Friday, December 16, 2011

Seminar Qiraat Peringkat Kebangsaan 2011, UIAM, 19-20 Nov 2011

Bergambar bersama tokoh Al-Quran Malaysia yang tidak asing lagi. Tan Seri Datuk Haji Hassan bin Haji Azhari.

Seminar yang berjaya menghimpunkan 600 orang peserta yang mencintai al-Quran.


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN QIRAAT:
PENGALAMAN DI UIAM

Md Yusof bin Jamar @ Jamil
mdyusofjamar@yahoo.com



ABSTRAK

Manfaat mempelajari qiraat tidak banyak diketahui oleh khalayak umum kerana qiraat tidak dipelajari secara meluas. Hanya institusi khusus seperti UIAM sahaja yang menawarkan kursus qiraat secara akademik. Kertas kerja ini cuba menghuraikan manfaat yang diperolehi dengan mempelajari qiraat. 22 orang responden telah dipilih untuk mendapatkan respon yang diperlukan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa qiraat banyak membantu dalam mendalami ilmu al-Quran. Bukan sahaja dari segi pembacaan bahkan ilmu-ilmu lain seperti tajwid, wakaf dan iftida’ serta khilaf-khilaf yang berlaku antara imam-imam qurra’. Adalah dicadangkam supaya qiraat diperluaskan kepada khalayak Islam di Malaysia supaya keindahan al-Quran benar-benar meresap ke dalam kehidupan ummah.





1.0              PENDAHULUAN


1.1              LATARBELAKANG

Pengajian al-Quran ibarat laut tidak bertepi. Terlalu luas dan sangat menakjubkan. Semakin dipelajari semakin banyak lagi yang perlu dipelajari. Antara bidang al-Quran yang baru hendak dimajukan di Malaysia ialah Qiraat. Sejarahnya sudah lama sejak dari Rasulullah lagi namun di Malaysia belum lagi menjadi bidang yang diutamakan. Walaupun ada kelas mengenainya dijalankan oleh guru-guru yang pakar tetapi ianya tidak diadakan secara formal. Bagi mereka yang ingin mempelajarinya selalu tertanya-tanya dan tercari-cari sekiranya ada kelas dijalankan di mana-mana yang berdekatan dengan tempat kediaman mereka. Malangnya pakar-pakar qiraat tidak ramai. Mereka tidak berada di banyak tempat. Paling ramai mereka berada di Lembah Kelang, khususnya di Kuala Lumpur. Antara sebabnya ialah kerana bayak institusi yang memperkembangkan pengajian qiraat sama ada secara individu, swasta  atau organisasi besar. Ramai yang mencari akan adanya kelas-kelas qiraat. Alhamdulillah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah mengambil inisiatif untuk memulakannya secara akademik. Sejak tahun  2003 lulusan yang telah dihasilkan melebihi 50 orang.

Qiraat adalah sebahagian penting dari pengajian al-Quran. Bagi mufasirin, penguasaan tentang qiraat adalah syarat penting. Tanpa qiraat pentafsiran al-Quran tidak dianggap lengkap. Mengenai qiraat ini, ramai yang biasa dengan Qiraat Sab’a (Qiraat tujuh). Di UIAM Qiraat ‘Asara (Qiraat sepuluh) yang diberi tumpuan. Kebanyakan responden yang mengikuti kursus ini datang dari mereka yang tinggal di Lembah Kelang. Walau bagaimanapun ramai juga yang datang dari luar kawasan. Kesemua yang datang dari jauh ini adalah orang dewasa yang sudah berjawatan dan berpendapatan. Bukan itu sahaja ramai juga yang sudah bersara. Maka perbincangan ini tidak lagi meliputi isu mengenai pedagogi tetapi andragogi. Orang-orang dewasa mempunyai minat dan selera yang berbeza dengan anak-anak sekolah. Dorongan intrinsik mereka yang menjana usaha untuk menambahkan ilmu mengenai al-Quran khsusunya qiraat.  Mereka memiliki inisiatif yang tinggi untuk mempelajari qiraat.

Kertaskerja ini mengkaji 22 orang responden yang masih mengikuti kursus qiraat di UIAM. Maklumat yang terhimpun memperjelas bukan sahaja keupayaan mereka mengikuti kelas qiraat bahkan memberikan gambaran positif tentang perkembangan  pengajian qiraat di Malaysia khsusunya di UIAM.
           


1.2              PERMASALAHAN

Pengajian qiraat telah agak lama diperkatakan di Malaysia. Yang selalu menjadi kesukaran ialah mencari kelas-kelas yang menganjurkannya. Selain daripada itu kaedah mempelajarinya juga menjadi topik perbincangan kerana mempelajari qiraat memerlukan masa yang panjang. Untuk  mempelajarinya  memerlukan ketekunan dan intelek yang berbeza berbanding dengan mempelajari al-Quran mengikut riwayat Hafs ‘an ‘Aasim toriq Syatibiyyah kerana kita sudah terlalu biasa dengannya. Oleh itu kertaskerja ini akan membincangkan mengenai hal-hal yang berkaitan.


1.3              OBJEKTIF

i           Untuk mengenalpasti qiraat yang dipelajari di Malaysia.
ii          Untuk mengenalpasti responden-responden yang mengikuti pengajian qiraat.
iii         Untuk mengenalpasti kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan dalam kelas qiraat di UIAM.
iv         Untuk mengenalpasti manfaat mempelajari qiraat.

2.0              QIRAAT ‘ASARA

Pengajian qiraat di UIAM adalah berdasarkan Qiraat ‘Asara. (Mohd Rahim Jusoh, 2001 dan Abu Mardhiah, 2007). Nama-nama imam qurra’ yang sepuluh dan perawinya adalah seperti di bawah:

Bil       Imam Qurra’   Perawinya

1          Nafi’                Qalun
                                    Warsy

2          Ibn Kathir        Al-Bazzi
                                    Qunbul

3          Abu Amr          Ad-Duriy
                                    As-Susi

4          Ibn ‘Aamir       Hisham
                                    Ibn Zakuan

5          ‘Aasim             Syu’bah
Hafs

6          Hamzah            Khalaf
Khalad

7          Al-Kisaie         Abu Al-Harith
                                    Ad-Duriy

8          Abu Jaafar       Ibn Wardan
                                    Ibn Jammaz

9          Ya ‘qub            Ruuh
                                    Ruwais

10        Khallad            Ishaq
                                    Idris



Senarai di atas menunjukkan imam-imam qurra’ yang sepuluh. Daripada jadual itu imam Nafi’ adalah pada kedudukan pertama dan yang terakhir ialah imam Khallad. Imam ‘Aasim ialah pada kedudukan kelima. Namun demikian qiraat ‘Aasim adalah yang paling popular. Lebih 60% penduduk dunia membaca qiraat ‘Aasim. Al-Quran yang bertulisan Rasm Uthmani boleh digunakan untuk membaca kesemua qiraat.


3.0              TOPIK-TOPIK PENGAJIAN QIRAAT

Pengajian qiraat memerlukan kekuatan mental. Pemikiran yang tinggi juga diperlukan. Banyak yang perlu dipelajari, diingat dan dihafal. Usul qiraat menyenaraikan topik-topik yang berikut:

3.1              Lafaz berkaitan huruf sod
3.2              Idgham kabir
3.3              Ha kinayah
3.4              Mad dan qasar
3.5              Dua hamzah dalam satu kalimah (hamzahtain min kalimah)
3.6              Dua hamzah dalam dua kalimah (hamzahtain min kalimatain)
3.7              Hamzah mufrad
3.8              Naql hamzah pada huruf sebelumnya
3.9              Saktah sebelum hamzah
3.10          Idham soghir
3.11          Idgham mutaqorabain
3.12          Nun yang mati atau tanwin
3.13          Fatah dan imalah huruf-huruf ro’
3.14          Huruf-huruf lam
3.15          Raum dan isymam
3.16          Ya’idhofah
3.17          Tambahan huruf ya’ pada kalimah
3.18          Ifrad dan jama’ pada bacaan

Banyak lagi sebenarnya yang dipelajari tetapi tidak dapat disenaraikan secara terperinci lagi. Antaranya ialah hal-hal yang berkaitan dengan taghliz, taqlil dan lain-lain yang berkaitan.


4.0              KURSUS QIRAAT: PENGALAMAN DI UIAM

4.1              Responden

            Kebanyakan responden yang mengikuti kursus Qiraat di UIAM terdiri dari orang dewasa. Lebih      
            khusus lagi mereka adalah orang-orang yang bekerja atau yang telah bersara. Walau bagaimanapun 
            terdapat juga sebilangan pelajar yang mengikutinya. Jadual  di bawah menunjukkan bahawa
            responden lelaki adalah seramai 13 orang iaitu 59.10%. responden wanita pula seramai 9 orang atau
           40.90%.

   Lelaki       %      Wanita         %      
Jantina        13        59.10        9          40.90
Jumlah        13        59.10        9          40.90


4.2              Usia responden
Umur      Lela-             Wani-               
(tahun )   ki         %       ta        %       Jum        %

20-30       4      18.20   3        13.60     7        31.80
31-40       3      13.60   2         9.10      5        22.70
41-50       1      4.50     0         0.00      1          4.50
Lebih 50   5      22.70   4       18.20      9        40.90
Jumlah   13      59.10   9       40.90     22     100.00

            Jadual di atas memberikan gambaran tentang kelompok usia responden. 9 daripada responden  
            atau    40.90% adalah mereka yang berusia melebihi 50 tahun. Kelompok usia paling muda  
            adalah seramai 7 orang (31.80%).

           
4.3              Peringkat kelayakan akademik responden

Kelayakan       Lela-           Wani-                  
Kelayakan       ki       %      ta          %      Jum        %

Sarjana            3      13.60    0       0.00      3        13.60
Sarjana Muda  2        9.10    4      18.20     6        27.30
Diploma           3      13.60    1       4.50      4        18.20
STPM/STAM  1        4.50    1       4.50      2          9.10
Matrikulasi       0        0.00    2       9.10      2          9.10
SPM/MCE      3      13.60    0       0.00      3        13.60
Lain-lain           1        4.50    1       4.50      2          9.10
Jumlah           13     59.10    9     40.90     22     100.00

Jadual di atas menunjukkan ramai antara perserta memiliki pendidikan peringkat pengajian tinggi. 13 orang atau 59.10% memiliki diploma, sarjana muda dan sarjana. Kelayakan akademik paling rendah tidak dinyatakan responden.


