Thursday, September 30, 2010

Masa Dulu-Dulu: Bahagian Ketiga Puluh Tiga- Bab 4

Di sekolah menengah teknik (SMT) Johor Bahru saya mengajar Bahasa Melayu dan Geografi. Saya tidak ada masalah tentang Geografi. Saya meminati subjek ini sejak di sekolah menengah lagi. Semasa mengambil peperiksaan STPM dahulu saya mengambil subjek ini. Pengalaman saya menjelajah dunia menjadi added asset dan added value dalam pelajaran ini. Cerita benua bukan cerita dongeng. Certa laut bukan cerita teori. Cerita ekonomi berbagai negara bukan cerita dari kayangan. Cerita perubahan musim adalah pengalaman peribadi. Pengalaman mahal dan indah sepanjang zaman. Hanya yang pernah mengalaminya sahaja will treassure the memories sepanjang zaman. Putihnya salji yang sejuk menusuk tetap mendamaikan. Yang sunyi suasananya melaut sejauh mata memandang. Putih dan putih merata di mana-mana. Hanya untuk mata yang melihatnya. Mendengar cerita tidak merasakan indah realitinya. Melihat gambar tidak merasakan hidupnya suasana bersalji.

Sewaktu di sekolah dahulu saya tidak mengerti. Saya tidak memahami apa itu sebenarnya perubahan musim. Sukar untuk mentafsir musim yang berubah kerana kita di Malaysia tidak pernah mengalaminya. Seorang teman berkursus di Toronto, Canada. Dia ditanya , how many seasons you have in Malaysia. Selamba dai menjawab. We have four seasons: hot, hotter, wet, wetter. Pada kita benar jawapan itu. Tetapi orang putih gelak kerana menyangka kita melawak. Bagaimana hendak memahami winter, spring, summer dan autumn (falls). Sesejuk mana agaknya winter. Sepanas mana pula summer. Apa pula indahnya spring. Sedamai mana autumn. Apa pula kegilaan mereka pada musim yang berlainan itu. Saya tinggalkan dahulu musim-musim itu kerana saya akan sampai kepada cerita itu nanti. Dalam episod antara benua. Lama lagi agaknya. Tinggulah. Sangat indah nostalgia itu.

Kerungsingan saya di SMT ialah bahasa Melayu. Istilah ini juga mengelirukan saya. Sekejap ada sekejap tiada. Macam biskut chipsmore. Kadang-kadang istilahnya Bahasa Melayu. Pada waktu yang lain Bahasa Kebangsaan pula. Sewaktu saya mengambil SPM (dulu OSC, FMC dan MCE), Bahasa Melayu dan Bahasa kebangsaan adalah dua subjek yang berbeza. Untuk peperiksaan OSC (Oversea School Certificate kendalian Cambridge University, England dan Universiti Malaya. Sijil itu ditandatangani oleh Vice Chanselor University Cambridge dan Naib Canselor Universiti Malaya ketika itu iaitu Prof DiRaja Ungku Aziz).

Antara latihan yang saya berikan kepada pelajar saya di SMT ialah surat kiriman. Pelajar tingkatan empat. Seperti biasa saya semak hasil kerja mereka. Saya tanda mana yang salah. Bila saya kembalikan buku latihan itu kepada pelajar, mereka kehairanan kerana format yang biasa mereka lakukan dari sekolah rendah dahulu, saya salahkan. Rupa-rupanya saya banyak berpandukan kepada amalan pentadbiran. Saya sudah biasa dengan surat menyurat rasmi dari kementerian, jabatan dan politeknik. Pengurusan pejabat dan surat menyurat tentulah menggunakan komputer.

Komputer dan mesin taip banyak bezanya. Menaip dengan komputer memerlukan kita memusing kertas. Kita kena tolak dan adjust pada jarak yang kita kehendaki. Jika di pangkal kita biarkan sahaja. Memang bila dipusing ia berlabuh dipangkal. Bila hendak menulis di hujung kenalah tolak ke hujung. Begitu juga komputer, bila kita enter maka cursor akan berlabuh di kiri skrin. Kajian yang dilakukan di luar negera menunjukkan bahawa menulis surat mengikut sistem mesin taip dan secara tradisi menjadi tidak produktif. Lagipun jika berlaku kesalahan terpaksa pula dipadam atau dibuang kertasnya. Pembaziran yang melampau. Melambatkan. Anti produktif. Tidak efisien.

Maka komputer menang dalam hal ini. Teknologi mengalahkan birokrasi dan mungkin mengalahkan protokol. Saya sudah biasa dengan pentadbiran di Politeknik Batu Pahat (PBP). Komen pelajar tentang kesalahan semasa membuat surat kiriman itu membuatkan saya termangu sebentar. Saya semak buku teks BM. Saya jadi keliru. Amalan dan teori tidak selari. Teknologi belum sampai di sekolah. Ataupun tradisi itu dipertahankan kerana formatnya begitu. Jika itu sebabnya maka saya kira dunia akademik dan dunia muamalah yang merangkumi dengan hal-hal yang berkaitan dengan masyarakat tidak segerak. Akademik dalam kepompongnya. Masyarakat meninggalkan sekolah jauh di belakang.

Dalam masa dunia ghairah dengan inovasi dan kreativiti, sekolah masih lagi mabuk dengan mempertahankan status quonya. Modus operandi yang menjadi jumud. Obsolete. Lapuk. Ketinggalan zaman. Out of place. Orang bercakap tentang state of the art, kita bercakap tentang birokrasi. Walau bagaimanapun saya akur dengan keadaan. Lalu saya katakan sesuatu kepada pelajar. Saya mengambil pendekatan kompromi. Di sekolah, saya katakan, gunakanlah teori yang masih digunapakai. Yang dinilai benar dalam PMR atau SPM atau STPM. Nasihat saya ialah, apabila bekerja nanti gunakan pula kaedah komersil seperti yang saya maklum. Pelajar akur dengan pendapat saya.

Dalam tugasan yang berkaitan dengan buku teks, saya rasa secara psikologinya buku teks menjadi alat bukan memotivasi. Saya kira sifatnya demotivating. Rekabentuk kulitnya, kertas yang digunakan (menjimat kos), artkel yang dimuatkan tidak memberi daya tarikan. Bagi pelajar yang mendapat buku teks pinjaman keadaan itu lebih teruk. Bukunya kusam. Mungkin kumal. Ada contengan pelajar terdahulu. Lalu saya memilih hanya latihan yang agak menasabah kesesuaiannya. Saya ambil keratan dari Dewan Masyarakat, Dewan Budaya, Dewan ekonomi, Dewan Sastera dan majalah-majalah akademik lain. Atau saya ambil keratan akhbar. Atau cabutan dari mana-mana buku. The excitement berbeza jika saya menggunakan buku teks. Layu pelajar dengan buku itu. Artikel dari luar memungkinkan mereka menjadi live. Hidup kerana perbincangan, olahan, susunan dan topik semasa yang segar.

Maka berulang-ulang kali saya membuat salinan fotostat. Tidak mengapalah, kata saya. Saya puas. Nampaknya sekarang ini, sudah ada suara dan mungkin gerakan yang menuntut supaya buku teks dijadikan tidak perlu. Sekolah dan guru mencari bahan yang sesuai untuk menyampaikan pengajaran. Kos untuk menyediakan bahan, artikel, mencetak, mengagih dan mentadbir buku teks dialihkan supaya bajetnya berkaitan dengan penyediaan mesin fotostat atau pencetak dan kertas cetakan komputer. Saya memikirkan jangka panjang. Saya kira pelajar akan lebih bermotivasi untuk datang ke sekolah dan kelas dan menjadi daya tarikan yang memanjang.

Bahan yang terlalu rigid mematikan daya fikir pelajar. Apatah lagi jika hal yang dibincangkan itu isu lama yang sudah ketinggalan zaman. Teknologi sudah berubah. Fokus manusia sudah berubah. Jika alam pendidikan dalam kepompongnya yang tersendiri, sukar bagi guru menjadikan anak didiknya menjadi bakal pemain global. Warga global. Kita inginkan anak didik kita being able to spread their wings. Fly to distant land. Discover new passion. Develop new interest. Dwell on the future. Sudah tidak relevan mana-mana yang tidak futuristic. Yang tidak technology based. Tidak ke hadapan, advanced. Its a fallacy to insist on the present state of the art only. The world is so volatile. It maybe violent. Changes is inevitable. It has to be expected. Yes it is knocking at our door all the time. Technology is being repleced by the seconds! Pedagodi adalah sesuatu yang berubah mengikut arus, zaman, keperluan dan keadaan. Mengikat kepada sesuatu zaman sahaja tidak memungkinkan guru untuk menjadi kreatif dan inovatif.

Berilah ruang kepada pendidik mengurus perubahan. Mereka adalah orang-orang yang berada on the ground. Mereka sangat memahami apa yang perlu dibuat. Sayangnya mereka selalu dihalang dari melakukan perubahan. Larangan itu mungkin subtle. Mungkin terang-terangan. Bajet pula tidak fleksibel. Sekolah terikat dengan peraturan yang ketat. Barangkali jika dibajetkan, akan ada penyelidikan, pembangunan yang berkaitan dengan sistem, pentadbiran, pemikiran, falsafah, prosedur dan apa sahaja yang memberikan impak positif terhadap pendidikan. Bila agaknya semua ini boleh dinikmati? Entahlah. Usahalah lagi. Lebih Kuat lagi. Lebih Fokus lagi.

Tadika Itu Hiburan Atau Pendidikan?

Hari ini Khamis 30 September 2010 saya singgah di sebuah pasaraya. Entah yang keberapa saya tidak tahu. Setiap kali saya melihatnya saya menjadi lemas. Saya rimas. Saya jadi mencuka. Saya luka perasaan. Saya jadi kehilangan rasa. Event seperti itu ada di mana-mana. Bukan sahaja di hujung minggu, pada hari kerjapun event itu diadakan. Ramai pula yang menontonnya. Kanak-kanak merata tempat. Orang tua berkeliling penuh minat. Ibu bapa seronok gembira.

Bayangkan anak-anak yang masih hijau dididik untuk akhirnya mencintai hedonism. Hidup mereka rancak dengan muzik sepanjang masa. Mereka hanya tahu berhibur. Dari event kecil mereka akhirnya menjadi terbius dengan hiburan tanpa batas. Unplugged. Terlalu muda usia mereka. Setiap masa mereka didedahkan, dilatih, dibudayakan dengan muzik, nyanyian dan hiburan. Mereka pula dihias dengan berbagai rupa. Pakaian beragam. Hilang jatidiri mereka semua. Apa sebenarnya mereka hendak dibentuk? Ke mana pula arah tuju mereka?

Malang sekali anak-anak kecil yang belum mencapai usia tujuh tahun diperlakukan begitu. Semuanya atas nama TADIKA, TABIKA, TASKA, TASKI, KINDERGARTEN, TAMAN ASUHAN dan ABIM. Agensi yang mengendalikannya berbagai juga. Bermacam-macam kementarian dan jabatan. Yang swasta tidak boleh dikira. A lucartive business. Yang berada berlumba-lumba melabur. Yang kurang berada mencari yang paling minimum bayarannya. Demi anak. Demi masa depan. Demi kelangsungan masa depan keluarga.

Syaidna Ali menyarankan bahawa pada usia antara lahir hingga tujuh tahun, banyakkan bermain dengan anak-anak. Ibu bapa disarankan banyak bermain dengan mereka. Ya bermain. Tetapi jangan terpedaya dengan perkataan bermain itu. Jangan bermain-main dengan istilah itu. Bukan bermakna bermain tanpa matlamat. Tanpa prosedur. Tanpa peraturan. Tanpa pengajaran. Tanpa masa dan tempat. Bermain itu dengan disiplin. Untuk mengajar. Untuk menunjukcara. Untuk membimbing. Untuk menguatkan fizikal. Untuk menguatkan kesihatan. Untuk mengasah bakat. Untuk mencungkil segala kebaikan dna kemungkinan. Untuk menguatkan stamina. Untuk berdikari. Untuk bersosial. Untuk berperaturan. Untuk toleransi. Untuk ukhwah. Untuk kasih sayang. Untuk kepimpinan dan yang dipimpin. Bermainlah tetapi bukan untuk main-main. It has to be with purpose. Objektifnya mestilah jelas.

Bermain yang dicadangkan lebik kompleks dari yang dijangka. Dari yang difahami. Usia menjelang tujuh tahun adalah zaman yang masih jernih. Mereka masih putih. Masih bersih. Masih telus. Masih mulus. Suci dari segala kekotoran. Dari noda. Pada usia inilah mereka mesti didisiplinkan dengan agama. Dengan suruhan agama. Dengan amalan agama. Solat menjadi tiang dan tembok pertama yang mesti dibina. Yang mesti dibangunkan. Yang mesti didirikan. Yang mesti dikebalkan. Yang mesti bentengkan. Yang mesti diperkukuhkan. Yanbg akhirnya mesti dipertahankan. Diperkasakan.

Pada usia begini mereka mudah menyerap sessuatu yang baru. Lekat ingatan di benak mereka. Yang nanti sampai ke tua menjadi kenangan. Mereka mestilah diberi yang terbaik. Yang selari dengan garispandu agama. Yang menyejukkan roh-roh yang tenang. Yang mendamaikan jiwa yang bergejolak. Yang ingin didekatkan selalu kepada Allah.

Mengapa dan kenapa? Apa sebabnya? Dalam usia muda ini mereka dikaburi. Diracuni. Dicemari dengan hal-hal yang tidak sepatutnya. Usia semuda itu mereka tidak diberi pilihan untuk mendapatkan yang terbaik. Yang menjadi keutamaan hidup di dunia dan akhirat. Yang merintis jalan selamat, jalan lurus yang digariskan Allah dan RasulNya. Yang diperpanjangkan ulama’ yang menjadi pewaris para anbia’.

Anak-anak di kindergarten memanglah itu bentuk pendidikan mereka. Menyanyi dan menari. Muzik sepanjang masa. Tetapi bagaimana anak-anak di TASKA, TASKI dan yang serupa dengannya boleh terlibat dengan event yang menyimpang dari agama. Dari zikir dan doa. Tentulah tidak cukup anak-anak di tadika hanya diajar dengan doa makan dan minum. Doa tidur. Doa berpakaian. Doa dan zikir mestilah dimagnifikasikan. Di menifestasikan dalam bentuk kehidupan beragama. Ad-din. Guru-guru meraka didedah dengan Islam. Ibu bapa mereka Islam. Bila ada event hiburan, anak-anak tidak berpakaian sewajarnya. Tiada identiti Islamnya.

