Wednesday, October 13, 2010

Pengalaman Mengurus Plajar di PLSP: Episod Kedua

Saya jenis orang yang tidak tergopoh gapah. Saya merasakan diri saya a calculated person. Tetapi bukan untuk mengambil kesempatan atau untuk mencari keuntungan atau untuk mencari kepentingan diri. Saya selesa dengan kehidupan saya. Apa lagi yang saya hendak. Pangkat sudah terkeluar dari kamus kerjaya saya. Tak taulah jika Allah memberi rezeki lain, dari jalan yang lain seperti dinyatakan dalam wahyuNya dalam surah at-Tolaq. Selalu orang gantung sebagai ayat seribu dinar. Baca jangan tak baca. Gantung, siapa yang baca. Kita tahu dia ada. Jika tidak dibaca takut ayat itu melaknat kita pula. Al-Quran itu dimaksudkan sebagai 'bacaan'. Maka yang afdalnya ialah dibaca.

Di PLSP ramai orang yang salah sangka tentang saya. Tentang slow saya. Tak apalah, saya ada cara saya sendiri. Yang penting saya dapat laksanakan tanggungjawab yang tertanggung. Bila dikenang banyak insiden yang seronok, cemas, merimaskan dan mungkin lemas. Walaupun saya dari sekolah dan politeknik, saya tidaklah naif tentang pentadbiran atau pelajar. Kebetulan latar belakang saya dulu ialah Bachelor of Economics (Business Administration). Antara subjek yang saya ambil termasuklah human resource, management, company law, politics selain dari core subjects seperti marketing, macro economics, micro economics, taxation, production managemat, management science, management accounting, finance, industrial relation and industrial law dan Malaysian economics. Kebetulan saya ke Canada untuk mengikuti kursus public relation and industrial liaison. Di Institut Bahasa saya dibekalkan dengan Bahasa Melayu dan Geografi. Masters saya pula Business Education - Vocational Education. Antara subjeknya ialah mainstreaming, philosophy of education, curiculum development, psychology, pedagody.

Dengan spektrum disiplin tersebut saya terlibat pula dengan HEP di Politeknik Ungku Omar dan HEM SMT Johor Bahru. Apabila saya datang ke PLSP, saya ada latar belakang itu. Pada saya urusan pelajar bukanlah asing. Saya sendiri membuat pendekatan yang berbeza bila berhadapan dengan pelajar. Ramai orang secara lumrahnya memisahkan antara disiplin dan kaunseling. Guru disiplin hilang terus sifat keguruannya. Menghukum sepanjang tugasnya. Prinsipnya, tidak mahu pelajar pijak kepala guru. Guru kaunseling pula terlalu lembut. Tugasnya memulihkan palajar yang telah cedera mental dan fizikalnya kerana dihukum oleh guru disiplin. Pelajar yang sudah luluh jiwanya. Telah lebur semangatnya. Guru kaunseling menjadi pakar magic untuk membina semula pelajar yang telah hancur.

Kadang-kadang saya jadi keliru bagaimana guru menjalankan dwi-fungsi yang bertentangan. Kontradik antara satu sama lain. Suatu paradox. Mendidik tetapi menghukum. Menghukum itu pula tanpa kasih sayang. Hilang sifat guru. Hilang sifat pendidik. Hilang sifat bapa. Hilang sifat ibu. Benteng terakhir kasih sayang telah runtuh atas namanya hukuman. Disiplin. Di rumah pelajar kehilangan kasih sayang. Ibu bapa sibuk dengan kerjaya. Masa kualiti dengan anak-anak hanya suatu ilusi semata-mata. Harapan terakhir mereka ialah sekolah. Jika itupun hilang maka anak-anak kita akan sentiasa tercari-cari fantasi. Realiti tidak mudah menjengah rasa. Selalu hilang, mencari dan menjadi mistri.

Entahlah cikgu. Saya seorang bapa. Juga seorang datuk. Cucu-cucu saya sudah empat orang di sekolah menengah. Saya risaukan mereka dan rakan-rakan mereka yang berada di sekolah. Apakah jaminan masa hadapan mereka? Benar kata DYMM Sultan Pahang. Guru mestilah kembali melaksanakan Falsafah Pendidikan yang kita semua tahu. Selalu dilaungkan untuk membangun JERI: Jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Pelajar mestilah dibangunkan secara integrated and synchronised. JERI itu berkait antara satu sama lain. Setiap satunya tidak berdiri sendiri. Kesejahteraan pelajar perlu dibangunkan melalui keempat-empat elemen itu. Tiada satupun yang boleh terpinggir. Jasmani adalah fizikal yang perlu dibangun. Kekuatan fizikal itu menjadi kerangka atau vehicle yang mengangkut kesejahteraan emosi, rohani dan intelek. Maka kesihatan adalah kunci fizikal yang sempurna. Kesihatan itu menjana emosi, rohani dan intelek.

Mungkin intelek itu sudah ada pada pelajar. Malangnya emosi dan rohani yang halus dan yang tersirat sukar dibangunkan. Di sinilah peranan guru. Mereka yang dibekalkan dengan falsafah, psikologi, sosiologi dan pedagogi selain dari agama tentulah dapat mengadun segala rempah ratus pendidikan. Semua ramuan profesionalism masing-masing. Malang sekali lagi, ramai guru yang lupa semua ramuan itu. Tugas dan tuntutan profesionalism melupakan mereka tentang perlunya membangun emosi dan rohani. Jalan pintas yang diambil membantutkan usaha membangun fizikal dan intelek.



Barangkali kita tidak terkejut ramai orang Malaysia yang tidak boleh menggunakan common sense dalam keadaan biasa. Ramai antara kita yang terdidik secara akademik tetapi tidak dapat membuat linkage dengan realiti yang berbagai. Aplikasi selalu tiada variasi sedangkan semua yang ada di sekeliling kita banyak variasinya. Banyak ragamnya. Banyah karenah dan tingkahnya. Satu senjata tidak boleh mengamankan kesemuanya. Yang elok kembalilah ke dasar. Guru adalah pendidik. Seorang pendidik mempunyai pembawaan yang berbeza. Pendekatannya berza. Keperihatinannya berbeza. Sifat dan sikapnya berbeza. Itulah guru dengan identitinya. Dengan jati dirinya.



Sewaktu saya di UM dahulu, saya dan rakan dapat mengenal siapa pensyarah yang guru dan bukan guru. Mereka yang asalnya guru, sikap dan sifatnya ialah untuk memandaikan pelajar. Untuk mematangkan pelajar. Untuk mendewasakan pelajar. Perihatin tentang kepayahan, kesusahan, kesukaran dan kedaifan pelajar menghambat semua yang dihidangkan untuk santapan minda. Berat, beban, menghimpit perasaan. Tetapi pensyarah yang sifatnya guru, merubah sikap pelajar. Meringankan beban perasaan itu. Memudahkan. Banyak jalan dan liku yang menjadi terang. Jelas. Nampak cahaya di hadapan.



Bagi pensyarah yang bukan guru, sikap dan sifatnya berbeza. Mereka berminat menyampaikan. Mereka tidak ramai yang peka tentang azab dan sengsara pelajar untuk menerapkan ilmu. Yang banyak teori dan sukar dihubungkan dengan realiti. Banyak konsep yang sukar ditukar menjadi amali. Banyak rumus yang akhirnya sepatutnya memudahkan teknologis. Jika guru agak lembut orangnya, maka pensyarah lebih agresif, kasar dan menidakkan harapan pelajar untuk bermanja dan bergantung harap. Kesian kan?

Monday, October 11, 2010

Yang Hilang dan Pergi

Tarikh 10.10.10 mungkin bersejarah kepada graduan saya dari UTHM. Dalam famili saya kehilangan seorang ibu saudara. Sepupu arwah ibu saya. Usianya sudah lanjut. Melebihi 80 tahun. Ia pergi menyusul suaminya. Menyusul mereka yang telah pergi sebelumnya. Saya masih kembali ke kampung halaman saya. Saya masih ada urusan di sana. Kuburan di belakang masjidnya disemadikan jasad-jasad yang dulunya dekat dengan saya. Di situlah datuk dan nenek saya. Di situlah bapa saya. Di situlah bapa dan ibu saudara saya. Di situlah sepupu-sepupu saya. Di situlah anak-anak saudara saya.

