Tudung adalah isu Islam dan bukan Islam. Di negara
bukan Islam isu tudung sangat meruncing. Ada undang-undang yang mencegah wanita
Islam dari memakai tudung. Purdah atau niqab lagilah ditentang mereka kerana
luar biasa kepada mereka. Baik di Eropah atau di Amerika Utara tudung dilihat
seperti suatu fenomena negatif. Dilihat sebagai primitif. Seolah-olah wanita
mengundur ke belakang. Masalahnya:
1 Tidak
semua wanita Islam yang memahami tentang tudung.
2 Ramai
juga yang memakai tudung tetapi tidak memenuhi syaratnya yang sebenar.
3 Ramai
yang menganggap tudung adalah isu remeh.
4 Di
setengah negara bukan Islam ada undang-undang yang mencegah diskriminasi dalam
apa bentuk sekalipun.
5 Di
Malaysia ramai majikan bukan Islam mendiskriminasi pemakai tudung.
6 Lebih
menyedihkan lagi majikan yang beragama Islam juga termasuk dalam golongan yang
turut mendiskriminasi pemakai tudung.
Di manakah letaknya tudung dan pemakainya? Tudung
bukan sekadar haisan. Bukan sekadar pakaian. Jika dikira kebiasaan, pemakaian
tudung berlaku di mana-mana. Di Russia, Itali, Greece, perancis, Jerman,
Scotland, Wales, Poland, Hungary, Albania dan banyak negara lain tudung dipakai
oleh wanita desa. Tudung kepada mereka hanya pakaian. Dipakai di kepala.
Mengelak terik cahaya matahari. Mengelak dari rambut mereka ditiup angin
kencang dan menjadi kusut masai. Mengelak dari sejuk kerana salji. Tiada nilai
agama pada pemakaian tudung. Untuk orang Islam tudung adalah sesuatu yang amat
berbeza. Pada tudung ada nilai agama yang ditentukan oleh Allah SWT. Perhatikan
petikan maksud ayat al-Quran berikut:
Dan janganlah
mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka;
dan janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka …..……. An-Nur 24:31
Jika ditanya kepada lelaki jawapannya
hampir sama. Seluruh tubuh wanita menarik pandangan mereka. Rasanya tiada
kecuali. Hanya lelaki yang berkecuali sahaja yang terkecuali. Dari hujung
rambut hingga hujung jari kaki wanita kesemuanya menarik perhatian lelaki. Mana
mungkin lelaki memandang tanpa erti wanita yang tutupan auratnya tidak
sempurna. Transisi pakaian wanita Melayu
Islam sangat panjang. Pada zaman dahulu mereka digambarkan dengan berkemban
sahaja. Terdedah dari dada ke kepala. Terdedah bahagian kaki. Pada ketika yang
lain wanita Melayu Islam memakai tudung dari kain batik atau songket atau kain
pelikat. Dikerubung di kepala. Menutup bahu dan dada. Labuh hingga ke punggung.
Aurat wanita adalah seluruh tubuhnya kecuali muka dan kedua tapak tangannya. Maka
bentuk gtubuh wanita adalah aurat. Terlaranglah pakaian yang:
1
Ketat.
2
Singkat.
3
Jarang. Nampak bayangan
kulit atau bentuk.
4
Berlubang.
5
Koyak atau sengaja
dikoyakkan.
6
Terbelah hadapan, belakang
atau tepi.
7
Berlengan pendek.
8
Nampak pusat.
9
Nampak pinggang.
10 Berlengan besar hingga kelihatan yang di dalam.
11 Plunging neckline.
12 Plunding backline.
13 Melekat di kulit.
Pada suatu ketika, tudung tidak lagi
dipakai kecuali oleh golongan tua. Itupun selendang yang hanya disangkut di
kepala. Sebahagian rambut di bahagian hadapan sengaja terkeluar. Masih ramai
yang memakainya begitu. Tahun-tahun 60an berlaku gerakan kebangkitan Islam.
Sejak itu ramai wanita Melayu Islam memakai tudung. Tidak semua. Masih ada yang
menganggap tudung adalah hak peribadi. Tarbiah belum menusuk hati. Hidayah
belum sampai. Usaha dakwah belum memberi impak kepada mereka. Nampaknya tudung
belum lagi dianggap wajib walaupun ilmuan dan ulamak sudah menggesa demikian.
Nas al-Quran dan hadith sudah jelas tuntutannya dengan memberi berbagai penekanan.
Memberikan gambaran akibat kerana tidak memakai tudung.
Penjajahan minda terhadap orang
Melayu-Islam sangat kuat. Kekal bersarang dalam minda walaupun kita sudah
merdeka selama 56 tahun. Ibarat seorang wanita, sudah berada dalam zon emas. Bukan
dewasa lagi. Sudah melewati zaman muda. Walaupun di sekolah menengah kebanyakan
pelajar wanita bertudung, malangnya apabila tamat SPM ramai antara mereka yang
mencampakkan tudung untuk dibakar api dunia. Sewaktu melamar kerja kerana ingin
berkerjaya, ramai majikan yang meminta mereka menanggalkan tudung jika ingin
bekerja. Jika ingin naik pangkat. Jika ingin mendaki tangga kerjaya. Malah di
agensi dan organisasi pemerintah, tudung tidak dianggap kritikal. Tidak diwajibkan
kerana ianya tuntutan agama. Sesetengahnya diremehkan. Ramai yang menyangka
tidak memakai tudung selari dengan peradaban Barat. Maju, moden dan canggih. Advanced and
sophisticated.