Ironis dan paradox bila dalam event seperti itu anak-anak kecil yang tidak mengerti apa-apa. Berpakaian Melayu, berkopiah tetapi disuruharah terkinja-kinja, menari-nari dan terjerit-jerit. Ibu bapa yang berskopiah dan ada yang berserban. Ibu-ibu bertudung panjang dan lingkup. Audien pula dalam lingkungan mereka yang Muslim juga. Event itu tidak mencerminkan Islam. Tidak ada tanda aktiviti beragama. Bertambah malang bila event itu dimulakan dengan doa. Hanya make-up. Satu momokan yang kerap berlaku di mana-mana.

Bila sebenarnya kita boleh sedar akan kesilapan-kesilapan ini? Kembali untuk menegakkan yang hak. Bekerja untuk membina kekuatan akidah. Memperkukuh dan memperkasa agama. Merentas jalan lulus yang diredhai. Kita terpedaya dengan dunia sedangkan matmamat akhir kita bukan di sini. Kesemuanya ingin ke akhirat. Biarlah anak-anak itu berada di landasan yang betul. Sampai ke desta

Bimbinglah anak-anak kecil kita ke jalan lurus itu. Binalah sistem yang mencerminkan Islam. Yangs seuai dengan kehendak Allah. Mematuhi arahan dan sunnah RasulNya. Ke mana lagi hendak diarah? Kita sudah ada yang terbaik. Yang sudah digarispandukan. Yang sudah dijamin terbaik. Yang menjadi pilihan teragung. Inilah yang selalu Allah tanyakan dalam al-Quran. Kenapakah cari yang lain selalin Islam? Bukahkah telah diwahyukan bahawa ‘Pada hari ini telah Ku sempurnakan agamamu’? Allah menegaskan bahawa Allah redha Islam itu menjadi agama bagi mereka yang beriman’.

Keluarkanlah anak-anak kecil kita dari lingkungan yang tidak membina agama. Akhirnya nanti mereka faham bahawa agama itu seperti juga agama lain. Penuh dengan tarian dan nyanyian. Penuh dengan muzik dan hiburan. Fahaman salah ini yang dibawa hingga mereka besar dan mungkin sehingga dewasa. Ketika mereka sudah menjadi buluh nanti segala-galanya akan menjadi tunggang terbalik. Sukar untuk diubah persepsi dan perspektifnya. Jenuh nanti didakwah. Berbuih untuk dibetulkan. Memantul. Mereka yakin mereka dididik dengan betul. Mereka yakin jalan mereka adalah jalan yang lebih lurus.

Janganlah keadaan yang sudah bobrok ini semakin hancur. Kita yang boleh mengubahnya. Ibu bapa, andalah yang boleh mengubahnya. Guru-guru tadika, tuan-puanlah yang boleh mengubahnya. Kementerian dan agensi, mulakanlah perubahan ke arah yang Islamik. Pemimpin dan ketua, kembalilah kepada memartabatkan Islam. Wahai kaum, marilah sama-sama kita kembali kepada Islam yang telah dijanjikan lurus dan diredahaiNya.

Tuesday, September 28, 2010

Penglaman Mengurus Pelajar: Episod Pertama

Pengalaman mengurus pelajar bukan datang begitu sahaja. Ketua-ketua di atas mestilah menaruh keyakinan yang kita boleh menjalankannya. Kemahiran yang kita perolehi tidak semestinya born. Tidak ramai antara kita yang dilahirkan memiliki kemahiran khas yang tidak perlu dipelajari. Lahir sahaja sudah ada bakat kepimpinan. Bila dewasa terus sahaja boleh memimpin. Lazimnya tidak pernah begitu.

Dalam diri kita ada dua unsur yang saling berkait. Yang satu memang sudah ada. Warisan keluarga yang dibawa melalui DNA dari nenek moyang hingga ke anak cucu segala keturunan yang berikutnya. Mungkin tidak terserlah tetapi sudah ada terpendam. Menunggu untuk dipetik suisnya. Menunggu untuk diusik supaya terjana bakat itu. Mungkin mengambil masa yang lama. Mungkin hanya sesingkat masa. Warisan itu kekal sama ada diserlahkan atau tidak. Individu yang empunya diri yang menggerakkannya. Hasratnya dari dalam yang membentuknya. Dia yang mengolahnya. Dia yang nanti memanfaaatkannya apabila diperlukan.

Kita tidak dapat lari dari hakikat bahawa diri individu itu adalah milik alam. Milik manusia lain. Milik alam persekitarannya. Input-input agama, sosial, muamalah, pendidikan dan alam semesta mempengaruhi dirinya dari sejak lahir hinggalah pengakhir hayatnya. Sepanjang perjalanan itu ia dipengaruhi oleh alam persekitarannya sama ada sedar atau tidak. Sengaja atau tidak. Tahu atau tidak. Hendak atau tidak. Suka atau tidak. Redha atau tidak.

Bentuk fizikal yang merangkumi berat dan tinggi, warna kulit, sifat-sifat peribadi, bakat dan sikap, penyakit dan kesihatan, paras rupa dan faktor-faktor lain lazimnya adalah warisan keluarga. Ciri-ciri itu ada pada keluarga. Pada ahli keluarga. Namun begitu persekitaran yang berbeza menjadikan ahli keluarga akhirnya memiliki perbezaan-perbezaan yang ketara kerana masing-masing disepuh dengan ramuan-ramuan yang berbeza. Diadun oleh tempat dan masa yang berbeza. Menerima didikkan dan asuhan dari orang yang berbeza. Sifu-sifu mereka berbeza pengalaman, kelayakan, kebestariannya. Suasana dan persekitaran fizikal yang bebeza.

Manusia di sekeliling kita besar pengaruhnya. Gaya perbadi mereka mungkin terserap dalam diri kita. Lama nanti kita sedar bahawa kita meneruskan legasi orang-orang yang telah terlebih dahulu mempengaruhi kita. Dalam diam rupanya kita telah belajar. Kita telah menerima sesuatu yang difitrahkan untuk kita menerimanya. Mungkin ada jodoh untuk menerima warisan mereka. Ilmu mereka. Buah fikiran mereka. Cetusan-cetusan peribadi mereka. Serpihan-serpihan kebaikan mereka. Tidak kurang juga cebisan-cebisan sifat negatif mereka.

Hubungan dengan persekitaran membawa kita kepada manusia lain, haiwan, tumbuhan, air, udara, iklim dan apa sahaja yang ada di sekeliling kita. Panas dan hujan. Sejuk dan banjir. Air pasang dan surut. Semuanya mempengarui peribadi dan tingkah laku kita. Semuanya mencipta mood yang berbeza. Tanpa mengira siapa kita, mendung dan mega ada kesannya. Malam dan siang ada kesannya. Terang dan gelap ada kesannya.



Allah menciptakan manusia serupa tetapi secara terperincinya sangat berbeza dari seorang kepada seorang yang lain. Terlalu naif untuk mengatakan semua orang adalah sama. Semua orang boleh belajar. Semua orang boleh menjadi baik. Semua orang boleh berjaya. Semua orang boleh itu dan ini. Allah berfirman bahawa semua manusia adalah sama. Yang berbeza adalah taqwa mereka. Sepintas lalu memanglah serupa tetapi penelitian menunjukkan manusia itu banyak bezanya.

Syadina Ali pernah diminta pendapatnya. Mengapakah umat pada zamannya banyak menimbulkan masalah. Banyak karenah. Tidak mudah puas. Banyak pula soal dan tanyanya. Kenapa berbeza dari umat terdahulu. Mudah sahaja Sayidina Ali menjawab. Umat terdahulu adalah individu-individu seperti ana. Umat sekarang pula adalah orang-orang seperti anta. Umat dahulu sangat tinggi darjah kepatuhannya kepada Rasul dan agama. Umat sekarang banyak mempersoal mengikut logik akal.

Agama itu mudah. Tetapi tanpa akal yang tajam kesemua perkara menjadi tidak logik. Apatah lagi falsafah barat banyak mendorong supaya manusia berfikir mengenai logik. Lebih kepada empirisism. Pentingkan bukti experimen. Bukti-bukti saintifik. Beredarnya falsafah dari idealism kepada realism menyumbang kepada perubahan-perubahan dasar tentang teology orang Kristian. Bila mereka menjadi secular mereka lari dari agama. Hingga larut kini di barat banyak kumpulan yang anti agama. Anti Christ. Ani bible.

Kita selalu menterjemah tanpa mengerti. Memindahkan fakta tanpa memahami. Orientalis menjadi sekular. Mereka mempersoal agama. Mempersoal segala benda yang dianggap tidak wujud secara fizikal. Persoalan dan isu maujud perlukan eksperiman. Malangnya Pak Kaduk. Bagaimana kita boleh menterjemah kesemua persoalan itu kepada agama kita. Permasalahan teology kita pindahkan menjadi permasalahan akidah. Tauhid. Lalu goyahlah minda-minda muda yang rapuh kerana tiada dahan kukuh untuk digayut. Pendidikan agama hanya satu subjek untuk lulus periksa. Bukan untuk lulus ke akhirat.

Bagaimana anak-anak muda kita membenci agama. Banyak sangat yang tidak serasai pada minda mereka. Hedonism yang terlalu kuat mendasari minda mereka menjadikan agama sangat tidak menyenangkan. Menjadi hambar. Tiada nikmat dan kelazatan beragama. Tawar dan hambar semata. Ada orang berzikir dengan lazat kerana rindunya kepada Allah. Kerana dapat mendekatkan diri kepada Allah. Kerana sentiasa berada dalam naungan Allah. Kerana inginkan magfirah Allah. Kerana sentiasa inginkan perlindungan Allah.

Orang barat tiada cinta lagi kepada Christ. Nabi Kristian mereka. Entahlah, bolehkah kita samakan Christ dengan Nabi Isa. Jika Allah menyebutnya sebagai Nabi Isa tentu tidak wajar kita menyamakan Christ dengannya. Bila orang barat anti-Christ orang kita jadi sasau kerana mereka pusing fakta menjadi anti-Muhammad pula. Orientalis barat menghina Rasulullah. Orang Malaysiapun ada yang termakan fitnah. Mereka tidak melihat Rasulullah dengan kacamata agama. Tidak melalui wahyu. Mereka melihat baginda dengan logik akal. Sangat menghairankan apabila ada orang Malaysia Islam dan Melayu yang anti al-Quran. Terjemahan melulu dan sembrono yang dipengaruhi oleh orang barat yang anti-bible.

Ada sesuatu yang mengganggu fikiran saya. Ibu bapa yang terpelajar, yang dekat dengan agama dapat mengawal anak dengan wajar. Mereka bermaklumat. Mereka tahu butiran-butiran salah dan mengancam dari luar. Mereka tahu kaedah menangani permasalahan akidah. Permasalahan sosial. Permasalahan maksiat lain. Pokoknya ada sandaran agama. Ada kemahiran beragama. Mereka memiliki rangkaian teman. Ramai sahabat handai. Luas pembacaan. Boleh menilai. Tahu bertindak dengan bijaksana.

Bagaimana dengan ibu bapa yang kekurangan dalam banyak hal. Yang tidak dapat melihat perkembangan global village yang semakin lama semakin mengecil ini. Yang semakin sempit menghimpit ini. Dunia tanpa sempadan dan langit terbuka ini membawa banyak unsur negatif ke dalam persekitaran hidup orang Islam. Ibu bapa tidak berkeupayaan untuk menyaring yang mana hak dan yang mana batil. Yang mana boleh dan yang mana tidak boleh. Saya ingin kembali kepada persoalan 6F yang pernah saya nukilkan. Yang melibatkan FAITH, FASHION, FOOD, FESTIVAL, FREEDOM DAN FINANCE.

Keesemuanya membelenggu umat Islam. Umat Melayu. Orang Malaysia. Apabila pelajaran agama dipandang dengan sebelah mata, sekarang kita menerima akibatnya. Ramai anak muda yang tahap literasi agamanya sangat rendah. Sukar dibentuk menjadi Muslim yang berwibawa. Mereka yang berada dalam bidang ‘agama’ menjadi minoriti. Tempat mereka semakin kurang. Mereka menjadi terpinggir. Suatu pengabaian yang saya kira melampau. Hidup kita dan mati kita dalam beragama. Mengabaikan mana-mana satu bahagian mencederakan keindahan beragama. Mencacatkan laluan ke syurga. Laluan ke akhirat. FAITH – akidah menjadi dagangan yang tidak menguntungkan. Semuanya dinilai dengan keuntungan dunia.

FASHION –fesyen pakaian orang Islam sudah menjadi caca marba. Kita tidak lagi melihat hukumnya. Tidak lagi dilihat fungsinya. Tidak lagi dirujuk falsafahnya. Tidak lagi bersandarkan agama yang dianuti. Yang dipercayai. Yang diimani. Yang menjanjikan keselamatan. Yang menjanjikan kedamaian. Yang menjanjikan kesempurnaan. Kita banyak merujuk pakaian yang sedap dipandang. Yang sedap dipakai. Pakaian yang bersandarkan agama dianggap kolot. Ketinggalan zaman. Jumud. Statik. Beku. Mati. Layak untuk Orang Utan.

Mereka yang trendy dianggap terkehadapan. Morden. Entah berapa orang yang faham perkataan morden. Istilahnya telah diperkenalkan 600 tahun dahulu. Apa sahaja yang yang lebih baik dikatakan modern. Ya 600 tahun dahulu apabila barat menemui cahaya. Zaman cerah. Mereka gelap ilmu selama 1,000 tahun. Selepas Perang Salib mereka menemui ilmu Islam. Ilmu dan cabang-cabangnya yang telah dibangunkan oleh sarjana Islama selama 1,000 tahun. Sekarang ini kita tidak lagi dapat menentukan agama, bangsa dan kaum dengan melihat pakaian. Menghairankan, kadang-kadang yang bukan Islam lebih sopan pakaiannya. Lebih Islamik walaupun mereka bukan Iskam.

