Sunday, February 20, 2011

Pekedai Yang Peramah


Berhampiran dengan rumah saya terdapat sebuah kedai runcit yang sederhana besarnya. Biasalah saya ke kedai itu bila apa keperluannya. Masuk ke kedai di US, pelanggan biasanya dilayan dengan semanis-manisnya. Pekedai sangat peramah. Saya rasa sangat dihormati. Hati selalu berbunga dengan kehangatan layanan dan kehangatan sambutan pekadai dan pembantu-pembantunya. Benarlah bahawa dalam sistem mereka customers are sovereign. Pengguna adalah raja yang memerintah. Pelanggan selalu didahulukan. Diberi layanan istimewa. Yang mesti dipenuhi kehendaknya. Dilayan keperluannya. Ditanya apa hendaknya.

Kedai-kedai di sana kesemuanya bertutup rapat. Semasa winter menghalang sejuk menerpa masuk. Semasa summer menghalang panas. Semasa winter ada alat pemanas. Sewaktu summer ada pendingin hawa. Sebab itu pintunya sentiasa bertutup. Bukan selapis bahkan biasanya dua lapis. Nasib baik berdinding kaca. Nampak telus apa yang ada di dalam. Tidak perlu terjengah-jengah. Atau terintai-intai. Pada pintunya mesti ada loceng. Apabila dibuka akan berbunyilah loceng itu. Pekedai atau pembantunya memposisikan diri mereka supaya apabila diperlukan mereka memberi layanan segera. Tersembul sahaja muka saya, maka keluarlah ucapannya.
“ Hi !. Morning. How are you?”
Morning.”  Jawab saya. Selanjutnya ia mengungkapkan, “ What can I do for you?”
Biasalah jawab saya, “I need some provisions.”
Dialog itu akan bersambung, “Ok, help yourself.”
Thank you.”

Sekiranya hari itu adalah Isnin, layanannya lebih mesra lagi.

How’s your weekend?”  
Fine, thank you.”
Did you enjoy it.”
Yes, I did.”
Where did you go?”
Just at home with my kids.”
Gee. That’s nice.”
Ok then. Just call me if you need help.”
Thank you.”
Not at all.”

Berjalanlah saya menyorong troli dari rak ke rak. Dari lorong ke lorong. Pilih yang perlu. Sesuaikan dengan bajet. Bukan boleh mewah-mewah. Maklum sahajalah pelajar. Ikut standard orang Amerika, biasiswa pelajar Malaysia dikira di bawah paras kemiskinan mereka.

Kedai-kedai di sana disusunatur seperti pasaraya. Saiz bukan masalah. Bukan isu. Susunaturnya sentiasa kemas. Ada aliran (flow) tertentu. Setiap rak ada tunjuk arah. Ada makluman. Dilabel mengikut kategori barang. Dari jauh sudah boleh dituju kedudukannya. Konsepnya ialah keselesaan pelanggan mesti diutamakan. Atau dengan kata lain peniaga memberi penghormatan. Tindak balasnya ialah jangka panjang. Pelanggan yang puas member nilai berganda kepada sesebuah perniagaan.

Dalam masa 10 minit jika saya tidak sampai di kaunter, pembantu kedai akan bertanya.
You need help?”
No thanks. I can manage.”
Ok.”
Begitulah perihatinnya pekedai di sana. Dia membantu dari jauh. Pelanggan dibebaskan memilih apa yang hendak dibeli. Dibebaskan membuat keputusan. Dibebaskan berfikir. Hanya dan hanya sekiranya pelanggan perlukan bantuan barulah merujuk kepada pekedai. Mungkin bertanya dari segi kuantiti. Atau jenama. Atau dia membantu kerana kesulitan mengambil dan membawa ke kaunter. Prinsip dan dasarnya ialah pembeli adalah orang-orang yang berakal dan intelligent.

Apabila sampai di kaunter soalan-soalan lain diajukan untuk mengingatkan pelanggan.
Is that all?”
Yes. I guess.”
Anything else that you forget?”
Well. I think they are all here.”
Sure?”
Yes, sure.”
Ok.”
Maka teller machine berfungsi melalui pengimbasnya. Jumlahnya dibayar. Berjalanlah saya untuk keluar dari kedai. Dialog berikut masih lagi didengar. Perlu lagi dilayan.
Thank you. Have a nice day. Come back later. See you again.”
You too.”
Jika hari itu adalah Jumaat ada doa dititipkan untuk saya.
Have a nice weekend. Hope you enjoy it. Bye.”
You too. Bye.”

Terlalu natural bunyinya. Cerita ini seperti di dunia lain. Benar itu di Amerika. Budaya mereka begitu. Semuanya nampak tiada masalah. Tiada cacat cela. Pelanggan mesti dihormati. Didahulukan. Dilayan bagai raja. Kehendaknya diberi perhatian. Peka dengan tingkah lalu pelanggan. Perubahan-perubahan citarasa diberi keutamaan. Sungutannya didengar. Cadangannya didengar. Perinsipnya ialah untuk memberi kepuasan. Memberikan yang terbaik. Menjaga pelanggan adalah jaminan kelestarian perniagaan itu sendiri. Sokongan pelanggan sangat diperlukan. Bagai menatang minyak yang penuh.

Senario itu tidak berlaku di sini. Entahlah saya semakin lemas dengan keadaan yang saya lihat. Yang saya amati. Yang saya alami. Berulang-ulang. Silih berganti jadinya. Di mana-mana di bumi Malaysia itu yang saya alami. Budi bahasa  dan sopan santun sudah semakin terhakis. Pekedai dan pembantu-pembantunya merasakan mereka yang berhak menentukan keadaan. Kepada mereka kehendak dan karenah pelanggan tidak perlu dilayan. Banyak pelanggan lain. Itulah fallacy tanggapan peniaga di Malaysia. Mereka tidak tahu bahawa seorang pelanggan yang kecewa mengakibatkan beratus-ratus pelanggan lain akan terhalang dari mengunjungi sesuatu premis perniagaan. Dia pasti bercerita panjang dengan saudara mara. Dengan sahabat handai. Dia akan quote dalam apa sahaja ceritanya dengan orang lain. Dia quote dalam ceramahnya. Jika dia seorang guru, semua anak muruinya mengetahui cerita itu.  Bayangkan suatu insiden yang mudah, memberi kesan jangkapanjang. Memberi impak yang besar. Jika ramai yang kecewa, tentulah perniagaan itu tidak dapat dibangunkan to the fullest potential. Terbantut untuk mencapai optimum dalam perniagaannya.

Kebanyakan perniagaan yang besar seperti pasaraya dan kompleks perniagaan tempatan tidak membangunkan personnelnya supaya peka dengan konsep bahawa pengguna adalah raja. Saya ingin memperpanjang isu di bawah ini.

