Saturday, August 9, 2014

Siri Dua Puluh Sembilan: Time Management Seorang Biasa

Kasih sayang yang tiada tolok bandingnya. Tidak ramai pasangan yang bersama sehingga ke hujung zaman. Kasihnya berpanjangan. Masing-masing mengerti perlunya antara satu sama lain. Dekat masih disayang. Jauh masih dirindu. Sepertinya berpisah tiada. Mengharap batas yang tiada datangnya. Ingin bersama ke hujung dunia. Semoga di akhirat bersama jua. InsyaAllah.



Masih lagi mengenai masa. Haji Abas adalah antara mereka yang sangat mematuhi waktu. Time managementnya sangat ditepati. Punctual kata orang putih. Untuk berjanji dengannya tidak boleh terlalu longgar. Tidak boleh dikatakan kepadanya bahawa esok kita bertolak pagi. Kepadanya pagi adalah antara selepas solat Subuh dengan waktu sarapan pagi iaitu pukul 8.00 pagi. Jika dijemput pada pukul 10.00 pagi omelnya sangat panjang. Yang menjemputnya tidak menjaga waktu. Antara pukul 8.00 pagi hingga pukul 10.00 pagi dia sudah membuka semula bajunya. Sudah tidur hampir 2.00 jam. Begitu juga tidak boleh dikatakan selepas Zohor atau selepas Asar atau  selepas Maghrib atau selepas Isya’. Kepadanya perlu disebut pukul dan minitnya. Mungkin pukul 9.15 pagi atau 2.10 petang dan begitulah seterusnya. Ada tanda yang boleh dipegang dengan angka yang nyata.

Keriangan sentiasa membaluti dirinya. Masa lalu yang telah pergi membawa semua yang menyukarkan dahulu. 

Kepada Haji Abas kepatuhannya kepada waktu sangat menakjubkan apabila kita berususan dengannya. Jika waktu yang dijanjikan ialah pukul 9.00 pagi dia sudah bersedia seawal pukul 8.00 pagi. Beg pakaiannya umpamanya sudah tersedia di hadapan pintu. Kasutnya sudah diletak untuk disarungkan kaki sahaja. Begitu juga cermin mata, songkok, jam tangan, cincin dan pen Parkernya. Sudah disebut sebelum ini bahawa penampilannya sangat dijaga rapi. Tidak ada yang boleh terkurang. Segalanya fit untuk dirinya. Dia sangat berminat dengan pen Parker. Sinonim kepada orang-orang yang sezaman dengannya. Terselit di bajunya. Sesekali digunakan untuk menulis nombor telefon umpamanya. Penampilan dan gaya yang diadun rapi. Pen Parker sangat popular pada zaman British dahulu. Pelajar sekolah menengah bergaya apabila menggunakan pen Parker yang diisi dengan menggunakan dakwat basah ketika itu. Pegawai-pegawai pula menggunakannya untuk mencatat sesuatu atau untuk menandatangani dokumen.

Ada beberapa prinsip menjaga waktu yang diamalkan oleh Haji Abas.

1                   Menepati janji. Ingatannya kuat apabila berkaitan dengan waktu. Jam di dinding dan jam di tangan sentiasa diperhati. Dalam sejarah hidupnya Haji Abas belum pernah tersilap waktu. Mungkin tersilap hari tetapi tidak tersilap waktu. Sangat-sangat perihatin apabila berjanji.
2                   Bersiap awal. Sudah menjadi prinsipnya supaya sentiasa bersiap awal. Untuk pergi pada hari esoknya dia sudah menyiapkan segala yang perlu sehari sebelumnya. Malam itu dia tidur lena. Pagi esoknya dia sudah bersedia seawal yang mungkin. Tidak tergesa-gesa tetapi tidak pula berlengah-lengah.
3                   Mengungguli waktu banyak kebaikannya. Mereka yang menjemputnya tidak perlu menunggu. Segala yang perlu dibawa siap sedia untuk dimasukkan ke dalam kereta. Lazimnya keperluan asas yang perlu dibawa tidak pernah tertinggal. Kecuali memang tiada hasrat untuk membawanya. Jika ada keperluan khusus dia perlu diperingatkan. Umpamanya perlu membawa baju Melayu, samping dan songkok baru kerana menghadiri majlis.
4                   Tidak membuang waktu. Bersiap awal memang suatu kebiasaan kepada Haji Abas. Beg pakaiannya sentiasa tersedia. Perlu diubah atau ditukar mana yang perlu. Kepadanya ketepatan janji yang sangat perlu. Mudah mengatur kerja sebelum dan sesudahnya. Waktu sebelumnya boleh dimanfaatkan. Setelah selesai masanya boleh dimanfaatkan juga. Masa yang tidak dihormati bukan sahaja merugikan masa itu sendiri bahkan rantaian kerugiannya menjadi tersangat panjangnya. Terbuang, sia-sia, rugi, tidak berbuat hal-hal lain yang perlu dilaksanakan di samping mungkin sedikit mengganggu rutin hidup orang lain yang tidak kita ketahui kerana kita belum biasa dengan cara hidupnya.

