Thursday, December 13, 2012

Resort Waktu Fall di Tepian Tasik

 
 
 
 Saya biasa naik bot sangkut semasa berulang dari kampung saya ke pekan Parit Sulong. Tidak laju tetapi tenang. Sungai Batu Pahat (Simpang Kiri) menjadi saksi perjalanan kira-kira sejam itu. Air sungai tenang dan masih bersih ketika itu. Tahun-tahun 50an dan 60an. Pada tahun 1969-1974 bot biasa saya gunakan untuk menelesuri Sungai Terengganu dan ke Pulau Kapas. Tahun 1990 saya naiki bot ini di sebuah tasik di Canada. Musim luruh sudah hampir melabuh akhirnya. Tepian tasik ini tenang, damai, sunyi. Tranquility personified.
 
 
 
Tinggal di kawasan Khatulistiwa banyak baiknya. Bagi mereka yang tinggal di kawasan gurun juga banyak baiknya. ‘Ala kuli hal, di mana sekalipun manusia boleh menghuni pasti banyak baiknya. Begitu juga bagi mereka yang mendiami kawasan beriklim sederhana. Ada panas dan ada sejuk. Musim berganti mengingatkan manusia supaya bersyukur. Supaya ingat kepada Allah. Hanya Dia yang mampu memberi segala-galanya. Maha Kaya Allah. Maha Suci Allah. Segala-galanya menjadi milikNya. Dalam negara beriklim sederhana musim yang berganti membawa hikmah dan keindahannya yang tersendiri. Mana mungkin manusia terperosok dalam kelam dan kemurungan ciptaannya sendiri. Segala yang Allah hidangkan adalah untuk nikmat manusia.
Kita mengatakan bahawa kita beruntung kerana panas sepanjang masa. Musim kita hanya dua. Panas atau hujan. Kita mesti bersyukur kerana panas tidak pernah sampai kemarau bertahun-tahun. Hujan tidak pernah hingga banjir berpanjangan. Di gurun panasnya sepanjang masa. Di Lembangan Amazon, Brazil hujan membawa banjir hingga tiga bulan lamanya. Siang dan malam kita seimbang. 12 jam siang dan 12 jam malam. Di kawasan kutub, malam selama enam bulan dan siang enam bulan. Di kawasan iklim sederhana siang dan malamnya besilih ganti. Semasa winter malamnya panjang. Malam melebihi siang. Jika malamnya 16 jam siangnya hanya lapan jam sahaja. Sewaktu summer keadaan sebaliknya berlaku. Siang lebih lama dari malamnya. Subuh jam 3.00 pagi sementara maghrib pula jam 10.00 malam. Kerana itu di negara beriklim sederhana panasnya semasa summer menggigit. Sejuknya semasa winter mencengkam.
Namun begitu manusia di kawasan beriklim sederhana tidak membiarkan hidup mereka dibelenggu suhu. Mereka mempelbagaikan aktiviti hidup supaya setiap musim ada manfaatnya. Namun begitu musim yang paling meriah tentulah summer. Namanya bergetar dengan rasa riang. Mengujakan. Penuh dengan ria. Muzik beralun. Siang dan malam dirayakan selama tiga bulan. Musim singkat yang dimanfaatkan sepenuhnya. Ramai yang bercuti. Melancong di dalam negeri atau ke luar negara. Panas matahari dihirup siang dan malam. Bermandikan cahaya terik pada tubuh badan yang rindukan matahari pada bulan-bulan sebelum dan selepasnya. Mereka berpesta dengan cahaya matahari. Dari pagi hingga terbenam matahari ada sahaja yang mereka lakukan. Bayangkan dalam masa hingga 17 jam mereka merayakan cahaya matahari.  Lihatlah di luar rumah, di mana sahaja ada kawasan lapang, pasti ada manusia yang berbaring, bersantai, berkelah, berkelana, memanjat gunung, memancing, canoeing, memburu, menari dan menyanyi.
Di hujung summer waktu menyusut semakin pendek. Panas semakin terik pada suatu ketika. Bebuah ranum dan  masak. Dusun buah riuh dengan gelak ketawa. Musim panen sudah tiba. Musim menuai pada fall yang menanti. Suhu semakin menurun. Semakin hari semakin rendah.  Ketika itu dedaun mula menguning, memerah dan kering. Gugurlah satu persatu. Melayang turun dibawa angin fall yang masih ada panasnya. Fall semakin berlalu. Dedaun semakin berguguran. Lagu Autumn Leaves nyanyian Andy Williams menggarap dua makna serentak. Fall yang akan berlalu. Dedaun merah dan kuning yang bergururan. Panaroma yang mengasyikkan. Di keliling rumah atau di bukit dan pergunungan sama sahaja yang dilihat. Warna-warni fall. Suasana fall tidak semeriah summer. Mungkin mereka sudah keletihan sepanjang summer. Ada rasa damai, sunyi dan menggenang rasa.
Bulan Oktober 1990, kami dalam perjalanan ke Ottawa. Pukul 10.00 pagi dari Toronto. Esoknya kami dijangka tiba di Ottawa. Dua hari perjalanan. Petang itu kira-kira pukul 3.00 kami singgah untuk bermalam di sebuah resort yang sudah lengang. Pastinya sewaktu summer yang baru berlalu hiruk pikuk tempat itu. Berbagai ragam manusia menghabiskan masa panas yang singkat. Sebuah rumah yang besar disewa oleh agensi yang menguruskan kami. Cukup bilik untuk kami tidur dengan nyenyak. Memang sunyi dan lengang. Dalam rimbunan pepohon yang menguning dan memerah itu saya santai memandang alam yang sangat indah. Suasana begitu tidak mungkin berlaku di tanahair. Barangkali anak-anak kampung yang dikelilingi pepohon getah merasakan sedikit pengalaman sebegitu. Tetapi suhu di sini tetap tinggi dan panas. Di sana suhunya rendah dan tentulah lebih sejuk. Tetapi masih nyaman. Belum terlalu sejuk.
Resort di tepian sebuah tasik itu tentunya sangat meriah pada musim summer. Pastinya selain dari hiking ada aktiviti memancing, boating, swimming, water skiing. You name it they got it. Jarang antara mereka yang tidak menikmati summer setiap tahun. Lazimnya mereka merancang aktiviti summer tahun hadapan semasa sedang merayakan summer tahun semasa. Semuanya advanced planning. Tidak ada yang come what may. Perancangan menjadi mainan kepada mereka. Yang ad hoc hal-hal yang luar biasa sahaja. Fall yang berulang-ulang saya alami mengesankan jiwa kembara. Dalam hidup kita ini ada peristiwa yang berulang. Ada masanya ulangan yang tidak dijangka. Paling manis tentulah ulangan yang sentiasa ditunggu. Tanpa jemu. Malah ada rindu di hati.
InsyaAllah selagi usia masih ada, masih ada ruang dan peluang untuk mengalami keindahan yang berulang-ulang. Rindu terubat. Manis mengujakan.

 
 
 Di bawah pohon Maple yang menguning daunnya. Waktu-waktu untuk muasabah diri. Mengenang yang jauh ketika itu. Isteri dan anak-anak di tanah air. Rindu besama fall di Canada.
 
