Monday, April 11, 2011

Kenapa Kosong Ruang Ini


Berapa kali kita melihat cermin dalam sehari? Pernahkah kita melihat ke dalam cermin? Wajah siapa sebenarnya yang kita lihat? Seorang Muslim yang kukuh imannya? Yang jempol akidahnya. Yang dibanggakan malaikat yang menjaganya. Yang Allah redha dengannya. Atau wajah yang tidak kita kenal. Dilihat tetapi tidak dapat mengecamnya.  Dipandang tetapi hanya iras-irasnya yang kita perasaan. Direnung tetapi bukan kita yang kita kenal. Banyak bezanya. Banyak lainnya. Banyak yang berlawanan dengan diri kita yang kita cintai. Apakah kita hanya melihat cermin sekadar jadual. Rutin yang berulang memanjang. Tugas tidak pasti yang selalu dilaksanakan tetapi tidak tahu mengapa.

Hari ini lihatlah kembali. Lihat dalam-dalam. Lihat dengan mata kepala. Lalu pergi ke mata hati. Lihat dengan deria rasa. Seni yang menghalusi budi. Jangan hanya dilihat bayang. Bukan fatamorgana. Bukan ilusi. Yang kita lihat ialah diri kita. Realiti sebuah tubuh insan yang dicipta untuk berguna memakmurkan orang-orang yang di sekeliling dan persekitarannya. Jasad yang dicipta dari tanah. Dari benih Adam. Dari turunan manusia yang diciptakan untuk memakmurkan alam. Janganlah hanya melihat anggota-anggota yang terpisah. Mata hanya sebahagiannya. Tidak ada gunanya mata cantik jika tidak ada pancagunanya. Melihat dan menghayati kebesaran Allah. Mengambil iktibar akan tanda-tanda kebesaran Allah. KeagunganNya. Maha BesarNya.

Apalah rambut yang hitam. Atau yang putih. Atau yang dwi warna. Letaknya di atas tetapi jarang pula dihormati. Aurat yang dikenal sebagai hukum. Amalnya masih jauh dari benar. Tutup tidak sempurna. Didedah menjadi haram kepada yang bukan mahram. Apalah hidung yang hidunya entah wangi entah masam. Mancungnya tidak tetapi banyak tersorong-sorong. Plastik  juga yang dicari bagi mengubah ciptaan Allah. Tidak redha mancungnya yang tidak seberapa. Apalah bibir merah bergincu jika bukan untuk berzikir. Jika dua bibir itu bukan untuk mengajar. Bukan untuk menasihat. Bukan untuk berdakwah. Bukan untuk membesarkan Allah. Bukan untuk memuji RasulNya. Bukan untuk ingat mengingat.

Banyak mana isi yang kita tusukkan ke jiwa kita.  Jiwa  kosong yang selalu kering. Jiwa kecil yang selalu takut tidak menentu. Takut yang semestinya hanya untuk Allah tetapi dialih takutkan manusia yang tidak punya apa-apa kuasa. Kuasa sedikit yang dibesar-besar. Tidak sekelumitpun berbanding kuasa Allah menghidup dan memati. Kemudian menghidup untuk selama-lamanya. Yang menurunkan hujan, embun dan madu. Yang membunga dan membuah pokok. Yang menghijaukan dedaun untuk manusia makan atau guna seperlunya. Yang melatakan haiwan yang dipelihara dan liar. Yang mengada-adakan seluruh keperluan manusia. Tiada satupun yang sia-sia. Manusia boleh hidup di mana-mana tanpa kesukaran yang tidak dapat diatasi.

Atau kita melihat cermin hanya melihat luaran diri yang kita sukai sahaja? Yang cantik lawar. Yang nampaknya bahagia sejahtera. Yang lincah ligat. Bagaimana dalamnya? Ada yang cacat cela? Yang cacatnya itu melumpuhkan seluruh sistem kebaikan yang ada. Roh yang kosong. Roh yang lompong. Dalamnya masih banyak kesangsian tentang agama. Tentang Allah. Tentang agama yang memimpinnya. Tentang hari pembalasan yang dengannya kita dikembalikan kepada Allah. Untuk diadili. Untuk dianugerah. Untuk kekal selama-lamanya di dalam syurga dengan izinNya. Dengan kurniaNya. Dengan rahmahNya. Dengan rahman dan rahimNya.  Payahkah membuang hasad dengki yang sudah bekurun-kurun diwarisi. Pesaka tentulah bagi yang baik sahaja. Kita tidak mewarisi keburukan.

Siapa sebenarnya dalam cermin yang kita lihat saban kali kita memandang cermin itu? Siapa kita dalam spektrum kemanusiaan? Kitakah yang nanti mengangkat bangsa? Mengangkat darjat? Mentarbiah ummahnya? Pada sosok tubuh itu adakah isi yang murni. Yang jernih. Yang indah. Yang telus. Yang memperkuat. Yang dipancarkan melalui akhlak mulia. Yang peka untuk membesarkan Allah. Yang menyayangi ummahnya. Yang dalam dirinya ada bibit sayang cinta. Ingin membantu. Memperbanyak ulama’. Menggegar alam semesta. Di hadapan penuh juadah pahala. Balasan baik yang selalu digandakan Allah. Yang sentiasa menanti kebaikan perbuatan kita.

Cermin tidak pernah berkata-kata. Namun cermin memberikan kita petunjuk. Memberikan kita gambaran-gambaran realiti siapa kita.  Acuan apakah yang menjadikan kita? Yang membesarkan kita? Yang mendewasakan kita? Yang mematangkan kita? Yang mendapat kemampuan-kemampuan sebegini rupa? Apalah hanya jasad kosong yang kita lihat? Yang kita bawa ke mana-mana? Cuba cari di mana pandainya? Kebijaksanaannya? Kebestariannya? Ketinggian inteleknya? Kehalusan budi pekertinya? Jika ditemui semua itu, Alhamdulillah. Jika tidak maka jasad yang masih ampuh itu sebenarnya kosong bak belon yang ditiupkan angin dan penuh dengan udara. Kosong dan mengosongkan. Hampa menghampakan. Jika dicederakan ia akan kecut mengecut. Kempis menipis. Kerangka dan binaannya habis begitu sahaja. Menjadi angin dan udara yang tidak berjisim. Tidak juga bendalir. Sudah tentu bukan pepejal yang kekal lama.

Penuhkanlah cermin itu dengan imej yang terisi. Ilmu dan maklumat yang dalam mendasari. Iqra’ yang dipraktis. Membentuk fikiran kritis. Bahasa indah yang puitis. Ingatan yang bukan sahaja nostalgik tetapi futuristik. Kesihatan dan tenaga berpanjangan. Stamina yang mengungguli kelesuan. Bukan megejar tetapi mengisi kekosongan yang kian melebar. Langkah-langkah zaman berpindah dan mengarah tinggi. Naik ke tahap mercunya. Kita perlu melihat cermin supaya ada perancangan besar untuk ummah. Ada wawasan besar untuk digapai digarap gagah. Ada lebuhraya warisan zaman untuk tinggalan kita nanti. Untuk dilestarikan berzaman-zaman lagi.

Manusia dalam cermin itu harus menyempurnakan tugas dan peranan kemanusiaannya. Untuk memakmurkan alamnya. Untuk mentarbiahkan saudaranya. Untuk membawa bekal-bekal  ke alam yang kekal abadi. Abadan abada. Maka wajiblah memperguna masa seemasanya. Membina jadual untuk melaksanakan tugas kemanusiaan itu. Untuk membangun umat agung seperti disaran agama. Seperti telah digariskan Allah. Kriteria yang telah disenaraikan.  Umat terdahulu telah teruji dengan sebaiknya. Telah berjaya membina tamadun yang ditiru dan diperkembangkan di Barat. Dengannya juga kita diasak leka hingga tidak mengetahui bahawa pakaian kehebatannya telah dipakai oleh sarjana-sarjana Barat. Keindahan beragama diambil oleh orang Barat. Dikembalikan kepada kita keburukan-keburukan yang mereka cipta. Kita jadi leka tidak menentu. Lena dengan mimpi-mimpi yang tidak membina. Alpa dan alpa. Terpana dengan dunia imaginasi yang disogokkan kepada kita. Di mana Al-Quran dan Al-Sunnah? Kembalilah kepadanya. Mudah-mudahan sesat kita kembali ke pangkal jalan. Kembali mencari lubuk. Mencari tampuk. Mencari lumpur. Mencari  belakang kerbau. Mencari gagang. Mencari tepaknya. Bangunlah bangsaku. Tidurmu terlalu lama. Jagamu ditagih. Banyak sagu yang ruyungnya perlu dipecah.

