Dari spring hingga fall pulau itu dikunjungi untuk dinikmati keindahannya. Udara segar yang menyegarkan. Bersih susananya. Bersih udaranya. Bersih fikir dan mindanya. Imej-imej yang berikut mudah-mudahan memberikan kita idea untuk berkasih sayang dengan tanah. Dengan alam sekitar. Dengan manusia yang ada di sekeliling kita. Perancangan bandar dan desa yang berintegrasi. Ingatlah anak cucu kita yang akan kita tinggalkan nanti. Doa mereka yang kita harapkan. Bukan kata nista kerana kita tidak memikirkan kesejahteraan mereka.


Hanlan's point lighthouse Toronto Islands
Pulau tetap pulau walaupun ianya terletak di sebuah tasik besar. Di tasik itu hilir mudik kapal-kapal kargo. Toronto adalah pelabuhan besar. Pulau Toronto merbahaya jika nakhoda tidak mahir mengemudikan kapal mere. Rumah api membantu menyelamatkan pelayaran pada waktu malam dan waktu berkabus.
 

Bandaraya Toronto dilihat dari Pulau Toronto. CN Tower sangat majestic. Mercu tanda yang sinonim dengan Toronto.


garden
 
Rekabentuk taman yang selalu unik. Sejuk mata memandang. Kehijauan yang terpelihara.

File:Toronto islands house 2009.JPG
 
Rumah-rumah yang dibina juga teralu cantik. Rekabentuknya, warna catnya, lanskapnya.

Picture of Toronto Islands neighborhood, Toronto City, Canada, October 2007 by Parent (Toronto Park)  (621.9 KB) Photo viewed 129 times
 
Penunjung tidak henti-henti bertali arus menikmati keindahan Pulau Toronto.


Pada musim summer berbagai bunga memenuhi lanskap di mana sahaja ada tanah. Di Pulau Toronto tanaman bunga disusun rapi supaya dilihat lebih menyerlah cantiknya.

 
 
Terlalu banyak yang dilaborkan di Pulau Toronto. Berlatarbelkangkan CN Tower, kehijauan pepohon yang ada menjadikan Pulau Toronto sebuah tempat retreat kepada warga Toronto. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa, Tasik Ontario mendamaikan suhu dan iklimnya.
 
 
Boleh kita  fikirkan langkah positif yang futuristic. Kita perlukan kawasan hijau di bandar yang banyak dan luas. Bukan setakat beberapa batang pokok. Beberapa pasu bunga. Anak cucu kita tiada tempat untuk bermain. Untuk membina minda kreatif mereka. Untuk mengambilalih tugas kita bila kita tiada nanti. Fikir-fikirkan.

Thursday, January 3, 2013

Daun Maple dan Daun Getah

 
 
Di Canada orang menjadikan daun pohon Maple sebagai sumber rezeki. Kuning dan merah warnanya. Bila musim luruh, melambak-lambak di perdu pokok. Sumber alam semulajadi ini sangat menarik pada musim fall. Di mana-mana daunnya merah dan kuning. Sebenarnya daun Maple menjadi lambang negara Canada. Warnanya merah. Namun daun Maple yang kuat merahnya tidak begitu menonjol. Yang dilihat tidak berapa merah atau kuning sahaja. Mungkin lebih banyak berwarna jingga. Banyak yang boleh dihasilkan daripada daun Maple. Dari daun yang diawet hinggalah hiasan dinding. Berbagai-bagai kraf dan hasil seni yang terhasil. Sesiapa yang pernah berada di negara beriklim sederhana pasti asyik pada musim fall. Pasti nostalgik mengingatinya walaupun sesudah beryahun-tahun meninggalkan suasana dan situasi itu. Pengalaman besar dan berharga sebegitu sukar dinyahkan dari minda. Malah bagi setengah orang ianya treassured dalam ingatan yang kekal lama.


Banyak barang-barang kraf yang dihasilkan menggunakan daun Maple. Kreativiti mengenainya tiada had. Asalkan dapat difikirkan ada sahaja hasil seni yang dapat direkacipta. Besar atau kecil tidak menjadi apa-apa ukuran mutlak. Yang penting cantik, warna-warni dan sedap mata memandang. Ada pula nilai estetika. Ada nilai ekonomi. Ada impak psikologi.


 

 
 Hiasan bunga ini begitu cantik dipandang dan dipamerkan
 
 Daun Maple Jepun. Sedikit variasi dengan daun Maple Canada atau USA.
 
 Bingkai berwarna daun yang berbagai warna.
 
 Hasilan bermotifkan daun Maple. Mereka yang mahir knitting boleh menghasilkan apa sahaja.
 
Mug yang bermotifkan daun Maple.
 Sejambak daun Maple.
 
 Lambang cinta dari daun Maple.
 
 Bayangkan anda dalam ruang yang suasananya begini. Maaf ia bukan mimpi. Realiti yang menggamit syukur.
 
 
 Daun pokok getah ini saya rakam di Sungai Petani, Kedah. Kuningnya serupa benar sepeerti daun pokok Maple.
 
  


Daun Maple yang berwarna kuning.


Kebanyakan daun memang berwarna hijau. Semakin tua warnanya semakin pekat. Melewati suatu jangka masa tertentu, ia mula bertukar warna apabila usia mula menyusup tiba. Begitulah orang Melayu hijau bermakna terlalu belum banyak pengalaman.
 
 
Fall bagi saya adalah lambang damai. Suasana di sekeliling bermula dari panas yang lewat summer. Kemudiannya suhu kian menurun dalam pancaran matahari yang kering. Ketika itu dedaun semakin kurang mendapat terikan pancaran matahari. Daun yang dahulunya hijau menyejukkan bertukar menguning, jingga dan merah darah. Pada peringkat awalnya terdapat pancawarna. Teranyam antara warna hijau, kuning dan merah. Angin yang kering berpuput. Berguguranlah warna-warna dari tangkai, ranting dan dahan. Di atas tanah terhampar lambakan dedaun yang berwarna-warni. Berbagai saiznya. Jika pokok-pokok itu berlainan spesis maka daun yang gugur memenuhi perdu pokok masing-masing dengan warna yang pastinya berlainan. Berjalan di atas dedaunan panca warna itu seperti berada entah di mana. Kita terasing dalam keindahan yang sukar diungkapkan. Pengalaman itu tidak mungkin ada di sini. Hanya di sana kita merasa kebesaran Allah. Melihat dengan mata kepala sendiri. semoga mata hati kita mensyukuri nikmat pengalaman besar dan bermakna itu.
 
