Thursday, April 21, 2011

Cabaran Guru Muda


Setelah reda dari kesibukan berakademik mulalah bertugas menjadi guru. Hajat dihati hendak menjadi guru yang berwibawa. Kadang-kadang percaturan tidak menjadi. Set pelajar yang ada tidak kesemuanya memenuhi keinginan untuk memberi bakti. Mereka bukan jenis yang diimajinasikan. Khayalan dulu menjadi ilusi semata-mata. Sekarang baru diketahui bahawa apa sahaja tindakan ada tindak balasnya. Positif yang diharapkan negatif yang dibalas.

Dulu-dulu saya tulis mengenai ucapan saya mengiringi guru-guru baru untuk bertugas membina bangsa. Memberikan pengorbanan yang tidak terkira. Meninggalkan kampung halaman dan semua yang disayangi. Yang tercinta. Perginya dengan satu tekad untuk berbakti. Melestarikan bangsa mulia yang ternama. Setelah bertugas kira-kira enam bulan barulah tersentak dengan kesedaran hakiki. Menjadi guru bukan semudah yang disangka. Orang yang bukan guru sinis semacam seolah-olah menjadi guru adalah suatu profesion yang remeh. Tidak perlu dipandang sebelah mata. Senangnya mulut berkata sekadar hanya mengatupkan bibir atas dan bibir bawah. Kulum lama dan ludah merata-rata.

Anak-anak muda yang dilepaskan untuk menyambung warisan dan legasi bangsanya, agamanya, keturunannya terasa ditampar-tampar. Terasa disepak terajang. Terasa dilempang-lempang. Begitulah kuatnya badai terkaman dan tikaman profesion yang namanya guru. Sesungguhnya manusia kecil yang bernama murid bukan calang-calang manusia. Dalam darah mereka mengalir sesuatu yang merah tetapi tidak dapat difahami kenapa merahnya menyala-nyala. Terlalu banyak sifat amarahnya. Aliran darahnya mengandungi bauan busuk yang me nikam-nikam hidung yang menghidu. Melambak-lambak mazmumahnya. Sangat sukar mencari mardhiah atau kebaikan yang lain yang boleh menyejukkan mata dan hati. Yang boleh mendamaikan perasaan. Yang boleh melegakan. Yang boleh memberikan kebahagiaan.

Dalam diri mereka ada ketulan-ketulan daging yang entah baik entah busuk. Entah halal entah haram. Entah sihat entah sakit. Lalu badan-badan yang nampak sasa itu sebenarnya perlukan rawatan untuk menjadi manusia yang bernama insan. Yang akhlaknya mulia. Yang mematuhi rukun iman. Yang melaksanakan rukun Islam. Yang menggalakkan amr maaruf dan nahi mungkar. Yang hati budinya mengandungi sifat-sifat kemanusiaan. Keperihatinannya kepada orang lain. Tidak melebihkan dirinya sahaja. Yang tidak pentingkan dirinya sahaja. Tidak menafikan hak orang lain. Tidak mengnyahkan orang lain kerana bukan kelompoknya.

Hati mereka selalu dibakar untuk melakukan yang anti-establishment. Semua orang tua perlu dimusuhi. Ibu bapa menjadi dinding yang menghalang kebebasan. Guru-guru menjadi proxy ibu bapa yang perlu disingkirkan. Mereka menuntut kebebasan walaupun tidak mengerti erti bebas. Mereka ingin merdeka walaupun kemerdekaan tidak membebaskan mereka. Mereka menuntut keadilan walaupun mereka tidak tahu bahawa keadilan yang mereka terima sekarang ini melebihi dari sukatan dan had yang seperlunya. Mereka menuntut keperluan mereka dituruti walaupun sudah terlalu banyak diberi. Terlebih-lebih disajikan melebihi keperluan. Menjadilah mereka orang-orang yang tidak bersyukur.

Siapa sebenarnya anak-anak kita yang bersekolah itu? Apa yang berlaku di sekolah? Ke mana mereka akan pergi? Apa jadinya nanti? Kita ingin bertanya di mana guru sebenarnya? Bagaimana dilema ini harus dapat mengangkat martabat guru? Akan kembalikah zaman gemilang keguruan seperti Za’ba, Aminudian Baki, Awang Had Salleh dan mereka yang menempa kejayaan sebelumnya? Jalan di hadapan banyak benar likunya.  Banyak simpangnya. Tinggi rendah hingga sukar hendak menari. Untuk mencari rentak. Iramanya selalu tidak menjadi. Ada rima tetapi tiada melodi. Kaku. Kejang. Menghampakan. Itulah dunia realiti menjadi guru.  Usah digusarkan sangat tercalar kereta. Usah bimbang terkemik kereta. Sekarang masa untuk mengundur ke belakang. Surut dari kebiasaan. Kendur dari kegahairahan selalu. Atur balik langkah untuk lebih bersedia. Ada cara lain yang lebih selamat. Cuma fikirkan win-win situation. Guru senang, pelajar belajar.

Di mana ibu bapa? Adakah tanggungjawab mereka hanya memberi makan dan pakai? Tidak ada tanggungjawabkah ibu bapa untuk mendidik? Untuk memanusiakan anak-anak? Untuk menyemai nilai-nilai insani? Banyakkah urusan yang menghalang ibu bapa membesarkan anak-anak dari dekat. Dengan hati. Di bibir mata. Antara dua bibir. Sesentuh kulit di badan. Sehalus budi. Semengerti rasa. Seharusnya tanggungjawab ibu bapa adalah untuk memandaikan. Memanusiakan. Memberi pengisian cita-cita, hasrat dan azam. Kesedaran untuk menjadi ahli masyarakat. Ahli warganegara. Saudara seagama. Penuh dengan sifat-sifat kemanusiaan.

Pada hari ini saya percaya guru-guru baru terasa bahangnya. Terasa panasnya. Terasa ranjaunya. Itulah realitinya cikgu. Alammu penuh dengan onak dan duri. Segaramu penuh dengan ombak besar dan bukan lagi oleng di tepi pantai. Perahumu kecil untuk membelah lautan jika kail hanya panjang sejengkal. IPT hanya memberimu pasport. Lesen untk menjadi professional. Realitinya jauh panggang dari  api. Apa yang dipelajari tidak sama dengan realiti yang sebenarnya. Hakikinya terlebih dari ramuan yang selalu disediakan. Ada rempah ratus lain yang perlu ditambah. Yang perlukan adunan yang namanya pengamalan. Kesedaran bahawa ijazah bukan segala-galanya. Konvo dan jubah bukan pengukur kenikmatan berkerjaya. Hati dan budi perlu dicari di sudut qalbu. Di mana serpihan-serpihan yanag harus dicantum dan dimetrai.

Please do not despair. Masa masih sangat panjang untuk membina kehebatan. Membina kekuatan. Membina kesantunan menjadi guru. Jarak waktu nantinya akan memberikan asuhan dan bimbingan. Menaikkan semangat. Membrikan kepuasan yang selalu elusif. Calar hati yang sedikit hanya cubaan. Calar persaan yang sedikit hanya cabaran. Luka dan cedera pada harta benda hanya suatu anjalan dan anjakan untuk ke hadapan dengan tekad yang lebih kukuh. Mengatur  langkah-langkah waspada.  Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih.

Menjadi guru sangat banyak cabarannya. Seperti saya pesan sebelum ini, kau sukar mencari bantuan. Saya tidak pasti sama ada rakan-rakanmu di sekolah boleh membantu meringankan bebanmu. Sama ada guru disiplin boleh membantu menyelesaikan masalahmu. Sama ada Pengetua dan GPK dapat membantu menguraikan kekusutan masalahmu. Dalam banyak hal kau adalah sendirian. Kesunyian menghadapai tekanan perasaan ini. Yang menindih dan menghambat geram. Yang mengasak sakit menghimpit amarah yang payah hendak padam. Terhampar dengan kekecewaan yang amat mencengkam dalam mencalar. Gusar dan gundah gelana.