 
 

 Tasik yang damai. Hanya ada riak-riak air. Pasir yang memutih. Dedaun yang memerah. Air yang mula mendingin.  
 
 
Tenang dan damai. Suhu menurun. Saki baki kepanasan yang semakin suam.
 
 
 Hanya kami yang berada di kawasan ini. Lihatlah betapa sunyinya keadaan. Cukup indah untuk bersendirian.
 
 

Wednesday, December 12, 2012

Membaca Membangun Budaya Maju


 
Bayangkan keadaan ini di Malaysia. Semua orang membaca tanpa mengira waktu. Tanpa mengira tempat. Jika ini berlaku di sini pastinya bangsa kita maju fikirannya. Terbuka luas. Keluar dari kotak dan kepompong kejumudan. Sambil menunggu pengangkutan sampai tepat pada masanya, membaca boleh dijadualkan. Pengintegrasian antara semua hal yang melingkari hidup. Masa + pengangkutan + amalan baik.

 
Kita selalu dipaksa untuk membaca. Masanya hanya satu. Apabila peperiksaan atau ujian menjelang tiba. Sebulan yang terakhir buku dan nota mula dibuka. Minggu-minggu yang terakhir sebelum peperiksaan ramai yang mengurangkan tidur. Mulalah perpustakaan diselongkar. Dicari buku yang tidak pernah dibaca. Jika dulu buku red spot bukan pilihan, menjelang peperiksaan red spot itulah yang ditempah berhari-hari. Nota dan ayat dibaca. Acronym dibina. Ayat-ayat yang catchydicipta untuk mengingat fakta. Mengingat prosedur. Mengingat proses. Aduhai banyaknya yang hendak dibaca. Marathon.

Soalnya, mampukah masa yang singkat itu menelan semua yang perlu disimpan di minda. Pengalaman menunjukkan banyak yang diasak dalam satu ketika tidak mungkin masuk semuanya. Sebagai analogi beras yang dimasukkan ke dalam guni tidak boleh dalam satu masa yang pantas.jika itu berlaku guni beras itu tidak padat isinya. Terlalu banyak ruang, udara dan angin. Begitu juga minda kita. Diasak bertubi-tubi dalam satu masa tidak mungkin memadatkan maklumat, fakta dan semua yang diperlukan sebagai bekal untuk apa sekalipun. Membaca di saat akhir hanya menambah serabut jika asasnya tidak dikuasai. Tidak tidur menjalang peperiksaan hanya  menumpulkan fikiran. Idea sukar mengalir pada minda yang terlalu tepu.



Tiada siapa pedulikan orang lain. Dalam satu keadaan iany abaik kerna tidak sibuk ambi tahu hal orang lain. Buat hal masing-masing. Ramai antara mereka membaca. Budaya dan amalam baik. Tetapi tahap sosial dalam keretapi ini terlalu rendah. Tiada sapa menyapa. Tiaa senyum. Tiada ramah mesra. Berlawanan antara baik dan buruk.


 
 

 
Sambil duduk begini tentu santai membaca. Rehat hingga sampai ke setesen yang dituju.
 


Membaca sepatutnya on-going. Istiqamah. Selalu. Sentiasa. Sepanjang masa. Menjadi darah daging. Mengalir pantas melingkari masa dan keadaan. IQ yang paling tinggi sekalipun tidak menjamin tahap intelektuilnya jika tidak digilap terus-terusan. Membaca menimbunkan keupayaan menambah fikir. Menajamkan cara berfikir. Begitulah bangsa yang maju membaca menjadi budaya. Kita masih jauh di belakang. Kedai buku selalu lengang. Yang ramai kanak-kanak membeli alat tulis. Entahlah. Kadang-kadang menajdi mistri kenapa orang kita kurang  yang sangat-sangat dari segi membaca. Pergilah ke rumah orang kita, berapa judul buku yang mereka ada. Berapa peratus orang kita yang membeli buku. Yang benar menjadi pembaca tegar.




 
Berdiri atau duduk bukan isu dalam keretapi. Yang penting membaca diteruskan. Turutan cerita mesti dihabiskan.

 
 
 
 
 
Membaca sebenarnya merihatkan munda. Fizikal dan rohani turut terbuka. Emosi melapang luas. 

 
Dalam sibuk-sibuk mengejar kerjaya mereka masih sempat membaca. Mereka bukan membaca majalah hiburan. Bukan mengejar selebriti. Majoriti antara mereka membaca. Di Malaysia jika ada minoriti membaca, ramai yang menjeling berguling-guling mata.

 
Bukankah lebih baik begini. Membaca menambahkan segala-gala input diri yang perlu. Penumpang tidak kecoh. Tidak ada yang kepoh. Masa diisi dengan manfaat yang sebesar-besarnya.

 
Pelajar Jepun ini membaca pergi dan pulang dari sekolah. Sukar melihat pelajar Malaysia melakukan hal sebegini. Kabanyakannya jika tidak tidur, mereka hanya memandang kosong ke luar tingkap keretapi atau bas. Hidup dan masa seperti tiada gunanya. Mereka lupa emas yang melintas di hadapan mata.
 
 
 
