Wednesday, June 22, 2011

Menerima Kelahiran


Sembilan bulan sepuluh hari bukannya lama. Masa yang berlalu. Datang dan pergi. Saatnya tiba juga. Penantian yang bukan memenatkan. Banyak rencana mengisi masa. Mengisi sarwajagat yang luas terbentang. Mengerdilkan diri sebanding kosmojagat yang sukar dimengerti. Milik Allah yang sangat besarnya. Sangat hebatnya. Nantian masa yang datang juga. Saatnya tiba untuk menerima suatu kelahiran. Anakku ini umimu. Ini abimu. Datanglah kepada kami dengan luhurmu. Tangislah untuk menyedarkan kami tentang hidupmu. Berbuatlah untuk menjadikan kami dinamik mengasuhmu.

Bang, azankan anak itu di telinga kanannya. Iqamahkan dia di telinga kirinya. Alunkan semerdu-merdunya. Kau jela-jelakan panjangnya. Dayu-dayukan gemersik suaramu. Biarlah anak itu mendengar hanya yang hak. Biar sampai ke hatinya hanya yang hak. Biar diterima oleh akalnya hanya yang hak. Biar damai hatinya. Biar tenang sanubarinya. Biar sejahtera rohaninya. Biarpun ia mewarisi Islam dari ibu dan ayahnya jangan biarkan dia mewarisinya tanpa roh. Tanpa nyawa. Azan dan iqamah itu mengijazahkan kepadanya legasi Islam yang syumul dari ayahnya. Memperingatkan dia akan Allah yang menjadi segala-galanya kepada manusia yang dituntut beriman. Menjadi Muslim yang mumtaz. Berjuang untuk Allahnya, Rasulnya dan kesejagatan Islamnya.

Ingatlah proses tahnik. Anak comel itu yang mirip kau dan ibunya kau dakap penuh mesra. Penuh sayang. Penuh kerinduan yang mencengkam. Sentuhlah kulitnya yang halus mulus. Ciumlah pipinya yang mewangi semerbak. Wangian dari alam yang baru ditinggalkannya. Wangi itu akan kekal beberapa bulan. Beberapa tahun.  Ciumlah sepuas hatimu. Sepuas nuranimu. Wangi itu tidak kekal selamanya. Besarnya pasti menghakis bau itu. Ada bau lain yang datang bersilih ganti. Tanda perubahan usia dan tanggungjawabnya sebagai manusia. Bau semasa bayinya sangat mengasyikkan. Baunya semasa kecilnya sangat mengujakan. Bila kau berpergian untuk bekerja kau akan bawa bau itu. Kau terhidu bau itu. Petang itu kau akan berkejaran pulang untuk merindui bau itu. Begitulah bau cintamu bersama isterimu. Ibu anakmu. Itu bau bahagiamu bersamanya. Itulah bau syurga rumahtanggamu. Carilah bau itu. Ia tidak akan ada kecuali pada bayimu. Pada anakmu. Pada jalur keturunanmu. Pada zuriatmu.

Bau wangi itu amat mewangi. Merangsangmu untuk membesarkannya dengan wadah Islamiyyah. Mencorakkannya dari bak kain putih yang bersih. Corakkan dia supaya penuh dengan warna warni iman. Penuh dengan silangan dan selingan jihad. Penuh dengan jalur-jalur jariah. Pejuang yang mencarinya syahid. Menjadi muttaqin. Solihin. ‘Abidin. Asuhlah menjadi pengasih bak Abu Bakar. Asuhlah dia menjadi tegas bak Umar al-Khattab. Asuhlah dia menjadi ‘alim bak Uthman bin Affan. Asuhlh dia menjadi berilmu bak ‘Ali karamallah wahjah. Pada dadanya ada Khalid al-Walid. Ada darah pejuang. Ada kekuatan menegakkan Islam. Ada keghairahan mendakwah. Mengukuh dan memperkasa agama.