Setiap ada yang pergi saya berusaha untuk menatap wajah mereka. Cium dahi mereka mana yang mungkin. Itulah tatapan terakhir. Itulah kucupan terakhir. Saya tatap puas-puas. Saya amati setiap garis dan tompok. Setiap rekah dan bintik. Tatapan itu yang terakhir. Penamat segala pertemuan. Perpisahan yang dijangka tetapi tidak selalu dapat dipastikan bila. Tika sampai saatnya, tidak lewat dan tidak pula diawalkan. Tepat setepatnya seperti perancangan Allah. Sudah ditentukan harinya. Sudah ditentukan waktunya. Sudah ditentukan tempatnya. Sudah ditentukan jamnya. Sudah ditentukan minitnya. Sudah ditentulkan saatnya. Sudah ditentukan detiknya yang sebenar. Sudah ditentukan siapa yang hadir. Siapa yang menemani ajalnya. Sudah ditentukan siapa yang melihat. Siapa yang melepaskannya.

Wajah yang pergi itu pernah bersama suatu waktu dulu. Pernah bersamanya. Pernah senyum dan tawa bersamanya. Pernah bertegur sapa. Pernah senang dan susah. Pernah akrab dan bersama. Pernah berkelana bersama di alam maya ini. Banyak kali dipertemukan. Himpunan saudara mara yang selalu tidak putus. Himpunan sahabat handai dan taulan. Himpunan semua kenalan yang berpapasan dalam kehidupan. Lintasan waktu yang berjajaran.Saban minggu dan bulan. Saban tahun yang berganti. Kenduri kendara yang dihadiri. Pastinya saudara mara itu hadir bersama. Bertanya khabar berita. Melihat sihat dan sakitnya. Kebersamaan yang panjang.

Sampai masanya berpisah jua. Orang-orang yang dekat dengan kita. Orang-orang yang kita sayangi. Yang dirindui. Yang dinanti. Yang ditandang dan ditandangi. Ikatan darah dan keluarga. Ikatan sahabat dan handai taulan. Ikatan kebersamaan yang silih berganti. Bertemu dan berpisah adat manusia biasa. Itulah dengangan perpisahan. Lagu pilu bagi yang sukar bertemu lagi. Untuk kesekian kalinya saya berada dalam situasai itu. Sukar melepaskan hati yang selalu pilu. Teringat masa dulu-dulu.

Bila seseorang pergi dari khalayak kita. Bila dia hilang dari pandangan. Bila dia luput dari renungan. Bila dia jauh dari hadapan. Bila dia entah di mana. Bila dia sudah terbang menyelinap jauh, kita hanya mampu termangu sendirian. Saya sendiri hanya mampu mengingat. Mampu mengenang. Mampu menerawang masa silam yang berlalu. Masa yang telah menemukan diri dengan seseorang. Yang kemudiannya hilang. Sekadar menancap dalam ingatan. Dalam benak minda yang entah boleh bertahan. Satu demi satu ditindih dalam lipatan. Satu demi satu mungkin puput dari ingatan itu.

Bila seseorang dalam hidup kita telah hilang. Tiada lagi penghubung yang dapat mengembalikannya. Hilanganya abadi. Kekal abadan abada. Tidak mungkin kembali lagi. Dia pergi jauh dalam alamnya yang tersendiri. Dalam alam yang berbeza. Yang tidak mungkin ditembusi kecuali kita menjejaknya. Dan masa-masa yang berlalu ini mendekatkan saya ke situ. Apa lagi yang mahu dikenang kerana ia memang hilang. Apa lagi yang perlu diingat kerana ia sudah tiada. Apa lagi mahu dihambat kerana ia sudah pergi jauh.

Hargailah setiap pertemuan. Peliharalah setiap kebersamaan. Sejahteralah bagi yang masih ada ibu dan bapa. Sejahteralah bagi mereka yang bersaudara mara. Sejahteralah kerana masih bersama. Bahagialah bagi mereka yang ada segala. Sementara masih ada waktu dan ruang inilah ambil peluang yang terluang. Tataplah mereka sepuas hati. Dakaplah mereka sekehendak hati. Ciumlah mereka seseleranya. Renunglah mata mereka. Kecapilah senyuman mereka. Sambutlah tawa mereka. Sapukanlah air mata mereka yang jatuh berguguran. Suka dukanya adalah untukmu. Doa dan restunya adalah untukmu.

...................................

Saya tidak berkesempatan lama di kampung. Ada urusan hidup. Konvokesyen UTHM pada 10.10.10. Dalam sesingkat waktu itu bertemu juga dengan orang-orang lama yang masih hidup. Masih mesra dengan tegur sapa. Masa ada daya untuk tanya bertanya. Untuk khabar berita.

Kampung ini besar impaknya. Parit Mohamad, Parit Sulong, Batu Pahat ini banyak sejarahnya pada saya. Sesekali saya ziarahinya. Ingin kembali ke zaman itu. Zaman dulu-dulu yang sangat nostalgik. Mungkinkah segala hubungan itu akan terputus jua. Saya hanya mampu menukilkannya untuk anak cucu saya. Mereka akan tahu nanti bahawa induknya dari sini. Sejarahnya bermula di sini.

Kebersamaan hanya sementara. Pertemuan hanya sementara. Ingatan mungkin lama. Tetapi perpisahan juga yang abadi. Saya berdoa semoga saya akan bertemu semua orang yang dekat di hati saya ini di akhirat nanti. InsyaAllah.

Sunday, October 10, 2010

Pendidik Dan Yang Dididik

Hari ini bukan sebarang hari. Hari Ahad yang tarikhnya menjajarkan tiga angka 10. Sejarah besar bagi yang kali pertama menggenggam ijajah. Skrol yang dinanti sejak mula melangkah kaki ke universiti ini. Lalu tarikhnya terakam 10.10.10. Hanya sekali dalam satu abad. Setiap 100 tahun. Maknanya hanya segelintir manusia sahaja yang bertuah melaluinya. Itupun tidak semua orang mengerti maksudnya angka itu. Mungkin sekadar angka yang tiada apa-apa erti. Sejarah yang berlalu. Esok lusa sejarah lain yang akan datang. Sejaran hari ini akan menjadi sejarah semalam. Ianya mungkin akan dijengah lagi. Mungkin juga akan berlalu dan dilupakan begitu sahaja. Warisan zaman. Apa lagi jika tidak terakam. Jika tanpa apa-apa rakaman.

Masa itu relatif. Anda berada di Alma Meter ini selama empat tahun sahaja. Ada antara anda yang jalannya pintas sedikit. Dua tahun setengah sahaja. Waktu mula menjejak kaki di UTHM dahulu tentulah destinasi masa itu dirasakan sangat lama. Entahkan sampai entahkan tidak. Apatah lagi UTHM bukan IPT yang ternama. Tidak terpahat tinta seperti IPT lain. Maka masa-masa itu dilalui alah bisa tegal biasa. Terbius dengan karenah kuliah, bengkel, makmal dan aktiviti luar yang datang bertimpa-timpa. Masa seperti tidak mencukupi. Tersangat perlu diperpanjangkan. Semuanya kerana tugas akademik, tugas sosial, tugas kokurikulum dan tugas peribadi yang perlu disempurnakan. Semuanya perlu. Tidak ada suatupun yang perlu diurungkan. Semua permasalahan perlu dirungkai. Perlu selesai. Dateline sentiasa berbaris setiap masa. Setiap apa yang perlu. Ada-ada sahaja yang datang bertimpa-timpa.

Ada mata yang tidak mahu lelap. Ada mata yang tidak boleh dilelapkan. Ada tenaga yang perlu disimpan. Ada tenaga yang perlu digembling. Ada tenaga yang perlu diperah. Letih dan lesu bukan alasan. Penat dan lelah bukan sebab untuk tidak melaksanakan tugas. Malas itu selalu datang. Selalu menduga. Selalu mencengkam bisu. Sakit dan kaku mengenang tanggungjawab. Selalu mencari ruang untuk mengelak. Untuk tidak mencapai sempurna. Untuk selalu melambat-lambatkan. Untuk selalu melengah-lengahkan.

Nun di depan mata wajah-wajah itu menjelma. Wajah-wajah yang diberi amanah. Amanah besar untuk mendidik. Itulah wajah-wajah pendidik yang mendidik. Yang memberi tidak meminta. Yang menambah dan tidak mengurang. Yang memanjang dan tidak memendek. Yang meninggi dan tidak merendah. Yang membesar dan tidak mengecil. Yang mendekat dan tidak menjauh. Yang menyelam dan tidak mahu timbul. Yang merencah dan tidak mahu tawar-tawar.

Wajah-wajah itu menjelma setiap masa. Padanya diberikan harapan. Akan dibangun tekad untuk membuang malas. Untuk membuang culas. Untuk membuang sifat dan sikap menangguh masa. Wajah-wajah itu menggesa kekuatan dalaman. Cabaran demi cabaran yang perlu dirempuh. Diasak. Diterobos. Di sebalik wajah-wajah itu menggamit harapan, kejayaan dan kebahagiaan masa depan.

