Saturday, March 8, 2014

Bingkisan Dari Kaherah: Masa-Masa Sendiri Yang Perlu Diisi

Ada dua hal mengenai manusia. Pertama manusia sebagai dirinya sendiri. Kedua manusia sebagai insan sosial. Dalam banyak keadaan kita selalu ingin bersama orang lain. Kita berjiran. Bersama rakan sekerja. Menaiki kenderaan awam. Bermuamalah di banyak tempat seperti kedai, pasar dan pejabat. Secara fitrahnya kita lebih sukakan jamaah dari bersendirian. Dengan bersosial kita berinteraksi, berdiskusi dan berkomunikasi. Tidak mungkin kita hidup bersendirian dalam apa keadaan sekalipun. Kita tentunya menjadi lemas dengan sendirinya. Kita pandai bercakap maka kita ingin selalu bercakap. Kita boleh mendengar maka banyak suara orang lain yang ingin kita dengar. Kita boleh melihat maka kita ingin selalu melihat orang lain bersama kita. Apabila kita bercakap tentang psikologi maka kita tidak dapat lari dari sense of belonging. Atau espirit de corp. Begitulah kuatnya ikatan antara seorang manusia dengan manusia yang lain. Kekuatan itulah yang membina synergy untuk mencipta gandaan atau lonjakan kejayaan pada waktu-waktu tertentu. Mungkin secara terancang atau secara terjadual.

Namun demikian dalam diri manusia terdapat suatu sudut sempit untuk dirinya sendiri. Untuk dia membina peribadinya yang tersendiri. Maka sukar untuk kita melihat manusia ramai yang identical. Tidak mungkin terlalu banyak keserupaannya. Terlalu jarang berlaku. Sifat menyendiri terlalu jauh dari sifat sosialnya. Dalam suatu konteks manusia suka berkhayal atau mengelamun. Ada yang lain suka bermimpi. Malah dalam jaganya kadang-kadang dia bermimpi. Yang paling baik ialah menukar konotasi berkhayal, bermenung dan mengelamun. Kita ada istilah yang lebih baik. Jauh lebih positif. Berfikir. Banyak berfikir untuk memperbaiki keadaan. Mengatasi kelemahan. Menambah kekurangan. Membina semula kegagalan. Atau paling kurang cuba mencongak-congak masa hadapan yang banyak ketidakpastiannya. Tetapi dengan ilmu dan pengalaman  pemikiran kita boleh dibentuk. Disusun prosesnya supaya memberikan kita urutan aktiviti yang saling berkait dan membantu antara satu sama lain.

Apabila kita berkawan maka kita seharusnya memahami bahawa rakan kita perlukan waktu untuk bersendiri. Begitu bagi pasangan yang sudah berumahtangga. Antara mereka berdua perlu juga waktu bersendiri untuk mengimbas kekuatan dan kelemahan perkongsian hidup sesama mereka berdua. Untuk memikir jalan memperbaiki kehidupan untuk masa hadapan keluarga. Mencari jalan keluar kekusutan dalam berbagai hal. Maksudnya dalam apa keadaan sekalipun kita perlu mengizinkan orang lain untuk bersama dirinya sendiri dari masa ke semasa. Jika yang difikirkan ialah hal-hal yang positif maka banyaklah natijah positif yang membantu memperbaiki keadaan.

Di Dahab penulis sempat juga bersendirian bersama isteri. Besiar-siar di pekan kecil pelancongan yang lengang. Zaman kegemilangan pelancongan pra-revolusi belum lagi kembali ke Mesir. Terlalu sedikit berpapasan dengan pelancong dari Eropah atau Amerika Syarikat. Selesa berjalan-jalan atau melihat-lihat di sekitar pantai dan kedai-kedai yang lengang.


Ini dikira pusat bandar Dahab. Terlalu lengang. Di kejauhan sebahagian kedai makan di tepian pantai. Banyak berderetan tetapi hampir kesemuanya merintih menanti pelanggan dan pengunjung. Mereka menjadi terlalu daif.

Kedai banyak tetapi pelanggannya tiada. Entah sampai bila mereka mampu bertahan.

Seorang pejalan kaki di belakang sudah seperti meramaikan suasana.