Susui dia wahai isteri. Alirkan kekuatan dirimu kepada anak itu. Kekuatan kasih sayangmu akan membesarkan dirinya. Fizikalnya. Rohaninya. Psikologinya. Alirkan kekuatan dirimu kepadanya agar dia menjadi sekuat kau. Anak yang mengerti keperitan ibunya yang mengandungkannya. Anak yang mengerti kesakitan agung kerana melahirkannya. Mengerti jerih perih membesarkannya. Mengerti kasih sayangmu yang mencurah-curah bak air terjun yang tidak pernah berhenti. Tidak pernah membeku. Makanan keduanya barangkali sedikit cicipan kurma yang sudah dikunyah lumat. Biar makan kegemaran Nabi itu masuk ke mulutnya. Ke  rongganya. Ke dalam siatem sarafnya. Kata ulamak proses itu menjauhkan dia dari terkena kanser usus. Biar dia membesar dengan sempena agamanya. Supaya hatinya dekat dengan agama. Dekat dengan Rasulnya. Dekat dengan Allahnya.

Panjatkan kesyukuran kerana limpah kurniaNya. Semoga Allah merahmati keluargamu. Merahmati kehidupan dunia dan akhirat anakmu. Zuriatmu. Sujud syukur yang pertama sekali. Segerakan bersyukur kepada Allah. Semuanya keranaNya. Tiada yang lain selain dariNya. Dituntut supaya rambutnya dicukur. Ditimbang dan dinilai dengan ukuran emas. Seolah-olah rambut itu adalah emas. Wang nilaiannya itu disedekahkan untuk mereka yang berhak. Adakanlah aqikah. Dua ekor kambing untuk anak lelaki. Seekor kambing untuk anak perempuan. Jamulah mereka  yang ada. Juga tanda kesyukuran yang tidak terhingga. Dikongsi dengan saudara mara. Dikongsi dengan jiran tetangga. Semoga kambing itu menantinya nanti di alam akhirat.

Adat dan undang-undang perlu dipenuhi mengikut haknya. Namanya diisytihar menggema. Anak itu sudah ada nama. Nama yang telah berbulan dipilih. Yang telah disepakati paling sempurna. Nanti sebutan namanya menjadi doa yang berulang-ulang. Lalu didaftarkan kepada yang berwajib. Syarat untuk nanti dibekalkan dengan pengenalan diri. Menjadi warganegara yang berhak dan dilindungi. Boleh bersekolah dan berurusan apa sahaja sebagai warganegara. Jaganya kau pesan dengan tanggungjawab terhadap Allahnya. Terhadap Rasulnya. Terhadap agamanya. Dodoimu mestilah dengan lagu iman dan Islam. Buai dia dengan lagu-lagu syurga yang indah mengesankan. Tidurnya kau uliti dengan mimpi-mimpi jihad. Selimuti dia dengan kasih sayangmu. Dengan kesyukuran yang memanjang.

Bermulalah tanggungjawabmu sebagai ibunya. Bermulalah tanggungjawabmu sebagai bapanya. Hanya kematangan mewaraskan pemikiranmu. Tindakanmu. Mengertilah bahawa perkahwinan bukan semata-mata nikmat keseronokan. Mengertilah nikmat itu sangat pendek hayatnya. Hanya kebahagiaan dan kesejahteraan berumahtangga yang memanjang usia.  Rumahtangga adalah gedung tanggungjawab. Tanggungjawab kepada Allah. Kepada Rasulullah. Kepada agama. Suami kepada isteri. Isteri kepada suami. Ibu bapa kepada anak. Tanggungjawabmu sekarang berganda. Maka belajarlah untuk mengurus kesemuanya. Tidak ada kepada siapa yang boleh kau pindahkan tanggungjawab itu. Kesemuanya di bahumu. Mutlak tetapi syahdu.