Sunday, April 10, 2011

Pelajar Malas: Motivasi

Satu masalah besar guru ialah pelajar yang tidak belajar. Tentulah banyak sebab mereka tidak belajar. Guru hendaklah tidak terburu-buru. Paling tidak baik ialah menjatuhkan hukum sebelum diadili. Menstereotaip sebelum menyelidik. Melabel sebelum tinjauan dibuat. Marah tetapi tidak membantu. Dalam hal murid yang tidak belajar ini tentulah sekali banyak sebab jika larat mencari jawapannya. Sebab itu guru hendaklah kembali ke landasan asalnya dan asasnya. Apa tugas guru sebenarnya? Jika hanya makan gaji, tidak banyak kepekaan guru. Tidak setinggi harapan negara. Jika mengisi masa, maka masa itu tidak pernah diisi.

Guru adalah ganti ibu bapa. Dia sekolah mereka parenting the students. Semua adalah anak. Anak didik yang perlu diambil perhatian. Dipantau kemajuannya. Ditinjau aktivitinya. Ditanya hal keluarganya. Ditinjau hati dan perasaannya. Ambil tahu sihat dan sakitnya. Senang dan susahnya. Anak-anak didik itu berbagai ragam dan bentuknya. Perbezaan individu yang selalu ketara. Sangat bererti bagi guru yang memandaikan anak-anak didiknya. Sangat besar hati guru yang berjaya memberi harapan kepada anak didiknya. Yang membuka jalan untuk ke hadapan. Yang memberi cahaya yang mungkin hampir terpadam. Yang meriangkan dengan kecindannya. Yang menajadikan belajar itu santai tetapi mengesankan. Yang menyenangkan dalam mengadapi kesusahan yang menyeksakan.

Di bahu guru terletaknya segala kemungkinan. Sandaran gemilang bimbingannya.   Teguran yang menjadi penawar. Nasihat yang membersih serabut dalaman jiwa.  Tunjuk ajar yang mentukan jalan lurus di hadapan. Alternatif sebagai pilihan terbaik yang perlu diredah dan diterjah. Di hadapan sana dunia kelabu yang disuluh. Yang nampak jelas bukan lagi berbalam. Kelihatan destinasi kejayaan yang menanti. Jika dahulu anak-anak didik itu teraba-raba mencari laluan. Guru menunjuk lurusnya harapan dan hasrat yang nanti dicapai dengan gemerlapan. Hati-hati kelam anak-anak didik yang menjadi cerah kerana hampak cahaya ilmu. Akan dibawa menelusuri hidup banyak likunya. Berkat bimbingan dan asam garam yang dibekalkan, anak-anak didiknya keluar ke alam semesta dengan akal budi yang terkawal. Mereka membina kehidupan dalam dakapan damai kesejahteraan.

Begitulah tugas guru yang kemuliaannya diperakui. Yang sentuhannya selalu menjadi. Kesabarannya cukup menguji. Yang harapannya selalu menjanji. Usahanya tidak pernah kenal lelah. Lesu tidak mengganti tenaga kuat subur terpancar pada rupa paras dan bahasa tubuh yang selalu terserlah. Dari sanubarinya keikhlasan menggunung tinggi. Senyumnya indah. Nafasnya usaha murni. Ungkapannya menancap di hati. Pandangannya menusuk tinggi. Bantunya mangganti kedunguan. Riak-riak gembira sejahtera dan bahagia yang selalu diberikan. Ketenangan pada hati-hati kecil anak didik yang dambakan sedikit pengertian. Pengubat kesusahan dan kemiskinan yang masih panjang memakan kesenangan yang dijanjikan. Untuk membangun keluarga dan bangsa. Lari dari igauan masa lalu yang entah kenapa. Setengah abad masih belum cukup untuk merubah segala. Masih perlu banyak masa untuk melangsaikan agenda yang belum terlaksana. Agenda bangsa yang masih banyak terlonta-lonta tanpa noktah.

Kajilah anak didikmu supaya diketahui    sihat dan sakitnya.
Makan dan minumnya. Piramid makanan yang selalu diperolehinya.
Masa dan jadualnya di luar waktu sekolah.
Ibu bapanya dan kedudakan ekonomi mereka.
Adik beradik yang banyak bantu atau susahnya.
IQnya. Kerana banyak konsep yang mungkin tidak dapat digarap.
Kerana itu banyak kerja yang tidak dapat dilaksana.
Bimbingan bagi yang lambat menangkap. Usah layan samarata sedangkan mereka tidak sama hakikat dan kebenarannya. Banyak perbezaan yang perlu diketahui.
Apa kerjanya di rumah dan pada waktu lapang.
Emosi dan psikologinya perlu diketahuai juga. Dicari titik sentuhan ajaib yang perlu dibangunkan.
Nasihat dan tunjuk ajar yang tahapnya diambil kira.
Kaunseling peribadi untuknya sendiri.
Cari nilai-nilai dalaman dirinya yang takut belum dibangunkan. Yang belum digerakkan. Yang belum sedar adanya keperluan untuk bangun.
Apa maunya. Apa hendaknya. Apa cita-citanya. Apa garapannya. Apa akal bicaranya.
Bantulah bukan menghukum. Sokonglah bukan merebahkan. Positif bukan negatif.
Binakan untuknya lingkungan yang membantu. Yang membangun. Yang maju ke hadapan dan jangan biarkan ia undur ke belakang.

Tugas guru memanglah berat. Bukan untuk tunjuk dan tulis baca. Pada guru disandarkan segala yang perlu dan berkaitan. Guru harapan untuk membesarkan cita-cita dan julangan kejayaan. Sediakanlah anak-anak didik yang dahagakan sesuatu yang besar di hadapan mereka. Hari muka yang penuh cahaya. Bahawa harapan adalah milik semua orang. Bukan orang tertentu sahaja yang nampak masa hadapanya. Anak-anak didikmu mesti juga diberi lilin dan lampu suluh untuk menerangi masa hadapannya. Mereka nanti menjadi orang-orang yang terkehadapan dan bukan menarik ke belakang yang menyusahkan. Biar mereka memimpin dan bukan jadi pengikut yang suka menghalang. Jadilah mereka warganegara yang besar jiwanya. Yang tinggi cita-citanya. Yang besar menggunungkan harapan.

Yang guru tinggalkan nanti adalah warisan bangsa. Warisan budaya. Warisan zaman yng panjang memanjang zaman mereka nanti. Peluang ini mungkin datang sekali. Ruang yang sedikit untuk diisi. Tunaikanlah hajat anak-anak didikmu. Memenuhi kehendak ibu bapa mereka. Harapan masyarakat dan negara tercinta.

Friday, April 8, 2011

JERI


Falsafah adalah guiding factor dalam membina sesuatu bangsa. Mesti ada landasan kukuh yang dengannya warga sesebuah bangsa melestarikan kesinambungan generasinya. Falsafah memberikan panduan dan padanan untuk merealisasikan cita dan hasrat orang dewasa untuk anak cucu mereka. Usaha dan strateginya difikirkan dalam-dalam. Diperhalusi segala liku-likunya. Ditimbang dan ditilik baik dan buruknya. Yang terhasil ialah pandangan jauh suatu bangsa akan keperihalan generasi mereka akan datang. Suatu harapan yang mengatasi kebimbangan. Azam untuk memberikan yang terbaik. Untuk meninggalkan warisan terbaik bagi generasinya nanti.

Pendidikan bukan sekadar tulis baca. Bukan sekadar kira dan jumlah. Bukan sekadar berbaris dan berhimpun.  Bukan sekadar datang dan pergi. Bukan sekadar menggalas beg-beg besar yang menyiksakan. Bukan sekadar duduk dan mendengar. Bukan sekadar mendengar cakap-cakap guru yang penuh dengan konsep yang kabur. Abstrak. Bukan sekadar berlari dan bermain. Bukan sekadar uji dan periksa. Apa maknanya markah banyak dan sedikit? Bagaimana untuk belajar lebih tinggi? Kerja apa yang nanti boleh dijawat? Setinggi mana harapan majikan? Harapan keluarga? Harapan negara? Harapan orang-orang dewasa yang ada di sekeliling?