Kesempatan banyak di hidangkan kepada kita. Orang perempuan lebih banyak peluang itu jika diperhatikan dengan rasa keinsafan. Semasa mengandung, berapa kali seorang isteri berulang alik ke hospital atau pusat kesihatan atau klinik. Menunggu giliran memakan masa berjam-jam lamanya. Paling kurang selama enam bulan. Beraneka jenis buku boleh dibaca. Banyak judul yang mudah mengasak minda. Memenuhi ruang fikiran bukan sahaja ibunya bahkan juga janin yang dalam kandungan. Janin yang memerlukan santapan rohani. Amalan baik si ibu yang merangsang kelahiran seorang bayi bijaksana. Penuh dengan idea. Hidup banyak berencana. Anak soleh yang tercinta dengan ilmu.
Seumur hidup kita berapa lama kita menunggu kenderaan. Selama kira-kira 40 tahun kita berkerjaya rasanya berlori-lori buku boleh dibaca. Lebih 200 hari setahun. Selama 40 tahun bermakna lebih 8,000 hari. Jika dua jam sehari selama 40 tahun kita membaca selama 16,000 jam. Agak-agaknya berapa banyak buku yang kita baca. Kita sayang wang tetapi pada masa yang sama membazirkan masa dan minda. Janganlah baca majalah picisan. Majalah hiburan. Cukup-cukuplah menonton hiburan yang tidak pernah sunyi di sekeliling kita. Banyak keutamaan lain yang jauh lebih mengatasi kedudukan hiburan dan selebriti yang mengisinya. Banyak manusia yang teguh boleh dijadikan contoh terbaik. Melatari hidup intelektuil. Memaparkan moral dan akhlak yang tinggi. Hidup beragama yang ampuh.
Kita cerita tentang perpustakaan. Mengapa agaknya di rumah orang kita perpustakaan merupakan sesuatu yang langka. Biliknya tidak ada kerana tidak berupaya mengadakannya. Ekonomi orang kita masih di takuk daif. Ruangnya tidak ada kerana yang lebih penting ruang untuk anak-anak yang ramai bilangannya. Bukunya tidak ada kerana ekonomi juga yang dibicara. Kita masih melihat vicious circle (kitaran ganas) yang melitupi kehidupan kita. Kemiskinan terus membelenggu kemiskinan. Jika buku dan bahan bacaan yang amat penting tidak upaya diadakan maka bagaimana anak-anak kita boleh menjadi cemerlang sejak mereka dari kecil lagi. Keterbukaan dan pendedahan awal tidak terjadi dalam masyarakat kita.
Di Toronto, antara tempat di negara maju yang saya temui, saya melihat dengan mata kasar saya bagaimana warganya membaca tanpa mengira judul. Tanpa mengira masa. Tanpa mengira tempat. Lazim benar saya lihat apabila mereka berada di atas kenderaan sebelah tangan memegang tiang atau pemegang yang ada, sebelah tangan lagi menyeluk saku. Keluarlah buku tanpa mengira lusuhnya atau barunya. Tekun mereka membaca. Penumpang naik dan turun. Selagi mereka belum sampai di destinasi mereka, membaca tetap diteruskan. Bagaimana ini terjadi. Mereka sudah terlalu biasa dengan masa. Jarak. Jangkamasa. Setesen yang dituju dikira dengan minit. Bukan kilometer. Dengan kadar laju kenderaan mereka boleh mengira berapa mukasurat yang dapat dibaca. Seperti diintegrsikan. Jika setesen itu memerlukan 10 mukasurat maka apabila tamat 10 mukasurat mereka menanda mukasurat itu. Tutup buku. Beberapa detik sahaja selepas itu mereka sampai di setesen. Pintu terbuka. Mereka keluar ke destinasi seterusnya. Begitulah amalan setiap hari.
Nanti waktu balik begitu juga yang dilakukan. Membaca dan membaca. Setiap hari. Saya lihat sekeliling, begitu juga amalan mereka yang lain. Buku ada dalam poket. Keluar dari tas tangan. Dibuka dari beg galas. Bagi eksekutif pula buku keluar dari beg bimbit mereka. Sekarang barangkali bukan buku yang dibaca teatpi I-pad. e-buku. Sebuah alat komunikasi yang lebih memudahkan. Tidak lusuh. Tida koyak. Tidak pudar. Petik sana keluar sini. Tekan punat baca. Yang penting membaca dan membaca. Darinya timbunan ilmu yang penuh fakta. Minda berkembang menerima, memenuhi dan melahirkan idea-idea yang lebih bernas. Yang lebih berjejak di bumi realiti. Skop pemikiran meluas laut. Meninggi gunung. Melepasi awan tinggi apa sahaja yang dapat dijangkau dengan izin Allah.
Kita tidak boleh mengalami semua perkara semasa hidup kita di dunia ini. Kita pinjam pengalaman orang lain. Kita melihat sesuatu melalui mata orang lain. Kita mendengar melalui telinga orang lain. Kita mencitarasa melaui deria orang lain. Perkongsian yang meluas. Merasa apa yang dialami orang lain. Terlalu banyak pengalaman indah yang kita lalui. Orang lain mengalami keindahan yang berlainan. Penggembelingan pengalaman antara beberapa orang itu menambahkan lagi canaian pengalaman yang bersilang dan teranyam. Kita menjadi lebih kaya kerana mengetahui lebih banyak dari orang lain. Lebih dalam dari orang lain. Lebih rencam dari orang lain. Maka keluasan pengalaman itu menciptakan manusia yang lebih setabil. Lebih seimbang. Ada check and balance dalam menimbang yang mana utama dan yang mana tidak. Yang mana besar dan yang mana tinggi nilainya.
Bagi mereka yang masih belajar, membaca adalah kerja utama. Nadi kejayaan. Sumber segala pencarian untuk mengikat label kesarjanaan. Membaca bukan sekadar untuk lulus periksa walaupun nilaian sijil pada kertas sehelai itu dianggap penting pada nilaian manusia. Yang lebih penting membaca menyampaikan kita kepada penemuan-penemuan yang diterokai oleh orang lain. Sebagai sumber sekunder bahan-bahan bacaan melengkapkan kita kepada kekurangan dan ketidakupayaan kita untuk mencipta pengalaman kendiri. Marilah kita berkongsi yang baik. Tinggalkan yang tidak baik. Dunia di luar sana penuh dengan kegemerlapan keindahan yang boleh digarap dan digapai oleh minda kita. Asahlah minda dengan pembacaan yang meningkat ke taraf ilmiah yang paling tinggi. InsyaAllah nikmatnya sangat manis bak madu.


Friday, December 7, 2012

Pengangkutan Yang Mengangkut


Street Car in downtown Toronto
 
Ini adalah sebuah tram. Bas elektrik. Punca elektriknya berada di atas bumbung. Laluannya khusus. Senyap. Menyeronokkan. Banyak merentasi Toronto.



Dalam sebuah bandaraya yang besar seperti Toronto sistem pengangkutan awamnya amat terpelihara. Sistemnya berintegrasi. Satu sistem yang menghubungkan empat jenis pengangkutan iaitu bas, keretapi, tram dan bot atau feri.  Bagaimana agaknya sistem ini dilaksanakan? Di negara maju, sistem pengangkutan awamnya sangat terpelihara. Memelihara kebajikan dan kepentingan awam. Seluruh rakyatnya bergantung kepada pengangkutan awam. Kereta sendiri ditinggal di rumah atau di setesen keretapi. Khususnya bagi mereka yang tinggal di pingir kotaraya. Kotaraya di Amerika Utara besar-besar belaka kawasannya. Tanah di sana luas dan kebanyakannya rata terutama di kawasan plain.

Downtown atau pusat bandaraya dihalang dari disesakkan dengan kenderaan peribadi. Bukan dipaksa tetapi diberi alternative. Disediakan kemudahan lain yang lebih baik. Lebih efisien. Lebih ekonomikal. Memuaskan semua orang. Saya dan teman-teman membeli tiket bulanan. Maka kami tidak ada masalah untuk ke mana-maan yang kami suka. Pada bila-bila masa. Tanpa had. Mula-mula kami rasa mahal. Sebulan kira-kira CD58. (CD - Canadian Dollar). Dengan satu tiket (tiket harian) kita sebenarnya sudah boleh naik bas, tukar menaiki keretapi, naik tram pula dan akhirnya menyeberang untuk ke sebuah pulau dengan menaiki feri. Sebuah kotaraya yang besar mampu mengintegrasikan sistem pengangkutan awamnya  seperti sangat mudah. Syaratnya, perjalanan itu mestilah satu arah yang ditetapkan. Arah pergi atau atah balik. Jika keluar dari laluan itu maka dikenakan tiket lain.