Wajah-wajah damai yang tenang itu membimbing, mengasuh, mendidik, memimpin, menunjuk jalan, membangun minda dan akal, meluas minda dan pandangan tersirat yang dalam dan luas. Yang merentas minda biasa untuk mencari yang indah dan syumul. Yang selalu banyak doanya agar anak didiknya menjadi manusia. Menjadi pewaris yang menjamin kelangsungan profesionnya. Yang nanti diperpanjangkan amal jariahnya. Yang sahamnya nanti dititip ke akhirat. Dikutip bak mutiara indah.

Kerananya masa-masa yang terluang mesti diguna. Mana ada waktu santai yang manis-manis belaka. Semuanya perlu diambil kesempatan. Diisi untuk memberi erti kepada ruang dan silangan masa. Kesempatan yang tidak mungkin datang semula. Tidak ada kemungkinan kitaran masa itu berulang untuk mengembalikan apa yang telah terlepas pandang. Yang telah terbuang kerana banyaknya ragam watku ianya datang. Alangkah! Aduhai! Indahnya masa yang berlalu itu. Kiranya dapat aku kembali membaiki keadaan. Memperbetul laluan.

Masa terlalu relatif. Lama dan sekejap hanya mainan minda. Mainan perasaan. Lama bagi yang terlalu memikirkannya. Yang mengusutkan diri kerananya. Yang terlalu menanti tanpa mendekat. Yang tercegat tanpa kreativiti dan inovasi. Yang hanya mengira tetapi tidak menjumlah. Yang tidak mengambil iktibar masa-masa yang pasti berlalu. Guna atau tidak ia tetap mengalir pergi kerana padanya tiada siapa yang perlu ditunggu. Ia berjalan mengikut fitrahnya. Berlalu pergi tanpa pamit dan izin.

Empat tahun mungkin lama. Penatnya mengguna masa. Dengan tenaga dan perasaan. Dengan tenaga dan wang ringgit. Dengan tangis dan tawa. Dengan keringat dan air mata. That toil dan soil. Sweat and blood. Semuanya bergabung. Berbaur. Bercampur. Menjadi rencah pengadun kejayaan yang dicita. Yang dari mula diazamkan untuk mencipta keindahan. Nikmat penat dan malas yang telah diganti dengan usaha dan harapan tinggi.

Hari itu yang tarikhnya 10.10.10 semuanya berputar kembali bermain di minda. Segala-galanya yang telah berlalu itu hanya menghasilkan sekeping kertas yang bernama ijazah. Kertas biasa yang tiada bezanya dengan kertas-kertas biasa. Kepingan kertas itu telah memampatkan segala yang diusahakan. Yang telah direncahkan. Yang mengandungi adunan-adunan kejayaan. Padanya kertas yang datar untuk melancarkan harapan alam. Harapan agama. Harapan zaman berzaman. Masa depan yang diidamkan.

Lintasan waktu hanya beberapa saat di atas pentas. Di dewan yang gemerlapan itu. Yang ditonton ribuan mata yang terasa syhdunya. Mata mencari-cari orang tersayang yang bernama ibu dan bapa. Mungkin isteri atau suami. Mungkin tunang atau kekasih. Mencari-cari senyuman indah. Senyum bangga. Senyum puas kerana perjalanan masa yang tamat sudah. Suatu perhentian yang pasti akan bersambung lagi. Destinasi masih banyak di hadapan. Banyak tempat yang perlu disinggahi. Untuk sampai banyak usaha lain yang lebih gigih lagi.

Sebagai pendidik saya sempat melihat kesemuanya. Dari mula anda berada di sini hingga hari ini. Jika dulu datangmu dengan muka mencuka. Masam. Kusai. Penat dari jauh yang banyak kilometernya. Yang merasa penat mendengar dan melihat. Entah apa si tua ini berkata. Entah apa bicaranya. Entah apa celotehnya. Entah apa omelnya. Sesekali ada lawaknya. Ada kecindannya. Ada jenakanya. Ada pula cerita panjang dan pendek yang dikutip entah dari mana.

Diprovokasi pula minda yang selalunya malas untuk menganalisis dan mengolah bicara. Dipaksa pula berhujjah dangkal tanpa makna. Naive yang kerana lama tidak diguna. Hari demi hari yang dilaluinya tidak mengubah fizikal. Tinggi dan besarmu tidak mungkin berubah lagi selepas zaman remajamu berlalu. Besarmu sahaja mungkin berubah kerana makanan yang tidak dijaga piramidnya. Namun dalamanmu berubah. Akalmu semakin panjang. Tajamnya semakin menghiris. Pandanganmu semakin menusuk tajam. Apa yang dilihat bukan sekadar luarannya yang difaham. Kemahiran sintesis dan analisis itu semakin jauh meninggi, mengangkasa. Kepetahan bicara, hujjah dan mengulas terserlah. Akhirnya pasti dinobat graduan berjaya. Sampai saat kita berpisah. Antara yang mendidik dan yang dididik tiba sudah di persimpangan. Aku dengan perjalananku. Kau dengan perjalananmu. Jalanku mungkin sudah terlalu hampir tamatnya. Jalanmu secara fitrahnya masih terlalu ya terlalu panjang. Nanti ada kesempatan akan tetap ku titipkan pesanan satu atau dua. Ini mungkin kali terakhir kita bertemu. Maya ini sahaja jika boleh menghubung lagi. Selamat jalan. Selamat terus ke hadapan dengan penuh harapan. Aku kembalikan kamu kepada orang-orang yang berhak atas dirimu. Kembalilah kepada mereka.

Ungkapkanlah kepada mereka. Azam yang kuat untuk kesejahteraan mereka:

"Untuk ini sumbangsih ku untukmu ibu. Ini untukmu ayah. Ini untuk penat lelahmu. Ini untuk harapanmu yang menggunung. Ini untuk doamu yang tidak pernah putus. Ini aku, ankmu yang kau titipkan di universiti ini bebrapa tahun yang lalu. Hari ini aku kembali kepadamu dengan jaya. Ke dalam dakapanmu. Hanya untuk sementara singgah sebentar. Nanti ada panggilan agama dan nusa. Nanti aku akan pergi lagi dengan bekal yang lebih berani. Di luar sana baktiku dipinta. Jasaku diharap. Juangku digarap. Langkah beraniku ditunggu. "

Katakanlah:

"Doamu masih tetap ku harap. Semangatmu yang mengalir dalam diriku akan ku gilap. Warisan ilmu yang tersemat akan ku sebar luas. InsyaAllah masa tuamu akan ku bela. Akan nanti ku jaga. Akan nanti ku jamin bahagia. Akan nanti tiada cacat cela yang mengganggumu. Akan nanti ibu dan ayah akan menjadi warga emas tempauan. Aku janjikan itu untukmu. Mudah-mudahan harapanmu akan ku balas. Moga-moga Allah memberikanku kekuatan untuk membalas."

"Doalah ibu. Doalah ayah. Aku masih rindukan doamu itu. Aku doakan jua bahawa ibu dan ayah akan bahagia. Akan damai. Akan tenang menghadapi harapan hari tua. Nantinya akan ku sambung warisan ini kepada anak cucumu. Kepada anak-anakku. Kepada keturunan kita. Aku ingin jadikan mereka pewaris hebat yang membina agama. Yang membina bangsanya. Yang membina keturunannya. Yang membina ketamadunan dan kemanusiaannya. Yang nanti dikenang sepanjang zaman. "

Selamat menapak dan nanti berlari. Selamat menghapus segala rintangan yang menghalang. Mudah-mudahan beroleh kesenagan yang membahagaiakan. Mendamaikan. Salam sejahtera selalu. Aku akan setia di sini menunggu waktu. Pasti berlalu seperti masa dulu-dulu.

Wednesday, October 6, 2010

Pengalaman Mengurus Pelajar di PLSP: Eisod Pertama

Sceptism di kalangan pelajar dan warga PLSP. Itulah persepsi saya sewaktu mula tiba di PLSP pada 1 Oktober 1994. Tugas saya menjadi Ketua Bahagian HEP. Jaga pelajar dan kebajikannya. Saya bukan orang yang pertama. Ada sebelum saya. Pinjaman dari politeknik. Tidak lama. Ia kembali ke politeknik. Suasana universiti dan politeknik berbeza. Iklimnya terlalu jauh. Badan berkanun dan memiliki autonomi memberikan ruang yang luas kepada universiti untuk bergerak. Mereka yang datang dari luar sistem ini terasa banyak kejutan. Kejutan pentadbiran dan kejutan budaya. Pada peringkat awal memang sukar. Banyak lagu dan tari yang kena belajar. Barangkali saya beruntung. Pengalaman mengendalikan pelajar di Politeknik Ungku Omar (PUO) dan SMT Johor Bahru membantu meringankan tugs saya. Sedikit sebanyak dapat saya kendalikan karenah pelajar. Bukan sedikit. Mereka pula graduan politeknik sama ada sijil atau diploma. Sudah matang dan berada dalam usia dewasa. Ramai yang sudah berumahtangga.