Ingatlah apabila kau berumahtangga dahulu Allah sangat merestui. Iblis dan syaitan mengeluh tidak henti-hentinya. Namun di sebalik itu Allah mengurniakan kepadamu kelebihan-kelebihan yang juga berganda. Ibadatmu berganda-ganda pahalanya berbanding dengan orang bujang. Yang pastinya 27 kali ganda lebih besar nilainya. Rezekimu lebih barakah berbanding sewaktu bujang dahulu. Percayalah semakin ramai anakmu nanti semakin banyak rezeki datang melimpah-limpah. Kurnia Allah yang datang dari berbagai penjuru.  Yang penting yakin dan redha. Rezeki dari Allah. Jika perkahwinan itu sunnah Rasulullah tentu ada kebaikannya. Kerana perkahwinan itu adalah sunnatullah, Allah pasti melindungimu dan keluargamu dengan mawaddah. Dengan kasih sayang.

Banyaklah bersyukur. Hanya dengan banyak bersyukur itu kau menyerahkan dirimu kepada Allah.  Memohon kebaikan atas kehadiran anakmu. Anugerah Allah yang tidak terhingga. Nikmat berkeluarga. Redhalah kerana kesempatan itu Allah anugerahkan kepadamu. InsyaAllah semuanya dalam peliharaan Allah jua. Amin.

Menanti Suatu Kelahiran


Kembara sebuah rumahtangga semakin membara menanti suatu kelahiran. Kedatangan cahayamata yang sangat mengujakan. Bagaimana nanti rupa parasnya. Wajah ayah atau ibunya. Walau apapun itu anak ayah dan ibu. Hari berganti hari. Menanti 9 bulan 10 hari. Pejam dan celik hari berganti. Saatnya tentu semakin hampir. Mendebarkan juga. Terutama bagi yang ingin mengalaminya pertama kali.  Banyak membaca belum tentu benar kerana itu pengalaman orang lain. Terlalu banyak bertanya malu juga. Takut nanti ada yang berkata, orang lain beranak juga, tidaklah sesibuk ini. Oleh itu bacalah apa sahaja tentang kehamilan. Tanyalah ala kadar sebagai mencari pengalaman orang. Mungkin nanti ada persamaan. Kepada ustaz dan ustazah ditanya juga. Ada doa dan petua untuk membantu memberi kemudahan. Dengan izin Allah tentunya.

Bukan ibu sahaja yang mesti banyak bersedia. Makan minum perlu dijaga. Rehat dan tidur perlu dipelihara. Senam dan pergerakan tubuh badan hendaklah berjadual. Bagi yang sihat walafiat jangan dimanjakan diri. Jangan ambil kesempatan untuk berehat. Seberapa boleh banyak bergerak supaya janin di dalam sentiasa longgar. Sentiasa betul haluannya. Supaya biasa nanti berhadapan dengan sakit yang lebih menyakitkan. Membiasakan diri dengan sakit lebih baik dari tidak pernah merasa sakit. Tidak ada orang bersalin yang dibius. Maka biuskanlah diri dengan kebiasaan merasa sakit. Memangpun sakit tetapi ada ganjarannya yang ditunggu. Suami memang tidak sakit tetapi dia akan lebih sakit secara psikologikalnya. Memandang isterinya sudah cukup menyakitkan perasaan. Nanti bila datang sakitnya isteri, jiwa suami yang terseksa. Bahawa isterinya bertarung dengan nyawanya. Antara hidup dan mati. Hanya kepada Allah berserah.

Bagi isteri yang agak lemah, selalulah berhubung dengan doktor. Bang, isterimu mungkin lemah dalam banyak segi. Mungkin jenis ibarat putik yang mudah gugur. Terpaksa kurang bergerak. Kurang membuat kerja berat. Berjaga selalu dalam semua perkara. Jika tidak janin selalu tidak bertahan lama. Minta nasihat pakar. Mereka lebih tahu. Semasa peringkat awal ini banyak bersabar supaya dapat merehatkan isteri. Sementara bang. Nanti bila sudah sihat buatlah apa yang patut. Jaga putik yang diharap menjadi buah. Sama-sama menunggu suatu kelahiran yang amat mengujakan. Jika mengidam usahakanlah. Kata orang anak di dalam banyak ragamnya. Kata orang. Yang sebenar ialah perubahan metabolism isteri. Kerana itu banyak dalihnya. Banyak rengeknya. Banyak mintanya. Anggaplah itu sebagai tanggungjawab. Kecintaan yang mesti melakukan pengorbanan. Sayang yang mesti dibuktikan. Setia yang mesti ditunaikan.