Lihatlah wanita luar bandar di Italy, Spain, Portugal, France, Germany, Poland, Hungary, Bosnia, Rusia, Greece, negara Balkan yang lain. Negara Eropah Timjur yang lain. Hatta di USA ramai ahli masyarakat yang hidup cara tradisi. Tentulah mereka berpakaian tradisi. Wanita mereka memakai tudung. Tradsi turun temurun. Menjadi amalan. Menjaga rambut. Menjaga kepala. Menjaga kewanitaan. Menjaga warisan. Menjaga identiti. Malangkan apabila orang Islam sudah membuang tudung. Gadai tudung untuk mendapat kerja. Untuk trendy. Untuk maju. Untuk modern. Suatu istilah tanpa pemahaman. Tanpa pengertian.

Itu belum lagi yang seluar ketat. Baju singkat dan ketat. Yang jarang berlubang. Yang kadang-kadang menjanggali majlis. Tidak lagi mengetahui taraf dan adat majlis. Tidak mengenal protokol dan etiket. Tidak tahu membawa diri. Pakaian mahal tidak cukup. Pakaian trendy tidak cukup. Sebarang pakaian sahaja tidak cukup. Hendaklah mengetahui jenis pakaian untuk majlis yang berbeza. Tidak sama majlis kenduri tahlil dengan jamuan santai di rumah teman. Tidak sama majlis jamuan kerana perkahwinan dengan hari keluarga. Tidak menasabah memakai Jean ke rumah orang kenduri arwah atau kenduri kahwin atau rumah terbuka hari raya atau majlis agama, atau apa-apa majlis yang ada unsur rasmi atau rasmi-rasmian atau formal.

Tentang FOOD – makanan, kita sudah tidak ambil pusing halal dan haramnya. Suci dan bersih. Yang halalan toyyibah. Yang bermanfaat. Paling baik tentulah memasak sendiri. Membeli bahan-bahan yang diketahui status halalnya. Paling baik tentulah makanan dan minuman yang dibuat oleh orang Islam sendiri. Mereka yang arif tentang agama. Proses penyediaan makanan yang dibuatnya ada jaminan kualiti dari segi Islam. Jika tidak kita akan menelan makanan yang terdapat keraguan padanya. Kita tidak boleh biar orang lain yang perlu menentukannya. Tiap-tiap orang bertanggungjawab untuk mempastikan makanan dan minumannya halal. Apa yang saya alami sendiri, hanya di USA sahaja lebel makanan mencerikatan serba serbi bahan untuk membuat makanan.

Di USA orang Yahudi minoriti. Tetapi mereka menguasai ekonomi. Menguasai politik. Menguasai dasar negara. Orang Islam menumpang pengaruh mereka dari segi makanan. Berapa ramai yang akan percaya jika saya katakan dalam roti (di USA) ada minyak babi. Bentuknya berbagai. Ada lard, animal shortening, animal oil, animal extract, animal glycerine dan banyak lagi. Ada ubat penaik dari babi. Dalam icekrim ada rum atau brandy. Dalam kek ada brandy. Dalam ubat gigi ada pig tallow atau beef tallow. Dalam sabun mandi ada pig tallow atau beef tallow. Dalam makanan lain ada ham. Minyak babi berleluasa. Ada di mana-mana. Di Malaysia saya tidak tahu. Label barangan kita sama seperti di Singapura, Canada atau Britain. Yang difikirkan penting sahaja. Yang tersirat tidak pernah dinyatakan secara tersurat. Kita dihidangkan dengan pengawet dibenarkan. Pewarna dibenarkan. Apa bendanya? Dari mana? Berapa sukatannya? Semua serah kepada pengilang. Haru juga bila difikirkan kerana semuanya dikira halal. Siapa sebenarnya yang menentukan halal? Makanan yang disajikan oleh orang Islam sendiripun belum tentu halal jika tidak diketahui daripada apa bahan mentah yang digunakan terutamanya bahan-bahan yang sudah diproses. Proses biologi. Proses kimia.

FESTIVAL, FIESTA DAN FREEDOM menjadi momokan kepada umat Islam. Hedonism menjadi terlalu lumrah. Baik di TV, radio, video, CD, akhbar dan lain-lain saluran media yang ada. Internet lagilah. Yang ditaja atau tidak. Yang berbayar atau tidak. FREEDOM menjadi modal untuk ekpresi bebas dari segi seks, pergaulan, bersekedudukan dan sebagainya. Lari dari rumah. Bertengkar, menderhaka dan membunuh ibu dan ayah. Keganasan hingga melampau-lampau jadinya. Tiada batas dan sempadan. Pengaruh hedonism yang tidak pernah cuba dibendung. Ramai orang yang letih bercakap tentang ini. Hedonism yang semakin parah.

Itu belum lagi freedom beragama. Ada pula yang mendokong liberalism. Belum lagi pluralism. Ramai pula orang yang atheism. Hujjah mereka melampaui hukum hakam yang wajar. Ikut logik akal semata. Agama hanya momokan. Dianggap dogma yang memiskinkan. Yang memundurkan. Yang nampak melarat sahaja. Yang nampak daif sahaja. Ukurannya dunia. Kewangan. Kekayaan. Kemewahan. Glamour. Kita seperti tidak kenal yang mana ria’. Yang mana ujub.


Barangkali FINANCE sangat sukar untuk diapa-apakan. Hendak dibuangkah? Hendak dipeliharakah? Hendak dimajukan lagikah? Hendak hapuskan? Banyak persoalan yang perlu dijawab. Sistem kewangan kita sudah tidak dapat dipastikan jalannya. Kita ingin mengislamkannya tetapi yang conventional masih berleluasa. Pendokongnya ramai. Terlalu ramai. Mereka menyakininya walaupun banyak musibahnya. Pengaruh Yahudi sangat kuat dalam hal ini. Tiada negara yang terlepas dari amalan itu.

Saya bukan melalut. Saya hendak membawa senario realiti kehidupan kita sekarang. Permasalahan di luar itu dibawa oleh pelajar-pelajar ke sekolah. Sekolah mengimport budaya bobrok di luar. Pelaku-pelakunya ada di sekolah. Walaupun punca dan sumbernya bukan di sekolah tetapi pelakon-pelakonnya berada di sekolah. Maka guru-guru berada dalam situasai yang serba tidak kena. Suatu profesion yang terhakis nilainya dan terancam. Ramai guru akhirnya manusia biasa yang banyak kelemahannya.

Arus besar di luar yang tidak selari dengan pendidikan positif yang hendak dibina selalu diserang dengan hal-hal yang tidak selari. Falsafah Pendidikan yang sudah berpuluh tahun digubal dan dilaksana tidak berupaya membendung asakan-asakan gila dari luar. Ibu bapa tidak dapat menilai benar dan salah dari kacamata agama dan kacamata budaya bangsa. Malah guru dan sekolah menjadi musuh mereka. Menjadi belasahan mereka. Menjadi kambing hitam mereka. Ada sahaja yan tidak kena. Bukan lagi rakan kongsi untuk melahirkan anak dan warganegara berwibawa. Anak solehah yang menyambung kelestarian keluarga.

Kekalutan dalam masyarakat dimanifestasikan dengan pelajar-pelejar yang sukar dibentuk. Sukar dikawal. Sukar diajar. Rujukan mereka bukan guru yang dianggap kolot, jumud, lemah ekonomi, kelayakan rendah, terlalu terkongkong dengan pemikiran lama. Ibu bapa mereka terkehadapan. Anak peguam berjaya. Anak ahli korporat yang menjadi. Anak jurutera yang menggunung harta. Anak doktor yang gah segala. Dan kejayaan-kejayaan lain yang berada di sekeliling sekolah dan guru. Akhirnya guru menjadi manusia kerdil yang kadang-kadang lemah dan lemas dengan apa yang ada. Masyarakat di luar, dari atas hingga ke bawah melihat guru sama seperti amah, pembantu rumah, kuli yang boleh disuruh arah. Yang boleh digunakan seperah tenaga. Alar untuk menjaga anak. Pakaian anak-anak, kur semangat. Busana Islam hanya untu pameran dan publisiti. Lihatlah ke atas. Mana ada wanita hebat yang yang ramai berbusana Islam. Yang berbusana Islam adalah wanita-wanita yan tidak punya kedudukan. Yang entah siapa-siapa. Cakap mereka tidak boleh dipakai dalam majlis. Siapa tidak peduli.

Maka pakaian dirujuk kepada artis. Kepada celebrities dari barat. Yang ditiru di sini. Dimajukan di sini. Yang dibanyakkan di sini. Yang dipromosikan di sini. Yang diperagakan di sini. Yang dibanggakan di sini. Fesyen terkini. The in thing. The state of the fashion. Itupun yang mendapat publisiti. Yang diwar-warkan. Yang Islam menyisih ke tepi keran tidak ramai yang peduli. Tidak ramai yang memberinya tempat tinggi.

Guru yang mengurus pelajar terkapai-kapai mencari kekuatan untuk berhadapan dengan semua ini. Undang-indang dan peraturan selalu dicabar. Pelajar yang mencabar. Ibu bapa pula mendokong cabaran anak-anak. Zaman sudah berubah. Zaman guru memiliki kuasa penuh sudah tiada. Zaman ibu bapa mengupayakan guru untuk memanusiakan anak-anak mereka sudah berlalu. Ibu bapa yang ada sekarang terlalu ke hadapan hingga tidak memandang guru dengan sebelah mata pun. Mereka menuntut guru memandaikan anak mereka. Mereka menuntut supaya anak mereka dicemerlangkan. Pada masa yang sama mereka tidak pedulikan guru itu. Kuli yang berbayar. Yang digahkan dengan nama profesional.

Hanya guru yang terlibat secara langsung mengurus pelajar merasakan panasnya isu anak-anak yang sukar dilentur. Bila dikaji barangkali unsur-unsur yang dibincangkan di atas itulah puncanya. Makan anak. Minum anak. Unsur rezaki. Keperihatinan ibu bapa tentang halal dan haram. Baik dan buruk. Hak dan batil. Himpunan-himpunan itu ada pada anak-anak. Sari patinya ada pada anak-anak. Bagaimana caj-caj negatif itu hendak dipositifkan jika tiada petunjuk positif? Jika condongnya semua ke barat tentulah sukar hendak dialih haluan ke timur. Tidak ramai guru yang bersedia mengurus pelajar. Risikonya terlalu tinggi. Lazimnya guru itu keseorangan.

Pentadbir sekolah tidak akan menyebelahi guru jika ada masalah. Guru-guru lain akan menyimpang dari membantu. Pihak PPD, jabatan hanya mahu menghukum. Ibu bapa jadi gila kerana hal yang kecil sekalipun. Isu kecil dari guru akan jadi besar. Jadi isu masyarakat. Jadi isu politik. Sebabnya senang sahaja. Guru adalah profesion yang sudah dihakis kewibawaannya. Sudah tidak ada serinya lagi. Cahayanya untuk orang tertentu sahaja. Sumbu dan lilinnya terbakar, hangus dan luluh ke bawah. Cair merata tanpa ada rupa. Bentuk dan sifatnya tiada tanda. Hilang dalam segala.

Tidak ramai guru yang bersedia untuk mengurus pelajar. Tidak kira di peringkat mana guru itu. Di universitipun pensyarah takut mengurus pelajar. Pangkat dan kedudukan sahaja yang mewajarkan mereka menerima tugas mengurus pelajar. Rencamnya tidak boleh dicerita. Karenahnya bak anak-anak kecil. Mahu semuanya dilayan. Mungkin bukan salah mereka. Pengalaman di sekolah rendah dan menengah dahulu masih melekat dalam sanubari mereka. Terbawa-bawa ke IPT walaupun mendakwa sudah dewasa.

Sabarlah guru. Sabarlah pendidik walau apapun namanya. Semua orang adalah guru walaupun tanpa latihan. Tanpa tauliah. Tanpa permit mengajar. Ajarlah seikhlasnya. Semampunya. Seupaya yang ada. Kudrat yang ada adalah untuk dihamburkan sebagai jasa yang tidak perlu diingat. Ingatlah kata Usman Awang, di belakang setiap manusia ada seorang guru. Hebat manapun ada gurunya. Berjaya setinggi manapun ada gurunya. Buanglah guru itu, ia tetap guru. Hidupnya, matinya, nafasnya adalah guru. Matinya nanti tetap dipanggil guru. Malah warisnya yang tinggal dikaitkan dengan profesion gurunya. Hartanya yang tinggal juga disebut kerana sifat gurunya. InsyaAllah Allah mengerti jasamu. Hadiahnya di sana nanti. Doa saya untuk semua guru.

Monday, September 27, 2010

HEDONISM

Jumhur ulama’ bersetuju bahawa hiburan adalah harus. Walau apapun bentuknya ia disifatkan sebagai hiburan. Kita melihat hiburan ada di mana-mana. Hiburan dijadikan budaya. Hiburan dijadikan darah daging. Hiburan menjajah minda yang sukakan santai terlampau. Ramai orang menerima hiburan sebagai the in thing. Tanpa berfikir ramai orang yang menerima hiburan tanpa syarat. Tanpa berfikir panjang. Tanpa melihat daerah pemikiran lain yang jauh lebih penting. Jauh lebih utama. Hiburan bukan penentu bahagia. Hiburan bukan jalan yang diredhai jika banyak hal-hal yang berkaitan dengannya adalah maksiat belaka. Maksiat mata. Maksiat minda. Maksiat fizikal. Maksiat akal. Maksiat perasaan.

Bila ada majlis ada sahaja sajian hiburan. Dasarnya melayani jiwa muda yang gilakan hiburan. Yang mengidamkan hiburan. Yang mencitakan hiburan. Ibu bapa menurut kehendak anak. Masyarakat memberi apa yang dimahukan anak muda. Pemimpin ramai yang akur dengan kehendak ini. Memenuhi citarasa kata mereka. Kadang-kadang hiburan disajikan tanpa mengerti apa sebabnya. Pelik juga, orang agama kadang-kadang didisajikan dengan hiburan. Penaja dan penganjur seperti tidak mengerti batas dan hadnya. Sampai di mana sepatutnya hiburan boleh dipersembahkan. Bukan dalam semua keadaan.

Mari kita fikirkan sejenak. Rasulullah mengizinkan hiburan. Omar pula ditakuti penghibur-penghibur. Dalam banyak hal realiti sekarang, hiburan banyak mengiringi upacara agama. Kita pula sudah seperti terbius dengan hiburan. Konsert, karaoke, CD, live, unplugged, American Idol, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Jom Heboh dan senarainya panjang lagi. Mereka yang asyik dengan hiburan ini hilang batasan, hilang sempadan, hilang kewarasan. Malah ada aktiviti motivasi dan dakwah agama yang diiringi dengan muzik. Bukan lagi dengan zikir. Bukan lagi dengan ayat-ayat suci al-Quran.