4.4              Pekerjaan/bidang pekerjaan responden

Pekerjaan/          Lela-           Wani-               
Bidang                ki        %      ta        %      Jum        %

Pelajar                 4      18.20  2       9.20     6         27.30
Pesara                 3      13.60  3     13.60     6         27.30
Guru                    2        9.10  0       0.00     2           9.10
Suri Rumah          0        0.00  2       9.10     2           9.10
Guru Agama        1        4.50  0       0.00     1           4.50
Eksekutif              0        0.00  1       4.50     1           4.50
Jururunding IT      1        4.50  0       0.00     1           4.50
Editor                   0        0.00  1       4.50     1           4.50
CEO Syarikat      1        4.50  0       0.00     1            4.50           
Pegawai Tentera  1         4.50 0        0.00    1            4.50
 Jumlah              13     59.10  9      40.90    22     100.00    

        Jadual di atas menunjukkan bahawa 16 orang atau 72.70% responden adalah mereka yang sedang  
           bekerja dan yang  sudah bersara. Jumlah pesara adalah seramai 6 orang atau 27.30%. Agak 
           menarik daripada 16 orang responden hanya seorang sahaja adalah guru agama. Yang lain 
           memegang berbagai jawatan seperti eksekutif, jururunding IT, editor, CEO dan pegawai tentera. Ini 
           menunjukkan bahawa pengajian qiraat juga menjadi tarikan kepada mereka yang bukan dari bidang
           agama.

                       
4.5              Negeri tempat tinggal responden

                                                Wani- 
Negeri             Lelaki     %         ta            %       Jum        %

Selangor          5          22.70      4          18.20     9          40.90
Pahang             2            9.10     2            9.10     4          18.20
Johor               1            4.50      1            4.50     2            9.10
Kedah             2            9.10      0            0.00     2            9.10
Perak               1            4.50     0            0.00     1            4.50
Perlis               0             0.00     1            4.50     1            4.50
Jumlah           13         59.10     9          40.90    22       100.00

Dalam jadual di atas terdapat 12 orang responden atau 54.50% yang datangnya dari Selangor dan Wilayah Persekutuan. Yang lain datang dari Pahang (18.20%), Johor (9.10%), Kedah (9.10%) dan Perlis (4.5%).


4.6              Jarak perjalanan perserta

Jarak
Perjalanan        Lela-                Wani- 
(km)                ki          %         ta            %      Jum         %

Kurang 50        7       31.80       7          31.80   14         63.60
51-100             1         4.50       1            4.50     2           9.10
101-150           1         4.50       1            4.50     2           9.10
151-200           1         4.50       0            0.00     1           4.50
201-250           0         0.00       0            0.00     0           0.00
251-300           0         0.00       0            0.00     0           0.00
Lebih 300         2         9.10       1            4.50     3         13.60
Jumlah           13       59.10      9          40.90    22       100.00

Dalam jadual di atas16 orang responden (72.70%) datang dalam lingkungan 100 kilometer dari UIAM. Namun demikian  6 daripada responden datang dari jauh yang jaraknya hingga melebihi 300 kilometer.  

                                                                           
            4.7       Mod pengangkutan responden

            Mod                Lela-                Wani-
            Pengangkutan  ki          %         ta          %      Jum         %

            Kereta sendiri   9        40.90   6          27.30   15        68.20
            Bas ekspress    2          9.10   0            0.00   2            9.10
            Berjalan kaki    2          9.10   2            9.10   4          18.20
            Teksi                0         0.00    1            4.50   1            4.50
            Jumlah            13      59.10   9          40.90   22      100.00  


Walaupun ramai responden yang tinggal dalam lingkungan 100 kilometer memandu kereta sendiri tetapi sebenarnya ramai juga mereka yang datang dari luar UIAM adalah memandu sendiri. Selain daripada itu terdapat 2 orang responden (9.10%) datang dengan menaiki bas ekspress seperti ditunjukkan dalam Jadual di atas.


4.7              Objektif pembelajaran responden
                                              Kekera-
Bil       Respon                                    pan                    %    

1                    Berminat mendalami                  12                26.10
al-Quran
2                    Mengetahui cara-cara                11               23.10
bacaan dari imam qiraat
selain qiraat Hafs
3                    Mendalami ilmu agama dari         5               10.90
al-Quran
4                    Menyempurnakan fardhu             3                 6.50
Kifayah
5                    Untuk mengetahui nilai                 3                 6.50
sebenar qiraat
            6          Memartabatkan ilmu qiraat          2                 4.30
            7          Untuk memantapkan lagi             2                 4.30
bacaan al-Quran
            8          Untuk menyebarkan ilmu             2                 4.30
al-Quran
            9          Mencari ilmu yang diredhai          1                 2.20
Allah
            10        Untuk mengaplikaasi IT               1                2.20
dalam pembelajaran qiraat
            11        Untuk mendapat keberkatan       1                 2.20
Allah
            12        Untuk menyedarkan                   1                  2.20
Masyarakat
            13        Menguasai bidang yang               1                 2.20
jarang dikuasai oleh orang
awam
            14        Untuk mendalami ilmu tafsir        1                 2.20
            Jumlah                                                46             100.00



Terdapat sebanyak 46 respon seperti ditunjukkan dalam jadual di atas. Respon yang paling tinggi kekerapannya ialah responden ingin mendalami al-Quran (26.10%). Terdapat pula 23.90% responden yang mempelajari qiraat kerana minat mereka untuk mengetahui lain-lain qiraat selain Hafs. Selain daripada itu banyak fokus responden mengenai pembelajaran qiraat selain yang disebut di atas.


            4.9       Teknik pengajaran dan pembelajaran yang digunakan pada persepsi pelajar

                                                                                    Kekera-
            Bil       Respon                                                 pan             %

            1          Perbincangan dan pembentangan            11          21.60
            2          Bertalaqi secara individu                           9          17.60
            3          Guru mendengar bacaan responden          7          13.70
dan membetulkan kesilapan
            4          Guru membaca secara jama’ dan             7          13.70
diikuti oleh responden mengikut
kaedah di Mesir
            5          Membaca usul qiraat                               7           13.70
            6          Ujian bertulis dan hafazan                        4             7.80
            7          Guru membuat tunjuk cara                      2             3.90
            8          Talaqi secara beramai-ramai                    2            3.90
            9          Kerja kumpulan                                      1             2.00
            10        Soal jawab                                             1             2.00
Jumlah                                                             51        100.00


Jadual dii atas adalah respon daripada responden berdasarkan persepsi mereka. Mereka mendapati bahawa kaedah yang paling kerap digunakan ialah perbincangan dan pembentangan mengenai topik-topik qiraat (21 ;60%). Responden juga positif mengenai proses talaqi (17.60%), pembetulan dalam pembacaan (13.70%), membaca secara jama’ (13.70) dan membaca usul  qiraat (13.70%).


            4.10     Kebaikan teknik yang digunakan mengikut persepsi responden

            Bil       Respon                                             Kekera- 
                                                                                pan            %

            1          Memudahkan kefahaman                    7            21.20
2          Meningkatkan kefahaman                   4            12.10
3          Kesilapan bacaan dibetulkan               4            12.10
semasa bertalaqi 
            4          Berkesan                                           3              9.10
            5          Mengetahui sanad bacaan hingga        2              6.10
Rasulullah SAW
            6          Memudahkan pelaksanaan amali        2              6.10
Bacaan
            7          Pembentangan dalam kelas                 1              3.00
memantapkan kefahaman mengenai
qiraat
            8          Ujian syafawi (membaca)                   1              3.00
menggalakkan hafazan 
9          Ujian tulisan menggalakkan                1              3.00
Pembelajaran
            10        Boleh diikuti                                      1              3.00
11        Meningkatkan interaksi antara guru    1              3.00
dan pelajar
12        Mudah diadaptasi                              1              3.00
13        Sama kaedahnya seperti di Mesir       1              3.00
14        Sesama ahli kumpulan membantu       1              3.00
membetulkan kesalahan
15        Mengetahui usul qiraat setiap imam     1             3.00
16        Mengetahui bacaan secara jama’                    3.00
17        Rujukan membantu                            1              3.00
            Jumlah                                            33         100.00


                                   
Teknik pengajaran dan pembelajaran yang digunakan di dalam kelas seperti di atas memberikan impak kepada pelajar. 21.20% responden berpendapat bahawa teknik-teknik yang digunakan memudahkan kefahaman mereka. 12.10% mengatakan tekniknya meningkatkan kefahaman. 12.20% juga mengatakan kesilapan semasa membaca dapat dibetulkan sertamerta. 


            4.11     Faedah mempelajari qiraat

            Bil       Respon                                                 Kekera- 
Pan              %

            1          Mengetahui pelbagai wajah qiraat         9               24.30
            2          Menambahkan kefahaman ilmu             6               16.20
tajwid
3          Meningkatkan mutu bacaan                  5               13.50
            4          Menambahkan keyakinan membaca     3                 8.10
qiraat lain       
            5          Mengetahui cara bacaan qiraat yang     3                 8.10
Betul
            6          Membantu menguasai bacaan               2                5.40
riwayat Hafs ‘an ‘Aasim
            7          Lebih yakin melaksanaan bacaan          2                5.40
mengikut Rasm Uthmani
            8          Mengetahui usul qiraat setiap imam       2                5.40
            9          Dapat mengenalpasti kesalahan            1                2.70
bacaan
            10        Melaksanakan bacaan qiraat dalam      1                2.70
Solat
            11        Mempelajari qiraat lain selain                1                2.70
daripada Hafs ‘an ‘Aasim
            12        Boleh melaksanakan qiraat                   1                2.70
mengikut kemampuan diri sendiri
            13        Kefahaman tentang farasy bacaan         1                2.70
                        Jumlah                                               37           100.00


Jadual di atas menunjukkan bahawa 24.30% responden positif kerana mereka dapat mempelajari pelbagai qiraat. Selain daripada itu penglibatan mereka menambahbaik kemahiran mereka tentang al-Quran khususnya qiraat.