Hanya beberapa bulan lagi bang. Ia akan datang menerjah. Datangnya nanti seperti tiba-tiba walaupun sudah berbulan dijangka. Pengalaman pertama tentu banyak kalut dari teraturnya. Banyak yang perlu dibuat. Tidak tahu yang mana satu diutamakan. Belajar dan banyak belajar. Jika ada kursus menanti kelahiran, pergilah. Dengar dari mereka yang memiliki pengalaman. Banyak manfaatnya. InsyaAllah. Baiklah. Nama sudah dicari? Sudah dipilih? Jika diimbas nanti tentu sudah dijangka gendernya. Jika tidak tunggu kelahirannya. Walau bagaimanapun nama perlu dipilih dahulu. Bersedia awal lebih baik. Namakan yang baik-baik. Pilih nama yang memang sudah ramai mengetahuinya. Sudah dimengerti maknanya. Nama Islam yang membawa barakah. Jika lelaki jaga lupa bermula dengan Muhammad. Jika puteri pilihlah nama isteri nabi. Atau nama-nama lain yang memberikan makna positif. Memotivasi. Mendoakan. Jangan pilih nama yang sedap didengar oleh telinga Melayu Islam. Kadang-kadang maknanya sangat hina. Banyaklah bertanya.

Abang kenalah belajar  memasak mulai dari sekarang. Isteri yang dimanjakan akan berehat selama 44 hari. Adat Melayu. Abang kenalah memasak untuk selama hari itu. Nak buat macam mana. Susah dan senang bukankah bersama? Semasa senang bersama, sekarang berdua menanggung susah itu. Mudah-mudahan selepas susah itu ada bahagia menunggu. Saat keintiman yang akan semakin menebal. Masing-masing akan lebih mengerti nilai berumahtangga. Sebab itu abang kenalah memasak. Untuk sendiri. Untuk isteri. Belajarlah tentang piramid makanan. Khasiat sesuatu makanan. Nanti bayimu biarlah isterimu yang menyusukan. Beri isterimu makanan yang berkhasiat. Air susunya biarlah terus mengalir. Anakmu perlu menyusu selama hampir dua tahun. Biar dia kenyang  dengan susu ibunya. Biar dia sihat dan subur.  Biar dia dekat dengan ibunya. Selalu damai di bawah ketiak ibunya. Mengalir dalam tubuhnya DNA keluarga turun temurun. Melestarikan warisanmu. Zaman berzaman.

Bersedialah untuk banyak berjaga malam. Rengek anak bukan kerana kehausan sahaja. Ia mungkin banyak membuang air besar dan kecil. Isterimu sudah keletihan kerana sakitnya. Keletihan menyusukan. Tidurnya selalu terganggu. Anakmu manja kerana kecilnya. Abanglah yang bantu membersih kotoran. Basuh mana yang perlu. Tolong mana yang boleh. Nanti banyak anak itu perlu didodoi. Banyak pula minta dipangku. Minta pula untuk didokong. Tidak mahu lekang dari sentuhan bapanya. Isterimu telah sakit melahirkan. Ia sedang melupakan saat itu. Subhanallah! Isteri semuanya sama. Mereka Allah mudahkan untuk melupakan kesakitan itu. Ia redha untuk mengulanginya lagi. Dan lagi. Dan lagi. mungkin nanti berbelas kali dia melaluinya dengan redha. Dengan selalu berlapang dada. Kenangkanlah. Itu pengorbannya. Cintanya tidak pernah berbelah bagi. Semua untukmu. Kebahagianmu. Kesejahteraanmu. Kedamaianmu. Demi sebuah cinta. Susah senang bersama.