 
Lambakan daun yang menguning, jingga dan perang menghampar luas. Selagi ada pepohon begitulah setiap fall berlaku. Lambakan ini hanya di akhir fall.


 

 

 
Aduhai warna yang sememangnya cantik. Lena memandangnya. Tidur dalam jaga yang penuh syahdu.
 


 
Arah manapun kita pandang kita tetap berada dalam daerah warna. Untuk dikecap keindahannya.
 

 
Daun jika dilihat sebagai daun tiada apa gunanya. Fitrahnya Allah tentukan bahawa dedaun yang berguguran itu lumat, hancur, menyatu dengan tanah. Darinya kesinambungan kehidupan berlangsung. Generasi ke generasi. Lama, abadi dan berkekalan. Itulah bezanya antara yang mengerti dengan yang tidak mengerti. Daun gugur bukan kemusnahan tetapi di sebaliknya suatu kehidupan baru. Harapan baru. Masa hadapan yang lebih panjang. Lebih memberi harapan tinggi. Dedaun itu sampai masanya untuk musnah kerana kemusnahan itu melestarikan generasi lain yang lebih baik. Sebagai analogi manusia juga gugur bila sampai ajalnya. Berbeza antara manusia dengan manusia yang lain. Setelah pergi dunianya ada manusia yang tinggalkan warna dan warni. Ada yang tinggalkan nama panjang berjela. Disebut orang zaman berzaman. Ada orang tinggalkan lagu merdu berdendang panjang menghibur generasi demi generasi.
Begitulah daun yang berwarna dan berwarni. Lagu-lagu merah, jingga dan kuning. Gugurnya cantik. Berseraknya penuh dengan lembayung warna. Meleraikan simpulan-simpulan sulit dalam hati. Meleraikan rasa risau yang mendesah-desah. Fall yang penuh dengan warna, melagukan irama kehidupan yang bermusim. Yang bersilih ganti datang dan pergi tahun demi tahun. Semua yang pergi diganti dengan yang datang berikutnya. Yang datang mengganti yang pergi sebelumnya. Musim warna dan warni itu tetap datang walaupun bukan semua yang pergi itu datang. Bukan semua yang datang mengganti yang pergi. Daun Maple tetap dengan warnanya yang indah menawan. Lagu dan warna fall dalam dunia yang berbeza. Suasana yang berbeza. Hanya yang mengerti sahaja memahami warna dan lagunya. Benarlah bait-bait lagu Andy Williams. Autumn leaves. Desir angin fall yang hangat, kering dan penuh rindu.


Warna-warna itu menunjukkan fasa penuaan dan fasa kepelbagaian warna. Ada juga yang berwarna merah. Tetapi tidak merah seperti lambang negara Canada.




Ada juga daun getah yang semerah daun Maple. Cuma daun getah bersaiz lebih kecil.



 
Sebenarnya warna ini sangat cerah bila dilihat secara dekat.
 
 
Ramai orang menghasilkan berbagai hasilan dari daun pokok getah. Iklim kita panas dan lembab. Daun yang gugur cepat reput dan rosaknya. Gunanya juga luput sesegera gugurnya. Ada yang cuba membuat bunga hiasan. Mengawet daun yang kering. Berjalur-jalur menjalar berangkai. Mungkin kelemahan pemasaran dan promosi tidak menjadikan hasilan daun getah menebar ke seluruh antero dunia. Hasilan dari negara Cina menembusi Eropah dan Amerika. Hasilan kita tenggelam timbul di sini sahaja. Tidak pergi jauh. Ia juga melibatkan budaya. Kita belum memiliki sifat kecintaan yang tinggi terhadap hak kita sendiri. yang dilihat hak orang lain. Membudayakan hak sendiri masih belum mencapai tahap yang dicita-citakan.

Monday, December 31, 2012

Membangun Hobi Kendiri Yang Memberi Erti



Di Canada baru saya amat mengerti apa sebenarnya erti hobi. Kesukaan untuk suka-suka. Mengisi masa lapang yang santai. Mengubah dari rutin biasa yang selalu menjemukan. Bagi setengah orang menjadikannya stress. Ketegangan yang selalu datang apabila hidup sampai ke tahap burn-out. Lesu kerana berada dalam situasi yang sama berulang-ulang. Variasinya tidak dicipta. Pengurusan bosan dan burn-out tidak dicari. Dari zaman anak-anak kita diperkenalkan dengan berbagai hobi. Rupanya hobi sanat diambil berat oleh orang Barat. Orang Putih. Orang di negara maju. Orang kita, orang Asia, orang Islam tidak menjadikannya sebagai sebahagian dari pentingnya hidup. Ramai berpendapat hodi hanya membuang masa. Membuang wang. Membuang tenaga. Membuang peluang-peluang lain yang mungkin tercipta. Ramai yang mengetahui bahawa masa adalah emas. Bagaimana kita menterjemahkannya yang membezakan antara kita dengan orang yang lebih advanced budayanya.

Dalam perjalanan ke Ottawa saya melihat dengan lebih dekat erti hobi. Canada adalah sebuah negara yang sangat luas. Ramai juga penduduknya yang berada di kawasan luar bandar. Bukan seperti kita, luar bandar bermakna hulu, jauh terperosok di bukit, gunung dan sungai atau tasik. Di negara maju tempat tinggal bukan menunjukkan perbezaan taraf hidup atau taraf sosial. Semua kemudahan dihampirkan kepada mereka. Jalaraya jangan dibilang. Elektrik dan air adalah keperluan asas. Di mana sekalipun mereka berkampung kesemua keperluan itu disediakan untuk mereka. Hak setiap warganegara. Namun penduduk luar bandar di Canada dan di Malaysia sagat jauh bezanya. Bak langit dan bumi. Cuba kita pulang ke kampung. Atau tayang kembali dalam minda kita suasana di kampung. Apa mereka buat sewaktu lapang. Bermain wau? Memancing? Bersembang? Paling banyak barangkali. Kita kuat bersembang. Cerita yang berulang-ulang. Akademiknya hilang. Fakta tidak dicari. Kenyataan tanpa bukti yang boleh dipercayai.

Tajuk besar tidak pernah dibiasakan. Ancaman alam. Kelemahan pendidikan. Ekonomi yang tidak mencukupi. Agama yang selalu disalah erti. Sosial yang semakin menakutkan. Orang kampung selalu terbuang masanya. Tidak tahu apa yang seperlunya dilakukan untuk mencari kelebihan kemahiran. Di Canada hobillah yang menyelamatkan mereka dari hanya bersembang. Hampir setiap  rumah memiliki bengkel. Kesemuanya mengikut pilihan dan kesukaan mereka. Penghuni rumah atau tanah menentukan jenis bengkel yang menjadi pilihan mereka. Maksudnya mereka merealisasikan minat mereka dalam bentuk hobi. Bengkel itu tidak perlu besar. Tidak perlu gah. Tidak perlu lengkap. Sekadar suka-suka. Yang pentingnya mereka ada masa untuk dihabiskan memenuhi kehendak naluri mereka. Mereka suka kepada sesuatu yang dibuat secara suka-suka. Suka-suka itu lazimnya memberi manfaat untuk diri, keluarga, komuniti dan negara. Hobi menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.