            4.12     Masalah yang dihadapi berkaitan pengajian qiraat
 
            Bil        Respon                                             Kekera-  
                                                                                 pan             %

1                    Kurang rujukan mengenai qiraat          6              27.30
dalam bahasa Melayu
2                    Kurang pengusaan bahasa Arab          5              22.70
menyukarkan membuay rujukan
            3          Masa belajar tidak mencukupi            4               18.20
            4          Perlukan masa yang lama untuk           2                9.10
membaca qiraat dengan betul                                    
5          Masyarakat tidak peka tentang ilmu     1                4.50
qiraat                                                                          
6          Perlukan masa yang lama untuk           1                4.50
memahami cara bacaan qiraat
            7          Perlukan guru tuisyen talaqi                 1                4.50
            8          Banyak gangguan kerja dan rutin         1                4.50
harian
            9          Kurang guru yang berkelayakan          1                4.50
mengajar qiraat
                                   Jumlah                                   22           100.00                                                                                                       

Jadual dii atas menghuraikan masalah paling besar dalam mempelajari qiraat ialah kurangnya buku rujukan dalam bahasa Melayu (27.30%). Masalah besar yang kedua ialah mengenai penguasaan bahasa Arab yang terlalu rendah (22.70%). Ada juga yang mengatakan bahwa masa untuk mempelajari qiraat tidak mencukupi (18.20%).

           
            4.13     Cadangan untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran qiraat
           
            Bil        Respon                                               Kekera-
pan          %

            1          Tambahkan masa belajar                       4        22.22  
            2          Banyakkan ulangkaji kendiri                  2        11.11
            3          Qiraat perlu dimulakan dari awal            1          5.55
dengan memasukkannya dalam                   
silibus sekolah
            4          Catatan dari pengajaran dan                  1          5.55
pembelajaran dibukukan untuk
rujukan  
            5          Adakan gerakkerja berkumpulan          1            5.55
            6          Banyak mendengar MP3 mengenai       1            5.55
bacaan qiraat
            7          Selalu bermusyafahah dengan guru        1            5.55
            8          Kembangkan teknik mengingat uslul      1            5.55
dan farasy huruf
            9          Bantu membantu antara guru dan          1            5.55
responden dalam pengajaran dan
pembelajaran
            10        Banyakkan rujukan dalam bahasa         1            5.55
Melayu
            11        Pelajari qiraat berperingkat-peringkat   1            5.55
            12        Setiap qiraat diajar secara berasingan              5.55
supaya lebih mantap
            13        Membaca jama’ bila sudah mantap       1            5.55
            14        Perluaskan pendedahan mengenai         1            5.55
qiraat
            Jumlah                                                            18     100.00

Jadual di atas menunjukkan responden memberikan banyak cadangan mengikut situasi mereka masing-masing. Terdapat 22.22% responden mencadangkan agar pengajian qiraat ini dipanjangkan masanya.


5.0              ANDRAGOGI

Orang dewasa tidak perlukan gesaan dan desakan untuk belajar. Segala-galanya perlu diatur dengan sengaja. Banyak usaha dan rangsangan datangnya dari dalam diri. Secara lumrahnya orang dewasa yang belajar bukan kerana disuruharah. Apabila mereka menetapkan hati untuk belajar bermakna mereka mendapat dorongan dari dalam. Pengalaman memainkan peranan dalam proses orang dewasa untuk bersekolah semula. Pada akhir proses sesuatu pembelajaran, orang dewasa inginkan nilai tambah sama ada dari segi kemahiran ataupun teori.



6.0              SUATU HARAPAN

Bagi mereka yang mempelajari qiraat mereka mendapat kemanisan ilmu. Qiraat bukan sahaja membuka dimensi baru dalam mempelajari al-Quran malah memantapkan lagi kemahiran al-Quran yang sedia ada. Banyak harapan untuk masa hadapan bidang qiraat. Jika ada usaha untuk menyebarluaskannya tentu qiraat akan mendapat tempat di hati penggemar-penggemar al-Quran secara khusus dan kepada semua umat Islam pada umumnya. Adalah dicadangkan bahawa qiraat perlu dipelajari sejak dari kecil lagi. Memasukkannya dalam silibus sekolah (rendah dan menengah) akan membuka ruang baru dalam pengajian qiraat. Penggemblingan pakar-pakar qiraat diperlukan untuk memperbanyakkan rujukan mengenai qiraat dalam bahasa Melayu. Selain daripada itu media elektronik perlu memainkan peranannya dalam memperkembangkan pengajian qiraat kepada khalayak umum. Aspek mengenai bahasa Arab pula tidak boleh diabaikan. Pengajian qiraat memerlukan penguasaan bahasa Arab. Oleh itu pembelajaran mengenai bahasa Arab perlu digandakan supaya lebih ramai orang yang menguasainya.


RUJUKAN

Abu Mardhiyah (2010). Panduan Penulisan Al-Quran (Rasm Othmani) Riwayat Hafs ‘An  'Aasim.
           Gombak : Al-Jenderaki Enterprise.

Abu Mardhiyah (2007). Tajwid Al-Quran Qiraat ‘Aasim – Riwayat Hafs Toriq Al-Syatibi.            
           Gombak : Al-Jenderaki Enterprise.

Mohd. Azhar Abdul Hamid et.al. (2004). Andragogi – Mengajar Orang Dewasa Belajar           
           Bentong : PTS Publications & Distributions Sdn. Bhd.

Mohd Rahim Jusoh (2001). Pengenalan Ilmu Qiraat. Batu Caves : Mahsuri Timur Sdn. Bhd.

Wednesday, December 14, 2011

Biarlah Anak Mencari Dirinya

 Berdikari perlulah dari kecil. Dari rebung. Dari putik. Bila sudah besar membuluh sukar diajar dan dididik. Melawa  sahaja tahunya. Banyak alasanya. Anak orang putih dilatih supaya berdikari sejak dari bayi lagi. Ibu dan ayah mereka di bilik lain. Bayi pula di bilik yang lain. Biasalah naluri seorang ibu. Gerakhatinya sangat sensitif. Dengar sahaja apa yang diaktifkan anak. Tangisnya pasti yang paling kuat. Ada jadual ibu terjaga dengan sendiri. Automatik. Keperluan anak dapat disambut dengan jaga dari tidur dan mengesan keperluannya. Ayah mungkin tidak ada gerakhati itu. Bukan tidak sayang. Bukan tidak merasa. Tetapi ayah tidak sedekat ibu. Mengandungkan. Melahirkan dan menyusukan. Anak itu sangat hampir. Tali kasih ibu kepada anak sangat dekat. Sangat hampir.

Proses berdikari hendaklah dari kecil lagi. Bila mereka sudah pandai memegang, beri mereka peluang untuk makan sendiri. Minum sendiri. Menyuap sendiri. Ajar mereka berdisiplin di meja makan. Lama kelamaan akan hilang sepahnya. Hilang ketidakmahiran hingga menumpah-numpah air atau kuah. Tidak lagi comot mulutnya. Tidak comot pakaiannya. Tidak comot lantai dan kerusi. Tidak comot meja. Kemahiran datang dari latihan dan disiplin. Seawal usia mereka jika sudah berdikari, pastinya amat memudahkan ibu dan ayah.  Mengajar mereka menjadi senang. Mendidik dan membimbing perlu penuh kesabaran. Banyak yang perlu difikirkan. Jika ini tidak dilaksanakan sejak anak itu masih kecil maka besarnya akan lebih menyulitkan ibu dan ayah. Kasih sayang bukan bererti memanjakan seumur hidup. Kasih sayang yang lebih utama ialah memberikan jalan hidup untuk berdikari. Bebas dari sandaran. Bebas dari dimanja-manjakan hingga tidak tahu untuk hidup sendiri. Akhirnya mereka menyusahkan semua orang. Ibu dan ayah akan susah kerana mereka tidak pandai berfikir. Memikirkan mana yang baik dan mana yang penting. Malah memikirkan mana yang menjadi keutamaan. Malah jangan sampai hingga ekonomi juga bergantung kepada ibu dan ayah lagi. Pastinya mereka akan menyusahkan pasangan masing-masing. Juga akan menyusahkan anak-anak.

Sewaktu usia 3 ata 4 tahun anak-anak seharusnya sudah pandai al-Quran. Solatnya sudah dibentuk. Mandi dan wuduknya sudah sempurna. Mandiri yang tinggi tahapnya. Bilik tidurnya sudah boleh dikemas sendiri. Di dapur boleh membantu (walaupun anak lelaki). Pandai berkemas rumah. Anak-anak zaman saya dahulu seusia lima tahun sudah pandai menjerang air. Sudah pandai menanak nasi. Kerana ibu dan ayah menoreh mereka yang kecil itu sudah boleh diamanahkan membuai adik. Memandikan. Memakaikan. Malah boleh membersihkan adik-adik dari najis kecil atau besar. Di luar rumah sudah boleh menyapu halaman. Membakar sampah. Pada ketika itu anak-anak kecil sudah boleh diharap. Boleh diberi tanggungjawab. Boleh membantu. Malah boleh membereskan urusan rumah. Dari kecil sudah menjadi gadis pingitan. Atas iktibar itu kita boleh pindahkan senario tersebut kepada anak-anak zaman sekarang. Berterusan memanjakan mereka akan hanya merugikan mereka. Benar, sekarang ada pembantu rumah. Kenapa anak-anak perlu membuat kerja di rumah? Cuba fikirkan dalam jangka panjang.

Anak-anak itu akan mendewasa. Mereka akan berkeluarga.  Betul. Mereka tidak perlu berbuat apa-apa kerja di rumah. Tidak perlukan rutin itu. Pembantu rumah boleh menguruskan. Saya hendak bertanya, standard siapa yang hendak dipakai? Standard orang yang menggaji atau standard pembantu rumah? Kita ada budaya yang berbeza. Standard yang berbeza. Cita-cita yang berbeza. Aspirasi yang berbeza. Jika dari kecil anak-anak kita tidak pernah membuat kerja rumah tentu mereka sukar menentukan standardnya. Jika tidak tahu keutamaannya tentu sukar menentukan yang mana baik dan yang mana buruk. Tidak  mungkin pembantu rumah boleh memberikan yang terbaik kecuali dia seorang pakar hiasan dalaman. Atau pakar lanskap. Sebab itu anak-anak seharusnya mendapat lahihan awal dari ibu dan ayah mereka. Yang tertanam dalam jiwa mereka akan dibawa sejak dari kecil hingga ke tua. Yang dilatihkan kepada mereka menjadi kebiasaan. Disiplin yang diterapkan kepada mereka menjadi panduan berpanjangan.