1                    Apabila kita meminta sesuatu yang tidak ada, pembantu atau pelayan-pelayan itu berkemungkinan mentertawakan kita. Mungkin berbisik-bisik dengan rakan-rakannya yang lain. Tentulah pelanggan terasa hati. Pertanyaannya tidak mendapat layanan VIP. Sepatutnya pembantu yang ada bersimpati kerana tidak dapat memenuhi permintaannya. Perlu minta maaf kerana tidak dapat memenuhi kehendak pelanggan itu.
2                    Sewaktu memilih barang mengapa pembantu-pembantu perlu mengekori kita? Mereka sebenarnya underate our intelligence. Kita bukan pengguna yang tidak bermaklumat. Kebanyakan masa kita membuat perancangan awal dari rumah. Kita telah tentukan jenama yang akan dipilih. Kuantiti yang akan dibeli. Kaunter mana akan dituju.  Pengalaman saya begini. Jika ketika memilih sesuatu ada pembantu yang datang mendekati saya, maka saya akan kabur. Istilah Indonesia. Maksudnya saya tinggalkan rak dan lorong itu. Saya tinggalkan pembantu itu. Nanti saya datang lagi bila perlu. Bila dijangka tiada gangguan daripada mana-mana pembantu.
3                    Saya rasa ramai orang perasan. Bila kita berjalan antara rak atau di mana-mana laluan siapa yang lebih utama. Kita sebagai pelanggan atau pembantu dan kakitangan kedai itu?  Di lorong-lorong, laluan kita terhalang kerana pekerja-pekerja bersembang. Bila hendak melintas kita beralah. Pekerja-pekerja berkeras mendahului kita untuk melintas. Konsep pengguna didahulukan tidak pernah wujud.
4                    Di kaunter wang kita diambil dengan tangan kiri. Wang bakinya juga dengan tangan kiri. Teknologi yang digunakan berbentuk begitu. Mesin-mesin pengimbas harga tidak direkabebtuk mengikut budaya dan nilai agama. Kita import. Natijahnya ialah sekelip mata budaya kita tercemar. Sepatutnya wang diterima dengan tangan kanan mengikut Islam. Malah ramai orang bukan Islam yang menerima wang bayaran dengan kedua belah tangan mereka. Anak-anak mereka yang membantu juga begitu. Walaupun mereka masih kecil. Setengahnya belum bersekolah lagi. Didikan mereka ialah untuk menghormati pelanggan. Wang baki juga dikembalikan dengan tangan kanan. Dengan kedua belah tangan juga. Di pasaraya keadaan ini tidak mungkin wujud jika orang Islam tidak memikirkan untuk mencipta pengimbas yang Islamik. Jika orang Islam tidak mengislamkan teknologi.
5                    Banyak kali saya mendengar dengan telinga saya sendiri. Melihat dengan mata saya sendiri. Pekerja-pekerja di kaunter membuat komen yang negatif terhadap pelanggan yang baru berlalu. Kepada saya jika pelanggan yang di hadapan saya dijadikan bahan umpatan. Atau komen. Atau gurauan, andaian saya ialah semua pelanggan memang dilayan begitu. Mereka tidak faham bahawa komen terhadap seseorang pelanggan menyakitkan hati pelanggan yang mendengarnya. Walaupun bukan dia yang dikomen namun sakinya terasa juga.  

Cukup sekadar beberapa observations sahaja. Banyak lagi jika hendak disenaraikan. Pembaca tentu ada pengalaman lain yang bercanggah dengan ungkapan “pelanggan adalah raja." Atau mesti dahulukan.

Kembali kepada pekedai di Amerika tadi. Layanannya kepada palanggan adalah seperti diprogram. Sangat professional. Berapa kali saya masuk ke kedai yang sama. Bertemu dengan pekedai atau pembantu yang sama. Dialog  di atas akan berulang-ulang. Seolah-olahnya mesin yang bercakap. Robot. Jadi robotik. Apabila saya bertemu dengan pekedai tadi atau pembantu-pembantunya, di luar kedai senarionya sangat jauh berubah. 360°. Tidak ada senyum. Tidak ada sapaan. Tidak ada perbualan. Pandang  pun tidak. Masuk sahaja ke kedai, orang yang tidak pedulikan kita tadi berubah kembali.

Itulah profesionalism. Tiada hubungan peribadi. Tiada kasih sayang. Purely business. Very formal. Walau bagaimanapun pelanggan dilayan dengan baik. Bukan sebagai rakan. Bukan sahabat. Pelanggan sebagai pelanggan. A set of entity. Has no personal tie. Simply business. Itulah dalam kebaikan ada unsur yang  tidak baik. Ambillah iktibar. Ambil yang positif. Tinggalkan yang memberi kesan negatif. There are always two sides of everything.

Saturday, February 19, 2011

Icecream In Winter

Life is forever blissful amongst Americans. They never slow down whatever they do. Mind you, in winter they still jog. They never mind the weather. Not the coldness of the day. They don their short. Put on their singlets. With their jogging shoes they jog as usual. As if it is summer. Wheather never bother them. Life just goes on as usual. Not to be deplored. Never to be grieved. As I mentioned in my earlier entry, winter is the season Americans indulged seriously in whatever they do. Time to go down to serious business. Low temperature is never a deterent to them. I observed that they are very adaptable to whatever situation. Nothing bother them. It is something natural. They live with it. In fact, they live it. Winter is considered as a simple change of weather. Just another season.

There is something unimagineable. Or maybe unthinkable. In winter Americans love to take icecream. Many may think that they go bongker in winter. Doing something absured. Let examined the situation. They never take icecrean in the open of course. Not outside their houses. They patronize icecream parlours. Make their choices. Enjoy their heart out. Yes inside the store (American terminology). Shop to us here in Malaysia. Remember what I wrote about coffee? The whole store was filled with only and only coffee. Not a single other thing. It goes the same with icecream. The whole store is simply stacked with them. Different varieties. Different colours. Different tastes. Different ingredients. Different brands. Icecream and icecream all around.

In winter, icecream parlours become meeting places amongst friends. They are simply bustling with people enjoying icecream. They enjoy each others' company. The snow, the ice, the cold weather outside are never taken into accont. Not an important factor. Life just goes on. It is just routine. Nothing change in their life pattern. Why? Inside the parlours the temperature is just warm enough. Warm to their heart. Warm to make them adjust the crave for icecream. I was curious enough every time I passed along such parlours. So many people were enjoying their favourite icecreams.  Icecream is part of American dietry system. To some extent it is a must to them. Children from their young age are given icecream. It is considered as a catalyst for fast growing up. They develop stronger bones. Thus American in general are considerably tall and bigger in size. Compared to Malaysians their size is huge. Could be considered enormous.  

One day my fourth daughter was having a fever. I took her to a doctor. The doctor confirmed that she had a temperature. But his comment made me wondered. For one, he said my daughter is too small for her age. “Do you give her icesream?” he asked. “I do.” Was my answer. Of course to a typical American, he would not understand the size of other races. He was simply surprised that my daughter was so small. Of course relatively too small compared to American of the sama age. His first diagnose was icecream. “Give her more icecream.”

The second disgnose was even bewildering. The doctor never prescribed any medicine. A normal practice in Malaysia. Instead, “Give her coke.” At first I could not believe my ears. Yes! Confirmed. I had to buy coke. Coca cola. The wonders of coca cola. The great coca cola. The consultation fee the doctor charged could be USD25. That was minimum. No medicine. USD25 for seeing him. Fee for him to suggest icecream and coca cola. Well that’s life in US. Icecream is part and parcel of American life.

I had this interesting experience in Toronto, Canada. Way back in 1990. One day I was in town with a friend. We were sort of passing our time. My friend suggested we eat icecream. I agreed. The icecream guy asked him, “One or two?” Without thinking he showed his two fingers, “Two.” Very confident indeed. The guy made two scoops. Want to know the size? Make a guess. Each scoop was as big as a bit more than a tennis ball. My friend had a really hard time handling them. Not only his mouth was full of icecream,  His  nose was touching the icecream everytime his mouth touchded the icecream. His moustache and his beard was also full of icecream. Lucky for me. I was the second to made my order. After seeing the big scoop, I told the guy to give me one scoop only. One scoop was manageable. I enjoyed my icecream. At the same time I could not contain myself from laughing at the misery suffered by my friend. What an icecream. To Americans it is an everyday pleasure.