Pengajaran besar mengenai waktu:

1                   Demi masa manusia dalam kerugian. Sekiranya kita mematuhi masa banyak kebaikan yang akan diterima. Masa yang sedikit umpamanya dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan berbagai aktiviti. Kita ada peribahasa yang berbunyi, berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak. Tidak wajar masa dibazirkan kerana masa itu emas. Mahal dan tinggi nilainya.
2                   Menghargai masa orang lain. Dalam banyak hal janji mengenai masa melibatkan orang lain. Apabila kita berjanji bermakna kita menuntut orang lain menunaikan janjinya. Kita juga dituntut menunaikan janji itu pada waktu yang dijanjikan. Ya, pada waktu yang dijanjikan. Bayangkan seseorang yang meminta waktu pertemuan diadakan pada pukul 2.00 petang. Maksudnya itulah waktu senggang yang dia ada.  Banyak hal lain yang perlu diuruskannya. Banyak kerja lain yang perlu disiapkan sebelum dan selepasnya. Lebih-lebih lagi apabila janji itu adalah untuk datang ke rumah. Air minuman dan juadah pasti disediakan. Banyak urusannya. Itulah adat Islam dan adat Melayu. Menjamu tetamu.
3                   Tidak mementingkan diri sendiri. Dalam membuat janji kita tidak boleh memikirkan tentang pentingnya diri kita. Orang lain mungkin lebih penting. Apatah lagi jika kita berjanji dengan ketua, dengan orang besar, dengan orang yang lebih tua atau dengan orang yang kita tahu bukan jenis yang tidak ada kerja  atau yang tidak pandai menyibukkan diri. Perlu selalu diingat bahawa orang lain adalah sibuk sesibuknya. Urusan hidup manusia tidak sama.
4                   Memanfaatkan masa. Dalam pertemuan yang juga dalam bentuk ziarah, bertandang atau beraya atau hadir dalam majlis kenduri-kendara, datanglah sesuai dengan masa yang setepatnya. Jaga masa. Selepas makan, berehat sebentar kemudian minta izin untuk meninggalkan majlis. Tuan rumah perlu berkemas, berehat dan membuat kerja-kerja lain selepas sesuatu majlis. Yang penting tuan rumah perlukan tempoh bertenang setelah sibuk dengan urusan majlis. Berehat untuk meregangkan otot dan menenangkan fikiran.
5                   Masa orang bukan masa kita. Sentiasa hormati masa orang lain. Kita tidak sibuk tetapi orang lain ada kesibukannya yang tersendiri. Sebab itu Islam banyak memberi panduan tentang masa yang sesuai untuk bertandang ke rumah orang. Jangan menyusahkan mereka. Tidak datang pada waktu makan umpamanya. Bukan bermakna tiada upaya untuk memberi makan tetapi mungkin ketika itu lauk-pauknya tidak sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu. Mereka sedang menikmati menu yang bukan biasa. Kita menjangka mereka makan berlaukkan ayam, daging, udang, ikan, dan sotong sedangkan mereka makan berlaukkan ikan masin dan sayur rebus sahaja. Mungkin makluman awal boleh menyelamatkan keadaan. Tuan rumah tidak segan dan yang bertandang berpuas hati. Tidak pula datang pada waktu solat. Tidak pada waktu Maghrib kerana orang sedang hendak solat, hendak menyediakan makanan keluarga, hendak makan, hendak menguruskan anak.
6                   Mempercepat ziarah. Selesaikan tujuan kedatangan dengan segera. Jika disediakan makanan dan minuman, segeralah makan dan minum. Tidak bersembang terlalu lama kerana ianya mengakibatkan tuan rumah berada dalam kegelisahan. Fikiran dan perasaannya tidak berada di situ. Kita perlu mengerti isyarat-isyarat mata, tubuh, kelancarannya bertutur kata. Jika perbualannya semakin lambat dan banyak berhenti, itu isyarat untuk kita meminta diri. Apabila suami memandang isteri berulang-kali atau sebaliknya bermakna mereka sudah berasa letih. Mungkin sudah cukup lama.