Pelajar yang namanya pelajar di mana-manapun banyak yang tidak difahami. Waktu saya di PUO dulu banyak juga hal-hal pentadbiran yang tidak saya ketahui. Lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan bajet dan keutamaaan pentadbiran. Pegawai rendah lazimnya tidak didedahkan tentang bajet dan peruntukan atau geran kewangan yang diterima dari pihak berwajib. Saya jadi keliru. Banyak kelirunya. Pada waktu tertentu datang makluman bahawa telefon terpaksa disekat penggunaannya kerana vot yang berkenaan sudah habis atau hampir habis. Pada masa yang sama, pihak pentadbiran membeli berbagai-bagai pokok bunga. Melanskap kawasan dengan belanja yang besar. Tanpa pengalaman mengurus kewangan saya menjadi bingung seketika. Banyak sangat paradoxnya.

16 Disember 1990, saya berpindah ke Politeknik Batu Pahat (PBP). Kampus asal UTHM sekarang. Bbarulah saya mempelajari peruntukan-peruntukan yang diberikan kepada PBP. Peruntukan itu dalam bentuk vot yang berbeza kerana untuk kegunaan yang berbeza. Tiada silangan penggunaannya. Satu vot untuk satu kegunaan sahaja. Bagi HEP PLSP ketika itu adalah peruntukan aktiviti pelajar yang jumlahnya sekitar RM150,000 setahun. Dengan peruntukan itulah aktiviti pelajar dijalankan. Berjalanlah aktiviti kembara, agama, sukan dan aktiviti sosial yang lain. Persatuan dan MPP galak menjalankan aktiviti.

Aktiviti pelajar tidak banyak masalahnya. Bila hendak membuat aktiviti, pelajar hendaklah membuat kertas kerja. Berbagai perincian diperlukan. Khususnya tentang bajet. Jika terdapat kesalahan, kertaskerja itu dipulangkan kepada pelajar untuk pembetulan. Pelajar merasakan payah untuk berulang alik ke pejabat HEP hanya kerana membuat pembetulan. Di sinilah masalah timbul. Pelajar merasakan kesilapan-kesilapan itu boleh dibetulkan oleh HEP sendiri. Malangnya andaian itu tidak seperti disangka. Pembetulan hendaklah dibuat oleh pelajar. Mereka adalah owner program yang dirancang. Pihak lain tidak boleh mengubah sesuka hati. Nothing should be imposed. Everything must be at acceptable level. Pemilik kertaskerja dan program itu bertanggungjawab penuh akan apa yang hendak dijalankan. Tanggungjawab itu yang perlu dipikul. Tanggungjawab akhir tetap HEP dan Universiti.

Beberapa bulan awal saya di PLSP, masalah besar yang dihadapi pelajar ialah biasiswa mereka yang selalu lambat. Al-maklum, pelajar matang biasanya banyak komitmen. Mungkin untuk ibu bapa. Mungkin untuk isteri dan anak-anak. Lambat sehari dua boleh tahan. Seminggu dua masih boleh bersabar. Tetapi jika sebulan atau dua bulan belum ada beritanya, mereka became agitated. Kegelisahan yang melampau. Banyak perkara menjadi tidak kena. Maka HEP menjadi sasaran. Ketua Bahagian HEP menjadi tempat melepas geram. Kepada pelajar, HEP yang sengaja melengah-lengahkan bayaran. Jenuh diterangkan, payah juga untuk faham.

Suatu hari ditampal memorandum yang intipatinya ialah 'pelajar hilang kepercayaan kepada Ketua Bahagian HEP'. Sayalah tu. MPP ketika itu penganjurnya. Kebetulan Presiden, timbalannya dan sebahagian besar AJKnya menjadi staf UTHM sekarang. Saya hanya tersenyum membaca memorandum itu. Pelajar memandang saya satu macam sahaja. Jika mereka tunjukkan memorandum itu kepada saya sebelum ditampal merata-rata, saya pasti menandatanganinya. Saya tidak ada masalah. Untuk menampal hendaklah ada keizinan HEP. Oleh kerana tampalan-tampalan itu tiada keizinan HEP maka saya arahkan pegawai-pegawai HEP untk menurunkan memorandum itu. Bantahan itu tidak sahih dari segi legalnya. Pihak pentadbiran tiada masalah dengan saya. Pengarah dan timbalannya ketika itu tidak pernah bertanya atau menyebut tentang memorandum itu. Dalam mesyuarat pengurusan tidak ada juga agenda untuk membincangkannya.

Sitiuasinya sangat jelas. Selagi geran biasiswa dari Kementarian Pendidikan tidak diterima, bayaran kepada pelajar memang tidak dapat dilakukan. Geran itu pasti melalui Pengarah dan bendahari. Mereka maklum terlebih dahulu. Jika HEP yang lewat tentulah mereka maklum akan hal itu. PLSP ada tarikh-tarikh tertentu. Ada dateline tertentu. Noktah. Fullstop. No argument. No discussion. Saya hanya mampu menghubungi kementerian. Bertanya khabar. Bertanya bisiswa. Jika sedang diurus, saya tunggulah. Pelajar tentu tidak sabar menunggu. PLSP ketika itu tiada dana untuk membantu pelajar sebabnya kesemua pelajar menerima biasiswa. Mungkin pelajar tidak mahir menggunakannya. Atau memang tidak cukup. Biasiswa memenag bukan dalam jumlah yang mewah. Hanya sekadar secukupnya. Budgeting penting jika ingin sentiasa cukup.

Kedudukan perkara hanya terbongkar beberapa bulan kemudian. Ini bermakna lebih setahun selepas pelajar kohort pertama mendaftar di PLSP. Dalam satu majlis di PLSP, pegawai biasiswa dari kementerian bertanya saya kenapa pelajar PLSP kohort yang pertama masuk lewat dari universiti lain. pelajar universiti lain mendaftar pada bulan Disember tetapi pelajar PLSP mendaftar pada bulan Januari. Allahuakbar. Ini rupanya punca masalah. Saya menafikan fakta itu.

Alhamdulillah saya terlibat sejak dari mula penubuhan PLSP. Dari mendraf Letter of Intent hingga majlis perasmian tertubunhya PLSP. Saya hadir dalam perasmiannya oleh Al-marhum Dato' Dr Sulaiman Daud, Menteri Pendidikan ketika itu. Kebetulan saya sedang memangku jawatan Pengetua PBP selepas pengetuanya kembali ke rahmatullah. Perasmian PLSP pada 16 September 1993 (Hari Malaysia sekarang). I Oktober saya dipindahkan ke SMT Johor Bahru. Pelajar pertama sepatutnya mendaftar pada hujung tahun 1993 sama seperti universiti yang lain. Sama seperti UTM yang mengendalikan PLSP. Oleh kerana ada hal-hal teknikal yang tidak beres, maka pengambilan pelajar bermula pada awal tahun 1994. Implikasinya ialah PLSP terkeluar dari arus perdana pengambilan pelajar semua universiti di Malaysia ketika itu. Jadinya, biasiswa pelajar tidak diurus serentak dengan biasiswa untuk pelajar IPT yang lain. Bila kesemuanya selesai barulah biasiswa pelajar PLSP diuruskan. Tetapi tidak pula disegerakan. Mereka lewatkan pula sebulan dua selaras dengan lewatnya mereka mendaftar dahulu. Awal tahun 1994. Dengan maklumat itu barulah bahagian biasiswa Kementerian pendidikan mengambil maklum.

Mulai saat itu biasiswa pelajar mula agak cepat. Biasanya bila geran sampai, kerani HEP mengambil masa antara tiga hingga lima hari untuk menyempurnakan semua perkiraan yang diperlukan. Templatenya sudah ada. Isi mana yang berubah sahaja. Jumlahnya dan potongan-potongan yang perlu sudah dimasukkan angkanya. Dengan pengesahan bendahari dan pengarah, wang itu dimasukkan ke akaun pelajar sesegera yang mungkin. Selesailah satu episod. Menyusul nanti episod masalah kelewatan yang lain pada semester berikutnya.

