Nabi Musa dan kaumnya dikatakan sampai di kawasan ini. Jauh juga dari tempat menyeberang laut Merah sewaktu dikejar Firaun dan tenteranya. Lebih 100 kilometer. Allah memerintahkan Nabi Musa untuk mendaki bukit yang dinamakan Bukit Thur di Saina'. Kita menyebutnya Bukit Tursina. Nabi Musa berpesan supaya kaumnya menunggunya selama 30 hari. Nabi Harun diberi tanggungjawab untuk menggantikan Baginda memimpin kaumnya semasa ketiadaannya.
Di bukit itu Nabi Musa berdialog dengan Allah. Al-Quran merakamkan berbagai peristiwa yang berlaku semasa Nabi Musa berada di puncak Tursina.
1 Turunnya Kitab Taurah. Dalam Bahasa Inggeris dinamakan The Ten Commandments. Sekarang tinggal sejarahnya sahaja. Ketulenannya sudah tidak ada. Kitab Bani Israel ini banyak pindaan untuk disesuaikan dengan nafsu mereka sendiri. Nilai murni orang beriman di kalangan mereka sudah tiada lagi. Diganti oleh Allah dengan Injil yang juga dipinda-pinda oleh orang Yahudi. Diganti pula akhirnya dengan al-Quran yang Allah jamin akan kekal hingga Kiamat.
2 Nabi Musa dapat berdialog secara terus dengan Allah tanpa perantaraan malaikat Jibril.
3 Permohonan Nabi Musa untuk melihat wajah Allah tidak sama sekali berkemungkinan kerana Allah terlalu Agung. Sebagai gambaran Allah memperlihatkan wajahnya kepada sebuah gunung dan apa yang berlaku menyebabkan Nabi Musa pengsan. Gunung tersebut hancur sehancurnya. Hingga ke hari ini masih terdapat sisa kehancuran gunung tersebut. Terdapat serpihan batu yang di dalamnya fossil tumbuh-tumbuhan. Ada yang mengatakan bahawa sebelum Allah menampakkan dirinya kesemua tumbuhan yang ada di gunung itu lari masuk ke dalam batu. Wallahu'alam.
4 Tempoh keberadaan Nabi Musa di puncak Tursina dilanjutkan hingga 40 hari. Ditambah 10 hari lagi. Ujian kepada Nabi Musa dan kepada kaumnya.
5 Kaumnya membuat spekulasi bahawa Nabi Musa sudah menipu mereka. Muncullah Samiriy yang berusaha menimbulkan keraguan di hati kaumnya. Diciptanya patung lembu dari emas. Boleh pula lembu itu berkata-kata. Lalu disembah lembu itu sebagai tuhan mereka. Surah al-Baqarah banyak menceritakan kisah tersebut. Ditambah lagi dengan ayat-ayat lain dalam sursh-surah yang lain.
Ceritanya panjang lagi. Cuba-cubalah baca tafsirannya untuk memahami bahawa akidah manusia boleh terpesong kerana pandainya seseorang berkata-kata. Kita selalu kalah dengan orang yang bijak bercakap. Malangnya di kalangan mereka yang jahil agama, mudah percaya kepada dakyah atau propaganda. Sedikit pujukan sudah menyesatkan mereka. Percaya kepada sesuatu yang tidak ada kepastiannya. Sedangkan nabi pemimpin mereka masih hidup ketika itu. Apatah lagi kita di akhir zaman ini. Terlalu ramai yang berwatak Samiriy. Sesat dan menyesatkan. Berlaku di semua negara Islam dari dahulu hingga sekarang. Ramai pendakwah yang autentik tetapi ramai yang mencari orang-orang yang tidak diketahui ilmu agamanya. Mereka terjebak ke arah kesesatan.
Rujkuklah al-Quran dan hadith. Carilah guru yang diketahui alimnya. Bukan seorang tetapi seberapa ramai yang boleh. Antara mereka lengkap melengkapi. Harmonikan perbezaaan antara mereka. Sesungguhnya yang hak tetap jelas haknya. Yang batil nampak jelas batilnya. Apabila menemui keraguan cari lagi pakarnya supaya jelas apa yang difahami. InsyaAllah selamat dunia dan akhirat.

Penulis bergambar dengan Tuan Haji Maulan dan bebrapa pelajar negeri Johor.
Isteri penulis bersama pelajar.
Dua gambar berturut ini benar. Yang di belakang ialah Tuan Syed Ahmad.
Mendengar taklimat.
Hampir 100 orang kesemuanya.
Yang wanita.
Bersama Tuan Haji Maulan.
Sendirian.
Ini bukan lembu yang telah dicipta Samiriy. Patung tersebut dikatakan telah dibuang ke laut oleh Nabi Musa. Ada orang kemudian yang telah mengukir batu menyerupai lembu. Mungkin untuk mengingatkan tentang tempat dan peristiwa di sini ribuan tahun dahlulu. Sebenarnya penulis menemui ukiran haiwan lain berhampiran tempat ini. Antaranya menyerupai gajah. Jelas belalainya.
Sepohon pokok badam berhampiran kawasan ini.
Berlatarbelakangkan bukit bukau.
No comments:
Post a Comment