Serangan Israel ke atas Palestin di Gaza sudah hampir
sebulan lamanya. Lazimnya seperti USA, apabila perang melepasi jangkamasa 30
hari maka pemimpin, rakyat dan tentera mereka akan letih, bosan dan hilang
minat untuk terus berperang. Berbanding dengan saudara-saudara Islam kita yang
berperang kerana Allah, pihak Israel hanya mahu membuktikan superiority
mereka sahaja ke atas bangsa yang lemah dan daif dalam serba serbi. Perkiraan mereka
hingga setakat ini dinafikan Allah. Bangsa Palestin yang daif itu menentang Israel
dengan gagah. Tiada siapapun di dalam dunia ini yang memberi harapan kepada
Palestin. Tidak ada sedikitpun. Kesemuanya menjangka bahawa Israel pasti
meranapkan Palestin menjadi padang jarak dan padang tekukur dalam masa beberapa
jam sahaja. Namun hakikatnya tidak begitu. Tentangan sengit mengendurkan serangan
Israel dari darat. Mereka gerun. Mereka gentar. Mereka ragu-ragu. Tentera Hamas
yang tidak diketahui banyaknya ada di mana-mana. Membunuh dan menawan tentera
Israel lebih mudah dari yang dijangka.
Israel menjerit memberitahu dunia bahawa orang
Palestin adalah teroris. Ironisnya yang mereka bunuh ialah orang perempuan,
orang tua dan kanak-kanak. Ramai antara kita hanya melihat yang tersurat. Yang tergambar.
Yang terpapar dalam media. Malah seorang ahli parlimen Knesset Israel
mencadangkan supaya semua ibu-ibu bangsa Palestin dibunuh. Mengapa dan kenapa. Sepintas
lalu kita hanya melihat kenyataan itu sebagai gila. Tidak masuk akal. Zalim. Mungkin
mengarut. Ethnic cleansing? Rasanya kita harus melihat di sebalik
segala-galanya. Ada agenda yang lebih besar sedang diusahakan oleh Israel. Palestin
hanyalah suatu eksperimen. Sekiranya Palestin dapat diranapkan maka giliran
seterusnya ialah negara-negara Islam yang menunjukkan penentangan terhadap mereka.
Yang menyatakan rasa benci. Yang cuba membantu Palestin. Hatta yang simpati
kepada Palestin. Fikir-fikirkan. Renung-renungkan. Israel sudah terlalu hampir
dengan kita. Mereka telah lama merancangkan kejatuhan Islam di negara kita. Mereka
berada menjadi jiran kita. Satu-satunya pengkalan tentera dan jentera Israel di
luar Israel berada di Singapura. Di seberang Tambak Johor. Ramainya orang
Yahudi di Malaysia serta penyokong mereka bukan lagi rahsia yang boleh
disembunyikan. Penasihat Yahudi ada di Malaysia. Cawangan Bank Dunia ada di
Kuala Lumpur. Tidak mustahil jika kita mungkin terkepung seperti Palestin. Yang
tinggal mungkin hanya Terengganu dan Kelantan. Di mana pemikiran kita ketika
ini.
Rasanya banyak tanda-tanda akhir zaman sedang
menjelang. Yahudi dan Israel sangat maklum. Mereka menanti kedatangan dajjal. Di
samping itu mereka berusaha menghalang lahirnya Imam Mahadi. Atau membesarnya
Imam Mahadi. Atau kemungkinan Imam Mahadi sudah wujud di kalangan umat Islam. Jangkaan
masa dalam perkiraan mereka ialah lingkungan masa inilah lahirnya Imam Mahadi. Atau
Imam Mahadi sudah menjadi seroang kanak-kanak atau anak muda. Untuk menghalang
kehadiran Imam Mahadi maka tindakan drastik dilakukan mereka.
1
Bunuh semua kanak-kanak Islam. Mulakan di Palestin.
2
Bunuh semua ibu yang masih boleh melahirkan anak. Mulakan
di Palestin.
3
Bunuh semua wanita Islam yang menggalakkan anak lelaki
mereka berjihad. Mulakan di Palestin.
Perang dan serangan Israel ke atas Palestin serampang
banyak mata.
1
Membunuh dan menghapuskan bangsa Palestin yang menjadi
saingan terdekat mereka pada masa ini.