Saya sentiasa mengimpikan sistem pengangkutan awam yang efisien seperti di luar negara. Kita sentiasa berebut sebuku kek tanpa mahu berkongsi membuat kek yang lebih besar. Lebih efisien. Lebih cost-effective.  Sistem kita terlalu banyak. Masing-masing tidak cekap. Jadual tidak terjaga. Kekerapan tidak terurus. Dari saya kecil hingga sekarang kesesakan di bandaraya besar di Malaysia tetap sesak dan menyesakkan. Berselirat jejambat dan jejantas. Berlingkaran di Lembah Klang. Hakikatnya tiada alternatif untuk pemandu mendapatkan pengangkutan yang memudahkan. Murah, boleh dipercayai. Boleh diharap. Menepati masa. Functual. Al the times.  Selagi pengangkutan awam tidak diselesaikan selagi itulah jalanraya bukan tempat yang selesa untuk pemanduan. Pengangkutan kita masih terlalu tradisional. Tidak banyak perubahan yang dibuat untuk meringankan kesesakan yang berlaku setiap hari dan masa. Kita hanya berfikir dengan membanyakkan jalanraya kesesakan akan berkurangan. Kita perlukan pengangkutan awam yang efisien.

Sistem keretapi di Toronto seperti ladam kuda yang besar. Merentasi dan melingkari seluruh Toronto. Dibina setesen-setesen di sepanjang laluan keretapi itu. Tidak ada bas yang dipandu ke pusat kota. Bas hanya ada di kawasan pinggir kota. Bas mengangkut penumpang ke setesen keretapi.  Dari setesen keretapi ke jalan-jalan keluar. Bas pergi dan balik ke dan dari setesen keretapi. Tidak melintas ladasan. Tidak pula membuat laluan sendiri. Pada waktu puncak kesesakan terlalu pendek dan pantas selesainya. Sejauh setesen keretapi sahaja. Pengalaman menggunakan sistem keretapi di Toronto kadang-kadang mengasyikkan. Jarang sesak. Kerap ada. Jadualnya dijaga dengan tepat. Budaya mereka yang menepati masa. Tidak pernah dipakai jam Melayu. Jam Malaysia. Jam mereka sama. Tetapi mereka memberi nyawa kepada masa. Tepat tanpa kompromi. Masa itu emas. Sebab itu bangsa yang menghargai masa lebih maju dari bangsa yang meremehkan masa atau melengah-lengahkan masa. Begitulah peringatan Allah kepada kita. Sesungguhnya manusia selalu berada dalam kerugian, kecuali mereka yang selalu berpesan-pesan untuk kebaikan.

Nanti dalam entri lain akan saya ceritakan bagaimana keretapi dimanfaatkan secara optimum oleh penduduk Toronto. Penumpang keretapi diturunkan di tengah kotaraya Toronto di mana-mana setesen pilihan penumpang. Untuk ke destinasi lain pilihannya ialah tram. Bas juga tetapi menggunakan elektrik. Tiada pencemaran asap. Tiada carbon monoxide. Tiada bezanya antara bas dan tram. Sebenarnya tram menggunakan landasannya yang tersendiri. Elektrik dialirkan melalui talian seperti pendawaian elektrik atau telefon di Malaysia. Tidak berapa laju tetapi senyap. Tiada langsung bunyi bising seperti bas. Pemerhatian saya menunjukkan permukaan jalanraya di Canada atau di US sangat dipelihara. Licin. Lancar. Deriving pleasure. Driving pleasure as well. Jauh benar dengan pegangkutan kita. Di Bandar kecil seperti Batu Pahat dan Parit Raja sudah sesak pada waktu puncak. Memperluaskan jalanraya tidak menyelesaikan apa-apa. Kemalangan pula semakin bertambah. Mat Rempit menambah senarai. Jalan lain perlu dicari. Pemikiran lama sudah tidak berfungsi lagi. Maaf. Kena tukar yang baru.



Subway Train

Keretapi ini juga merentasi sekeliling Toronto. Jadualnya tepat. Berturutan antara satu sama lain. Jika memahami jadualnya kita tidak banyak membuang masa. Tidak perlu menungu. Kita yang menjaualkan masa kita sendiri.



TTC Bus

Bas menjadi pengangkutan pelengkap. Bukan segala-galanya. Di negara membangun bas yang menjadi pengangkutan utama. Di negara maju sistemnya lebih integrated. Semua yang boleh digabungkan diusahakan. Bukan keuntungan individu yang penting. Yang lebih penting ialah mendapat keuntungan dengan menawarkan perkhidmatan yang efisien, optimum, cost-effective.



Toronto Island Ferry
 
Feri ini sebahagian dari sistem pengangkutan Toronto. Dari bas ke keretapi ke tram da akhirya ke feri. Perjalanan yang melengkapi pengalaman. Sukar mendapat mpengalaman sebegitu di tempat lain. Toronta yang mengujakan.

Toronto Subway
 
Lingkaran kuning adalah laluan utama. Benar-benar seperti ladam besar. Setesen di setiap simpang. Kebanyakan kereta di parkir di setesen keretapi.


Toronto Subway

 
Garisan hijau adalah rentasan laluan sampingan yang menghubungkan laluan lain. Sistemnya tetap sama. Memudahkan pengguna. Benar-benar menjaga kebajikan rakyat banyak.




Thursday, December 6, 2012

Parlimen Canada di Ottawa


 
Utuwa. Bunyai seperti perkataan Red Indian 


Parliament sits in the Centre Block in Ottawa
 
Di setiap negara bangunan parlimen adalah antara yang unik. Tersergam dan bermenara. Tau mungkin berbentuk menara sepert iPerlimen Malaysia.


Parlimen di mana-man negarapun adalah kemuncak pelaksanaan politik. Ahlinya menggubal undang-undang. Untuk negara. Untuk rakyat. Untuk melindungi maslahah umum. Cuba lihat parlimen kita di Kuala Lumpur. Berapa ramai orang Malaysia yang mengunjunginya. Berapa ramai guru yang menghuraikan paernannya kepada pelajar. Berapa ramai anak-anak sejak dari kecil sudah maklum bahawa di negaranya ada bangunan ulung yang di dalamnya dihuni oleh orang-orang yang berwibawa. Berintegriti. Yang kapasiti inteleknya sangat tinggi. Mereka bersidang dan berhujjah untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat. Berbulan dan berminggu persidangan demi persidangan disegerakkan dengan aliran politik dan kehendak rakyat banyak.

Suatu ketika dahulu matapelajaran sivik di sekolah menengah. Banyak aspek kehidupan, budaya, agama dan good governance disampaikan kepada khalayak pelajar. Banyak maklumat yang memandu mereka meneroka hidup sebenar di luar rumah dan sekolah. Malangnya rakyat Malaysia (maaf - tidak terkecuali guru) menganggap bahawa hanya matapelajaran yang disenaraikan dalam peperiksaan sahaja yang dianggap penting. Sivik terkeluar dari senarai itu. Maka guru yang mengajarnya adalah guru yan tidak serius. Guru masuk kelas atau tidak menjejaskan kepentingan peperiksaan. Kebetulan antara ramai guru di sekolah yang kerap tiada di premis ialah Pengetua. Mesyuarat di berbagai premis keranakedudukannya yang tinggi di daerah. Pengetua yang dijadualkan mengajar matapelajaran sivik. Pelajar tidak banyak belajar. Mereka keluar sekolah seperti kalkatu yang hanya mengejar cahaya pada waktu malam. Rama antara mereka yang tidak tahu apa-apa tentang negaranya. Yang mereka tahu ialah mencari makan. Noktah.