Ramadhan sebulan tidak berjaya mengikis semangat gila cintakan hiburan. Yang menghakis cinta ad-hoc kepada Allah. Bila menjelang hari raya, hiburan mengambilalih kehidupan. Tamat sahaja penyimpan mohor Raja-Raja Melayu memaklumkan tarikh dan hari tamatnya Ramadhan, serta merta hiburan mengambilalih. Hilang amalan agama yang melaungkan tadarus. Yang membariskan jemaah bertarawih. Malam sebelumnya kita bersolat Isya’ dan bertarawih. Berwitir dan bertadarus. Terasa tersangat baru. Kita menjadi manusia dua alam. Pada bulan Ramadhan kita menjadi sangat sopan. Tamat Ramadhan kita sasau dengan kegembiraan. Lalu kita berhibur hingga melampaui batasan yang diizinkan. Lailatul Qadar yang baru berlalu seperti tidak perna wujud. Seperti tidak pernah lama menunggu. Setahun hanya sekali datangnya. Luput dari ingatan sekelip mata. Balik balik kita leka dan alpa dengan huburan juga. Dengan muzik. Lemahnya spiritual quotient kita. Lemahnya religious quotient kita. Tipisnya benteng agama.

Beberapa tahun yang lalu saya menghadiri konvokesyen anak saya di sebuah universiti ternama di Kuala Lumpur. Apabila sampai waktu rehat, saya menjadi terkejut berok kerana audien dihidangkan dengan lagu-lagu rock. Lagu rancak yang janggal suasana. Lagu yang menongkah arus acara. Lagu yang memutar hormat kepada universiti. Saya menjadi sasau mendengar kebisingan muziknya. Bingit telinga mendengar suara-suara bising yang melontar perasaan tanpa mengira siapa audien di situ. Suasana syahdu menerima ijazah yang mendewasakan graduan. Yang dinanti ibu bapa sebagai balasan penat lelah mendidik anak. Harapan mengunung menghasilkan anak-anak yang pintar dan terpelajar. Musnah dalam suasana yang tidak berupa. Muzik rock mengiringi penerima-penerima ijazah. Suasana jadi kacau. Tidak menentu perasaan ibu bapa. Kami tua-tua. Kami warga emas. Kami orang yang sudah melampaui zaman rock itu. Kami nantikan doa, zikir dan ayat-ayat suci. Usia kami sudah semakin pendek. Hiburan bukan yang kami mahu. Sudah semaikn dekat kami akan pergi. Malang, pentadbir universit tidak mengerti. Tidak melihat susana. Tidak memahami keperluan. Tidak sensitif langsung dengan kehendak audien yang rata-ratanya adalah tua. Sekurang-kurangnya adalah dewasa.

Siapa sebenarnya yang hendak dihiburkan? Graduan memang muda kebanyakannya. Tetapi mereka sudah diajar untuk menjadi orang terpelajar. Mereka tetap meminati muzik tetapi bukan yang gila-gila. Mereka akur dengan status yang mereka capai. Mereka sedar diri tentang taraf pendidikan yang mereka miliki. Genre muzik yang tertentu sahaja yang layak untuk mereka.

Adakah warga universiti yang hendak dihiburkan? Saya rasa tidak. Tidak mungkin profesor dan pemegang PhD gilakan muzik rock yang membising. Yang menggegar dewan dan tubuh badan. Tidak mungkin kewarasan ilmu dan pengalaman serta usia tidak mengenal muzik yang bersesuaian. Yang menyerlahkan taraf dan tahap serta status mereka di mata masyarakat.

Tidak mungkin ibu bapa yang hendak dihiburkan. Tidakkah kita sedar bahawa ibu bapa yang hadir kebanyakannya adalah warga emas. Yang datang dari kampung. Yang pandangan dan falsafah hidupnya sangat simple. Muzik tradisional mungkin menghibur. Yang nadanya perlahan. Yang tidak berapa kuat. Yang jika dinyanyikan sekalipun dengan suara yang sopan sedap untuk menghibur. Tidak membenarkan suasana menjadi mengelirukan. Mungkin hingga memabukkan.

Tidak juga wajar para jemputan dihiburkan dengan muzik rancak. Mereka mungkin wakil-wakil kedutaan. Orang besar. Pemimpin negara. Pemimpin masyarakat. Pegawai tinggi kerajaan. Orang-orang yang terhormat ini tidak gilakan hiburan rancak seperti rock. Tidak gilakan muzik tanpa mengira batas. Mereka mengerti muzik hanya untuk hiburan. Mereka tahu batas-batas rasmi. Batas-batas formal. Batas-batas berprotokal. Batas-batas kesopanan. Mereka mengerti sensitiviti yang perlu dijaga.

Saya melihat kegilaan kepada muzik semakin tidak menentu. Di majlis-majlis perkahwinan banyak benar bentuk hiburan ini. Kadang-kadang ada orkestra kampung. Ghazap parti. Karaoke dan bermacam-macam lagi. Karaoke mungkin yang paling besar pengikutnya. Tua muda, lelaki perempuan, tuan rumah dan tetamu seperti ditarik besi berani untuk berkaraoke. Terbius dengan tarikan muzik untuk menyanyi.

Barangkali ramai yang lupa bahawa majlis perkahwinan adalah acara agama. Ya acara agama. Ia bukan acara sosial. Ia bukan acara gila-gila. Ia bukan acara santai. Ia acara agama. Pernyataan kegembiraan kerana rezeki Allah. Kerana tuan rumah menerima menantu. Kerana jemputan berkongsi kegembiraan itu. Ia sesuatu yang syahdu. Makluman kepada saudara mara, jiran tetangga, sahabat handai bahawa tuan rumah mendapat ahli baru melalui semenda. Menerima menantu baru yang meramaikan keluarga itu. Sayang, muzik mencemarkan barakah majlis itu. Cemarnya majlis agama yang sepatutnya dijaga.

Begitu juga bila diadakan majlis jamuan hari raya. Bukankah itu majlis agama? Lihatlah di mana-mana. Kita mungkin menemui muzik di majlis rumah terbuka. Bukan sahaja di rumah artis. Banyak muzik di rumah pembesar. Di rumah pemimpin. Di rumah orang kaya. Aduhai! Hiburan dan muzik. Penjajahannya merata. Dari benua ke benua. Dari utara ke selatan. Dari timur ke barat. Menanglah Yahudi. Berpestalah iblis dan syaitan.

Orang-orang yang bijaksana. Yang bestari. Yang tinggi ilmunya. Buatlah penilaian yang wajar. Intelektuil sepatutnya melampaui kegilaan yang tidak seberapa manfaatnya. Agama sebagai ad-din sepatutnya mengatasi segala yang lain. Atas alasan apa sekalipun. Kembalilah ke jalan lurus yang telah ditentukan. Tiada jalan lain yang lebih lurus. Hedonism bukan cara kita. Bukan jalan kita.

Saturday, September 25, 2010

Masa Dulu-Dulu: Bahagian Ketiga Puluh Tiga- Bab 3

Disiplin adalah hal yang sangat crucial dalam sekolah asrama harian. Pelajar yang tinggal di asrama tidak terlalu banyak karenahnya. Kawalan dan pemantauan terhadap mereka selama 24 jam penuh. Ada ketua waden. Ada waden. Ada ketua asrama. Ada ketua dorm. Ada jawatankuasa asrama dan berbagai lagi orang yang mengawal antara satu sama lain. Fokus utama mereka ialah untuk belajar siang dan malam. Mencipta kecemerlangan diri, sekolah dan keluarga. Melanjutkan pelajaran ke IPT ternama. Lulus dengan cemerlang. Menjawat kerja-kerja yag berstatus tinggi. Yang berpendapatan tinggi. Yang positif di mata masyarakat.

Tetapi pelajar yang tinggal di luar asrama memeningkan kepala. Mereka berulang alik pulang ke rumah kerana tiada kelayakan asrama. Pelajar dari daerah yang sama. Dari bandar yang sama. Atau sengaja tidak mahu tinggal di asrama. Tidak mahu terikat. Tidak mahu kebebasan terkongkong. Tidak mahu belajar berperaturan. Tidak mahu merasakan disiplin diri yang perlu dipupuk sebagai pelajar. Sebagai bakal mahasiswa. Sebagai bakal perkerja berwibawa. Sebagai warganegara berindentiti. Berjati diri.

Saya tidak pening dengan salahlaku yang pelajar lakukan. Saya sebenarnya lebih pening dengan karenah ibu bapa yang tidak begitu mengetahui tanggungjawabnya terhadap anak-anak yang sedang bersekolah. Yang sedang berhadapan dengan SPM. Mereka tidak peka dengan keperluan akademik anak mereka di SMT. Mereka tidak mengetahui keperluan psikologi anak-anak mereka di sekolah. Tidak memahami dunia akademik yang berbeza disiplinnya dengan kehidupan seharian. Yang perlukan tumpuan dan tanggungjawab. Yang perlukan banyak berdikari untuk melatih minda supaya penuh dengan tanggungjawab terhadap diri sendiri. At most times students are alone. Learning to compromise with tight situation. Learning to wriggle themselves with stark reality that life is not full of roses. Struggle is part of growing up. Part of reality. Part of being human. Their future and their later lives. Their careers. It depends on their ability of being alive and able to harmonise themselves with the environment. The ever changing facade of life on the whole.

Malangnya ibu bapa hanya banyak mengharapkan sentuhan ajaib guru untuk memandaikan anak mereka. Expecting miracle all the way. Untuk menjadikan anak mereka yang terbaik, mereka jarang bertanya kaedahnya. Mereka tidak merisik caranya. Mereka tidak meninjau prosesnya. Mereka tidak ambil tahu tekniknya. Mereka tidak meminta nasihat yang perlu. Nasihat yang membina. Kauseling yang memberikan positif minda, akal dan rencana. Mereka daif dan naif tentang teori dan praktik mendidik anak. Tentang keibubapaan. Tentang menjadi jurulatih kepada anak-anak mereka. Tentang kaedah terbaik untuk memandaikan anak.

Kaedah untuk melontarkan anak-anak ke alam masa hadapan mereka hanya diserah kepada guru. Sebab itulah ibu bapa perlu mendampingi guru supaya mendapat prosedur untuk lebih berkemahiran tentang kaedah mendidik anak. Kaedah memandaikan anak. Kaedah mencemerlangkan anak. Ibu bapa yang profesionnya guru tidak ada masalah. Bagi ibu bapa lain mereka perlu rapat dengan guru. Rujuk guru. Dampingi guru. Ambil ilmu guru. Berguru dengan guru. Menjadilah ibu bapa yang berilmu sebagai guru. Jadikan guru sebagai rujukan online. Tidak perlu malu. Nanti sesat kerana enggan bertanya. Menggunakan teknik yang salah untuk membantu anak. Nombor telefon guru jadikan hotline.

11 bulan di SMT, saya yang menjadi HEM adalah benteng pertama. Semua kes singgah di bilik saya. Tidak lepas ke bilik Pengetua yang berada di hujung lebih jauh. Selepas bilik saya adalah bilik GPK Pertama atau akademik. Saya yang setiap hari berurusan dengan pelajar. Terlalu rencam tugasnya. Remeh temeh tetapi perlu diselesaikan. Bayangkan, hari ini pelajar mendaftar masuk ke tingkatan empat. Esoknya mereka menangis-nangis mohon keluar semula. Ibu bapa lagilah kalut. Tidak senang duduk bila anak buat hal. Sukar mendapat anak-anak yang beraja di hati, bersultan di mata. Ibu bapa juga yang kena urus. Anak hanya tahu merengek. Tahu menangis. Tahu hentak kaki. Cebisan-cebisan Si-Tanggang moden.

Mereka hanya tahu meminta. Mereka hanya mahukan apa yang dicita. Ibu bapa yang penuh doa dan harap selalu dibawa arus ragam anak. Anak yang lembut ubun-ubunnya itu mengarah-arah ibu bapa supaya menurut kehendak mereka. Apalah yang mereka tahu sebagai anak. Apalah sangat pengalaman yang ada untuk membuat keputusan yang hanya mengikut pendapat kawan. Rakan sebaya yang serupa seperti mereka. Yang belum teruji dengan sepak terajang hidup yang penuh dengan segala macam cubaan. Pandai-pandai mereka mencipta teori dan falsafah sendiri.

Di sinilah pentingnya ketegasan ibu bapa. Perbincangan dengan anak perlu. Ibu bapa memberikan ruang dan jalan untuk anak membuat pilihan. Tetapi pilihan itu yang bersesuaian dengan kelayakan dan kemampuan anak itu sendiri untuk mencorakkan masa hadapannya. Untuk menciptakan peluang terbaik bagi dirinya. Peluang mencipta yang terbaik untuk masa hadapannya. Pilihan-pilihan yang berbagai itu perlu diharmonikan dengan sifat-sifat diri yang sesuai. Padanan bagi yang introvert. Bagi yang exstrovert. Bagi yang ambivert. Itu belum lagi self-motivation yang ada pada diri anak-anak. Semangat berdikarinya. Tidak lupa juga kesesuaian IQ, SQ, SpQ, AQ dan berbagai Q yang lain, yang diperlukan untuk berjaya sebagai pelajar dan sebagai manusia.

Untuk mendisiplinkan pelajar sudah menjadi tugas rasmi HEM dan tidak keterlaluan saya katakan bahawa tugas saya juga mendisiplinkan ibu bapa. Saya sangat pasti bahawa pelajar yang terlibat dengan salahlaku di sekolah adalah anak-anak orang yang ada masalah yang berkaitan dengan disiplin. Saya yakin 100%. Pengalaman saya membuktikan begitu. Maaflah tiada statistik yang saya bina. Saya kaunseling pelajar-pelajar yang terlibat dengan datang lewat, ponteng, tidak membuat kerja rumah. Yang mengantuk. Yang tiada semangat. Yang tidak ada self-motivated. Ada juga yang membawa bahan terlarang ke sekolah. Bahan lucah yang entah dari mana. Mungkin dibeli dan mungkin juga yang dibeli ibu bapa yang cuai. Yang tersalah arah membawa diri. Keibubapaan yang songsang.