 
Asas kepada proses meniup gelas. Panas. Lembut. Mudah lentul. Kemahiran yang tinggi. Mereka yang berpengalaman boleh merekacipta berbagai-bagai bekas kaca atau gelas.


 
Warna bukan masalah. Ada bahan. Ada teknik. Ada komitmen. Ada kesungguhan.

 
Bagi botol yang besar perlu dibantu untuk memutar dan mengawal proses membesarkannya.
 
 
Fritz Glass
 
Aduhai. Berwarna-warni. Perlu dikembangkan di sini. Tentunya nanti memberi impak yang besar kepada industri pelancongan dan seni.

 
Orang kita tidak lagi melibatkan diri dengan hobi seperti ini. Alangkah baiknya jika ianya menjadi suatu aktiviti bermanfaat. Masa terisi. Hasilnya menawan. Dalam jangka panjang boleh mendatangkan kemewahan ekonomi.

IMG_1503.JPG
 
Lihatlah betapa indahnya hasilan meniup gelas. Ia menjadi hasil seni.


Saya sampai di bengkel meniup botol.  Membuat botol istilah orang Malaysia. Sukar hendak saya ceritakan kerana saya tidak mahir dalam ilmu kejuruteraan. Apa yang saya lihat ialah botol dibuat melalui tiupan. Kawalan udara, kawalan suhu dan kawalan gerakan menentukan kualiti botol atau apa sahaja yang dibuat dalam bentuk gelas. Silica yang panas diadun dan diletakkan di hujung sebuah laras panjang yang ditiup mengikut kemahiran pelakunaya. Lebih mahir maka lebih baik hasilnya. Lebih halus. Lebih predictable. Berbagai bentuk botol yang unik dibuat. Berbagai warna. Setiap satunya tidak pernah sama antara satu sama lain. Meniup botol secara manual tentulah tidak dapat membangunkan sistem yang mantap dan standard. Konsistensi yang mapan. Mungkin sengaja botol-botol itu dicipta begitu supaya tercipta kelainan-kelainan mengikut selera. Bagi mereka yang hasil kerjanya memusakan mereka boleh mengkomersilkannya pada harga yang lumayan. Buatan tangan. Bukan buatan mesin. Bukan tool dan die. Bukan acuan tetap. Seronok juga melihat peniup botol yang melakukan berbagai aksi untuk mengawal tiupan dan rekabentuk yang dijangka. Begitu juga dengan kraf yang lain. Kebetulan sahaja di utara Amerika ramai kaum Red Indian. Mereka sudah bukan lagi nomad.  Tidak lagi memburu bison di Prairie. Ramai antara mereka terlibat mengkomersilkan kraf mereka. Sepenuh masa mereka melakukan aktiviti memperbanyakkan kraf mereka.

Rasanya terlalu banyak untuk disenaraikan. Cumanya saya ingin pindahkan kesemuanya ini ke tanahair kita yang tercinta. Ramai orang kita tinggal di kampung. Tanah mereka luas berbanding tanah bandar yang dikira mengikut meter persegi. Alangkah bagusnya jika orang kampung diberi kemahiran yang boleh dijadikan hobi yang komersil pada masa hadapan. Harus diintegrsikan dengan sistem persekolahan supaya di sekolah guru-guru memberikan tumpuan kepada hobi yang diminati pelajar-pelajar. Subjek kemahiran hidup tidak hidup di hati pelajar. Sains rumahtangga tidak juga menjadikan orang perempuan di Malaysia terlibat dengan industri butik atau pastry. Maaf. Masih ramai yang banyak mengumpat. Barangkali kita sudah lupa kraf kita sendiri. Mana gasing yang ligat. Mana barangan tembaga dari Terengganu. Kraf kayu dari Kelantan. Bagi mereka yang biasa ke IKEA di Kuala Lumpur mungkin terlintas untuk memperkembangkan kraf. Banyak barangan IKEA adalah hasil kraf individu yang kreatif. Kreativiti  menawan hati dan citarasa. Dipasarkan ke seluruh dunia. Dikilang di negara yang kos buruhnya paling rendah. Lazimnya Negara Cina. Kelebihan kraf yang ada melangkaui bangsa dan budaya. Melampaui banyak aspek negara, iklim dan gaya hidup.  

Tambahan pula hobi tidak banyak membabitkan wang. Ramai orang yang tidak banyak membuang wang dengan terlalu banyak melancong atau shopping yang tidak menentu arah. Memenuhi minat melakukan hobi yang boleh dikomersilkan mungkin akhirnya mendatangkan keuntungan. Banyak idea-idea luar biasa yang dicapai melalui kegilaan kepada hobi. Kita di kampung Allah anugerahkan dengan terlalu banyak bahan asli yang boleh mengambangkan hibi. Hobi pula jangan terlalu terikat dengan standard. Apa orang buat kita tiru. Yang itu perlu dielakkan kecuali masing-masing berkolaborasi untuk menkomersilkan produk negara secara massa. Hobi lebih unik. Memenuhi minta yang santai. Yang tercipta ialah hasil seni. Bukan komersil. Kita harus tahu membezakan antara kedua-duanya. Pada ketika-ketika tertentu kita melihat banyak kegilaan yang panas-panas suam. Kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada. Gila yang tersekat-sekat. Tidak lestari dan berkesinambungan. Tidak salah kita meneroka hal-hal yang bernilai sejagat. Namun begitu idea kecil dan seni yang bermanfaat juga boleh mengisi ruangnya sendiri. Orang kita banyak potensi ke arah itu. Budayanya kena betul. Falsafah hidup perlu disesuaikan. Pemikiran mesti dibuka untuk menerima perubahan. Hati dan nurani mesti mencintai masa dan kerja. Demi masa.