Selalunya masa adalah sumber yang sangat terhad. Kerana itu ianya perlukan perancangan rapi.

1                   Penjadualan jangkapanjang. Fikirkan jangkamasa sesuatu hendak dicapai. Rangkakan aktiviti yang perlu dibuat.
2                   Penjadualan jangkapendek. Peringkatkan perancangan jangkapanjang menjadi penggal-penggal yag sesuai. Ada secara tahunan, bulanan, mingguan dan harian.
3                   Unjuran menegak. Fikirkan puncak segala harapan. Yang paling tinggi hendak dicapai. Yang paling banyak hendak dihimpun. Yang paling jauh hendak pergi.
4                   Unjuran mendatar. Fikirkan banyak mana yang hendak dicapai. Ke mana hendak dicari. Bagaimana mendapatkannya. Kos yang terlibat.
5                   Menjangkakan masalah dan penyelesaiannya. Setiap sesuatu ada lingkaran persekitarannya. Susah atau senang. Lama atau sekejap. Jauh atau dekat. Mahal atau murah. Jangkaan-jangkaan itu membuatkan kita mengerti masalah yang dijangka dan memberi ruang untuk kita mengelak dari menghadapi masalah yang besar.
6                   Membuat keputusan menang-menang. Dalam menggunakan waktu semua yang terlibat mendapat keuntungan. Pertemuan itu menyenangkan. Ringkas dan bermanfaat. Keberkatan pertemuan. Pahala. Mungkin rezeki darinya. 

Nota:
Perbincangan di atas adalah untuk pertemuan, ziarah, atau bertandang secara rasmi (bukan saudara terdekat atau sahabat karib). Ada keterbatasan waktu. Berbeza keadaanya apabila pertemuan berlaku antara saudara mara terdekat, adik beradik, anak-buah, jiran tetangga, ibu bapa dan anak, sahabat-sahabat karib. Pertemuan antara mereka tidak rasmi dan lebih kepada aktiviti soaial dan aktiviti keluarga. Santai dan dialu-alukan. 

Sunday, August 3, 2014

Siri Dua Puluh Lapan: Sidai Dan Lipat Melipat Kemas

Antara contoh lipatan yang selari. Dikemaskan di bahagian hadapannya. Begitu juga di bahagian sisi kanan dan kirinya.


Haji Abas tidak boleh berkompromi mengenai kekemasan dan kebersihan. Dalam dunia akademia selalunya orang berbicara antara sains dan seni. Bagi orang kampung seperti Haji Abas aspek sians diserahkan kepada pakarnya. Ia lebih selesa dengan seninya. Kepadanya seni tidak pula pernah dibincangkan dengan terperinci. Tidak juga panjang lebar. Tidak akademik. Lazimnya untuk melaksanakan yang positif dan baik-baik belaka ialah petua. Panduan umum berdasarkan pengalaman masa lampau yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. Pengalaman sebenar itu dianggap benar kerana lazimnya begitu jadinya. Apabila prosedurnya dipatuhi maka jadinya seperti yang dipetuakan. Walaupun banyak antara petua-petua itu sudah tidak terpakai namun masih ada yang digunapakai. Masih ada manfaatnya.


Jika dalam dua bahagian, susunannya tetap dikemaskan juga. Biar redup mata memandang.


Membasuh pinggan mangkuk adalah suatu proses yang perlukan penelitian. Ramai orang yang mencuci pinggan mangkuk menyangka bahawa menyabun dan membilas sudah cukup bersihnya. Sebenarnya tidak begitu. Haji Abas membasuh sesuatu alat mengambil masa yang agak lama. Membasuh sudu umpamanya mungkin seminit atau dua minit. Sabunnya banyak. Disapu banyak kali. Berulang-ulang. Sapunya lambat dan cermat. Pinggan pula apabila dibasuh diraba dengan jari untuk mengesan tanda-tanda makanan melekat atau minyak yang masih melekat. Barulah dibilas sebersih-bersihnya. Basuhan yang masih berminyak merosakkan peralatan ketika disimpan. Baki-baki tanda makanan yang melekat tentu sahaja tidak enak dipandang oleh tetamu yang dihidangkan makanan. Yang paling penting apabila disimpan keadaannya tidak sesempurna seperti yang dijangka. Seeloknya sesudah dibilas dilap hingga kering. Sesudah itu dikeringkan hingga sekering-keringnya. Barulah ianya disusun dalam simpanan sehingga sampai waktunya diperlukan semula.