2
Menguji kesetiaan pemerintah Islam yang tidak mahu
masuk campur dalam urusan mereka dengan Palestin.
3
Meneruskan keyakinan bangsa causasian terhadap
Israel. Khsususnya Eropah dan USA.
Namun begitu tanda-tanda perkiraan Israel dan Yahudi
tidak berjaya dilaksanakan sudah semakin jelas.
1
Kekuatan ketenteraan mereka tidak menunjukkan dominasi
yang meyakinkan ke atas Palestin, Gaza dan Hamas.
2
Secara bersendirian Israel tidak ada kekuatan psikologi.
Mereka telah dibuktikan sebagai bangsa yang pengecut.
3
Sokongan dunia semakin menyusut. Rasa kemanusiaan
mengatasi ego Israel yang cuba ditanamkan ke atas minda bangsa lain.
4
Ekonomi Israel terjejas teruk.
5
Dijangka mereka akan menerima tentangan dari dalam,
dari rakyatnya yang tidak lagi rasa selamat dari segi ekonomi. Mereka biasa
hidup mewah. Tiada siapa yang ingin hidup susah dan sentiasa terancam.
6
Tiada pula jaminan bahawa tentera Israel akan beroleh
kemenangan ke atas Palestin.
Kita perlu mengambil pengajaran dari peristiwa yang
berlaku di hadapan mata kita. Pada zaman kita.
1
Mengukuhkan pendidikan agama, beramal dengannya dan
menggalakkan orang lain supaya dekat dengan agama.
2
Memandang keliling dengan mata hati. Mengintai muslihat
musuh Islam dengan waspada.
Perang di Gaza sekarang ini seharsunya pembuka jalan
yang paling wajar bagi umat Islam di seluruh dunia untuk mengumpulkan kekuatan.
Kita ada dana. Kita ada modal insan. Mari sama-sama kita buka minda:
1 Anak-anak muda ditarbiahkan melalui video, filem dan
drama mengenai ancaman terhadap Islam oleh Yahudi dan agen-agennya.
2 Nyanyian dan muzik yang menggarap isu Islam dan
ancaman terhadapnya.
3 Pentingnya tidak berhibur yang melalaikan. Sebaliknya
beringat akan ancaman yang sedang melanda umat Islam.
Rayuan khusus kepada ibu dan bapa.
1 Pastikan anak-anak anda bertiangserikan agama.
2 Latih mereka supaya berfikir untuk mengutamakan agama.
Membela agama. Mementingkan urusan agama.
3 Latih mereka supaya tidak pernah meninggalkan solat.
4 Latih mereka supaya sentiasa membaca al-Quran. Bukan
menghafal senikata lagu.
5 Latih mereka supaya sentiasa berzikir. Bukan menyanyi.
Kita diasak dari segenap penjuru. Cuba fikirkan.
1
Makanan segera biasanya diusahakan oleh Yahudi. Mengandungi
bahan-bahan yang disahkan secara saintifik tidak baik untuk minda dan jasad
manusia. Hatta makanan McDonald pernah disahkan hanya sesuai untuk haiwan
sahaja.
2
Banyak produk Yahudi yang memudaratkan manusia.
3
Memudaratkan pemikiran.
4
Memudaratkan rohani.
5
Memudaratkan bangsa.
Hangga setakat ini kita sendiri dan keluarga kita
sendiri yang berkeupayaan mengekang pangaruh Yahudi. Tidak orang lain. Ayah ke
atas anak-anaknya. Ibu ke atas anak-anaknya. Sekiranya kedua-dua mereka gagal maka
sukar bagi orang lain untuk mengambil alih peranan itu. Sekali lagi penulis
mohon supaya ibu bapa maklum akan ancaman ke atas anak dan cucu mereka. Ambil tindakan yang
positif untuk membendung pengaruh Israel dan Yahudi. Sedari anak-anak itu masih
kecil lagi. Dari mereka masih bayi lagi. Guru-guru silalah bagi maklumat yang
menyakinkan kepada pelajar-pelajar. Supaya mereka mengerti. Maklum akan
tanggungjawab mereka terhadap umat dan agama. Islam sedang terancam dengan dahsyatnya.
No comments:
Post a Comment