Thursday, December 27, 2012

Pendidikan Yang Santai


Sebagai pendidik bertahun-tahun saya sesak nafas. Anak-anak saya pastinya menjadi mangsa keadaan. Pada tahun 1993 saya hadiri satu konvensyen pendidikan negara di Genting Highlands. Antara cadangan yang dikemukakan ialah supaya murid-murid sekolah tidak dibebankan dengan berat beg dan buku. Ramai anak-anak kecil yang mengendung beg. Pada masa yang sama mereka mengheret beg lain. Tangan mereka ada dua tetapi yang mereka bawa beg, botol air, bekas bekal makanan. Rasanya tidak adil membebankan anak-anak kecil secara fizikal dan secara mental. Sistem kita jadi begitu. Dari sekolah rendah hingglah ke IPT anak Malaysia tidak terlepas dai bebanan. Kadang-kadang saya terasa mungkin semua ini ada impaknya pada psikologi anak-anak. Anak-anak muda jadi panas. Banyak memberontak hatinya.

Sistem pendidikan di Malaysia masih tersekat di tahap itu. Terlalu banyak subjek untuk dipelajari. Belajar sebenarnya perlu santai dalam serius. Seperti menyanyi. Belajar seperti menyanyi. Setiap fakta ada warnanya. Setiap subje ada lagunya. Jika diikut kata Jean Piaget belajar tentulah dari senang kepada susah. Malangnya yang senang selalu disusahkan. Anak-anak payah menerima asas sesuatu subjek. Maka yang sukar bertambahlah sukarnya. Belajar menjadi azab kepada pelajar-pelajar yang average. Sederhana.  Pelajar yang bestari tiada masalah. Mereka boleh terus maju kerana intelek mereka terbina. Anak-anak yang bertahap rendah mengalami sindrom menolak input. Menolak menjadi pandai. Ukuran pandai yang terlalu elastik. Lulus peperiksaan atau mampu berdikari. Yang mana satu pilihan.

Di Seneca College of Applied Technology, Toronto, Canada saya lihat keadaan sangat berbeza. Pelajar hanya mendaftar untuk empat atau lima subjek sahaja. Kursus-kursus diploma yang diikuti dengan lebih santai. Mereka banyak masa membuat penyelidikan. Membuat rujukan. Lebih banyak di perpustakaan. Tugasan akademik yang lebih menyeluruh. Sewaktu saya mengikuti kursus Master saya diPittsburgh dulu, saya hanya mendaftar untuk tiga atau empat subjek sahaja. Tiada siapa yang dibebankan untuk belajar. Yang banyak ialah tugasan. Perbincangan mengukutinya di dalam kelas. Minda banyak diasak dengan hal-hal semasa. Diajak berfikir. Mencari sesuatu yang baru. Yang membawa kepada lebih kesejagatan ilmu. Bukan setakat bekerja dan berkerjaya.

Di sekolah pelajar kita mengkuti banyak subjek setiap hari. Tiada pengkhususan. Anak-anak terasa penat. Lesu dengan aktiviti yang membebankan kanak-kanak. Masa senggang yang terlalu sedikit. Semuanya memberat dan menjadi berat. Di politeknik atau IPT yang lain senarionya sama. Jika boleh pelajar diberikan tujuh hingga lapan subjek. Mungkin kerana itu ada juga pelajar yang terlibat dengan palagiat. Tiada masa untuk membuat rujukan yang intensif. Peperiksaan menjadi suatu seksa yang memeritkan. Berminggu-minggu tidak habis lagi. Kadang-kadang pelajar bertukar menjadi zombi. Berserabut seperti tidak terurus. Apabila bekerja mereka dikehendaki melakukan semua perkara. Jack of all trades. Sukar mengkhusus dan bidang-bidang tertentu. Majikan perlukan pekerja yang tahu semua perkara. Menyelesaikan semua masalah.

Keadaan seperti itu tidak berlaku di Barat. Banyak pengkhususan. Pekerja menjadi lebih kreatif. Lebih produktif. Lebih ke hadapan. Banyak masa untuk meningkatkan diri. Mengemaskan kemahiran. Kita selalu mempromosikan diri sebagai terbaik. Di Asia kita tidaklah setinggi mana. Kita tidak per;u banyak bercakap. Menyenangkan hati sendiri. Banyak lagi yang oerlu dilaksanakan. Wawasan 2020 bukan angka. Bukan dua angka kosong. Ia manifestasi suatu hasrat membina yang tiggi, besar, hebat dan bermartabat. Pendidikan bukan kosmetik. Ia mestilah suatu realiti. Membina bangsa bertamadun yang sekurang-kurangnya untuk berdikari. Mandiri. Boleh melompat jauh. Melonjak tinggi. Mendepang jauh. Mengepak awan.

Ke mana kita semua akan dibawa. Toleh ke Jepun, mereka di hadapan. Tinjau ke Singapura, mereka sudah sayup jauh. Lihat ke Korea Selatan, sayup mengawan. Malah Cina sudah menjadi terlalu tinggi dan jauh. Di hadapan, di atas dan di kejauhan. Semuanya mengufuk sukar dilihat lagi. Sewajarnya kita tidak berhenti berfikir. Tidak meracau seorang diri. Tidak mempamer kelamahan. Banyakkan merancang. Rencanakan yang lebih baik. Garap yang lebih tinggi. Gapai yang lebih besar. Ia perlukan komitmen yang sangat tinggi. Fikirkanlah jarak kita tertinggal. Kerja kita ialah merapatkan jurang. Menyaingi pencapaian orang lain. Dalam jangkapanjang kita mendahului orang lain. Mungkin objektif kita tidak terlalu tinggi. Tidak selamanya kita berada di belakang atau di bawah. Anak-anak kita mesti boeh berlari memintas orang lain. Prasarananya perlu lebih baik. Yang terbaik di mana-mana.

Industri kita masih banyak yang labour intensive dan bukan capital intensive. Buruh menjadi semakin mahal. Negara lain menawarkan buruh yang semakin murah kerana produktiviti yang semakin meningkat. Teknologis kita belum begitu ramai. Industri dan IPT perlu berganding dan berkolaborasi untuk meramaikan mereka. Sekarang kedudukannya lebih top-heavy. Jurutera ramai tetapi juruteknik tidak bertambah selari. Jurutera mungkin tidak memiliki kemahiran teknikal yang diperlukan. Mereka lebih banyak menjadi eksekutif. Pegurus dan pentadbir. Di Canada jurutera diperlukan memiliki kemahiran. Walaupun mereka sudah memiliki ijazah kejuruteraan mereka kembali ke politeknik atau kolej komuniti untuk mendapatkan kemahiran itu. Tanpa kemahiran sukar bagi mereka mendapat pekerjaan. Majikan akan beri arahan, “Go back to school. Learn the skill that we need.”

