Penerbangan dari O’Hare Airport ke Pittsburgh kira-kira sejam setengah sahaja. Ada ketidakselesaan yang saya rasa dalam penerbangan ini. Anak saya lima orang. Yang bongsu tentulah dengan ibunya. Malangnya peruntukan kerusi tidak sekelompok seperti dari Subang ke Narita dan dari Narita ke O’Hare Airport. Maka berpecahlah kami. Yang sukar ialah anak ketiga dan keempat. Najwa yang ketiga baru lebih sedikit empat tahun. Adiknya Nurin baru lebih sedikit tiga tahun. Tidak boleh dipisahkan. Tiket pula seorang di sana seorang di sini. Bingung juga saya sebentar. Terpaksalah isteri saya duduk dengan anak bongsu. Saya duduk dengan yang keempat. Yang pertama, kedua dan ketiga terpaksa berasingan.
Jenuh pramugari membujuk sesetengah penumpang. Tiada siapa yang peduli. Kebetulan tidak ramai wanita dalam penerbangan itu. Kebanyakannya lelaki. “Gentlemen, we have a situation here. This gentleman (menunjuk kepada saya) need seats together with his children. Can we exchange seats?” Tidak seorang yang member response. Bungkem semuanya. Saya toleh ke kiri dan ke kanan. Buat muka sedeh. Mohon simpati. Malang sungguh. Orang putih tak layan walau sedikitpun. Terimalah hakikat. Penerbangan itu begitu. Setelah dibujuk, anak keempat saya mahu pula duduk seorang dengan orang putih yang besar-besar belaka. Ternyata dia memang agak berani sejak kecil. Nakalnya dulupun boleh tahan. Buli adik-adiknya sahaja.
Itulah contact pertama saya dengan orang putih secara live. Pengalaman peribadi. Not conducive at all. Penerbangan bukan lama tetapi banyak pula payahnya. Dulu semasa menyeberang Lautan Pasifik, lama sungguh penerbangannya. Berjam-jam hingga lenguh sana sini. Sekejap siang sekejap malam. Makan tidak berhenti-henti. Bila jaga menontonlah apa yang ada di skrin. Puas menonton dengarlah pula muzik. Bermacam-macam channel. Bila lenguh memanjang, ikutlah senaman yang dipandu oleh pramugari. Tidak terasa payah kerana saya dan keluarga duduk bersama. Sekelompok. Untuk ke Pittsburgh yang tidak lama, terasa payah pula.
Tibalah waktu untuk take-off. Kapalterbang meluncur di landasan. Saya memandang keluar tingkap. Banyak salji bertompok-tompok di sekitar lapanganterbang. Agaknya di luar sana tentulah sejuk. Sesunggunya hingga setakat ini saya belum lagi merasakan winter yang sangat banyak ceritanya. Banyak dibaca. Banyak dilihat melalui filem, TV dan video. Banyak didengar dari orang-orang yang terdahulu pernah mengalaminya. Saya masih terlindung dari sejuknya. Semua lapanganterbang dihangatkan. Kapalterbang juga dihangatkan. Pendingin hawa direhatkan. Alat pemanas pula yang mengambilalih peranan.
Beberapa kali kapalterbang terangkat ke udara. Sebentar kemudian tayarnya terasa mencecah ladasan semula. Kemudia terangkat lagi. Sebentar lagi mencecah lagi landasan. Begitulah beberapa kali. Dalam hati kecut juga. Agaknya bila winter lazim berlaku begitu. Entahlah. Masalah udara atau tekanan barangkali. Ngeri juga bila begitu. Naik ke tidak ni. Saya pandang anak-anak. Seorang demi seorang. Ya Allah. Selamatkanlah kami. Entah berapa banyak ayat-ayat suci yang saya baca. Terkumat kamit sendiri. Setelah beberapa ketika terangkat juga kapalterbang itu. Mungkin setelah mendekati hujung landasan. Saya merasakan lama baru kapalterbang itu terbang di udara. Masa tersangat lama. Terasa lama sangat. Seperti terhenti kerana rasa ngeri yang saya rasa.
American Airlines yang membawa saya dari O’Hare Airport ke Pittsburgh. Saya katakan sebelum ini pramugari-pramugarinya tiada yang muda. Seperti kesemuanya sudah mlebihi 40 tahun. Namun mereka masih cergas. Masih ligat lagi. Lincahnya bukan calang-calang. (Di Pittsburgh barulah saya menyedari bahawa fitrah orang putih ialah kecergasan fizikal. Biasa bagi mereka . Budaya mereka.) Semua penumpang dilayan selayaknya. Kadang-kadang saya merasa kagum. Mereka yang seusia mereka jika di Malaysia sudah kendur tenaganya. Sudah jauh menurun staminanya. Jadi lemah. Tidak bermaya. Tidak lagi menampakkan minat yang mendalam dalam kerjayanya. Mereka membilang waktu untuk banyak berehat. Usia guna mereka tidak dimanfaatkan. Tua adalah usia. Berumur itu usia. Sumbangan yang member imanfaat tidak mengenal usia. Bila-bilapun sumbangan boleh diberi.
Saya berbual juga dengan orang putih yang di sebelah menyebelah saya. Bukan senang hendak berbual dengan mereka. Kebanyakannya orang sibuk. Duduk sahaja di kerusi mereka cuba melelapkan mata. Berehat. Santaikan tubuh badan. Banyak lagi tugas yang perlu disempurnakan bila sampai di destinasi nanti. “Where’re you going?” Sapa seorang. “I’m going to the University of Pittsburgh.” “Owh! You must be schooling there.” Pada kali pertama mendengarnya terasa keliru saya. Schooling pada fahaman saya hanya untuk sekolah kebangsaan dan sekolah menengah sahaja di Malaysia. Di US schooling bermakna belajar. Bukan pergi ke sekolah. Malah fakulti biasanya mereka kenali sebagai school. Saya sendiri ke School of Education. Begitulah bezanya budaya. perjalan jauh banyak memberi makna dan erti.
Masa tidak panjang. Penerbangan tidak lama. Saya ambil kesempatan untuk berehat. Nanti di Pittsburgh banyak tugas menanti. Membawa anak seramai lima orang perlukan organisasi diri yang sesuai. Beg-beg perlu dinanti di lokasi bagasi. Perlu pula diangkut. Bawa passport ke kaunter. Serah untuk pemeriksaan kastam. Mudah-mudahan tiada kompliksi imigresen atau kastam. Pittsburgh, here I come.
No comments:
Post a Comment