Prinsipnya sama. Menyidai di tempat terlindung atau menggantung pakaian dalam almari. Dari yang panjang di sebelah kanan hingga yang paling pendek di sebelah kiri. Jarak penyangkut baju juga sama antara satu sama lain. Jika saiz dan ukuran tidak dipertimbangkan maka boleh dibaca tingkah laku pemiliknya. Kelihatan berserabut. Tidak tenang. Tiada seni. Bagaimana orang lain pandang? Biasa sahaja bagi yang tidak perihatin. Jika susunannya seperti di atas, Haji Abas pasti senyum dan mengangkat ibu jari. Angguknya memanjang. Pujiannya melambung. Bermakna didikannya berjaya diturunkan. Dia berpuas hati kerananya


Biasa melihat ampaian menyidai pakaian yang dibasuh? Berapa ramai antara kita yang perihatin akan susunannya. Tertibnya mengikut saiz. Mengikut panjang dan pendeknya. Tentang hal ini Haji Abas boleh memarahi anak-anaknya jika tidak mengikut kebiasaannya. Caranya menyidai kain sangat rapi, kemas dan dipandang menyenangkan mata dan hati. Penuh dengan seni yang menarik perhatian. Apa kehendaknya?

1                   Susun pakaian dari yang paling kecil hingga yang paling besar. Atau dari yang paling besar hingga yang paling kecil.
2                   Susun dari yang paling panjang juntaiannya hingga yang paling pendek. Atau dari yang paling pendek hingga yang paling panjang juntaiannya.
3                   Kelompokkan pakaian mengikut saiz. Deretkan dalam urutan atau sekuen yang sama. Umpamanya singlet bersama singlet. Kain pelikat bersama kain pelikat. Tuala bersama tuala.
4                   Sepit kain dan bilangannya mengikut saiz dan berat pakaian. Yang lebih besar dan lebih berat lebih banyak sepitnya supaya tidak diterbangkan angin.
5                   Juntaian sidaian tidak boleh terlalu dekat dengan tanah. Dikhuatiri apabila hujan percikan tanah terkena pakaian yang tersidai. Mungkin juga ada haiwan yang lalu di bawah penyidai seperti kucing, ayam atau kambing. Mungkin juga anjing sesat.
6                   Pakaian yang dijangka dimakan hari hendaklah disidai di tempat yang terlindung dari cahaya matahari. Baju berwarna-warni, baju batik dan sebagainya tidak boleh dijemur di bawah terik cahaya matahari secara langsung.
Yang memandang mata. Yang sejuk hati. Yang seronok perasaan. Setiap satu ada nikmatnya. Yang terbaik selalu diintai orang.


Pakaian yang sudah kering perlu segera diangkat. Selalu diperhati jika keadaan mendung atau tidak. Jika hujan dijangka turun maka kain sidaian diangkat lebih cepat supaya tidak ditimpa hujan. Sayang jika kain yang sudah kering basah semula. Dilipat dengan segera. Haji Abas tidak suka melihat pakaian berlonggok. Bukan prinsipnya. Dia tidak pernah mengajar begitu. Apabila ada pakaian kering dia akan segera melipatnya. Prinsipnya sama seperti sewaktu menyidai pakaian yang dibasuh sebelum ini.

1                   Lipat yang bersaiz besar terlebih dahulu atau yang bersaiz kecil. Kadang-kadang psikologi kita berlainan. Sebahagian orang memulakannya dengan yang kecil. Orang lain memulakan dengan lebih besar.
2                   Saiz lipatan hendaklah sama supaya cantik disusun.
3                   Kelompokkan mengikut jenis dan kekerapan kegunaan.
4                   Sususn dan simpan di dalam almari atau gerobok mengikut turutan masa. Yang lama di atas dan yang baru di bawah. Pakai yang di atas dahulu kerana lebih lama. Atau
5                   Yang baru di atas dan yang lama di bawah. Apabila hendak memakainya ambil yang di bawah. Kaedah ini menyulitkan jika tidak biasa.
6                   Susunan hendaklah serapi-rapinya supaya nampak benar-benar kemas dan sedap dipandang. Susun seperti di pasaraya.
Setiap jenias pakaian dikelompokkan mengikut kesesuaiannya. Umpamanya mini-telekung bersama yang sejenisnya. Digantung mengikut saiznya. Penyangkutnya pula pada jarak yang sekata. Nampak cantik tersusun. Sedap mata memandangnya.