Di kanan dan kiri gambar adalah kedai-kedai makan dan hotel. Waktu petang-petang sebegini langsung tiada pelanggan yang menjengah.

Iklannya besar dan menggamit. 

Di tepi Teluk Aqaba. Teluk yang dikongsi Mesir, Israel, Jordan dan Arab Saudi. Teluk yang tenang ini menjanjikan kedamaian dan kebahagiaan. Iklim diperlukan untuk menghadirkan yang terbaik dalam banyak hal. Iklim politik  adalah satu antaranya. Kestabilan politik menjamin kesejahteraan negara.


Friday, March 7, 2014

Bingkisan Dari Kaherah: Permakaman Nabi Harun a.s.

Al-Quran merakamkan berbagai kisah sejarah manusia terdahulu dalam berbagai peristiwa. Allah merakamkan kisah-kisah terpilih yang ada kaitannya dengan akidah. Kisah-kisah itu bukan sebarangan bahkan Allah persembahkan dengan keteraturannya yang tertentu. Apabila kita baca al-Quran sejarah itu tersingkap satu persatu. Sekiranya kita memahami isi al-Quran Allah membawa kita menelusuri sejarah manusia sejak dari zaman dahulukala. Polanya seperti serupa. Manusia menempa kemajuan yang hebat kemudiannya mereka kufur kepada nikmat Allah. Semua yang berkaitan dengan tuntutan Allah mereka tolak. Mereka dustakan dalam istilah agama.

Sejarah dalam al-Quran bukan seperti sejarah moden. Kita menerima sejarah dengan hidangan  pelaku, tarikh, tempat, masa dan implikasi sejarah itu. Cuma kerapkali implikasinya ditulis dengan kecondongan yang teratur. Ada yang tersembunyi. mata kasar kita tidak melihatnya. Begitulah British umpamanya menulis tentang sejarah kita. Semua yang menentang British dianggap sebagai penentang atau pemberontak. jadilah Datuk Bahaman seorang penderhaka. Jadilah Mat Kilau sorang penderhaka. Jadilah Datuk Maharajalelaa seorang penderhaka. Mereka menderhaka terhadap British tetapi dikiaskan menderhaka kepada Sultan dan Raja. masih banyak kesamaran dalam penulisan sejarah kit asendiri. dari kacamata seorang sejarawan yang profesional dan tulen ilmunya. Tidak condong ke mana-mana arah. Fokus kepada ilmunya sahaja.

Al-Quran tidak menamakan masa, hari, tarikh dan pelaku-pelaku lain selain dari Nabi dan Rasul kekasih Allah. Yang pastinya terdapat dialog-dialog yang mendidik kita supaya mengenal antara yang hak dan yang batil. Yang benar dan yang karut. Berulang-ulang sejarah manusia dari suatu zaman ke suatu zaman yang lain. Pada zaman kegemilangan sesuatu bangsa itu lazinya mereka melupakan Allah. Diperingatkan berulang-ulang kali. Rasul dan Nabi yang memperingatkan mereka ditempelak. Dihina. Disifatkan dengan sifat-sifat keji dan hina. Keindahan akhirat terhijab dari mereka. Yang mereka lihat hanya kegemilangan dunia yang fana. Yang palsu. Yang bersifat sementara.

Apabila kita membaca al-Quran yang penting ialah intipati setiap kalimah, ayat dan surahnya. Bukan sejarahnya per se. Ambul iktibar dari peristiwa yang Allah rakamkan itu. InsyaAlah banyak manfaatnya.

Ini dikatakan makam Nabi Harun. Terletak berhampiran dengan Fox Camp tempat penulis menginap bersama rombongan mendaki Bukit Tursina. Kira-kira sekilometer dar Fox Camp.

Kadang-kadang penulis menjadi jengkel juga di dalam hati. Banyak di tempat-tempat begini terdapat gereja kecil. Terganggu sedikit konsentrasi untuk syahdu di tempat yang dikatakan bersejarah. Ada orang lain yang memainkan peranan. Keadaan sebegini bukan di satu dua tempat tetapi di banyak tempat. Aduhai! Apabila kita lemah banyak ketidakmampuan untuk mengatur yang lebih baik. Toleransi  menjadi terlalu longgar.

Dari dekat baru kita dapat fokus. Dari jauh tadi yang kita lihat bangunan lain yang lebih besar. 

