Di Barat banyak hal yang tidak eksklusif. Hatta istana presiden atau raja menjadi tempat popular kunjungan awam. Jadi sebahagian dari industri pelancongan. Jadi produknya. Di USA orang boleh masuk melawat White House di Washington. Di London orang hanya boleh berada di luar istana Buckingham. Tempat semayam Queen Elizabeth II bersama suaminya Putera Philip. Dilihat dari luar tiada apa yang istimewa tentang istana ini. Biasalah bangunan lama yang tersergam. Kawasan sekelilingnya lapang dan luas. Saya tidak tahu dalamnya. Mungkin penuh dengan segala kemewahan sebuah keluarga DiRaja. Segala kemungkinan gambaran kekayaan. Keluarga DiRaja Britain itu kaya dengan segala harta yang mungkin. Kemampuan berharta bukan ada halangan. Hari itu saya dan keluarga teringin sangat melihat sesuatu yang selalu diperkatakan orang. Melihat keunikan pertukaran pengawal di hadapan istana Queen itu. Lazimnya disebut The Changing of the Guards.
Istana batu yang kelihatan dengan kesuraman batunya. Tiada warna di luarnya. Tidak begitu menarik jika dipandang lama. Empat musim setiap tahun tidak memungkinkan untuk dicat selalu. Maka yang diserikan ialah dalamnya. Hiasan dalaman yang benar-benar English. Royalty pula. Bagi orang Barat pengisian dan hiasan dalaman itu lebih penting. Luar hanya kulit sementara. Walaupun dihias tiada bertahan lama. Yang di dalam itu kekal lama. Berzaman boleh diabadikan. Kekuatan dalaman itulah yang memberi ketahanan diluarnya. Fizikal semata-mata tidak memberi jaminan ketahanan. Rohani yang utuh merentas berbagai kepayahan. Bak bangunan ini ia megah merentasi musim demi musim. Istana itu tetap gagah mengusik rasa.
Pertukaran sif bertugas bukanlah sesuatu yang istimewa. Di mana-mana berlaku. Secara kecil atau secara besar. Tetapi kadang-kadang peristiwa kecil boleh menjadi sesuatu yang berimpak besar. Menjadikan kunjungan sesuatu yang menyegarkan. Menyemat di qalbu. Apalah istimewanya pengawal-pengawal yang berbaris keluar dan yang berbaris masuk. Sesuatu yang lumrah di mana-mana. Bukan di Istana Buckingham sahaja. Namun di London pertukaran pengawal menjadi produk pelancongan yang sangat bernilai tinggi. Sesuatu yang dianggap must see. Kebanggaan orang British. English khususnya. Setiap hari beribu-ribu pelancong bersesak-sesak melihat, menonton, merakam menikmati sesuatu yang dilihat indah. Worth your money. Terasa rugi jika tidak melihatnya dengan mata kepala sendiri. Suasananya, persekitarannya, wajah-wajah yang berbagai rupa. Warna-warni pakaian yang berkemilauan di musim bunga. Wajah-wajah spring yang ceria keluar dari kesuraman winter beberapa bulan sebelumnya. Spring menjadikan suasana bergemerlapan. Di istana lama ini hanya untuk melihat pengawal-pengawal bertukar giliran kerja. Tradisi yang sudah tidak lagi dipamer di mana-mana. Ia jadi vintage. Mungkin antik.
Mereka di atas kuda. Berpelana. Pakaian tradisi pahlawan silam. Kuning DiRaja. Derap kaki kuda. Pergerakan yang sistematik. Kelembutan gerakannya memukau. Lenggok kuda yang menarik. Harmini antara manusia dan haiwan tunggangan yang ada sejak dahulu kala. Kebanyakan kuda dari negar Arab. Kuda yang berjenis Stallion sangat popular sebagai kuda yang tidak terbilang tan gkasnya. Teringat pahlawan Islam yang bernama Khalid. Ingat Salahuddin al-Ayubi yang mengalahkan King Richard. Kuda adalah antara penjana kemenangan dalam mana-mana perang zaman itu.
Berbaris dan beriringan. Rangkaian warna kuning. Kuda yang berbulu gelap. Tidak lekang mata memandang. Gagah dan perkasa. Derap kaki kuda ada masanya gempita. Mungkin siaga. Ada masanya mengancam bunyinya.
Dalam kehidupan ini kadang-kadang kita terlalu menantikan yang besar. Seolah-olah yang besar itu bulat datangnya bergolek. Dinanti yang pipih datangnya melayang. Kehidupan istana yang canggih tidak menghalang berlangsungnya sesuatu yang tradisi. Cebisan budaya lama yang dikekalkan. Yang dijadikan produk pelancongan. Queen hanya figure untuk upacara dan majlis rasmi-rasmian. Namun begitu kehadiran Queen memberikan impak ekonomi kepada Britain atau United Kingdom (UK). Terasa rugi tidak melihatnya. Kepada pelancong, pertukaran pengawal yang sangat tradisi bukan mudah untuk ditonton. Pengawal-pengawal yang lengkap dengan regalia mereka. Kostum lama yang digilap baru. Pakaian pengawal zaman silam yang dikekalkan. Yang dipamerkan untuk menghidupkan zaman lampau. Bayangan yang sudah lama berlalu. Mereka berbaju kuning, hitam dan putih. Warna-warna gagah kepahlawanan. Night of the Round Table. Orang lama seperti saya biasa dengan cerita-cerita itu.
