Sebuah gereja yang menjadi masjid dengan izin Allah. Di Toronto, Canada dan di negara Barat banyak gereja jenis ini yang menjadi masjid. Alhamdulillah.
Membaca tajuk ini barangkali ramai yang
keliru mengapa solat di gereja. Di Malaysia keadaan seperti ini tidak mungkin
terjadi. Mati hidup semula perkara serupa tidak mungkin berlaku. Kecualilah ada
hal-hal yang luarbiasa. Di luar negara keadaan seperti itu sangat biasa. Di
negara-negara yang warganya dikatakan beragama Kristian gereja mereka tidak
berfungsi lagi. Banyak gereja yang dijual kepada the highest bidder. Orang Islam mengumpul dana untuk membina
prasarana Islam. Rangkaian Islam. Media Islam. Airtime Islam on TV. Paid TV.
Di Bandar-bandar besar masjid tidak dibina tetapi fenomenanya ialah gereja di
tukar menjadi masjid. Gereja itu dijual kepada Islamic community dengan harga murah kerana statusnya yang sudah
terbiar sekian lama. Antara intipati perlembagaan negara maju ialah tiada
diskriminasi walau dalam bentuk apa sekalipun. Tidak agama. Tidak warna kulit.
Tidak keturunan, bangsa dan sebagainya. Maka apabila gereja dijual kepada
komuniti Islam dan dijadikan masjid pula orang Kristian tidak membantah. Kepada
mereka gereja itu tetap kegunaan agama. Full
stop. Tetapi dari segi politik pandangan itu agak berbeza.
Komuniti Islam semakin ramai di Amerika
Utara. Begitu juga di Canada. Muslim yang berhijrah bukan sebarang Muslim. Mereka
kental dengan agama dan akidah. Amalan beragama sentiasa dijaga dan dipatuhi.
Mereka kuat mempertahankan agama. Dakwah dilaksanakan melalui apa sahaja media
yang ada. Kaedah yang ada. Walaupun Islamofobia melanda Barat Muslim di sana
gigih membina kekauatan. Dana dikumpul untuk membina kekuatan itu.
Alhamdulillah syiar Islam menyinar melalui gereja yang ditukar menjadi masjid.
Tidak ada perubahan suruktur. Tidak ada renovations.
Gereja itu as it is. Ruang dan
binaannya diterima apa yang ada. Yang bertukar hanyalah lambangnya. Dulu di
puncak gereja ada cross. Ada salib.
Setelah statusnya bertukar salib sudah bertukar menjadi bulan dan bintang. Di
dalam gereja ada altar tempat paderi
memberi sermon. Masjid mengubahnya
menjadi mimbar. Sermon bertukar
menjadi khutbah.
Masjid di Toronto umpamanya sangat
banyak. Banyak juga gereja yang bertukar menjadi masjid. Alhamdulillah.
Berbagai ruang yang asalnya kegunaan gereja. Apabila sampai hari Jumaat,
masyarakat Islam berpusu-pusu ke masjid itu. Terhimpunlah Muslim yang berbagai
mazhab. Semuanya berpegang kepada rukun iman yang sama dan rukun Islam yang
sama. Mereka berimamkan seorang imam. Menuju qiblat yang sama. Melihat keliling
kadang-kadang memberi keinsafan bahawa mereka adalah saudara seagama. Perbezaan
warna kulit tidak dilihat sebagai tersangat penting. Cantik dan hodoh hanya
ukuran subjektif semata-mata. Islam dan iman menyatukan mereka. Bertapak di
negara yang warganya menganggap Islam sebagai agama yang ada konotasi ganas.
Yang nyata, mutlak dan hakiki orang Islam tidak seperti yang disangka. Telahan
selalu meleset. Ajaran Islam berintipati keadilan, nasihat menasihat dan
berkasih sayang. Islam adalah selamat. Agama bekasih sayang.
Apa yang berlaku di Spain (Andalusia)
adalah suatu tragedi. Masjid Alhambra telah diambilalih oleh orang Kristian.
Mereka menukarnya menjadi gereja. Masjid yang menjadi lambang bertapaknya Islam
di Andalusia luput peranannya. Masih kekal tulisan khat yang memaparkan
ayat-ayat al-Quran di dinding bahagian dalam bangunan itu. Sejarah yang
menyayat hati. Apabila Muslim di Andalusia gagal melihat kelibat musuh, mereka
tumbang hingga sekarang tinggal nama sahaja. Masjid yang bertukar kepada
gereja. Sekarang orang Islam melihat itu sebagai penghinaan. Keruntuhan
semangat keislaman mereka yang terdahulu. Bahawa perjuangan tidak boleh
dikendurkan. Ianya mesti diperhebat dan diperkasakan. Kata orang sekarang
diangkasakan. Orang Barat melihat Andalusia sebagai lambang kemenangan mereka.