Itulah hakikat bahawa menjadi guru bukan seenteng yang dilihat. Semudah yang nampak di mata. Sesenang pandangan mata selintas lalu. Banyak kepayahannya yang mesti ditangani. Teori apapun perlu disesuaikan. Psikologi hanya jika sesuai. Variabelnya terlalu banyak untuk digabunglan. Untuk diharmonikan. Akhirnya kau kenalah kembali kepada dasarnya. Asasnya sahaja.
1                    Didiklah dengan seikhlasnya.
2                    Nasihat kepada yang memerlukan. Atau yang bersedia mendengarnya.
3                    Elakkan marah kerana itu bukan mode guru masa kini. Perbuatan itu hanya membina dendam di hati pelajar.
4                    Ambil tindakan yang perlu sahaja. Jangan suka mengadu kepada guru kelas atau guru disiplin atau GPK atau Pengetua.
5                    Jangan membebel. Bebelan ibu di rumah sudah cukup melemaskan.
6                    Jangan emosi kerana emosi menjangkit kepada amarah.
7                    Belajar membina kemahiran memenangi hati pelajar. Beri maklumat seerapa banyak. Tetapi jangan diberi peluang untuk memijak kepala.
8                    Jangan garang tetapi tegas.
9                    Pamerkan kekuatan semangat. Jangan mudah patah.
10                Pelajar yang nakal layan seperlunya sahaja. Jika perlu diabaikan, silakan. Takut jika diambil tindakan ibu bapanya mengamuk. Latah. Melenting tidak tentu pasal. Tetapi ajar tetap ajar.
11                Jika terssa hendak marah, gagahkan untuk senyum. Mudah-mudahan terbina kekuatan dalaman.
12                Bincang dan mintalah nasihat daripada guru-guru yang berpengalaman.
13                Banyakkan solat malam. Mohn dipermudahkan menjadai guru. Mohon supaya pelajar-pelajar mematuhi, akur dan tunduk kepada asuhan.
14                Banyak mengadu kepada Allah. Luahkan segalanya kepadaNya. Mohon bantuanNya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. InsyaAllah.

Sunday, April 17, 2011

Kecintaan Kepada Negara

Har ini Ahad 17 April saya menonton kemenangan Lewis Hamilton di litar F1 Shanghai, Cina. Sewaktu di podium Hamilton tentu terharu apabila lagu God Save The Queen diperdengarkan. Seluruh kawasan litar mendengarnya. Nanti dulu. Bukan. Seluruh dunia mendengarnya. Tentu rakyat Britain bangga mendengar lagu itu. Tentu mereka bangga kerana anak watan mereka mencetuskan fenomena di gelanggang F1.  Lagu kebangsaan mereka diperdengarkan. Penghormatan kepada negara mereka. Siapa yang tidak merasa tusukan nikmat bernegara. Nikmat mencetus rasa ria. Rasa gembira. Mendepangi dunia. Kejayaan menakluk hati dan sanubari warga dunia.

 Ada dua perkara yang selalu dilupai. Pertama bendera negara. Kedua lagu kebangsaan. Lagu negara. Bagi kita tentu Jalur Gemilang bukan calang-calang. Kibarannya mencacak di Kutup Utara. Jatuh ke bawah mencacak pula di Kutub Selatan. Menjulang ia tinggi lalu terbang mengawan dan menancap di Puncak Everest. Tolehlah ke manapun kibarannya menyejuk mata. Ia ada di Timur. Ia ada di Barat. Ia abadi dalam hati. Di mata dan di sanubari. Sebati selalu menggamit rasa cinta yang menyebak dada. Setiap kali nadanya didengar lagu Negaraku meremangkan bulu roma. Bait-baitnya yang mengusik rasa segar kerana banyaknya nostalgia. Sejarah bangsa yang panjang berantai dan berangkai.

31 Ogos 1957. Detik 12.00 tengahmalam yang gemilang. Yang terang benderang di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur. Di dataran Merdeka sekarang. Pasangan mata yang ribuan banyaknya. Sesak menyesak ribuan tubuh manusia yang sudah lama tekad untuk berkongsi saat itu. Naiklah Jalur Gemilang. Naiknya semakin tinggi. Remangan bulu roma yang seperti tidak lagi berdiri. Tegak mencacak semangat tinggi. Mengalir bersamanya semangat merdeka. Semangat bebas bak merpati putih yang terbang melayang meninjau jauh mengangkasa biru membelah buana nusa tercinta yang ketika itu namanya Persekutuan tanah Melayu. Kerana kecintaan kepada kebebasan kita panjangkan kepada saudara mara kita si Sarawak dan Sabah. Begitu juga kita undang Singapura dan Brunei. Hakikat yang kita ada ialah bahawa 13 negeri yang bersatu bernaungkan DYMM Sri Paduka BagindaYang DiPertuan Agung. Di bawah Jalur Gemilang juga pada 16 September 1963  kita realisasikan Malaysia. Itulah negara tercinta. Watan yang memberi rasa bangga. Yang kemerdekaannya selalu kita jaga. Kita pertahankan.

Cukupkah hanya dengan kata-kata? Cukupkah hanya dengan mengibarnya? Cukupkan hanya dengan melambaikannya? Cukupkah hanya dengan melarikannya pada kenderaan? Cukupkah hanya dengan mencacak di hadapan rumah? Cukupkah hanya dinaikkan setiap minggu di sekolah? Cukupkah? Cukupkah? Kadang-kadang saya terasa merintih kerana bendera negara itu tidak diberi erti yang besar. Makna yang segar. Dipandang dengan debar. Dilipat dengan sabar. Dibawa dengan gegaran hati dan goncangan rasa besar. Benarkah kita telah memberi erti yang sebenar? Betulkan kita telah memberi nafas segar untuk membesarkannya? Apa tandanya? Apa tandanya?  Cakap, takut tidak serupa untuk dikota. Di dengar, takut tidak menyusup hingga ke lubuk hati. Dilihat, takut tidak nampak besarnya yang tersirat erti dan makna yang dilambangkan pada warnanya. Pada bintangnya. Pada bulan sabitnya. Pada jalur dan kotaknya. Pada kibarannya yang menggoncang arah angin. Bangganya di tempat tinggi yang selalu didongak.

Sinonim benar bendera itu dengan lagu Negaraku. Lagu seriosa yang selalu gemersik meninggi mengumandang suara. Irama yang menggetar perasaan. Yang nadanya menggoncang semangat. Dulunya bak waja kerana perjuangan yang tidak pernah henti. Di belakang semua itu ada nama-nama yang pahit diingat sejarah. Yang kadang-kadang dilupa kerana terlalu lama meninggalkan sejarah. Kembalilah kepada perjuangan hidup mati Datuk Maharaja Lela. Yang jasadnya digantung kepala di bawah. Berhari-hari di Taiping. Ditonton. Dilihat. Dipandang. Hukuman penjajah yang memukul geram. Yang menyindir tajam. Yang menempelak. Yang mengunjam. Hilang upaya bangsa kita ketika itu. Kuatnya orang putih yang entah berapa kerat memperkuda kuasa. Ratusan tahun baru dapat dinyah. Malam 31 Ogos 1957 itulah Union Jack yang mereka kibarkan selalu di turunkan. Dilihat laju menderas menyembah bumi. Turunlah engkau dan kembalilah ke lubukmu yang jauh di utara. Tinggalkan kami membina puing-puing sejarah yang telah engkau injak-injak hingga tiada lagi harganya.