Berpusu-pusu pelancong dari seluruh dunia. Berkerumun di sekitar istana. Tidak kelihatanpun Queen. Yang ada hanya budaya dan keindahan tamadun mereka. Maju jauh ke dadapan sekalipun mereka tidak meninggalkan yang lama. Malah makin disinari dengan gemerlapan untuk dikongsi bersama dengan seluruh warga dunia. Manusia ini sama sahaja. Mereka ingin melihat sesuatu yang tiada di tempat mereka. Yang mereka ada kadang-kadang tidak diberi nilai. Tidak diletakkan di tempat yang tinggi. Benar kata pepetah Melayu, kuman di seberang laut nampak besarnya. Gajah di hadapan mata silau tidak dilihat.
Saya seperti menonton filem-filem klasik. Teringat saya tentang Spartacus, Cleoptra, Robin Hood dan banyak lagi. Warna warni. Pakaian dari kain tebal dan mungkin dari bulu haiwan atau gentian tiruan. Pada musim sejuk menampan rasa mencucuk yang mendesah dari udara luar. Hangat di dalam balutan pakaian tebal.
Kita tidak ada kenderaan tradisi begini. Yang selalu diingat zaman nenek moyang kita hanya berjalan kaki. Berkaki ayam. Haiwan tunggangan tiada untukk memudahkan pergerakan. Mungkin gajah yang gagah. Tetapi lanskap dan terrain negara kita tidak memungkinkan haiwan seperti kuda, unta, keldai dan baghal. Pergerakan jadi lambat. Tamadun juga tidak dapat dibina dengan kewajaran yang ada. Cara berfikir jadi lambat. Segalanya banyak merangkak.
Ramainya askar beruniform merah. Seluar gelap berjalur merah. Lihat topi mereka. Hitam, tinggi dan menancap ke atas. Nampak berat. Tetapi mungkin ringan kerana dibuat dari bulu. Asli atau tiruan.
Punyalah segak mereka. Saya dan anak ketiga saya tumpang sebelah. Mereka tak kisahpun. Yang di kanan tu koperal. Yang berbaju hitam konstabal biasa. Polis mereka. Rezeki saya yang Allah anugerahkan. Jejak kaki di sana. Melihat rupa bangsa mereka dari dekat. Pengalaman sekali seumur hidup. Jadilah ubat dan penawar. Ingatan juga yang kekal. Mengimbau selalu.
Kuda hitam. Ingat lagu Juliza Adzlizan sewaktu pertandaingan akhir Bintang RTM yang disertainya pada tahun 1984. Aduh lamanya.
Aduhai. Dengan seperti berat di kepala masih berjalan dengan gagah. Demi negaranya. Topi itu tinggi tetapi bukan untyk meninggi diri. Dahipun tidak kelihatan. Mata sahaja yang pasti cerah kerana sentiasa waspada dalam semua keadaan.
Saya ke Amerika Syarikat, saya melihat kampung-kampung tradisi yang mereka bangunkan untyk menjadi bukti sejarah mereka. Bukan di muzium. Bahkan kampung sebenar dan orang kampung sebenar. Lengkap berpakaian tradisi. Peralatan tradisi. Gaya hidup tradisi. Begitu juga saya lihat di Canada. Yang lama tidak semuanya dibuang. Kecuali yang mendatangkan mudarat. Walaupun dulunya da kesan negatif ianya disejarahkan. Untuk dilihat dan difahami oleh generasai yang akan datang silih berganti. Memaluinya warganegara belajar menghindar yang tidak baik. Memupuk yang bermanfaat. Tiada dahulu pasti tiada sekarang. Kita banyak belajar dari sejarah. Dari jatuh bangun orang-orang dahulu. Rugilah jika mengatakan sejarah semata-mata hanaya masa lampau yang sudah tiada. Untuk apa diingat. Namun kita tidak boleh membuat kesilapan yang sama berulang-ulang. Tidak belajar dari sejarah namanya. Tidak kira sekecil mana sekalipun sejarah ada manfaatnya untuk diri sendiri, keluarga dan untuk negara.
Tolong jangan buang yang lama. Tolong jangan buang yang tua. Ibarat kelapa, yang tua banyak santannya. Dari yang tua itulah biji benih dicambahkan. Kelangsungan suatu generasi. Kemusiaan yang selalu lestari. Dimantapkan mengikut tahap kekuatan minda, rohani dan psikologi warganya. Memahami modal insan yang perlu dibangunkan. Yang dirancang peranan dan tanggungjawabnya. Memikul amanah bangsanya untuk masa hadapan generasi selepasnya. Membina bangsa yang beragama tentulah lebih besar keutamaannya. Banyak bangsa yang pupus tetapi agama Allah berterusan. Jika ada bangsa yang tidak lagi mampu memikul amanah Allah maka Allah gantikan dnegan bangsa lain. Begitulah fitrahnya kehidupan di muka bumi yang fana ini. InsyaAllah kita tidak membuang yang tua. Yang lama. Banyak cerita di sebaliknya. Cerita lama yang tiada pada yang muda.
Saya simpulkan segala-galanya sebagai spectacular. Awsome. Yang lama dan tua jika digilap dan dilihat dengan mata kasih pasti masih menyinar. Masih mengujakan. Menjadi luar biasa.
No comments:
Post a Comment