Ada rahsia yang tidak pernah saya ceritakan kepada umum. Ada satu fakta yang membantu saya untuk mempercepatkan geran biasiswa dari kementarian. Kebetulan seorang adik ipar saya bertugas di bahagian komputer di kementerian. Noriah namanya. Sebagai pegawai rendah dia biasalah bergaul dan rapat dengan staf rendah yang lain. Saya tahulah bahawa yang menguruskan biasiswa bukan pegawai tinggi. Kerani-kerani yang ada di pejabat. Mereka ikut prosedur seperti digariskan ketua-ketua mereka. Di sini advantage saya. Bila biasiswa tidak sampai pada tarikh dijangka, saya hubungi Noriah. Dia pula pandai mereka-reka cerita. Kemudiannya dia hubungi kerani biasiswa kononnya pelajar PLSP sudah tak betul makan minumnya kerana biasiswa lambat. Ramai yang berlapar. Kerani itulah yang selalu membantu saya mempercepatkan biasiswa pelajar PLSP. Sayapun tidak tahu namanya. Noriah tidak pernah memberitahu saya. Noriah, abang ucapkan jutaan terima kasih kerana membantu abang dulu. Terima kasih. Sampaikan terima kasih abang kepada kawan yang bantu dulu. Mudah-mudahan murah rezeki kau orang berdua.

Untuk bekas pelajar PLSP, ITTHO, KuiTTHO. Untuk alumni UTHM. Itulah sedikit usaha yang saya lakukan untuk selalu mempercepatkan biasiswa anda. Peluang inilah saya maklumkan kedudukan perkara. Saya percaya ramai yang akan membacanya. Ramai antara anda sudah menjadi pensyarah di UTHM sendiri. Ramai yang berada di Politeknik. Ada yang di kementerian. Ada yang Kolej Komuniti. Saya tidak suka berdalih sewaktu menjadi Ketua Bahagian HEP. Jika ada saya katakan ada. Jika tiada saya katakan tiada. Itu bukan wang saya. Bukan juga wang PLSP. Lambat atau cepat bergantung kepada kementerian. HEP dan PLSP hanya mampu menunggu. Hanya mampu bertanya. Saya tiada kuasa memerintah dan mengarah. Not anybody from PLSP. Kami dari dua dunia yang berbeza. Birokrasinya jelas. Masing-masing ada bidang tugas yang berbeza.

Sekarang anda semua sudah bekerja. Ramai yang sudah menjadi pentadbir. Didiklah orang-orang di bawah anda untuk belajar memahami keadaan. Berilah faham kepada pelajar anda supaya mintanya mengikut landasan. Supaya hikmah dan berhemah. Bila meminta bukan mesti menuntut yang hak. Kadang-kadang hak itu bukan keistimewaan. Not a privilage. Kadang-kadang ianya suatu anugerah yang mesti disyukuri. Tanpanya mungkin anda semua bukan berada pada kedudukan dan tahap sekarang. Di sepanjang perjalanan hidup dan kejayaan anda ada tangan-tangan yang menghulur. Ada orang-orang yang membantu. Dalam kejayaan siapapun pasti di belakangnya ada tangan-tangan kecil yang membantu. Menyelamatkan suasana-suasana kalut yang tidak menentu. Tolehlah ke belakang. Mereka semuanya tetap berada di tempat itu. Mereka hanya membantu. Mereka tidak pernah menumpang kejayaan orang lain. Nama mereka tidak pernah terpahat di mana-mana. Selamat berjaya dalam kehidupan dan kerjaya anda semua.

Di Mana Laluan dan Titian Siraotol Mustaqim?

Bila saya pandang keliling, saya sudah merasa sukar mengenal yang hak dengan yang batil, yang benar dengan yang salah. Yang saya lihat adalah hal-hal biasa setiap hari. Pada mata kasar tiada apa yang salahnya. Semuanya perkara biasa. Lumrah masakini. Bila diamati yang biasa itu deceived mata saya. Yang biasa itu berat konotasinya. Yang biasa itu dahsyat impliksinya. Yang biasa itu amat menakutkan. Saya terfana melihat yang tersirat. Banyak hal-hal yang terbiasa itu sudah lari dari hakikat. Lari dari syariat. Sudah menjauh dari jalan lurus yang selalu dipropagatekan.

Ramai yang maklum bahawa makanan dan minuman kita sangat tercemar. Bukan pencemaran udara. Bukan air. Bukan radioaktif. Bukan toksik. Tetapi pencemaran yang memisahkan antara Islam dan kafir. Iman dan jahil. Banyak bahan makanan dan minuman kita dicemari dengan bahan-bahan haram. Bahan-bahan yang tidak suci dari segi agama. Paling banyak ialah bahan dari babi. Minyaknya. Ekstraknya. Patinya. Cebisannya. Darahnya. Kita selalu terpedaya dengan pengawet yang dibenarkan. Penaik yang dibenarkan. Pewarna yang dibenarkan. Penstabil yang dibenarkan. Apa sebenarnya benda-benda itu tidak dinyatakan dalam bahasa orang biasa. Nama saintifik hanya khusus untuk mereka yang terpelajar sahaja. Mereka yang tidak mencapai tahap pendidikan tinggi, istilah saintifik terlalu kabur. Mereka tidak faham. Mereka tidak tahu. Apabila kecerdasan agama tiada maka semuanya dikira halal jua. Itulah episoh kejahilan tentang halal dan haram dari segi makanan dan minuman.

Isu ini nampak kecil tetapi amat besar impaknya. Jika darah, daging dan saraf kita dicemari dengan benda-benda yang haram, maka jauhlah kita dari mencintai yang halal. Yang diperintah akan terabai. Yang disuruh akan ditangguh. Maka hati nurani kita cenderung kepada yang tidak baik. Ia sudah pekat. Ia sudah gelap. Ia sudah hitam. Mata hati tertutup untuk melihat yang baik. Mata kasar lagilah tertutup untuk melihat kebaikan. Fikiran kita diserang was-was dan waham memanjang.

Saintis Islam tidak ramai yang peka. Biologis Islam tidak ramai yang peka. Menentukan yang halal, suci dan bersih bukan satu crusade peribadi kepada orang Islam. Tidak juga crusade jama’i kepada mereka. Masing-masing menyerahkan kepada yang lain. Tanpa ditunjuk, tanpa dituding siapa yang perlu bertindak. Siapa yang mesti menjalankan tugas menentukan yang benar. Yang halal. Kita seperti tidak faham. Kita tidak tahu. Kita tidak peka. Tanggungjawab ini perlu ditanggung bersama. Tanggungjawab semua orang Islam. Tanpa kecuali. Ikut kemampuan dan kapasiti masing-masing. Yang berkuasa boleh bertindak. Yang tidak ada kuasa sekurang-kurangnya boleh melaporkan hal yang tidak menyenangkan itu. Halal dan haram bukan mainan. Implikasinya ialah pilihan sama ada syurga atau neraka.

Pada pengamatan saya, pergaulan soaial adalah yang paling banyak kelihatan tercemar. Terlalu gawat untuk dianalisis. Sebelum merdeka dahulu sekolah menengah tidak bercampur. Lelaki di sekolah lelaki. Perempuan di sekolah perempuan. Sekolah menengah Melayu atau Kebangsaan belum ada lagi. Yang ada sekolah-sekolah menengah yang bahasa pengantarnya dalam Bahasa Inggeris. Begitulah wujudnya sekolah menengah Convent. Khusus untuk pelajar perempuan. Kalau ada perkataan perempuan memang sahih sekolah untuk pelajar perempuan. Yang lelaki pula di High School. Atau di sekolah-sekolah yang benama St Michael, Anderson, Clifford dan sebagainya. Maka terpisahlah dua gender pelajar. Terpisah dua jenis pelajar yang sudah mula datang gejolak berahi remajanya. Halangan dan kekangan dapat membendung hubungan awal. Sekurang-kurangnya dapat dilambatkan. Ditangguhkan. Dikawal dan dipantau agar tidak terlampau. Tidak dibebaskan peluang yang tidak difahami natijahnya.

Mereka dipisahkan supaya mereka tidak terangsang. Supaya mereka tidak terdedah dengan maksiat mata dan hati. Fitnah dunia yang perlu dihindarkan dari umur muda. Semasa rebung inilah kita lentur mereka. Bila sudah membuluh payah jadinya. Keras ruasnya. Sudah sukar dibentuk lagi. Majal dan memantul. Payah hendak menyerap yang baik. Yang positif. Yang diredhai Allah. Buluh boleh dilayur. Manusia sudah sukar dibentuk bila sudah dewasa. Tetap tegak membatang. Keras dan kaku.

Entahlah, mungkin malang agaknya. Selepas merdeka banyak sekolah yang menghimpunkan pelajar lelaki dan pelajar perempuan dalam satu kelas. Dalam satu sekolah. Dalam satu bumbung. Begitulah yang berlaku di semua sekolah berasrama penuh. Hatta yang bernama sekolah menengah agama sekalipun. British memisahkan api dari minyak yang boleh membakar hingga semarak. Tradisi itu kita pecahkan selepas merdeka. Kita campurkan minyak dan api. Kita nyalakan api itu. Sedikit sebanyak ianya membakar dan terbakar. Ramai yang hangus pada usia muda. Anak siapa? Anak kita. Anak orang Islam. Anak Melayu.