Sekarang anak-anak itu sudah ke TADIKA. Atau TABKA. Atau PASTI. Atau Kindergarten. Atau TASKA. Atau TASKI. Ajarlah mereka membasuh kasut. Menhyidainya. Mengapurnya.  Mengeringkan. Menyusun. Membasuh setokin. Membasuh baju menggunakan mesin. Tahu mengasingkan yang putih dengan yang berwarna. Jangan sampai tercampur. Malang bagi yang putih. Takut-takut dipakai hanya sekali. Menjadi berwarna warni jadinya kerana dibasuh bercampur warna. Supaya mereka tahu sukatan air. Sukatan sabun. Jangka waktunya. Kemudian mereka tahu menyidai kain. Menyususn dari yang pendek kepada yang panjang. Bukan asal sidai hingga. Sakit mata memandang. Ajar mereka mengutip kain yang sudah kering. Ajar mereka mengenalpasti antara yang basah dan yang kering.  Menyidai dengan penyangkut di tempat-tempat yang telah ditentukan. Melipat mana-mana yang tidak perlu digantung. Didik mereka menyusun dengan kemas. Rata. Mengikut saiz yang sama. Mengikut kategori pakaian itu. Seluar diasingkan dari baju. Kain diasingkan dari baju. Baju dalam diasingkan dari seluar dalam. Dan begitulah seterusnya. Menyidai kain juga ada disiplinnya. Ada pola-pola yang perlu dipatuhi. Itulah nilai-nilai yang perlu dibina untuk membina srandard. Kualiti. Jika dari kecil tidak dilatih dan dijadikan kebiasaan maka dewasanya sukar membina standard.

Dari kecil anak diajar dan dilatih untuk mengurus pakaian mereka sendiri. Menggosok dan menyimpannya dalam almari. Digantung dalam susunan yang elok. Tuan dan puan, ebelum anak-anak tidur latih mereka menyediakan semua keperluan persekolahan pada pagi esoknya. Pastikan jadual matapelajarannya dipatuhi. Semua buku dan peralatan sekolahnya dilengkapkan. Wang sakunya sudah tersedia. Kasut dan setokinnya siap untuk dipakai. Pensil dan pemadam siap di beg. Pembaris dan pengasahnya tersedia. Mata pensil bersana tabungnya. Kerja rumahnya pastikan telah disempurnakan.  Mereka ke sekolah dengan tenang dan aman.  Siap siaga untuk dididik. Untuk dibesarkan menjadi anak yang soleh dan solehah. Menjadi warganegara yang bermanfaat. Membesarkan anak bukan hanya memberi makan. Itupun ada disiplinnya. Ada tata karmanya. Bukan asalkan makan. Ada pertimbangan halal. Kebaikan atau manfaat. Kebersihannya. Kesuciannya. Yang pentingnya makanan adalah terapi kesihatan fizikal dan mental. Ia membina psikologi. Ketenangan. Kebahagiaan.

Anak kecil perlukan segala bimbingan dan sokongan. Diberi peluang melakukan kesilapan. Tunjukkan kepada mereka kesilapan itu. Kenapa kesilapan tidak boleh dikompromi. Tidak boleh ditolerate. Impaknya buruk. Merugikan. Mencacatkan. Menyebabkan kecacatan. Membuang masa. Pembaziran. Menambahkan kos. Menyusahkan. Menjadikkan hati meningkat gusarnya. Tidak menenangkan fikiran. Ibu dan ayah tidka mempunya masa yang banyak untuk mengurus semua hal. Anak-anak dididik untuk dapat berdikari. Menjalankan hidup tanpa terlalu banyak bimbingan sepanjang masa. Tidak perlu terus menerius bersandar kepada bantuan. Hanya, hanya yang kritikal sahaja dirujuk kepada ibu dan ayah. Perkara yang melibatkan logistik dirujuk. Hal-hal yang ada kena dengan hidup atau matai dirujuk. Sakit dan pening dirujuk. Kekuranga dana dirujuk. Begitu juga hal-hal agama. Hal akidah. Hal ibadah. Hal akhlak. Rujuk kepada yang lebih arif. Walau bagaimanapun apabila anak-anak sudah pandai membawa diri mereka harus dilepaskan sedikit demi sedikit. Ibarat bermain layang-layang. Ada tarik dan hulurnya. Sehinggalah mereka boleh terbang sendiri. Tark dan hulur bukan lagi mainan. Bukan lagi tugas ibu dan ayah.

Percayalah. Apabila anak-anak sudah mula berdikari, ibu dan ayah akan terlepas dari tanggungan yang maha berat. Banyak lagi kerja lain yang perlu dibuat. Ketika anak boleh berdikari, ibu dan ayah boleh mengalihkan pandangan dan fikiran untuk melaksanakan kepada tugas lain yang datang mendesak. Walau apapun kedudukan kita, usia kita, hidup ini penuh dengan tugas dan peranan. Menjadi manusia tanpa tugas dan peranan tentu sahaja amat menjemukan. Tiada dalih untuk membuat perubahan. Untuk melakukan anjakan paradigma.  Tiada alasan untuk melakuka sesuatu yang baru. Menjelmakan suatu aspirasi diri. Untyk keluarga. Untyk anak-anak dan cucu-cucu. Untuk masyarakat keseluruhannya.  Agi idup agi ngelaban. Kata-kata yang selalu diulang. Ungkapan daripada Kanang. Seorang pejuang yang hidunya banyak dihabiskan menentang pengganas komunis.  Tugas tuan dan puan tidak habis di sini. Sebagai ibu dan ayah banyak lagi perana yang seharusnya dimainkan. Benar anak kita semakin dewasa. Mereka juga akan tua menjejak kita. Namun ada dalam fasa-fasa kehidupan mereka, mereka kembali seperti boomerang (permaina kayu bengkok Australia). Kayu yang dibaling tetapi kembali kepada pembalingnya. Kembalinya tiba-tiba. Melayang. Kita kena pandai menyambutnya. Jika tidak kita yang parah terkena libasan masalah yang dibawa pulang anak-anak. Sukar menepisnya. Fikir-fikirkan.

Sunday, December 4, 2011

Cave Of The Winds Niagara Falls


Pengalaman berada di Niagara sangat mengujakan saya. Terlalu banyak yang dilihat. Banyak yang dirasa. Banyak yang menusuk dalam qalbu saya. Ingatan yang bertunda-tunda. Kenangan yang selalu mengimbau. Saya kira melihat Niagara Falls sudah cukup ajaibnya. Berada di sana sudah cukup mengesankan. Bersama meriah pelancongnya sudah cukup menjadikan hidup saya penuh dengan rempah ratus. Penuh dengan rencah pengalaman. Memuncakkan segala yang memercukan diri. Rupanya melihat sahaja tidak mencukupi. Mendengar sahaja tidak mencukupi. Ada yang lebih besar dari itu. Dalam teori pendidikan ada orang yang dikategorikan sebagai auditory (pendengaran), visual(penglihatan) atau kinesthetic (amali). Saya telah mendengar. Saya telah melihat. Apa pula yang hendak saya buat dengan air terjun itu? Kebetulan ada sesuatu yang menarik mina saya. Peluang berada di sebalik air terjun American Bridal Fall. Ketika itu saya menjadi manusia yang kinesthetic. Ingin merasakan motion air terjun otu. Ingin menjamah dekat kedinginannya. Percikan air yang membasahi seluruh tubuh. Mendengar dari dekat deruman air yang menggegak gempitakan perasaan.

Saya telah merakamkan air terjun ini melalui kamera murah saya. Saya sudah memandangnya dengan puas. Banyak lagi hal yang tidak dapat diceritakan dengan ungkapan-ungkapan biasa. Mungkin banyak superlatives yang tidak dapat dipaparkan. Ianya tersimpan dalam hati. Dalam kenangan. Dalam minda. Abadi sendiri di situ. Saya hanya dapat kongsikan sebahagian kecil darinya. Sekadar yang dapat diluahkan mengikut susunan ingatan. Setakat dapat menyingkap lembaran-lembaran masa lalu yang penuh dengan berbagai peristiwa. Melihat dan mendengar sahaja rupanya tidak mencukupi bagi sesetengah orang. Mengalaminya sendiri itu melengkapkan naluri diri. Kepuasan maksimum. Impaknya sampai ke puncak. Berada hampir dengan air terjun itu sudah cukup mengerikan. Subhanallah! Bunyinya terakam dalam diri tetapi untuk memberi gambaran tentu sukar. Tiada perbandingannya. Apatah lagi ketika berada bersama air terjun itu sendiri. Dari dekat. Dari dalam. Dari sebalik tabir air yang tebal, deras, banyak dan terlalu membingit bisingnya. Bagai pecah dada dibuatnya. Kepala berdenyut dengan bisingnya. Hati tersangat bimbang tentang keselamataan diri.

Pada mulanya kami bertujuh ingin mendapat pengalaman itu. Pada saat akhir isteri saya kengerian sendiri. Maka saya dan lima orang anak saya meredahkan diri untuk menawan kengerian itu. Ketakutan yang luar biasa. Anak bongsu saya baru kira-kira lebih sedikit dua tahun. Saya dukung. Saya kelek. Kami memakai baju hujan yang disediakan. Bukan kerana hujan. Percikkan air terjun itu bagai hujan yang sangat lebat. Menghentam tubuh badan dengan kuat. Jika bertahan lama pastinya menjadi amat sakit ditujah air yang datang berpercikan berbagai saiz. Dengan berpakaian baju hujan berwarna jingga itulah kami merentasi jambatan khas yang dibina kukuh untuk merasai sendiri kekuatan bunyi. Kederasan air. Melihat air terjun American Bridal Fll at its best. Dari dekat, dari sisinya dan dari balik tabir airnya yang terjun tanpa henti. Tentu sahaja anak-anak saya yang kecil menangis ketakutan mendengar deruan air yang sangat kuat. Mereka berpelukan sesama mereka. Perlahan kami berjalan. Setapak demi setapak. Mendongak dan memaling muka ke kanan dan ke kiri. Air di mana-mana. Dingin dan deras. Dari sisi kiri kami masuk. Allahu Akbar! Berada di sebalik air terjun itu sangat menginsafkan. Realiti pertamanya ialah bagaimana saya yang datang jauh dari sebuah kampung yang tidak diketahui wujudnya di sebuah tempat di Parit Sulong, Batu Pahat, Johor, Malaysia boleh berada di situ. Beribu-ribu kilometer jauhnya.   Sayang, tiada peluang untuk memahat nama dan kampung saya di situ. Hanya dalam minda saya ianya terpahat.