Lalu digubal yang namanya falsafah. Tidak kiralah namanya yang selalu berubah. Hari ini Falsafah Pendidikan Negara. Esok Falsafah Pendidikan Kebangsaan.  Ringkas cerita Falsafah Pendidikan (FP). Belajar ada matlamat bagi individu. Ia ingin jadi pandai. Diukur dan dinilai pandainya. Ada tahap-tahap yang perlu didaki. Memanjat usia. Mematangkan pemikiran. Menjernihkan kefahaman. Meluweskan pandangan dan tindakan. Boleh memilih keutamaan. Boleh menentukan pilihan terbaik. Waras dan siuman. Sihat dan bertenaga. Produktif dan aktif. Proaktif dan berkehadapan.

Jika tanpa apa-apa matlamat, pendidikan menjadi lebuhraya yang tiada penghujung. Laut yang tidak bertepi. Langit yang tiada sempadan. FP memberikan stesen-stesen untuk dilabuhi. Destinasi untuk menamatkan pengembaraan ilmu. Mengaplikasi dan mentarbiahkan apa yang ada. Teknologi digarap kerana itu adalah the state of the art. Pendidikan bukan sama untuk semua orang. Bukan serupa untuk kebanyakan orang. Ada tahap-tahap yang dapat dicapai. Pendemokrasian pendidikan hanya membenarkan bahawa semua orang diberi peluang yang sama rata. Individu yang mencari kelebihan. Mencari yang lebih tinggi. Berada pada tahap yang lebih tinggi. Dalam kejar dan lari itu pasti ada yang tertinggal di belakang. Tidak mengapalah. Yang di hadapan berlarilah mengejar ufuk kejayaan. Pelangi-pelangi indah merentang zaman. Untuk bangsa gemilang.

Dalam pencarian yang terbaik itu individu tidak terlepas dari membawa bekal dirinya sendiri. Apa yang ada pada dirinya itu cukup besar ertinya. Tanpanya dia menghadapi kesukaran untuk melangkah jauh. Jasmani yang kuat tidak semestinya berotot sasa. Mengangkat berat hingga menjadi Mr. Universe. Tidak perlu jadi superman. Yang diperlukan ialah kekuatan fizikal yang namanya sihat walafiat. Boleh bergerak pantas menyaingi kepantasan dunia yang gerakannya semakin laju. Boleh bekerja tanpa gangguan kelesuan dan kepenatan. Tidak mudah menjadi layu. Burn out. Tenaganya tidak mengira jam dan waktu. Tidak mengira hari dan minggu. Tempoh kerjanya selama 40 tahun barangkali tanpa gangguan dan kekangan kesihatan. Ia dilihat sihat. Dilihat kuat. Dilihat kejap. Dilihat bersemangat. Jalannya pantas. Kerjanya cekatan.

Jasmani yang sihat perlu rehat yang mencukupi. Tidak perlu tidur yang memanjang. Cukup sekadar tidur lena yang menasabah lamanya. Lena itu yang penting. Alam sekitar memainkan peranan penting dalam memelihara kesihatan diri. Jauh dari pencemaran dan gangguan seperti kebisingan, suasana kelam kabut, debu yang menutup pandangan. Bau yang menutup rongga berfikir. Maka makanan juga sama pentingnya. Piramid makanan jarang diambil kira. Untuk sihat kenalah berkira dengan piramid itu. Makanan yang perlu dibanyakkan mesti menjadi pilihan. Gula mesti dikurang. Mesti. Terlalu banyak bencananya. Begitu juga garam. Daging dan makanan laut yang tinggi kolestrolnya. Kena jaga semuanya. Ia berangkai dan tidak boleh diabaikan. Di sekolah didik pelajar dengan piramid ini. Pasakkan dalam diri mereka besarnya faedah untuk menghindar penyakit  fatal yang dinamakan lemah jantung, kencing manis, darah tinggi, sakit buah pinggang, barah. Begitu amalan kesihatan untuk menjauhkan AIDS, selsema burung, ebola dan penyakit-penyakit berjangkit yang lain. Ada yang kerana keturunan dan ada pula melalui persekitaran.

Emosi adalah suatu hal dalaman. Jasmani yang sihat banyak membantu menenangkan emosi. Pakar-pakar psikilogi mencari jalan untuk individu menjaga keharmonian emosinya. Emotional Quotient (EQ) diberi perhatian untuk membangunkan manusia yang tenang dan stabil. Yang berkeupayaan menghadapi tekanan dan terjahan. Gangguan masa dan deraan minda kerana beban belajar yang tidak mampu digalas. Bagi orang dewasa mungkin gagal menanangi kehidupan orang dewasa. Rumahtangga dan keluarga. Ditambah pula dengan masalah kerja dan kerjaya. Kasih sayang dikatakan antara strategi membina ketenangan. Mendamaikan jiwa. Memberikan erti yang tinggi kerana hidup menjadi lapang dan ringan. Guru harus banyak memberi kasih sayang tersebut. Mereka adalah ganti ibu bapa. The last bastion.  

Keadilan juga memberi ketenangan. Bahawa pelajar diberi hak yang menjadi hak mereka. Segala tindakan yang hak menenangkan fikiran. Tidak terasa didiskriminasi. Yang benar adalah benar. Yang salah adalah salah. Pelajar masih muda untuk belajar. Guru yang memberikan itu kepada mereka. Didik dengan kasih sayang. Diberi keadilan layanan. Hatta hukuman yang diberi juga dimaklumkan sebab dan akibatnya. Biar mereka melihat secara adil. Bahawa keadilan adalah untuk maslahah umum. Bukan untuk kepentingan individu. Tidak ada orang yang terabai dari segi keadilan. Keadilan itu dirasa adil. Dilihat adil. Diterima adil. Emois yang terbina tenteram dan damai melahirkan individu yang ketahanan fizikal dan mentalnya pada tahap tinggi. Dapat diharap untuk menghadapi cabaran-cabaran hari muka yang tentunya tidak menentu dan volatile. Dia sepatutnya dibangunkan supaya can wriggle through any tight situation.

Kesempurnaan seseorang individu bergantung juga kepada kemantapan rohaninya. Dalaman dirinya perlu dibina dan dibangunkan supaya jiwanya penuh. Supaya rohnya kenyang. Supaya sanubarinya diisi dengan hal-hal yang menyangkut dengan iman, agama, akhlak dan disiplin diri yang kuat. Iman dan agama menjadi perisai untuk mendepani cabaran-cabaran akidah. Momokan asing. Dogma-dogma dan ism-ism yang memesongkan. Doktrin-doktrin yang mencemarkan. Kepercayaan-kepercayaan yang melarikan dari fitrah beragama. Merosakkan iman. Freedom  dan human rights bukan pemutus ke arah kebahagian hakiki. Rohani yang damai itulah yang membahagiakan. Roh di dalam itulah yang perlu diisi. Diberi nafas. Diberi erti. Jasad hanya pakaian. Bila rohani sihat, maka jasad itu turut sihat. Pendidikan agama yang mencakup akidah, ibadah dan akhlak diharmonikan supaya manusia yang keluar dari sekolah adalah all-rounded. Pendidikan agama sepatutnya semakin diperhebatkan kerana cabaran globalisasi semakin mendesak. Pencemaran kebudayaan semakin mengganas. Langit semakin terbuka luas. Teknologi sudah tidak lagi memilih yang benar dan salah. Mereka yang rohaninya kebal sahaja yang berkeupayaan berhadapan dengan cabaran semasa dan cabaran akan datang. Rohani menyediakan fokus itu.

Intelek adalah aset penting individu yang tinggi nilainya. Mereka yang inteleknya tinggi semakin  dicari dan dihambat. Yang mencari semakin ramai. Manusia semakin mabuk dengan kemajuan. Tetapi mereka tidak berhenti setakat yang ada. Banyak lagi cetusan intelek yang lebih membangunkan lagi intelek pada keseluruhannya. Setiap individu memiliki intelek. Ada yang mudah dibangunkan. Ada pula yang sukar dibangunkan. Keluarga banyak membantu. Sekolah perlu membantu. Tulis baca hanya asasnya. Bila kita pergi kepada matematik, kalkulus, fizik, algebra, trigonomerti, astronomi, kimia, genetik, pengklonan dan banyak lagi bidang tentulahlah individu yang terlibat bukan calang-calang inteleknya. Intelek perlu pula direncanakan. Berperingkat-peringkat. Dari tahap ke tahap. Berdasarkan usia dan kematangan. Sekolah menyediakan ruang dan peluang bagi pelajar membangunkan intelek mereka. Aktiviti akademik, ujikaji, penerokaan, hujjah dan berfikir membantu mereka ke arah mengembangkan lagi intelek mereka.

