Gee!
What a coincidence. In my language there’s a word “ayu” which means pretty.
Mayu is pretty. Ayu is also pretty. Close
similarity. Very close. Dua perkataan yang hampir sama. Dua bangsa
menuturkannya. Dua dunia yang berbeza. Tiada kena mengena antara satu sama
lain. Perancis tidak pernah sampai di Malaysia. Tidak pernah menjajah kita.
Orang British bencikan orang Perancis. Tidak mungkin mereka membawa perkataan
mayu ke Malaysia. Maknanya kedua-dua
bangsa membina dan menggunakan dua perkataan yang hampir sama dalam keadaan
masing-masing tidak mengetahui kewujudan perkataan itu di negara lain. Bangsa
lain yang menuturkannya. Maknanya pula sama. Mayu is ayu is pretty.
Seorang pensyarah dari UPM, PM Dr. Mat Ropa bin
Ismail telah berkunjung ke Romania. Sebelum memasuki sebuah bilik tertera
perkataan “Buka’. Dia bertanya kepada pengiringnya tentang maksud perkataan
itu. Buka is open. Beribu-ribu
kilometer ia terbang ke sebuah negara asing di Barat. Dia menemui bahasanya
sendiri. Suatu kebetulan lagi. Dia memijak dan memandang lantai. Ditanyanya
nama bahan yang digunakan. Sekali lagi dia jadi kerkesima. Marmar, jawab pengiringnya. Sama dengan kita menamakannya
marmar. Munglin banyak lagi perkataan yang sama maknanya jika dikaji dengan
mendalam.
Allah jadikan manusia berbangsa-bangsa supaya mereka
berkenal-kenalan antara satu sama lain. Maksud ayat al-Quran. Berkongsi
kemanusiaan. Menurut riwayat, anak Nabi Adam a.s. seramai 40 orang. Setiap
seorang diajar dengan satu bahasa. Dari 40 bahasa itulah berkembangnya bangsa
dan bahasa ke seluruh dunia. Selepas banjir besar tiga orang anak Nabi Nuh yang
membiakkan keturunan Bani Adam. Mereka adalah Sam yang menguasai Barat dan Amerika. Ham membiak di Afrika. Yapeth
menjadi asal keturunan kita yang membiak ke Timur. Kulit mereka antara
putih kuning hinggalah sawo matang. Hitam manis. Hitam-hitam si tampuk manggis.
Makin ku pandang semakin manis.
Ke manapun di dalam dunia ini ada bahasa yang sama. Kadang-kadang
sama ejaan dan bunyinya. Sama maknanya. Ada masanya makna berbeza. Dalam bahasa
Jawa ewes bermakna sudah. Yang telah
berlalu. Dalam bahasa Inggeris was
yang bermakna telah. Kadang-kadang orang Jawa meringkaskannya menjadi wes sahaja. Mirip benar dengan was. Ada yang lebih mengejutkan orang
Jawa mengatakan mubeng. Orang putih
mengatakan moving. Infleksi dan
intonasi suara dan bunyinya sedikit berbeza. Maknanya sama. Exactly the same. Bukankah jauh jarak
dan budaya antara orang putih dengan oranag Jawa. Satu di utara dan yang satu lagi
di selatan. Dunia yang terpisah secara geografi.
Baiklah. Kita tinjau lagi bahasa lain. Orang Arab
memanggil kucing sebagai kitton. Dengan huruf
ﻃ. Orang Inggeris menggunakan kitten
untuk anak kucing. Al-fil kata orang Arab. Kata orang Putih elephant. Begitulah antara bahasa
Perancis dan bahasa Inggeris. Terlalu banyak kerana inter-budaya berlaku dalam
perhubungan manusia. Dalam konteks Malaysia orang Hokien paling banyak
mengiasimilasi bahasa Melayu. Perkataan sayang menajdi biasa. Gua sayang lu. Itu
belum orang Banjar dan orang Jawa. Terlalu banyak persamaannya. Sebutan sedikit
berbeza.
Bahasa Jawa
|
Bahasa Banjar
|
Makna
|
Abang
|
Habang
|
Merah
|
Ireng
|
Hirang
|
Hitam
|
Banyu
|
Banyuk
|
Air
|
Sampian
(bahasa halus)
|
Ampian
(bahasa
halus)
|
Tuanhamba
|
Sekadar memberi contoh. Ini bermakna banyak bangsa
yang bahasanya banyak sama. Cuba tonton drama Filipina. Mereka banyak
menggunakan huruf Kho (ﺥ). Kebetulan barangkali kerana kita bangsa serumpun.
Manusia berkembang ke merata pelosok dunia. Lalu mereka
membentuk budaya dan adat resam yang berbeza sesuai dengan pemikiran mereka. Sesuai
dengan iklim negara mereka. Sesuai dengan kepercayaan mereka. Persekitaran membangunkan
bangsa mereka mengikut acuan mereka. Cara hidup berbeza. Cara pengendalian diri
berbeza. Masyarakat diurus dengan cara yang berbeza. Masing-masing membina
persepsi yang berbeza. Bermanfaat dalam konteks mereka masing-masing. Harus juga
dinilai dalam konteks mereka. Penilaian di luar kotak tentulah membingungkan. Kita
tidak mungkin menemui puncanya. Atau dasarnya.
Mengetahui semua ini menjadikan kita lebih arif
tentang mansia dan kemanusiaannya. Kelainan bukan bermakna pemisahan yang
hakiki. Tiada yang mutlak. Kita diminta memahami dalam konteks yang berlainan. Memahami
bahawa perbezaan menjadi suatu fitrah. Suatu rahmat. Kenal mengenali antara
satu sama lain. Mencari titik persamaan dan pertemuan. Bahawa di sana ada manfaat
dalam banyak perbezaan. Komunikasi dan perhubungan membuka mata dan minda untuk
melihat jauh ke dalam bahawa kita tetap dari keturunan yang sama. Bapa kitaAdam
dan ibu kita Hawa. Lintasan masa yang panjang menjarakkan persamaan yang pada
awalnya adalah sama.
Sewaktu saya menunaikan fardhu haji pada tahun 1999
dahulu saya selalu terpegun melihat manusia yang berbagai. Berbagai saiz. Berbagai
bentuk tubuh badan. Berbeza warna kulit. Berbeza cara berpakaian. Berbeza apa
yang dimakan. Terlalu banyak perbezaan dari segi cara berjalan, bahasa
pertuturan dan serba serbi yang lain. Saya katakan kepada anak saudara saya,
mereka ini semua adalah saudara seagama kita. Di akhirat nanti kita dihimpunkan
di tempat yang sama di jannah Allah. InsyaAllah. Ketika itu tiada lagi apa-apa
bentuk perbezaan sekalipun yang paling kecil. Hati menjadi senang kerana ada
titik pertemuan dalam agama. Akidah yang sama. Mengimani semua perkara yang
sama. Menjalankan ibadah yang sama rukunnya. Allahuakbar.
No comments:
Post a Comment