Wednesday, February 16, 2011

Transformasi


Winter awal Januari 1985. Saya imbas kembali. Terkesan suatu transformasi. Kita selamanya berubah. Dari tiada menjadi ada. Dari yang ada kita berubah fasa demi fasa. Kita tinggalkan fasa-fasa lama. Ada yang baik dan tentu ada yang tidak enak untuk dijenguk kembali. Apa sahaja masih boleh berada di minda kita. Untuk diulang-ulang. Bersamanya kita kembali ke suatu masa yang telah berlalu. Masa yang telah menjadi sejarah. Masa yang menjadi asam garam hidup. Masa yang menemukan diri kita ke masa ini. Laluan-laluan, cerunan waktu yang telah lama diredah. Laluannya dihadap ranjau dan duri. Lintasannya untuk menggapai sinar cahaya yang diharap menerangi. Nun di hadapan sana. Masih jauh untuk disentuh jari dan digenggam erat.

Usia saya 39 tahun waktu mula berada di Pittsburgh. Suatu tempat yang sangat jauh dari kampung halaman saya.  Sebuah tempat asing di balik bumi. Worlds away. 12 jam perbezaan masa. Di sini tengahari di sana tengah malam. Di sini pagi di sana maghrib. Bumi ini bulat. Manusia menduduki di mana-mana pada bulatan itu. Sebuah negara yang asing. Asing dan sangat terasing. Saudara mara ditinggalkan. Sahabat handai ditinggalkan. Saya meninggalkan kebiasaan di sini. Paginya berbeza. Tengaharinya berbeza. Petangnya berbeza. Malamnya juga berbeza. Begitulah perbezaan yang tidak pernah surut. Berbeza antara bulan ke bulan. Antara musim ke musim. Maka tentulah saya mempelajari sesuatu yang baru. Untuk asimilasi dengan suasana baru. Menggagahi akomodasi diri dengan persekitaran baru.

Tentu sekali banyak peristiwa dan insiden yang baru. Banyak yang tidak kongruen dengan yang telah dialami di sini. Sebelum itu saya kira saya hanya seekor katak yang sangat selesa di bawah tempurungnya. Tempurung itulah dunia saya. Di situlah kebahagiaan saya. Aman damai saya di bawah gelapnya. Tidak pernah ada peluang menjengah keluar. Malah cahaya dari luar tidak pernah masuk ke dalamnya. Saya hanya mendengar riuhnya di luar tanpa mengetahui apa yang diriuhkan. Saya tahu ada pergerakan di luar tetapi tidak pernah mengetahui apa sebenarnya yang bergerak. Terdampar di suatu tempat yang asing belajarlah saya untuk mandiri. Berdikari. Belajar untuk menghidupkan diri. Dunia yang terbentang luasa ini terlalu banyak yang perlu dialami. Banyak yang baru menjengah mata, telinga dan deria yang lain. Sekelip mata sahaja tempurung lama sudah dilupakan. Tempurung kecil itu sudah tidak ada signifikannya lagi.  Dunia besar ini menjadi tempurung yang terlalu banyak gandaa besarnya. Tidak mampu lagi untuk dihitung.

Tempat yang asing banyak kejutannya. Ada sahaja yang baru. Setiap hari dan setiap saat boleh datang kejutan. Kadang-kadang kejutan itu terlalu kecil relatif  kepada kita di Malaysia. Namun di negara orang impaknya besar. Ianya mungkin amalan hidup yang biasa-biasa sahaja. Di sini, di negara sendiri saya mungkin tidak perasaan. Tidak terfikirpun. Dalam keselesaan ini kita alpa. Dalam zon selesa ini kita takes thing for granted. Tidak perlu memikirkan terlalu banyak. Biarkan segalanya berjalan sepertinya. Pemerhatian saya menunjukkan bahawa itulah pemikiran yang typical kepada masyarakat yang belum maju mindanya. Semuanya menjadi stereotype.  Tidak ada usaha untuk memikirkan yang lain. Yang lebih cekap dan berkesan. Yang memberi impak lebih besar. Lebih signifikan.

Semua keadaan ingin dikekalkan. Nostalgik. Sentimental. Tidak menyesakkan dada. Tidak perlu stress untuk memikir itu dan ini. Semuanya kerana jiwa kita tidak besar. Tidak mendongak ke langit untuk menerima yang baru. Yang lebih besar. Yang lebih gah. Kita selalu memikirkan kekerdilan diri kita. Lupa bahawa Allah telah menganugerahkan kit aakal yang istimewa. Akal yang sepatutnya untuk memakmurkan dunia ini. Itupun sebab kita  dicipta. Untuk memakmuran dunia ini. Jika kita berhenti berfikir maka kita kehilangan rentak untuk mencipta sesuatu yang lebih baik. Kita menjadi jumud. Akan nanti menjadi obsolete. lapuk minda. Jumud. Sebab itu perubahan tetap datang. Kita terus menerus mesti menerimanya. Memanfaatkannya. Muasabah diri rasanya mudah untuk dikaitkan dengan melihat proses perubahan diri.

Kebetulan saya masih menyimpan kad matrik saya waktu di UM dahulu. Ini sewaktu tahun 1977. Usia baru 31 tahun. Walaupun sudah beristeri dan memiliki dua orang anak, masih cun melecun. Muka bersih. Comel lagi. Jambang sudah tumbuh. Belum ada kekuatan untuk membiarkannya tumbuh meliar seperti sekarang. Gambar seperti ini diambil menggunakan kamera Polaroid. Kamera instant. Segera jadinya. Inilah gambar seorang mahasitua yang diistilahkan kepada orang-orang seperti saya. Umurnya jauh lebih tua berbanding rakan sekelas yang dianggap "budak-budak" lagi.

Pada tahun 1977 itu saya belum lagi bermimpi tentang negara orang. Negara di atas kayangan. Negara yang entah di mana letaknya. Pernah membacanya. Pernah melihat gambarnya. TV belum ada lintas langsung. Internet belum ada. Negara orang jarang dilihat kecuali melalui filem. Tidak ada satu isyarat bahawa negara orang itu akan ditandang pergi. Akan dihuni. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah yang memberi saya ruang itu. Peluang itu. Rezeki itu. Lintsan rasa ingin keluar negara hanya pada tahun 1979. Saya memohon jawatan tutor di UM. Saya gagal walaupun telah mendapat biasiswa daripada kerajaan Belgium. Bukan rezeki. Allah gantikan dnegan pergi kie USA.


 
Gambar ini pula pada awal bulan Januari 1985. Lapan tahun kemudian. Imej saya sudah berubah. Sebenarnya jambang, misai dan janggut itu bermula di Politeknik Ungku Omar (PUO). Sejak tahun 1979 apabila saya ditugaskan di situ. Kekallah begitu hingga sekarang. Warnanya sahaja berubah. Dari hitam sekarang sudah beruban. Lumrah dan fitrah. Rambut hanya hitam semasa kita muda. Berubah bila berumur. Seperti saya sebut dalam entry terdahulu, saya tidak bersedia untuk diambil gambar. Kepada mereka posing tidak ada. Once you sit down you're deemed ready. Seharusnya sebelum duduk saya menyediakan diri. Tiada apa lagi yang perlu saya buat. Tidak faham budaya orang. Jadilah gambar di atas. Rambut belum disikat. Pakaian belum dikemas. Nampak berserabut. Semuanya tidak penting. Bagi mereka muka dan maklumat peribadi itu yang penting.




