Pada tahun 2003 dahulu
saya mengikuti kursus Sijil Pengajian Al-Quran di Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya. Ketika itu saya baru cuba berjinak-jinak dengan pengajian
Islam. Sesudah berusia 57 tahun saya mencuba menukar haluan untuk memahami
Islam secara dekat. Ketika itu juga saya memiliki persepsi agama yang cetek.
Seperti orang lain saya tahu syahadah. Saya tahu solat. Saya tahu berpuasa.
Saya tahu zakat. Saya tahu tentang
menunaikan haji. Saya juga tahu tentang beriman kepada Allah, malaikat, rasul,
kitab, hari qiamat dan qada’ dan qadar. Sebagai practicing Muslim itu sahaja yang saya tahu. Seperti orang lain
juga saya beranggapan sudah cukup apa yang saya ada. Apabila saya berhadapan
dengan ustaz dan ustazah saya juga beranggapan bahawa status mereka sama. Suatu
ketika seorang sahabat sekelas bertanya tentang sesuatu hukum. Pensyarah ketika
itu (muda orangnya) menjawab bahawa dia tidak tahu. Jika hendak jawapannya
bertanyalah kepada pensyarah yang pakar dalam bidang itu. Ada beberapa
implikasi yang saya pelajari:
1
Tidak
menjawab tidak bermakna tidak tahu.
2
Pensyarah
yang tidak mahu menjawab itu bukan pakar dalam bidang yang ditanya.
3
Ia
bukan seorang berautoriti dalam bidang yang ditanya. Maksudnya walaupun
jawapanya adalah betul tetapi dia bukan pakar yang sewajarnya memberi jawapan.
4
Menghormati
kepakaran orang lain adalah disiplin ilmu. Kita tidak boleh melampaui kepakaran
orang lain. Kecuali kita sendiri memiliki kepelbagaian kepakaran.
5
Kita
yang suka bertanya wajar pula mengetahui kepada siapa sesuatu soalan itu perlu
ditujukan.
6
Apabila
kita rasa keliru atau tidak tahu, maka di sinilah perlunya kita memulakan
langkah untuk belajar. Untuk mengetahui apa yang selama ini kita selalu
andaikan kita tahu. Yang pada hakikatnya kita sebenarnya banyak tidak tahu.
Seorang yang alim
dita’rifkan sebagai orang yang ahli atau pakar dalam bidang atau disiplinnya.
Tidak semua ustaz atau ustazah alim jika dia tidak menjadi pakar dalam
mana-mana bidang pilihannya. Mungkin
jinayat, munakahat, iqtisod, siasah atau apa sahaja bidang yang boleh dipilih.
Sama juga seorang saintis mungkin memilih bidang kepakarannya dalam bidang
fizik atau kimia atau biologi. Yang memilik fizik mungkin menjurus kepada astro physic. Jika dia benar-benar
mengetahui bidangnya maka dia dikira alim dalam bidang itu. Dalam bahasa Arab ulama’
tidak bermakna hanya orang-orang agama. Ulama’ adalah himpunan orang-orang yang
pakar dalam bidangnya. Ada sesuatu yang harus kita fikirkan. Kesemua ilmu
adalah milik Allah. Maka semua profesional harus menyedari bahawa ilmu yang ada
pada dirinya adalah ilmu Allah. Dipelajari kerana Allah. Diamalkan kerana
Allah. Disampaikan kerana Allah. Hidup dan matinya orang yang diberi ilmu itu kerana
Allah. Dia harus bersyukur kerana Allah
menganugerahkannya ilmu itu. Pada masa yang sama Allah menganugerahkan ilmu
lain kepada orang lain. Kebetulan profesional yang lain adalah ilmu agama. Di
Malaysia pula orang yang mahir agama dipanggil ulama’. Tidak diketahui salah
siapa. Orang lain yang pakar tidak dipanggil ulama’. Barangkali itu
perkembangan bahassa itu sendiri. Mengambil bahasa orang lain lalu diberi
konotasi yang berlainan.
Saya perhatikan
tidak ada ulama’ di Malaysia yang tidak bekerjaya. Atau tidak berkerja. Atau
tidak terlibat dengan aktiviti yang istiqamah. Hanya kerana mereka berjalan ke
sana dan ke mari tidak bermakna mereka tidak memiliki pekerjaan. Yang sudah
berusia emas mungkin tidak lagi bekerja kerana mereka pesara. Pernah bekerja.