Maka atas dasar itu JERI yang ditunjangkan dalam FP itu perlu digarap untuk merealisasikan natijah yang diharap. Guru harus fokus untuk melahirkan insan-insan yang serba boleh tersebut. Prasarana di semua institut pendidikan facilitate ke arah itu. Harus dicipta budaya cintakan ilmu. Perpustakaan dan pusat sumber diperkasakan. Jangan jadikannya seperti perhentian yang merimaskan. Tidak ada yang baru untuk menarik hati dan perasaan. Jauh untuk membantu berfikir. Sekolah adalah gedung ilmu. Gurunya boleh digurui. Bukan sahaja menjadi guru kepada pelajar-pelajarnya bahkan juga menjadi guru kepada ibu bapa dan masayarakat sekelilingnya. Banyak perkongsian pintar yang dilimpahkan keluar dari dinding dan tembok sekolah. Mutiara-mutiara indah bergemerlapan yang memberi cahaya. Mudah-mudahan FP menyinar. Menerang dengan cahaya ilmu.

Monday, April 4, 2011

Kayap Yang Mahal


Antara yang paling mahal di luar negara ialah hal-hal yang berkaitan dengan perubatan dan kesihatan. Ramai orang putih yang mungkin memilih untuk tidak dirawat kerana terlalu mahal kosnya. Kerajaan mereka memperundangkan supaya setiap rakyatnya memiliki insuran kesihatan. Namun begitu bagi kebanyakan orang  insuran itupun tidak mencukupi. Masih terlalu tinggi bayaran perubatan yang mesti ditanggung. Kita di Malaysia ada prancangan yang serupa. Setakat ini bantahan orang ramai didengar lagi oleh kerajaan. Jika dilaksanakan juga mungkin keadaan yang sama seperti di US akan berlaku di sini. Ramai orang kita yang tidak termampu untuk  membiayai kos perubatan. Hospital swasta yang adapun sudah dikkira tinggi mengenakan bayarannya. Jika ada insuran entahlah apa akan jadi nanti.

Ada beberapa perkara yang mungkin tidak dilihat dengan mata kasar. Pertama bayaran konsultasi. Keduanya bayaran rawatan. Ketiganya bayaran ubat-ubatan. Keempatnya bayaran fasiliti. Kelimanya bayaran goodwill atau imej institusi yang menawarkan perkhidmatan perubatan itu. Pada dasarnya hospital kerajaan tidak mengenakan bayaran tinggi kerana yang melanggani hospital kerajaan adalah rakyat marhaen. Tanggungjawab kerajaan memberikan khidmat perubatan. Rakyat yang sihat menjadi crucial kepada warganegara yang produktif.

Di US bayaran konsultasi bergantung kepada jenis penyakit yang didiagnosis. Lebih berat sakitnya lebih mahal bayarannya kerana penyakit yang berat itu perlukan banyak alat canggih. Perlukan pakar-pakar yang khusus. Bayaran konsultsi paling murah sekitar USD25 pada tahun 1985/86. Sekarang tentulah bertambah jumlahnya. Faktor inflasi. Itupun untuk demam biasa.  Bayaran rawatan antara yang mahal kerana seperti biasa peralatan dan teknologi menentukannya. Lebih canggih peralatannya lebih mahal bayaran yang dikenakan. Juga bergantung kepada jangkamasa rawatan itu. Doktor tidak menyediakan ubat-ubatan. Hospital memiliki farmasinya sendiri. Doktor biasa tidak menyediakan ubat. Perundangannya begitu di US. Segala ubat-ubatan dibeli dari farmasi yang selalunya diberi lesen operasi.

Konsultasi lain bayarannya. Ubat lain pula. Rawatan juga lain lagi. Kos perubatan memang semakin tinggi. Jenis penyakit yang dihidapi juga semakin sukar dirawat. Maka penyelidikan yang berterusan dijalankan untuk menemukan ubat-ubatan yang sesuai. Mengesan penyakit sahaja sudah perlukan peralatan canggih. Mungkin the state of the art.  Kadang-kadang kerajaan sendiri tiada pakar dan alat secanggih yang dimiliki hospital swasta. Pada tahun 80an dahulu saya bertanggungjawab kepada HEP di Politeknik Ungku Omar. Suatu hari seorang pelajar mengalami kemalangan motorsikal. Kepalanya perlu dix-ray. Di Hospital Ipoh kerajaan memiliki seorang neurosurgeon. Malangnya hospital tidak memiliki
x-ray yang diperlukan.  Pelajar tersebut terpaksa dirujuk ke Ipoh Specialist Centre. Filem x-raynya sahaja yang dibawa ke hospital.


Cerita mengenai sakit dan rawatan ini membawa saya mengingat kes anak sulung saya terkena kayap di pipinya sewaktu di US dahulu. Tiba-tiba terdapat bintit merah di pipinya. Selang beberapa hari sudah merebak banyak. Hingga ke hidung pula. Bergegas saya ke hospital yang paling dekat. Mula-mula datang seorang doktor. Di belek-beleknya pipi anak saya. Kemudian dia hilang. Datang pula seorang doktor lain. Sama sahaja yang dilakukannya. Belek-belek kemudian hilang. Tidak lama selepas itu datang pula seorag doktor yang lain.   Lalu diambil sebahagian keruping di pipi anak saya untuk laboratory test. Kami diminta datang pada suatu tarikh lain. Seingat saya tiga hari kemudian.

Bila kami datang semula disahkan bahawa itu adalah penyakit kulit. Bagi orang Melayu namanya kayap. Kenapa tiga orang doktor yang memeriksa anak saya? Pada waktu itu saya tidak begitu arif. Tidak pernah pesakit dirawat seramai itu di Malaysia. Lebih-lebih lagi hospital kerajaan. Malah tidak mungkin di klinik-klinik kerajaan. Tetapi itu sudah menjadi standard procrdure di US pada tahun-tahun 80an. Maknanhya sudah tiga dekat kita tertinggal dari segi perawatan di hospital. 30 tahun adalah suatu jangkamasa yang lama. Satu contoh klasik betapa jauhnya lagi kita hendak mencapai status negara maju. 2020 nanti, negara maju sekarang sudah melonjak terlalu jauh untuk dikejar.


Doktor pertama membuat tinjauan awal. Cuba mentafsir jenis penyakit yang dihidapi anak saya. Doktor kedua adalah untuk mendapatkan pendapat kedua. Takut-takut bercanggah. Doktor ketiga yang memberi kata putus. Tiga orang memberikan peluang untuk wujudnya pendapat majoriti. Ubat saya beli di farmasi juga. Hospital hanya mendiagnisis dan memberikan jawapan. Ubat di farmasi sahaja. Melalui insuran kesihatan yang dibekalkan oleh kerajaan kepada saya kos rawatan itu dibayar. Tidak banyak nampaknya kepada orang US. Kepada saya memang mahal kerana jumlahnya USD285. Hanya untuk membelek pipi anak saya. Hanya untuk menjalankan sedikit skin graft test.

    
Banyak penyakit yang dapat dihindar. InsyaAllah. Jika datang juga maka itu adalah ujian. Cubaan. Ingatan Allah kepada kita. Untuk menginsafi perlunnya kita kepada Allah. Penyakit datang dariNya. Dia yang menyembuhkannya.  Ubat-ubatan yang sesuai datangnya dari Allah. Penyembuhan adalah kuasa Allah. Jagalah kesihatan kerana nilainya tidak terhingga.  Jagalah masa sihat sebelum datangnya masa sakit. Kosnya tinggi bagi marawat penyakit. Hanya yang pernah mengalami sahaja yang mengetahui peritnya sakit. Kosnya satu hal. Deritanya satu hal yang lain. Lain-lain kesulitan terpaksa ditanggung. Berturutan. Berselisih ganti. Redha yang dituntut. Berusaha sebelum bertawakal. Berserah kepada Allah.   