Dalam kumandang Negaraku itu tentu ada nafas Datuk Bahaman. Ada kelibat Mat Kilau. Ada saf Abdul Rahman Limbung. Ada wajah Mat Salleh. Ada sorak di Naning. Ada tangisan di Melaka. Ada teriakan di Sungai Johor dan Riau. Sungai Perak tidak selamanya putih kerana di dalam alirannya ada darah J.W.W. Birch yang tumpah di Pasir Salak. Yang bercampur menjadi penjana semangat. Walaupun si Putung kecundang kerana khianat bangsanya sendiri. Namun gahnya kekal hingga kini. Semangat itu yang sentiasa berkibar pada Jalur Gemilang. Yang selalu senada dengan Negaraku. Kibarannya semakin deras. Iramanya semakin jelas. Kita yang ditinggal dan diwariskan dengan sejarah itu mampukah mewarnainya lagi? Mampukah kita memberikan warna sejarah masa hadapan kita? Apa nanti yang dapat kita tinggalkan untuk anak cucu kita? Benarkah kita tidak bimbang bahawa Jalur Gemilang itu hanya berkibar tanpa semangat? Adakah nanti Negaraku berkumandang tanpa dimergerti bait-baitnya yang cukup sukar dibakar didada pejuang?

Lewis Hamilton mencetuskan kibaran Union Jack di litar-litar antara benua-benua. Selalu didengar dan ditonton oleh jutaan manusia. Lagu God Save The Queen berkumandang. Mahu tidak mahu telinga kita mendengarnya. Terkesan juga memberi hormat kepada anak watan negara orang. Apalah daya kerana kita masih terlalu jauh mencipta nama. Anak-anak watan kita disibukkan dengan gejala yang mengundurkan sejarah. Yang memuramkan kegemilangan semangat Jalur Gemilang dan Negaraku. Dunia sukan kita belum lagi menjadi industri besar. Yang dieksport ke dunia luar. Yang selalu boleh mengumandangkan Negaraku. Yang selalu dilihat mengibarkan Jalur Gemilang. Dunia sukan kita belum lagi menjadi penjana ekonomi kelas pertama. Yang mampu memberi makan kepada pencintanya. Yang memberi kenyang kepada pengikutnya. Yang menjadi industri besar menjamin keutuhan kewangan negara.  Yang boleh dicemburui. Yang dapat diikuti. Yang dicontohi. Yang akhirnya menjamin kesejahteraan jasmani, emosi, rohani dan intelek warganegaranya.

Kecintaan kepada Jalur Gemilang dan Negaraku mestilah diterjemahkan dalam bentuk kehidupan realiti. Ditafsir menjadi sesuatu yang hakiki. Kita menjadikannya sebagai sumber hidup sehari-hari. Bersamanya kita bernafas. Bersamanya kita hidup. Bersamanya kita mencipta kebanggan hidup bernegara. Telah dimerdekakan tanah air tercinta ini. Telah mengalir darah pejuang-pejuang. Telah bersemadi semangat-semangat besar yang memercu tanda perjuangan. Anak cucu yang ada semestinya terus menggembling tenaga memperkasakannya.

Entahlah jeritan rasa diri masih mencengkam. Yang dilihat ialah kesibukan mencari nama bukan memberi sumbangan. Terlalu individualistik yang kadang-kadang  menenggelamkan perjuangan sebenar yang perlu ditonjolkan. Semangat cintakan negara tenggelam kerana perjuangan diri yang tidak pernah selesai-selesai. Maslahah umum yang selalu terpinggir. Maslalah negara yang selalu terpencil. Kita mengejar yang kecil-kecil. Yang terlalu lama dikutip tetapi banyak yang tercicir. Fikirkanlah masa hadapan anak cucu kita. Nanti bila kita tiada ada tinggalan yang boleh dipesakai. Bahawa watan ini kekal kemerdekaannya. Bahawa Jalur Gemilang bukan lagi berkibar sendirian. Ia berkibar bersama hati-hati yang segar dan bukan walang. Negaraku berkumandang dengan semangat juang yang tak kunjung padam. Usahlah dimalapkan kegemilangannya. Kita yang dewasa berilah suluhan terang. Yang muda jalanlah ke hadapan mengejar terang cahaya itu.

Saturday, April 16, 2011

Hall Of Famer

Sistem pendidikan kita telah melalui beberapa fasa yang banyak. Panjang sejarahnya. Mengikut sejarahnya sudah ada sejak zaman kerajaan Sri Vijaya lagi. Atau mungkin sebelum itu. Mungkin zaman Demang Lebar Daun. Raja Suran. Daun-daun lontar yang akhirnya me njadi lambang Dewan Bahasa dan Pustaka itu menjadi saksi dan bukti bahawa orang Melayu sudah ada tulisannya sendiri ribuan tahun dahulu. Batu bersurat yang dijumpai di Kuala Berang, Terengganu pula membuktikan bahawa Islam dan tulisan Arab (Jawi?) telah sampai  ke Semenanjung pada kurun yang ke-13. Sebelum dikatakan sampai di Melaka. Islam sahaja sudah lebih tujuh ratu stahun. Jika dilihat artifak di Lembah Bujang, maka sejarah orang Melayu jauh lebih lama dari yang disangkakan.

Dalam menelusuri sejarah gemilang masa lampau itu kita kehilangan arah. Kita tidak mengembangkan apa yang ada. Apa yang kita warisi. Apa yang kita sayangi. Apa yang menjadi pesaka kita. Apa yang dalam tangan itu tercicir entah di mana. Larut dan bocor di sepanjang jalan menuju kejayaan. Sebaliknya kita ambil budaya lain. Yang Islam sepatutnya menjadi keutamaan. Itupun kita lepaskan. Kita abaikan. Kita pinggirkan. Kita kesampingkan. Kita nyahkan dari halaman kita. Dari hadapan kita. Dari jangkauan dan garapan kita. Kita mencari yang lain walaupun yang lain itu tidaklah superior berbanding dengan yang Islam. Satu contoh yang unik dalam hal ini ialah penggunaan nombor Arab. Ramai orang menyangka bahawa nombor Arab ialah ۱۲۳ dan sebagainya. Walhal hakikatnya ialah nombor 1, 2, 3 dan seterusnya. Itulah nombor Arab yang sudah disempurnakan. Sarjana Islam yang memberi erti akan nombor 0 (nihil). Begitu juga konsep infiniti.

Ramai orang yang melihat bahawa sistem pendidikan di Amerika Syarikat sebagai yang terunggul. Jika kita buat sedikit kajian, sistem pendidikan kebanyakannya sama. Yang berbeza ialah falsafahnya. Yang lain ialah prasarananya. Yang mencipta kelainan ialah professionalism guru-gurunya. Yang membezakan ialah pelaksanaannya. Russia banyak kali meninggalkan Amerika. Jepun dibimbangi. Cina dicurigai. Eropah selalu menjadi saingan. Kita pula banyak bercerita tentang acuan sendiri. Kita bercakap tentang world class.  Maaflah. Kadang-kadang kita lebih bercakap. Nampaknya yang hendak dilihat  kurang pula. Pada tahun 1957 Russia melancarkan Sputniknya yang pertama. Itulah kapal angkasa yang pertama di dunia. Russia mendahuluai Amerika Syarikat. Bagai nak gila orang Amerika. Siang malam mereka merealisasikan impian mengungguli Russia. Hasilnya pada tahun 1960 Neil Young mendarat di bulan. Menanglah soraknya. Persaingan itu kekal hingga kini.  Setelah tamat perang dingin – The Cold War- perlumbaan antara mereka masih sengit. Semuanya kerana prestij. Imej. Di hujung perlumbaan itu ada konotasi politik. Mahu menguasai dunia. Pada cabang yang lain mereka menghambat kejayaan ekonomi. Menguasai pasaran dunia.