Ada juga ragging kepada pelajar baru. Amalan Inggeris yang berlagak seperti tuan. Yang datang baru dianggap seperti orang-orang tahanan. Orang yang perlu dijajah. Minda penjajah yang sukar dibuang-buang. Pelajar baru pula tidak menurut arahan. Banyak karenah untuk turut serta membiasakan diri dengan kehidupan hectic di sekolah baru. Alang-alang pandaninya dan jahilnya. Kehidupan pelajar sebenarnya penuh dengan pergerakan tanpa henti sepanjang hari. Yang hentinya hanya untuk tidur. Itupun sudah dilatih supaya dikurangkan. Tidur lewat tetapi bangkit esoknya awal. Berebut menggunakan bilik air. Berbaris-baris menunggu giliran. Yang bangun awal beruntung berada di hadapan. Yang lewat akan sentiasa berasa bimbang. Takut lewat dalam segala hal.

Ada pula kes mencuri wang koperasi. Pelajar dilatih supaya bertanggungjawab. Dilatih supaya mereka beramanah. Berintegriti. Begitulah, kekurangan diri dan nafsu mengatasi akal dan akhlak. Tangan menjadi ringan untuk mengambil yang bukan hak. Mereka lupa ada audit yang menentukan banyak perkara. Sebarang penyelewengan boleh dikesan puncanya. Boleh diketahui pergerakannya. Hatta masa dan tempatnya. Banyak cara digunakan untuk memantau kedudukan harian, mingguan dan bulanan. Sepandai-pandai orang akhirnya terjerat dengan perbuatan diri juga. Semua orang tahu akhirya.

Saya menyaksikan kes pelajar disebat di punggung. Kes pelajar dibuang sekolah kerana ragging tadi. Saya yang menjadi sangat terharu apabila ada kes-kes seperti itu. Saya membayangkan jika itu anak-anak saya. Patah sungguh hati ibu bapa. Remuknya berkecai terhampas terlerai. Luruh melerai. Kecewanya kerana mendidik tidak berjaya. Menanam padi tumbuhnya lalang. Usaha bertahun yang tidak membuahkan hasil positif seperti yang didoakan. Maka proses untuk memulihkan hati dan perasaan mengambil masa yang panjang. Sebatan-sebatan itu bukan sahaja membekas di punggung. Ia membekas di dada saya.

Ada masanya saya melihat bahawa peranan saya adalah besar. Menyelesaikan hal-hal berkaitan pelajar. Namun begitu ada masanya saya merasakan yang kehadiran saya di sekolah itu tidak diberi peluang membina impak. Mungkin perasaan saya sahaja. Dalam kes disiplin saya hanya menjadi penonton. Saya tidak terlibat secara langsung dengan perbincangan dan perlaksanaann hukuman yang dikenakan kepada pelajar yang didapati bersalah. Guru disiplin dan jawatankuasa disiplin lebih mendapat keutamaan. Secara peribadi saya lebih suka membuat soft approach berbanding dengan hard approach. Kaunseling pada saya lebih berkesan. Maksud saya hard counseling. Mengambil masa lebih panjang sedikit. Perlukan kesabaran, komitmen dan kasih sayang. Sedikit kasih sayang. Ulam dalam rencah mendisiplinkan pelajar. Lebih berkesan jika ada adunan antara disiplin dan kaunseling. Marah yang disulam dengan sayang. Hukum yang disulam dengan kesedaran.

Saya sangat percaya, pelajar belum matang untuk menentukan yang terbaik untuk diri mereka. Mereka belum dewasa untuk bertindak rationale, waras dan siuman. Mereka membuat pertimbangan yang divergent dengan yang dikehendaki sekolah. Kaunseling adalah untuk allign pemikiran pelajar supaya selari dengan dasar, etika dan membina estetika di kalangan mereka. Aspek ini selalu terabai. Jalan pintas ialah pastikan pelajar bersalah. Hukum mereka. Rekodkan dalam buku hitam. Hantar laporan. Tunggu mesyuarat, perbincangan dan bengkel mengenainya. Nanti difikirkan cara merawatnya.

Kita belajar dalam sosiologi dan psikoloji tentang individu. Namun begitu di sekolah tidak ada individu yang kita lihat mendapat layanan secara individu. Semuanya dilihat secara global. Dilayan secara global. Perbezaan indiviu hanya teori tanpa amali. Kita tidak memandang kehidupan realiti sebagai titik tolak untuk membina individu-indivdu penting untuk zaman mereka nanti. Perbezaan mungkin tidak dilihat sebagai kekuatan awal untuk membina kecemerlangan. Mungkian lain waktu nanti. Masa yang menentukan. Masa hadapan hanya persediaan. Bukan ramalanpun. Jangkaan akal manusia semata.

Thursday, September 23, 2010

Masa Untuk Memilih. Berkahwinlah Jika Sudah Bersedia Secara Serius.

Pada 17 September 2010 saya mendepani bakal suami anak perempuan kelima saya. Saya jabat tangannya, Aku nikahkan dan aku kahwinankan dikau dengan anakku ............ Bila saya goncang tangannya ia menjawab, Aku terima nikah ............ Amin sah nikahnya. Maka saya lepaskan tanggungjawab seorang bapa kepada suami anak saya. Segala keperluannya ditanggung oleh suaminya. Segala fizikal, mental dan rohaninya adalah tanggungjawab suaminya. Keselamatan dan kesejahteraannya, kebahagiaan dan keindahannya berumahtangga adalah tanggungan suaminya. Mawaddah yang dibina nanti terpulanglah kepada canai dan ulian, adunan dan rencah ratus yang mereka usahakan.

Ibu bapa hanya memanusiakan anak-anaknya. Hanya memberikan bekal-bekal kehidupan untuk masa hadapannya. Ilmu dan kemahiran yang seperlunya. Akal dan kepintaran untuk mengahdapi cabaran masa hadapan. Boleh berdikari meghadapi kehidupannya tanpa bimbingan berpanjangan. Boleh menyelesaikan masalaah. Boleh membuat keputusan yang rasional. Dengan kewarasan yang logik dan tinggi. Sewaktu melepaskannya saya berkeyakinan anak-anak saya mampu melayarai kehudupannya dengan kewajaran-kewajaran yang seperlunya’

Apabila saya peluk anak saya, saya katakan kepadanya bahawa saat itu adalah tanggungjawabnya untuk membantu suaminya untuk mencari kebahagiaan yang selalunaya elusif. Yang sukar dicari jika tidak tahu cara dan prosedurnya. Jika tidak difahami langkah-langkah dan liku-likunya. Hanya mereka yang berpengalaman boleh memberi nasihat satu dan dua. Hanya mereka yang lebih dewasa boleh memberi petua. Namun petua, teori dan pengalaman individu tidak pernah sama. Set dan variabelnya mungkin sama tetapi olahannya nanti mungkin berubah. Suasanya berubah. Niatnya berubah. Lalu natjahnya berbeza. Menerima dengan redha itu yang dicari. Menerima seadanya. Jika itu tidak dapat dielakkan. Jika itu yang terbaik. Jika tiada mudaratnya.

Apabila saya nikahkan mereka berdua, doa, harapan dan jangkauan masa hadapan yang indah untuk mereka. Sampailah masanya mereka menjadi pasangan yang menyahut sunnah RasulNya. Sunnatullah yang sudah ditentukan. Jodoh mereka berdua. Jodoh yang didoakan sepanjang hayat. Sepanjang kehidupan yang indah-indah belaka. Rumahtangga tidak berlandaskan rel yang lurus dan licin semata. Belayar di laut yang bukan tenang dan beralun kecil semata. Tidak berada di darat yang sentiasa sepoi-sepoi bahasa. Tanah tidak selalunya rata. Kenalah menari mengikut rentak yang sesuai dengan keadaan, masa dan tuntutan-tuntutan yang diperlukan.

Sepanjang perjalanan kehidupan berumahtangga ada sahaja cabaran, cubaan, ujian dan gangguan-gangguan lain yang datang dan pergi. Percayalah pada ikatan yang dimeteri. Yang dijanjikan. Yang dihasratkan. Yang disimpul mati untuk mengadapi masa hadapan yang penuh liku dan simpangnya. Peganglah ikatan itu. InsyaAllah simpang dan liku, ribut dan ombak, lambung dan ayun boleh disambut dengan senang hati. Jangkaan-jangkaan itu sudah diduga. Sudah dijangka kerana ikitibar dari pengalaman orang-orang terdahulu. Dari mereka yang sedia melangkah ke alam itu. Alam yang penuh keindahan, kebahagiaan dan kesejahteraan. Alam yang menjanjikan cahaya-cahaya bergemerlapan. Cahaya mereka yang redha dan diredhai.

Sejarah manusia dari Adam A.S. hingga sekarang sudah terlalu panjang. Hidup berpasangan sudah difitrahkan oleh Allah SWT. Tetapi perkahwinan bukan semudah yang dilihat. Bukan seindah yang dipandang. Bukan sebahagia yang diperhati. Bukan seaman yang disejarahkan. Bukan semanis yang dinukilkan. Bukan setenang yang diamati. Rasa sahaja tidak cukup. Bekal perasaan, mental dan psikologi diperlukan supaya masa hadapan itu dijangka sebenarnya. Jangkaan itu menyediakan hati untuk bersedia menerima datangnya berbagai kemungkinan. Supaya hati boleh dipujuk untuk menerima kenyataan yang manis atau pahit. Resah gelisah, gundah gelana, bimbang ragu antara pasangan adalah lumrah. Menerima keadaan seadanya itu sangat penting.

Kita tidak tahu apa yang tersirat walaupun kita melihat yang tersurat. Kita tidak memahami apa yang terungkap walaupun memahami bait-bait ungkapan itu. Kita kenal gerak laku tetapi tidak dapat mentafsir kehendaknya. Begitulah apabila dua orang manusia yang berlainan jantina disatukan. Yang berlainan fizikalnya disatukan. Yang berlainan psikologinya disatukan. Yang berlainan hatinya. Yang berlainan kehendak dan keperluannya. Yang menyukai hal-hal yang berbeza. Yang mengelak untuk menyukai hal yang sama. Yang berbeza falsafah dan pembawaan diri. Yang mencari kelainan anara satu sama lain.

Apa yang dapat dilihat dengan mata tidak mencerminkan apa yang sebenarnya dapat dilihat. Melihat dengan mata hati mungkin lebih teliti. Melihat ke dalam dengan penuh kesedaran barangkali lebih diperlukan untuk membina kebahagiaan berumahtangga. Usia matang hanya sebahagian syarat penting. Tetapi bukan yang terpenting. Kematangan dalaman, perasaan, semangat, psikologi dan kesedaran tanggungjawab rumahtangga akan membawa erti yang lebih besar. Lebih jauh. Lebih berimpak tinggi dalam membina kehidupan yang entah apa sudahnya. Kita hanya boleh berusaha. Allah jua yang menentukan sudahnya.

Sebagai isyarat untuk menjawab tentang isu perkahwinan, sebenarnya ianya ikatan antara lelaki dan perempuan yang halal nikah. Keadaan mesti mengharuskan perkahwinan itu. Ada masanya ia sunat dan ada kemungkinannnya menjadi wajib. Dalam keadaan lain mungkin makruh atau haram. Semuanya bergantung kepada keadaan yang dihadapi.

Pertamanya lihatlah dulu usia. Bila baligh keharusan itu sudah wujud. Kesihatan pula syarat juga. Jika tidak sihat tentulah sukar membahagiakan pasangan. Bagaimana dengan harta dan kedudukan ekonomi. Mampu tak untuk membiayai rumahtangga. Rupa paras menyejukan hati dan perasaan. Bangsa dan keturunan (sah taraf atau tidak) perlu diselidik dan diselesaikan secara agama. Kekayaan dan milikan harta benda memungkinkan kurangnya gangguan rumahtangga. Semuanya berkecukupan. Agama, ya agama itu penentu akhir. Carinlah yang kuat agamanya. Ia membantu rumahtangga itu menuju kepada keredhaan Allah. Namun begitu, ikutlah peraturan dan undang-udangnya. Walaupu undang-undang Allah itu lebih tinggi, kita kena ingat juga maslahah umum. Kawalan dan pemantauan untuk kejsejahteraan bersama. Bukan menyusahkan antara satu sama lain.

Kematangan akal penting supaya ada sifat toleransi, akomodasi dan asimilasi. Tanggungjawab berumahtangga bukan hanya pada fizikal yang dapat dilihat sahaja. Ia melibatkan seluruh kehidupan pasangan itu. Dari saat aku terima nikah ...... maka tertanggunglah tanggungjawab yang besar kepada Allah, RasulNya, ibu bapa, masyarakat dan seluruh agama yang dianuti. Perkahwinan itu bukan untuk pasangan itu sahaja. Ia melibatkan semua manusia yang ada di sekelilingnya. Agamanya.

Seorang suami yang sudah bekerja dan memiliki pendapatan stabil adalah pasangan yang akan memudahkan. Jika sama-sama masih belajar fikir dua, tiga atau berkali-kali supaya perkahwinan itu sebenarnya berada pada landasan yang licin, belayar di laut yang penuh dengan air, yang ribut dan gelombangnya dapat dikendali. Ingatlah bahawa apabila, Aku terima nikahnya, kita bukan lagi seorang tetapi sudah berdua. Tanggungan perasaan dan diri berganda. Segala-galanya didasarkan kepada gandaan-gandaan belaka. Itu belum orang ketiga yang mungkin datang tanpa persdiaan mental. Itu belum lagi kuliah dan akademik yang mesti disempurnakan. Sebelum berkahwin semuanya seperti boleh belaka. Tiada masalah kerana masing-masing sudah berbincang dan bulat hati dan perasaan.

Nanti dulu. Duania suram rumahtangga yang berkabus dan kadang-kadang menyilaukan mata mungkin hanya imej-imej yang belum dimengerti. Banyak di sebalik kekaburan itu yang sukar diterjemah. Yang sukar ditafsir. Yang sukar ditaksir. Lambaian-lambaian dari sebalik tabir pemisah antara ‘Aku terima nikah.... dan sebelumnya mungkin tidak difahami. Lihatlah dulu. Tunggulah dulu untuk memahami isyarat dan tandanya. Jangan terburu untuk terjun ke dalam dunia yang tidak difahami. Yang tidak dapat dijangkau dalamnya. Yang tidak diketahui luasnya. Menduga lautan bukan semudah menghulur joran.