Belajarlah mengemas rumah. Bukan bilik tidur sahaja. Banhyak ruang dan tempat yang perlukan perhatian.  Ruang utama perlu sentiasa kemas.  Tetamu berkunjung bertali arus. Orang baru mahu dijengah. Banyaklah nanti komennya. Banyak sapanya. Lantai, perabot dan dapur perlu kemasa dan teratur. Perlu dinyah debu. Sinki dan dapur memasak memang sangat perlu dijaga kebersihannya. Untuk diperagakan sebagai kemas. Cantik. Kain baju basuh selalu. Sidainya biar betul. Lipat  dengan kemas. Simpan dengan teratur. Halaman rumah bang. Jaga juga. Sapu dari sampah sarap. Berus longkang dari lumut. Pokok bunga perlu disiram dan dibaja. Rumpur rampai perlu dicabut.  Pendek kata isteri sihat atau uzur sama sahaja keadaannya. Sentiasa dalam keadaaan tip top.  

Ruang yang selalunya paling terabai ialah bilik air. Jangan bang. Jangan biarkan walau sesentimeterpun yang dilihat kotor. Dipijak kotor. Dirasa kotor. Lantainya diberus. Dindingnya diberus. Apa yang perlu hadir di bilik itu diperkemas. Disusun. Diatur. Mana-mana yang tidak diperlukan  hendaklah dibuang. Menyemak. Dipandang tidak cantik. Merisaukan hati yang memandang. Lagipun itu imej abang sekarang. Abang yang akan dapat “nama baik” itu. Di dalam rumah itu hanya abang seorang sahaja yang sihat. Tidak mungkin isteri perlu membuat semua itu.  Nanti akan ada yang menuduh zalim. Memang benarpun jika begitu. Membersih rumah bukan pada yang luarannya sahaja. Bukan yang boleh dilihat dengan mata sahaja. Bawah karpet kena bersih. Bawa tikar kena bersih. Bawah meja dan gerobok kena bersih. Semua tempat yang sulit mesti dibersihkan. Jangan biarkan sesawang berselirat. Kotoran debu dan sampah sarap jangan biarkan hinggap.

Setelah berumahtangga cubalah tidak mengharap kepada orang tua. Bebaskan diri dari menyusahkan mereka. Hilangkan kebergantungan kepada orang tua. Berani buat mesti berani tanggung. Lagipun bang. Ibu masih ada bapa. Tanggungjawabnya kepada bapa. Keperluannya masih perlu dijaga. Air tangannya masih menyedapkan selera bapa. Ayam dan itek terjerit-jerit minta dijaga. Tanah sekangkang kerana perlu dipelihara. Belajarlah mengurus isteri. Mengurus anak. Mengurus anak dan isteri. Lagipun ibu dan ayah perlu hidup bebas. Kerja berat itu telah lama ditinggalkannya. Mereka ingin bebas bergerak. Anak-anak yang lain perlukan perhatian juga. Sehari dua bolehlah. Tetapi jangan sampai dua bulan lamanya. Yang paling senang buat sendiri. Urus sendiri. Tiada dakwa dakwi.

Mudah-mudahan lahirlah kau penghubung rasa. Anak soleh idaman ibu bapa. Nanti besarnya mengasihi dan menjagamu. Dekat seperti di bawah ketiak ibunya dahulu. InsyaAllah.

Tuesday, June 21, 2011

Kembara Masa

Kembara sudah menjadi suatu kebiasaan kepada saya. Tugas rasmi DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung. Tugas rasmi. Paling banyak ialah memantau pelajar sedang menjalani praktikum mereka. Mereka ada di seluruh negara. Begitulah perjalanan hidup bak kata Kanang 'Agi idup, agi ngelaban'. Ada masanya terasa letih juga. Namun biasanya saya mengambil kesempatan untuk melihat-lihat. Semakin berusia perlu juga lebih kritis melihat tanda-tanda kebesaran Allah. Menikmatinya. Mengambil iktibar. Menjadi lebih peka.