Membuka akaun bank merupakan kejutan awal yang terbesar. Saya ke Pittsburgh National Bank. Saya masuk untuk membuka akaun. Tidak ada bangku. Tidak ada kerusi. Tidak ada meja. Di hadapan saya ada tiga orang pelanggan seperti saya. Seorang sedang duduk mendaftar diri. Dua orang lagi berdiri di hadapan saya. Apabila saya tamat membuka akaun, masa yang saya ambil ialah selama empat jam. Sejam seorang pelanggan baru. Boleh anda bayangkan ianya berlaku di sini. Di Malaysia. Jika ada bank seperti itu pastinya ditutp kerana tiada siapa yang hendak membuka akaun. Orang kita masih banyak belas kasihannya. Ihsannya sangat tinggi. Banyak memikirkan untuk keselesan orang lain. Pada masa yang sama kita sebagai pelanggan tidak kisah pula dengan charges yant dikenakan ke atas kita. Setiap sesuatu ada kosnya. Bank tahu kosnya dan mengenakan kos itu kepada kita. Pengguna tidak tahu kos itu ditimpakan ke atasnya.


Bila saya risik jawapannya menjurus kepada ekonomi. Dikembalikan kepada pelanggan. Bukan untuk meningkatkan keuntungan syarikat semata-mata. Tanah atau ruang di bandar besar sangat mahal harganya. Sangat mahal sewanya. Setiap meter persegi memakan ribuan ringgit setahun. Jika disediakan meja dan kerusi, perlukan lagi kos tambahan. Perlu pula penyenggaraan. Kos lagi. Oleh kerana pelanggan selalu mahukan kos dikurangkan maka pelanggan menyumbang kepada usaha untuk menguarngkannya. Adilkan? Bukan hanya meminta. Kena juga memberi. Keadilan itu mesti ada timbal balasnya. Setiap neraca ada dua hujungnya.

Di sana tidak ada bermacam-macam akaun. Walaupun utuk pelajar akaun yang ada ialah checking account. di Malaysia dipanggil current account. Maknanya di sana, pelajar-pelajar memiliki akaun semasa. Boleh guna cek sendiri. Cek pula personalised. Dicetak terus nama pelanggan berserta dengan alamatnya sekali. Wow! Di sanalah kali pertama dalam hidup, saya membuka akaun semasa. Disertai pula dengan kad MAC. Money Access Card. kad ATM bagi kita di Malaysia. Cek itu pula digunakan dengan meluas seperti wang  tunai. Apa sahaja barang boleh dibayar dengan cek walaupun jumlahnya kurang dari USD10. Cek itu pula bukan disimpan di bank. Pekedai yang menerimanya boleh berbelanja dengan mengggunakan cek itu. Maka beredarlah cek itu dari tangan ke tangan yang lain sebelum ada orang yang akhirnya membawa cek itu untuk disimpan ke dalam akaunnya.

Seorang sahabat saya pernah belajar di USM. Dia membuat pinjaman MARA. setelah beberapa tahun membayar ansuran hutang itu pihak MARA tidak memberi maklum balas. Sahabat saya mengandaikan bahawa hutangnya telah selesai. Rupanya belum. Waktu dia di US, bapanya mengirimkan surat tuntutan yang dikirim oleh MARA ke alamat lamanya di rumah ibu dan bapanya. Tanpa berfikir panjang dia menulis cek untuk sejumlah USD40 dan menghantarnya kepada MARA. Dia sendiri terkejut apabila cek itu kembali kepadanya selepas dua bulan, cek itu telah ditunaikan oleh MARA. Wangnya sudah menjadi milik MARA. Bila disemak, di belakang cek itu telah penuh dengan berbagai tandatangan orang-orang yang pernah menerimanya. Sejak itu dia menulis cek setiap bukan untuk membayar hutang pinjamannya kepada MARA. Tiada masalah langsung. Beres kesemuanya. Maaf terlupa. Di US apabila kita mengeluarkan cek, cek itu akan kembali kepada pemilik akaunnya sesudah cek itu ditunaikan. Pemegang akaun akan tahu bilangan cek yang sudah ditunai. Yang mana belum. Boleh reserve dalam akaun mana-mana cek yang belum ditunaikan. 

Penggunaan cek di US sangat meluas. Sesiapa saha boleh menggunakan cek walaupun bukan miliknya. Seorang teman saya membeli barang secara pos. Untuk membayarnya dia menggunakan cek suaminya. Dia yang menandatanganinya. Bukan suaminya. Cek itu clear. Tiada masalah. Kepada bank pemegang akaun yang bertanggungjawab menjaga keselamatan ceknya. Bukan bank seperti di Malaysia. Di sana sangat mudah. Sangat memudahkan. Yang penting dalam akaun itu ada bakinya. Boleh dikeluarkan dengan cek. Pemegang akaun yang boleh mengarahkan bank menghentikan bayaran. Atau untuk membekukan akaun dengan arahan pemilik akaun itu. Bukan orang lain. Kerja bank Menerima permohonan  untu membuka akaun. Menerima cek untuk ditunaikan. Bayar seperti dituntut. No question asked. Semuanya lancar.

Itu sejarah 26 tahun dahulu. Di Malaysia keadaannya masih sama seperti dahulu juga. Bila kita guna cek, jenuh penerima cek itu discrutinised. Sentiasa sahaja syak wasangka. Pembawa cek sentiasa dicurigai. Saya membuka akaun di sebuah yang iklannya international local bank. Bank itu ada di mana-mana dalam dunia. Cawangannya ada di sini. Sebenarnya joint account dengan anak saya yang di Mesir. Senang. Saya masukkan wang di sini. Dia mengeluarkannya di sana. Saya sudah memaklumkan perkara itu kepada pegawai yang menguruskannya. Tetapi setiap kali anak saya mengeluarkan wang di Kaherah, pihak ibu pejabat bank itu menghantar sms memaklumkan terdapatnya pengeluaran yang meragukan mereka. Mereka meminta saya menghubungi pihaknya jika ada apa-apa kesulitan. Malas saya melayan mereka. Setelah beberapa kali, mereka berhenti menghantar sms kerana saya tidak peduli.

Begitulah padang yang berlainan, lain pula belalangnya. Pengalaman sebegitu tidak diperolehi tanpa menjadi pengembara dunia. Tanpa bermukim dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain. Benarlah jauh perjalanan banyak pemandangannya.

Label Yang Halal

Kebanyakan makanan diketahui halalnya. Bahannya halal. Secara nyatanya kita tahu ianya halal. Masalahnya dalam makanan ada bahan-bahan campuran. Ada bahan tambahan. Namanya bermacam-macam. Saintifik. Orang biasa memang tidak faham. Yang faham pula tidak berkongsi maklumat. Tidak berdakwah. Buat-buat tidak faham. Maka orang lain menjadi pengguna buta. Tidak dapat melihat yang halal secara hakiki. Tidak nampak yang syak. Yang disyaki ada campuran yang dikira tidak halal.

Di US perkara ini amat terhindar. Kita yang cerewet tentang halal dan haram ini, dibantu untuk memilih yang diyakini halal. Undang-undang dan peraturan label barang di sana sangat jelas. Sangat telus. Sangat meyakinkan. Setiap perincian isi kandungannya dinyatakan dengan pasti. Saya dapati USA adalah satu-satunya negara yang saya yakini labelnya benar. Yang halal diyakini halal. Yang lain diyakini haram. Dengan panduan-panduan itu orang Islam seperti saya dan keluarga berasa selamat. Rasa terhindar dari membuat pilihan yang salah.  Jika salah beli saya yakin memang salah beli. Rasa ragu itu tidak ada. Semuanya pasti. Positive. Sangat pasti.

