Dalam sebuah hadith
Rasulullah bersabda yang mafhumnya, Islam asalnya dagang dan akan kembali
dagang. Sewaktu Islam bermula di Mekah
tentangan terhadapnya sangat kuat. Orang Quraisy menjadi musuh paling tegar
kepada orang-orang Islam ketika itu. Setelah penganutnya bertambah, tentangan
itu semakin kuat. Setelah Islam bertapak di Madinah semua tentangan dapat
dipatahkan. Piagam Madinah menjadi mercutanda bermulanya sebuah negara Islam. Asas
bentuk perlembagaan di semua negara di dunia. Dari situ Islam berkembang ke
timur dan barat. Bumi Arab terletak antara dua kuasa besar dunia ketika itu. Di
timur empayar Farsi (Iran). Di barat pula Roman. Perebutan untuk menakluki bumi
Arab berterusan antara kedua empayar. Pada asalnya tentulah Islam dianggap
tidak signifikan. Bukan ancaman kepada kedua-dua empayar. Manusia merancang dan
Allah merancang. Perancangan Allah jua yang lebih baik. Ternyata masa
menyaksikan bahawa Islam menguasai bumi Arab. Bumi anbia. Empayar Roman yang
terlalu kuat dikalahkan oleh tentera Islam. Barat dapat diundurkan dari bumi
Syam. Di timur tentera Farsi juga dapat dikalahkan. Maka Islam bersinar dari timur ke barat.
Usaha dakwah mengembangkannya ke seluruh dunia. Laluan sutera membawa Islam ke
negara Cina lebih awal dari Tenggara Asia. Banyak negara di Eropah diperintah
oleh Islam. Sayangnya ia berakhir ketika zaman Uthmaniah. Ottoman Empire.
Rupanya kejayaan
selalu melekakan. Memberikan keselesaan yang mengkhayalkan. Muslim berhenti
berfikir untuk memajukan diri. Berhenti untuk memenangkan Islam terus menerus
di bumi Allah. Kekayaan, kemewahan dan kegemilangan tidak diterjemahkan menjadi
usaha berganda untuk menjadikan Islam agama yang menutupi seluruh bumi ini.
Usaha-usaha dakwah terhenti. Usaha-usaha ilmiah terkandas. Sejarah ilmu dalam
Islam dilanjutkan oleh barat. Mereka membuka lembaran-lembaran baru bidang
ilmu. Penerokaan demi penerokaan dikendalikan dengan jayanya. Asasnya ilmu
Islam. Maka mereka mendakwa semuanya datang dari barat. Selama 1,000 tahun yang
hilang itu mereka ganti dengan ilmu mereka. Walhal ilmu itu datangnya dari
Islam. Diteroka oleh sarjana Islam. Malangnya orang Islam tidak dapat
mempertahankan hak itu. Hak paten tidak ada dalam Islam. Namun kemenangan tetap
kepada Islam. Orang barat tidak dapat menafikan siapa Ibn Sina, Ibn Rusyd,
Hulagu Khan. Mereka tidak dapat menafikan ilmu falaq, ilmu matematik, ilmu
algebra, algoritma, perubatan, pembedahan, kimia, fizik, kejuruteraan dan
banyak lagi jika hendak disenaraikan. Semua itu terhenti kerana usaha barat
melakukan usaha penjajahan melalui perdagangan, perluasan tanah jajahan untuk
menguasai dunia, menguasai agama dan politik.
Penjajahan ekonmi
dan minda paling menonjol. Agama ditiadakan nilai ekonomi. Maka orang Islam
memutar laku hingga meninggalkan asas agama. Ilmu agama hanya syarat untuk
menjadi Muslim. Tidak lagi menjadi tiang yang disandarkan segala-galanya. Akhirnya
Islam menjadi agama yang besar tetapi sifat Muslimnya hilang kewibawaan. Menjadi
buih yang mudah pecah walaupun ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Kekuatan Islam
zaman gemilangnya dahulu pudar. Malah manuskrip ulama’-ulama’ terkenal banyak
yang diterbitkan di barat seperti Jerman. Banyak lagi yang hilang dari
simpanan. Masa, perang dan perubahan iklim memusnahkan banyak
manuskrip-manuskrip yang tiada nilai harganya. Apa yang kita lihat sekarang
ialah negara Islam yang mundur. Orang Islam yang dilihat hina. Ilmu seperti
dicabut dari orang Islam. Orang Islam sekarang belajar dari orang barat. Bangsa
yang dalam kegelapan selama 1,000 tahun sebelum Perang Salib pada kurun yang
ke-11 dahulu.