Kagum dengan cara Haji Abas mengurus pakaiannya. Jika ia menyimpan pakaiannya di dalam beg pakaian, ditatangnya pakaian itu satu persatu. Dibetulkan lipatannya. Diperbetulkan kedudukannya. Dipastikan susunannya. Dia tidak ada checklist (senarai semak) tetapi mindanya merakamkan kesemuanya kerana sudah menjadi kebiasaannya begitu sejak dari muda lagi.  Apabila balik dari berjalan jauh atau dari kenduri kahwin banyak yang dilakukannya.

1                   Ditanggalkan songkok, jam tangan, cincin dan cermin mata.
2                   Diletakkan jam tangan, cincin dan cermin mata dalam bekas khusus seperti kotak atau kopiah. Atau di atas sapu tangan. Disimpan setelah kering. 
3                   Songkoknya dijemur supaya kering dari peluh. Diletakkan di atas kertas akhbar atau di atas dulang kecil.
4                   Seluar dan bajunya disidai dengan elok.
5                   Pada dasarnya setiap benda ada tempatnya. Begitu juga pakaian. Masing-masing ada tempatnya yang tersendiri.

Tidak mungkin ada anak dan cucunya yang pernah melihat Haji Abas cuai dalam menjaga pakaiannya. Seluar tidak pernah berlonggok. Pakaian tidak pernah berlonggok. Pakaian terpakai tidak dilonggok. Pakaian yang sudah kering tidak dibiarkan berlonggok. Malah jika berada di rumah anak-anak sekalipun dia menolong Hajjah Aminah melipat pakaian kering anak dan cucunya. Haji Abas terganggu jika rumah tidak kemas keadannya. Baik di rumah anak atau di rumah cucu atau di rumah saudara-saudaranya yang lain. Penampilan bukan bermakna pada diri dan jasad sahaja. Ia meliputi persekitaran tempat tinggal. Luar dan dalam rumah. Serba serbi yang boleh diurus. Yang boleh diusahakan.

Ajaran dan contoh tauladan yang unik dari Haji Abas memang yang terbaik. Elok benar bagi sesiapa mengambilnya sebagai sesuatu yang baik. Terutama anak dan cucu serta cicitnya yang menjadi pewarisnya. Ada tinggalan ilmu mengurus diri dan rumahtangga yang boleh dicontohi. Untuk itu tanamkan beberapa sikap dan sifat berikut:

1                   Programkan masa untuk berkemas. Mulakan sesuatu yang senang sebelum melakukan yang sukar.
2                   Buang sifat malas.
3                   Elakkan sifat tidak peduli.
4                   Timbulkan minat untuk menampilkan yang terbaik.
5                   Seimbangkan semua perkara. Jika penampilan diri di luar rumah kelihatan hebat maka jangkaan orang ialah persekitaran rumahtangga juga hebat sehebat orangnya.
6                   Mulakan segala-galanya dengan segera. Ada kesegeraan untuk memulakannya. Pantang Haji Abas ialah sifat bertangguh-tangguh.
7       Selalu berfikir di luar kotak. Lihat diri sendiri seperti orang lain melihat kita.

Di jabatan kerajaan atau di kementerian dan institusi pendidikan diterapkan budaya Jepun dalam mengurus hal-hal dalaman. Islam ada budayanya sendiri. Orang Melayu ada budayanya sendiri. Haji Abas tidak pernah sampai di Jepun. Tidak juga ke Eropah atau USA. Namun begitu ilmu mengemas rumah setanding dengan teori dan amalan bangsa-bangsa lain yang dilabel lebih maju. Kesemuanya kerana:

1                   Amalan.
2                   Kesungguhan.
3                   Minat.
4                   Perihatin.
5                   Sifat bersih dan kemas.
6                   Mematuhi ajaran agama.