Saya melihat pendidikan di Amerika sama juga dengan di negara kita. Silibusnya sama. Kurikulumnya sama. Apa yang membezakannya sebenarnya? Kenapa lulusannya lebih unggul? Anak-anak mereka difalsafahkan. Mereka adalah yang terbaik. The best there was. The best there is. The best they will be.  Slogan “Malaysia Boleh” masih banyak sebagai slogan. Amerika sudah ratusan tahun merealisasikan impian mereka. Hastrat mereka. Imaginasi mereka. Bukan igauan lagi. Penambahbaikan sentiasa dilakukan. Yang terbaik disediakan. Anak-anak mereka menerima yang terbaik. Kerajaannya menyedikan yang terunggul di dunia. You name it you get it. You ask for it you get it. Maka excellence itu bukan lagi lip service. Ia adalah rempah ratus kehidupan mereka. Asam garam yang mesti ada. Perencah yang memang termaklum wujud.

Waktu di sana, kali pertama saya mendengar istilah hall of fame saya jadi keliru. Apa sebenarnya istilah itu? Sekarang ini sudah menjadi biasa pula saya mendengarnya. Apa sahaja yang mencipta sejarah akhirnya diabadikan sebagai hall of famer. Tercatat dalam senarai hall of fame. Selama setahun anak saya top the class dalam ujian matematik. Namanya tercatat dalam hall of fame di sekolahnya. Frick Middle School Itulah kali pertama saya mendengar istilah yang begitu gamat di sana. Mereka berlumba-lumba meletakkan nama mereka sebagai hall of famer. Satu kejayaan. Kata Maslow, self actualisation. Saya tercari-cari juga  implikasinya yang menjadi motivasi. Alanglkah jika hal yang serupa itu ada di sini. Dalam sistem pendidikan kita. Dalam sistem yang sedang kita kembang luas dan lebarkan. Nampaknya masih belum tercipta secara sedar. Untuk memotivasikan pelajar. Ibu bapa mereka. Untuk masyarakat.

Di Amerika Sarikat kebanyakan guru besar memiliki PhD. Guru-gurunya sangat biasa yang memiliki MEd. Malah di tadika gurunya memiliki MEd. Bukan itu sahaja mereka terus dibangun dan dikembangkan menjadi profesional pendidikan yang berwibawa. Pakar dalam bidang-bidang yang utama. Setiap bulan mereka berkursus. Sekali setiap bulan  sekolah ditamatkan awal supaya pada waktu seterusnya pada hari itu guru-guru menjalani proses professional development. Academic development. Setiap  masa mereka bukan mengikut arus. Tetapi mungkin menyongsong arus. Atau mungkin membina arus. Falsafah pragmatism direalisasikan secara positif untuk mencabar kebiasaan. Dengan premis dan andaian dan hipotesis yang sentiasa dibuktikan benar Mereka mencipta pembaharuan. Kesemuanya disesuaikan. Disegerakkan. Diasimilasikan. Diakamodasikan.  Kerangka pendidikan tetap kekal sama. Pengisiannya yang berbeza. Proses updatenya sentiasa berlaku. Maka ana-anak mereka sentiasa dalam keadaan advanced. Mereka tidak ada yang namanya national examination. Jika adapun bukan untuk  mencipta kejayaan seperti UPSR, PMR, SPM, STPM. Mereka hanya ingin national norm. Di mana letaknya seseorang pelajar itu dalam konteks seluruh pelajar yang sebayanya di seluruh negara mereka.  Mungkin top 5% atau the other extreme. bottom 5%.  Yang lain berada antara kedunya. Atau mungkin sekadar menjadi pelajar-pelajar average sahaja. Penilaian kebangsaan tidak ada. Yang ada penilaian sekolah seperti yang sedang kita usahakan sekarang. Sedar atau tidak kita 30 tahun tertinggal jauh di belakang berbanding Amerika Syarikat. Renungkanlah. Wawasan 2020 tinggal sembilan tahun lagi.

Di mana pelajar kita berbanding rakan sebayanya di seluruh dunia? Kita dalam dunia global. Semakin kecil dan mengecil daerahnya. Di sebalik benuapun seperti di sebelah dinding sahaja. Maklumat di hujung jari. Kamera maya ada di mana-mana. Satelit sentiasa beredar. Google sentiasa melihat. GPS atau GPRS sangat biasa. Maknanya kita sentiasa dimata-matai. Apa yang kita buat mereka lihat. Malangnya apa yang mereka buat tidak kita ketahui. Lalu kita mabuk sendiri. Kita rasa kita mencipta yang terbaik.  Meneroka yang terbaru. Mungkin jika kita buka mata sedikit kita dapat melihat bahawa kita di belakang. Jauh di belakang. Di seberang lebuhraya kejayaan dan kehebatan.  Hanya Nampak berbalam. Entahkan ya entahkan tidak.

Thursday, April 14, 2011

The Other Side of Huminities

Ever ask the question of who you are? Look closely at your mirror the next time around. Is that really you? Do you have the right blend to be human and being humane at the same time? What are the criteria of your humanitarian qualities? Indeed it is not an easy one to answer. You have to ponder for a long time before you could ever answer them. You may doubt your own answer. There are times you may not be able to give the right answer. It needs a little wisdom even to answer a very simple question. In fact the simpler the question the harder the answer would be. Needs to be philosophical maybe.

Culture must be nurtured. It could takes centuries to be embedded in the mind of the people. To be practiced as part of everyday ritual. Something that comes naturally. No qualm whatsoever. It is accepted as virtue. Everyone loves it. The in thing. Those who discard it are considered as anti-social. Deviant.    Culture is heritage. The pride of a race. A country. A religion. The people. The masses.

Culture created norm. Most of it are social etiquette. Human relations. In developing countries, like Malaysia, I noticed that some of those things are disappearing. Considered to be the old thing. Obsolete. Yet in developed countries things that we consider old or out-of-date are the one accepted as culture. They who practiced it are considered cultured.  In an earlier entry, I wrote about a lady who needed three reminders just to pick up a piece of tissue. Those who patronised the norm are far greater than those who could not care less about it. Three to one. Remember when I wrote about an old man at Narita Airport, Japan?  He was sweeping dust. Mind you! He was sweeping dust. You do not see it. You do not feel it. But you know and I know it is there. It exists. Yet the Japanese are so concerned about its existence. Not to be taken for granted. Again what about the shop assistant at Oakland, Pittsburgh, who were ever friendly with every customer in the neighbourhood.

One day a friend of mine was driving. Suddenly his car swerved and  hit an embankment. The two rear tyres were suspended in the air. He saw a white male. He asked for help. Well ! Guess what? The man asked for USD20. My friend was dumbfounded. Only after some time he agreed with the man’s demand. He was about to enter his car when the man asked my friend to pay him first. What really transpired in the mind of the white male? It was about culture. Experience taught them that some coloured people were not to be trusted. There you are. Any coloured people automatically comes into that category. What a pity. A simplistic discrimination. USD20 changed hands. The car got pushed. Well, a win-min situation maybe. A tragic comedy.

It was summer 1985. A group of Malaysian students was on their way to Canada. I and my family were in one of those cars. Six altogether. Northward bound. First stop Niagara Fall and somewhere across the border. I was very excited. Firstly, I never drive out of Pittsburgh for the past six months. Secondly, I was really excited to be driving on the right of the road. All vehicles are left-hand driven. I felt great on the road. It was Friday. Somewhere north of Pennsylvania, nearing Buffalo, my friends exhaust fell off. We were in the middle of a corn plantation. Miles and miles into nowhere. It was an experience. We did not know what to do. The incident happened at around 2.00 pm. No towns in sight. No dwelling in sight. Very few cars passed by. All in a hurry. At around 4.30 pm came by a lady and her station wagon. A down to earth lady. Just like any lady in a far away kampung (village) in rural Malaysia. Plain simple. Eager to know what has happened to us. I could not remember if any of us flagged her down. Maybe she was Allah’s help. She stopped to inquire. A concerned being. Real human being.