Satu hal lagi, di Malaysia ilmu distatikkan. Maksud saya terlalu ramai orang berpuashati hanya dengan mendapat ijazah pertama sahaja. Ijazah Master dan PhD dipandang sepi kerana tidak ramai orang memebri nilai kecuali di IPT. Jika kepimpinan peringkat tinggi semua bentuk pengurusan dan pentadbiran dibudayakan supaya memiliki kelayakan akademik yang tinggi rasanya ada perlumbaan untuk memperbaiki diri. Pengalaman akademik banyak mengajar seseorang pemimpin. Gaya dan tindakannya tentu lebih berwawasan kerana yang selalu dilaluinya ialah ujian, peperiksaan dan penilaian. Setiap tindakannya tentulah dengan latarbelakang yang sahih, fakta yang boleh dipercayaai, wawasan ke hadapan yang lebih terang. Namun begitu pendidikan seharusnya dalam bentuk yang lebih santai, berwarna dan berirama lagu indah membelai cita-cita dan azam untuk berbakti kepada Allah. InsyaAllah.

Tuesday, December 25, 2012

Solat Jumaat di Gereja




Şanlıurfa at Salahiddini Eyübi Mosque 3645.jpg

Sebuah gereja yang menjadi masjid dengan izin Allah. Di Toronto, Canada dan di negara Barat banyak gereja jenis ini yang menjadi masjid. Alhamdulillah.


 
Sebua masjid yang sudah menjadi gereja. Aduhai apabila amahan itu dianaikan maka Allah mengambilnya. Jadkanlah ia sebagai pengajaran. Pengalaman di Cordova, Andalusia sudah cukup memeritkan.


Membaca tajuk ini barangkali ramai yang keliru mengapa solat di gereja. Di Malaysia keadaan seperti ini tidak mungkin terjadi. Mati hidup semula perkara serupa tidak mungkin berlaku. Kecualilah ada hal-hal yang luarbiasa. Di luar negara keadaan seperti itu sangat biasa. Di negara-negara yang warganya dikatakan beragama Kristian gereja mereka tidak berfungsi lagi. Banyak gereja yang dijual kepada the highest bidder. Orang Islam mengumpul dana untuk membina prasarana Islam. Rangkaian Islam. Media Islam. Airtime Islam on TV. Paid TV. Di Bandar-bandar besar masjid tidak dibina tetapi fenomenanya ialah gereja di tukar menjadi masjid. Gereja itu dijual kepada Islamic community dengan harga murah kerana statusnya yang sudah terbiar sekian lama. Antara intipati perlembagaan negara maju ialah tiada diskriminasi walau dalam bentuk apa sekalipun. Tidak agama. Tidak warna kulit. Tidak keturunan, bangsa dan sebagainya. Maka apabila gereja dijual kepada komuniti Islam dan dijadikan masjid pula orang Kristian tidak membantah. Kepada mereka gereja itu tetap kegunaan agama. Full stop. Tetapi dari segi politik pandangan itu agak berbeza.
Komuniti Islam semakin ramai di Amerika Utara. Begitu juga di Canada. Muslim yang berhijrah bukan sebarang Muslim. Mereka kental dengan agama dan akidah. Amalan beragama sentiasa dijaga dan dipatuhi. Mereka kuat mempertahankan agama. Dakwah dilaksanakan melalui apa sahaja media yang ada. Kaedah yang ada. Walaupun Islamofobia melanda Barat Muslim di sana gigih membina kekauatan. Dana dikumpul untuk membina kekuatan itu. Alhamdulillah syiar Islam menyinar melalui gereja yang ditukar menjadi masjid. Tidak ada perubahan suruktur. Tidak ada renovations. Gereja itu as it is. Ruang dan binaannya diterima apa yang ada. Yang bertukar hanyalah lambangnya. Dulu di puncak gereja ada cross. Ada salib. Setelah statusnya bertukar salib sudah bertukar menjadi bulan dan bintang. Di dalam gereja ada altar tempat paderi memberi sermon. Masjid mengubahnya menjadi mimbar. Sermon bertukar menjadi khutbah.
Masjid di Toronto umpamanya sangat banyak. Banyak juga gereja yang bertukar menjadi masjid. Alhamdulillah. Berbagai ruang yang asalnya kegunaan gereja. Apabila sampai hari Jumaat, masyarakat Islam berpusu-pusu ke masjid itu. Terhimpunlah Muslim yang berbagai mazhab. Semuanya berpegang kepada rukun iman yang sama dan rukun Islam yang sama. Mereka berimamkan seorang imam. Menuju qiblat yang sama. Melihat keliling kadang-kadang memberi keinsafan bahawa mereka adalah saudara seagama. Perbezaan warna kulit tidak dilihat sebagai tersangat penting. Cantik dan hodoh hanya ukuran subjektif semata-mata. Islam dan iman menyatukan mereka. Bertapak di negara yang warganya menganggap Islam sebagai agama yang ada konotasi ganas. Yang nyata, mutlak dan hakiki orang Islam tidak seperti yang disangka. Telahan selalu meleset. Ajaran Islam berintipati keadilan, nasihat menasihat dan berkasih sayang. Islam adalah selamat. Agama bekasih sayang.
Apa yang berlaku di Spain (Andalusia) adalah suatu tragedi. Masjid Alhambra telah diambilalih oleh orang Kristian. Mereka menukarnya menjadi gereja. Masjid yang menjadi lambang bertapaknya Islam di Andalusia luput peranannya. Masih kekal tulisan khat yang memaparkan ayat-ayat al-Quran di dinding bahagian dalam bangunan itu. Sejarah yang menyayat hati. Apabila Muslim di Andalusia gagal melihat kelibat musuh, mereka tumbang hingga sekarang tinggal nama sahaja. Masjid yang bertukar kepada gereja. Sekarang orang Islam melihat itu sebagai penghinaan. Keruntuhan semangat keislaman mereka yang terdahulu. Bahawa perjuangan tidak boleh dikendurkan. Ianya mesti diperhebat dan diperkasakan. Kata orang sekarang diangkasakan. Orang Barat melihat Andalusia sebagai lambang kemenangan mereka. Kejayaan menghalang Islam dari berkembang ke seluruh Eropah. Mereka menebus kekalahan lama. Aid yan sudah berbalas. Sesuatu yang ditakuti oleh orang Barat ia perkembangan Islam. Kekalahan mereka sewaktu Perang Salib menghantui mereka. Kekalahan Richard The Lion Heart di tangan Salahuddin al-Ayyubi mengores hati nurani orang Barat. Kembali ke Barat mereka merancang dalam jangka masa yang panjang untuk akhirnya membebaskan Islam dari Andalusia.
Sekarang keadaan itu Allah terbalikkan. Kristian menjadi agama yang ramai penganutnya di seluruh dunia. Fakta terbaru dikatakan Kristian adalah agama yang paling ramai pengikutnya mendahului Islam. Barangkali kita perlu membuat pengamatan yang tulus mengenai perkara ini. Gereja di Barat sudah sunyi dari penganutnya. Gereja yang suatu waktu dahulu meriah dengan hari Ahadnya sekarang lengang. Akhirnya gereja menjadi gajah putih. Menyakitkan mata mereka kerana sudah tidak terurus. Depleting. Deterioriating. Apabila datang pembeli mereka tidak kisah latarbelakang mereka. Maka banyakah gereja yang dijual. Suasana bertukar menjadi meriah kembali. Kecuali bentuknya berubah. Dari Kristian kepada Islam. Orang Barat tidak juga kisah siapa Muslim. Mereka dilihat menjadi orang-orang yang patuh lima kali sehari ke masjid-masjid mereka. Namun mata dan hati politik tidak melihat hal itu sebegitu. Di mana-mana Islam dimusuhi. Baik di negara bukan Islam maupun di nagara yang dikatakan Islam.
Ada kebimbangan di kalangan ahli politik tentang lanskap agama. Islamofobia melihatnya sebagai suatu ancaman. Mereka takut Islam bertapak kuat kembali menguasai keadaan. Lama kelamaan usaha untuk membeli gereja supaya boleh dijadikan masjid semakin dihalang. Mereka takut Islam berkembang. Dalam suatu keadaan ianya berlaku di negara Barat. Dalam negara Islam keadaannya hampir menjadi serupa. Generasi muda menyisihkan agama. Menyisihkan institusi agama. Aktiviti agama kurang mendapat sambutan. Sementara itu mereka galak dengan hiburan. Wujud  suasana hedonisme. Hiburan melampaui keperluan asasinya. Naluri bersantai tidak dapat dipastikan lagi. Jika dahulu generasi muda jinak ke masjid sekarang keadaan itu berlaku di bandar-bandar besar. Semakin kecil status bandarnya semakin terhakis peranan generasi muda yang jinak ke masjid. Di kampung kadang-kadang lanskap Islam semakin terhakis. Mereka yang mengetahui lebih banyak tentang Islam berada di bandar-bandar besar. Ulamak dilihat di kaca TV, didengar di radio, di youtube dan media elektronik dan cetak yang lain. Untuk memanggil mereka secara live tinggi kosnya.
Pendidikan Islam sewajarnya dipertingkatkan. Guru-guru agama diperbanyakkan dengan pengalaman. Teknik berdakwah. Kaedah mendekati audien. Ustaz Don di TV9 begitu menonjol dalam masa yang singkat. Agamawan yang profesionnya bukan bidang agama semakin ramai. Maknanya agama mestilah dilihat dari sudut yang pebih praktikal. Teknologi dan garapan ilmu-ilmu berkomunikasi. Bahasa dan teknologi dipersatukan. Lenggok badan dan mimik muka yang diintegrasikan. Menarik audien bukan seperti menayang gambar semata-mata. Mesti ada wajaran lain yang menghimpun suara, intonasi, animasi, pujukan, deria ingin tahu, ketulusan penyampaian, rendah diri, ingin berkongsi pengalaman dan keikhlasan kerana Allah. Daie-daie yang dapat menggabungkan hal tersebut dilihat lebih berupaya menyampaikan Islam kepada audien.