Melakukan yang terbaik adalah satu kepuasan yang tersendiri kepada Haji Abas. Kerana itu hatinya lapang. Fikirannya tenang. Kita semua boleh mencontohinya. Mungkin lebih baik darinya. Syaratnya? Istiqamah. InsyaAllah berjaya.

Friday, August 1, 2014

Bingkisan Dari Kaherah: Israel, Anak-Anak Islam dan Imam Mahadi



Serangan Israel ke atas Palestin di Gaza sudah hampir sebulan lamanya. Lazimnya seperti USA, apabila perang melepasi jangkamasa 30 hari maka pemimpin, rakyat dan tentera mereka akan letih, bosan dan hilang minat untuk terus berperang. Berbanding dengan saudara-saudara Islam kita yang berperang kerana Allah, pihak Israel hanya mahu membuktikan superiority mereka sahaja ke atas bangsa yang lemah dan daif dalam serba serbi. Perkiraan mereka hingga setakat ini dinafikan Allah. Bangsa Palestin yang daif itu menentang Israel dengan gagah. Tiada siapapun di dalam dunia ini yang memberi harapan kepada Palestin. Tidak ada sedikitpun. Kesemuanya menjangka bahawa Israel pasti meranapkan Palestin menjadi padang jarak dan padang tekukur dalam masa beberapa jam sahaja. Namun hakikatnya tidak begitu. Tentangan sengit mengendurkan serangan Israel dari darat. Mereka gerun. Mereka gentar. Mereka ragu-ragu. Tentera Hamas yang tidak diketahui banyaknya ada di mana-mana. Membunuh dan menawan tentera Israel lebih mudah dari yang dijangka.

Israel menjerit memberitahu dunia bahawa orang Palestin adalah teroris. Ironisnya yang mereka bunuh ialah orang perempuan, orang tua dan kanak-kanak. Ramai antara kita hanya melihat yang tersurat. Yang tergambar. Yang terpapar dalam media. Malah seorang ahli parlimen Knesset Israel mencadangkan supaya semua ibu-ibu bangsa Palestin dibunuh. Mengapa dan kenapa. Sepintas lalu kita hanya melihat kenyataan itu sebagai gila. Tidak masuk akal. Zalim. Mungkin mengarut. Ethnic cleansing? Rasanya kita harus melihat di sebalik segala-galanya. Ada agenda yang lebih besar sedang diusahakan oleh Israel. Palestin hanyalah suatu eksperimen. Sekiranya Palestin dapat diranapkan maka giliran seterusnya ialah negara-negara Islam yang menunjukkan penentangan terhadap mereka. Yang menyatakan rasa benci. Yang cuba membantu Palestin. Hatta yang simpati kepada Palestin. Fikir-fikirkan. Renung-renungkan. Israel sudah terlalu hampir dengan kita. Mereka telah lama merancangkan kejatuhan Islam di negara kita. Mereka berada menjadi jiran kita. Satu-satunya pengkalan tentera dan jentera Israel di luar Israel berada di Singapura. Di seberang Tambak Johor. Ramainya orang Yahudi di Malaysia serta penyokong mereka bukan lagi rahsia yang boleh disembunyikan. Penasihat Yahudi ada di Malaysia. Cawangan Bank Dunia ada di Kuala Lumpur. Tidak mustahil jika kita mungkin terkepung seperti Palestin. Yang tinggal mungkin hanya Terengganu dan Kelantan. Di mana pemikiran kita ketika ini.

Rasanya banyak tanda-tanda akhir zaman sedang menjelang. Yahudi dan Israel sangat maklum. Mereka menanti kedatangan dajjal. Di samping itu mereka berusaha menghalang lahirnya Imam Mahadi. Atau membesarnya Imam Mahadi. Atau kemungkinan Imam Mahadi sudah wujud di kalangan umat Islam. Jangkaan masa dalam perkiraan mereka ialah lingkungan masa inilah lahirnya Imam Mahadi. Atau Imam Mahadi sudah menjadi seroang kanak-kanak atau anak muda. Untuk menghalang kehadiran Imam Mahadi maka tindakan drastik dilakukan mereka.

1                    Bunuh semua kanak-kanak Islam. Mulakan di Palestin.
2                    Bunuh semua ibu yang masih boleh melahirkan anak. Mulakan di Palestin.
3                    Bunuh semua wanita Islam yang menggalakkan anak lelaki mereka berjihad. Mulakan di Palestin.