She stopped and inquired about our predicament. Hearing our plight, she was full of sympathy. Very eager to help. Of course some of us told her of who we were. Where we stayed. Where we were going. Of course the main topic was my friend’s car. And so on and so forth. She never doubted us. Maybe because there were our wives. Swarmed by our children. Who could doubt such situation. It made her really enthusiastic to help us. My friend who lost his exhaust pipe followed her slowly to a nearby workshop specialising in exhaust only. A black guy. When they reached the workshop, the guy was about to pull down the front cover of his workshop. The lady really pleaded on behalf of my friend. At first the guy was adamant. Come on Monday morning, he said curtly.  The lady was really an angel in disguise. At last the guy relented but with one condition. Pay his overtime. No problem my friend said. Half an hour later it was done. We continued our journey to Canada. To the north. To me it was into unknown territory.

There was so much to learn. Being human takes no colour. No religion. No race. No gender. No age. Nothing. Just give it. A lot will be taking it. That lady was an angel. Helping was in her blood. It was a simple gesture to her. To us it was simply great. An inter-race happening. An inter-continental rapport. A divine help.

Two incidents. But two contrasting phenomenon. A city dweller who was so materialistic. Always wary of other people. An out-of-town dweller who was so simple. Full of zest. Overflowing with inclination to help. The land of contrast. Culture at its best. I sampled both. Nothing wrong. The city dweller simply played his part as city dweller. He needed the cash. He was nothing without cash.  His survival. For the lady, it was not cash that mattered. Values that she must uphold. Human value. simply being human. I suppose she could still remember that day. We could only offered our thanks.


The scenario can be seen everywhere. The social contrast. The disparity. It is not only common in a developed country. It can happen anywhere. But the stark difference is that in developing countries we tend to give different value. We sort of feel embarrassed doing what has been our culture. We try very hard to ape the west. Something that is not our culture. Something that we may not understand the rationale of it. We were being propagated that their cultures are superior. Advanced in nature. The trend setter. Internationally accepted. We may not know that the West respect other culture if we really protect it. Nurture it. Thrive on it. Develop value around it. Better still if there is economic attachment.

Humans are forever humans. We behave as humans. We thrive as humans. We experience shortcomings because we are humans. But culture is something that we should treasure. A guiding factor for our well being. We should be resilient in pursuing a culturally sound society. In a turbulent and volatile environment that we experienced now it is only fair that we preserve all the good things in our culture. Ours is always the best. Our own heritage.  Nobody should ever take it from us.

Wednesday, April 13, 2011

Besarnya Di Mata Menjadi Guru Kecilnya Di Hati

Ramai orang yang beranggapan bahawa menjadi guru adalah senang. Persepsi mereka ialah kerja guru itu sangat santai. Berpakaian cantik. Tidak perlu kotor-kotor. Tidak pula terkejar ke sana dan terkejar ke sini. Tidak perlu mencari pelanggan. Tidak perlu promosi. Pelanggan yang mencari guru. Cukup masa kelas tersedia. Kerana itu profesion keguruan dikira  tidak begitu mencabar. Masa hadapannya agak malap berbanding dengan profesion yang lain. Tidak dapat menandingi profesion seperti jurutera, arkitek, akauntan, peguam dan  pegawai perubatan. Jauh sekali dari ahli politik. Usahawanpun kadang-kadang dikesampingkan sebagai profesion yang tidak begitu glamour.

Profesion lain dilihat sebagai  mengungguli profesion keguruan. Kadang-kadang saya tercari-cari hakikat yang hakiki. Benarkah menjadi guru hanya profesion yang mudah. Siapa-siapa sahaja boleh menjadi guru. Mengimbas kembali sejarah diri, saya cuba melihat ke belakang. Menelusuri kembali zaman yang saya tinggalkan. Saya mendapat jawapan-jawapan yang indah. Bukan yang mewah. Menjadi guru kadang-kadang banyak ganjarannya. Namun ganjaran itu bukan berbentuk material. Lebih banyak berbentuk spiritual. Banyak mempengarui personaliti. Banyak masanya menyumbang kepada pembentukan diri. Membina psikologi. Memberi stamina. Menambah ketahanan diri.

Menjadi pendidik selama 42 tahun bukan calang-calang cabarannya. Ramai yang pudar azamnya di pertengahan jalan. Lalu mereka memilih untuk tidak berada di dalam kelas. Tidak berada di front line menghadapai karenah anak-anak didik yang semakin hari semakin sukar  diajari. Mereka rela berada di belakang layar. Menjadi pengarah dan penolong pengarah. Yang penting tidak berada di hadapan pelajar. Tidak dicuit oleh ibu dan bapa. Tidak ditegur oleh mereka yang berkepentingan – stakeholder. Yang kekal menjadi guru berani mempertaruhkan nyawanya. Berani menghadapi kekangan dan cabaran yang bertali arus. Masalah-masalah kepimpinan sering berganti. Masalah birokrasi jarang mudah diatasi. Masalah kurikulum selalu pula diubahsuai. Masalah peruntukan yang tidak pernah cukup. Prestasi pelajar yang selalu dituntut sentiasa cemerlang.

Guru telah menyumbangkan seluruh jiwa dan raganya untuk nusa dan bangsa. Tidak pernah duduk diam merehatkan diri. Tidak santai hingga leka mengabaikan  tugas dan tanggungjawab. Tidak melekakan diri hingga melupakan hasrat dan cita bangsanya. Cita-cita agamanya. Cita-cita besar yang diamanahkan kepadanya.  Dalam serba kekurangan itu ia berlumba menabur bakti. Dalam kedaifan dirinya ia mengejar Key Performance Index (KPI) yang dituntut darinya. Pada akhir setiap tahun prestasi anak didiknya akan sinonim dengan dirinya.  Ukurannya yang diberikan ialah sama ada dia telah bekerja atau tidak? Prestasi anak didiknya itu menggambarkan jawapan yang diminta. Keranannya seluruh jiwa raganya untuk profesionnya. Seluruh harapannnya untuk pelajar-pelajarnya. Seluruh dambaannya hanya untuk mempastikan kejayaan anak-anak yang untuk sementara waktu menjadi anak-anak tanggungannya. Di hahunya nanti diletakkan beban membina kemanusiaan yang luhur.

Orang selalu melihat senangnya. Melihat hasilnya. Melihat segala yang dicapai pelajar. Tidak ramai yang ambil tahu payahnya mendidik. Sukarnya mengasuh. Azabnya mentarbiahkan jiwa-jiwa yang bersih tetapi naïf. Yang kadang-kadang kosong minta diisi. Dengan banyak dan segera.  Guru yang daif dari segi masa dan tenaga berkerah azam dan cita. Memenuhi segala impian mereka yang hampir dengannya. Pelajar yang menuntut cemerlang dalam peperiksaan. Ibu bapa yang menuntut anaknya pandai. Pentadbir yang menuntut bahawa setiap sen yang dibelanjakan mesti ada pulangan yang lumayan. Ahli politik yang menuntut bahawa segala peruntukan yang dicurahkan ke sekolah dikembalikan kepada pembayarnya.