Sunday, April 3, 2011

Berbezakah Anak Lelaki dan Anak Perempuan?


Kebanyakan orang mahukan anak lelaki. Bila ramai anak lelaki teringin pula anak perempuan. Yang mana satu pilihan terbaik? Atau mencukupi? Atau kombinasi terbaik? Anak, dalam apa bentuknya adalah anugerah Allah. Anugerah Allah semuanya memberi manfaat. Tidak ada kelebihannya antara anak lelaki dan anak perempuan. Sama juga tidak ada kelebihannya antara lelaki dan perempuan kerana Allah memilih yang lebih tinggi taqwanya. Bukan jantina. Bukan gender. Ia hanya keperluan dunia. Untuk mereka berkasih sayang. Untuk melestarikan kesinambungan warisan generasi.

Dalam dunia yang serba memerlukan ini, lelaki atau perempuan bukan batas pemisah yang memisahkan. Ianya bukan lagi perlukan diskriminasi. Tidak lagi diperlukan  stereotaip. Tiada juga segregasi. Jauh pula segmentasi. Dunia yang semakin kalut ini perlukan manusia yang seba boleh. Survival mereka mestilah tinggi. Kadarnya melebihi paras biasa. Untuk survival to the fullest, mereka perlukan latihan dan latihan. Pengalaman segera dan lestari setiap masa.  Pengalaman itu pula mestilah relevan dengan kehidupan yang pasti akan dilalui. Sekejap atau lama bukan isu. Yang penting sesuatu itu pasti datang sebagai cabaran hidup kerana sifatnya  manusia.

Selalu orang berkata anak lelaki dan anak perempuan berbeza. Siapa yang membezakannya? Yang  arif tentulah ibu bapanya. Yang tahu ialah ibu bapanya. Yang  maaruf tentulah ibu bapanya. Yang alim tentang anak tentu juga ibu bapanya. Di mana mereka dalam continuum antara memahami dan memandang sepi? Mengadili atau menzalimi?  Kasih sayang yang dicurahkan adalah yang benar. Yang hak sebagai anak. Jantina adalah faktor kedua. Sebagai ibu bapa kita ingn menyediakan anak kita untuk zamanya akan datang. Mungkin berpuluh atau beratus tahun yang akan datang.  What would make them up? Apakah faktor-faktor pelengkap seorang manusia untuk dekad-dekad yang akan datang?

The social landscape is changing. Penghidupan yang dituntut dari anak tidak lagi membezakan antara jantina mereka.  Tidak sepatutnya distereotaip bahawa anak perempuan itu mesti baik. Mesti duduk di rumah. Mesti menunjukkan kasih sayang. Mesti tahu berkemas rumah. Mesti tahu menyiapkan katil. Mesti maklum tugas rumahtangga. Mesti pandai menyapu sampah. Mesti tahu memasak. Mesti tahu menjahit baju. Mesti submissive. Maksudnya tidak nakal. Tidak menghadapi masalah disiplin. Kekal dengan sifat perempuan yang normal. Stereotype. Bahawa anak lelaki pula mesti lasak. Merosak. Tidak mendengar kata. Tidak perlu tahu hal rumahtangga. Tidak perlu pandai memasak. Tidak mungkin menjahit. Apatah lagi menjaga anak. Mana mungkin memandikan anak. Memakaikan mereka. Mendodoi dan menidurkan mereka.

Siapa yang membina persepsi ini jika bukan ibu bapa? Persepsinya dibina oleh ibu bapa. Jangan pula kita lupa anak itu dibin dan dibintikan seorang bapa. Seorang suami. Yang juga seorang anak kepada seorang ibu. Seorang pemimpin yang memimpin lelaki dan wanita. Anak-anak semuanya dilahirkan bersih. Ibu bapa yang menjadikan  mereka Yahudi, Nasrani  atau Majusi. Begitulah mafhum sabda Rasullullah.  Lelaki dan wanita sekarang kebanyakannya bekerja. Maka kedua-duannya perlukan ilmu-rumahtangga. Tanpanya kedudukan sosial seseorang itu tiada ertinya. Siapa anak itu bila dewasa bergantung kepada ibu bapanya. Siapa anak itu bila keluar dari rumahnya bercorakkan ibu bapanya.

Menjadi ibu bapa bukan sekadar mensenyawakan benih lelaki dan telur perempuan. Apa yag terjadi selepas itu menjadi peranan berat ibu bapa. Lebih-lebih lagi bapa. Anak adalah gabungan trait dan warisan ibu bapanya.  Bila ia dilahirkan ibu bapanya yang menjadi warisannya. Tujuh tahun yang pertama dalam hidupnya hanya ibu bapanya sahaja yang terbaik untuknya. Selepas tujuh tahun guru dan rakan-rakannya yang mengambil alih peranan ibu bapa. Malang juga kerana sepatutnya ibu bapa berperanan sehingga anak tamat pengajian dan mula bekerja. Ibu bapa melepaskannya sedikit demi sedikit. Andainhya ialah apabila anak itu sudah pandai berjalan maka jalannya tidak jatuh-jatuh lagi. Tidak tersandung di mana-mana. Tidak jatuh hingga membawa parah. Luka sedikit di mana-mana kulit badan lumrah baginya.

Maka untuk itu ibu bapa hendaklah mendidik anak seperlunya. Ia mestilah boleh function sebagai manusia yang normal. Suka kebersihan. Gemar kecantikan. Mengungguli keteraturan. Memihak kepada sistem yang licin. Mengutamakan kesihatan. Anak-anak mungkin belajar di sekolah. Namun sekolah hanya memberi yang terlalu sedikit.  Ibu bapa dan keberadaan di rumah memerlukan supaya anak-anak dididik sewajarnya. Ilmu-ilmu untuk survival paling utama. Benda-benda kecil yang perlu dilakukan oleh semua orang. Paip bocor sedikit tidak perlu dipanggil plumber. Bulb lampu terbakar tidak perlu dipanggil juruteknik.  Isteri seharusnya pandai memasak. Bila isteri sakit bagaimana? Suami mesti juga, saya ulang, mesti juga pandai memasak. Yang dimasak tidak mesti seperti yang dimasak oleh isteri. Tetapi pandai memasak untuk hidup. Untuk survive. Untuk menukar selera. Untuk membina kefahaman. Untuk menyedari bahawa bekerja di dapur bukan sesuatu yang mudah. Kerja isteri di rumah bukan sesenang seperti disangka. Jangan prejudis. Bina pengalaman sendiri untuk memahami. Yang nanti untuk menghormati. Supaya nanti boleh meraikan hak orang lain. Orang yang namanya isteri atau suami.

Rumahtangga hak suami. Isteri membantu. Oleh itu anak lelaki hendaklah diajar. Hendaklah diasuh. Hendaklah dididik. Hendaklah dibimbing. Hendaklah diberi tunjuk ajar. Tanamkan sifat kepekaan yang tinggi. Yang perihatin dengan alam sekitar di sekelilingnya. Pandaikan dia berkemas. Pandaikan dia memasak. Pandaikan dia menyusun atur. Pandaikan dia dengan elemen-elemen kesihatan keluarga dan diri.  Melayan anak lelaki dengan prasangka adalah sesuatu yang nanti merosakkan. Stereotyping bukan sesuatu yang hak lagi. Apabila ibu bapa tidak bersusah payah mendidik anak semasa kecilnya nanti apabila mereka dewasa mereka menyusahkan pula kedua ibu bapa mereka.

Ibu bapa mestilah memulakan sesuatu yang baik. Memisahkan diri dari kebisaan yang tidak biasa. Jika dulu ibubapanya tidak sempurna, maka mulakanlah sesuatu yang lebih sempurna untuk anak-anak.   Mulakan dari diri sendiri. Orang lain tidak dapat membantu. Sesuatu yang hendak dimulakan, mulakan dari diri sendiri. Dari kita sendiri. Dari keluarga kita sendiri. Anak-anak kita memulakannya. Mereka mendapat pangalaman primer. Mudah-mudahan generasi kita terbina di atas landasan yang lebih laik. Lebih sempurna. Ajar anak-anak dengan kebiasaan yang baik. Positif. Berkemas dan memasak. Membasuh dan menggosk baju. Menghidang dan mengemas meja. Tidur dan mengemas katil. Membuang sampah dan menyapu. Membasuh bilik air dan merapikannya. Membasuh pinggan mangkuk, periuk belanga dan kuali. Pandai pula menyusunnya. Pandai menyidai pakaian yang dibasuh dan melipatya yang kering. Pandai pula menyidai pakaian yang terpakai. Kemas dan berkemas. Tahu makan dan tahu memasaak dan berkemas di dapur. Jadi manusia normal. Bukan memerintah. Bukan menunggu. Bukan pula mengganggu.