Sebagai orang Islam, saya meyakini label barangan di sana. Sebenarnya keadaan terjadi begitu kerana besarnya pengaruh orang Yahudi. Mereka tidak makan babi dan lain-lain produk yang berkaitan babi.  Bilangan orang Yahudi di sana sekitar 15% sahaja. Walau bagaimanapun suara mereka kuat. Kehadiran mereka ada impaknya.  Semua label barang mengambil kira kehadiran orang Yahudi. Orang Islam menumpang manfaat dengan adanya label yang jelas ini. Suara orang Islam tiada siapa yang ingin mendengar. Apatah lagi mengikutnya. Kita bukan penentu ekonomi dunia.

Saya tidak melihat peraturan label ini di Canada. Tidak juga di United Kingdom. Lagilah di Malaysia. Kita dikaburi dengan istilah-istilah jargon. Orang awam tidak faham. Orang Islam lebih-lebihlah lagi. Pengetahuan kita tentang sains atau kimia sangat terbatas. Kita mungkin tahu namanya yang biasa. Namanya dalam bahasa pasar. Nama saintifiknya tidak. Memang banyak barang makanan yang dilabel halal. Hakiki dan hakikat halalnya tidak ada siapa yang dapat mempastikannya. Masih banyak lagi bahan campuran dalam makanan dan minuman yang tidak dinyatakan. Yang dianggap halal walaupun pada hakikatnya tidak halal. Kita selalu berhadapan dengan pewarna yang dibenarkan. Hakikatnya apa? Dibenarkan adakah sama dengan suci dan halal? Ubat penaik yang dibenarkan. Pengawet yang dibenarkan. Siapa yang membenarkan? Siapa yang menentukan bersih, suci dan halalnya. Adakah segala rukun dan syaratnya telah disempurnakan? Jika tidak ada kesungguhan mengenai hal itu, maka orang Islam selamanya terjebak dengan makanan yang diragui halalnya. Persatuan Pengguna Islam tidak terdaya untuk memantau semua. Cansumer Association of Penang tentu tidak terdaya. Kita perlukan concerted effort untuk menjamin halalnya sesuatu makanan dan minuman. Suatu usaha yang integrated.

Sewaktu di US saya yakin bahawa roti yang saya beli itu halal. Saya pilih yang benar-benar meyakinkan. Roti banyak yang megandungi lard (minyak babi). Ada disebut animal shortening. Bila disebut animal tidak ada yang lain kecuali babi. Begitu juga animal emulsifier. Dari babi juga. Lecithin pastinya juga dari babi. Lalu saya memilih yang mengandungi vegetable oil. Soy lecithin. Dan lain-lain yang berkaitan dengan sayur. Dalam aiskrim ada bahan dari minuman keras. Mungkin rum. Sejenis arak. Untuk tujuan pengawet. Begitu juga dalam kek-kek mahal seperti mix-fruit cake. Ada rum atau mungkin brandy di dalamnya. Maka saya pilih yang bebas dari arak.

Dalam susu segar ada bahan D3 added. Saya bertanya pelajar yang mengambi jurusan kimia. Katanya, bahan itu pati dari arak. An exract from alcohol. Saya tidak tahu fatwanya di sini. Jika kita ambil minyak wangi yang mengandungi alcohol dikira halal, bagaimana dengan susu? Minyak wangi tidak dimakan. Tidak diminum. Senarainya tidak berhenti di situ. Dalam ubat gigi ada beef tallow atau pig tallow. Dalam sabun mandi begitu juga. Bila di baca ada yang mengandungi beef tallow. Yang lain pula mengandungi pig tallow. Bagi yang tahu membaca mereka ada pilihan. Bagi yang memahami mereka ada pilihan. Bagaimana dengan kebanyakan orang kita yang tidak tahu tentang hal ini? Siapa yang perlu membantu? Apakah media yang dapat menyampaikan kepada mereka? Gawat sebenarnya kita. Gawat untuk orang Islam. Kita dikelilingi. Kita dikepung dengan banyak keraguan.

Sudah nampak ada usaha-usaha untuk mengeluarkan makanan halal. Usaha ke arah itu seharusnya digandakan. Selesaikan dulu makanan dan minuman asas. Yang mesti dibeli. Yang mesti dimakan. Yang tidak pernah dikecualikan. Yang memang dianggap kemestian kepada orang Islam Melayu. Yang adatnya mesti ada. Mesti dibeli. Mesti dimakan. Yang tidak pastinya ialah asal usul makan itu. Sumbernya. Bahan-bahan utamanya. Campurannya. Tambahannya. Warnanya. Awetnya. Begitu juga dengan hiasan-hiasan pada makanan itu. Itu belum lagi cerita tetang siapa yang menyediakannya. Tangan siapa yang memegang dan menyentuhnya.

D mana kita sebenarnya. Kita tiada kekuatan untuk mempastikan kita mendapat yang sebenarnya halal. Yang diyakini halal. Yang secara hahiki dan hakikatnya halal. Siapa yang dapat mempastikan tanpa keraguan.  Yang dilihat di kilang memang halal. Yang dipantau memang halal. Kita kena pantau yang berada dalam pasaran. Yang dijual di merata tempat. Yang melambak di sana sini. Yang memabeli orang kita. Yang makan orang kita. Yang melanggan tetap orang kita. Malangnya yang membuatnya bukan orang kita. Yang mengolahnya bukan orang kita. Kita hanya ingin makan dan minum. Tarikannya cukup kuat. Sekali lagi kita tidak ada kekuatan untuk menyatakan dengan pasti bahawa kesemuanya halal. Halal seperti tercatat pada labelnya.

Siapapun tidak memahami konsep halal sejelas-jelasnya tanpa merujuk kepada pakarnya. Di sinilah peranan ulamak. Sudah terlalu lama kita memendam rasa. Terlalu lama keinginan yang  tidak terlaksana.  Tiada siapa menjamin bahawa halal itu sebenarnya halal. Hakikatnya benar-benar halal. Pakar kimia harus tampil membantu. Para penyelidik harus chip in untuk membetulkan keadaan. Ini hal berat. Ini hal serius. Ini hal-hal yang menyangkut iman kita. Makanan dan minuman menjadi darah daging. Bagaimana iman kita jika disalut dengan benda-benda haram di sekelilingtnya. Iman itu tenggelam. Anak-anak kita jadi gelap jiwanya. Gelap matanya. Gelap telinganya. Gelap hatinya. Mereka anak-anak kita. Generasi kita. Pewaris kita. Keturunan kita bersusur gakur pada mereka. Kita yang perlu menyelamatkan mereka. Jika tidak mereka tidak dapat menyelamatkan diri mereka. Mereka sudah tenggelam ketka itu. Tinggalkanlah mereka dalam keadaan terapung. Dalam selamat sejahtera. InsyaAllah.

Tuesday, February 15, 2011

Mencari Makanan Halal

Masih terlalu awal di Pittsburgh. Terlalu banyak yang perlu dipelajari tentang selok beloknya. Pertamanya tentulah di mana hendak mendapatkan makanan halal. Orang Malaysia seperti saya terlalu cerewet tentang perkara ini. Sentiasa mencari yang dikendalikan oleh orang Islam. Kedai ayam dan daging Islam menjadi tumpuan. Di Oakland hanya ada satu sahaja kedai yang halal sebegitu. Milik seorang Arab dari Arab Saudi. Di situlah saya mendapatkan bekalan ayam dan daging. Kadang-kadang ragu juga tentang status halal yang didakwanya. Seperti maksud dan kehendak Shafi’e atau bukan? Seorang rakan berbaik-baik dengan pemiliknya. Suatu hari dia mengikut di mana pekedai itu mendapatkan bekalan daging dan ayam. Melaluinya saya mendapat pengesahan. Ayam, daging lembu dan daging kambing itu disembelih sendiri di ladangnya. Maka terjaminlah halalnya.