Setelah lebih 50 tahun kita merdeka, kedaaan itu mungkin menyumbang kepada perlakuan-perlakuan yang jauh dari akhlak terpuji. Kita dibanjiri dengan maksiat remaja. Kita diasak dengan budaya cemar dari barat. Kita tenggelam dengan kebebasan sosial. Pergaulan bebas. Jika dulu agama diletakkan di atas tetapi sekarang agama tidak dapat ditentukan kedudukannya. Idealism beragama pudar kerana gerakan-gerakan yang menuju kepada pragmatism, individualistik, eksistensialism.

Dalam filem dan tv atau CD atau video, barat digambarkan sebagai kebobrokan soaial semata. Mereka berpeluk di mana-mana. Mereka bercium di mana-mana. Mereka bercumbu-cumbuan di mana-mana. Mereka digambarkan jadi belangkas. Itu yang mereka propogate. Propaganda mereka. Itu cara mereka educate orang yang berada di luar dunia Hollywood. Realitinya, realitinya, realitinya tidak begitu. Pergilah ke barat. Di bandar-bandar yang siuman. Sukar menemuai orang berpeluk. Tidak juga orang bercumbu. Atau bercium. Mereka mungkin melakukannya. Tetapi masih agak sopan dalam hal-hal yang peribadi. Masih ada rasa kemanusiaannya. Siuman dan waras. Perlakuan itu dilakukan di balik-balik dinding yang tidak kelihatn. Isteri masih boleh menuntut percerian jika suaminya menduakannya. Atau suami menuntut perceraian jika isteri curang kepadanya. Ironis bukan? Di sini, di tempat ini yang asasnya Islam kita jadi lebih barat dari orang barat.

18 bulan saya di USA. Mungkin hanya sekali saya melihat orang berkucupan. Tiga bulan saya di Toronto, Canada tidak juga saya temui mereka yang bebas berpelukan dan berciuman hingga menyukarkan orang lain yang nampak seprrti orang Maelayu yang tidak biasa dengan hal tersebut. Yang ternampak, susah. Yang terpandang, susah. Orang kita pula yang terpedaya. Ramai yang terikut-ikut apa yang digambarkan dalam filem dan video. Hakikat ini tidak dapat dimengerti jika kita hanya percaya sepenuhnya kepada paparan di filem dan video. Paparan itu untuk menunjukkan keperibadian mereka dalam realiti berumahtangga. Bukan untuk tontonan umum dalam perlakuan yang sebenar. Filem dan video bukan realiti. Hanya the world of make belief.

Lelaki dan wanita ajnabi haram pergaulannya tanpa hak. Nikah dan perkahwinan menghalalkan perhubungan mereka. Hal ini seperti sudah tiada erti. Anak-anak remaja bebas berpeluk. Bebas berpegangan. Bebas berpimpinan tangan. Kulit lelaki dan kulit wanita sudah dihalalkan begitu sahaja. Kita melihat tetapi mulut kita terkunci kerananya. Yang berkasih lebihlah lagi. Tiada batas langsung saban waktu. Bagaimana pula yang bertunang? Pandai-pandai merubah hukum menghalalkan sentuhan kulit masing-masing. Bertunang hanya membuat tempahan. Belum lagi menerima hak milik. Belum lagai menghalalkan. Nikah sahaja yang menghalalkan semua itu. Ini yang sukarnya. Ibu bapa menvggalakkan pergaulan bebas kerana anak mereka sudah bertunang. Tanggapan yang tidak berpegang kepada agama. Tiada dalam syariat. Dilarang Allah dan RasulNya. Dilarang sebelum ada pernikahan yang sah. Maka berlakulah kemungkinan-kemungkinan yang diluar jangka.. Iblis dan syaitan cukup selesa dengan apa yang mereka dapat. Nikmat dunia yang tidak pernah puas dan kenyang.

Di mana sebenarnya kecerdasan beragama anak-anak orang Islam? Di mana agaknya sensitiviti orang Islam? Mengapakah isu halal dan haram ini bukan siu besar? Bukan isu pokok? Bukan isu fundamental. Bagaimana yang batil ini, yang dasar ini selalu dilepas pandang? Bila sebenarnya kita mula kabur? Mula tidak dapat menilai yang hak. Menolak yang batil. Inilah pengakhir dalam fasa-fasa kemanusiaan. Yang batil dianggap perkara biasa. Tiada terfikir pahala dan dosa lagi.

Ibu bapa pula hilang kawalan dan kewarasan. Orang-orang yang berwibawa terlalu sibuk merawat mereka yang sudah terlanjur dengan maksiat yang berganda-ganda. Guru sudah terbelenggu. Orang-orang agama melihat tetapi berbicara tanpa suara. Maka semaraklah hal-hal yang menjadi barah dan membarah. Semakin lama semakin tiada arah. Darah yang mengalir dalam urat saraf kita tercemar dengan segala perkara. Silauan dunia mengenggelamkan syurga idaman. Entah di mana semuanya. Titian siratol mustakim tidak kelihatan lagi. Kabur dan penuh jerebu hitam.

Apa yang boleh kita buat? Secara individu. Secara jama’i. Kiranya tiada wahana dan wacana, kiranya tiada wadah untuk merencana dan bertindak, nanti tsunami kemurkaan Allah tentulah tiada siapa yang dapat bertahan. Ianya menyeluruh, menimpa siapa sahaja yang bernama manusia. Allah pasti menggantikan dengan umat lain yang lebih baik. Yang sudah tiada fungsi kebaikannya diganti dengan manusia yang masih ada harapan untuk terus memakmurkan alam ini.

Hubaya! Hubaya! Amaran telah berkali-kali diberikan. Dunia sedah semakin tua. Semakin dekat dengan penghujungnya. Jalan pulang semakin sukar. Ayuhlah kembali mencari jalan pulang itu. InsyaAllah kita dalam lindunganNya. Amin.

Sunday, October 3, 2010

Dirgahayu Graduan 2010 UTHM

Tahniah! Selamat menjadi graduan. Jaga diri. Jaga ijazah. Jaga ilmu. Jaga nama baik Alma Mater. Jaga nama baik pensyarah. Jaga nama baik ibu bapa. Nama keluarga. Nama baik kampung. Nama baik taman. Jaga nama baik mukim, daerah dan negeri. Jika anda keluar negara, bekerja di negara lain, jaga nama baik negara. Last but not least, jaga nama baik agama. Nama baik bangsa. Jaga warisan yang ada dalam darah dan fizikal anda.

Mulai 9 Oktober 2010, konvokesyen UTHM akan bermula. Inilah saatnya yang dinanti. Bertahun-tahun memerah minda, mencengkam perasaan. Mendidik fizikal dan nafsu. Mengejar cita-cita dan azam lalu. Sampailah saatnya konvokesyen yang dinantikan ini menamatkan antara fasa-fasa dalam hidup seorang yang educated. Namun begitu saat ini harus menjadi lambang-lambang besar dalam kehidupan. Suatu titik permulan dalam fasa-fasa yang lebih mencabar pada masa hadapan. Fasa yang lebih volatile. Fasa yang lebih dymamic. Fasa yang memerlukan anjakan paradigma. Fasa yang mengharmonikan segala paradoxs dan ironies. Fasa yang seharusnya fokus menjadiakn anda manusia berhikmah dan berhemah.

Zaman bersengkang mata telah berlalu. Zaman mengekang nafsu telah tamat. Zaman mengecil cerapah hati telah dihentikan. Sekarang masa menuai perasaan. Masa merasakan ceria kejayaan. Zaman yang mendambakan status seorang graduan. Akan nanti dipakai jubah sepadan. Yang besar dan labuhnya nampak elegant. Tebalnya memberat di badan. Tersangkut di bahu yang telah lama mengidamkan. Lama saat ini dinanti. Dari zaman ke zaman. Suatu fasa masa yang lama. Terlalu lama kerana ditangguh-tangguh.

Sehari dua perasaan berbaur. Kembali ke Alma Mater yang sekian waktu ditinggalkan. Kembali menjengah tempat bermain. Kembali ke tengah gelangang yang dulunya tempat jatuh dan bangun. Tempat membina keyainan dan kesarjanaan. Di sini dulu anda menapak, berlari dan mengejar. Warna dan nyanyian hati. Silih berganti antara benci dan rindu. Antara payah dan senang. Antara jauh dan dekat. Antara tanggungjawab dan beratnya hati. Di sini, di tempat ini, di daerah ini tangisan dan air mata pernah tumpah. Ada luka-luka di dalam yang sedikit parah. Tetapi alhamdulillah tidak membarah.

