Haji Abas dan Hajjah Aminah bersama anak sulung mereka, Hajjah Rugayah.
Sampailah masanya Haji Abas dan Hajjah Aminah
ditinggalkan oleh anak-anaknya seorang demi seorang, demi seorang. Yang lelaki
merantau kerana berkerjaya. Begitu juga yang perempuan. Berkerjaya atau
berumahtangga. Kebetulan pula menantu Haji Abas warga Batu Pahat kesemuanya
kecuali menantu sulungnya (isteri anak dari isteri yang kedua) berasal dari
Muar. Ada antaranya berlainan mukim. Ada yang selang berselang kampung. Malah
ada yang bernikah dengan jiran sekampung. Kriteria menantu Haji Abas tidak
rumit. Bakal kesemua menantu sewajarnya mempunyai asas agama yang kuat. Seboleh-bolehnya yang lelaki bukan yang merokok, tidak berjudi dan tidak melakukan maksiat lain seperti perempuan serta arak. Bakal menantu perempuan pula diberikan kriteria tambahan. Orangnya perlu pembersih dan sukakan kebersihan. Pandai mengurus rumahtangga. Satu lagi kriteria umum ialah menantunya bukan orang yang dikategorikan pemalas. Kesemua menantunya diharapkan ringan tulang di mana sekalipun mereka berada. Prinsip dan disiplin ini seeloknya diambil oleh semua generasi keturunan Haji Abas. Banyak manfaatnya dalam mendidik anak cucu sendiri.
Antara kegemaran Haji Abas apabila bertandang ke rumah sesiapapun ialah memerhatikan suasana dalam rumah dan luar rumah. Jika matanya sedap memandang dia akan mengangguk setuju. Dia akan duduk tenang. Sehingga akhir tahun 1980an kesemua anak Haji Abas telah berumahtangga. Cucu dan cicit Haji Abas seharusnya menghargai prinsip urusan rumahtangga Haji Abas ini. Pada dasarnya semua orang sukakan keteraturan. Ramai yang sukakan kekemasan. Tidak mungkin ada orang yang tidak sukakan kebersihan. Didikan Haji Abas terhadap anak-anaknya sangat mengesankan. Sehingga usianya 100 tahun inipun Haji Abas belum lagi mengabaikan prinsip yang didokongnya sejak dari muda lagi. InsyaAllah dalam entry yang lain nanti akan ada ceritanya yang lebih terperinci. Terlalu banyak petua dan prinsip yang boleh dipelajari dan diamalkan.
Bertemu sekali-sekala menceriakan keadaan. Hanya dalam majlis-majlis seprti ini adik-beradik dan anak buah dapat bersama.
Sebahagian dari cucu-cucu dan cicit-cicit Haji Abas dari anak keempatnya.

Kembali kepada kisah anak-anak Haji Abas. Allahyarham Ismail, anak pertama Haji Abas bersama isteri keduanya menentap di Parit Jawa, Parit Sulung hingga akhir hayatnya setelah puas
merantau hingga ke Brunei dan Sabah. Ditaqdirkan allahyarham Ismail tidak meninggalkan
zuriat. Anak sulung Haji Abas bersama Hajjah Aminah kekal di Solok Wan
Moh, Batu Pahat. Sekarang menjadi guru al-Quran. Bersama allahyarham suaminya dia dikurniakan dengan lapan orang anak. Anak
kedua Haji Abas hingga sekarang menetap di Taman Koperasi Bahagia, Batu Pahat.
Suaminya telah meninggal dunia. Bersama allahyarham dia kurnaiakan 11 orang anak. Anak
ketiga Haji Abas bersama Hajjah Aminah bernikah dengan penduduk
Parit Jawa, Parit Sulung. Mereka menetap di Johor Bahru sebelum berhijrah ke
Batu Pahat dan bersara di situ. Seorang pesara Jabatan Pengairan dan Saliran. Juga seorang pesara penghulu. Mereka dikurniakan dengan empat orang anak.
Anak keempat pula bernikah dengan jiran sekampung Parit Mohamad.