Alangkah eloknya jika parlimen menjadi destinasi pendidikan luar bilik darjah. Anak-anak mendapat makluman awal bagaimana negara ditadbir. Melihat orang-orang yang terlibat iaitu Ahli Parlimen. Yang Berhormat. Perbahasan yang dibuat member pengajaran bahawa sesuatu itu harus dipecahkan ruyungnya dahulu sebelum mendapat sagunya. Undang-undang bermula dari parlimen. Alangkah baiknya anak-anak kecil dimengertikan bahawa disiplin adalah sebahagian daripada undang-undang yang digubal di parlimen. Bagi pelajar IPT Akta 174 adalah digubal khusus untuk pelajar-pelajar IPT. Apa yang dilaksanakan sama di IPT atau di sekolah berpunca dari parlimen atau sekurang-kurangn akabinet. Maaflah. Sekolah di Malaysia seperti kilang yang menghidangkan robot tanpa perasaan. Sekolah menjadi kilang. Pelajar keluar dari kilang dianggap sebagai barang siap. Realitinya lulusan sekolah hanyalah anak-anak yang perlukan banyak arah dan panduan.

Saya telah menjejakkan kaki saya di parlimen Canada di Ottawa. Lebih sehari perjalana denga kenderaan darat. Bermalam di tengah jalan. Di Malaysia itulah yang kita sebut . Ottawa kita sebut O-TA-WA. Orang Canada tidak faham. Kepada mereka disebut U-TU-WA. Jauh bezanya. Ejaan betul, sebutannya berbeza. Saya tidak pasti sama ada bahasa Perancis atau Red Indian. Pada hari saya d situ berpusu-pusu pelancong memasuki parlimen. Orang Canada sendiri dan orang Amerika. Ada juga pelancong asing. Mereka ingin tahu bagaimana mereka diperintah. Siapa yang memerintah mereka. Bagaimana negara mereka ditadbir. Parlimen menjadi destinasi pelancongan yang menarik. Tidak ada parlimen yang sama di mana sekalipun. Setiap satunya unik bagi negara itu sahaja.

Satu lagi amalan tradisi di Parlimen Canada ialah Perdana Menterinya membuat persidangan akhbar selepas setiap hari parlimen bersidang. Perdana Menteri memaklumkan kepada rakyat apa yang dibincangkan oleh ahli-ahli parlimen. Tempatnya khusus. Dia tidak duduk di kerusi empuk. Dia berdiri di tangga khas untuk memberi sidang akhbarnya. Jadi seperti mimbar pula. Anggota press bolehlah bertanya apa sahaja mengenai topik-topik yang menjadi agenda parlimen hari itu. Maksudnya oleh kerana siding aakhbar dibuat setiap hari maka isu-isu yang dibangkitkan oleh wartawan adalah yang relevan sahaja. Tidak perlu keluar dari konteks. Itulah tangungjawab Perdana Menteri Canada kepada khalayak rakyatnya. Tidak ada yang tersembunyi. Telus dan perlukan kebijaksanaan dan hemah untuk menyampaikan sesuatu keputusan kerajaan atau apa-apa yang dibincangkan di parlimen pada hari berkenaan. Siding akhbar itu live dan bukan rakaman. Rakyat mahu tahu dari mulut Perdana Menteri sendiri dan bukan yang sudah diedit.

 
Tangga utama Parlimen Canada. Perhatikan tangan kami semuanya dalam poket. Bukan gaya atau fesyen. Sejuk. Suhu agak rendah. Sarung tangan tidak dibawa. Tidak dijangka begitu. Yang bleh kami lakukan hanyalah memasukkan tangan ke pokit. Bolehlah tahan sedikit.
 
 
Tangga ini sangat signifikan. Di tangga inilah Perdana Menteri Canada membuat persidangan akhbar selepas setiap sesi parlimen. Bukan duduk. Tiada kerusi empok. Bukan membaca teks. Dia berdiri. Wartawan di kaki tangga. Semuanya terbuka. Soalan terbuka. Jawapannya juga off hand.
 
 
Tiang get yang bertulis Parlimen Canada. Kaki saya berjejak di sini. Sebuah tempat di sebalik dunia. Malam dan siangnya 12 jam berbanding Malaysia.
 
 
Anak-anak yang mengetahui banyak perkara lebih matang akalnya. Fikirannya berada pada tahap lebih tinggi. Skop pandangannya menjangkau ufuk. Hadnya langit di atas. Hilang kejumudan yang ada pada dirinya. Ia menjadi lebih mudahlentur. Flexible. Paradigma beralih dengan mudah. Banyak pula paradox yang diharmonikan untuk membahagiakan hidup. Mereka bukan jenis bertaqlid. Apa yang mereka buat adalah tindakan yang bermaklumat. Ada kewarasan dalam menilai sesuatu. Mereka lebih celik maklumat. Celik akal. Celik fikiran. Celik tindakan. Ibu bapa dan guru, bola di kaki tuan dan puan. Mainkan peranan itu agar anak-anak menjadi dewasa dengan akal budi yang melangit tingginya.

 

 
 
Quuen Elizabeth II masih lagi lambang  kuasa Britain di canada. Terdapat pula Governor General yang mewakili kerajaan British.
 
 
Dilihat dari sudut lain, bumbung bangunan ini berwarna kebiru-kehijauan.
 
 
Satu lagi legasi British ialah uniform rasmi polis mereka. Baju merah. Topi tinggi berwarna hitam. Saya temui uniform yang sama di London. Di Buckingham Palace. Mereka sedang sibuk mengarak panji-panji.


Mayu = Ayu = Pretty


 Apa maksud tajuk di atas. Hal itu terjadi di rumah sahabat saya orang Perancis Canada. Setelah makan udang saya berlegar-legar di ruang tamu rumahnya. Terpandang saya gambar seorang kanak-kanak perempuan berusia kira-kira enam tahun. Comel. Mata biru. Rambut perang. Trait orang putih tulen. Cirri-cirinya yang menebal. Tentunya keturunan Perancis. Saya tanya sahabat saya siapa nama anaknya itu. Mayu, katanya. What’s the meaning of Mayu? Tanya saya lagi. Mayu is in French. In English it’s pretty. Ada siapa-siapa menangkap lonjakan hati saya ketika itu. Ada kena mengena dengan  bahasa kita. Bagaimana kaitannya? Ada persamaan yang seperti mengejutkan saya tentang persamaan bahasa antara dua bangsa yang berbeza.

Gee! What a coincidence. In my language there’s a word “ayu” which means pretty. Mayu is pretty. Ayu is also pretty. Close similarity. Very close. Dua perkataan yang hampir sama. Dua bangsa menuturkannya. Dua dunia yang berbeza. Tiada kena mengena antara satu sama lain. Perancis tidak pernah sampai di Malaysia. Tidak pernah menjajah kita. Orang British bencikan orang Perancis. Tidak mungkin mereka membawa perkataan mayu  ke Malaysia. Maknanya kedua-dua bangsa membina dan menggunakan dua perkataan yang hampir sama dalam keadaan masing-masing tidak mengetahui kewujudan perkataan itu di negara lain. Bangsa lain yang menuturkannya. Maknanya pula sama. Mayu is ayu is pretty.