Persepsi
ini salah dan merimaskan. Kadang-kadang kita terlebih perasan. Kita bukan maju sendirian.
Maju banyak konotasinya. Banyak konteksnya. Ingat kembali kisah Nabi Sulaiman
a.s. Teknologi memindahkan istana Balqis terlalu pantas. Orang Yunan sudah
membina alat astronomi yang tidak difahami orang sekarang. Firaun membina
piramidnya. Begitu juga orang Inca di Amerika Selatan. Orang Aztec sama juga. Nabi
Nuh membina kapal yang pertama. Kaum Imad membina menara yang menjulang langit.
Kaum Nabi Salleh memahat gunung untuk dijadikan penempatan mereka. Maju mengikut konteks zaman dan tahap keperluannya.
Iskandar Zulkarnain membina tembuk yang menghalang Yaajuj dan Maajuj. Dalam semua
zaman ada kemajuan. Moden? Apa sahaja yang baru adalah moden. Benarkah kita moden?
Jika kita mengatakan diri kita moden maka kita dapati kita adalah anatara umat
yang terkebelakang. Singapura 20 tahun di hadapan kita. Jepun dan Korea jauh,
terlalu jauh di hadapan.
Sebab itu memakai tudung bukan kolot. Bukan
orthodox. Bukan fundamentalist. Bukan juga
jahil. Pakaian yang dituntut sepanjang hidup manusia. Hingga ke akhirat. Kita banyak
dengar dan baca cerita negatif tentang tudung di negara Barat. Itu yang dihighlightkan dalam media Barat. Media kita kutip tanpa meletakkannya pada
perspektif yang benar mengikut tuntutan Islam.
Berita dari Barat dianggap autentik. Tidak dibetulkan. Tidak diedit
mengikut tuntutan yang sebenar. Orang kita yang tidak begitu arif tentang agama
mengambil berita tidak benar itu sebagai saranan. Sebagai ikutan. Ramai mereka
yang berada di saf pimpinan tidak mengendahkan tudung. Isu peribadi. Isu pilihan.
Isu alternatif. Dokongan negara Islam terketepi. Islam sebagai agama
persekutuan terpinggir. Undang-undang yang ada tidak diuar-uarkan supaya
kanak-kanak sekolah mengetahuinya. Ibu bapa mengetahuinya. Semua penduduk
Malaysia mengetahuinya. Masukkan dalam kurikulum sekolah. Selayaknya semua
warganegara maklum dan serius menghormati agama orang lain.
Tanpa usaha keras semua yang terlibat,
isu tudung kerap timbul sewaktu wanita muda menghadiri temuduga. Syarat diterima
bekerja jika bersedia menanggalkan tudung. Aduhai! Malaysia negaraku. Mereka tidak
salah. Kita yang Islam yang salah. Sebelum
mereka memulakan perniagaan syarat wanita dibenarkan memakai tudung tidak
dikenakan. Apa yang boleh kita lakukan?
1
Sebarkan maklumat menengai wajib
perlunya pemakaian tudung di kalangan wanita Islam.
2
Masukkan dalam kurikulum
sekolah rendah dan menengah. Guru perlu menerangkan dengan jelas konsep dan
hukumnya.
3
Cara pemakaian tudung yang
memenuhi syariat.
4
Masyhhurkan undang-undang
anti diskriminasi dalam apa bentuk sekalipun. Sama ada agama, budaya, warna
kulit, gender dan sebagainya.
5
Didik anak-anak supaya celik
undang-undang. Tahu saluran aduan. Kaedah aduan dan sebagainya.
6
Kita hendaklah bersuara. Diam
dan bising di belakang tidak menyelesaikan masalah.
7
Gunakan saluran Jabatan
Buruh, Kementerian Sumber Manusia, ADUN, Ahli Parlimen, media elektronik, media
cetak dan banyak lagi.
8
Setiap maklumat sertakan
kronologi peristiwa. Elok sebelum memulakan temuduga buat rakaman melalui
telefon bimbit masing-msing.
9
Sekadar panduan, catatkan:
a. Tarikh:
b. Masa:
c.
Tempat: Nama syarikat,
organisasi, agensi.
d. Panel penemuduga:
i.
Pengerusi:
ii.
Kedua:
iii.
Ketiga:
iv.
Keempat:
v.
Kelima:
e.
Ahli panel yang memberi komen
diskriminasi:
f.
Butiran diskriminasi:
i.
Kelayakan
ii.
Kemahiran
iii.
Bahasa
iv.
Pakaian
v.
Agama
vi.
Bangsa
vii.
Kaum
viii.
Adat
ix.
g. Lain-lain
Secara jujurnya semua bentuk
diskriminasi wajib dihentikan. Di Barat bentuk diskriminasi terhadap Islam
semakin berkurangan. Semakin ramai antara warganegara mereka yang memeluk Islam.
Pemerintah mereka semakin terbuka minda. Sekiranya mereka yang bukan Islam di
Barat boleh membuka hati mereka mengapa kita tidak. Kita hidup bersama. Bersekolah
bersama. Berjiran. Sandar bersandar. Begitulah sukarnya mereka yang lemah
ekonominya. Subjected to being discriminated. Ridiculed. Embarassed. Seharusnya kita sudah lama independent economically. Kita jadi
majikan. Bukan kuli. Baru boleh kita dictate our own terms. Selagi itu
tidak terjadi, apa-apa yang dikaitkan dengan Islam diletakkan di bawah tapak kaki.
Dipijak dan diijnak. Menjeritlah. Tiada siapa yang mendengar. Orang tidak
peduli. Kita kehilangan savior.
No comments:
Post a Comment