Saya belum pernah berkongsikan pengalaman ini. Hatta anak-anak saya sendiri barangkali sudah melupakan suatu episod indah ini bersama ayahnya. Pengalaman yang tiada tolok bandingnya. Mungkin kami antara beberapa orang warga Malaysia yang pernah berada di sebalik air terjun itu. Kami hilang dari pandangan. Tiada siapapun yang memandang kami. Jika hilang ketika itu tiada siapa yang pasti dapat menjawabnya. Kami sendirian bersama Allah. Masing-masing pelancong dengan hal sendiri-sendiri. Bagi yang bersendirian tentu banyak masa untuk muasabah diri. Mengenangkan kekerdilan diri. Mengkagumi kebesaran Allah. Yang Maha Pencipta. Sukar untuk menyatakannya. Mungkin jika pembaca boleh menutup mata sebentar. Bayangkan sebuah air terjun yang beratus meter lebarnya. Bayangkan air berterjunan setinggi beratus meter. Air itu pula dalam kuantiti yang tersangat banyak. Bayangkan bunyi deruan airnya di telinga. Di hati. Di minda. Bayangkan dalam-dalam. Mengembara sebentar dalam minda. Jika hujan lebat menimpa zing rumah kita sudah dianggap kuat, bayangkan jika kita gandakan bunyi kuatnya sebanyak 100 kali. Atau 1,000 kali. Atau 10,000 kali. Atau 100,000 kali. Atau 1 juta kali. Itulah gegaran yang saya rasa. Di belakang air terjun itu. Dalam Cave of the Wind, Niagara Falls. Di situ saya menyatu dengan American Bridal Fall.

Setiap orang membuat garapan yang berbeza. Dalam keadaan seperti itu lain orang lain pula reaksi dan tindakannya. Bagi yang membawa kamera kalis air mereka boleh merakamkan pengalaman mereka. Bagi saya tentulah lain pula caranya. Ssya pandang keliling gua  di belakang air terjun itu. Gua tetap gua. Ruang besar yang berdindingkan batu. Kehebatan teknologi menjadikan gua itu terang berlampu. Yang mengkagumkan ialah memandang tabir air yang menjuman dari atas ke bawah. Putih, jernih dan bersih. Bunyinya? Subhanallah. Belum pernah saya mendengar bunyai sekuat  itu. Tiada sebelumnya. Tiada selepasnya hingga sekarang. Hanya qiamat sahaja yang rasanya bunyinya lebih kuat dari air terjun itu. Bergegar seluruh anggota tubuh badan saya. Menggigil kesejukan. Ditambah dengan rasa ngeri dan ketakutan yang amat sangat. Membawa anak-anak pula. Ketika dalam kekalutan hati itu saya mengangkat tangan. Buat apa ya? Mengaku kalah? Tidak. Saya azan dengan sekuat-kuat hati. Saya pasti tiada siapa yang medengar azan saya melainkan diri saya sendiri dan anak-anak saya yang berdekatan dengan saya. Hanya Allah yang mengetahui bahawa pengalaman itu amat berharga sebagai manusia yang kecil dan lemah. Ia memberi semangat dan kekuatan untuk mengharungi cabaran-cabaran hidup dan kerjaya yang lebih besar.

Alhamdulillah. Allah memberi saya ruang untuk bersama dapat merasai tanda-tanda kebesaranNya. American Bridal Fall itu menjadi saksi saya pernah berada di sebaliknya suatu ketika dahulu. Tahun 1985. Tahun sejarah yang besar ertinya kapada saya dan keluarga. Kepada isteri dan anak-anak. Dari kampung ke bandar. Dari Malaysia ke US dan Canada. Dari benua ke benua. Dari suatu titik masa ke suatu titik masa. Sesungguhnya manusia berada dalam genggaman Allah. Hanya Allah yang menentukan di mana kita berada. Bila kita di sesuatu tempat. Asbab musababnya. Kita hanya pelaku semata-mata. Allah Maha Besar.


Panjang, tinggi dan deras airnya. Kuat bunyinya. Sekuat yang belum pernah saya dengar. Namun seperti tidka percaya saya pernah berada di belakang air terjun itu. Di sebaliknya. Tiada siapa pernah menjangkakannya. Jauh sekali mengimpikannya. Tiada dalam kamus minda sebelum memjejak kaki ke bumi US.


Pada tahun 1997 air terjun ini pernah beku untuk beberapa ketika. Musim dingin yang luar biasa. Lihatlah. Di atas sana ada orang yang berada di atas ais yang dalam keadaan biasa adalah air yang mengalir sangat deras.


Suatu ketika dahulu air terjun ini pernah dikeringkan airnya. Dialirkan ke arah lain. kehebatan teknologi US. Sewaktu kering tiada siapa yang menyangka bahawa itu adalah tapak sebuah air terjun yang besar. Tapak itu diperiksa. Dinilai kekukuhannya. Kerja-kerja rawatan dan pencegahan dilakukan untuk melestarikan wujudnya air terjun itu. Bagi penduduk Niagara ketidakhadiran air terjun itu amat mengerikan kepada mereka.  Mungkin ramai yang mengigau kerena kehilangan sesuatu yang besar ertinya dalam kehidupan mereka. walaupun hanya untuk sementara tetapi kesannya amat mendalam. Mereka belajar menghargai.





Dapat pembaca bayangkan? Jambatan kayu ini pernah saya lalui. Agaknya bagaimana susahnya untuk membuat jambatan ini dari segi kejuruteraan dan teknikalnya. Melaluinya sudah cukup mengerikan. Yang membuatnya selama berminggu dan berbulan bagaimana agaknya. Kosnya. Masa yang diambil untuk menyiapkannya. Jiwa yang terkorban.

Catwalk at the Cave of the Winds.jpg (26383 bytes)

Dilihat dari bawah. Tinggi mengerikan.

Catwalk with deep blus sky.jpg (24786 bytes)

Daqri sudut lain.

Dari jauh.


Experience the exhilaration of the Cave of the Winds

Bagi yang pernah melaluinya menjadi suatu kejayaan peribadi. Conquering the unknown. Overcoming fear.

Memakai baju hujan. Walaupun sewaktu di sini sudah terlalu kuat bunyi air terjun itu, kami tidak menduga mengalami sendiri berada bersama air terjun itu lebih memberi kesan. Impak mendalam.


Masih mencari-cari kesesuaian diri. Pengalaman yang bakal diduga.


Beberapa kilometer di hulu air terjun Horse-Shoe. Airnya sudah sangat deras.


Falldry3.jpg (148440 bytes)

Proses membaikpulih.

falls_dry.jpg (186036 bytes)

Sedikit air yang jatuh terjun. Perhatikan tebing air terjun itu. Semakin lama semakin menghakisnya. Maka air terjun itu semakin mengundur. 

Niagara Falls

Bertahun-tahun lamanya saya teruja dengan tujuh keajaiban dunia. Dari zaman persekolahan hinggalah saya beranak pinak. Hanya mengetahui. Hanya melihat gambar. Imej-imej yang sukar dimengerti. Tidak ada langsung apa-apa lintasan di hati saya bahawa suatu ketika saya dapat melihatnya dengan mata kepala sendiri. Menjadi pengalaman peribadi. Bukan sekali bahkan dua kali. 1985 dan 1990. Saya akan nukilkan pengalaman pertama dahulu. Pengalaman kedua ada sirinya sendiri nanti. The seven wonders of the world. Antaranya piramid, tembok besar negera Cina, Borubudor, taman tergantung Babylon, Taj Mahal, menara condong Pisa. Niagara Falls adalah satu daripadanya. Sesuatu yang ajaib tentulah menakjubkan. Ianya subjektif. Mengikut persepsi masing-masing yang berlainan. Lain orang lain persepsinya. Persepsi siapa yang harus kita pegang. Kita percayaai. Apa pula kriterianya. Di sinilah dilemanya. Kita ambil contoh Niagara Falls, dunia pada umumnya mengatakan bahawa air terjun ini adalah yang terbesar di dunia. Benar?  Air terjun Victoria di Afrika dikatakan lebih cantik. Siapa pula yang berhak mengatakannya ia tidak cantik. Kenapa yang cantik tidak dianggap lebih tinggi nilainya berbanding Niagara Falls. Senarai keajaiban ini sebenarnya berubah-ubah bergantung kepada persepsi dan penilaian semasa. Cuma ada yang kekal seperti piramid, tembok besar negara Cina dan Borubudor.


Perjalanan dari Pittsburgh yang mengambil masa berjam-jam sangat berbaloi dapat memandang Niagara Falls di depan mata. Bersama isteri. Bersama lima orang anak. Sehari suntuk kami berlegar di persekitaran air terjun itu. Kami  sampai lewat petang. Khemah dahulu yang menjadi keutamaan. Lepaskan lelah dahulu. Esoknya kami redah bandar Niagara. Menikmati keajaiban Allah. Tanda-tanda kebesaran Allah. Melihat dunia di luar sana bukan sekadar hanya habis dengan melancong. Harus memberi iktibar. Harus memberi keinsafan. Harus akhirnya kita menemui kebesaran Allah. harus ada impaknya ke atas diri, sanubari dan jalan berfikir kita. Begitulah Allah perintahkan kita berfikir. Banyak berfikir. Menggunakan akal dengan bijaksana. Bahawa semua tanda kebesarannya ada di hadapan kita. Cuma lebih besar tanda itu kita lebih sedar kebesaran Allah. Lebih hebat lebih memberi kesan. Sangat terkesan kerananya. Lihatlah kekerdilan kita. Terlalu kecil untuk perbandingan apa sekalipun.