Saya menjadi musykil juga kerana orang Arab rata-taranya membeli makanan tersebut dari Giant Eagle. Pasaraya besar yang terletak di seberang jalan. Tepat di hadapan masjid Dar al-Salam. Satu-satunya bangunan masjid di Oakland. Dalam hati selalu berkata-kata. Kenapa orang Arab membeli yang tidak disembelih sedangkan yang disembelih dijual oleh orang Islam.  Begitu juga dengan orang Indonesia. Mereka membeli juga dari Giant Eagle. Saya kasihan pada diri saya sendiri. Ketika itu, pada tahun 1985, sewaktu usia saya 39 tahun saya masih terlalu daif tentang agama saya sendiri. Terlalu naïf. Hukum hakam tentang makanan halal ini masih terlalu kabur. Senang cakap, memang langsung tidak tahu.

Makanan yang halal saya tahu. Halal dalam konsep halal itu yang saya tidak tahu.  Seperti dalam entry saya sebelum ini, konsep halal itu luas pengertiannya. Yang disembelih oleh orang Islam memang halal. Yang disembelih kerana Allah adalah halal. Yang disembelih sebagai makanan memang halal. Secara mudahnya ada dua kategori. Yang disembelih oleh orang Islam dan memenuhi syarat dan rukunnya, tidak ada keraguan padanya. Secara hakikinya halal. Noktah di situ. Tiada perbincangan. Tidak perlu diperdebatkan. Tidak perlu ditanya lagi. Tidak perlu ada penyelidikan. Kategori yang kedua ialah haiwan halal yang disembelih oleh orang bukan Islam. Mereka pula saya ketegorikan kepada dua. Sembelihan ahli kitab golongan Kristian dan Yahudi boleh dimakan. Sembelihan selain daripada dua golongan ini dikira tidak halal.

Orang Kristian dan Yahudi memang bukan Islam. Sejarah menunjukkan bahawa mereka dulunya adalah Islam. Tentunya sebelum kedatangan Islam yang kita anuti sekarang. Nenek moyang mereka memang ahli kitab. Apabila Islam bimbingan Rasulullah datang, ada antara mereka tidak menukar kepada agama Islam. Kekal dengan pegangan yang asal. Sebagai ahli kitab, sembelihan mereka diiktiraf  halal. Kerana mereka ahli kitab. Tetapi ingatlah, ahli kitab yang dibincangkan adalah ahli kitab yang sedari asal keturunanya menjadi ahli kitab. Keyakinan saya tentang hal ini sangat baru. Hanya dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Sebelum ini saya menolak halalnya daging sembelihan ahli kitab.

Orang Malaysia seperti saya gemar makan ikan. Di Pittsburgh ikan yang ada tentulah ikan beku. Ada juga ikan kembung dan ikan merah. Bukan dari Pulau Pinang. Bukan dari Pantai Timur. Ikan-ikan itu dari Thailand. Entahlah. Antara banyak negara-negara Asean rasanya Malaysia yang sukar didapati barangnya di Amerika Utara. Saya menemui durian dari Thailand. Cili api dari Thailand. Belacan dari Thailand. Nangka muda dari Thailand. Nangka masak dari Thailand. Kerepek pisang tanduk dari Filipina. Rebung muda dari Cina. Pisang tanduk dari Amerika Tengah. Ubi kayu dari Amerika Tengah. Hanya sagu rendang datang dari Malaysia. Lama kita bincangkan hal ini dalam seminar, dalam ucapan, dalam perdebatan. Barang buatan Malaysia tidak sampai ke negara-negara di Kutub Utara dan di Kutub Selatan. Tidak juga di Barat. Hasrat tinggal hasrat. Perancangan kekal on paper. Blueprintnya berdebu di sudut bilik operasi.

Saya makan lontong buatan isteri saya tidak ubah seperti berada di Malaysia. Kelapa segar ada. Nangka muda ada. Kacang panjang ada. Suun ada. Tauhu kering ada. Lada merah ada. Cili api ada. Sengkuang ada. Timun ada. Makan soto? Bukan masalah. Makan sup? Lagi bukan masalah. Isteri saya menjadi sangat inovatif dan kreatif. Selera ada. Adatnya di sana tiada. Maka menciptalah kaedah memuaskan selera. Nantilah dalam entry yang lain pula.

Dalam semester pertama berada di Pittsburgh, saya banyak mendengar. Banyak memerhati. Terpaksalah banyak bertanya. Pada minggu pertama itu, rakan-rakan yang lama di sana bercerita tentang warehouse sale. Ada pula yang ke flea market. Yang lain ke farmers’ market. Ada pula ke Penn Avenue kerana mencari buah, sayur dan ikan. Kerana masa itu musim sejuk, tidak banyak yang saya cuba. Pengalaman dibatas dahulu. Belajar masih terumbang ambing. Baru hendak belajar menari. Tingkahnya masih banyak yang sedang dipelajari. Gendangnya masih bertingkah-tingkah. Rentaknya masih sumbang selalu.

Pada semester kedua dan seterusnya kesemuanya menjadi biasa. Banyak ceruk yang saya pergi. Banyak tempat sebagai alternatif mencari bekalan makanan. Pittsburgh bukan tempat yang asing lagi. 18 bulan yang penuh dengan kepelbagaian. Menjejak banyak tempat yang mencipta sejarahnya. Persekitarannya yang mendamaikannya. Tahun 1985 itu Pittsburgh diisytihar sebagai the number  1 city in USA. The most liveable city. Sejarahnya panjang. Dari sebuah bandaraya yang gloomy and sooty dengan bijih besi dan arang batu ianya telah berubah menjadi bandaraya yang indah. Dari tempat yang selalu ditenggelami air, bandaraya ini berkembang indah.  Penyelidikan dan perancangan dilaksanakan hingga akhirnya bandaraya yang menakutkan dalam sejarahnya, menjadi bandaraya yang paling damai. Paling aman. Paling sesuai untuk bermukim di dalamnya. Saya bersyukur berada di sana. Mencari ilmu. Mencari pengalaman. Memartabatkan diri. Pada masa yang sama tidak pula hanyut. Kegiatan agama yang sentiasa berkembang. Masjid dan usrah adalah lumrah. Akhirat yang tidak pernah dilupa. Dunia ini hanya untuk transit sahaja. Tidak pernah ada manusia yang kekal menghuni di sini. Kita semua akan dikembalikan kepadaNya. DariNya kita datang, kepadaNya kita kembali.

Monday, February 14, 2011

Indahnya Winter Waktu Malam

Berjalan pada waktu malam pada musim winter ada keindahannya yang tersendiri. Kesemua bangunan memang tertutup rapat. Lubang sebesar jarumpun pasti disumbat. Kesan sejuknya sukar digambarkan. Jika ada alat pemanas mungkin kalah dengan sejuk yang menerjah dari lubang sekecil jarum. Panas tidak dapat mengalahkan sejuk yang menyeliputi alam. Sebaiknya tinggal dalam rumah sahaja. The comfort of home. Pakai baju yang agak tebal sedikit. Buatlah apa yang patut. Boleh belajar dengan tenang. Boleh menonton TV. Cable TV. Seperti Astro di Malaysia. Atau santai-santaian begitu sahaja.