Seorang pensyarah dari UPM, PM Dr. Mat Ropa bin Ismail telah berkunjung ke Romania. Sebelum memasuki sebuah bilik tertera perkataan “Buka’. Dia bertanya kepada pengiringnya tentang maksud perkataan itu. Buka is open. Beribu-ribu kilometer ia terbang ke sebuah negara asing di Barat. Dia menemui bahasanya sendiri. Suatu kebetulan lagi. Dia memijak dan memandang lantai. Ditanyanya nama bahan yang digunakan. Sekali lagi dia jadi kerkesima. Marmar, jawab  pengiringnya. Sama dengan kita menamakannya marmar. Munglin banyak lagi perkataan yang sama maknanya jika dikaji dengan mendalam.

Allah jadikan manusia berbangsa-bangsa supaya mereka berkenal-kenalan antara satu sama lain. Maksud ayat al-Quran. Berkongsi kemanusiaan. Menurut riwayat, anak Nabi Adam a.s. seramai 40 orang. Setiap seorang diajar dengan satu bahasa. Dari 40 bahasa itulah berkembangnya bangsa dan bahasa ke seluruh dunia. Selepas banjir besar tiga orang anak Nabi Nuh yang membiakkan keturunan Bani Adam. Mereka adalah Sam yang menguasai Barat dan Amerika. Ham membiak di Afrika. Yapeth menjadi asal keturunan kita yang membiak ke Timur. Kulit mereka antara putih kuning hinggalah sawo matang. Hitam manis. Hitam-hitam si tampuk manggis. Makin ku pandang semakin manis.

Ke manapun di dalam dunia ini ada bahasa yang sama. Kadang-kadang sama ejaan dan bunyinya. Sama maknanya. Ada masanya makna berbeza. Dalam bahasa Jawa ewes bermakna sudah. Yang telah berlalu. Dalam bahasa Inggeris was yang bermakna telah. Kadang-kadang orang Jawa meringkaskannya menjadi wes sahaja. Mirip benar dengan was. Ada yang lebih mengejutkan orang Jawa mengatakan mubeng. Orang putih mengatakan moving. Infleksi dan intonasi suara dan bunyinya sedikit berbeza. Maknanya sama. Exactly the same. Bukankah jauh jarak dan budaya antara orang putih dengan oranag Jawa. Satu di utara dan yang satu lagi di selatan. Dunia yang terpisah secara geografi.

Baiklah. Kita tinjau lagi bahasa lain. Orang Arab memanggil kucing sebagai kitton. Dengan huruf  ﻃ. Orang Inggeris menggunakan kitten untuk anak kucing. Al-fil kata orang Arab. Kata orang Putih elephant. Begitulah antara bahasa Perancis dan bahasa Inggeris. Terlalu banyak kerana inter-budaya berlaku dalam perhubungan manusia. Dalam konteks Malaysia orang Hokien paling banyak mengiasimilasi  bahasa Melayu. Perkataan sayang menajdi biasa. Gua sayang lu. Itu belum orang Banjar dan orang Jawa. Terlalu banyak persamaannya. Sebutan sedikit berbeza.

Bahasa Jawa
Bahasa Banjar
 
Makna
Abang
Habang
Merah
Ireng
Hirang
Hitam
Banyu
Banyuk
Air
Sampian (bahasa halus)
Ampian
(bahasa halus)
Tuanhamba

 

Sekadar memberi contoh. Ini bermakna banyak bangsa yang bahasanya banyak sama. Cuba tonton drama Filipina. Mereka banyak menggunakan huruf Kho (ﺥ). Kebetulan barangkali kerana kita bangsa serumpun.

Manusia berkembang ke merata pelosok dunia. Lalu mereka membentuk budaya dan adat resam yang berbeza sesuai dengan pemikiran mereka. Sesuai dengan iklim negara mereka. Sesuai dengan kepercayaan mereka. Persekitaran membangunkan bangsa mereka mengikut acuan mereka. Cara hidup berbeza. Cara pengendalian diri berbeza. Masyarakat diurus dengan cara yang berbeza. Masing-masing membina persepsi yang berbeza. Bermanfaat dalam konteks mereka masing-masing. Harus juga dinilai dalam konteks mereka. Penilaian di luar kotak tentulah membingungkan. Kita tidak mungkin menemui puncanya. Atau dasarnya.

Mengetahui semua ini menjadikan kita lebih arif tentang mansia dan kemanusiaannya. Kelainan bukan bermakna pemisahan yang hakiki. Tiada yang mutlak. Kita diminta memahami dalam konteks yang berlainan. Memahami bahawa perbezaan menjadi suatu fitrah. Suatu rahmat. Kenal mengenali antara satu sama lain. Mencari titik persamaan dan pertemuan. Bahawa di sana ada manfaat dalam banyak perbezaan. Komunikasi dan perhubungan membuka mata dan minda untuk melihat jauh ke dalam bahawa kita tetap dari keturunan yang sama. Bapa kitaAdam dan ibu kita Hawa. Lintasan masa yang panjang menjarakkan persamaan yang pada awalnya adalah sama.

Sewaktu saya menunaikan fardhu haji pada tahun 1999 dahulu saya selalu terpegun melihat manusia yang berbagai. Berbagai saiz. Berbagai bentuk tubuh badan. Berbeza warna kulit. Berbeza cara berpakaian. Berbeza apa yang dimakan. Terlalu banyak perbezaan dari segi cara berjalan, bahasa pertuturan dan serba serbi yang lain. Saya katakan kepada anak saudara saya, mereka ini semua adalah saudara seagama kita. Di akhirat nanti kita dihimpunkan di tempat yang sama di jannah Allah. InsyaAllah. Ketika itu tiada lagi apa-apa bentuk perbezaan sekalipun yang paling kecil. Hati menjadi senang kerana ada titik pertemuan dalam agama. Akidah yang sama. Mengimani semua perkara yang sama. Menjalankan ibadah yang sama rukunnya. Allahuakbar.

Wednesday, December 5, 2012

Udang dan Mentega


Di Seneca College of Applied Technology saya diperkenalkan ramai stafnya. Walaupun Edward Chop counterpart yang tetap, ramai lagi yang menjadi counterpart sementara. Untuk sehari atau dua hari sahaja. Setelah 22 tahun saya sudah tidak ingat nama-nama mereka lagi. Tahun 1990 yang sudah lama. Seorang daripdanya berketurunan Perancis. Suatu hari dia mengajak saya dan Datuk Zakaria ke rumahnya. Dia balik awal hari itu. Dalam perjalanan pulang dia singgah di sebuah pasaraya dan membeli udang galah besar. Dia hendak menjamu kami dengan udang katanya. Jika pembaca dalam keadaan saya apa jangkaan tuan. Kami akan menjamu selera tentunya. Kita akan selalu berfikir cara kita. Cara Melayu. Cara Malaysia. Banyak hidangan. Antaranya udang galah. Makan besar. Bikwah kata orang Kelantan. Big Work? Kenduri besar.

