Wednesday, March 5, 2014

Bingkisan Dari Kaherah: Istirehat Panjang di Dahab

Pada pagi Jumaat 14 Februari 2014 kami ke Dahab. Dalam penat selepas pendakian ke Bukit Tursina kami banyak tidur di dalam bas. Keletihan yang amat sangat. Perjalanan ke Dahab sekitar dua jam sahaja. Di hotel lepak masing-masing. Dengan kenangan waktu malam yang baru dilalui. Apabila turun dan naik tangga baru terasa kejang otot di kaki. Menaiki tangga tidak begitu tersa tetapi ketika menuruni tangga terasa kejangnya. Pengalaman masa lalu memberi petunjuk bahawa sakit sebenarnya tidak boleh dibiarkan menguasai diri. Teralu merasakan sakitnya sehingga meringik-ringik. Atau merintih-rintih. Atau mengaduh-aduh. Sakit itu sendiri pengalaman yang indah selepas kita sembuh. Bukan semua orang mengalami sakit yang sama.

Di Dahab suasana sangat santai. Kami berehat dan rehat. Bilaada masa lapang kami berjalan-jalan di sekeliling hotel. Selepas Mesir dilanda masalah politik, pelancong menjauhi dari datang ke Mesir ini. Di Kaherah kita tidak merasa apa-apa. Di pusat-pusat pelancongan suasananya terlalu muram. Seperti tiada langsung pelancong yang sudi. Hotel kosong. Tempat pelancongan kosong. Kedai makan kosong. Kedai menjual barangan hadiah juga kosong. Terlalu sedikit pelancong yang ditemui. Betul-betul survival to the fittest. Bagi kami tiadalah masalah apa-apa. Rehat dan makan sahaja kebanyakannya. Keluar sebentar dari kesibukan Kaherah.

Makanlah apa yang ada. Dalam suasa seperti perkelahan ini makanan sedap belaka. 

Makan ramai-ramai memberikan suasana yang menyeronokkan.

Makanan dicatu tetapi kenyang dalam catuan yang diperuntukkan. Kadang-kadang tercungap juga hendak menghabiskannya. 

Pilih mana sahaja tempat duduk yang ada. Orang lain tidak ada. Hotel ini kosong dari pelancong asing kecuali kami yang sudah berada lama di Mesir.

Sempat juga bersembang dan santai di kawasan hotel. Pada waktu siang agak nyaman walaupun pada malamnya agak dingin sedikit.

Bukan senang hendak mencipta suasana seperti ini. Selalun kita sibuk dengan berbagai aktiviti sendiri atau dalam kelompok yang kecil.

Di negara Arab perabot rotan dilihat agak popular. Rasanya bukan rotan dari Malaysia kerana kita sudah ketandusan rotan. kita tidak pula mengusahakan penanaman semula rotan dalam bentuk komersil. Jika ada sekalipun tidak komersil. Terlalu sedikit. 

Tanpa kami kolam ini kosong. Tiada pelancong asing yang lain. Tiada kanak-kanak bermandi-mandian. Pengusaha pakej pelancongan semput dari segi ekonomi. 

Penyelenggaran tetap diteruskan. Bedoa sahaja keadaan akan pulih. Pelancong akan datang. Jika tidak hotel inipun akan mati seperti banyak kedai lain yang sudah lama ditutup. Banyak kedai di sekeliling hotel ini yang lengang.

Rumah Badwi ini kosong. Selalunya pada waktu malam diadakan jamuan bagi yang berminat makan di luar rumah. Dalam kesuraman pelancongan ketika ini, suasana seperti itu kebanyakannya hilang dari pandangan mata kita.

Sebuah bangunan cantuik berhampiran hotel yang kami tumpangi.

Pada malam terakhir diadakan sedikit majlis. Tuan Haji Maulan sedang berucap. Kebetulan pada pertengahan bulan Mac ini beliau akan kembali ke Malaysia setelah menamatkan tugasnya selama tiga tahun di sini.

Lama tidak mendengar orang Malaysia berucap.

Mereka sahaja empat orang wanita. Tiga dewasa dan seorang kanak-kanak.

Khusyuk mendengar.

Ada tazkirah dari kalangan peserta. Mengasah bakat untuk diperkembangan bila kembali ke Malaysia nanti.

Ustaz Faizal yang banyak memainkan peranan untuk menjayakan rombongan ke Sinai yang banyak kekangannya.

No comments:

Post a Comment