Guru pada zahirnya manusia biasa. Ada kelebihan dan banyak daifnya. Ada kelebihan tetapi banyak kurangnya. Pandai tetapi banyak yang tidak diketahuinya. Hebat tetapi tidak ada siapa yang nampak. Orang-orang dalam profesion lain tidak memandang dengan sebelah mata sekalipun. Bakal ibu bapa mertua terpaksa memandang sinis kerana bakal menantunya tidak mungkin kaya berada jika terus menjadi guru. Tidak mungkin kaya hanya menjadi guru. Orang kampung tidak lagi merujuk kerana kejayaan ekonom menjadi tarikan kehebatan seseorang penjawat awam. Sedangkan guru bukan yang terkaya di sekelilingnya. Jiran tetangga tidak melihat guru sebagai yang terbaik untuk diteladani kerana guru bukan lagi wira yang menyelamat bangsa. Bukan penyelamat budaya. Bukan penyelamat agama.  Bukan tunggak yang tegak di tengah masyarakat. Bukan idola dan ikon ternama. Tiada gahnya kecuali yang berjaya hanya tidak seberapa.

Guru hanya profesion yang biasa-biasa. Mencari makan sesuap dua. Berkhidmat sekadarnya kerana itu sahaja yang termampu dalam kekangan semasa. Jika dulu anak-anak didik diserah kepada guru untuk dipandaikan, sekarang anak-anak didik tidak lagi boleh disentuh kerana memberi hukuman. Dunia guru semakin terasing dan terpisah. Nikmat sentuhan yang dirasa pelajar sudah tidak dapat diberi lagi. Ibu bapa sudah membina tembok besar yang menghalang. Tembok tinggi yang menghilang rasa tanggunggjawab yang menjulang. Tamadun yang dibina mungkin bukan landasan yang terbaik. Hubungan pendidik dengan persekitarannya tidak  lagi selari dan sepadan dengan hasrat yang terbilang.

Kendatipun begitu seorang guru kekal dengan kemuliaannya. Dia digarap indah dengan khidmat dan tugasnya. Hidup dan matinya dalam ingatan. Jaya dan gagalnya dalam kenangan. Jasa dan baktinya dalam perkiraan. Baik dan buruknya dalam timbangan. Khidmatnya sentiasa didambakan. Tunjuk ajarnya dinanti. Nasihatnya diminta. Pandangannya menunjuk jalan. Perhatiannya memberi jalan. Renungannya mencerah kebuntuan fikiran. Hidupnya menerangi. Matinya memberi bekal kekal abadi. Dalam dunia yang fana ini dirinya bergemerlapan.  Nanti perginya memberikan kilauan.

Guru hanyalah manusia. Banyak keterbatasannya. Kurangnya mengosongkan ruang-ruang yang semakin kosong. Sumbangannya kecil. Namun apa yang diberikan tentulah yang sehabis ikhlas. Keterikatannya dengan profesiaonnya  merupakan komitmen tertinggi. Penuh dedikasi yang memperhamba diri kerana mencari redha yang Maha Berkuasa. Pengalamannnya mengajar bahawa dia harus  selalu keluar dari kepompongnya agar dirinya bermanfaat kepada orang-orang lain yang ada disekelilingnya. Perjalanannya banyak simpang dan stesen. Simpang-simpang itu penuh cabaran. Jauhari juga yang mengenal simpang yang paling dekat dan paling lurus. Destinasi itu memberi rasa kepuasan.  Seorang guru hanya mencari kepuasan mendidik. Wang ringgit bukan hambatan hingga menyeksa diri. Ia sekadar untuk hidup. Penyambung kepada misi dan visi yang entah antara kabur dan jelas. Bukan guru yang menentukan. Hanya hanya yang menurut perintah. Kabur atau jelas hanya tugas yang diserah untuk digalas.

Banyak kekurangan guru yang perlu dibaiki dari masa ke semasa. Perlu ditambah dengan istiqamah. Perlu diganda dan digandakan. Proses upgrading yang semakin kompleks. Dirinya harus dibawa dengan arus zaman. Berganti dan silih berperanan.  Maka pada diri guru itu ada aura dan karisma.  Sandang pakainya menyejuk mata. Tingkah laku dan akhlaknya memukau qalbu. Tutur bicaranya mendamaikan. Idea dan hujjahnya membenarkan logik akal. Pada dirinya lengkap sempurna dengan pakej cantik menawan menyeri dan mewarna. Seorang manusia yang menjadi guru untuk digurui. Lincah dan tenaganya mempamer sihat sejahtera dan banyak afiatnya.

Guru tidak ramai yang kaya. Namun hidup senang kerana hati dan budinya yang luhur memberi makna dan rona. Anak-anak didik yang mendwasa dan medepani cabaran bangsa. Membentuk bangsa bermaruah yang masa depannya penuh dengan harapan tinggi memuncak jaya. Makan dan minumnya sempurna walaupun bukan yang berjemana mempinar mata. Rumahnya cukup besar untuk pasangan dan anak-anak bersarang damai. Sandang pakainya cukup sempurna walaupun bukan sutera lembut setiap masa. Tidurnya lena tanpa banyak hutang serabut hanya kerana hendak hidup selesa.

Melihat guru tentulah ada sesuatu yang perlu diambil iktibarnya. Melihat kelibatnya mendebarkan gejolak dada yang menunggu setia sekian lama untuk mendapatkan input-input pengalaman lamanya. Memandang senyumnya mendamaikan tenteram jiwa yang selalu dipenuhi rasa indah mendapat ilmu pengetahuan. Tangan-tangan yang menyentuh kemahiran berpanjangan merentas zaman.  Hadirnya ditunggu selalu tanpa mengira waktu dan tempat. Perginya dilepaskan dengan berat hati kerana masih banyak yang ditagih darinya. Hilangnya dicari merata-rata takut-takut nanti tidak akan ketemu lagi untuk menduga akal bicara.

Guru telah memilih jalan ini. Telah memilih simpang ini. Telah memilih destinasi ini. Telah memilih wadah, wahana dan wacana yang penuh warna ini. Sumbangannya bukan besar secara peribadi. Sekadar cebisan jigsaw puzzle yang tidak sebesar mana. Kecil di mata. Kecil di hati. Kecil diwarna. Kecil hingga tiada siapa yang mahu melihatnya. Tetapi tetapi tetapi tanpanya jigsaw besar yang memang penuh puzzle itu tidak mungkin sempurna. Tidak mungkin terbina. Tidak mungkin menjadi seperti yang kita lihat sempurna. Menegak dan mencapah gagah membelah buana. Dulunya hanyalah sebuah cebisan puzzle. Kita yang bina cebisan puzzle itu. Hanya guru yang melihat itu. Yang empunya diri mungkin hilang perasannya. Sudah tidak perasan lagi. Ibu bapa sudah lama lupakan guru itu. Masyarakat memang tidak kenal lagi. Sudah lama tiada terfikir adanya guru.

Walau apapun selalulah in frame. Be part of the whole picture. Pergilah keluar sana untuk menjadi guru. Jadilah yang terbaik. Yang terbilang. Yang boleh menjadi galang ganti untuk genersai yang mendatang. Jasa dan baktimu tetap dinanti walau tidak sebesar mana sekalipun. Akan ada yang bertanya. Akan ada yang mencari. Akan ada yang sedikit mengenang. Percayalah profesionmu tidak sebesar mana. Namun damaikanlah hatimu bahawa sumbanganmu tetap memberi erti. Bak kata Usman Awang apabila seorang raja menaiki tahta ada guru yang memandaikannya. Apabila seorang peguam menang bicara ada guru yang membijaksnakannya. Apabila seorang hakim memutus bicara ada guru yang mengarifkannya. Siapapun manusia itu ada guru yang pernah diguruinya suatu masa dahulu. Mungkin lama dan terlalu lama hingga perlu dilupakan. Guru biasa yang tiada punya apa-apa. Yang ditinggalkan hanya sedikit warisan untuk bekal hari muka. Titipan rasa seorang yan telah memilih profesion tua. Untuk nanti bersama membelah jaya.

