Jalanraya di Jordan banyak yang besar dan lebar. Banyak yang empat atau tiga lorong.
Banyak gerai minuman. Terutamanya kopi. Tiada R n R seperti di Malaysia. tetapi tiada satupun tol di sini.
Sebuah gerai buah dan sayur. Dua gandingan barangan di negara Arab. Di kejauhan adalah sebahagian bandar Irbid.
Di pintu masuk Umu Quis
Maklumat tentang kesan sejarah dan arkeologi
Arah ke tempat parkir
Sebahagian dari peserta rombongan
Kegemilangan zaman yang ditinggalkan. Hanya runtuhan dan ketulan batu.
Panas kot
Tanah dan batu
Tinggal tiang-tiang berukir yang tegak tanpa megahnya lagi
Suatu masa dahulu di sini terpancarnya kegemilangan suatu bangsa
Pintu msuk ke mudarraj
Catatan sejarah
Sebuah mudarraj
Laluan usang
Sejarah yang ditinggalkan
Ditinggal kerana tiada gunanya lagi
Senibina yang tidak lagi dimanfaatkan
Dahulu mudarraj ini riuh rendah dengan aliran darah gladiator yang tewas
Laluan sejarah
Sebuah negara kota yang hebat, gah dan besar
Bertukar-tukar gambar
Musim bunga yang banyak warninya
Di kejauhan adalah Bukit Julan (Golan. Sempadan antara Jordan, Syria dan Israel.
Yang tegak dan yang runtuh. Sama-sama ditinggal sejarah.
Bersama teman
Gembira
Kenangan
Untuk tatapan akan datang
Bunga yang diseri kumbang
Di sini ada sejarahnya
Bunga yang cantik ramai penyerinya
Berkeliling menikmati madunya
Siapa yang menang
Belukar yang menutup sebahagian sejarah
Hanya bunga-bunya yang mekar dek panas
Berulang setiap tahun
Setia dengan musim dan suhu
Bagaimana jika ini adalah zaman yang hilang itu
Gempa bumi meranapkan sebahagian dari strukturnya
Yang namanya sejarah tetap sejarah. Ketulan atau serpihan batu juga sebahagan sejarah itu. Tidak dibuang. Dibiarkan sebagai sejarah.
Apa yang berlaku ketika itu
Kemeriahan sebuah kenangan lama. Kesibukan yang ditelan sejarahnya sendiri.
Padang jarak padang tekukur
Kembali kepada asalnya. Dari tanah kembali ke tanah.
Cebisan gambaran silam
Kalaulah boleh kembali ke zaman itu
Bunga merah ini yang berani berwarna garang
Mencari zaman
Luas dan memanjang
Tiang-tiang yang patah
Untuk kenangan semasa dan akan datang
Ukiran yang hanya boleh ditatap
Masih menjadi kegilaan di sesetengah tempat
Lambang sebuah empayar besar
Semak dan sunyi
Kumbang besar menyeri bunga kecil
Hanya tinggalan
Tumbang dan timpa menimpa
Kawasan hiburan
Tempat berlibur
Tinggal tapaknya sahaja
Ukiran yang cantik
Rekahan tiang besar yang sudah lama tumbang
Kawasannya memang besar dan luas
Lapang
Mengujakan
Menggamit kenangan
Kegemilangan
Terbentang
Bertapak pada dasarnya sendiri
Berbaris memberi berita sayu
Setia pada tempatnya
Masih ada sudi ziarah
Mengenang sejarah besar mereka
Pengajaran
Tiada yang kekal di dunia ini
Tanda ada tempat pemujaan
Lapang rasa hati
Mudir Markaz Eywan
Menungguu sejarah berulang kembali
Yang perlu ditinggalkan
Tunggulah selagi masa mengizinkan
Tegak sehingga rebah
Memisahkan yang lama dan yang baru
Tinggallah kenangan lama
Entah bila datang lagi
Di luar Umu Quais
Bandar di sekeliling Umu Quais
Kawasan pakir. Mendung tetapi selalu tidak hujan.
Musim bunga
Bandar irbid
Sibuk juga
Iklan
Kedai-kedai
Iklan
Kebetulan baru lepasa hujan lebat.