Perkahwinan melibatkan dua hati dan dua manusia yang berlainan sifat, ciri dan banyak aspek yang lain. Langsung tidak ada persamaan. Subhanallah, Allah menjadikan kita begitu supaya kita belajar memahami antara satu sama lain. Cubalah tetapi kita tidak mungkin dapat memahami sepenuhnya pasangan kita. Fitrahnya begitu. Perbezaan itu hak individu. Cuma kita disatukan dalam perkahwinan. Satu ikatan untuk sama-sama berusaha bersatu. Segerak dan sehati. Sokong menyokong. Bantu membantu. Dua bahagian pasangan yang disatukan untuk menegakkan syahdunya alam berumahtangga. Rumahtangga yang memenuhi kekudusan hidup beragama. Kelestarian sejarah manusia dan kemanusiaannya.

Ciri-ciri itu mesti ada pada pasangan masing-masing. Satu ruang yang membenarkan pasangan masing-msing bergerak dan mencipta ruang-ruang lain untuk membina kebahagiaan berumahtangga. Sebab itu boleh atau tidaknya bergantung kepada banyak perkara. Tetapi kesediaan itu penting. Kematangan itu penting. Jangkaan-jangkaan masa hadapan yang belum pernah dialami adalah penting. Banyak membaca. Banyak memerhati. Banyak bertanya. Banyak mengambil iktibar.

Perkahwinan banyak naik turunnya. Banyak cabarannya. Banyak gangguannya. Banyak karenahnya. Maka psikologi diri kenalah mantap. Penikahan memisahkan antara kanak-kanak dengan kematangan. Antara remaja dengan kedewasaan. Antara dewasa dengan pengalaman-pengalaman besar manusia. Rumahtangga hanya milik orang-orang yang serius untuk berada di dalamnya. Ia bukan eksperimen. Bukan penyelidikan. Bukan cubaan-cubaan. Ia adalah suatu komitmen. Satu dedikasi tinggi antara dua orang manusia. Yang mencari taqwa dan redha Allah.

Masuklah ke alam perkahwinan itu jika bersedia untuk berhadapan dengan segala kemungkinannya. Yang penuh dengan hal-hal yang perlu dijangka dan ditangani. Yang sentiasa ada pilihan dan alternatif. Yang menyediakan suasana untuk orang-orang yang sudah bersedia. Nasihat saya, tanya diri sendiri. Sudah sedia? Mungkin jawabnya sudah bersedia. Tunggu. Beri dulu masa untuk bertenang. Tempoh bertenang. Pilihan kita mungkin belum muktamad. Beri masa. Kadang-kadang masa menentukan pilihan yang muktamad. Semakin menunggu kita semakin dewasa. Semakin matang. Semakin bersedia untuk mengubah diri dari seorang menjadi berdua. Dari seorang kepada berpasangan. Dari bebas menjadi terikat.

Saya sentiasa memberi masa yang panjang untuk anak-anak saya membuat keputusan muktamad. Saya uji kesetiaan dan keterikatan mereka untuk bersama. Cinta sahaja tidak mencukupi untuk membahagiakan pasangan. Lihat dulu keliling. Mungkin ada yang lebih baik. Ada yang lebih sesuai. Jangan terburu-buru. Cinta tidak boleh membutakan mata. Membutakan hati. Membutakan perasaan. Seharusnya ia jalan memuju ke syurga. Jannatul naim.

Betul sudah bersedia? Kahwinlah. Doa saya bersamamu.

Monday, September 20, 2010

Masa Dulu-Dulu: Bahagian Ketiga Puluh Tiga- Bab 2

Tugas lain seorang HEM termasuklah kokurikulum, permainan, keagamaan, pekerja am, perpustakaan dan pusat sumber, koperasi, disiplin, kemasukan pelajar baru, minggu orientasi, pasukan unit beruniform, kelab dan persatuan, pinjaman buku teks, dan lain-lain tugas yang berkaitan dari masa ke semasa. Cuma seingat saya, saya tidak pernah walau sekali sekalipun berucap dalam perhimpunan sekolah pada hari Isnin. Jika Pengetua tidak ada ada guru lain yang berucap. Saya tidak tahu kenapa saya tidak berucap dalam perhimpunan. Mengingat kembali 11 bulan di SMT, mungkin ada baiknya saya tidak berucap. Takut tersasul dan melangar dasar.

Dalam hal disiplin saya banyak melihat. Walaupun disiplin di bawah bidang HEM, Pengetua yang memainkan peranan. Guru disiplin dan jawatankuasanya menjadi pelaksana. Suatu ketika saya hampir menangis apabila dua orang pelajar disebat di punggung. Saya merasa anak-anak saya yang disebat. Memang salah mereka barangkali. Namun pendekatan keras selalunya meninggalkan impak psikologi yang kurang elok. Saya lebih suka memberi kefahaman, memberi kesedaran, menyatakan senario dan implikasi. Perbicaraan mesti dijalankan. Kita mendidik anak-anak didik kita mengenai hak asasi. Yang dituduh hendaklah diberi peluang membela diri. Itu hak asasi. Hukuman dikenakan apabila terdapat bukti-bukti beyond any reasonable doubt. Pertuduhan dan pembelaan hendaklah dijalankan. Ketika itu mereka lebih redha menerima hukuman kerana mereka faham bahawa mereka telah melakukan sesuatu yang mengganggu maslahah umum. Perbuatan mereka besar impaknya. Besar implikasinya.

Sekolah menjalankan keadilan. Keadilan itu mesti dilihat adil. Dilaksanakan dengan adil. Prosedurnya adil. Memang pentadbiran sekolah berkuasa penuh untuk melaksanakan peraturan yang sedia ada. Sekiranya prosesnya dilaksanakan dengan berhemah, dengan sedikit budi bicara, pelajar lebih terdidik untuk memahami peraturan itu. Lebih terdidik untuk mematuhinya. Lebih bertanggungjawab untuk menghormatinya. Melahirkan warganegara yang insaf, sedar dan bertanggungjawab ini lebih menjurus melahirkan warganegara yang setia dan komited kepada negara. Mengabaikan aspek keadilan ini boleh menjadikan mereka orang-orang yang tidak pandai memahami. Sukar menerima perubahan dan kelainan. Mereka menjadi keras. Pendidikan mereka keras belaka. Acuan yang disediakan kepada mereka berbentuk keras. Maka mereka menjadi orang-orang yang keras belaka.

Itu baru satu aspek pendidikan di sekolah. Dalam aspek yang lain saya sangat kagum dengan komitmen guru. Saya tabik dedikasi mereka. Saya rasa sukar mencari profesional yang menyerupai mereka. Saya yang menjadi HEM terasa tidak terdaya. Mampu sekadar melihatnya sahaja. Untuk melaksanakannya mungkin tidak sepenuh hati. Pukul 7.00 guru sudah berada di sekolah. Pukul 2.00 petang kelas terakhir baru tamat. (Sekarang ini di sekolah menengah vokasional kelas tamat mungkin hingga pukul 5.00 petang). Pada pukul 3.00 petang guru sudah berada di sekolah semula. Bagi guru yang rumahnya berdekatan dengan sekolah, mereka hanya sempat balik untuk makan, mandi, solat, menjenguk anak dan menukar pakaian. Seperti lipas kudung jadinya. Di sekolah mereka mengadakan kelas tambahan, membimbing aktiviti kokurikulum. Bayangkan mereka tamat bertugas hingga pukul 6.00 petang atau lebih lewat lagi. Tugas tersebut dilakukan setiap hari kerja tanpa kecuali. Intensitinya sahaja mungkin berbeza antara minggu ke minggu. Bagi guru yang rumahnya agak jauh, mereka tidak pulang ke rumah pada waktu tengahari. Petang baru sampai di rumah. Melebihi waktu pejabat. Mereka yang bekerja di pejabat boleh balik apabila sampai pukul 5.00 petang hampir setiap hari. Sesekali sahaja ada tugas tambahan.

Perbandingan ini juga tidak adil. Pekerja pejabat yang membuat kerja tambahan diberi elaun lebih masa. Boleh juga menyejukkan hati. Mendamaikan perasaan. Merendahkan kadar stress. Guru? Wallahu a'lam. Pernah diputuskan bahawa mereka boleh diberi elaun lebih masa. Idea dan keputusan yang bijak. Sekali lagi masalah dijadikan halangan. Ada sahaja kekangan. Mereka terlalu ramai. Kekangan kewangan. Kekangan jadual. Bajet? Sekali lagi wallahu a'lam. Kasihan juga guru. Pengorbanan mereka terlalu banyak. Itu belum cerita pengorbanan wang ringgit. Kebanyakan sekolah tidak ada kenderaan rasmi. Kereta guru yang dijadikan kenderaan tidak rasmi. Pergi kuiz, sayembara, pertandingan, sukan, aktiviti luar, pelajar sakit, ziarah menziarah semuanya menggunakan kereka guru. Jika guru ada van, jenuhlah guru itu menjadi derbar tidak rasmi sekolah. Minyak isi sendiri. Pelajar makan guru yang yang keluar duit poket sendiri. Pentadbir sekolah mungkin sudah lali untuk memikirkannya. Ibu bapa hatta PIBG tidak pernah membincangkan hakisan ekonomi yang berlaku kepada guru.

Saya teringat, sewaktu saya menjadi YDP PIBG sebuah sekolah di Batu Pahat, apa sahaja permohonan guru saya cuba luluskan. Syaratnya, dana PIBG ada berbaki. Selagi belum habis saya bantu jika ada permohonan. Maka banyaklah permohonan yang ada masanya seperti tidak masuk akal. Guru hendak berpindah, PIBG keluar duit kerana hendak memberi hadiah kenang-kenangan. Bukan rakan guru yang beri. Bukan sekolah yang memberi penghargaan. Begitulah apabila guru habis daya. Ekonomi mereka terhakis. Tidak ada lagi yang mampu disumbangkan. Entahlah. Tidakkah kita kasihan kepada mereka? Renungan kepada yang berkenaan.

Mana guru hendak membuat tuntutan. Jika sekolah melayan kesemua tuntutan guru, sekolah tentu kehabisan wang dengan sekelip mata. Penyelesaiannya? Entahlah. Guru redha dengan keadaan itu. Mereka menjadi manusia yang senang diajak berunding. Senang untuk diajak bicara. Tahap keakuran mereka sangat tinggi. Toleransi mereka sangat-sangat fleksibel. Mereka tidak menuntut apa-apa yang dil luar kemampuan sekolah. Kebanyakan mereka tidak menuntutpun. Mereka seronok dengan kerja mereka. Mereka berbakti tanpa syarat. Untuk negara. Untuk profesion mereka. Kepuasan kerja. Mengapa ya tidak ada orang yang mengambil inisiatif untuk memberi yang hak kepada guru. Mereka yang di kementerian tidak luak duit. Mereka yang di jabatan todak luak duit. Tetapi mereka yang namanya guru selalu dicukai secara tidak langsung. Cukai pendapatan tetap juga dibayar. Tidak ada diskaun. Tidak ada rebat. Hari guru hanya slogan. Mungkin tidak keterlaluan sebagai retorik. Guru perlukan pembelaan yang lebih daripada itu. Yang lebih besar daripaa itu. Yang berimpak lebih tinggi.

Kerja guru tidak habis di situ. Pada malamnya mereka menyediakan keperluan untuk kelas hari esoknya. Di samping itu mereka menyemak kerja-kerja pelajar yang sentiasa ada. Yang sentiasa berlonggok-longgok. Lazimnya guru tidur lewat. Latihan yang diberikan kepada pelajar perlu disemak kesemuanya. Buku latihan pelajar perlu dikembalikan kepada pelajar untuk membuat latihan yang baru. Begitulah setiap hari. Berpuluh-puluh buku atau mungkin beratus buku latihan yang perlu disemak. Bukan sekadar dilihat tetapi perlu dibetulkan. Esoknya perlu dimaklumkan kepada pelajar akan kesalahan mereka. Mereka diperlukan membuat pembetulan pula. Itupun perlu disemak supaya pelajar benar-benar mendapat yang sebenarnya. Yang sepatutnya perlu dimahirkan.

Di sekolah, waktu lapang guru sangat terhad. Memang ada masa terluang tetapi ada pula mesyuarat. Entah berapa jawatankuasa yang dianggotai. Buku latihan pelajar disemak juga. Jika tidak, tidak larat untuk dibawa pulang ke rumah. Nanti tiada masa untuk pasangan dan anak-anak. Belum lagi jiran dan saudara mara. Saya kasihan kepada guru. Jika boleh jangan ziarahi mereka sewaktu hari kerja atau semasa hampir tarikh-tarikh peperiksaan. Kerja mereka terganggu. Tugas mereka terencat. Mereka mencipta momentum dan keadaan akan mengakibatkan ketidakseimbangan dengan perancangan perlaksanaan yang mereka jangka dan inginkn. Orang-orang yang di luar lingkungan guru mungkin sukar memahami kehidupan seorang guru.

Sekarang pula guru bukan calang-calang profesional. Bila cuti sekolah mereka diperlukan menghadiri berbagai-bagai kursus profesional. Mereka dijangkakan boleh melaksanakan berbagai-bagai tugas tambahan yang semakin berat dari segi skop dan bidang tanggungjawabnya. Semakin senior kedudukan mereka semaik parah tugas yang diserah. Ada-ada sahaja yang datang menerjah. Mesti selesai dalam waktu sesingkat mungkin. Mesin manusia yang super person. Bidang perguruan bukan lagi profesion yang menjanjikan banyak cuti seperti yang difahami oleh kebanyakan orang. Bila mereka bercuti mereka sebenarnya deserve it. Mereka berhak untuk cuti. Untuk memulih. To recuperate. To rejevenate. To elevate. Bekerja hampir 24 jam setiap hari tentulah streneous kepada mereka. Stress cepat meresap bagi yang kurang ketahanan mental. Burn out boleh berlaku pada bila-bila masa apabila usia mereka melepasi 40 tahun. It is so demanding. Stake holders terlalu ramai. Spektrumnya dari pelajar hingga kepada penguasa politik. Di tengah-tengahnya ibu bapa, masyarakat umum, Pejabat Pendidikan Daerah dan Pegawainya, Jabatan Pendidikan Negeri dan karenah birokrasinya hinggalah Kementerian yang bertanggungjawab. Kemajuan pelajar diteliti dari segi akademik. Itu belum kokurikulum mereka. Kepimpinan mereka. Kesihatan mereka. Keupayaan mereka untuk lulus periksa dengan cemerlang. Potensi-potensi lain yang juga harus diberi perhatian.