Wednesday, December 19, 2012

Make Hay While The Sun Shines


Beginilah bentuk hay yang sudah siap digulung. Saiz sebesar itu tidak mungkin dapat diangkat dengan tangan kasar. Forklift atau traktor digunakan untuk mengangkat, menyimpan dan menyusun dalam barn.
 

Hay adalah rerumput kering. Digelung atau digulung-gulung atau berbentuk bale. Makanan ruji lembu ternakan di negara beriklim sederhana adalah rumput. Lazimnya rumput alfalfa. Pada musim summer lembu dilepaskan di padang ragut. Makan setiap masa. Rumput menghijau jauh luas bak laut. Mengufuk di sekeliling. Langit bertemu bumi. Rumput dan padang ragut terus menghijau. Kawasasn yang laus itu dizonkan supaya lembu berada di kawasan yang rumputnya sesuai panjangnya untuk diragut. Bila musim winter segala-galanya hilang diliputi salji yang memutih. Terhampar luas bak permaidani.  Ketika itu rumput sudah tiada. Mati. Mengeram untuk menghijau semula di akhir musim bunga. Spring yang selalu indah. Warna warninya menghiasi alam. Pada waktu fall rumput perlu dipotong menjadi gulungan rumput yang besar. Disimpan di barn (bangsal) untuk makanan lembu semasa winter. Rumput kering? Benar? Jika tidak melihat sendiri sukar memahami bagaimana lembu makan rumput kering. Ya, rumput memang kering tetapi tidak liat bila dimakan. Seolah-olahnya rumput itu bila bercampur dengan enzyme air liur lembu rumput yang pada zahirnya kering itu menjadi seperti rumput segar. Dikunyah dan ditelan hingga ke perut. Lembu hidup segar sepanjang winter yang beku, sejuk, kaku. Tetap berisi. Banyak daging.

Saya mempelajari peribahasa Inggeris ini sewaktu saya di tingkatan dua pada tahun 1962 dahulu. Ianya membawa maksud ambillah peluang yang ada di depan mata. Jangan tunggu hingga waktu berlalu. Tidak akan ada kesempatan yang berulang lagi. Tahun hadapan cerita lain. Kitaran lain. Kesempatan yang berbeza tempat dan ketika. Sebab itu orang putih membuat hay ketika masih ada panas matahari. Ketika itu rumput masih menghijau segar. Boleh dikeringkan. Rumput alfalfa yang tahan menyimpan air dipilih sebagai hay yang baik. Sebuah syarikat makanan sihat Amway menggunakan rumput alfalfa untuk dijadikan makanan sihat. Jika lembu masih kekal sihat semasa winter kerana makan hay tentulah khasiatnya boleh dipindahkan kepada manusia. Malah sekarang ada pula minuman yang berasaskan alfalfa. Minuman kesihatan.