Dr. Yusof Al-Qaradawi yang sudah lanjut usianya pernah bekerja. Sekarang banyak
menulis. Berderet-deret bukunya. Berjela-jela panjangnya. Dr. Zulkifli al-Bakri
pernah menjadi pensyarah di USIM. Dia bersara pilihan. Memang dia tidak
kelihatan seperti orang bekerja tetapi antara tugasnya:
1
Penasehat
Lembaga Urusan dan Tabunh Haji.
2
Penasehat
syariah Bank Muamalat.
3
Ahli
Majlis Fatwa Negeri Sembilan.
4
Ahli
Majlis Fatwa Negeri Terengganu.
5
Pengkuliah
tetap di beberapa masjid, pejabat dan jabatan di seluruh negara.
6
Penulis
buku yang proplifik.
Secara peribadai
saya pernah memberi komen bahawa dia seorang yang banyak menulis buku. Dia
tidak mengiakan komen saya. Sebaliknya menambah, jika tidak banyak undangan
berceramah mungkin lebih banyak lagi buku yang cuba dihasilkannya. Untuk
pengetahuan pembaca, buku-byku beliau bukan buku picisan. Buku-bukunya adalah
hasil penyelidikan yang menggarap topik-topik yang relevan dengan masyarakat.
Ketika berceramah dia tidak pernah membawa teks. Semuanya dikeluarkan dari
minda dan hatinya. Keluar cair seperti air meluncur. Alhamdulillah.
Kesemua ustaz dan
ustazah yang selalu keluar wajahnya di TV adalah profesional. Mereka masih
bekerja dan berkerjaya. Jika yang berusia melampaui usia bersara mereka
sebenarnya pesara. Saya rasa (pendapat peribadi saya) tidak ada kewajaran
seorang ustaz atau ustazah mendominasi minda orang Islam. Tidak mungkin. Hukum
hakam yang diberikan datangnya dari al-Quran. Ada nas yang sahih. Disokong
dengan hadith-hadith yang sahih terutamanya Bukhari dan Muslim. Selain itu dari
Nasaie, Abu Daud, Ibn Najah dan yang lain-lain. Apabila saya berjinak-jinak
mendalami agama Islam saya dapati banyak pintu yang terbuka. Seorang alim tidak
sewenang-wenangnya mengeluarkan fatwa. Tidak semudahnya mengeluarkan hukum.
Kita yag kurang mengetahui selalu beranggapan begitu. Hukum selalunya dirujuk kepada al-Quran
sebagai sumber utama. Selalu diutamakan. Kemudiannya hadith pula ditelusuri.
Dilihat pula catatan ulama’-ulama’ kabir zaman dahulu. Ulama’ yang mursyid.
Ulama’ yang terbilang. Kadang-kadang untuk mendapatkan sesuatu fatwa
diseminarkan pula. Didengar dari berbagai padangan dan sudut. Dari berbagai
bidang kepakaran. Dari yang pakar fiqh kepada yang pakar al-Quran kepada yang
pakar hadith kepada yang pakar bahasa Arab. Ada konsep takhrij dan ada konsep istinbat.
Minta maaf, tidak ada yang main hentam keromo sahaja. Itu bukan tradisi ulama’.
Mungkin rasa
kebertanggungjawaban masing-masing membawa ulama’ kepada pelbagai fikiran dan
ideologi. Percayalah, jika anda memahami agama anda akan faham. Jika anda
memahami Islam anda akan faham. Jika anda banyak mengetahui maka anda akan
faham. Ulama’ akan terus bercakap kerana itu sahaja yang dia mampu. Tiada
kemampuan tangan (kuasa). Mereka ada kemampuan untuk bercakap, maka mereka
bercakap. Cuba semak butiran cakapnya. Cari tafsir mana yang dirujuk. Hadith
mana yang diselidik. Anda akan faham bahawa dia bertanggungjawab kepada Allah.
Jika ada, jika ada ulama’ yang terkeluar dari garis-garis yang sewajarnya maka
ulama’ itulah yang harus ditunjuk secara spesifik. Merangkumkan semua ulama’ sebagai
orang-orang yang malang bukan disiplin ilmu yang baik. Melanggar disiplin
keilmuan. Seorang profesional yang mahir tentang penyelidikan dari sewaktu
bacelor hingga Sarjana dan PhD tentu tidak sembrono bercakap. Harus ada kewajaran
uuntuk melabelkan orang lain secara adil. Apatah lagi jika mereka memang ulama’
yang tugasnya memberitahu. Berdakwah. Menunjukkan yang benar dan yang salah.