Semua anak mestilah berfungsi sebagai manusia biasa. Normal. Tidak bermakna anak perempuan berbeza dari anak lelaki. Sebagai manusia mereka mestilah boleh menyelesaikan semua urusan diri, rumahtangga dan keluarga tanpa banyak soal jawab. Dari kecil sudah terdidik untuk melakukan yang terbaik. Alasan bahawa lelaki berbeza dengan perempuan akan menyusahkan nanti apabila mereka sudah membentuk peribadi yang kekal. Minda akan jumud. Ta’sub dengan sesuatu yang bukan-bukan. Jawapan kepada soalan-soalan mudah menyakitkan hati bila didengar. Senang sahaja rujukannya. Kepada mereka, datuk saya tidak kisah. Ibu bapa saya tidak kisah. Jiran saya tidak kisah. Masyarakat tidak kisah. Mengapa seorang dua menjadi sangat menyusahkan. Memaksa supaya anak itu untuk kisah. Menyusahkan dia kerana di luar kebisaan. Benda baru yang tidak dibisakan.

Kembali usaha untuk membina keluarga. Bagaimana kita mengenal bangsa? Maksudnya anak itu anak siapa? Siapa ibu bapanya? Dari mana asalnya? Semua jawapan itu menjurus kepada ibu bapa. Bapa kepada anak itu. Ibu kepada anak itu.   Nati tersa ngkut keluarganya yang jauh.  Datukny ayang sudah tua. Jawatan ibu bapa itu sendiri. Perofesionnya akan tersentuh. Anak-ana itu mewarisi ibu bapa nya. Anak-anak itu warisan kedua ibu bapanya. Dalam jangka panjang anak-anaka tidak menyumbang untuk menaikkan martabat keluarga. Mendidik anak semasa kecil seperti tidak signifikan. Walhal semaa kecil itulah kebisaan harus dipupuk. Dikuatkan. Diperkasakan. Dimahirkan. Bekalan untuk anak-anak itu membesar. Dewasa. Menjadi manusia berwibawa. Warganegara yang membina negara. Memperkasa keluarga.

Anak-anak itu anak kita. Pada diri mereka terpancar segala-galanya tentang kita. Apapun yang ada pada mereka, kita yang dicoraknya. Yang menyangkut sandarannya. Berumahtangga itu sesuatu yang agak mudah. Namun demikian membina keluarga bukan semudah yang dijangka. Banyak yang perlu dipelajari. Tidak boleh menganggap ringan. Taraf pendidikan bukan jaminan melahirkan keluarga bahagia. Yang rumahnya baiti jannati.  Kasih sayangnya mawaddah. Mencari keredhaan Allah. Oleh itu ibu bapa hendaklah belajar menjadi ibu bapa.  Bukan menjadi suami semata-mata. Bukan menjadi ibu semata-mata. Ilmu keibubapaan mesti dipelajari. Banyak memerhati. Banyak mendengar. Banyak bertanya. Banyak berusaha. Banyak mencari. Banyak membaca. Banyak mencari jawapan-jawapan.

Hanya meneruskan tradisi bukan lagi pilihan terbaik. Ingat apa ibu bapa kita buat dahulu juga tidak relevan lagi dalam mendidik anak. Asasnya barangkal boleh. Pengisiannya dalam zaman ini dan zaman akan datang tentulah berbeza. Kepercayaan, keyakinan dan strategi mendidik anak jauh berbeza. Teknologi banyak mengongkong. Banyak ilmu baru perlu dipelajari. Tetapi asas tentang kecantikan, kebersihan, susunatur yang kemas, kekemasan, keteraturan, kerapian dan keterbukaan adalah paradigm baru untuk mengukuhkan yang lama.  Mungkin ambil budaya Jepun yang universal. Antaranya sisih yang tidak diperlukan.

Kita ada anak bagi yang ada anak. Anak kita sangat kita sayangi. Kita rasa anak kita adalah yang terbaik. Atas kesedaran itu. Kotakan pandangan kita bahawa anak kita memang sesungguhnya adalah yang terbaik. Cakap kita mestilah dikotakan. Cakap serupa bikin. Didklah anak tanpa mengira jantina mereka. Tugas di rumah diagihkan sama rata. Beri mereka pengalaman berkongsi tanggungjawab. Berkongsi tugas melestarikan rumahtangga. Jadikan mereka manusia biasa yang peka. Yang banyak ambiltahunya. Yang banyak keperihatinannya.  Membina modal insan adalah tanggungjawab kita. Mereka anak kita. Tidak boleh dipindahkan kepada orang lain. Membina warganegara bermula dari rumah. Menjadi lelaki atau wanita sahaja tidak cukup. Menjadi  suami dan isteri sahaja tidak cukup. Jadilah lelaki yang bertanggungjawab. Jadilah wanita yang bertanggungjawab. Antara kedua mereka memikul tanggungjawab melahirkan keturunan yang unggul serba serbi. Tanpa mengira gender anak-anak boleh melakukan semua urusan hidup. Demi survival dirinya sendiri. Kita menyediakan mereka untuk masa depan mereka. InsyaAllah.

Thursday, March 31, 2011

How Come You Speak English?


Bila ada sale, saya dan isteri selalu mencuba nasib. Mencari barang-banrang yang boleh dibawa balik. Banyak mall yang kami ziarahi. Selalunya pada hujung minggu.  Atau masa cuti.  Di Malaysia mall lokasinya di tengah Bandar. Di US mall agak jauh. Kira-kira sejam perjalanan. Walau bagaimanapun tambang bas hanya USD1.50 sahaja. Pergi dan balik USD3.00. Pada hujung minggu kami membayar USD3.00 untuk dua orang. Kadang-kadang anak-beranak. USD3.00 untuk tambang sekeluarga. Bukan satu perjalanan pergi dan balik tetapi boleh pergi ke mana sahaja. Boleh naik bas arah mana yang kami suka. Puas berkeliling Pittsburgh. Kadang-kadang bertujuh beranak. Beri peluang anak-anak melihat dunia. Orang Amerika lemah bila melihat kanak-kanak.

Suatu hari kami ke mall. Sesudah 26 tahun saya sudah lupa mall yang mana. Yang pasti bukan di Monroeville seperti yang biasa kami kunjungi. Sesuatu yang agak luarbiasa di sana ialah semua mall dihuni oleh gedung besar yang sama di sesebuah county atau daerah. Bagi Pittsburgh yang biasa ialah Kaufmann, Hornes, J.C. Penny. Jika ada yang lain mungkin Walmart. Di mall mana sekalipun kam pergi susunaturnya semuanya sama. Tiada langsung yang berbeza. Pada suatu hari seorang teman sekelas menyatakan pendapatnya. Pelajar perempuan kulit putih. Orang Amerika. Dia merasakan bahawa hidup ini terlalu membosankan. Ke mana pergi yang dilihat semuanya sama. Gedung perniagaan terlalu predictable. Di manapun letaknya, susunaturnya boleh dikenal. Boleh dihafal dalam ingatan. Kata pelajar itu, “ It’s scarry sometimes.”

Di mall yang baru kami kunjungi itu sama sahaja keadaannya. Hari itu summer sebenarnya. Rerumput di keliling mall kering sahaja.  Selepas penat meronda mall, kami keluar menunggu bas. Entah macam mana, kami agak kehilangan arah. Bas arah mana yang kami ambil semasa datang tadi sudah kami lupa. Oleh kerana summer panjang waktu siangnya maka kami lepak-lepak dulu di halaman mall. Bagi orang Amerika summer begitu waktu yang paling baik menikmati panas matahari. Di bawah terik panas tidak mengapa. Vitamin A. Di sebelah kami ada dua orang wanita kulit putih. Dalam lingkungan 50an umurnya. Berbelanja sambil menikmati cahaya panas summer. Bersantai seperti orang lain. Keadaan agak kering. Duduk di atas rumput pakaian tidak basah. Hujan jarang-jarang berlaku. Waktu spring dulu memang tersangat kerap hujannya.