Perlajanan jauh adalah suatu pengalaman yang tidak ternilai tingginya. Mahal harganya. Melihat sendiri tentu jauh lebih indah dari mendengar cerita. Menonton paparan video atau filem sekalipun tidak sama berbanding dengan  melihat sendiri. Apa yang orang lihat adalah persepsi orang. Dari sudut pandangannya. Garapannya. Minatnya. Kita adalah kita. Latarbelakang kita berbeza. Persepsi kita berbeza. Implikasi yang kita terima berbeza. Impaknya berbeza. Kita mungkin melihat melampaui batasan tertentu yang tidak dapat dilihat oleh orang lain. Sebab itu kita digalakkan berjalan. Mengembara. Bukan sekadar makan angin. Bukan sahaja melihat kelainan. Melihat, membanding dan mena'kul memberikan kepada kita suatu ruang untuk memahami Allah Yang Khaliq. Allah Yang Maha Besar. Tiada yang lain melainkan Allah. Yang menciptakan segala keajaiban.


Niagara Falls lebih banyak menguntungkan Canada. Bukan USA. Namun begitu US yang menguasai sektor pelancongan di Niagara. Banyak pelaboran datangnya dari wang orang US. Hotel, pusat rekreasi, taman tema dan apa sahaja yang memeriahkan Niagara. Masa seolah-olah tidak berhenti. Tidak ada noktahnya. Jika di Masjid al-Haram di Makkah orang tidak berhenti mencari keredhaan Allah dengan bertawwaf, di Niagara manusia seperti tidak tidur kerana mengejar habuan ekonomi. Keuntungan besar. Kesenangan sementara. Ada sahaja yang bergerak. Sementelahan pula air terjunnya tidak pernah berhenti mengalirkan air kecuali musim winter yang sangat sejuk sahaja. Ketika itulah Niagara mengalami sesuatu yang menakutkan. Kesunyian yang teramat sangat. Tiada bunyi air terjun. Tiada deruan  bunyinya. Tiada percikan air. Tiada pelangi. Tiada yang basah melintasi lambungan air yang memantul dari dasar sungai kerana jatuhan yang kuat dan jauh ke bawah. Air melantun ke atas beratus meter yang pada musim summer sangat mengasyikkan warna-warninya. Pelangi adalah sesuatu yang pasti ada apabila percikan air yang sangat halus dipanah matahari. Pelangi dan warnanya. Dan lingkarannya. Dilihat ada hujungnya. Ada warnanya yang jelas di depan mata. Tidak menunggu hujan. Duduklah di situ seberapa lama. Pelangi-pelanginya tetap hadir di situ. Setia pada sumbernya. Bagi yang berbulan madu pasti asyik dengan segala yang berwarna warni. Keajaiban bercinta pasti diwarnai dengan seindah-indahnya.


Bayangkan mengusap air yang memercik orang di sebelah. Sejuk kulitnya disentuh. Air datang lagi. Sentuh lagi. Usap lagi. Datang lagi air itu tiada hentinya. Biarlah ianya membasahi. Merenjisi sekujur tubuh yang tidak jemu-jemu diusap. Bulan bermadu. Susana sejuk dan menerbangkan angin deburan air bersih dan dingin. Diulang mengusap dan mengelap. Datangnya seperti diundang. Seperti dijemput. Seperti diminta. Datanglah. Ada nikmat menanti air itu. Bersama pelanginya. Musim bunga pastinya yang paling indah. Di sekeliling warna dan warninya tiada yang sebanding. Ketika itu kita sedar hanya di negara mereka ada musim sebegitu. Spring yang selalu cantik. Dinanti dari tahun ke tahun. Datangnya hanya sekali setahun.  Alangkah nikmat bagi yang cintanya bersepadu. Alangkah indahnya bagi yang sedang memadu kasihnya. Niagara Falls pasti abadi dalam hati. Memahat segala kenangan. Yang pasatinya itulah kali pertama dan mungkin itu juga yang terakhir bermusim bunga. Berbulan madu. Berada bersama menyaksikan Niagara Falls. Sejuk hati dan tubuh dalam dakapan kekasih.


Di sinilah saya menemui seorang wanita Perancis-Canada yang katanya, "I no speak English." Di hadapan air terjun itu  saya melihat kebencian warga yang berketurunan Perancis tentang apa sahaja yang ada unsur-unsur British. Rakyat US berbagai keturunan. Oleh kerana mereka berbahasa Inggeris mereka dibenci oleh orang Perancis. Sikap anti-British yang berkurun-kurun lamanya. Hingga sekarang belum pernah selesai lagi. Perseteruan yang memanjang melampaui masa, teknologi dan sejarah. Sejarah perseteruan mereka seperti dibekukan oleh masa. Begitu selamanya. Zahirnya tiada apa. Tiada riak. Tetapi seperti api dalam sekam. Membara di dalam. Di Niagara itu saya menemui sendiri konflik antara mereka yang tidak pernah padam. Telah berlalu the 100 years war. Telah berlalu zaman Perancis dikalahkan British di bumi US. Telah lama Lord Nelson mengalahkan Napoleon. Berkali-kali orang Perancis dimalukan British. Selama itulah dendam mereka membara. dalam ketenangan yang dibuat-buat. Namun realitinya orang Perancis masih mendendami orang British. Musuh lama untuk dimusihi selama-lamanya.


Saya rakamkan beberpa  imej yang pernah saya nikmati dahulu. Moga-moga nostalgia ini kekal abadi. Bagi yang belum berkesempatan mungkin ada rezeki akan kesampaian juga. Cubalah. cari rezeki untuk sampai di sana. Mungkin dengan berniaga. Mungkin jaga dengan menyambung pelajaran di sana. Atau lebh mungkin melancong bagi yang termampu. Lihatlah kebesaran Allah dari jarak dekat. Live. Lintas langsung.
 Dari tapak yang tidak pernah berubah.



Kami berada di sebelah Canada. Air terjun itu mencurah-curahkan airnya ke sungai di sempadan US-Canada. Pemandangan paling indah hanya dari Canada. Siang atau malam. Sepanjang masa. Tidak dapat saya gambarkan nikmatnya berada di situ. Suatu titik masa yang berlalu penuh dengan keindahannya. Apatah lagi saya bersama keluarga. Bersama anak-anak yang pasti mengalaminya dengan penuh erti. Ghairah. Yang kecil barangkali hanya mengingatinya sebagai sesuatu yang terlalu jauh dalam ufuk ingatan mereka. Berbalam-balam sahaja. Yang besar tentu masih ingat. Semua keindahannya yang memukau. Melampaui kata-kata. Walau seindah mana sekalipun tiada ungkapan yang sepadan dengannya. Mata merakam. Telinga mendengar. Hati terasa puas kerana menerima anugerah Allah. Di tempat yang tidak diduga. Pada waktu yang tertentu. Suatu pengalaman diri.

Benar-benar di tebing sungai. Antara tebing ini dengan air terjun itu beratus meter jauhnya. Walaupun deburan airnya sampai ke tebing ini tetapi kedudukannya memang jauh. Sukar untuk berani jika ianya dekat. Saya tidak tahu apa yang anak ketiga saya fikirkan ketika itu. Mungkin hanya matanya sahaja yang melihat. Mungkin hanya telinganya sahaja yang mendengar guruhnya air menerjuni cenuram di kejauhan itu. Sekarang mungkin dia faham hakikatnya yang sebenar. Keajaiban yang pernah berada dalam realitinya. Bukan mimpi-mimpi ilusi. 

Yang ini benar-benar di sempadan US-Canada. Dinamakan Horse-Shoe kerana berbentuk ladam kuda. Air terjun yang paling indah dan mengasyikkan sesiapa sahaja yang melihatnya. Tidak akan pernah puas. Airnya beterjunan. Berjuta-juta liter setiap masa. Bunyinya sangat menghalilintar. Menggamatkan. Menggegak gempitakan. Lambungan percikannya amat tinggi melewati paras jalanraya. Membasahi sesiapa yang melaluinya. Tiada siapa yang takut. Malah mereka sengaja menadahnya dengan tubuh dan pakaian mereka. Suatu keajaiban yang baru dirasa. Yang baru menyentuh mereka. 

Kenangan itu abadi kepada keluarga saya. Isteri dan anak-anak saya. Pada suatu titik masa mereka berada di situ. Melihat sesuatu yang tidak pernah ada dalam kamus hidup mereka sebelumnya. Asyik mereka memerhatikan air terjun itu. Air di mana-mana. Percik dan memercik. Biarlah hati berkocak kerananya. Pengalaman yang  mengujakan.




Dari udara air terjun ini benar-benar rupanya seperti ladam. Horse-shoe. Di bahagian bawah di atas tanah di negara Canada. Hanya dari Canada sahaja air terjun ini dapat dinikmati sepenuhnya. US hanya menumpang namanya sahaja. Yang dilihat memutih ialah percikan air. Setiap masa begitu. Siang dan malam memberikan percikannya.



Allahu Akbar! Dalam jarak sedekat ini bunyinya cukup menggerunkan. Dari jarak beberapa kilometer sudah boleh didengar bunyinya pada malam yang sunyi. Memang gegak gempita.  



Yang ini adalah American Bridal Fall. Seperti pakaian pengantin yang labuh. Ia terletak di tebing sempadan US-Canada.  Agak memanjang bentuknya. Pada waktu malam diopancarkan cahaya laser yang sangat cantik dan memukau.



Pada aktu Waktu malam sebegini aktiviti menjejak Horse Shoe tetap dilakukan oleh yang berani. Yang menguji diri. Yang ingin menawan ketakutan.  kehebatan Horse Shoe Fall ini ditawan dengan berani oleh individu-individu yang dahagakan kepuasan diri. Menakluki segala ketakutan. Berani menghadapi risiko.


Lihatlah air yang berebutan untuk terjun. mengalir pergi bila sampai di bawah sana. Tidak mungkin kembali ke hulu kecuali air itu disejat matahari dan turun semulas sebagai hujan. Proses alam yang dalam ketentuan Allah sahaja. Segala puji untukNya.



American Bridal Fall pada waktu malam. Cahaya laser yang bergemerlapan. Pelangi malam barangkali. Ekonomi dan teknologi menggarap segala kemugkinan. Tiada yang lebih hebat dari keangkuhan dan kehebatan US dalam segala hal. Semua kemungkinan ingin ditawan. Siapa yag tidak terpegun melihat keindahan seperti ini. Air itu memainkan cahaya. Dancing lights. Sesiapa sahaja akan khayal seumur hidup memahatkan kecantikannya.