Monday, April 11, 2011

Kenapa Kosong Ruang Ini


Berapa kali kita melihat cermin dalam sehari? Pernahkah kita melihat ke dalam cermin? Wajah siapa sebenarnya yang kita lihat? Seorang Muslim yang kukuh imannya? Yang jempol akidahnya. Yang dibanggakan malaikat yang menjaganya. Yang Allah redha dengannya. Atau wajah yang tidak kita kenal. Dilihat tetapi tidak dapat mengecamnya.  Dipandang tetapi hanya iras-irasnya yang kita perasaan. Direnung tetapi bukan kita yang kita kenal. Banyak bezanya. Banyak lainnya. Banyak yang berlawanan dengan diri kita yang kita cintai. Apakah kita hanya melihat cermin sekadar jadual. Rutin yang berulang memanjang. Tugas tidak pasti yang selalu dilaksanakan tetapi tidak tahu mengapa.

Hari ini lihatlah kembali. Lihat dalam-dalam. Lihat dengan mata kepala. Lalu pergi ke mata hati. Lihat dengan deria rasa. Seni yang menghalusi budi. Jangan hanya dilihat bayang. Bukan fatamorgana. Bukan ilusi. Yang kita lihat ialah diri kita. Realiti sebuah tubuh insan yang dicipta untuk berguna memakmurkan orang-orang yang di sekeliling dan persekitarannya. Jasad yang dicipta dari tanah. Dari benih Adam. Dari turunan manusia yang diciptakan untuk memakmurkan alam. Janganlah hanya melihat anggota-anggota yang terpisah. Mata hanya sebahagiannya. Tidak ada gunanya mata cantik jika tidak ada pancagunanya. Melihat dan menghayati kebesaran Allah. Mengambil iktibar akan tanda-tanda kebesaran Allah. KeagunganNya. Maha BesarNya.

Apalah rambut yang hitam. Atau yang putih. Atau yang dwi warna. Letaknya di atas tetapi jarang pula dihormati. Aurat yang dikenal sebagai hukum. Amalnya masih jauh dari benar. Tutup tidak sempurna. Didedah menjadi haram kepada yang bukan mahram. Apalah hidung yang hidunya entah wangi entah masam. Mancungnya tidak tetapi banyak tersorong-sorong. Plastik  juga yang dicari bagi mengubah ciptaan Allah. Tidak redha mancungnya yang tidak seberapa. Apalah bibir merah bergincu jika bukan untuk berzikir. Jika dua bibir itu bukan untuk mengajar. Bukan untuk menasihat. Bukan untuk berdakwah. Bukan untuk membesarkan Allah. Bukan untuk memuji RasulNya. Bukan untuk ingat mengingat.

Banyak mana isi yang kita tusukkan ke jiwa kita.  Jiwa  kosong yang selalu kering. Jiwa kecil yang selalu takut tidak menentu. Takut yang semestinya hanya untuk Allah tetapi dialih takutkan manusia yang tidak punya apa-apa kuasa. Kuasa sedikit yang dibesar-besar. Tidak sekelumitpun berbanding kuasa Allah menghidup dan memati. Kemudian menghidup untuk selama-lamanya. Yang menurunkan hujan, embun dan madu. Yang membunga dan membuah pokok. Yang menghijaukan dedaun untuk manusia makan atau guna seperlunya. Yang melatakan haiwan yang dipelihara dan liar. Yang mengada-adakan seluruh keperluan manusia. Tiada satupun yang sia-sia. Manusia boleh hidup di mana-mana tanpa kesukaran yang tidak dapat diatasi.

Atau kita melihat cermin hanya melihat luaran diri yang kita sukai sahaja? Yang cantik lawar. Yang nampaknya bahagia sejahtera. Yang lincah ligat. Bagaimana dalamnya? Ada yang cacat cela? Yang cacatnya itu melumpuhkan seluruh sistem kebaikan yang ada. Roh yang kosong. Roh yang lompong. Dalamnya masih banyak kesangsian tentang agama. Tentang Allah. Tentang agama yang memimpinnya. Tentang hari pembalasan yang dengannya kita dikembalikan kepada Allah. Untuk diadili. Untuk dianugerah. Untuk kekal selama-lamanya di dalam syurga dengan izinNya. Dengan kurniaNya. Dengan rahmahNya. Dengan rahman dan rahimNya.  Payahkah membuang hasad dengki yang sudah bekurun-kurun diwarisi. Pesaka tentulah bagi yang baik sahaja. Kita tidak mewarisi keburukan.

Siapa sebenarnya dalam cermin yang kita lihat saban kali kita memandang cermin itu? Siapa kita dalam spektrum kemanusiaan? Kitakah yang nanti mengangkat bangsa? Mengangkat darjat? Mentarbiah ummahnya? Pada sosok tubuh itu adakah isi yang murni. Yang jernih. Yang indah. Yang telus. Yang memperkuat. Yang dipancarkan melalui akhlak mulia. Yang peka untuk membesarkan Allah. Yang menyayangi ummahnya. Yang dalam dirinya ada bibit sayang cinta. Ingin membantu. Memperbanyak ulama’. Menggegar alam semesta. Di hadapan penuh juadah pahala. Balasan baik yang selalu digandakan Allah. Yang sentiasa menanti kebaikan perbuatan kita.

Cermin tidak pernah berkata-kata. Namun cermin memberikan kita petunjuk. Memberikan kita gambaran-gambaran realiti siapa kita.  Acuan apakah yang menjadikan kita? Yang membesarkan kita? Yang mendewasakan kita? Yang mematangkan kita? Yang mendapat kemampuan-kemampuan sebegini rupa? Apalah hanya jasad kosong yang kita lihat? Yang kita bawa ke mana-mana? Cuba cari di mana pandainya? Kebijaksanaannya? Kebestariannya? Ketinggian inteleknya? Kehalusan budi pekertinya? Jika ditemui semua itu, Alhamdulillah. Jika tidak maka jasad yang masih ampuh itu sebenarnya kosong bak belon yang ditiupkan angin dan penuh dengan udara. Kosong dan mengosongkan. Hampa menghampakan. Jika dicederakan ia akan kecut mengecut. Kempis menipis. Kerangka dan binaannya habis begitu sahaja. Menjadi angin dan udara yang tidak berjisim. Tidak juga bendalir. Sudah tentu bukan pepejal yang kekal lama.

Penuhkanlah cermin itu dengan imej yang terisi. Ilmu dan maklumat yang dalam mendasari. Iqra’ yang dipraktis. Membentuk fikiran kritis. Bahasa indah yang puitis. Ingatan yang bukan sahaja nostalgik tetapi futuristik. Kesihatan dan tenaga berpanjangan. Stamina yang mengungguli kelesuan. Bukan megejar tetapi mengisi kekosongan yang kian melebar. Langkah-langkah zaman berpindah dan mengarah tinggi. Naik ke tahap mercunya. Kita perlu melihat cermin supaya ada perancangan besar untuk ummah. Ada wawasan besar untuk digapai digarap gagah. Ada lebuhraya warisan zaman untuk tinggalan kita nanti. Untuk dilestarikan berzaman-zaman lagi.