Saya bertanya kepada mereka, “Maam, I’m going downtown. Which bus do I take?”
Dia menoleh sambil menjawab, “Gee. I’m not sure myself.” Dia menoleh kepadaa rakannya untuk mendapatkan kepasatian. Rakannya juga tidak dapat memberikan jawapan.

Never mind maam. I can ask around.” Kata saya menyakinkan. Meyakinkan diri saya sendiri sebenarnya.  

Mungkin mereka terperasan akan kelainan kami. Lalu dia bertanya, “Where do you guys come from?”

“Malaysia.” Jawab saya ringkas.

“My goodness. Where is it about?” Nampak benar hairannya.

“Somewhere halfway around the globe.” 

“Sure far away from here.” Dia tidak dapat menggambarkan jauhnya. Mungkin tidak pernah keluar dari kampungnya.

“Sure does.”

“It’s funny. How come you speak English?” Kehairanan  terbuku yang terlalu lama agaknya. Bertanya juga kerana terasa seperti kami orang yang agak mistri. Boleh pula bercakap Inggeris.

Dengan yakin saya katakana, “Yes maam. We do speak English?”

“How come?” Dia masih ingin kepastian.

“We learn English in school maam.” Kata saya.

“Really? Well, that’s great. I never know that.” Dia gembira ada orang mempelajari dan berckap bahasanya. Mungkin dia sangat bangga. Tentu bila pulang ke rumah, cerita tentang kami dihebah kepada jiran tetangga. Atau kepada saudara mara. Ada orang entah dari mana. Boleh pula berbahasa Inggeris. Kehairanan yang dipanjang-panjangkan.

Itulah kali kedua orang Amerika tidak mengenali orang Malaysia. Rata-ratanya begitulah. Hanya segelintir kecil sahaja antara mereka yang tahu di mana negara kita sebenarnya. Mungkin CIA dan FBI mereka masak tentang negara kita. Yang lain mungkin yang mempelajari Oriental Studies. Selainnya langsung tidak tahu. Kekadang banyak salah kita. Promosi pelancongan kita entah di mana. Tidak sampai ke media mereka. Buku juga tidak sampai kepada khalayak mereka. Kita banyak meracau sendiri. Kita perasan orang tahu kita. Hakikatnya terlalu sedikit orang Amerika yang tahu tentang kita. Peniaga mungkin. Pengembara bajet mungkin juga. The masses.  Yes the masses. Itu sepatutnhya focus kita. Mereka yang banyak duit. Golongan pertengahan yanag gemar melancong.  Bukan orang kaya. Tumpuan mereka bukan di sini. Tiada bargain hunting di sini. Untuk yang budget travelers, tidak banyak wang yang mereka bawa. Yang kita sasarkan sepatutnya golongan pertengahan.

Geram dalam hati saya tidak terkira. Macam mana orang tidak tahu Malaysia. Negara hebat yang gah dicanang ke seluruh  dunia. Berbagai persidangan kita adakan di sini. Kita berinisiatif mengadakan berbagai aktiviti antarabangsa. Yes I my miss the point. Apa yang kita buat tidak menjadi berita di Amerika. Begitu juga di Barat. Dalam media mereka hanya ada berita tentang banjir yang kita alami. Sedikit berita tsunami. Selalunya tidak ada anything worth reporting bagi media mereka.  Cuba lihat  buktinya. Bukalah mana-mana saluran berita. Baik CNN. Baik BBC. Baik CNBC. Baik al-Jazeera. Bila sampai ramalan cuaca negara Jepun selalu disebut Hong Kong, Bangkok disebut Singapura. Selepas itu terus melompat ke Australia dan new Zealand. Siapa yang kenal Malaysia? Mereka tidak ada masa untuk kita.


Banyak lagi kerja keras yang perlu kita buat. Pendekatan kita sepatutnya yang menyentuh perasaan ingin tahu mereka. Bukan meniru mereka. Apa yang kita ada sudah lama mereka miliki. Mereka mencari yang mereka tidak ada. Dalam keadaan sekarang kita tidak ada apa-apa yang dapat menarik mereka. Semasa kita hebat dengan getah kita hilang peluang. Semasa kita hebat dengan bijih timah kita terlepas peluang. Semasa kita hebat dengan kelapa sawit kita berlalu tanpa beritanya lagi. Kita mengeksport perabot kayu getah tetapi tiada promosi besar untuk itu. Berbiliun ringgit eksport perabot kita. Entahlah ada atau tidak orang Amerika yang perasan bahawa perabot itu dari negara kita. Sewaktu kita tebang hutan, mereka bising. Amnesty international  mereka paling bising.  Cerita orang Penan heboh satu dunia. Kita menjadi defensive. Peluang untuk offensive tidak diambil sebagai langkah positif. Peluang yang terlepas dan sentiasa melepas. Yes we learn their language. Yet we never learn their cunningness. We never learn their culture. We are too concerned with their greatness. Overawed. We simply bow to something without knowing its worth.
Paradigm yang mesti diubah. Jangan mudah being intimidated. Stand for what you have.  Strive and thrive to be great. We have a great future. But hard work lies ahead.

Wednesday, March 30, 2011

Taiping – Suatu Catatan

Hari Ahad 27 Mac 2011 membawa saya ke Taiping. Berbelah bagi juga sebenanya. Perancangan sudah diatur rapi bahawa pagi-pagi hari Ahad itu saya ingin bertolak awal. Mudah-mudahan tidak terlalu lewat sampai di sana. Saya merancang Allah merancang. Perancangan Allah jua yang lebih baik. Pertengahan minggu itu saya dimaklumkan bahawa jadual pengajaran untuk guru-guru yang dalam program pensiswazahan memulakan kelas mulai pada hari Sabtu 26.3.2011 hingga hari Ahad 27.3.2011. Pada hari Ahad kelas ditamatkan pada pukul 12.30 tengahari.

Dalam dilema juga saya jadinya. Hendak ke Taiping  pastinya saya akan sampai lewat malam. Jika tidak pergi dan ditangguhkan hingga hari Isnin saya kehilangan satu hari yang telah dirancang.  Dilema saya yang kedua ialah tiga sekolah yang akan saya selia pelatihnya iaitu SMT Taiping, SMV Padang Rengas, Kuala Kangsar dan SMV Lebuh Cator, Ipoh tidak menjadualkan  Pengajaran dan Pembelajaran untuk pelatih-pelatih UTHM pada hari Jumaat. Bukan satu sekolah tetapi ketiga-tiga sekolah. Dilema ketiga, jadual di ketiga-ketiga sekolah hampir sama bentuknya. Di sekolah yang sama jika kelas di sebelah pagi, kesemua pelatih jadualnya pagi. Jika lepas rehat semuanya lepas rehat. Maka atas keluarbiasaan itulah saya meneruskan perancangan saya untuk ke Negeri Perak Darul Ridzuan.  Kebetulan bersesuaian dengan pengharaman tarian poco-poco kerana setelah diselidiki ianya ada unsur-unsur Kristian. Ada tersirat program Kristianisasi. Itu keputusan Majlis Fatwa Negeri Perak. Akidah yang wajib dijaga. Dipelihara. Yang arif sahaja yang mengetahui. Yang tahu kenalah akur. Yang tidak tahu banyaklah bertanya. Minta maaflah. Dalam hal agama jangan terlalu banyak menyanggah. Tanyalah nasnya. Tanyalah dalilnya. Qiasnya. Ijma’nya.

Dalam perjalanan ke Taiping Ahad itu entah berapa kali saya berhenti. Berehat kerana perasan badan terasa lesu. Tekak terasa perit. Bunga-bunga batuk sudah terasa. Mungkin kerana empat jam memberi kuliah sepanjang pagi menyebabkan tekak saya perit. Itu yang saya bisikkan pada diri saya. Bermonolog sebentar. Intra komunikasi kata psikologis. Banyak juga saya minum air untuk membasahkan tekak. Untuk meredakan keperitannya yang semakin bertambah. Tidak juga mahu redanya. Sampai di Hotel Seri Malaysia, Taiping kira-kira pukul 9.40 malam. Disambut di kaunter oleh seorang gadis India yang comel. Hitam-hitam manis. Bila saya masuk ke bilik badan sudah agak longlai. Demam juga jadinya. Badan terasa panas. Batuk semakin menyerang.