Dua air terjun hebat yang membentuk Niagara Falls. Di kiri American Bridal Fall. Di kanan pula Horse Shoe Fall. Dua nama yang gah dalam mana-mana informasi pelancongan US dan Canada. Kenangan abadi yang saya tatap selalu dalam ingatan saya. Dalam minda saya. Air terjun di sebelah kanan menerjunkan segala air yang datang mengalir. Mengalir pula ke sebelah kiri. ke tasik. Ke sungai. Akhirnya air itu ke lautan Atlantik utara. Keindaan seumpamanya yang tidak terdapat di mana-mana di tempat lain. Allahu Akbar. 


Friday, December 2, 2011

Hidup Sendiri Membina Keluarga

Selepas bernikah tinggallah ibu. Tinggallah ayah. Tetapi hati masih terlalu lekat dengan mereka. Terlalu dekat. Tidak terangkat tangan hendak melambai pergi. Tidak terukir mulut mengungkap, “Ku pergi dulu.” Kerana kasih terpisah jua hendaknya. Sesuatu yang tidak pernah terfikir ketika bercinta. Apatah lagi ketika bertunang. Yang bersarang dalam kepala ialah hendak bersama. Namun apabila sampai masanya sukar hendak membujuk hati. Tangan sebelah digenggam pasangan. Sebelah lagi terkulai untuk mendakap ibu dan ayah. Anak perempuanku, sampai di sini kita berkampung. Hanya setakat ini. Pergilah mencari bahagiamu. Ibu doakan. Ayah doakan. Bagi anak lelaki besar sungguh dilemanya. Ibu kata di sini tempatmu. Kata ayah ini tumpah darahmu. Namun demi kesejahteraan ada baiknya dibina mahligai yang tidak sempurna tetapi hanya untuk kau berdua. Untuk berkongsi ruang. Berkongsi udara. Berkongsi setiap keberadaan bersama.

Banyak baiknya bagi pasangan baru untuk membina mahligai sendiri. Mahligai yang walau apapun rupanya. Walau apapun warnanya. Walau apapun saiznya. Walau apapun kekurangannya. Yang penting itu milik kau berdua. Milikan yang mutlak dari segi ruang. Memanglah kau sewa kerana ekonomi baru hendak dibina bersama. Nantilah akan sampai masanya untuk memiliki mahligai sendiri. Multak seadanya. Ada juga baiknya tinggal bersama kedua ibu bapa. Mungkin orang tua sudah bersendirian. Ada kesesuaiannya. Namun ikhtiar berasingan adalah lebih baik. Tidak perlu jauh. Asalkan berasingan. Mungkin apartment yang berbeza tingkat. Atau berbeza wing. Bersebelahanpun lebih baik. Belajar membina privacy sendiri. Orang baru serba kekurangan. Belajarlah untuk membebaskan diri supaya tidak membebankan ibu dan bapa. Walaupun mereka senang tinggal bersama mereka tetapi ada lelah yang mesti dilihat. Ada kekurangan yang nanti memberi musibah.

Pastinya ibu bapa bukan lagi muda. Tenaga mereka sudah susut. Letih mereka perlu dilurut. Sudah terlalu lama tenaga dituntut. Masa dipaut. Usaha setengah maut. Demi anak-anak. Untuk dibesarkan. Untuk dipandaikan. Untuk dijadikan orang.  Apabila anak-anak bernikah terlerailah satu persatu. Tidak lagi ibu perlu payah paginya. Payah siangnya. Payah malamnya. Banyak yang turun dari bahu beban selama puluhan tahun. Ibu dan ayah ingin kembali mengisi masa mereka yang telah dihabiskan bersama anak-anak. Inilah masa mereka untuk melakar semula manis yang hilang. Kasih yang bercatu. Sayang yang dibayang-bayang anak. Keintiman yang sudah lama menjadi janggal. Mereka ingin kembali menemui diri mereka sendiri. Kembali memadu kasih di hujung usia. Membuka semula lipatan sejarah cinta mereka. Berilah mereka peluang dan ruang itu. Anak-anak yang sudah besar panjang seharusnya mengerti karenah usia. Masakan kedewasaan tidak memberikan pengertian.

Sebelum berumahtangga cubalah membuat bayangan ke hadapan. Visualise the future. Bahawa apabila berkahwin kau membawa seseorang ke dalam keluargamu. Tambahan yang tidak banyak. Hanya satu. Namun yang kau bawa itu pasanganmu. Yang tidak diketahui luar dan dalamnya. Kita seperti tahu tetapi interaksi dan reaksi antara jiwa yang berlainan latarbelakang ada geserannya. Ada gurisnya. Ada bezanya. Bayangkanlah bahawa apabila bernikah kahwin kau akan membina keluargamu sendiri. Bukan lagi bergantung kepada ibu dan bapa. Bukan lagi bergantung kepada abang dan kakak. You are on your own. Alone. Yes alone. But then your spouse is your baby. Dear baby. Ketika itu ibu bapa bukan pelindungmu. Bukan lagi penanggungmu. Bukan lagi tempat bergantung harap sepenuhnya. Bukan lagi tempat menagih cinta dan simpati. Tidak lagi. Kau menjadi anak yang satu. Sendiri. Individu yang keseorangan. 

Bayangkanlah kau membina keluarga. Dari seorang menjadi dua. Selepas itu angka tambahannya mencacak setiap tahun. Dari dua menjadi tiga, empat dan berekor-ekorlah banyaknya. Hidup menjadi penuh. Tanganmu menjadi tidak cukup. Mata menjadi kurang awas. Kaki sentiasa melangkah deras. Mulut tiada hentinya melontar kata. Panggil dan suruh. Marah dan nasihat. Pujuk dan berdamai. Demi anak-anak.  Kesibukan yang semakin menjadi-jadi. Apabila seorang ke TADIKA akan ada yang menyusul ke PASTI. Atau ke TABIKA. Hanya sebentar mereka berpindah ke sekolah kebangsaan. Paginya seawal selepas Subuh. Kembalinya melewati waktu Zohor. Petangnya tuisyen. Malamnya ulangkaji dan kerja rumah. Menjelang pula UPSR. Ada rezeki ke asrama penuh. Atau di rumah di bawah ketiak ibu dan ayah jua.

Tahu-tahu seorang demi seorang anak-anak itu meninggalkan rumah. Akan jarang kembalinya. Hanya cuti yang datang membawa mereka bertandang meriuhkan suasana sunyi yang dulunya tidak biasa. Sekarang semakin jarang mereka kembali. Tunggulah cuti yang akan mendatang. Anak-anak berkerjaya. Sukar menemukan keseluruhannya kerana jadual yang berbagai. Tugasan yang berbagai. Tanggungjawab yang berbagai. Ibu bapa akan akhirnya kembali berdua. Sampai masanya akan keseorangan semula. Nikmat berkeluarga bukan selama-lamanya. Sebab itulah kau kena belajar mengurus diri dan pasangan. Banyak yang perlu digambarkan. Difikirkan. Dirancang masa hadapan yang perlu diusahakan. Didoakan. Dimunajatkan. Dipohon dari Allah kelestarian kesejahteraan keluarga tersayang. InsyaAllah.

Maka bersedialah berasingan dengan kedua ibu bapa. Bukan untuk lari. Bukan untuk menjauhkan diri. Bukan kerana benci. Hakikatnya ialah untuk belajar sendiri hidup berkeluarga. Mengerti susah payahnya hidup berdua, bertiga dan seterusnya. Tahu asam dan garam yang tiada di dapur. Ikan dan sayur yang perlu dibeli di pasar. Tahu berjimat. Tahu bajet. Tahu menyukat kemampuan ekonomi. Sepadankan kesemuanya dengan kemampuan diri. Duduk berasing akan banyak mengajar erti lebih dan kurang. Erti cepat dan lambat. Erti pandai dengan tidak. Makan berlaukkan garam sekalipun tiada siapa yang tahu. Semuanya menjadi rahsia keluarga. Yang perlu dijaga. Disimpan sebagai wadah membina kekuatan berkeluarga. Duduk sendiri itulah guru paling  setia mengajar segala keperitan hidup. Mengajar untuk senyum. Mengajar untuk ketawa. Mengajar untuk pandai. Memilih antara santai dan sibuk.

Hidup berpisah bukan bencikan ibu bapa. Mencari tapak untuk membina jati diri. Menjadi individu yang tidak dibayangi keluarga. Legasi keluarga. Hidup sendiri membina kekuatan untuk menghadapi cabaran. Terpaan-terpaan yang tiada guru untuk mengajar menangkisnya. Asam garam hidup yang banyak rencahnya. Suka duka bersama. Belajar hidup berdua adalah permulaan kepada kehidupan yang lebih mencabar. Masanya yang akan menentukan kelangsungan satu cinta yang membangun kehidupan berkeluarga. Belajar dari salah silap. Pengalaman berharga yang mengukuhkan kesabaran. Ketabahan menghadapi segala apa yang datang. Itulah kemanisan mengalami sendiri. Semua yang perlu dihadapai. Yang tidak menjanjikan apa-apa. Hanya hidup berdua menanti segalanya bejalan seadanya.

Ibu dan ayah. Anak-anakmu sudah bernikah. Lepaskanlah mereka untuk belajar hidup. Bebaskan mereka untuk berdikari. Untuk mencari tapak sendiri. Untuk membina jatidiri. Mencari keindahan hidup berdua.  Jangan ditahan perginya. Jangan dihalang langkahnya. Biar dia dengan kehidupannhya sendiri. Tugasmu adalah memberi restu. Mendoakan kesejahteraannya. Usahlah ditangisi kerana mereka melangsungkan legasimu. Warisanmu. Ibu dan ayah kembalilah kepada membina hidupmu semula. Seleps anak-anakmu menjadi dewasa kau temuilah semula keremajaanmu. Cintamu berdua yang telah kau urungkan. Kembali menyatukan dua hati yang dulunya terpisah sementara. Bebaskan dari penat dan payah. Binalah semula kehidupanmu sendiri. Anak-anakmu mengikut jejakmu. Jejak warisan zaman berzaman. Cucu bukan urusanmu. Cicit bukan masalahmj lagi. Zamanmu sampai di sini sahaja. Berhentilah dari bimbang dan ragu. Agendamu lebih baik dari dulu-dulu.

