Thursday, December 6, 2012

Parlimen Canada di Ottawa


 
Utuwa. Bunyai seperti perkataan Red Indian 


Parliament sits in the Centre Block in Ottawa
 
Di setiap negara bangunan parlimen adalah antara yang unik. Tersergam dan bermenara. Tau mungkin berbentuk menara sepert iPerlimen Malaysia.


Parlimen di mana-man negarapun adalah kemuncak pelaksanaan politik. Ahlinya menggubal undang-undang. Untuk negara. Untuk rakyat. Untuk melindungi maslahah umum. Cuba lihat parlimen kita di Kuala Lumpur. Berapa ramai orang Malaysia yang mengunjunginya. Berapa ramai guru yang menghuraikan paernannya kepada pelajar. Berapa ramai anak-anak sejak dari kecil sudah maklum bahawa di negaranya ada bangunan ulung yang di dalamnya dihuni oleh orang-orang yang berwibawa. Berintegriti. Yang kapasiti inteleknya sangat tinggi. Mereka bersidang dan berhujjah untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat. Berbulan dan berminggu persidangan demi persidangan disegerakkan dengan aliran politik dan kehendak rakyat banyak.

Suatu ketika dahulu matapelajaran sivik di sekolah menengah. Banyak aspek kehidupan, budaya, agama dan good governance disampaikan kepada khalayak pelajar. Banyak maklumat yang memandu mereka meneroka hidup sebenar di luar rumah dan sekolah. Malangnya rakyat Malaysia (maaf - tidak terkecuali guru) menganggap bahawa hanya matapelajaran yang disenaraikan dalam peperiksaan sahaja yang dianggap penting. Sivik terkeluar dari senarai itu. Maka guru yang mengajarnya adalah guru yan tidak serius. Guru masuk kelas atau tidak menjejaskan kepentingan peperiksaan. Kebetulan antara ramai guru di sekolah yang kerap tiada di premis ialah Pengetua. Mesyuarat di berbagai premis keranakedudukannya yang tinggi di daerah. Pengetua yang dijadualkan mengajar matapelajaran sivik. Pelajar tidak banyak belajar. Mereka keluar sekolah seperti kalkatu yang hanya mengejar cahaya pada waktu malam. Rama antara mereka yang tidak tahu apa-apa tentang negaranya. Yang mereka tahu ialah mencari makan. Noktah.

Alangkah eloknya jika parlimen menjadi destinasi pendidikan luar bilik darjah. Anak-anak mendapat makluman awal bagaimana negara ditadbir. Melihat orang-orang yang terlibat iaitu Ahli Parlimen. Yang Berhormat. Perbahasan yang dibuat member pengajaran bahawa sesuatu itu harus dipecahkan ruyungnya dahulu sebelum mendapat sagunya. Undang-undang bermula dari parlimen. Alangkah baiknya anak-anak kecil dimengertikan bahawa disiplin adalah sebahagian daripada undang-undang yang digubal di parlimen. Bagi pelajar IPT Akta 174 adalah digubal khusus untuk pelajar-pelajar IPT. Apa yang dilaksanakan sama di IPT atau di sekolah berpunca dari parlimen atau sekurang-kurangn akabinet. Maaflah. Sekolah di Malaysia seperti kilang yang menghidangkan robot tanpa perasaan. Sekolah menjadi kilang. Pelajar keluar dari kilang dianggap sebagai barang siap. Realitinya lulusan sekolah hanyalah anak-anak yang perlukan banyak arah dan panduan.

Saya telah menjejakkan kaki saya di parlimen Canada di Ottawa. Lebih sehari perjalana denga kenderaan darat. Bermalam di tengah jalan. Di Malaysia itulah yang kita sebut . Ottawa kita sebut O-TA-WA. Orang Canada tidak faham. Kepada mereka disebut U-TU-WA. Jauh bezanya. Ejaan betul, sebutannya berbeza. Saya tidak pasti sama ada bahasa Perancis atau Red Indian. Pada hari saya d situ berpusu-pusu pelancong memasuki parlimen. Orang Canada sendiri dan orang Amerika. Ada juga pelancong asing. Mereka ingin tahu bagaimana mereka diperintah. Siapa yang memerintah mereka. Bagaimana negara mereka ditadbir. Parlimen menjadi destinasi pelancongan yang menarik. Tidak ada parlimen yang sama di mana sekalipun. Setiap satunya unik bagi negara itu sahaja.