Seorang guru sekolah menengah pada awalnya. Bertugas di beberapa tempat dan di
beberapa negeri. Akhirnya menetap di Batu Pahat dan bersara sebagai pensyarah
di Universiti Tun Hussein Onn, Batu Pahat. Mereka mendapat sembilan orang anak.
Yang kelima bernikah dengan penduduk Parit Separap. Menetap dan
bersara di Johor Bahru. Seorang pesara Jabatan Kastam dan Eksais DiRaja Malaysia. Dikurniakan pula dengan tiga orang anak. Anak keenam bernikah dengan orang Parit Bengkok, Bagan, Batu Pahat. Bertugas
di Kuala Lumpur sehingga bersara di sana. Seorang pesara kerajaan dari Kementerian Kebajikan dan Pembangunan Wanita. Menetap di Kuala Lumpur bersama tiga orang anaknya.
Yang ketujuh berkahwin dengan orang Air Hitam, Batu Pahat. Menetap di
Johor Bahru bersama dengan lima orang anaknya. Dia bekerja sendiri. Sementara itu yang bongsu berkahwin dengan orang Solok Wan Moh, Batu Pahat. Menjadi guru al-Quran dan mahir membuat mini popia dan kuih makmur secara bermusim. Hari raya khususnya. Suaminya bekerja di Telekom Malaysia dan menentap
di tempat yang sama bersama empat orang anak mereka.
Anak-anak Haji Abas berada di tiga tempat yang berasingan: Batu Pahat, Johor Bahru dan Kuala Lumpur. Enam orang di Batu Pahat. Dua orang di Johor Bahru dan seorang di Kuala Lumpur. Seorang pernah berada di Terengganu dan Ipoh. Cucu bongsu Haji Abas bersama Hajjah Aimah lahir menjelang alaf baru tahun 2000. Hanya beberapa orang yang masih berada di sekolah menengah. Beberapa orang juga masih berada di IPT. Sekarang ini generasi cicit pula sedang menyungsung ibu dan bapa saudara sepupu masing-masing. Apabila sampai ke generasi kelima ini kejelikitan berkeluarga sudah mula agak renggang. Tinggal di tempat yang berjauhan dan berlainan. Kesempatan untuk bersua muka terlalu terhad. Cuti masing-masing tidak bertembung. Hari raya mungkin bersua sekali sekala. Antara bertemu dengan tidak. Kadang-kadang perlu pula membuat temujanji.
Ini bukan cucu Haji Abas beristeri dua tetapi tiga sepupu dari anak ketiga, kelima dan bongsu
Anak-anak Haji Abas berada di tiga tempat yang berasingan: Batu Pahat, Johor Bahru dan Kuala Lumpur. Enam orang di Batu Pahat. Dua orang di Johor Bahru dan seorang di Kuala Lumpur. Seorang pernah berada di Terengganu dan Ipoh. Cucu bongsu Haji Abas bersama Hajjah Aimah lahir menjelang alaf baru tahun 2000. Hanya beberapa orang yang masih berada di sekolah menengah. Beberapa orang juga masih berada di IPT. Sekarang ini generasi cicit pula sedang menyungsung ibu dan bapa saudara sepupu masing-masing. Apabila sampai ke generasi kelima ini kejelikitan berkeluarga sudah mula agak renggang. Tinggal di tempat yang berjauhan dan berlainan. Kesempatan untuk bersua muka terlalu terhad. Cuti masing-masing tidak bertembung. Hari raya mungkin bersua sekali sekala. Antara bertemu dengan tidak. Kadang-kadang perlu pula membuat temujanji.
Suatu masa dahulu. Anak kelima Haji Abas bersama Hajjah Aminah bergambar dengan anak sulungnya.