Itulah gunanya pengalaman. Kita mengerti adat orang. Budaya orang. Bukankah lain padang lain belalangnya. Hari itu kami makan besar. Udang besar. Hendak dimasak apa udang ini. Gulai? Tidak mungkin. Sambal? Mana orang putih pandai masak sambal. Goreng bertepung? Lagilah tidak tahu. Mungkin orang Asia yang masakannya glamour. Meletihkan. Lambat. Kepada orang putih masakan dan makan boleh dimasak secara simplified. Sangat mudah. Sesiapapun tahu memasak cara mereka. Bagi yang tahu pastinya. Nak tahu? Betul? Ok. Sampai di rumahnya sahabat saya tadi menjerang air dalam periuk. Nak buat apa ni kata hati saya. You take care of yourself. Find any drink in the fridge. It takes awhile. Have a rest.

Setelah air mendidih dimasukkannya kesemua udang yang dibeli tadi ke dalam periuk. Memerah kesemua udang itu. Proses masak. Sementara itu dia memanaskan mentega – butter. Apabila cair dimasukkan mentega itu ke dalam mangkuk. Meja diset. Setiap seorang disediakan satu pinggan kecil dan satu pinggan besar. Udang masak. Diangkat seekor demi seekor ke dalam bekas besar dan diletakkan di atas meja. Kebetulan isteri sahabat saya itu berkerja. Tengahari itu isterinya tidak makan tengahari di rumah. Anak perempuannya pula berada di sekolah. Seorang sahaja katanya. Kami bertiga santai sungguh di rumah itu. Saya dan datuk Zakaria seperti berada di rumah sahabat atau saudara di Malaysia. Layan diri.

Apa nak buat udang dan mentega cair ni? Tertanya-tanya sendirian. Saya lihat kepala udang dibuang. Rasanya kita di Malaysia kepala udang kita ratah juga. Sayang. Nah, beza kan? Cuba lihat semula apabila membeli udang selepas ini. Pada kepala udang itulah terkumpul tahinya. Di situlah juga terkumpul bahagian paling lemak. Kolestrol? Tepat. Selepas ini tahulah bagaimana hendak makan udang yang lebih selamat dari segi kolestrol. Apabila udang sudah tanpa kepala barulah diuruskan bahagian badan dan sepitnya. Sepitnya banyak isi kerana udang itu bersaiz besar. Yang bersaiz kecil barangkali tidak banyak isi pada sepitnya.

Maaf, hidangan lain tidak ada. Tidak ada nasi. Jauh panggang dari api. Roti pun tiada. Kentang tiada. Sayur tiada. Salad tiada. Kami hanya makan udang semata-mata. Saya tidak pula bertanya berapa harga udang itu sekilo. Kami bersedia untuk makan. Diajarnya kami makan udang. Tahu makan. Di Malaysia biasa makan. Tetapi kali itu cara makannya berlainan. Isi udang dicecahkan dengan mentega cair. Udang tadi direbus tanpa garam. Tanpa apa-apa bahan tambahan. Air dan udang sahaja. Dicecah mentega cair yang masin. Agak-agak apa rasanya? Perrrrrrrgh! Masin, lemak dan enak lazat. Waktu itu usia saya 44 tahun. Masih sihat. Segar bugar. Tidak langsung takut dengan penyakit. Rasanya saya makan tiga ekor udang galah besar. Cecah mentega cair. Kecur mecur mulut saya bila teringat peristiwa itu. Orang putih memudahkan apa sahaja sistem yang ada ruang untuk dipermudahkan. Sistem makan satu daripadanya.

Kita makan udang terlalulah payahnya. Banyak sangat ramuan dan cara masaknya. Tidak ada orang Malaysia makan udang seperti saya makan di Toronto. Bukan budaya. Mungkin selepas membaca entry ini akan ada yang mencuba. Sila. Boleh jadi amalan. Tunggu! Tunggu! Jaga kolestrol. Orang Malaysia makan udang masak sambal. Paling popular. Panggang? Mungkin. Gulai lemak cili api? Ada juga. Ada pula goreng dengan tepung. Jarang pula goreng biasa. Tanpa apa-apa kecuali garam. Waktu kecil saya di kampung dahulu saya buat botok udang. Campur udang galah (pancing atau tangkap dengan menggunakan pongkis) yang sudah ditumbuk halus dengan kelapa parut (parut sendiri). Campur cekur dan bawang. Garam tentunya. Kukus beberapa jam. Sedap dimakan sebagai lauk.

Minggu lepas asaya masak sambal udang. Setengah kilo udang. 10 batang cili merah. 20 biji cili api. Bawang merah lima labu. Bawang putih satu labu. Serai sebatang. Halia sebesar separuh ibu jari. Minyak zaiton secawan. Blend semua bahan yang disebut. Panaskan minyak. Bila cukup masak masukkan bahan yang sudah diblend tadi. Goreng hingga berbau harum. Masukkan udang hingga masak. Garam secukup rasa. Gula jika ingin rasa manis. Asam sedikit. Cubalah. Pasti ketagih nanti.

Monday, December 3, 2012

Counterparts


 
Rasanya usianya jauh lebih tua dari saya. Biasalah orang putih bertubuh besar. Tetapi ketinggiannya tidaklah terlalu berbeza dengannya. Nampak biasa sahaja. Banyak tempat yang kami kunjungi bersama. Dia maklum ke mana tempat yang sesuai. Ed orang baik. Sepanjang tiga bulan dia tidak mengumpat. Tidak mengajak ke tempat maksiat. Dia juga tidak berbuat maksiat. Bangunan di belakang sebenarnya sebuah tempat makan. Selepas kami makan kam rakamkan gambar ini. Di sebuah padang yang luas. Lanskap di Barat yang biasa. Rerumput menghijau. Sedikit kekuningan di hujung Fall. Masih September. Di hujung Oktober suhu sudah jauh menurun. Sejuk di hujung kuku.
 