Sesungguhnya dalam banyak keadaan manusia berhadapan dengan situasi survival. Untuk dirinya. Keluarganya. Komunitinya. Malah jangan lupa untuk bangsa dan agamanya. Jika tidak difikir dan diusahakan tentulah tahap mati hidup manusia menjadi tersangat membawa mudarat. Mungkin pupus kerana hanya berserah kepada keadaan tanpa menjari jalan keluar yang seperlunya mengikut iklim, mengikut keadaan, mengikut suhu, mengikut keperluan. Berdoa dan menyerah kepada Allah semata-mata tentulah menyalahi tuntutan berusaha. Usaha dahulu barulah tawakal.  Setengah orang sukar mempercayai bahawa tangan yang berada di atas adalah lebih baik dari tangan yang berada di bawah. Bagaimana hendak meletakkan tangan di atas jika kita tidak memahami proses dan prosedur untuk  melakukannya. Secara akademik tentulah banyak teori dan petua yang perlu dibuat. Secara pengalaman dan praktikalnya ianya hanyalah  manifestasi interaksi manusia dengan persekitarannya. Ia dituntut memanfaatkan apa yang ada. Yang dilihat. Yang dihidu. Yang didengar. Yang dirasa. Yang dijangka dan diramal. Yang dikaji dan diteroka manfaat seterusnya.

Mungkin kerana desakan iklim dan suhu tersebut membuatkan mereka yang berada di negara beriklim sederhana membangunkan diri mereka ke tahap cemerlang. Maju dan terus ke hadapan. Kita tidak bincangkan dari aspek akhlak dan haq. Kita hanya melihat yang fizikal. Yang maujud secara material. Bila penilaian kita kepada yang hak dan beragama masih banyak yang perlu dibuat supaya kita kembali kepada Yang Khaliq. Yang paling memberi manfaat ialah mengambil hawa inisiatif bahawa semua yang Allah ciptakan pasti ada manfaatnya. Tidak ada yang sia-sia. Racun yang selalu membawa mudarat masih tetap ada gunanya. Api yang membakar tetap juga member manfaat. Kita harus selalu sedar akan manfaat yang perlu dipilih. Yang perlu dicari. Yang perlu diperkembangkan.

Panas atau sejuk adalah musim yang berganti. Pada peredaran itu ada tahap-tahap kebaikan dan kesukaran yang perlu ditangani. Yang baik tidak boleh diambil mudah. Taken for granted. Takut-takut tersilap pilih. Tersalah  menjadikannya input yang bukan hak. Yang sukar tidak boleh dihindar. Manfaatnya besar. Rahsianya besar. Melihat kepada sistem pengurusan Barat kita selalu dihidangkan dengan teori SWOT.  Strength, Weaknesses, Opportunities and Threats. Jika kita negatif maka W dan T menjadi halangan. Kekangan. Ancaman. Membantutkan arah untyk maju ke hadapan. Semua dianggap menyusahkan. Menyukarkan. Namun apabila kita bersikap positif tiada apapun yang boleh menghalang kecuali halangan itu memang datangnya dari Allah. Manusia masih boleh berusaha keras, berdoa dan tawakal. Keizinan Allah membolehkan segala-galanya. Kepada Allah hanya  kun fayakun sahaja.

 Saat saya berada di sebuah ladang ternakan itu datanglah keinsafan. Manusia dituntut memanfaat keadaan dan persekitarannya. Untuk faedah dirinya dan komuniti setempat. Tidak boleh langsung meratapi kesukaran. Menangisi kepayahan. Memurungkan diri kerana yang mudah tidak di depan mata. Mudah digapai tangan. Kesemuanya perlu diusahakan. Manakan dapat sagunya jika tidak dipecahkan ruyung. Manusia merupakan makhluk yang mudah menyesuaikan diri. Di gurun atau di kutub mereka boleh hidup. Di hutan dan di laut mereka boleh hidup. Letak di mana sekalipun manusia pasti mencari akal untuk mengambil kesempatan yang ada di depan mata. Seluruh alam ini Allah ciptakan untuk manusia. Akal budi kita yang meletakkan kita di landasan yang diredhai Allah. 



Hay Bales in a Field
 
Bergelung-gelung hay yang sudah siap untuk disimpan.



 
Selain lembu haiwan lain yang memerlukan hay ialah kuda.
 
 
 
Gelungan hay yang sedang untuk diangkut ke barn.


Hay dalam bentuk bale. Disusun berlapis-lapis. Bukan sedikit tetapi membukit tingginya. 

 
Mesin yang digunakan untuk menggulung hay.

 
Hay yang tinggi kulitinya berwarna hijau dan tidak kasar mengandungi ranting, dedaun dan sampah lain. Gambar di atas adalah hay dari rumput alfalfa.
.

 
Hay yang rendah kualitinya. Kering dan pudar warnanya. Tidak hijau seeprti hay yang baik.
 

Sunday, December 16, 2012

The Great St Lawrence Waterways


Gambar ini saya rakam semasa dalam perjalanan menuju Ottawa. Saya mempelajarinya dalam subjek Geografi. Imaginasi saya tidak sampai ke tahap tepat. Bagaimana kapal boleh berulang alik melalui terusan yang berperingkat-peringkat. Istilahnya lock. Melihat sendiri secara live begini memahaminya dengan benar. Teknologi membantu untuk melancarkan kehidupan manusia.




Pengangkutan yang paling awal dalam sejarah adalah pengangkutan air.  Peegangkutan udara semakin canggih. Pengangkutan maya belum lagi menjadi realti. Dalam sebuah negara yang besar keperluan warganya juga besar.  Pengangkutan udara tentu tidak mungkin. Yang ringan dan menjadi keutamaan sahaja diangkut dengan melalui udara. Yang besar, berat dan kuantitinya besar tentulah tidak ekonomik menggunakan pengangkutan udara. Amerika Utara yang merentasi empat zon waktu tentu tidak mampu jika hanya menggunakan pengangkutan darat. Masalahnya ialah pelabuhan terlalu jauh bagi negeri-negerinya yang terletak di bahagian tengah negara itu. Trak atau trailer tidak dapat menampung kuantiti keperluan yang sangat banyak. Kita tahun lima tasik besar di sempadan US dan Canada. Dari tasik-tasik tersebut air mengalir jauh ke lalu. Laluannya ialah Saint Lawrence River. Sungai ini tidak sebesar Mississippi atau Amazon. Walau bagaimanapun inilah sungai yang muaranya bertemu dengan Lautan Atlantik. Muaranya di Canada.




Muara Sungai Sr Lawrence di Timur-Laut Amerika Utara. Terletak di Canada. Mengalir ke Lautan Atlantik. Menjadi nadi yang mengalirkan keperluan warga yang ramai di sekeliling tasik besar Amerika Utara.
 



Lock. Petak-petak air yang dipasang dan disurutkan airnya. Paras air disamakan dengan paras air lock yang bersebelahan supaya kapal dapat bergerak ke arah yang diperlukan dalam keadaan seperti belayar di lautan.