Berjalan keluar rumah hanya nampak putih salji pada waktu siang. Di mana-manapun hanya putih sahaja yang terlihat. Sesunggunya salji itu bersih. Suci. Ada keindahannya yang tersendiri. Air yang membeku dari langit ini tentu sahaja tiada pencemaran. Udara membeku. Segalanya memberat. Ke tanah juga. Udara jadi bersih. Nyaman. Kecuali sejuknya sahaja yang perlu dihadapi. Bila berjalan bukan sahaja berpakaian tebal, bahkan juga menutup leher, menutup telinga, menutup muka. Leher sejuk jika tidak dibalut muffler. Telinga terasa hilang jika tidak dibalut. Hidung pasti berhingus jika tidak ditutup. Semua anggota badan dilayan seadanya. Akur dengan ciptaan Allah. Hadapinya dengan olahan yang perlu. Sejuk itu datang dan datang lagi. Peringatan Allah bahawa qun fayakun sahaja sudah cukup untuk mencipta apa sahaja. Winter bukan azab. Bukan malapetaka. Bukan seksa. Bukan sia-sia. Segalanya ada manfaat. Allah Maha Mengetahui. Snow dan ais pasti ada gunanya. Snow yang putih adalah simbol kesucian. Syahdu. Tidak lain melainkan dari Yang Khaliq jua.

Yang agak nostalgik ialah apabila keluar rumah pada waktu malam. Maaf, malam mungkin pukul 4.00 petang. Cahaya ada di mana-mana. Semua bangunan bercahaya. Sebenarnya cahaya lampu atau neon tidak berubah. Cahaya yang sama pada musim summer atau musim-musim yang lain. Cumanya pada masa winter berlaku refleksi sinaran yang membias dari ais. Dari snow. Bagaimana hendak membayangkan keindahannya? Realitinya sukar digambarkan dengan perkataan. Dengan gambar sekalipun sukar untuk mentafsir dan menterjemahkannya. Video barangkali memaparkan sebahagian daripadanya. Tetapi berada sendiri di situ tentulah banyak kelebihannya. Tidak ada yang dapat mengganti pengalaman live. LintsaN langsung dalam sejarah hidup. Lintasan peribadi. Terlalu peribadi. Saya dikelilingi cahaya. Tidak terang benderang. Cukup mendamaikan. Hanya cahaya. Tiada suara. Malam musim winter memang sunyi sesunyinya. Tiada apa yang berbunyi kecuali sayup-sayup dari dalam rumah. Namun cahaya yang terpancar di mana-mana seolah-olah malam-malam sebegitu dunia tiada berpenghuni. Kosong tanpa manusia. Hanya ada cahaya. Hanya ada lampu. Hanya ada refleksi. Hanya ada biasan cahaya. Pantul memantul. Bersilang dan simpang siur. Pepenjuru yang terang. Sudut yang gemerlapan. Sesiapapun berasa tersendiri. Terasing. Mengisi ruang besar ciptaan Allah. Merasakan kerdilnya diri.

Di tengah-tengah winter yang sejuk itu Allah menciptakan banyak alternatif. Kesemuanya menghilangkan rasa jemu. Hilang rasa bosan. Banyak nikmat psikologi dari snow yang sejuk. Dari winter yang sejuk. Sejuk itu pula relatif. Bukan mutlak. Kita mengatakan sejuk. Saya mengatakan sejuk. Mereka yang dari kecil berhadapan dengan winter. Yang saban tahun pasti ditunggu datang. Tidak berapa menjadi hal kepada mereka. Masih tahan tanpa sarung tangan. Masih tahan dengan pakaian yang tidak berapa tebal. Mungkin juga fitrah di sana begitu. Allah menyejukkan suasana yang selalunya panas dengan berbagai gelagat manusia. Mungkin bagi setengah orang lebih banyak maksiat dari amal ibadat. Winter datang untuk meredakana suasana. Untuk mensucikan suasana dari pencemaran budaya. Mereka lebih banyak dalam bangunan berbanding pada bulan summer. Maksiat di serata tempat. Paling banyak maksiat mata.

Cahaya pada waktu malam membias ke mana-mana. Dari bawah tentulah membias ke atas. Malampun silau dengan cahaya. Cahaya biasa yang menjadi bergemerlapan. Ia realiti. Bukan fatamorgana. Bukan ilusi. Indah di mana-mana. Tolehlah ke mana arah sekalipun pasti ada cahaya yang kemilau. Dari celah-celah dahan ada cahaya kerana di situ ada snow yang tersangkut. Dari bumbung rumah ada cahaya kerana snow menimbun di situ. Di padang, di lurah, di bukit dan di tasik cahaya sentiasa bermain bila disuluh cahaya. Dancing lights everywhere. Very delightful. Dalam sejuk begitu hati jadi rindu. Ada rasa romantik. Pastinya hati terhambat ke kampung. Pada orang-orang yang ditinggalkan. Mereka yang dekat dan dikasihi. Pengalman-pengalaman sebegitu tidak dapat dikongsi. Apakan daya. Mana mungkin semuanya hendak dibawa. Bak lirik lagu Sayang Sarawak:

Hendak ku bawa perahuku sempit
Tinggallah kasih tinggallah junjungan


Saya rasa beruntung sangat dapat membawa isteri dan anak-anak. Sama-sama berkongsi pengalaman yang sangat mahal. Tidak mungkin mendapatnya lagi. Saat-saat itu tidak mungkin berulang. Sejarah sahaja yanag mungkin berulang. Tetapi berulang kepada pasangan lain. Kepada keluarga lain. Kepada saya ianya hanya episod yang berlalu. Anak-anak yang lima orang tentu ada yang masih ingat. Yang sulung dan kedua tentu kuat ingatan mereka kerana mereka mengulanginya beberapa tahun sewaktu berada di sana. Mereka kembali lagi ke suasana yang ditinggalkan itu. Bagi yang ketiga, keempat dan kelima barangkali melancong sahaja yang boleh mengembalikan ingatan itu kembali. Jika tidak itu sahajalah pengalaman yang mereka ada. Anak keenam merasa juga winter dan snow waktu dia di Lancaster dulu. Tentu tiga tahun yang penuh bermakna. Anak kelapan yang di Mesir tidak merasa snow. Hanya sejuknya sahaja yang dirasa. Padang pasir dan iklim Mediterranean sahaja yang dirasa,

Begitulah ketentuan Allah. Setiap kita berbeza. Pengalaman kita berbeza. Pengalaman itu bukan untuk disimpan tanpa guna. Ada iktibar yang mesti di manfaatkan. Harus dikongsikan dengan orang lain. Paling kurang dengan keluarga terdekat. Anak-anak yang pasti melestarikan legasi keluarga. Untuk berkurun-kurun lamanya nanti. Mudah-mudahan cerita snow dan ais ini akan berulang lagi. Untuk generasi pengganti nanti. Berulang dan ulang. Realiti yang telah lama diimpikan. Mimpi yang tentu menjadi. Direalisasikan dalam perjalanan masa. InsyaAllah. Ia akan datang lagi.

Sunday, February 13, 2011

Belajar Kerana Banyak Manfaatnya

Saya masih lagi dalam winter pertama di US. Kelas berjalan seperti biasa. Kebanyakan kelas pasca ijazah diadakan pada waktu petang aau malam. Paling cepat pukul 6.00 petang. Kenapa agaknya ya? Senang sahaja jawabnya. Pelajar-pelajarnya adalah orang-orang yang bekerja. Mereka tamat bekerja pada pukul 5.00 petang. Perjalanan mereka sejam dari universiti. Maka pukul 6.00 dikira wajar. Dulu saya menonton juga TV yang menunjukkan suasana back to school. Saya tidak faham lawak atau seriusnya telemovie seperti itu. Pada saya semuanya hanya fiksyen semata-mata. Setelah berada di sana baru saya tahu duduk perkara.