Dari jauh anda kembali ke lubuk ini. Tempat yang suatu waktu amat mendamaikan. Tenggelam dalam puluhan khazanah ilmu. Yang menimbun dalam serabut minda. Tugasan-tugasan yang rumit tetapi melegakan. Yang bila dibaca semula, terkagum dengan upaya diri. Lahir padanya segala tersirat. Serlahan ilmu yang telah digarap. Saban waktu menyerap dari yang kecil, hingga yang besar dan berat. Semuanya kini sarat. Tergalas di hati dan di pundak. Tekad melangkah keluar menjadi graduan bermartabat.

Pelukan dan jeritan yang datang berbaur. Antara rindu dan harapan. Teman-teman yang dulu makan sepinggan. Yang dulu menghuni sebilik. Yang dulu serumah. Yang dulu sekelas. Yang dulu sepermainan. Yang dulu sama-sama merasa. Sama-sama mencari yang tiada. Mengejar pelangi hingga ke senja. Menjengah mega merah di langit kirmizi. Bersama-sama malam yang tidak pernah tidur. Buku dan latihan yang menyesak perasaan. Tawa dan tangis yang selalu beriringan.

Berbarislah nanti bersama teman. Nombor-nombor yang menentukan kedudukan. Anda di hadapan atau di belakang bukan beza yang memisahkan. Hanya prosedur untuk menyenangkan. Jalan dan majulah ke hadapan dengan langkah derap yang yakin. Beriringan menuju dewan upacara yang menjanjikan keindahan saat manis. Hanya beberapa saat yang pasti akan dilalui. Yang nanti dirakam dalam gambar abadi yang ditatap sepanjang zaman. Yang nanti ditatap generasi demi generasi keluarga. Motivasi untuk cita dicapai jua.

Akan nanti dihuni dewan besar yang begemerlapan. Yang syahdu menanti penuh debar. Yang meregang hati kerana dambaannya. Yang meyentap perasaan bila tiba saatnya. Barisan dan saf yang panjang berjela. Berlabuh di kerusi-kerusi yang kali pertama dirasakan indah. Damainya bersama teman. Yang didepani para pensyarah. Yang menjadi lambang bertaburannya ilmu yang dicambah. Dalam sanubari graduan yang akan keluar menabur bakti kepada nusa dan bangsa. Agamanya. Keluarganya.

Nanti giliranmu tiba. Seperti berada di kayangan. Seperti di awang-awangan. Langkahmu akan seperti melayang. Terbang ringan ke depan dan ke depan. Seperti ada yang mendorong. Bangunmu dari kerusi, jalanmu di tepi dewan, langkahmu ke tangga yang meninggi ke pentas. Allahuakbar. Kenapakah debaran ini seperti memecah dada. Gejolak dada yang menghentam dinding-dinding rusuk. Gegaran-gegaran perasaan yang meruntuh semangat kukuh. Longlainya kepala lutut yang melembut. Luluh seperti terjelepuk ke lantai. Nanti akan kau kuatkan langkahmu itu. Nun di hadapan sana penamat langkahmu. Baton larian ilmu yang merupa segulung ijazah. Akan kau genggam nanti. Erat genggaman yang melambangkan kuatnya dakapan ilmu di dada.

Rupanya langkah-langkah ini besar ertinya. Langkah ini hanya analogi. Langkah-langkah yang akan menuju suatu destinasi yang belum tentu. Di luar sana baktimu dinanti. Jasamu ditunggu. Banyak tugas-tugas besar yang diamanahkan kepadamu. Seluruh hatimu, sanubarimu, jiwamu dan seluruh ingatanmu adalah untuk menunaikan amanah itu. Ingatlah semuanya kerana Allah. Hanya kepadaNya seluruh hidup dan mati anda diserahkan.

Di atas tangga nanti debaran dan goncangan perasaan anda akan lebih kuat. Langkah yang tiba di tangga terbawah akan meningkat dari anak tangga ke anak tangga yang di atas. Di atas tangga nanti pandanganmu akan datar dan lurus ke pentas yang terbuka lapang dan luas. Nanti anda tidak pasti apa yang dilihat. Siapa yang anda lihat. Mata anda berpinar dengan pandangan mata yang melaut. Kamera yang menyilau mata. Mungkin tepukan dari antara audien yang memberi semangat. Telingamu akan luput dari bunyi. Matamu tidak melihat apa yang di kelilingmu. Perasaanmu terbang bersama semangat. Jaga langkahmu jangan bertingkah. Lantai pentas itu tetap rata. Tidak mungkin jungkang jungkit.

Langkahmu mungkin tetap. Mungkin goyah. Aduh! Debaran itu menggoncang pentas. Derap-derap langkah menuju huluran tangan yang menjulur ke hadapan. Segulung ijazah yahg entah berapa kurun lamanya diidamkan. Warna biru tua yang sangat syahdu. Diterima dari tangan yang memuliakan. Andalah graduan terbilang. Yang cemerlang di hati ibu bapa. Yang cemerlang di hati pensyarah dan pendidikmu. Yang ilmunya bergemerlapan mengangkasa. Memperkasa umat manusia.

Segulung ijazah itu adalah amanah. Tugasmu adalah menyempurnakan amanah itu. Amanah ilmu di dada. Dengannya anda dituntut menyampaikan. Walau sedikit mengikut kuasa dan daya. Berkongsilah keindahan ilmu itu. Tebarkan nanti ke alam semesta. Bahawa dari dadamu lahir keindahan akhlak yang dimanifestasikan dengan kebaikan dan segala yang luhur. Positif yang menghindar negatif. Cahaya-cahaya indah bersama iman. Bersama keindahan beragama yang namanya Islam. Selamat sejahtera ke atas junjungan nabi besar Rasululullah saw.

Semoga nanti diterima syafaatnya. Bersama iringan cahaya al-Quran yang terang menyuluh jalan lurus yang diredhai Allah SWT. Kembalilah nanti dalam pelukan ibu bapamu. Dalam pelukan suami atau isterimu. Bersama nanti anak-anak dan keluarga yang mengiring. Rakaman gambar-gambar warna yang mengabadi dan video gerak lalumu. Yang nanti dapat ditatap berulang-ulang menuju jemu. Itupun akan diulang bila rindu menggamit kenangan silam. Kenangan indah itu akan selalu diimbau. Masa-masa lalu yang akan nanti berlalu. Tidak mungkin berulang sama. Tidak mungkin akan ada yang sama. Hanya sekali ini. Sekali dalam hidup yang penuh sejarahnya. Mungkin meningkat tinggi dengan izin Allah jua. Berlalulah suatu waktu dan fasa-fasa hidup seorang insan yang penuh tekad untuk beramal jariah. InsyaAllah.

Saya hanya seorang yang mewakili para pendidik. Yang pernah melihat ke dalam jiwamu dulu. Yang suatu waktu dulu bersama anda dari tak tau kepada tau. yang melihatmu menapak demi tapak. Yang nampak goyahmu menggapai yang tinggi sesampai tangan. Yang larimu penuh bimbang mengejar hujungan jalan. Di situ kau ditunjuk jalan maju ke hadapan yang penuh liku. Petua dan teori yang membantu. Dalam rumus-rumus yang menerang jalan itu. kau lalui penuh yakin akhirnya. Cahaya terang di hujung terowong yang sangat indah. Cerahnya cahaya. Terang benderang. Cahaya ilmu yang penuh memancar dari dadamu. Dada seorang bestari. Terangilah alam ini seadanya. Pahatkan namamu zaman berzaman.

Yang datangmu dan pergimu hanya suatu fasa masa. Melepaskanmu adalah seperti melepaskan anak-anak yang akan keluar untuk berbakti dan berjasa. Saya akan sentiasa berlapang dada. Dada ini lapang melepaskanmu. Masih setia lapang menerimamu bila kau perlukan sepatah dua. Mungkin ada titupan lain yang kau minta. Bak anak-anak, ia pasti kembali kepada induknya bila ada ruang-ruang duka dan payah di luar sana. Saya akan masih sedia sudi bersama. Menerima seadanya. Pergilah. Pergilah keluar sana. Ramai yang sedang menanti. Mereka dahagakan amanah yang kau bawa. sampai di sini dulu. Semoga Allah menemukan kita semula. InsyaAllah.

Thursday, September 30, 2010

Masa Dulu-Dulu: Bahagian Ketiga Puluh Tiga- Bab 4

Di sekolah menengah teknik (SMT) Johor Bahru saya mengajar Bahasa Melayu dan Geografi. Saya tidak ada masalah tentang Geografi. Saya meminati subjek ini sejak di sekolah menengah lagi. Semasa mengambil peperiksaan STPM dahulu saya mengambil subjek ini. Pengalaman saya menjelajah dunia menjadi added asset dan added value dalam pelajaran ini. Cerita benua bukan cerita dongeng. Certa laut bukan cerita teori. Cerita ekonomi berbagai negara bukan cerita dari kayangan. Cerita perubahan musim adalah pengalaman peribadi. Pengalaman mahal dan indah sepanjang zaman. Hanya yang pernah mengalaminya sahaja will treassure the memories sepanjang zaman. Putihnya salji yang sejuk menusuk tetap mendamaikan. Yang sunyi suasananya melaut sejauh mata memandang. Putih dan putih merata di mana-mana. Hanya untuk mata yang melihatnya. Mendengar cerita tidak merasakan indah realitinya. Melihat gambar tidak merasakan hidupnya suasana bersalji.