 Saiz bukan isu dalam urusan menerusi lock yang dibina sepanjang laluan yang memerlukannya.




Kapal-kapal besar hilir mudik melalui Sungai St Lawrence.



 Sangat banyak bandaraya-bandaraya yang wujud si sepanjang sungai St Lawrence dan di sekeliling tasik besar.





Membina sejarah bukan hanya dengan galeri dan muzium. Family outing. Outdoor education. Quality time.  History made easy. Tempat-tempat sejarah dihidupkan kembali untuk generasi semasa dan akan datang. Reliving the past. Glory or gloom. Ada sesiapa terfikir idea seeprti ini? Destinasi sejarah ini banyak di sepanjang laluan St Lawrence.



Waktu di tingkatan empat dahulu (tahun 1964) dan tingkatan lima saya mempelajari Geografi dunia. Cerita Sungai St Lawrence ini masih saya ingat lagi. Selain dari Terusan Panama, Suez maka terusan di Sungai St Lawrence ini antara yang sangat penting di dunia. Amerika Syarikat bergantung kepada terusan ini. Dear life kepada bahagian tengah Amerika Syarikat. Jika terusan ini musnah lumpuh ekonomi Amerika. Kerana itu The Great St Lawrence Waterways menjadi nadi penting ekonomi Amerika dan Canada. Dua negara besar yang berjiran dekat. Memiliki cirri-ciri yang hampir sama. Keperluan yang yang hampir sama. Budaya Amerika Utara terkesan kerana Sungai St Lawrence yang penting ini.

Orang di negara maju tidak melihat sesuatu dengan satu pandangan mata. Tidak lurus seperti kuda lumba. Hanya melihat balapan yang lurus di hadapan mata sahaja. Sebaliknya mereka Nampak semua yang ada di sisi. Kerana itu banyak situasi yang dimanfaatkan. Ada bermacam-macam kategori aktiviti. Namun kesemuanya boleh dikomersilkan. Ada juga yang dibangunkan semata-mata kerana generasi akan datang.  Tempat-tempat sejarah dipulihkembali. Reenacted. Maksudnya mereka kembalikan suasana asalnya. Terdapat pelaku-pelakunya yang memakai pakaian tradisional. Dengan segala yang asal. Lama dan kuno. History made perfect. Made easy.Anak- anak dibawa mengembara back to the past. Sejarah jika disejarahkan begitu sahaja tidak memberi impak. Muzium dan galeri adalah dua gambaran mati. Tidak dilihat sebagai realiti.

Sejarah Canada dan US berkisar antara Inggeris, Perancis, Sepanyol dan tentu sekali Red Indians.  Banyak post, out post, fort yang ada di sepanjang Sungai St Lawrence dibina semula. Dikunjungi oleh pelancong dalam negara dan asing. Ibu bapa membawa anak-anak mereka untuk melihat sendiri peradaban mereka diperjuangkan. Tertanam dalam jiwa meeka rasa kecintaan. Memahami. Semangat mempertahankan keutuhannya. Patriotik untuk melebarkan kewujudannya ke serata pelosok dunia. Menyedarkan mereka dari mana mereka datang. Bahawa senang mereka adalah hasil pengorbanan nenek moyang mereka. Apa yang mereka ada bukan datang bergolek begitu sahaja. Banyak darah yang tertumpah. Perjuangan hidup mati.

Pendidikan di Amerika Utara atau di negara maju bukan tanggungjawab sekolah sahaja. Bukan kerajaan sahaja. Bukan guru sahaja. Ibu bapa hendaklah menyekolahkan anak-anak mereka di luar lingkungan sekolah. Sejarah dilihat sendiri melalui family outing. Excursion. Geografi difahami melalui penerokaan. Hujung minggu dimanfaatkan sebagai aktiviti keluarga. Mereka realisasikan quality time. Keluarga keluar rumah untuk melihat dunia dari kacamata mereka sendiri. Sumber maklumat yang primer. Ibu bapa menjadi guru yang utama. Lebih tinggi wibawanya berbanding dengan guru-guru di sekolah. Malang bagi kit akerana budaya kita tidak begitu. Hujung minggu ibu bapa sibuk menghadiri kenduri kendara saudara mara dan sahabat handai. Anak-anak terkapai-kapai di rumah. Kita tenggelamkan pula dengan maklumat sekunder melalui kacamata orang lain. Objektifnya lain. Matlamatnya lain. Itulah sajian TV dan internet.

Kita bercerita mengenai alam sekitar melalui buku, cerita dan gambar. Pentingnya kehijauan dan oksigen diceritakan melalui kata-kata guru. Ianya tidak dialami sendiri. Tidak dilihat dan dirasa sendiri. Di Barat memeliharaan alam sekitar menjadi agenda penting. Kesilapan nenek moyang mereka telah disedari lama dahulu. Mereka berusaha menghalang orang lain dari melakukan kesilapan yang sama. Kesemuanya atas nama pembangunan. Atas nama kemajuan. Atas nama ekonomi. Akibatnya eko-sistem kita rosak. Musim tidak menentu. Hujan dan banjir tidak menentu. Panas dan sejuk tidak lagi ditentukan bulan dan musimnya. Di  bandar-bandar besar tidak agenda untuk menghijaukan suasana. Kita tiada park untuk warganya bersantai. Beriadah. Berhimpun menyedut oksigen yang diperlikan untuk kesihatan.

Perancangan Bandar tidak mengamalkan konsep hijau yang dilaungkan secara tidak melepas suara. Institusi pendidikan sahaja yang sibuk dengan berbagai program menghijaukan persekitaran. Tidak ada aktiviti yang disegerakkan dan berintegrasi. Seharusnya semua agensi terlibat sama. Di setiap bandar kawasan hijau dijadikan nadi bandar itu. Di situlah warganya menyambung nyawa. Mengembalikan kesegaran. Menikmati flaura dan fauna semulajadi. Pergilah ke mana sahaja di negara maju, kawasan hijau mereka sangat bermanfaat. Padat dengan warga yang dahaga kesegaran udara. Sarat dengan aktiviti riadah dan sukan luar. Di situ mereka berjalan, berbasikal, melontar frisbee (US), melontar boomerang (Australia), berkejaran dan family outing. Malah kadang-kadang jamuan ringan diadakan di park yang ada.




Rekreasi dan sukan air. Extreme sports. Banyak riam dan jeram. Ramai yang memanfaatkan situasi seperti ini.


Bukan calang-calang ikan yang dipancing. Ikan-ikan besar seperti ini sangat mengujakan pemancing. Kekadang mereka bukan memakannya. Mereka hanya seronok memancingnya. Merakamkan keseronokan itu.