Terletak di Irbid. Di
utara Jordan. Kira-kira sejam setengah perjalanan dari Amman. Ianya tinggalan
empayar Yunani Kuno. Di kawasan yang pernah menjadi ibu negara Yunani suatu
ketika dahulu. Sejarah Yunani purba lebih dirujuk kepada negara kota seperti
Athens. Sejarah menunjukkan bahawa pengaruh dan empayar Yunani pernah bertapak
di bumi Syam. Bumi anbia. Berada di tapak Umu Quis kelihatan suatu lagi bukti
kehinaan yang Allah timpakan ke atas bangsa yang lupakan Allah. Allah hapuskan
kegemilangannya hingga sekarang menjadi lebih hina apabila negara Greece adalah
antara negara yang muflis di Eropah. Walaupun suatu ketika dahulu Yunani
melebarkan sayap kegemilangannya ke seluruh bumi Syam, kegemilangan itu tidak
kekal apabila mereka lupakan Yang Khaliq. Yang Maha Pencipta. Yang tinggal
hanya sejarah silamnya. Ditonton orang sekarang dan orang akan datang. Dijadikan
iktibar dan diambil ingatan bahaya yang kekal hanya Allah. Manusia hanya untuk
sesuatu zaman. Keturunannya kekal jika berada di landasan yang betul. Jika orang
yang terdahulu menyediakan landasan yang betul.
Berada di Umu Quis
kita hanya melihat sejarah. Melihat runtuhan-runtuhan yang tidak lagi memberi
apa-apa makna dalam dunia kita kini. Hanya sejarah dan pengajarannya sahaja. Yang
jelas kelihatan hanya rekahan-rekahan dan ketulan-ketulan batu yang
bergelimpangan. Ranapan sesuatu yang pernah dibanggakan dan diagungkan. Sesiapa
yang pernah membaca cerita, mitos dan sejarah Yunani tentu ingat tentang
Hercules dan cerita tuhan-tuhan mereka yang sebenarnya manusia biasa. Dianggap tuhan
kerana mungkin mempunyai kuasa sihir atau apa sahaja kekuatan yang melebihi
kuasa manusia biasa. Diadun menjadi cerita yang mengasyikkan. Namun di situ
tiada lagi bangunan bolehguna yang mengekalkan kegemilangan sebuah empayar. Sekarang
Greece yang mewarisi negara purba Yunani adalah sebuah negara lemah. Negara yang
miskin. Manusia selalu lupa diri semasa berada di puncak kegemilangan. Tidak memandang
jauh ke hadapan. Tidak beringat untuk mencorakkan sesuatu yang betul berguna
untuk keturunannya pada masa akan datang. Mereka selalu rakus untuk dirinya dan
orang-orang yang dekat dengan mereka. Dari bangsa yang dihormati, dikagumi dan
digeruni Yunani menjadi bangsa yang hina dina. Hanya menangis pada sejarah.
Manusia selalu lupa
kepada Allah yang menciptanya dari tiada kepada ada. Soccrettes, Plato dan
Aristotle adalah antara tiga orang tokoh falsafah Yunani yang masih dipelajari
buah fikirannya. Setengah idea mereka masih dipraktikkan hingga kini. Kurikulum
akademik sekolah di seluruh dunia masih menerapkan falsafah mereka terutama
Aristotle. Yang paling jelas ialah aspek inquisitif. Ahli-ahli falsafah
kebanyakannya menemui Yang Maha Agung. Namun orang Yunani ketika itu mencipta
tuhan-tuhan mereka sendiri. Kepada mereka tuhan-tuhan tersebut memenuhi
keperluan rohani mereka. Zaman itu dipenuhi dengan kezaliman diri. Berperang antara
negara kota. Menindas bangsa yang ditawan. Tawanan pula dilayan sebagai haiwan.
Dilagakan untuk dicari juara yang paling banyak membunuh sesama sendiri. Banyak
gelanggang yang dinamakan mudarraj menjadi
tempat menghina tawanan. Tidak cukup dilagakan dengan manusia sesama tawanan,
mereka mungkin dilagakan dengan singa-singa yang kelaparan. Hidup atau mati
hanya di hujung pedang atau di hujung taring singa.