Guru berada dalam dua alam yang sukar. Kehidupan peribadi perlu juga dijaga. Pasangan mereka perlukan perhatian dan belaian. Anak-anak yang membesar perlu perhatian dan bimbingan. Ibu bapa dan mertua perlukan lebih banyak perhatian. Mereka mengharapkan perhatian daripada anak-anak setelah berpenat lelah membesarkan, mendidik, memandaikan, menjadikan manusia dan sekarang sudah bekerja. Sudah ada pendapatan yang boleh dihulur seringgit dua. Nikmat hari tua. Nikmat beranak pinak. Membalas jasa. Kepada orang bukan Islam ia hanya tanggungjawab sosial. Kepada orang Islam ini adalah tanggungjawab agama. Hubungannhya terus dengan Allah. Ingatlah redha Allah bergantung kepada redha ibu bapa. Murka ihu bapa adalah murka Allah.

Bagaimana pula dengan ipar duai? Sahabat handai? Jiran tetangga? Kesemuanya perlukan sedikit perhatian. Hubungan silaturrahim perlu diperkukuhkan. Kita orang Malaysia khususnya orang Melayu sangat concern dengan perhubungan peribadi ini. Kita banyak mengadakan kenduri kendara. Kesemua orang yang mengenali kita perlu dijemput. Yang dijemput perlu hadir. Malam ada, siang ada, pagi ada dan petang juga ada. Hujung minggu lebih banyak pula. Bila sebenarnya guru boleh bekerja? Saya katakan saya tabik guru. Dalam kesibukan menjalani kehidupan dalam dua alam yang berbeza tuntutannya mereka masih boleh berfungsi normal. Hidup seperti manusia lain. Boleh bermasyarakat. Menikmati hidup. Dirgahayu guru.

Wednesday, September 15, 2010

Masa Dulu-Dulu - Bahagian Ketiga Puluh Tiga

Dari politeknik saya kembali ke sekolah. 1 Oktober 1993 berhijrah saya ke Sekolah Menengah Teknik (SMT) Johor Bahru. Sebelum dipindahkan ke sekolah saya merayu kepada Datuk Syukur, Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasiosnal waktu itu supaya saya kekal di Pusat Latihan Staf Poiteknik (PLSP). Wala bagaimanapun katanya, saya lebih baik berada di sekolah. Lagipun katanya mungkin saya sudah sampai ketika untuk naik pangkat. Sayapun bukan jenis yang suka mendesak sangat. Mungkin benar katanya. Maka berhijrahlah saya ke Johor Bahru (JB).



Saya tidak pernah tinggal di JB. Banyak kejutan yang saya alami. Saya rasa sukar hendak mencari barang keperluan rumahtangga. Makanan tidak menjadi masalah. Cuma yang saya rasa mahal ialah ikan. Pada tahun 1993 ikan kembung berharga kira-kira RM9.00. Di Batu Pahat sekitar RM6.00. Di Ipoh pula kira-kira RM4.50. Rupanya semakin ke selatan semakin mahal pula. Kejutan paling besar sebenarnya berlaku di Batu Pahat pada hari raya tahun 1991. Cili merah berharga RM20.00 sekilo. Gila saya kata. Di Ipoh pada tahun sebelumnya hanya kira-kira RM4.00 sekilo. Al-maklumlah Ipoh berhampiran dengan Cameroon Highlands. Tentu lebih dekat dan lebih murah. Kos penghantaran lebih murah.



Di JB saya berbelanja di pasar Larkin. Jarang pula saya ke pasar besar. Sesekali pergilah juga jika ada keperluan. Walau bagaimanapun saya tidak begitu selesa di JB. Banyak kekangan yang sukar dihuraikan. Pakaian pula saya tetap beli di Batu Pahat atau Parit Sulong. Banyak kemudahannya. Di JB kedai kain payah sedikit. Seperti terhad jadinya. Pasarraya ada tetapi belum besar dan banyak seperti sekarang. Banyak benar susahnya. Bagi orang JB, mereka tetap selesa. Pendatang seperti saya yang merasa sukarnya. Belum biasa agaknya. Atau mungkin mereka masih ke Singapura untuk mendapatkan keperluan mereka. Entahlah. Bila banyak merantau saya tidak dapat mengelak dari membuat perbandingan. Rasanya Ipoh antara tempat paling menarik bagi saya. Pengamataan dna pengalaman tinggal di Kuala Terengganu, Batu pahat, JB, Ipoh dan Kuala Lumpur. Kuala Lumpur barangkali berada dalam kategorinya yang tersendiri. Segala-galanya ada tetapi kekalutannya yang membuatkan saya rimas.



Di SMT saya menjadi Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid atau ringkasnya GPK (HEM). Lebih dikenali sebagai HEM sahaja. Pada dasarnya tugas HEM nampak biasa sahaja. Bila diteliti barulah terrasa beban yang perlu ditanggung. Serba serbi mengenai murih saya yang bertanggungjawab. Maka berlalulah suatu siri pengalaman yang kadang-kadang indah dan ada masanya perit juga. Alhamdulillah pengalaman mengendalikan pelajar di PUO dulu banyak membantu. Semua pengalaman lama diaplikasi semula. Banyak juga pengalaman baru yang ditempoh. Sekolah berbeza dengan politeknik. Di sekolah saya berurusan dengan set pentadbir yang berbeza. Staf akademik yang berbeza. Pekerja yang berbeza. Umur pelajar yang berbeza. Etika dan peraturan yang berbeza. Persekitaran berbeza. cara bekerja berbeza.



Saya juga secara tidak langsung menjadi ketua waden. Maka 24 jam saya bertugas. Urusan pelajar tidak pernah bertemu dengan titik noktah. Pada hari persekolahan 24 jam itu perlu ditunaikan. Tidur tetap tidur. Tetapi boleh dijekjutkan pada bila-bila masa. Masalah pelajar tidak pernah berhentinya. Yang sakit jangan dikira. Yang nakal tidak pula diabaikan. Yang ada masalah kelurga tidak boleh dibilang banyaknya. Jika pagi hari Sabtu ada sahaja permohonan untuk keluar dari sekolah atau balik kampung kerana berbagai-bagai urusan. Saya jarang menyekat. Jika ada bukti dan alasan yang menasabah, saya memberi keizinan. Alhamdulillah, tiada yang memberi masalah kepada saya. 11 bulan di SMT tiada yang mengganggu tugs hakiki saya.



Di asrama banyak juga urusannya. Selain dari bilik, katil dan bilik air, saya perlu mengawasi penyediaan makanan. Setiap pagi saya baca laporan tentang menu dan hidangan. Ada yang tak cukup. Ada yang kurang. Cukup bulan semuanya perlu diselaraskan. Pemotongan bayaran di sana sini. Perlu ada kebijaksanaan untuk membuat perundingan dengan kontraktor. Jika silap, keadaaan menjadi tegang. Jika lancar, pelajar yang menikmati manfaatnya. Pertemuan bulanan dengan pembekal makanan di asrama mesti diadakan. Ya mesti. Dalam pertemuan itu semuanya mesti dibereskan. Dakwaan pelajar mesti disahkan oleh pembekal. Berapa nilan yang saya hendak tolak, pembekal tiada bantahan. Adalah suatu perlanggaran kontrak kerana membekalkan makanan dengan jumlah yang tidak mencukupi. Hak pelajar tidak ditunaikan. Saya bagi pihak sekolah menjadi pemegang amanah. Jalankan tugas seperlunya. Saya pula tidaklah zalim. Saya tidak mendenda pembekal dengan jumlah yang tidak masuk akal. Saya tolak bayaran bulan pembekal sekitar RM1,000 hingga RM3,000 bergantung kepada jurang bekalan yang disediakan. Bergantung kepada nilai dan kualiti makanan yang sepetutnya dibekalkan. Seperti pernah saya ceritakan, wang yang terkumpul sekolah belanjakan semula untuk mengenyangkan pelajar yang mengambil SPM pada hujung setiap tahun. Pada hari-hari sehingga tamat peperiksaan pelajar dijamu dengan berbagai makanan tambahan selepas waktu belajar setiap malam. Bertukar-tukar menu dari sate, roti canai, mee goreng, murtabak, nasi ayam, mee rebus, rojak dan sebagainya. Perut pelajar kenyang. Hati mereka senang. Kepurtusan SPM ramai yang cemerlang.



Saya tidak berapa selesa dengan keadaan di asrama sebenanrnya. Di mana sekolah sekalipun kedaannya hampir sama. Kebersihan tidak pernah tip-top. Keceriaan biasanya ala kadar sahaja. Hiasan taman atau lanskap terabai. Hiasan dalamannya memang mana ada. Di sekolah asrama penuh sekalipun keadaan yang serupa dapat kita lihat. Semacam ada sesuatu yang tidak kena. Cuma yang baiknya, semua pelajar adalah pilihan belaka. Mereka memang sudah teruji rajin belajar. Memiliki kebijaksanaan. Atau bestari kata orang sekarang.



Sekolah berasrama kekurangan bajet untuk keceriaan dan kecantikan. Semangat kondusif itu tidak perlu difikirkan sangat. Yang penting ialah kualiti pengajaran dan kualiti pelajar yang dilahirkan. Namun begitu pelajar-pelajar yang tidak terdidik dengan kekemasan dan keceriaan ini mendewasa sebagai manusia yang kosong dari segi seni dan estetika. Tidak pandai untuk memperbagaikan keadaan. Tidak pandai membina ruang. Tidak cekap membina kesepaduan dengan keadaan sekelilingnya. Akhirnya terbina sikap tidak apa. Sikap malas memikirkan. Malas untuk menjadi ceria. Hidup menjadi kaku dan jumud. Idea baru tidak pernah di tunggu atau dilahirkan. Mengikut arus sahaja.



Paling daif selalunya ialah bilik air. Lazim sangat pintunya sudah tidak ada. Temboknya berkulat dan menggerutu. Tandas pula comot dan berkarat. Secara teori kita mendidik murid-murid supaya menjaga dan mengurus kebersihan. Yang kita pamerkan adalah sebaliknya. Paradox. Tiada beza dengan keadaan yang ada di rumah mereka. Seolah-olah guru adalah orang biasa-biasa yang tidak ada bezanya dengan ibu bapa murid. Guru barangkali tidak berjaya menzahirkan yang terbaik untuk mendidik murid-muridnya. Ibu bapa murid. Pentarbiahan ini jarang terlaksana. Maka berulanglah kebiasaan tidak bersih selamanya. Di rumah, di pejabat, di jalan raya, di sekolah, di pasarraya, di masjid dan di mana-mana sahaja ada manusia Malaysia. Orang Islam i.e. orang Melayu sangat diragui keupayaannya dari segi kebersihan.


Bayangkan berada dalam bilik air tanpa pintu. bagaimana mereka mandi? Tanpa mengira lelaki atau perempuan? Maka tidak menjadi suatu yang menghairankan apabila pelajar mandi dalam keadaan tidak berlapik. Mereka tidak terdaya membawa kain basahan mandi. Tidak diajar menggunakannya. Di mana pula nanti hendak disidai. Barangkali, ya barangkali Pengetua dan warga sekolah yang lain cuba-cubalah berada dalam bilik air pelajar sewaktu mereka mandi. Lihat secara live. Unplugged lagi. barulah nanti ada sedikit tindakan yang waqras untuk memperbaiki keadaan. Di Barat perlakuan itu memang benar. Mereka bukan sahaja tidak membina akhlak bahkan juga tiada moral. Lagipun apalah yang hendak difikirkan sangat. Mereka bersama mereka sendiri. Sama jantina. Tidak ada segan dan silu. Jila perasaan itu terlalu kuat mereka tentu tidak boleh mandi selama berada di asrama. Suatu keadaan yang tidak mewajarkan dari segi etika, moral dan syariat.

Saya jadi keliru bila memikirkan hal tersebut. Berapalah sebenarnya kos menyediakan pintu bilik air yang standard, berkualiti dan heavy duty. Ironis kerana sekolah membina pagar sekolah yang berbentuk tembok mengelilingi sekolah. canggih dan cantik. Pintu bilik air terabai tanpa berpintu. Perpustakaan kekurangan bahan bacaan. Kadang-kadang keutamaan tidak menjadi fokus yang terbaik. Kurikulum dn akademik serta yang menyokong ke arah itu secara langsung diabaikan. Pagar dan tembuk itu penting dari segi keselamatan. Tetapi melebihkan akademik dan keperluannya tentulah lebih pentingnya. Sekolah ingin membina kecemerlangan pelajar. Lalu sumber secara langsung harus diutamakan.

Friday, September 10, 2010

Masa Dulu-Dulu: Bab Ketiga Puluh Dua

Politeknik Ungku Omar (PUO) membentuk sejarah profesional saya. Pengalaman di PUO selama 12 tahun menjadi bekal terbaik saya semasa mengendalikan Hal Ehwal Pelajar di PLSP, ITTHO dan KUiTThO. Malah sebelum itu hidup saya banyak mengendalikan pelajar di PUO.

Saya tidak pernah bersekolah di sekolah berasrama. Selepas tingkatan tiga dahulu (1963) ramai teman-teman sekelas yang ke STAR dan ke SDAR. Teringin juga untuk bersama teman-teman tersebut. Apakan daya keperluan dan persediaannya cukup menakutkan arwah ibu saya. Barangkali ada kesilapan di mana-mana. Sekolah berasrama penuh asalnya untuk mereka yang berpendapatan rendah. Yang duduk di luar bandar. Tetapi bagi pelajar baru mereka diminta bersedia dengan pakaian baru, perkakas baru. Kosnya mencecah ratusan ringgit. Pada tahun 60an puluhan ringgitpun sukar diperolehi. Inikan pula ratusan ringgit. Maka terlepaslah peluang saya untuk menggapai yang lebih baik. Sekarang kosnya lebih gila lagi. Mungkin mencecah empat angka. Tetapi kerana sekarang ringgit mudah diperolehi, empat angka masih ramai yang menggagahinya juga.

Sekolah berasrama penuh merupakan suatu janji yang indah. Mereka yang lulus dengan baik darinya dijanjikan dengan harapan-harapan yang muluk-muluk belaka. Kebanyakannya ke luar negara. United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Canada. Negara-negara idaman pelajar ketika itu. Yang lebih indah ialah mereka pergi berbekalkan keptusan peperiksaan percubaan dan bukan keputusan peperiksaan SPM yang sebenar. Begitulah yakinnya agensi kerajaan yang terlibat dengan sistem pendidikan di sekolah berasrama penuh. Pelajar-pelajarnya seolah-olah dijamin lulus. Bukan itu sahaja, mereka dijamin lulus dengan sekurang-kurangnya kepujian. Hakikatnya ramai yang cemerlang kerana mereka adalah pelajar-pelajar pilihan. Sudah teruji dari segi kurikulum dan kokurikulum.