Tanah perkuburan di sekitar tempat permakaman Nabi Harun. Seperti misteri juga. Makam Nabi Harun dikatakan berada di Jordan. Di puncak sebuah bukit di Petra. Sebab itu kita tidak seharusnya banyak memepertikai pendapat manusia. Yang benar dari Allah adalah lebih penting. Tempat sejarah ini untuk kita mengenang kematian kita sendiri. Kita bakal ada pusara sendiri. Sejarah kita sendiri. Suatu ketika nanti kita juga menjadi orang lama. Hanya sejarah. Tiada siapa yang kenal. 

Kita menghormati pusara. Sedekah Fatihah. Berdoa untuk keampunan empunya pusara. Mudah-mudahan Allah menerima rohnya. Mudah-mudahan juga kita bertemu pemilik pusara itu di akhirat nanti.

Dari jauh hanya batu-batu kecil sahaja yang dapat dilihat. Begitulah pengakhiran setiap manusia yang mati. yang Islam dan beriman. Yang ditinggalkan hanya batu-batu kecil sahaja. 

Andaikan kita yang bersemadi di situ. Orang hanya melihat tanpa mengetahui siapa yang pusaranya di situ. Itulah tinggalan orang terdahulu. Hanya sedikit tanda. Itupun jika masih ada tanda. Tandapun tidak penting. Yang kita tinggalkan ilmu yang bermanfaat, anak yang soleh dan amal jariah. Cukup setakat itu sahaja.

Tanda sebegini hanya ingatan orang terkemudian. Hanya mereka yang tertentu sahaja diingat orang. Yang lain manusia biasa yang tidak perlu diingat. Allah simpan dalam lipatan sejarah yang mungki tidak dibuka oleh sesiapapun hingga akhir zaman.

Wednesday, March 5, 2014

Bingkisan Dari Kaherah: Istirehat Panjang di Dahab

Pada pagi Jumaat 14 Februari 2014 kami ke Dahab. Dalam penat selepas pendakian ke Bukit Tursina kami banyak tidur di dalam bas. Keletihan yang amat sangat. Perjalanan ke Dahab sekitar dua jam sahaja. Di hotel lepak masing-masing. Dengan kenangan waktu malam yang baru dilalui. Apabila turun dan naik tangga baru terasa kejang otot di kaki. Menaiki tangga tidak begitu tersa tetapi ketika menuruni tangga terasa kejangnya. Pengalaman masa lalu memberi petunjuk bahawa sakit sebenarnya tidak boleh dibiarkan menguasai diri. Teralu merasakan sakitnya sehingga meringik-ringik. Atau merintih-rintih. Atau mengaduh-aduh. Sakit itu sendiri pengalaman yang indah selepas kita sembuh. Bukan semua orang mengalami sakit yang sama.

Di Dahab suasana sangat santai. Kami berehat dan rehat. Bilaada masa lapang kami berjalan-jalan di sekeliling hotel. Selepas Mesir dilanda masalah politik, pelancong menjauhi dari datang ke Mesir ini. Di Kaherah kita tidak merasa apa-apa. Di pusat-pusat pelancongan suasananya terlalu muram. Seperti tiada langsung pelancong yang sudi. Hotel kosong. Tempat pelancongan kosong. Kedai makan kosong. Kedai menjual barangan hadiah juga kosong. Terlalu sedikit pelancong yang ditemui. Betul-betul survival to the fittest. Bagi kami tiadalah masalah apa-apa. Rehat dan makan sahaja kebanyakannya. Keluar sebentar dari kesibukan Kaherah.

Makanlah apa yang ada. Dalam suasa seperti perkelahan ini makanan sedap belaka. 

Makan ramai-ramai memberikan suasana yang menyeronokkan.

Makanan dicatu tetapi kenyang dalam catuan yang diperuntukkan. Kadang-kadang tercungap juga hendak menghabiskannya. 

Pilih mana sahaja tempat duduk yang ada. Orang lain tidak ada. Hotel ini kosong dari pelancong asing kecuali kami yang sudah berada lama di Mesir.

Sempat juga bersembang dan santai di kawasan hotel. Pada waktu siang agak nyaman walaupun pada malamnya agak dingin sedikit.