Kejayaan menghalang Islam dari berkembang ke seluruh Eropah. Mereka menebus
kekalahan lama. Aid yan sudah berbalas. Sesuatu yang ditakuti oleh orang Barat
ia perkembangan Islam. Kekalahan mereka sewaktu Perang Salib menghantui mereka.
Kekalahan Richard The Lion Heart di
tangan Salahuddin al-Ayyubi mengores hati nurani orang Barat. Kembali ke Barat
mereka merancang dalam jangka masa yang panjang untuk akhirnya membebaskan
Islam dari Andalusia.
Sekarang keadaan itu Allah terbalikkan.
Kristian menjadi agama yang ramai penganutnya di seluruh dunia. Fakta terbaru
dikatakan Kristian adalah agama yang paling ramai pengikutnya mendahului Islam.
Barangkali kita perlu membuat pengamatan yang tulus mengenai perkara ini.
Gereja di Barat sudah sunyi dari penganutnya. Gereja yang suatu waktu dahulu
meriah dengan hari Ahadnya sekarang lengang. Akhirnya gereja menjadi gajah
putih. Menyakitkan mata mereka kerana sudah tidak terurus. Depleting. Deterioriating.
Apabila datang pembeli mereka tidak kisah latarbelakang mereka. Maka banyakah
gereja yang dijual. Suasana bertukar menjadi meriah kembali. Kecuali bentuknya
berubah. Dari Kristian kepada Islam. Orang Barat tidak juga kisah siapa Muslim.
Mereka dilihat menjadi orang-orang yang patuh lima kali sehari ke masjid-masjid
mereka. Namun mata dan hati politik tidak melihat hal itu sebegitu. Di
mana-mana Islam dimusuhi. Baik di negara bukan Islam maupun di nagara yang
dikatakan Islam.
Ada kebimbangan di kalangan ahli politik
tentang lanskap agama. Islamofobia melihatnya sebagai suatu ancaman. Mereka
takut Islam bertapak kuat kembali menguasai keadaan. Lama kelamaan usaha untuk
membeli gereja supaya boleh dijadikan masjid semakin dihalang. Mereka takut
Islam berkembang. Dalam suatu keadaan ianya berlaku di negara Barat. Dalam
negara Islam keadaannya hampir menjadi serupa. Generasi muda menyisihkan agama.
Menyisihkan institusi agama. Aktiviti agama kurang mendapat sambutan. Sementara
itu mereka galak dengan hiburan. Wujud
suasana hedonisme. Hiburan melampaui keperluan asasinya. Naluri
bersantai tidak dapat dipastikan lagi. Jika dahulu generasi muda jinak ke
masjid sekarang keadaan itu berlaku di bandar-bandar besar. Semakin kecil
status bandarnya semakin terhakis peranan generasi muda yang jinak ke masjid.
Di kampung kadang-kadang lanskap Islam semakin terhakis. Mereka yang mengetahui
lebih banyak tentang Islam berada di bandar-bandar besar. Ulamak dilihat di
kaca TV, didengar di radio, di youtube dan media elektronik dan cetak yang
lain. Untuk memanggil mereka secara live
tinggi kosnya.
Pendidikan Islam sewajarnya
dipertingkatkan. Guru-guru agama diperbanyakkan dengan pengalaman. Teknik
berdakwah. Kaedah mendekati audien. Ustaz Don di TV9 begitu menonjol dalam masa
yang singkat. Agamawan yang profesionnya bukan bidang agama semakin ramai.
Maknanya agama mestilah dilihat dari sudut yang pebih praktikal. Teknologi dan
garapan ilmu-ilmu berkomunikasi. Bahasa dan teknologi dipersatukan. Lenggok
badan dan mimik muka yang diintegrasikan. Menarik audien bukan seperti menayang
gambar semata-mata. Mesti ada wajaran lain yang menghimpun suara, intonasi,
animasi, pujukan, deria ingin tahu, ketulusan penyampaian, rendah diri, ingin
berkongsi pengalaman dan keikhlasan kerana Allah. Daie-daie yang dapat
menggabungkan hal tersebut dilihat lebih berupaya menyampaikan Islam kepada
audien.
sokong ^__^
ReplyDelete