Pada kelas pertama dahulu semua pelajar memperkenalkan diri. Sedikit biodata masing-masing. Antara fakta yang saya berikan ialah saya telah menjadi guru selama 16 tahun. Seorang pelajar wanita terbeliak matanya. Terhamburlah kata-kata dari mulutnya, “ What 16 years! Just one profession?” “That’s right.” Kata saya. Bagi orang Amerika lazimnya mereka bertahan untuk selama 10 tahun bagi satu-satu jawatan. Mereka mencari profesion lain selepas itu. Ada sindrom yang berlainan di sini. Tidak berlaku di tempat kita. Kenapa pula 10 tahun? Kenapa tidak dalam angka yang lain? Itu berkaitan dengan undang-undang pekerjaan. Employment law. Selepas 10 tahun individu yang berkenaan jika berhenti, mereka dibayar gratuity. Jika kurang dari 10 tahun mereka kehilangan hak itu. Jika dapat sekalipun jumlahnya tidak sepadan seperti yang diharapkan.

Kenapa mereka menukar profession? America is a land of plenty. Opportunities is so abundant. Everything is for your picking. Great, great opportunities. Kebanyakan jawatan diberi tangga gaji yang hampir serupa. The nature of the job may differentiate the amount received. Kelayakan untuk sesuatu jawatan juga hampir sama. Minat mereka dalam sesuatu profesion boleh berubah. Mungkin ada peluang lain yang lebih lumayan. Mungkin mereka mencari cabaran baru. Mencari kepuasan baru. Mencari kejayaan baru. Seperti kata Abraham H. Maslow, mereka mengejar self-esteem dan self-actualisation. Sesuatu yang melebihi pendapatan kewangan. Mereka mencari kepuasan diri. Kemanfaatan kemanusiaan. Melestarikan diri kepada kebiasaan mencapai kejayaan. Membuat pembaharuan. Mengubah paradigma kebanyakan orang.

Untuk menukar profesion tentulah perlukan kalayakan yang berlainan. Maka dalam 10 tahun mereka sentiasa merancang. Ke mana selepas 10 tahun? Perancangan itu dilaksanakan dengan mempelajari sesuatu yang baru. Seorang akauntan ingin menadi guru. Mendaftarlah ia di kelas sarjana pendidikan di universiti yang terdekat. Selepas menjadi guru mereka ingin pula menjadi pemain dalam industri pengiklanan – advertising. Belajarlah dia untuk mendapatkan kelayakan akademik yang baru. Proses back to school sentiasa berulang-ulang. Bukan juga pelajar yang berlainan bahkan juga usia yang berlainan. Latar belakang yang berlainan.

Selain daripada kursus-kursus akademik terdapat juga kursus-kursus kemahiran. Tidak kira sama ada kemahiran generic atau kemahitan khusus. Selain daripada program-program universiti kursus untuk kelas dewasa juga diadakan. Falsafahnya juga sangat mudah. Mesti wujud pendemokrasian pendidikan. Democracy in education. Semua orang berhak untuk belajar. Kerajaan mesti menyediakan prasarananya. Natijahnya ialah jarang orang di sana yang memiliki satu opsyen sahaja. Mereka multi-discipline. Bermaklumat dan memang tahu apa yang dikatakannya.

Pemerintah menyediakan kemudahan. Yuran diberi diskaun. Jika tidak, bantuan kewangan diberikan. Banyak syarikat swasta yang membantu IPT di sana untuk merealisasikan hasrat negara untuk memandaikan warganegaranya. Kenapa? Kelayakan akademik adalah syarat awal kepada program-program yang dirancang untuk memakmurkan negara. Untuk menjana perubahan. Untuk memberi erti kepada kebebasan dan kemerdekaan. The feeling of being indefendence must be safeguarded by people who are learned. Enhancing their wisdom.

Institusi pendidikan di US melambak di sana sini. Bagi kita di Malaysia, hanya beberapa universiti sahaja yang diiktiraf sebagai mencapai standard Malaysia. Yang lain diabaikan. Orang US tidak memilih universiti. College dalam istilah mereka. Memanglah universiti yang ternama menjadi rebutan. Namun begitu tempat adalah terhad. Apa yang berlaku ialah anak-anak lepasan high school mendaftar di mana sahaja kolej yang menawarkan kurusus idaman mereka. Mereka memulakan pengajian IPT di kolej yang jauh tersorok entah di kampung mana. Namun akhirnya mereka graduat dari universiti yang terbilang. Bagaimana hal seperti itu boleh terjadi?

Pendidkikan di sana adalah milik masyarakat. Berbagai polisi digubal untuk memudahkan pendidikan berjalan demi untuk mamandaikan kesemua rakyatnya. Mereka yang mendaftar di kolej “koman” atau “kokak” boleh berpindah ke universiti yang berprestij. Ada peraturan credit transfer. Maknanya, seorang pelajar belajar bersungguh-sungguh dari tahun pertama hingga tahun kedua. Seboleh-bolehnya mereka berusaha mendapatkan straight A dalam kesemua subjek yang mereka ambil. Pelajar-pelajar seperti ini lazimnya mudah mendapat tempat di universiti-universiti ternama kerana mereka sudah membuktikannya. Pada tahun ketiga mereka sudah berada di universiti lain walaupun dulunya mereka di universiti yang lain. Akhirnya mereka menjadi graduan sebuah universiti ternama. Transkrip peperiksaan mereka tidak mencatatkan sejarah universiti yang dimasuki. Universiti yang terakhir sahaja dipamerkan namanya.

You name itu, you get it. Begitulah moto mereka. Itu di US. Saya dapati di Canada moto yang sama dipraktikkan. Warganegaranya boleh belajar apa sahaja. Mohon apa sahaja. Hingga ke peringkat demand. Mendesak itu dan ini atas nama pendidikan. Kerajaan tidak ada masalah tentang itu. Fasiliti disediakan. Pensyarahnya dicari. Kursus itu berjalan. Permintaan mesti diseimbangkan dengan penawaran. There must be balance between demand and supply. At the end of the day, that individual will contribute to nation building. How idealistic! Program back to school memberikan manfaat berganda kepada individu, keluarga, masyarakat dan dari segi politik dan perdagangan antarabangsa. Kelas-kelas pasca ijazah ada di mana-mana. Mereka boleh memilih apa sahaja yang menjadi minat mereka.

Terlalu banyak manfaatnya kepada warganegara US. Juga untuk lain-lain negara seumpamanya. Individu itu sendiri multi-discipline. Boleh menjadi bapa dan ibu yang bermaklumat. Dua ibu bapa yang sangat layak untuk mendidik anak. Memang profesional. Maaf, di US tidak ada kelas tuisyen seperti di Malaysia. Tidak ada anak-anak yang tuisyen. Tidak ada guru yang mengajar tuisyen. Semuanya selesai di sekolah. Homework juga tiada. Hairan juga. Walaupun begitu, mereka sampai ke dasar lautan paling dalam. Ke gunung yang paling tinggi. Meneroka angkasa. Ke merata planet dan bintang. Hingga ke peringkat kolej warganegaranya mendapat yang minimum. Untuk mendalaminya belajarlah pada peringkat sarjana atau PHd. Back to school adalah realiti kepada mereka. Memandaikan rakyat adalah usaha untuk memakmurkan neara. Anak-anak mereka mendapat tuisyen daripada ibu bapa mereka sendiri. Pelengkap kepada sistem persekolahan. Sebab itu guru di sana bukan any Dick, Tom and Harry. Mereka benar-benar profesional. Ibu bapa menjadi watchdog ke atas mereka.