Hidup ini kembara sebenarnya. Kita tahu ke arah mana destinasi kita. Tiada tempat lain melainkan akhirat. Namun semasa ada hayat ini kita kembara di muka bumi daulu. menikmati dunia dan alam di sekelilingnya. Sya biasa ke Ipoh, Alor Setar, Kuala Teregganu, Kuantan dan tempat-tempat lain. Perjalanan yang jauh itu tidak pernah menjemukan saya. Apabila letih saya berhenti. Mungkin makan dan minum, menunaikan tuntutan diri atau mungkin merehatkan badan. Ada masanya tidur juga menghilangkan mengantuk.

Tentu tidak ramai yang menikmati perjalanan yang jauh. Menjemukan. Itu juga yang dilihat. Nanti dulu. Cuba renung kembali. Apabila kita berhenti menggunakan jalan itu, apa ingatan kita sebenarnya. Kit amengembara mengikut masa dan tempat tetapi kit atidka merakamkannya untuk ingatan. Untuk iktibar. Untuk belajar dari semua yang melintas dalam pengalaman kita. Kita hanya lalu sepantas masa. Lupa untuk merakamkannya. Maka tiada apa-apa pengajaran yang kita simpan. Tiada yang dapat kita kongsikan. Tiada yang dapat kita wariskan. Bahawa suatu waktu kita berada di situ. Waktu itu. Suatu jajaran masa yang sepatutnya berbaris untuk dilihat semula.

Saya rakamkan mana yang boleh. Ada beberapa hal yang selalu menarik perhatian saya. Pertamanya nama tempat. Keduanya jarak dari sesuatu destinasi. Ketiganya binaan-binaan yang menangkap pemikiran saya. Keempatnya lanskap alam. Saya paparkan untuk perkongsian santapan hati.


Orang Pantai Timur pasti kenal jalan ini. Menuju ke Kuala Terenggaanu. Kosong waktu saya melaluinya.

Sebuah masjid. Pengembara pasti biasa berhenti untuk mengimarahkannya dengan solat.

Lagi sebuah masjid.
Saya sampai di Kuala Terengganu sewaktu hampir senja. Sudah berbalam tetapi masih jelas. Malam tidak pernah gelap mengejut. Masa beredar perlahan mengubah lanskap hari. Siang berganti malam. Berkejar-kejaran mengikut fitrahnya.

Rasanya di Marang. Tidak banyak rumah pangsa atau pangsapuri di Kuala Terengganu. Tanah masih banyak. Rakyatnya belum begitu ramai.

Menara sebuah masjid di kejauhan.

Masijid yang sama dari arah lain.

Kuala Terengganu. Aku datang lagi. Kali pertama kaki saya menjejak buminya pada awal Januari tahun 1969. Ditakdirkan saya berbesan dengan orang Terengganu.

Lampu sudah mula bergemerlapan. Malam semakin datang. Gelap menjelang.

Kuala Terengganu waktu senja.

Mula bermandi cahaya.

Di Kuala Terengganu waterfront yang sudah siap.

Mercu tanda di waterfront.

Waterfront yang sama.

Terlupa juga. Di mana ni?

Sebuah masjid.

Perubahan lanskap bandar Kuala Terangganu.
Masjid lagi.

Melalui Kampung Cina.


Luas dan damai di sini.

Pada waktu malam watrfront ini seeprti penuh sesak.
Pemandangan ke Seberang Takir atau ke Laut Cina Selatan boleh dilakukan di sini.



Pemandangan melepasi tembok waterfront.

Sebuah bangunan di hujung waterfront.

Bangunan di muara Sungai Terengganu.
Masjid Sultan Zainal Abidin. Cuba pandang betul-betul Seperti ada sentuhan Aya Sofia di Istanbul. Masjid Biru. 

Sebatang jalanraya.