Kesusahan Haji Abas adalah pada era pra-merdeka dan
beberapa tahun pasca-merdeka. Allah menentukan segala-galanya. Ditaqdirkan dua
orang menantunya meninggal dunia lebih awal. Suami Hajjah Rugayah, allahyarham
Masro meninggal lebih awal dari suami Hajjah Arfah, allahyarham Md Nor. Kisah Hajjah
Rugayah telah dinukilkan sebelum ini. Begitu juga rupanya yang menimpa Hajjah
Arfah. Allahyarham Md Nor tenang orangnya. pelembut dan tidak banyak ragamnya. Sakit batuknya
agak berlarutan. Namun ditanggungnya dengan senyuman. Semoga Allah menerima
rohnya dengan redha. Menjadi ibu tunggal dengan 11 orang anak tentu merumitkan
Hajjah Arfah. Cumanya ada anaknya yang sudah berumahtangga. Yang masih
bersekolah ramai bilangannya. Dari sekolah kebangsaan hinggalah ke sekolah
menengah. Wang pencan allahyarham suaminya dicukupkan untuk menyara segala
keperluan anak-anak yang masih bersekolah. Yang sudah bekerja membantu sedikit
sebanyak. Certita kesusahan Haji Abas cerita sekitar Malaysia merdeka tetapi cerita
kesusahan cucu-cucu Haji Abas adalah cerita jauh selepas merdeka.
Antara cucu dan suami kepada cucu Haji Abas.
Bersama anak keenam, ketujuh dan anak kelapan. Dengan pasangan masing-masing.
57 tahun kemerdekaan Malaysia bukanlah suatu
jangakmasa yang sangat panjang. Namun dalam jangkawaktu itu generasi Haji Abas
telah berkembang menjadi ratusan orang. Masing-masing menjalani hidup dalam
negara yang merdeka ini. Jika dahulu menantu-menantu Haji Abas hanya orang Batu
Pahat, sekarang ini cucu-cucu Haji Abas menerima pasangan dari negeri-negeri
yang berlainan. Tinggal pula di negeri-negeri yang berlainan. Hampir di setiap
negeri ada generasi Haji Abas dan Hajjah Aminah. Mudah-mudahan cicit-cicitnya nanti
datang dari negara yang berlainan tetapi Muslim sejagat. Anak-anak keturunan
Adam yang utuh Islamnya. Laungan merdeka Haji Abas di Padang Merbuk, Bandar
Hilir, Melaka pada 20 Februari 1956 adalah laungan semangat perjuangan untuk seluruh
generasinya hingga ke akhir zaman. Rentasan waktu selama 57 tahun yang selalu
dilupakan. Mudah-mudahan generasi Haji Abas dan Hajjah Aminah tidak melupakan
perjuangan hidup yang serba payah semasa pra-merdeka dan beberapa tahun
pasca-merdeka.
Anak keenam Haji Abas dan Hajjah Aminah bersama anak bongsunya.
Memang kita tidak pernah ingin kembali ke zaman serba
susah itu. Tetapi sekadar mengimbau selalu bahawa Haji Abas dan Hajjah Aminah
datang dari suatu sudut masa yang sempit dan menyempitkan. Satu demi satu
kekangan hidup ditempuhi dengan seadanya. Dengan sedikit keazaman untuk keluar
darinya. Allah memberikan laluan yang bukan senang. Tetapi memudahkan hati dan
perasaan. Banyak yang dapat dipelajari dari pengalaman Haji Abas dan Hajjah
Aminah. Episod ceritera mengenainya masih banyak lagi secara berturutan. Untuk sampai
ke noktah sekarang bukan semudah melompat jauh. Ceritanya perlu digali dan
dinukil. Penulis yakin banyak pengajaran darinya. Sesiapapun dapat menerapkan
pengalaman ini kepada keluarga lain di luar sana. Mereka yang sebaya Haji Abas
rasanya boleh dibilang dengan jari. Ramai yang sudah tiada. Jika ditanya,
penulis pasti ceritanya hampir sama. Mungkin bersamaan dalam banyak hal.
Maaf yang ini bukan Datuk David Arumugam. Anak ketujuh Haji Abas dan Hajjah Aminah. Bergambar bersama kakak dan suami kakaknyanya ,Haji Yunos (duduk) serta anak sulung dan cucu mereka.
Keluarga anak bongsu Haji Abas dan Hajjah Aminah.