Sejarah juga banyak
merakamkan bahawa yang memerintah dan mengira diri mereka menang hidup dalam
kemewahan. Selalu pula manusia hilang kebaikannya sebagai manusia apabila
mewah. Hiburan, maksiat dan hedonism menjadi gaya hidup. Mereka menjauh dari
yang hak dan hakiki. Jordan sebenarnya
bukan dalam lingkaran gunung berapi. Tetapi cacatan sejarah menunjukkan bahawa
letusan gunung berapi pernah berlaku. Gempa bumi pernah berlaku. Bukan kecil. Bahkan
besar dan memusnahkan. Umu Quis musnah. Jarasy musnah. Laut Mati musnah. Kemurkaan
Allah sudah berulang-ulang ditimpakan kepada bangsa manusia yang ingkar. Menghairankan
juga apabila ada manusia yang lupa hakikat itu. Semua itu dikatakan sebagai
fenomena alam. Mengikut sahaja pemikiran barat. Mereka lupa siapa pemilik alam
ini. Pemilik dunia ini. Pemilik diri mereka sendiri. Janganlah mencari jawapan
yang terlalu sukar. Jawapan yang sendiripun tidak memahaminya. Tidak terjadi
sesuatu tanpa izin Allah. Kita semua dalam tanganNya. Kesemuanya hak Allah
secara mutlak. Tiada apa yang perlu didalihkan.
Umu Quis sangat gah
pada zamannya. Yunani purba antara kerajaan prasejarah yang diagungkan pada
zamannya. Banyakj tulisan, banyak kajian dan banyak aritifak sebagai bukti
kewujudannya. Melihat keluasan tapak Umu Quis itu sendiri dapat diukur kehebatan
negara kota itu. Terletak di pertengahan perjalanan antara timur dan barat. Di situ
pertemuan segala pedagang. Menemukan mereka yang berminat berdagang. Barangan dari
timur dan dari barat ditukar-tukar mengikut selera pengguna di negara
masing-masing. Perniagan bertukar barang meluas. Terdapat bukti artifak yang ditemui menandakan wang emas dan
perak digunakan secara berleluas. Sekarang ini dikatakan ramai petani yang
menemui artifak khazanah lama tinggalan Yunani atau Roman. Tentulah emas yang
selalunya memberikan keuntungan. Artifak lain yang bukan emas tidak memberi
apa-apa kebaikan kecuali untuk muzium. Untuk kajian sahaja. Tinggalan Umu Quis menunjukkan adanya kawasan
untuk perniagaan dan perdagangan. Binaan-binaan seperti ruang kedai
disediakan untuk mereka yang berminat.
Menyorot kembali
sejarah lama tidak ada salahnya. Kita pelajari kesilapan orang dahulu. Kita ambil
kebaikan yang mereka tingalkan. Senibina yang hebat hendaklah diinsafi bahawa
ianya datang dari Allah. Manusia hanya pelaku-pelaku yang Allah anugerahkan
sedikit kelebihan untuk memakmurkan manusia lain pada zamannya. Kita hendaklah
yakin terhadap ilmu Allah. Manusia hanya diberi terlalu sedikit dari ilmu milik
Allah itu. Terlalu sedikit. Sedikit yang sangat sedikit. Kita boleh terima pandangan
dan pendidikan barat. Boleh terima teori barat. Tetapi kita hendaklah
menerimanya secara Islam. Yang islamik. Pandangan manusia itu disandarkan
kepada yang hak dan benar. Sandarkan kepada nas al-Quran dan hadith. Dalam dunia
ini banyak pilihan yang dibenarkan berbanding yang dilarang. Semua yang
dihalalkan tiada mudaratnya. Sebaliknya semua yang dilarang tiada manfaatnya. Bukan
dari segi pertimbangan manusia tetapi dari segi pertimbangan agama. Dari segi
pertimbangan Allah. Selalulah tepuk dada kita untuk menilai iman kita sendiri. Orang
lain tidak tahu.
No comments:
Post a Comment