Kita yang daif tidak mampu melakukannya kerana itu bukan bidang kita. Kita
bentangkan ilmu kita kepada ulama’. Nanti boleh dikaitkan dengan agama. Adanya
nas al-Quran yang berkaitan. Hadith yang menyangkut.
Sekarang ini ramai
saintis di IPT yang mendekati ilmu mereka dari kacamata agama. UKM dan USIM
umpamanya melihat agama sebagai sumber untuk melebarkan penyelidikan mereka. Prof.
Datuk Dr Yusof Othman umpamanya adalah tokoh Maal Hijrah. Penyelidikannya
sekarang bertunjangkan al-Quran. Ayat-ayat al-Quran di bibirnya. Prof. Madya
Dr. Mat Ropa Islamil adalah seorang pakar Matematik dari UPM. Dia mahir bahasa
Arab tinggi. Berminat dengan al-Quran. Nas dan hadith juga di bibirnya. Kita
lihat pula Dr. Danial, Dr. Jamnus dan ramai lagi profesional yang berada dalam
kelompok agama. Ustaz Hazrizal (Saiful Islam) adalah ulama’ muda yang aktif.
Dia memiliki syarkat konsultannya sendiri. Saya cuba berputar banyak kali.
Tidak saya temuai ulama’ yang aktif ke sana dan ke sini terdiri dari
orang-orang yang tidak bekerja. Tidak pernah bekerja. Apabila saya ke rumah
Datuk Hassan Din al-Hafiz, buku rujukannya berkeliling bilik dan meja. Bila di
rumah dia membuat rujukan. Memang dia tidak bekerja sebab dia sudah bersara.
Semua orang tahu dai bekas imam masjid negara. Imam besar Istana Negara.
Ceramahnya merentas benua dan negara seperti UK, Australia, Singapura dan
Brunei. Apa hendak diirikan. Itu kepakarannya. Ustaz Dr. Zahazan pernah menjadi
pensyarah di UIAM. Sekarang orang penting di syarikat penerbitan Telaga Biru.
Masih bekerja. Menyunting dan menulis buku.
Mungkin orang agama
diberi honorarium atau saguhati yang tinggi. Itu penilaian masyarakat. Menghargai
ilmu. Menghargai orang yang memiliki ilmu. Kita yang selalu belajar sangat
mengetahui bahawa belajar bukan kerja yang mudah. Bersengkang mata. Banyak yang
perlu dibuat dalam jangkawaktu yang tertentu. Ada time frame. Ada jadual. Ada dateline.
Terkejar ke sana dan terkejar ke sini. Perpustakaan dijengah selalu. Apabila kitab
yang diperlukan tiada maka berkira pula untuk membelinya. Menjerat perut untuk
membeli kitab. Mengurangkan makan kerana ilmu. Kadang-kadang hidup tunggang
langgang. Maka apabila sudah ada ilmu, Allah memberinya rezzeki. Terbuka orang
untuk memberi yang sewajarnya. Sesuai dengan usahanya dahulu semasa belajar. Susah
payahnya dahulu dibayar tunai oleh Allah. Kerana ilmu agama jauh perginya. Apa ilmupun
jika disalut dengan agama akan pergi jauh. Fitrah manusia sukakan agama. Apabila
muncul ulama’ yang berkalibar tentu masyarakat menjadi ghairah dengan ilmunya. Maka
ulama’ itu menjadi profesional yang wajar diberi penghormatan sebagai
profesional. Tidak wajar pula profesional lain melihat mereka dengan padangan
sinis. Dilihat dengan sebelah mata sahaja.
Marilah kita
perbetulkan persepsi kita tentang ulama’. Mereka bukan sebarang orang. Rasulullah
SAW dalam hadithnya bersabda bahawa ulama’ adalah pewaris anbia. Merekalah yang
bertanggungjawab meneruskan kerja-kerja menyebar dan memakmurkan agama kepada
orang-orang yang mengaku menganut agama. Seorang profesional tidak menghina
profesional yang lain. Semua orang penting dalam bidang masing-masing. Dalam
disiplin ilmu yang bebeza. Namun jika ilmu tidak disalut dengan agama ianya
menjadikan pakarnya menyisih dari tuntutan agama. Cuba memahami. Cuba kembali
ke dasar. Semua ilmu dari Allah. Allah yang menganugerahkan ilmu itu kepada
sesiapa yang dipilihNya. Kerana itu jangan terasa besar kerana memiliki ilmu
itu.
No comments:
Post a Comment