Satu lagi amalan tradisi di Parlimen Canada ialah Perdana Menterinya membuat persidangan akhbar selepas setiap hari parlimen bersidang. Perdana Menteri memaklumkan kepada rakyat apa yang dibincangkan oleh ahli-ahli parlimen. Tempatnya khusus. Dia tidak duduk di kerusi empuk. Dia berdiri di tangga khas untuk memberi sidang akhbarnya. Jadi seperti mimbar pula. Anggota press bolehlah bertanya apa sahaja mengenai topik-topik yang menjadi agenda parlimen hari itu. Maksudnya oleh kerana siding aakhbar dibuat setiap hari maka isu-isu yang dibangkitkan oleh wartawan adalah yang relevan sahaja. Tidak perlu keluar dari konteks. Itulah tangungjawab Perdana Menteri Canada kepada khalayak rakyatnya. Tidak ada yang tersembunyi. Telus dan perlukan kebijaksanaan dan hemah untuk menyampaikan sesuatu keputusan kerajaan atau apa-apa yang dibincangkan di parlimen pada hari berkenaan. Siding akhbar itu live dan bukan rakaman. Rakyat mahu tahu dari mulut Perdana Menteri sendiri dan bukan yang sudah diedit.

 
Tangga utama Parlimen Canada. Perhatikan tangan kami semuanya dalam poket. Bukan gaya atau fesyen. Sejuk. Suhu agak rendah. Sarung tangan tidak dibawa. Tidak dijangka begitu. Yang bleh kami lakukan hanyalah memasukkan tangan ke pokit. Bolehlah tahan sedikit.
 
 
Tangga ini sangat signifikan. Di tangga inilah Perdana Menteri Canada membuat persidangan akhbar selepas setiap sesi parlimen. Bukan duduk. Tiada kerusi empok. Bukan membaca teks. Dia berdiri. Wartawan di kaki tangga. Semuanya terbuka. Soalan terbuka. Jawapannya juga off hand.
 
 
Tiang get yang bertulis Parlimen Canada. Kaki saya berjejak di sini. Sebuah tempat di sebalik dunia. Malam dan siangnya 12 jam berbanding Malaysia.
 
 
Anak-anak yang mengetahui banyak perkara lebih matang akalnya. Fikirannya berada pada tahap lebih tinggi. Skop pandangannya menjangkau ufuk. Hadnya langit di atas. Hilang kejumudan yang ada pada dirinya. Ia menjadi lebih mudahlentur. Flexible. Paradigma beralih dengan mudah. Banyak pula paradox yang diharmonikan untuk membahagiakan hidup. Mereka bukan jenis bertaqlid. Apa yang mereka buat adalah tindakan yang bermaklumat. Ada kewarasan dalam menilai sesuatu. Mereka lebih celik maklumat. Celik akal. Celik fikiran. Celik tindakan. Ibu bapa dan guru, bola di kaki tuan dan puan. Mainkan peranan itu agar anak-anak menjadi dewasa dengan akal budi yang melangit tingginya.

 

 
 
Quuen Elizabeth II masih lagi lambang  kuasa Britain di canada. Terdapat pula Governor General yang mewakili kerajaan British.
 
 
Dilihat dari sudut lain, bumbung bangunan ini berwarna kebiru-kehijauan.
 
 
Satu lagi legasi British ialah uniform rasmi polis mereka. Baju merah. Topi tinggi berwarna hitam. Saya temui uniform yang sama di London. Di Buckingham Palace. Mereka sedang sibuk mengarak panji-panji.


No comments:

Post a Comment