Dalam lesu itu menyelia juga pelajar-pelatih UTHM yang ada. Di Taiping enam orang, Di Kuala Kangsar empat orang dan di Ipoh tiga orang. Memantau mereka banyak mengajar saya. Walaupun sudah 42 tahun menjadi guru ada sahaja yang saya pelajari. Never ending process. Semakin banyak melihat semakin banyak yang saya dapat. Nantilah, bertambah lagi modal saya di kelas. Hal yang baik-baik ini akan dikongsi dengan pelajar-pelajar lain yang masih dahaga menunggu untuk dididik. Perbualan dengan beberapa orang pembimbing juga banyak manfaatnya. Input-input baru untuk pelatih-pelatih akan datang.

Saya jarang terlibat dengan kelas pedagogi pelajar Bachelor. Saya banyak  dengan pelajar Master.  Memang saya tekan banyak perkara. Sebagai pelatih banyakkanlah belajar.

Tidak ada pelatih yang sempurna. Semuanya perlukan latihan. Mengenali diri masing-masing. Terlalu banyak kekurangannya. Jika hendak dinilai diri, sekolah bukan asing kepada semua pelatih. Mereka datang dari sekolah. Mereka besar di sekolah. Sekolah telah mengajar mereka menjadi remaja yang terdidik. Ironis juga. Mereka datang dari sekolah tetapi tidak dapat melihat sekolah sebagai sesuatu yang unggul. Mereka pernah menjadi murid dan pelajar tetapi tidak menghayati kehidupan itu sehingga boleh dikembalikan kepada murid-murid yang di bawah jagaannya sekarang. Ketika itu dahulu mereka melihat sekolah dengan pandangan yang sceptical. Tidak belajar memahami kehendak sekolah. Mereka menjadi robot yang datang dan pergi mengikut jadual. Belajar dan periksa untuk diisytiharkan lepasan SPM. Lalu berkelana lagi. Meneroka dunia baru IPT. Kembali semula ke pangkuan masyarakat.  Menjawat  jawatan-jawatan pilihan peribadi.  Suatu kitaran yang selalunya di luar jangka. Bertanya juga kenapa memilih profesion yang dulunya tidak pernah difahami. Yang dulu banyak tidak sukanya. Apatah lagi ramai sangat guru yang bukan menjadi idola diri. Bukan ikon pilihan.

Nah sekarang jawatan itu yang ingin dipegang. Yang ingin dilestarikan. Yang ingin diwarisi. Pesan saya, jadilah pewaris-pewaris yang hebat. Penyambung generasi. Seperti saya katakan, tiada pelatih yang sempurna. Maka banyak langkah perlu diambil untuk memantapkan diri. Untuk memperkasakan diri. Untuk mengangkasakan diri. Akhirnnya nanti akan ditemui profesion yang  menyejuk diri. Menyejuk bangsa. Yang mendamaikan generasi akan datang. Menunjuk yang benar dan menghalang yang batil. Membawa obor zaman yang gemilang. Menerangi hati yang selalunya gelap. Itulah guru. Yang selalu membawa suluh yang menerangi. Mendamaikan generasi dengan ilmu.

Datangilah dirimu dengan usaha. Yang kurang ditambah. Yang lebih dilimpah. Yang salah dibetul. Yang betul dikongsi. Yang tidak ada dicari. Yang ada dicambah. Yang kasar diperhalusi. Yang halus diberi nilai estetika. Sentiasa mencari jalan untuk mencukupi. Mencari untuk memberi apa yanag didapat. Meneroka minda untuk menerawang jauh. Bahawa yang diluar sana ramai yang menanti kewibawaan seorang guru. Guur yang cultured. Guru yang nanti jasanya ditimba. Yang baktinya diminta. Ramai yag tertunggu bila nanti tibanya. Sosok tubuh-tubuh guru penuh dedikasi. Membelah alam untuk memberi yang terbaik. Yang benar-benar terbaik.

Satu dari sikap baik pelatih ialah banyak bertanya. Tanyalah segala aspek yang mahu ditanya. Tidak semuanya dikatahui. Jika tahu sekalipun terlalu sedikit dari yang diperlukan. Latihan mangajar hanyalah untuk mengenal potensi diri. Mana mungkin menjadi guru cemerlang. Pengalaman beberapa tahun nanti akan mematangkan. Memberikan nilai tambah yang datang merangkak. Jangan dan jangan mencuba yang salah. Jangan dan jangan mengambil sikap tahu walaupun masih keliru. Tolong jangan sampaikan sesuatu yang tidak benar. Takut dikatakan ajaran sesat. Implikasinya rosak seluruh ilmu sejagat. Nanti rosak generasai yang mendatang.

Saya petik kata-kata hikmat di bilik gerakan SMT Taiping:
Kesilapan seorang doktor mungkin membunuh pesakitnya. Kesilapan ajaran guru memusnahkan generasi.
Kesilapan guru tidak dapat dikesan dalam jangka pendek. Tiada sebab akibat yang segera. Sesuatu yang sangat subjektif. Hanya masa membuktikan kesilapan itu. Mungkin selepass beberapa fasa yang panjang. Sesuatu yang didapati silap mengikut kajian dan amalan. Generasai berikutnya yang merasakan akibatnya. Mengambil masa yang panjang. Kesilapan seorang doktor dilihat serta merta. Jika mati ketika itulah matinya. Jika tersalah potong ketika itulah akibatnya dilihat. Namun demikian hanya pesakitnya yang itu sahaja. Yang seorang itu sahaja. Dia tidak mungkin dibenarkan melakukan kesilapan untuk kedua kalinya. Dia diberi peluang kedua untuk memperbaiki diri. Mustahil diberi peluang ketiga.

Siapa kata kerja guru itu mudah? Barangkali kerja doktor seperti di atas lebih mudah. Hasil atau akibatnya dapat dilihat serta merta. Segera. Tidak perlu menunggu lama. Selepas sesuatu tindakan seseorang doktor,  pesakit mendapat habuannya. Bertambah baik atau fatal.  Guru yang banyak berkata-kata. Guru yang banyak berfalsafah. Guru yang banyak hujjahnya. Guru yang banyak ceritanya. Guru yang banyak sebab musababnya. Guru yang banyak konsepnya. Guru yang banyak teorinya. Kesemuanya diserap pelajarnya. Diresap ke dalam minda. Jadi pegangan. Jadi falsafah. Jadi kepercayaan. Jadi konsep yang melekat di minda. Jadi amalan yang mungkin songsang. Atau sekurang-kurangnya tidak produktif. Tidak membantu membangun minda. Tidak menghasilkan sesuatu yang besar dan gah. Kekal biasa-biasa sahaja.

Belajarlah dari kesilapan masa lalu. Genersai lalu. Banyaklah bertanya. Dan banyak bertanya. Bukankah malu bertanya sesat jalan ?  Sekarang  bukan itu. Bagi guru pelatih malu bertanya salah pengajaran. Markah LM rendah. Menjadi sebutan yang tidak elok di sekolah yang ditinggalkan. Kekurangan yang nanti memanjang. Prestasi yang tidak dapat dinilai sebagai cemerlang. Akhirnya malang. Tidak belajar seperti diharap. LM adalah peluang di dunia luas untuk belajar. Belajar dari mereka yang sudah ada pengalaman. Yang sudah menjadi pakar. Yang sudah boleh menunjuk ajar. Yang pengalamannya boleh ditimba. Yang ilmunya boleh dikongsi. Yang kepakarannya boleh ditiru dan diambil iktibar. Mintalah garam dari mereka kerana mereka telah lebih banyak makan garam. Bertanya tidak merugikan mereka. Mereka lebih senang kerana dirujuk. Mereka akan lebih senang membantu.

Kerana itu UTHM melantik pembimbing. Sekolah memilih yang terbaik untuk tugas itu. Pembimbing adalah guru. Yang mengetahui dilema guru pelatih.  Mereka besedia untuk membantu. Oleh itu tanyalah diri, bersediakah untuk dibantu? Untuk menerima bantuan. Mahukah ditolong?  Selamat menyempurnakan LM yang masih berbaki. Kepada semua guru pembimbing dirgahayu saya ucapkan. Terima kasih daun keladi. Tahun lain kami hantar lagi. InsyaAllahh bertemu kembali.