Bukan senang hendak mencipta suasana seperti ini. Selalun kita sibuk dengan berbagai aktiviti sendiri atau dalam kelompok yang kecil.

Di negara Arab perabot rotan dilihat agak popular. Rasanya bukan rotan dari Malaysia kerana kita sudah ketandusan rotan. kita tidak pula mengusahakan penanaman semula rotan dalam bentuk komersil. Jika ada sekalipun tidak komersil. Terlalu sedikit. 

Tanpa kami kolam ini kosong. Tiada pelancong asing yang lain. Tiada kanak-kanak bermandi-mandian. Pengusaha pakej pelancongan semput dari segi ekonomi. 

Penyelenggaran tetap diteruskan. Bedoa sahaja keadaan akan pulih. Pelancong akan datang. Jika tidak hotel inipun akan mati seperti banyak kedai lain yang sudah lama ditutup. Banyak kedai di sekeliling hotel ini yang lengang.

Rumah Badwi ini kosong. Selalunya pada waktu malam diadakan jamuan bagi yang berminat makan di luar rumah. Dalam kesuraman pelancongan ketika ini, suasana seperti itu kebanyakannya hilang dari pandangan mata kita.

Sebuah bangunan cantuik berhampiran hotel yang kami tumpangi.

Pada malam terakhir diadakan sedikit majlis. Tuan Haji Maulan sedang berucap. Kebetulan pada pertengahan bulan Mac ini beliau akan kembali ke Malaysia setelah menamatkan tugasnya selama tiga tahun di sini.

Lama tidak mendengar orang Malaysia berucap.

Mereka sahaja empat orang wanita. Tiga dewasa dan seorang kanak-kanak.

Khusyuk mendengar.

Ada tazkirah dari kalangan peserta. Mengasah bakat untuk diperkembangan bila kembali ke Malaysia nanti.

Ustaz Faizal yang banyak memainkan peranan untuk menjayakan rombongan ke Sinai yang banyak kekangannya.

Bingkisan Dari Kaherah: Perjalanan Ke Puncak Tursina

Setelah berbulan-bulan di Kaherah, berada di Sharm El-Sheikh semasa perjalanan ke Bukit Tursina memberikan suasana segar. Bandar ini bersih berbanding Kaherah yang rata-rata agak terkebelakang dari segi kebersihan. Rasanya tiada siapa yang menolak kebersihan, keteraturan, kerapian dan susunatur yang kondusif untuk dinikmati minda. Malangnya kadang-kadang manusia tidak rapi menyusun pemikiran untuk merencanakan sesuatu yang boleh selalu diingat oleh orang lain. Boleh dicontohi dan akhirnya dijadikan sebagai suatu budaya yang baik untuk diwariskan kepada generasi yang akan datamg.


Susunatur boleh direncanakan. Sedikit visual minda. Sedikit mainan pemikiran.

Bahasa Inggeris menceroboh di mana-mana. Salahnya kita juga. Ambil orang punya, buang hak milik sendiri. 

Penempatan baru yang lebih tersusun. 

Asalkan ada air, kesuburan ada di mana-mana.

Lanskap yang diusahakan.

Sewaktu melewati simpang ini terpegun dengan kindahan warna pokok bunga kertas. 

Memerah sepanjang jalan. Berseri di bawah panahan cahaya matahari.

Kedai-kedai yang menggamit pelancong.

Sayangnya suasana agak malap kerana pelancong masih belum berani menjengah lagi tempat ini.

Walau bagaimanapun keindahannya tetap dirapikan.

Kekosongan di mana-mana di kawasan pelancongan tepian pantai ini.

Dalam keadaan biasa tentunya sangat ramai dan riuh.

Hotel-hotel yang menggamit pelancong. Kosong menunggu diisi.

Agak sunyi.

Tidak banyak aktiviti

Mata sahaja yang melihat kecantikan dan keindahan.

Deretan bunga di tepian jalan.

Menara masjid juga yang tinggi,

Azan darinya berkemundang jauh untuk didengar jelas. 


Kami akan singgah semula di bandar ini dalam perjalanan kembali ke Kaherah nanti. Yang pastinya di kawasan yang lain. The many faces of Egypt. Suatu lintasan dalam sejarah kami di Mesir.