Penjajahan budaya
semakin menjadi-jadi. Orang Islam semakin terjebak dengan hal-hal yang
menjauhkan mereka dari rupa bangsa agama. Sosialisma dan komunisma pula
menganggap agama sebagai candu. Mereka mencipta sistem yang membuang agama. Tetapi
sebenarnya tiada siapa manusia yang boleh lari dari agama. Lari dari Allah. Karl
Marx mencipta sistem yang dianuti di seluruh dunia. Hatta di negara Islam. Cukai
pendapatan yang diamalkan di semua negara adalah ciptaan Karl Marx. Amerika yang
memerangi komunis begitu bersungguh mengamalkan cukai pendapatan Karl Marx yang
dianggap bapa segala komunis. Ramai pemimpin pada bibir mereka menyebut benci
pada komunis. Tetapi pada lahiriahnya mengamalkan sistem komunis. Sedikit demi
sedikit Allah menunjukkan kebenaran. Sistem ekonomi barat tidak dapat bertahan
lama. Sebuah demi sebuah negara barat berada dalam keadaan muflis. Turki hampir
berada dalam kelompok itu. Alhamdulillah kepimpinan yang ada mengubah dasar. Menyelamatkan
Turki dari kemelesetan. Hutang yang beribu dollar dapat dilunaskan. Ekonominya meningkat
kerana bertunjangkan Islam. Ada semangat Islam. Mereka kembali kepada Islam.
Ramai orang yang
persepsinya terbalik. Islam diberi persepsi negatif. Tidak maju, tidak suka
kemajuan dan ada sifat mundur. Persepsi yang diada-adakan. Yang dimomokkan
kepada orang Islam. Malangnya ramai pula pemimpin Islam yang menjadi burung
kakak tua. Mengulangi kata-kata orientalis. Kata-kata musuh Islam. Mereka tidak
mempertahankan Islamnya. Sebaliknya bergabung dengan barat untuk menghina
agamanya sendiri. Tidak ada ssatu ayat atau nas yang menunjukkan Islam agama
yang tidak mahu kemajuan. Islam bersifat hadhari. Maju ke hadapan. Sewaktu berperang
dengan orang Yahudi tentera Islam menggunakan teknik yang berbeza dengan
amalan. Kerana itu Allah memenangkan tentera Islam. Nabi Daud umpamanya diberi
kelebihan boleh menguasai besi. Besi lembut di tangannya. Dengannya berbagai
barangan dapat dibuat. Kemajuan banyak datang dari agama. Dari Allah. Nabi Sulaiman
terkenal dengan kehebatannya dalam senibina. Puteri Balqis terpedaya dengan
lantai istana yang seperti air. Dari seorang puteri yang angkuh ia tunduk
kepada Islam. Nabi Nuh pula manusia
pertama yang membuat kapal. Arahannya datang dari Allah. Spesifikasinya dari
Allah. Proses dan prosedurnya dari Allah. Tidak mungkin Islam agama mundur. Yang
mundur ialah pengamalnya yang melupakan dasar agama yang mereka anuti.
Situasi semasa
memang memihak kepada barat. Apabila Iran memajukan sistem persenjataannya,
barat mengecam sedangkan mereka lebih banyak memajukan senjata berbahaya. Banyak
sekatan dikenakan kepada Iran. Semua negara Islam digesa memboikot Iran. Malangnya
mereka patuh kepada arahan barat. Begitu juga apabila Pakistan memajukan teknologinya,
barat melaga-lagakannya denegan India, musuh tradisi Pakistan. Penduduk negara
Cina yang beragama Islam melebihi 50 juta orang. Mereka ditindas dan dihina. Tidak
diberi kesempatan yang meluas walaupun mereka menyumbang besar dalam ekonomi
Cina. Saya teringat Panglima Awang. Seorang pahlawan Melaka yang menjadi
tawanan Portugis. Seorang pahlawan terbilang yang dijadikan hamba oleh
Portugis. Semuanya gara-gara Melaka kalah kepada Portugis pada tahun 1511. Bangsa
yang dijajah menjadi hina. Hilang kekuatan. Ilmu dan kepandaian berfikir hilang
dari minda. Mereka menjadi tenang tanpa berfikir. Apatah lagi apabila British
menjadi penjajahnya. Mereka bijak menenangkan fikiran. Hal-hal yang sensitif
tidak diganggu. Agama dan adat dibiarkan mengikut arus. Sebaliknya kekayaan
tanah jajahan diangkut ke Britain. Apa sahaja yang berharga diangkut kembali ke
negara mereka. Yang ditinggalkan ialah jiwa yang pasif. Jumud. Tunduk kepada
salutan kebaikan British.
Siapa barat
sebenarnya. Siapa USA. Atau ada lagi yang lebih tinggi dari USA. Banyak penemuan
yang menjurus bahawa ada kelompok yang menguasai dunia. Mereka yang mengatur
arah perjalanan sesebuah kerajaan di dunia. Kesemuanya mengarah untuk
menghancurkan Islam. Untuk terus menghina Islam dan penganutnya. Kerana itu kita
melihat orang Islam seperti tidak dipandaikan. Tidak dibuka mindanya. Hanya mulut
mereka disuap. Dikenyangkan perutnya. Didendangkan dengan hiburan yang
melampau-lampau. Semangat juang hilang. Istilah
jihad diterbataskan. Usaha dikecilkan. Pemimpin yang bekerja. Rakyat tidak
perlu payah-payah. Penjajahan minda yang akhirnya menjadikan Muslim berada di
bawah tapak kaki orang lain. Itupun orang Islam tidak sedarkan dirinya berada
di bawah. Mereka gembira diinjak dan pijak. Orang Islam juga yang menghina
saudaranya sendiri yang Islam seperti mereeka. Mereka ada di mana-mana. Andainya
mereka memahami agama mereka sendiri tentu mereka tidak jadi begitu.
No comments:
Post a Comment