Perang dan serangan Israel ke atas Palestin serampang banyak mata.

1                    Membunuh dan menghapuskan bangsa Palestin yang menjadi saingan terdekat mereka pada masa ini.
2                    Menguji kesetiaan pemerintah Islam yang tidak mahu masuk campur dalam urusan mereka dengan Palestin.
3                    Meneruskan keyakinan bangsa causasian terhadap Israel. Khsususnya Eropah dan USA.

Namun begitu tanda-tanda perkiraan Israel dan Yahudi tidak berjaya dilaksanakan sudah semakin jelas.

1                    Kekuatan ketenteraan mereka tidak menunjukkan dominasi yang meyakinkan ke atas Palestin, Gaza dan Hamas.
2                    Secara bersendirian Israel tidak ada kekuatan psikologi. Mereka telah dibuktikan sebagai bangsa yang pengecut.
3                    Sokongan dunia semakin menyusut. Rasa kemanusiaan mengatasi ego Israel yang cuba ditanamkan ke atas  minda bangsa lain.
4                    Ekonomi Israel terjejas teruk.
5                    Dijangka mereka akan menerima tentangan dari dalam, dari rakyatnya yang tidak lagi rasa selamat dari segi ekonomi. Mereka biasa hidup mewah. Tiada siapa yang ingin hidup susah dan sentiasa terancam.
6                    Tiada pula jaminan bahawa tentera Israel akan beroleh kemenangan ke atas Palestin.

Kita perlu mengambil pengajaran dari peristiwa yang berlaku di hadapan mata kita. Pada zaman kita.

1                    Mengukuhkan pendidikan agama, beramal dengannya dan menggalakkan orang lain supaya dekat dengan agama.
2                    Memandang keliling dengan mata hati. Mengintai muslihat musuh Islam dengan waspada.

Perang di Gaza sekarang ini seharsunya pembuka jalan yang paling wajar bagi umat Islam di seluruh dunia untuk mengumpulkan kekuatan. Kita ada dana. Kita ada modal insan. Mari sama-sama kita buka minda:

             1      Anak-anak muda ditarbiahkan melalui video, filem dan drama mengenai ancaman           terhadap Islam oleh Yahudi dan agen-agennya.
             2      Nyanyian dan muzik yang menggarap isu Islam dan ancaman terhadapnya.
             3      Pentingnya tidak berhibur yang melalaikan. Sebaliknya beringat akan ancaman               yang sedang melanda umat Islam.

Rayuan khusus kepada ibu dan bapa.

             1    Pastikan anak-anak anda bertiangserikan agama.   
             2    Latih mereka supaya berfikir untuk mengutamakan agama. Membela agama.                   Mementingkan urusan agama.
             3    Latih mereka supaya tidak pernah meninggalkan solat.
             4    Latih mereka supaya sentiasa membaca al-Quran. Bukan menghafal senikata lagu.  
             5    Latih mereka supaya sentiasa berzikir. Bukan menyanyi.

Kita diasak dari segenap penjuru. Cuba fikirkan.

1                    Makanan segera biasanya diusahakan oleh Yahudi. Mengandungi bahan-bahan yang disahkan secara saintifik tidak baik untuk minda dan jasad manusia. Hatta makanan McDonald pernah disahkan hanya sesuai untuk haiwan sahaja.
2                    Banyak produk Yahudi yang memudaratkan manusia.
3                    Memudaratkan pemikiran.
4                    Memudaratkan rohani.
5                    Memudaratkan bangsa.


Hangga setakat ini kita sendiri dan keluarga kita sendiri yang berkeupayaan mengekang pangaruh Yahudi. Tidak orang lain. Ayah ke atas anak-anaknya. Ibu ke atas anak-anaknya. Sekiranya kedua-dua mereka gagal maka sukar bagi orang lain untuk mengambil alih peranan itu. Sekali lagi penulis mohon supaya ibu bapa maklum akan ancaman ke atas  anak dan cucu mereka. Ambil tindakan yang positif untuk membendung pengaruh Israel dan Yahudi. Sedari anak-anak itu masih kecil lagi. Dari mereka masih bayi lagi.  Guru-guru silalah bagi maklumat yang menyakinkan kepada pelajar-pelajar. Supaya mereka mengerti. Maklum akan tanggungjawab mereka terhadap umat dan agama. Islam sedang terancam dengan dahsyatnya.