Wednesday, November 30, 2011

Putus Tali Kasih Bukan Putus Tali Nyawa

Berkawan biar seribu. Berkasih biar satu. Janji diikat. Rindu disukat. Airmata payah pula disekat-sekat. Hati di dalam selalu dihambat kerinduan yang amat sangat. Malam dan siangnya hanya bayangan wajah. Sayu dan hiba. Cinta yang mendalam. Menusuk di qalbu. Saban hari hanya terkenang. Saban malam menjadi mimpi-mimpi indah yang menghilang bila siang menjelang. Dari jauh diutus sayang. Waktu dekat mengusung harapan yang tinggi menggunung. Masa dan detik-detik yang berlalu menghitung datangnya hari yang indah. Hari cahaya bergemerlapan. Hari yang serinya berlaga dengann asap di dapur. Asam garam penyedap hidangan untuk jamuan yang meriah. Sanak saudara dan sahabat handai bertingkah suara dan suap di mulut. Sama-sama meraikan raja sehari. Hari berseri raja sehari. Aduhai! Bila agaknya.

Bayangan itu selalu diharapkan. Datanglah segera untuk mengisi segala keksongan. Memenuhi ruang-ruang kosong dalam hati yang selalu sunyi. Rinduku rindumu. Kita sulam bersulam menganyam sayang. Di bawah lindungan bulan purnama kan kubisikan kata hati. Nada cinta yang selalu dipendam di dalam diri. Datanglah harinya. Ke marilah segala harapan yang selalu kunanti. Jejak jejak itu tidak semuanya kesampaian. Rindu yang hanya tergantung di awang-awangan. Harapan yang melayang terbang membawa semua yang dahulunya dekat mendatang. Mentari tidak selalunya cerah. Ada mendung yang menutup cahaya. Ada hujan yang membasahi panas. Ada angin yang menghembus deras. Ada gelombang yang membadai pantai. Anak sungai lagikan berubah, ini pula hati orang. Suratan yang datang tanpa diundang. Ditepis tetap mendekam. Datang dam payah dinyah pergi. Ketentuan dari Allah jua.

Fitrahnya begitu. Dalam apapun ada pasangannya. Pada hujung tahun begini ramai yang ke jinjang pelamin. Yang melayari bahtera bahagia dengann pilihan hati. Gendang dan kompang. Irama dan lagu. Rima cinta yang bersambut. Mahligai bahagia yang terbina. Renjis-renjis dipilis. Senyum dan tawa memanjang. Orang di sebelah tentulah orang disayang. Yang akan didampingi untuk seluruh hidupmu. Untuk membina rangkaian zuriat yang nantinya melapangkan dada. Menyebar ke seluruh alam untuk memberi khidmat. Memberi bakti. Memberi manfaat kepada manusia lain. Itulah manifestasi cinta dua sejoli. Termetri menceriakan sesiapa yang dekat dan jauh. Indahnya untaian kata yang dipadu. Usia bersama yang akan dihabiskan membina segala keindahan. Merentas alam bahagia bersama.

Rasanya berat. Sangat mencengkam. Kepala terasa terikat. Sarat dengann saraf yang tegang. Tidur dan jaga sudah tidak lagi menjadi isu. Makan dan minum bukan lagi perlu difikir. Badai harapan yang menghempas sukma rindu. Jauh memecah kehampaan yang berkecai bak ombak ke pantai. Hanya buih-buih kosong yang pecah ditiup angin pantai. Yang datang dan datang. Badai yang terus datang tanpa henti. Menghempas dan menghempas. Lemasnya hati yang patah. Sayap yang parah. Harapan yang melarah. Rindu yang tidak akan terubat. Sayang yang tidak akan terikat.  Rindu yang tidak mungkin kesampaian. Ikatan kasih yang terlerai. Badai datang menjengah sampai. Ikatan yang dulunya kejap terungkai berjurai. Lerai dari ikatan yang tidak pernah di meterai. Hanya kata hati dan harapan semata. Tidak pernah ada tanda benar atas kekuatannya. Harapan yang terus diharap. Lemas dalam penantian. Lalu masing-masing mencari nafas mengejar yang pasti. Ikatan harapan yang menyambung suka duka hidup. Membina harapan baru. Kelangsungan sebuah cinta. Tidak dua dan tidak tiga.

Lalu kasih yang dibelai menjadi layu. Sayang yang disemai menjadi kaku. Cinta yang hanya bersemi sementara. Badai datang meleraikan kasih yang yang tidak pernah utuh. Hanya bibir yang mengungkapkannya. Tidak mengalir ke dalam dada. Tidak abadi. Mencuka juga akhirnya. Lamunan yang menjadikan diri terjaga. Dinihari cinta yang mencerah dan hilang dipanah cahaya mentari. Hilang bak embun di hujung rumput. Kabus yang hanya menghilang sementara menanti cahaya. Berterbangan bersama bayu pagi yang dingin. Kaku. Kelu. Sebu.  Luntur bersama masa berlalu. Hilang bak bulan yang disinari cahaya mentari. Ada tetapi tiada siapa yang sudi melihat. Tidak mungkin ada yang akan menatapnya. Serinya hilang begitu. Hanya berbalam-balam seperti tiada lagi. Begitulah suatu episod cinta yang tidak kesampaian. Cinta yang tidak berpanjangan. Sayang yang tidak ke penghujungan. Setia yang tiada kelestariannya. Semuanya patah di dahan. Luruh di ranting. Berlopak di jalanan. Jerlus hilang tenggelam dalam kesepian yang tidak pernah diundang.

Benarlah cintakan manusia itu fitrah. Memang Allah menciptakan Adam dan Hawa untuk berkasih-kasihan. Membina mawaddah. Melestarikan zuriat manusia hingga ke akhir zaman. Namun hakikatnya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Manusia merancang. Allah juga merancang. Sesungguhnya perancangan Allah jua yang mengatasi segala perancangan. Allah Maha Mengetahui. Perancangannya adalah yang Maha Adil untuk manusia. Hanya jika manusia mengetahui hikmahnya. Hanya redho menjadi pengubatnya. Yang berupaya meredakan gejolak hati. Bahawa anugerah Allah itu bukan dapat dikenal pada suratanNya sahaja. Yang tersirat perlu dihayati. Allah pasti memberi yang terbaik untuk sesiapapun. Yang pentingnya maklum dan tahu perancangan Allah. Semuanya dari Allah. Kita sekadar hambanya. Hamba yang seharusnya redha. Selalu bersangka baik terhadap Allah. Percayalah, ada hikmah di sebalik sesuatu yang kita anggap sebagai musibah. Allah akan menggantikan dengann yang pasti lebih baik jika redha ada dalam hati. Serahkan kepada Allah Yang Maha Mengetahui.

Cinta bukan sesuatu yang abadi sifatnya kecuali cintakan Allah dan RasulNya. Sayang bukan abadi kecuali sayangkan Allah dan RasulNya.  Seluruh hidup kita hanya milik Allah. Sesungguhnya cintakan Allah mengatasi segala-galanya. Kitalah hamba yang selalu didambakan kehambaannya. Serahkan kepadaNya apa-apa yang terbaik untuk kita. Pastilah, Allah tidak akan membebankan kita tanpa dapat kita menanggung beban itu. Ingatlah, kita dianugerahkan akal dan fikiran. Pergunakanlah ia untuk Allah. Demi Allah. Cinta terhadap Allah mengatasi segala-galanya. Cintakan manusia tidak seharusnya melindungi kita dari mengharap cinta Allah. Dari mengharap keredhaanNya. Dari maghfirahNya. Allahuakbar! Demi nyawa kita yang ada di tanganNya kita tidak sunyi dari ujianNya.  Ujian itulah yang mendewasakan kita. Yang mematangkan kita. Yang memartabatkan kita. Sesungguhnya seluruh kehidupan bergantung harap kepadaNya.

Cinta itu datang dan pergi. Sayang itu datang dan pergi. Kasih itu datang dan pergi. Kecintaan terhadap manusia sekadar sesuatu yaag sementara. Kebanyakan masa kita menyimpannya di dalam hati. Dalam perasaan. Dalam sanubari. Dalam qalbu. Anugerah Allah itu indah tetapi tidka semuanya abadi. Ia datang dan pergi. Bersilih ganti. Redhalah. Yang redha akan merasa nikmat perpisahan. Tentu ada hikmahnya. Tidak semua yang kita sayangi akan kita miliki. Tidak semua mimpi itu menadi kenyataan. Tidak semua cinta merealisasikan keindahan rumahtangga dan berkeluarga. Halangan Allah itu amat halus. Manusia biasa tidak mungkin dapat melihatnya dengann mata hati. Kita merancang dan Allah tetap merancang. Namun peancangan Allah tetap unggul melewati perancangan kita sebagai manusia daif. Hamba yang lemah. Hanya iman kita yang mengenalnya. Kecintaan kepada Allah akan mengatasi segala-galanya. Percayalah! Berkomunikasilah kepada Allah. Bermunajatlah kepadaNya. Berdialoglah kepadaNya. Bentangkanlah isi hatimu. Mohonlah segala kebaikan. Hikmah di sebalik yang namanya musibah. Sesungguhnya cintakan Allah dan RasulNya adalah lebih abadi. Mengatasi segala kecintaan yang ada di alam maya ini. Sejak dari Adam dan Hawa lagi.

Yang terputus hanya tali hati. Tali kasih yang simpulnya tidak kejap. Manik dan mutiara yang bertaburan. Hanya kelip-kelip yang tidak dapat diuntaikan. Tali sayang yang terurai dalam diam. Tali cinta yang terlerai kerana tiada izinNya. Sesungguhnya Allah memberikan yang terbaik untuk diri kita. Allah Maha Tahu tentang kekuatan dan kelemahan diri kita. Cubaan Allah adalah untu menguatkan kita. Memperkasakan peribadi kita. Menyempurnakan akhlak kita. Segala puji bagi Allah seru sekalian alam. Selagi tali nyawa itu masih ada, cintailah Allah dan RasulNya. Pasti kau tidak akan pernah kecewa. Tiada terbanding cinta abadi itu. Jalan ke akhirat yang lurus dan pasti. Abadikanlah cintamu kepadaNya. InsyaAllah abadi.