Sewaktu di sekolah dahulu saya tidak mengerti. Saya tidak memahami apa itu sebenarnya perubahan musim. Sukar untuk mentafsir musim yang berubah kerana kita di Malaysia tidak pernah mengalaminya. Seorang teman berkursus di Toronto, Canada. Dia ditanya , how many seasons you have in Malaysia. Selamba dai menjawab. We have four seasons: hot, hotter, wet, wetter. Pada kita benar jawapan itu. Tetapi orang putih gelak kerana menyangka kita melawak. Bagaimana hendak memahami winter, spring, summer dan autumn (falls). Sesejuk mana agaknya winter. Sepanas mana pula summer. Apa pula indahnya spring. Sedamai mana autumn. Apa pula kegilaan mereka pada musim yang berlainan itu. Saya tinggalkan dahulu musim-musim itu kerana saya akan sampai kepada cerita itu nanti. Dalam episod antara benua. Lama lagi agaknya. Tinggulah. Sangat indah nostalgia itu.

Kerungsingan saya di SMT ialah bahasa Melayu. Istilah ini juga mengelirukan saya. Sekejap ada sekejap tiada. Macam biskut chipsmore. Kadang-kadang istilahnya Bahasa Melayu. Pada waktu yang lain Bahasa Kebangsaan pula. Sewaktu saya mengambil SPM (dulu OSC, FMC dan MCE), Bahasa Melayu dan Bahasa kebangsaan adalah dua subjek yang berbeza. Untuk peperiksaan OSC (Oversea School Certificate kendalian Cambridge University, England dan Universiti Malaya. Sijil itu ditandatangani oleh Vice Chanselor University Cambridge dan Naib Canselor Universiti Malaya ketika itu iaitu Prof DiRaja Ungku Aziz).

Antara latihan yang saya berikan kepada pelajar saya di SMT ialah surat kiriman. Pelajar tingkatan empat. Seperti biasa saya semak hasil kerja mereka. Saya tanda mana yang salah. Bila saya kembalikan buku latihan itu kepada pelajar, mereka kehairanan kerana format yang biasa mereka lakukan dari sekolah rendah dahulu, saya salahkan. Rupa-rupanya saya banyak berpandukan kepada amalan pentadbiran. Saya sudah biasa dengan surat menyurat rasmi dari kementerian, jabatan dan politeknik. Pengurusan pejabat dan surat menyurat tentulah menggunakan komputer.

Komputer dan mesin taip banyak bezanya. Menaip dengan komputer memerlukan kita memusing kertas. Kita kena tolak dan adjust pada jarak yang kita kehendaki. Jika di pangkal kita biarkan sahaja. Memang bila dipusing ia berlabuh dipangkal. Bila hendak menulis di hujung kenalah tolak ke hujung. Begitu juga komputer, bila kita enter maka cursor akan berlabuh di kiri skrin. Kajian yang dilakukan di luar negera menunjukkan bahawa menulis surat mengikut sistem mesin taip dan secara tradisi menjadi tidak produktif. Lagipun jika berlaku kesalahan terpaksa pula dipadam atau dibuang kertasnya. Pembaziran yang melampau. Melambatkan. Anti produktif. Tidak efisien.

Maka komputer menang dalam hal ini. Teknologi mengalahkan birokrasi dan mungkin mengalahkan protokol. Saya sudah biasa dengan pentadbiran di Politeknik Batu Pahat (PBP). Komen pelajar tentang kesalahan semasa membuat surat kiriman itu membuatkan saya termangu sebentar. Saya semak buku teks BM. Saya jadi keliru. Amalan dan teori tidak selari. Teknologi belum sampai di sekolah. Ataupun tradisi itu dipertahankan kerana formatnya begitu. Jika itu sebabnya maka saya kira dunia akademik dan dunia muamalah yang merangkumi dengan hal-hal yang berkaitan dengan masyarakat tidak segerak. Akademik dalam kepompongnya. Masyarakat meninggalkan sekolah jauh di belakang.

Dalam masa dunia ghairah dengan inovasi dan kreativiti, sekolah masih lagi mabuk dengan mempertahankan status quonya. Modus operandi yang menjadi jumud. Obsolete. Lapuk. Ketinggalan zaman. Out of place. Orang bercakap tentang state of the art, kita bercakap tentang birokrasi. Walau bagaimanapun saya akur dengan keadaan. Lalu saya katakan sesuatu kepada pelajar. Saya mengambil pendekatan kompromi. Di sekolah, saya katakan, gunakanlah teori yang masih digunapakai. Yang dinilai benar dalam PMR atau SPM atau STPM. Nasihat saya ialah, apabila bekerja nanti gunakan pula kaedah komersil seperti yang saya maklum. Pelajar akur dengan pendapat saya.

Dalam tugasan yang berkaitan dengan buku teks, saya rasa secara psikologinya buku teks menjadi alat bukan memotivasi. Saya kira sifatnya demotivating. Rekabentuk kulitnya, kertas yang digunakan (menjimat kos), artkel yang dimuatkan tidak memberi daya tarikan. Bagi pelajar yang mendapat buku teks pinjaman keadaan itu lebih teruk. Bukunya kusam. Mungkin kumal. Ada contengan pelajar terdahulu. Lalu saya memilih hanya latihan yang agak menasabah kesesuaiannya. Saya ambil keratan dari Dewan Masyarakat, Dewan Budaya, Dewan ekonomi, Dewan Sastera dan majalah-majalah akademik lain. Atau saya ambil keratan akhbar. Atau cabutan dari mana-mana buku. The excitement berbeza jika saya menggunakan buku teks. Layu pelajar dengan buku itu. Artikel dari luar memungkinkan mereka menjadi live. Hidup kerana perbincangan, olahan, susunan dan topik semasa yang segar.

Maka berulang-ulang kali saya membuat salinan fotostat. Tidak mengapalah, kata saya. Saya puas. Nampaknya sekarang ini, sudah ada suara dan mungkin gerakan yang menuntut supaya buku teks dijadikan tidak perlu. Sekolah dan guru mencari bahan yang sesuai untuk menyampaikan pengajaran. Kos untuk menyediakan bahan, artikel, mencetak, mengagih dan mentadbir buku teks dialihkan supaya bajetnya berkaitan dengan penyediaan mesin fotostat atau pencetak dan kertas cetakan komputer. Saya memikirkan jangka panjang. Saya kira pelajar akan lebih bermotivasi untuk datang ke sekolah dan kelas dan menjadi daya tarikan yang memanjang.

Bahan yang terlalu rigid mematikan daya fikir pelajar. Apatah lagi jika hal yang dibincangkan itu isu lama yang sudah ketinggalan zaman. Teknologi sudah berubah. Fokus manusia sudah berubah. Jika alam pendidikan dalam kepompongnya yang tersendiri, sukar bagi guru menjadikan anak didiknya menjadi bakal pemain global. Warga global. Kita inginkan anak didik kita being able to spread their wings. Fly to distant land. Discover new passion. Develop new interest. Dwell on the future. Sudah tidak relevan mana-mana yang tidak futuristic. Yang tidak technology based. Tidak ke hadapan, advanced. Its a fallacy to insist on the present state of the art only. The world is so volatile. It maybe violent. Changes is inevitable. It has to be expected. Yes it is knocking at our door all the time. Technology is being repleced by the seconds! Pedagodi adalah sesuatu yang berubah mengikut arus, zaman, keperluan dan keadaan. Mengikat kepada sesuatu zaman sahaja tidak memungkinkan guru untuk menjadi kreatif dan inovatif.

Berilah ruang kepada pendidik mengurus perubahan. Mereka adalah orang-orang yang berada on the ground. Mereka sangat memahami apa yang perlu dibuat. Sayangnya mereka selalu dihalang dari melakukan perubahan. Larangan itu mungkin subtle. Mungkin terang-terangan. Bajet pula tidak fleksibel. Sekolah terikat dengan peraturan yang ketat. Barangkali jika dibajetkan, akan ada penyelidikan, pembangunan yang berkaitan dengan sistem, pentadbiran, pemikiran, falsafah, prosedur dan apa sahaja yang memberikan impak positif terhadap pendidikan. Bila agaknya semua ini boleh dinikmati? Entahlah. Usahalah lagi. Lebih Kuat lagi. Lebih Fokus lagi.