Sebuah mercu tanda.

Selalu diperingatkan. Bila sudah ditakdirkan tidak dapat dielak lagi.

Saya tertarik melihat pintu pagar yang cantik ini.

Sebuah pintu gerbang di Kuala Terengganu.

Sebuah jalanraya.

Pintu gerbang yang lain.

Sebuah gerbang menuju ke sebuah masjid.

Jalan tidak sesibuk di Batu Pahat umpamanya.

Ramai orang kenal masjid ini di Marang. Rusila.

Kubah-kubah masjid semuanya berlainan.
Pohon nyior yang damai di tepi pantai.

Laut membiru  dilihat dari celah-celah pokok.

Pantai selalunya tenang dan damai.

Di Kuala Terengganu.


Perjalanan pulang.

Pemandangan biasa. Mencari rezeki. Mungkin lebih elok jika disusun. Ada tempat khas. Ada peraturan. Ada kawalan.

Di Kuala Terengganu.


Cantik juga jalan ini.


Pohon nyior hanya hidup sendiri. Tidak diganggunya pohon-pohon yang lain.

Perjalanan memanglah jauh.

Masjid di Dungun.
Masjid Tuan Haji Zainal Abidin.
Menara yang tinggi.

Kawasan minyak

Lambang minyak negara.

Begitulah gas dibakar supaya tidak membakar alam sekitarnya. Di mana-mana negara yang memiliki minyak, beginilah pemandangan.

Pelabuhan yang sinonim dengan minyak.

Pembakaran biasa.

Bila memandang binaan ini apa yang kita faham? Saya jadi takut. Mungkin orang memandangnya sebagai sesuatu yang biasa. Cuba renungkan. Saya biasa melihatnya di US dan Canada. Sekarang ia ada di sini. Di negara tercinta ini. Maksudnya ia suatu penjajahan. Yang dijajah ialah minda. Budaya. Ekonomi. Seluruh kehidupan kita dijajah dengan yang muluk-muluk ini. KFC. Pizza Hut. A&W. Kenny Rogers. Dan banyak lagi. Begitu juga Coca Cola. Pepsicola. Itu belum the world of make belief dari Hollywood. nama Hollywood jika diterjemahkan menggerunkan juga. Sama ada kayu suci atau hutan suci. Suci untuk siapa? Fikirkan.

Tenang di jalan sebegini. Damai dan santai.

Yang ramai orang kita. Yang berniaga belum tentu orang kita. Masih jauh minda kita ke arah itu. Kita mendapat ranting. Orang lain  mendapat balaknya.



Pemandangan di sebuah pantai. Pantai Kemasik.

Laut membiru. Terbentang luas. Mengufuk di kejauhan. Pantai di sana entah di mana.
Sesekali ada yang menikmati keindahan ciptaan Allah ini. Pantainya yang berpsir putih. Airnya yang menghempas tanpa henti. Pasang dan surut bersilih ganti. Pangtai itu tetap di situ.
Di sini ada makanan barangkali.

Suatu penenpatan baru. Pusat komersil.

Mungkin warna-warni ini melanskapi negara kita. Cetusan rasa yang berbagai.

Kuala sebuah sungai.

Masjid yang berbagai menara. Berpusat kepada kubah besar.

Syiar Islam yang sepatutnya dijunjung dan dipelihara ketinggiannya.
Sebuah masjid.

Sebuah masjid yang memercu di kejauhan.

Suatu senja.

Bila malam cahaya juga yang diperlukan.

Negara kita terlalu tidak bersih. Orang kita tidak tahu bagaimana hendak bersih. Payah hendak diajar. ia harus bermula dari rumah. Bukan sekolah. Yang perlu disekolahkan bukan anak-anaknya. Tetapi ibu dan bapanya. Dalam kursus praperkahwinan Islam ada satu slot tentang kebersihan dan cara mengurusnya.