Manusia dalam cermin itu harus menyempurnakan tugas dan peranan kemanusiaannya. Untuk memakmurkan alamnya. Untuk mentarbiahkan saudaranya. Untuk membawa bekal-bekal  ke alam yang kekal abadi. Abadan abada. Maka wajiblah memperguna masa seemasanya. Membina jadual untuk melaksanakan tugas kemanusiaan itu. Untuk membangun umat agung seperti disaran agama. Seperti telah digariskan Allah. Kriteria yang telah disenaraikan.  Umat terdahulu telah teruji dengan sebaiknya. Telah berjaya membina tamadun yang ditiru dan diperkembangkan di Barat. Dengannya juga kita diasak leka hingga tidak mengetahui bahawa pakaian kehebatannya telah dipakai oleh sarjana-sarjana Barat. Keindahan beragama diambil oleh orang Barat. Dikembalikan kepada kita keburukan-keburukan yang mereka cipta. Kita jadi leka tidak menentu. Lena dengan mimpi-mimpi yang tidak membina. Alpa dan alpa. Terpana dengan dunia imaginasi yang disogokkan kepada kita. Di mana Al-Quran dan Al-Sunnah? Kembalilah kepadanya. Mudah-mudahan sesat kita kembali ke pangkal jalan. Kembali mencari lubuk. Mencari tampuk. Mencari lumpur. Mencari  belakang kerbau. Mencari gagang. Mencari tepaknya. Bangunlah bangsaku. Tidurmu terlalu lama. Jagamu ditagih. Banyak sagu yang ruyungnya perlu dipecah.

Sunday, April 10, 2011

Pelajar Malas: Motivasi

Satu masalah besar guru ialah pelajar yang tidak belajar. Tentulah banyak sebab mereka tidak belajar. Guru hendaklah tidak terburu-buru. Paling tidak baik ialah menjatuhkan hukum sebelum diadili. Menstereotaip sebelum menyelidik. Melabel sebelum tinjauan dibuat. Marah tetapi tidak membantu. Dalam hal murid yang tidak belajar ini tentulah sekali banyak sebab jika larat mencari jawapannya. Sebab itu guru hendaklah kembali ke landasan asalnya dan asasnya. Apa tugas guru sebenarnya? Jika hanya makan gaji, tidak banyak kepekaan guru. Tidak setinggi harapan negara. Jika mengisi masa, maka masa itu tidak pernah diisi.

Guru adalah ganti ibu bapa. Dia sekolah mereka parenting the students. Semua adalah anak. Anak didik yang perlu diambil perhatian. Dipantau kemajuannya. Ditinjau aktivitinya. Ditanya hal keluarganya. Ditinjau hati dan perasaannya. Ambil tahu sihat dan sakitnya. Senang dan susahnya. Anak-anak didik itu berbagai ragam dan bentuknya. Perbezaan individu yang selalu ketara. Sangat bererti bagi guru yang memandaikan anak-anak didiknya. Sangat besar hati guru yang berjaya memberi harapan kepada anak didiknya. Yang membuka jalan untuk ke hadapan. Yang memberi cahaya yang mungkin hampir terpadam. Yang meriangkan dengan kecindannya. Yang menajadikan belajar itu santai tetapi mengesankan. Yang menyenangkan dalam mengadapi kesusahan yang menyeksakan.

Di bahu guru terletaknya segala kemungkinan. Sandaran gemilang bimbingannya.   Teguran yang menjadi penawar. Nasihat yang membersih serabut dalaman jiwa.  Tunjuk ajar yang mentukan jalan lurus di hadapan. Alternatif sebagai pilihan terbaik yang perlu diredah dan diterjah. Di hadapan sana dunia kelabu yang disuluh. Yang nampak jelas bukan lagi berbalam. Kelihatan destinasi kejayaan yang menanti. Jika dahulu anak-anak didik itu teraba-raba mencari laluan. Guru menunjuk lurusnya harapan dan hasrat yang nanti dicapai dengan gemerlapan. Hati-hati kelam anak-anak didik yang menjadi cerah kerana hampak cahaya ilmu. Akan dibawa menelusuri hidup banyak likunya. Berkat bimbingan dan asam garam yang dibekalkan, anak-anak didiknya keluar ke alam semesta dengan akal budi yang terkawal. Mereka membina kehidupan dalam dakapan damai kesejahteraan.

Begitulah tugas guru yang kemuliaannya diperakui. Yang sentuhannya selalu menjadi. Kesabarannya cukup menguji. Yang harapannya selalu menjanji. Usahanya tidak pernah kenal lelah. Lesu tidak mengganti tenaga kuat subur terpancar pada rupa paras dan bahasa tubuh yang selalu terserlah. Dari sanubarinya keikhlasan menggunung tinggi. Senyumnya indah. Nafasnya usaha murni. Ungkapannya menancap di hati. Pandangannya menusuk tinggi. Bantunya mangganti kedunguan. Riak-riak gembira sejahtera dan bahagia yang selalu diberikan. Ketenangan pada hati-hati kecil anak didik yang dambakan sedikit pengertian. Pengubat kesusahan dan kemiskinan yang masih panjang memakan kesenangan yang dijanjikan. Untuk membangun keluarga dan bangsa. Lari dari igauan masa lalu yang entah kenapa. Setengah abad masih belum cukup untuk merubah segala. Masih perlu banyak masa untuk melangsaikan agenda yang belum terlaksana. Agenda bangsa yang masih banyak terlonta-lonta tanpa noktah.

Kajilah anak didikmu supaya diketahui    sihat dan sakitnya.
Makan dan minumnya. Piramid makanan yang selalu diperolehinya.
Masa dan jadualnya di luar waktu sekolah.
Ibu bapanya dan kedudakan ekonomi mereka.
Adik beradik yang banyak bantu atau susahnya.
IQnya. Kerana banyak konsep yang mungkin tidak dapat digarap.
Kerana itu banyak kerja yang tidak dapat dilaksana.
Bimbingan bagi yang lambat menangkap. Usah layan samarata sedangkan mereka tidak sama hakikat dan kebenarannya. Banyak perbezaan yang perlu diketahui.
Apa kerjanya di rumah dan pada waktu lapang.
Emosi dan psikologinya perlu diketahuai juga. Dicari titik sentuhan ajaib yang perlu dibangunkan.
Nasihat dan tunjuk ajar yang tahapnya diambil kira.
Kaunseling peribadi untuknya sendiri.
Cari nilai-nilai dalaman dirinya yang takut belum dibangunkan. Yang belum digerakkan. Yang belum sedar adanya keperluan untuk bangun.
Apa maunya. Apa hendaknya. Apa cita-citanya. Apa garapannya. Apa akal bicaranya.
Bantulah bukan menghukum. Sokonglah bukan merebahkan. Positif bukan negatif.
Binakan untuknya lingkungan yang membantu. Yang membangun. Yang maju ke hadapan dan jangan biarkan ia undur ke belakang.

Tugas guru memanglah berat. Bukan untuk tunjuk dan tulis baca. Pada guru disandarkan segala yang perlu dan berkaitan. Guru harapan untuk membesarkan cita-cita dan julangan kejayaan. Sediakanlah anak-anak didik yang dahagakan sesuatu yang besar di hadapan mereka. Hari muka yang penuh cahaya. Bahawa harapan adalah milik semua orang. Bukan orang tertentu sahaja yang nampak masa hadapanya. Anak-anak didikmu mesti juga diberi lilin dan lampu suluh untuk menerangi masa hadapannya. Mereka nanti menjadi orang-orang yang terkehadapan dan bukan menarik ke belakang yang menyusahkan. Biar mereka memimpin dan bukan jadi pengikut yang suka menghalang. Jadilah mereka warganegara yang besar jiwanya. Yang tinggi cita-citanya. Yang besar menggunungkan harapan.

Yang guru tinggalkan nanti adalah warisan bangsa. Warisan budaya. Warisan zaman yng panjang memanjang zaman mereka nanti. Peluang ini mungkin datang sekali. Ruang yang sedikit untuk diisi. Tunaikanlah hajat anak-anak didikmu. Memenuhi kehendak ibu bapa mereka. Harapan masyarakat dan negara tercinta.