Kesemuanya itu hanyalah kenangan. Asrama penuh yang pernah saya huni hanyalah Institut Bahasa Kuala Lumpur semasa mengikuti kursus sijil perguruan dahulu. Rupanya sekolah berasrama penuh ini menyapa semula saya setelah beranak pinak. Alhamdulillah kesemua anak-anak saya lulusan sekolah berasrama. Cuma yang ketujuh setakat Tingkatan 2 sahaja. Yang bongsu pula di sekolah asrama harian. Setelah dia keluar, barulah sekolahnya dinaiktaraf menjadi sekolah berasrama penuh.

Tidak mengapalah. Saya meredakan diri dan perasaan. Mungkin bukan rezeki saya. Jalan saya menuju puncak melalui rentasan yang lebih jauh. Saya kena terima hakikat itu. Tidak semua peluang terbaik dapat saya gapai. Hak saya hanya cebisan dari apa yang orang lain dapat. Namun begitu rezeki tidak ke mana. Allah menentukan kesemuanya. Qada' dan qadar itu milikNya. Kesemuanya dengan keizinanNya. Jika sudah ketentuanNya begitu, redha sahaja yang boleh. Bersyukur kerana anugerahNya walau bagaimana sekalipun bentuknya. Ia tetap rezeki. Allah yang beri. Pernah saya ceritakan penglibatan saya dengan disiplin pelajar sewaktu saya di Sekolah Menengah Chung Hwa Wei Sin Kuala Terangganu. Saya kerap menjalankan tugas disiplin walaupun saya bukan guru disiplin yang sebenarnya. Minat saya ialah meletakkan pelajar supaya mematuhi peraturan. Saya lemas jika ada orang yang melampaui garis-garis pemisah antara boleh dengan tidak boleh. Hak dengan batil. Benar dengan salah. Ya dengan tidak.

Disiplin bukan untuk menghukum pelajar. Ia adalah maslahah umum yang perlu dijaga. Apabila seorang pelajar tidak memakai setokin, kita tidak nampak kesannya. Tetapi bila ramai yang terlibat, keadaan sudah menjadi sukar dikawal. Pengetua menjadi pening kepala. Dalam teori pengurusan, apabila seseorang bersungut tentang sesuatu, pengurusan hendaklah mengambil berat untuk membetulkan keadaan. Jika 90% ahli organisasi membuat tuntutan, pengurusan menjadi tidak berdaya untuk memenuhi tuntutan itu. Oleh itu perkara kecil jangan diabaikan. Ada signifikannya. Takut apabila ia jadi merebak dan membesar. Sukar untuk dibendung.

Disiplin harus dilaksanakan dengan berhemah. Pendidik mengetahui hal ini. Disiplin adalah untuk mendidik, mengasuh, membimbing dan menunjuk jalan. Cuma lazimnya keadaan menjadi kacau. Disiplin dijadikan alasan untuk menghukum. Hati muda yang mentah masih belum memahami apa sebenarnya disiplin. Di rumah keadaan itu mungkin tidak wujud. Peraturan di sekolah diterapkan dengan ugutan dan ancaman. Bukan lagi dengan kasih sayang seperti ibu bapa di rumah. Guru jadi seperti ibu dan bapa tiri zaman dahulu kala. Pengamatan saya menakutkan saya. Sukar mencari guru yang tidak marah-marah kepada anak didik mereka. Semuanya dilihat salah belaka. Kadang-kadang pelajar tidak memahami apa yang guru marahkan.

Saya tidak dapat menggambarkan bosannya pelajar bila menjelang pagi Isnin. Saya yang pernah menjadi guru di sekolah, terasa bosan mendengar leteran demi leteran. Tidak cukup dengan pengetua. Yang lain-lain juga serupa. Baik GPK, baik guru disiplin. Menjadi rutin mingguan. Mereka pasti dimarahi pada pagi itu. Bukan kerana mereka bersalah tetapi kerana mereka berada di sekolah. Kerana mereka berada di perhimpunan mingguan. Kerana mereka memiliki sepasang telinga yang boleh mendengar. Secara psikologi, tidak ada siapa yang bersedia dimarahi oleh orang lain. Malangnya dalam sistem persekolahan di Malaysia di sekolah rendah sahaja pelajar mendengar leteran sebanyak 240 kali. Setahun 40 kali. Di sekolah menengah pula leteran itu bersambung. Lebih canggih leteran yang mereka dengar. Selama 5 tahun mungkin mereka mendengar sebanyak 200 kali.

Sesuatu yang tidak kita sukai tetapi dipasakkan ke telinga kita setiap minggu, maka hendak tidak hendak cara, budaya, sifat dan sikap guru diserap oleh pelajar. Bila mereka dewasa mereka menjadi orang-orang yang sadis, pemarah, bengis dan ganas terhadap orang-orang yang mereka sayangi. Sama seperti guru mereka memarahi anak-anak didik mereka yang sepatutnya dikasihi. Apatah lagi di sekeliling kita dipenuhi dengan orang-orang yang pemarah. Kadang-kadang sukar mencari drebar yang tidak marah-marah sewaktu di jalan raya. Dalam drama di TV, marah-marah menjadi trade mark pelakon-pelakonnya. Anak-anak kita dikelilingi oleh manusia yang marah-marah. Mereka menjadi dewasa dengan hati yang marah-marah. Entahlah, mungkin igauan saya. Sekarang ini terlalu ramai warga kita yang ganas. Mereka mewarisi dendam dan mencari pembalasan agaknya. Pengajaran yang terlalu lama kita berikan kepada mereka. Barangkali pengamatan saya ini perlu kajian untuk substiantiate isi dan faktanya. Saya ngeri dengan apa yang saya rasa. The future will get worse.

Saya selalu menganjurkan bahawa sesuatu perubahan perlu dilakukan oleh mereka yang mendapat idea untuk merubahnya. Kita tidak boleh mengharapkan orang lain untuk melaksanakannya. Orang tidak akan faham apa yang kita cadangkan. Menongkah arus tentulah menyukarkan pemikiran oran lain untuk menerimanya. Perubahan hanya milik orang yang ingin melakukannya. Orang lain mungkin sukar memahaminya. Hanya mereka yang setara dapat menyelam kehendak orang lain. Yang lain boleh membaca tetapi tidak terdaya mengikut rentak.

Cuma, tidak semua orang memiliki kekuatan untuk membuat perubahan. Bakat-bakat yang boleh membantu perubahan perlu dijana. Perlu dirangsang. Perlu disapa. Jika dirisik idea mereka, mungkin terhambur nanti saranan dan hipotesis indah untuk merubah keadaan. Alam sekeliling kita penuh dengan ruang-ruang kelabu yang perlu dicerahkan. Yang perlu diterangkan. Yang perlu dilihat dengan minda terbuka. Minda yang boleh membelah ruang-ruang sempit yang perlu dilebarkan. Yang perlukan perhatian. Yang menjadi pemangkin untuk melakukan perubahan.

Pesan saya, jangan suruh orang lain untuk berubah. Kita mulakan perubahan yang mungkin tidak digemari oleh orang lain. Yang penting ada kewarasan. Ada rationale untuk merubah sesuatu. Mungkin academic exercise. Selain dari itu mungkian suatu neccesity. Lakukanlah jika ada urgency untuk itu.

Thursday, September 9, 2010

Raya Kata Hati

Rasanya sudah 64 kali Syawal yang saya tempoh. Sudah 64 Ramadhan datang dan pergi. Kegembiraan dan kebahagiaan semasa kanak-kanak yang berlari dan melonjak senang. Mercun dan bunga api mengiring gema takbir. Lalu masa beredar. Menjadi remaja yang terasa banyak pancarobanya. Selalu hati berbunga. Mencari damai rasa. Damai hati. Selalu berbunga mendambakan bahagia. Berlari mengejar pelangi dan jingga langit kirmizi. Cagaya aroura yang kekadang mewarnai ufuk.

Remaja kampung banyak juga lagaknya. Tetapi keupayaan saya untuk bergaya sangat terbatas. Seluar ada sehelai dua. Baju juga terhad. Kasut dan setokin masih payah menyalut kaki. Kasut sekolah sahaja yang mesti setiap hari persekolahan. Dalam pada itu hati selalu juga berbunga. Keremajaan yang sedanng memuncakkan gelora. Hati remaja dengan lagu-lagu riang.

Pada hari raya saya meronda ke mana sahaja yang termampu. Ke rumah guru. Ke rumah saudara mara. Ke rumah rakan taulan. Tentulah yang dekat-dekat sahaja. Tidak mampu berjalan jauh. Bukan ada kereta. Bukan ada motorsikal. Basikal sahajalah teman tunggangan yang setia. Berhari-hari saya bergerak dengan pakaian baju Melayu selengkapnya. Zaman itu saya tidak beraya dengan seluar dengan kemeja atau kemeja-T. Apatah lagi memakai jean. Jatidiri saya jaga. Waktu itu baju Melayu masih menjadi trendy.

Setelah menjadi guru, banyak kebiasaan masa remaja yang terabai. Sudah mula sibuk. Sudah mula memilih masa dan tempat. Lagipun masa sudah menjadi sangat terhad. Arah hidup yang mula bercabang. Lagipun basikal sudah bukan lagi menyeronokkan. Lima tahun berbasikal sewaktu di sekolah menengah terasa jerih peritnya. Masih terasa bahang dan perit cahaya matahari yang membakar paha, muka, tengkuk dan telinga saya. Keranannya saya terasa keletihan. Ingan hati ini bersara dari berbasikal jauh.

Bila sudah bekerja, terasa pula hendak menjaga rupa. Ya paras rupa. Perasan juga ingin lawar. Ingin bergaya. Ingin dilihat cantik. Tidak lagi ingin menjadi gelap pekat seperti waktu bersekolah dulu. Maka surutlah kebiasaan berhari raya. Semuanya indah tanpa syarat sewaktu saya masih kanak-kanak. Waktu remaja masih ada kegembiraan kerana hati yang selalu berbunga. Namun air pasang itu surut juga akhirnya. Usia banyak menentukan kebiasaan diri. Usia merubah hal-hal yang dulunya biasa. Usia mencari tapaknya sendiri. Mencari yang baru untuk dihuni dan dicari serasi.

Bila sudah berumahtangga bertambah rumit hari raya. Jika dulu banyak berjalan dan bertandang, rumahtangga banyak mengikat supaya banyak membina kebiasaan keluarga. Berkeluarg bukan orang jenis yang gembira hidup di luar rumah. Tidak boleh keluar rumah pada waktu malam tanpa hal yang menasabah. Isteri seorang di rumah. Keselamatannya jaminan suami. Kesejahteraannya belaian suami. Susah senangnya perlukan kebersamaan yang memanjang.

Tahun ini Shawal 2010 menjelang lagi. Esok kita berayalah. Berayalah kerana kita diizinkan untuk beraya. Kegembiraan bagi mereka yang berpuasa. Ramadhan sudah berlalu. Entahlah saya terasa benar sayunya kali ini. Tidak pernah saya menangis semasa mengimamkan tarawih. Terkedu dan tersedu membaca surah al-A'la. Semakin lama semakin sayu. Makmum bagaikan terasa. Amin dan selawat mereka bertambah kuat. memberi semangat supaya saya pulih dari kesedihan di hati. Lama juga mendamaikan hati. Ada yang di dalam sana yang tidak saya ketahui. Bersarang di hati.

Banyak tahun saya menjadi imam tidak pula terasa ada kelainannya. Saya imamkan dengan semangat. Saya kuatkan suara untuk menyeronokkan jemaah. Mudah-mudahan hati mereka lekat di rumah Allah. Tahun ini datang sebaknya. Datang sayunya. Datang hibanya. Malam terakhir menjelang raya saya menjadi imam lagi sewaktu Isya’. Saya dayukan membaca surah Saf. Sayu di hati. Selepas salam saya bertakbir bersama jemaah. Sayu lagi. Selepas solat sunat Isya’, saya dan jemaah lain bertakbir lagi. Bergilir-gilir dengan yang lain. Keluarlah dari hati, lahirlah dari hati. Luahan syukur tamatnya Ramadhan. Syukur kerana datangnya Shawal. Moga-moga Shawal dan Ramadhan ini kekal indah.

Ada rasa keletihan dalam diri saya. Ada rasa kesedihan yang entah kenapa. Stamina saya masih ada. Tetapi ada sesuatu yang tidak dapat saya mengerti. Tidak dapat saya baca firasatnya. Kesayuan yang kekadang merentap-rentap di dalam. Hendak diluah tidak tahu apa yang akan keluar. Dipendam lama merimaskan pula. Entahlah ada keresahan memanjang. Terselit juga rasa bimbang. Mudah-mudahan bertemu lagi tahun hadapan. Ramadhan yang selalu dirindui. Kau pergi jua. Diikat tidak boleh. Dipegang tidak lekat. Hanya saya lalui hari-hari dalam Ramadhan itu seadanya. Allahuakbar.

Ramadhan tahun ini banyak pula kerja perlu dibuat. Cuba bertahan tetapi tidak dapat juga. Anak kelima akan melangsungkan perkahwinannya. Kad-kad jemputan perlu ditulis dan diedar. Persediaan lain perlu juga dibuat. sedikit di sana sedkit di sini. Tolak dan campur, banyak masa juga yang perlu diguna. Adat kita berhari raya tidak pernah surut-surut. Banyak persediaan berhari raya dari persediaan menghadapi Ramadhan. Barakah raya tidak sama besarnya dengan barakah Ramadhan. Tetapi orang kita memilih barakah yang sedikit.

Tradisi yang keliru. Silap. Awal Ramadhan, ibadat seperti esok tiada lagi. Bila tiba di hujung, masjid dan surau banyak lompang safnya. Ibadat sudah berganti dengan tradisi bersiap untuk hari raya. Bila sebenarnya keadaan akan berubah. Hari raya sebenarnya hanya sehari. Hari kedua Syawal sepatutnya kita berpuasa semula. Puasa enam hari dalam bulan Syawal yang menjadi pelengkap kepada Ramadhan. 30 hari Ramadhan digandingkan dengan enam hari Syawal. Indahnya syariat Islam. Allah anugerahkan kesemuanya untuk kita. Umat Muhammad yang sangat istimewa.

Ramadhan. Akan ku tunggu hadirmu. Tahun demi tahun akan ku tunggu di sini. Menunggu takdirMu ya Allah.