Di Toronto saya diregukan dengan Datuk Zakaria. Bergerak bersama. Aktiviti yang sama. Destinasi yang sama. Bertemu dengan orang yang serupa. Banyak baiknya sistem regu. Pertama, tidak takut. Kedua, ada pembantu. Ketiga, masalah dikongsi bersama. Keempat, boleh merancang bersama. Seneca College of Applied Technology menyediakan seorang counterpart yang bernama Edward Chop. Saya panggil dia Ed. Dah berumur juga. Orangnya baik. Pemurah. Ada sebuah kedai di Toronto yang dinamakan Crazy Ed. Selalu juga saya bergurau dengannya. Bila saya sebut namanya dia menyambung not Crazy Ed. Banyak juga saya belajar darinya.
Suatu hari saya katakan kepadanya bahawa gadis Canada cantik-cantik. They’re pretty. Dia tidak setuju. “Nah.” Bermaksud no. Pengalamannya barangkali. Gadis Barat menurutnya adalah kasar. Rough. Saya biasa bersama orang Barat. Dalam filem, video, gambar dan mungkin internet mereka nampak jelita. Cun melecun. Tunggu sekejap. Manusia tidak boleh dilihat hanya dari jauh. Kebanyakan orang Barat adalah bak bunga dedap. Maaf, pendapat peribadi saya. Cantik dari jauh. Bila didekati banyak cacat celanya pada persepsi kita orang Asia. Pada mereka itulah kecantikan yang mereka ada. Kenataan mereka begitu. Pada kita sahaja persepsinya berlainan.
Kasar tentulah subjektif. Kata-kata Ed memberikan saya ruang untuk memerhati. Melihat di sebalik panadangan mata. Deria tambahan saya memanipulasi keadaan. Kasar pertama ialah kulit mereka. Kulit orang Barat cantik di bahagian muka. Pandanglah lengan mereka. Tengkuk mereka. Ada kontras antara kulit muka dengan kulit di bahagian lain. Pigmen kulit nampak putih. Mereka suka basking pada musim summer. Berjemur di bawah terik matahari. Kita lari dari pancaran cahaya matahari. Berpayung di tengahari. Orang Barat panas pada musim summer sahaja. Pada musim lain cahaya matahari tidak panas. Jika kulit mereka nampak terbakar mereka sangat gembira. Selepas beberapa ketika kulit mereka mengelupas. Bersalin kulit. Kulit yang baru nampak halus pada mereka.
Tidak boleh lawan orang Asia. Bangsa apapun kulitnya halus mulus. Iklim membentuk kulit kita begitu. Warisan kulit kita begitu. Keturunan Yapith anak Nabi Nuh selepas banjir besar. Kulit orang Barat nampak kasar kerana iklim dan cuaca. Kerana suhu. Kerana sejuk dan panasnya berbeza. Walaupun winter sangatlah sejuknya, mereka yang berada dalam lingkungan itu merasakan biasa sahaja. Kadang-kadang mereka santai memakai baju biasa sahaja. Tanpa baju tebal yang berlapis-lapis. Satu hal yang sangat berbeza ialah kulit mereka banyak jeragat atau tompok hitam. Bila mereka buka baju baru nampak sangat. Saya lihat yang lelaki bukan wanitanya. Oleh kerana yang wanitanya suka memakai pakaian tidak cukup kain maka terlihat juga pada lengan, kaki atau mungkin telinga dan tengkuk mereka.
Mungkin ramai tidak percaya. Orang Barat jarang mandi. Mereka tidak ada konsep mandi wajib. Mandi sunat. Mandi rutin seperti kita. Pagi mandi. Tengahari mandi. Petang mandi. Panas mandi. Berpeluh mandi. Orang Barat tidak begitu. Sewaktu musim summer mungkin mereka banyak mandi. Musim lain jarang-jarang. Sewaktu winter mungkin selama berbulan-bulan mereka tidak mandi. Boleh bayang daki yang melekat di kulit dan tubuh badan mereka. Bertempek-tempek. Oleh kerana udara di sana kering mereka tidak merasa rimas dengan diri mereka. Kita yang melihatnya geli geleman. Di Malaysia orang hilang akal sahaja yang tidak mandi. Tidak membersihkan tubuh badan. Sebab itu sabun wangi di Malaysia berbagai jenama. Berbagai jenis. Tidak cukup yang berbuku banyak pula yang berbentuk gel. Bermacam-macam wangian.
Mana ada budi bahasa di kalangan orang Barat. Mereka selalu direct to the point. Yang penting mereka dapat apa yang mereka mahu. Ketika mereka bercakap itulah pada pandangan kita mereka agak kasar. Kasar suara. Kasar intonasi suara. Kasar sewaktu mengungkapkan kata-kata. Mungkin suara mereka menjadi lunak ketika bercinta dan berasmara dana. Saya tidak pasti. Tanyalah kepada mereka yang berpengalaman. Budaya menjadikan mereka begitu. Mereka tidak ada masa untuk berlenggang lenggok dalam berbahasa. Begitu iklim membentuk budaya mereka. Kemajuan mereka sangat pantas kerana budaya segera yang ada pada mereka. Wanita Barat bila berjalan seolah-olah menghentakkan kaki mereka. Dari jauh sudah didengar hentakan kaki itu. Pada bangunan yang bertingkat-tingkat hentakkan kaki mereka boleh didengar dari tingkat yang lain. Jalan mereka panats. Yakin. Robust. Nampak kasar pada kita. Gaya mereka. Hentakan itu didengar sangat kuat kerana tubuh badan mereka yang besar dan tinggi. Tentulah berat badan mereka jauh melebihi saiz kita yang rata-rata lebih kecil.
Lihatlah muzik mereka. Dengar kasarnya. Muzik klasik mereka kadang-kadang berbunyi kasar. Mengejut-ngejut. Naik turunnya yang pantas. Dengarkan lagu klasik  Beethoven yang bertajuk Concerto In Five. Permulaannya kasar. Pergerakannya laju. Di tengah nampak gemalainya. Di hujung kasar balik. Lagu Melayu alahai. Gemalainya yang melebih-lebih. Begitulah gambaran budaya dan kehidupan kita. Lambat dan lemah. Santai dan tiada menyegerakan. Akhirnya bangsa kita turut mewarisi kelemahan itu. Kelembutan yang diterjemahkan menjadi lambat. Tertinggal di belakang. Mengekori ketua yang juga lambat. Banyak berkeliling dengan kata-kata dan gerak-gerak yang melambatkan. Kecergasannya tiada. Kesegeraannya hilang dalam lenggok gemalai yang memikat hati dan peraasaan tetapi tidak membangkitkan semangat besar menggapai yang tinggi. Yang besar. Yang gah di mata dunia.
Edward Chop memberikan idea untuk saya meninjau kembali pandangan saya terhadap orang Barat. Setelah kemabli ke Malaysia ada juga saya hubunginya melalui poskad. Dia juga menghubungi saya. Apabila masa berlalu saya terputus hubungan. Biasalah begitu. Kita ingat tetapi gagal berhubungan. Kali terakhir saya menghubunginya selepas Soviet Russia berpecah menjadi berbagai negara. Gobarchov gagal mengikat sebuah negara yang besar. Selepas Perang Dunia II banyak negara yang menganggotai Soviet Russia. Pada awal tahun 1990an negara besar itu berpecah. Sekarang kita dengar negara-negara seperti Ukraine, Georgia, Kargystan dan banyak lagi. Kerja Allah. Bersatu dan berpisah adalah mainan masa yang ditentukan Allah. Ingatan saya kepada Edward Chop sebagai counterpart  saya di Canada masih. Sesudah 22 tahun rasanya dia sudah tiada. Gambar dan ingatan sahaja yang tinggal.
 
 
Sudah lama saya tidak berhubungan dengan Datuk Zakaria. Sudah bersara. Masih menetap di Ipoh. Gambar-gambar bersamanya saya ulang melihatnya. Megimbas kembali masa yang berlalu. Laluan hidup yang selalu kita tinggalkan. Jika tidak menoleh ke belakang takut-takut lupa dari mana kita datang. Di mana kita telah berada. Sekurang-kurangnya kita tahu siapa kita sekarang. Di mana kita berjejak. Ke mana pula arah yang belum dituju.