Ramai yan tidak rasa bersalah. papan itu yang dilempar dengan sampah. Mempersenda nasih supaya bersih. Bayangkan jika negara kita ini terlalu kotor. Kita sebagai rakyat hanya layak digelar rakyat sampah.

g
Rancangan FELDA yang sangat banyak di Pahang.

Nama-nama yang selalu saay baca bila melaluinya.

Papan tanda ini di jambatan yang merentasi Sungai Segamat. Jika sungai di sini melimpah airnya pasti Muar dan Batu Pahat turut menerima kesan banjir.

Jambatan di Segamat ini tenggelam bila banjir.

Pada tahun 1967 saya ditempatkan di sekolah ini semasa mengikjuti kursus perguruan Regional Training Centre (RTC). Sekolah menengah ini masih ada lagi.
Tempat ini bernama Lam Lee. Banya ikan haruan di sini.

Masjid ini di Yong Peng.

Dari arah lain.

Menara sebuah masjid lain.

Laluan dari Yong Peng ke Segamat.

Mendekati Segamat.
Sudah di bandar Segamat.

Pagi itu sungai Muar di Segamat masih berkabus. Saya bertolak awal dari rumah.

Banyak tempat yang bernama Chin Chin. Yang ini di Segamat.



Nama tempat di Pahang.

Teringat lagu dengan tajuk yang sama nyanyian Syed Hamid (Tahun 50an). Dinyanyikan semula oleh A Halim  (Tahun 60an).

Pahang.

Pahang.
Pahang.

Pahang.

Pahang dan FELDAnya.

Jalan ini bukan sahaja sunyi. Berkabus pula. Sudah jarang saya menemui kabus seperti ini pada waktu pagi. Duni sudah semakin panas.

Tebal kabusnya.
Jika dalam filem Hollywood ini pasti cerita seram.

Seram.

Sampai di Chini matahari sudah memancar.

Suatu persimpangan.

Paloh Hinai saya temuai kali pertama dalam perjalanan saya ke Kota Bharu dengan keretapi pada tahun 1968.

banyaknya papan tanda yang saya temui.

Pohon-pohon hidup subur.

Tepi pantai. Batu Hitam. Blackstone. Basrah.

Luas. Lapang. Santai. Untuk pengembara yang keletihan dalam perjalanan.

Sedikit yang menjengahnya.

Lapang begitu pada kebanyakan masa.

Luas mata memandang.

Laut yang melaut luasnya.







Masih jauh lagi.
Kekuatan ekonomi kita. Kelapa sawit.
Di kanan kiri jalan.

Di Labis.



Pekan Labis.

Bangunan palin tinggi di Segamat.

 Simpang ke Muadzam di Segamat.



Kajian ini perlu dilakukan. Pokok ini pasti ada rahsianya. Terlalu lumrah kita melihatnya.
Sepanjang jalan.

Papan tanda di Muadzam

Di Pahang.

Paloh Hinai.

Simpang ke Pekan di Muadzam.

Jalan ke Terengganu.

Sungai Pahang.

Dari arah lain.




Di Gambang. Tiada mercu tanda. Batu jalan ini gantinya.


Di Kuantan.

Menuju ke Kuala Terengganu.

Di Semambu.

Masih jauh lagi.
Sudah di Kemaman.

Lebat hujannya.

Cerating.

Iklan besar.

Sebuah masjid. Saya kerap singgah.

Pintu gerbang ini pasti selalu menggamit rindu.

Kemaman.

Masih di kemaman.

Masjid besar.

Simpang lagi.

Lambang hidup mewah.

Dungun.

Berbalam masjid. Mendung.

Kemaman lagi.

Menara lagi.



Sebuah kawasan.

Masjid.





Menara di loji minyak.

Ada di mana-mana.

Ada yang hidup menyala.

Masjid yang ceria. 

Menghampiri Dungin.

Politeknik.

Menara di sebalik pokok.

Cantik masjid ini.

Lama hidup banyak dirasa. banyak berjalan luas apemandangan. Ini catatan perjalanan saya. Orang lain tentu ada catatannya sendiri.