Thursday, November 6, 2014

Bingkisan Dari Kaherah: Menjejak Sallahuddin al-Ayyubi




Masjid  al-Fagalah di Kota Sallahuddin. Menyerupai masjid Biru di Istanbul. di Turki




Nama yang sangat besar dalam sejarah Islam pada kurun yang ke 11 hingga 13. Setepatnya ketika berlakunya Perang Salib kerana menawan semula Al-Quds dari King Richard The Lion Heart. Kisah ini pernah penulis sentuh semasa penulis berada di Jordan pada tahun 2013 yang lalu. Nama Sallahuddin selalu diulang sebut dan diulang baca. Seorang pejuang yang membebaskan al-Quds setelah dijajah oleh orang Kristian selama kira-kira 200 tahun. Dua abad lamanya. Ketika itu pemerintah Islam sangat lemah. Tiada siapapun yang dapat merampas semula al-Quds dari tangan orang Kristian. Sallahuddin yang berasal dari Kurdistan membunyikan semboyan perang ke atas orang Kristian di al-Quds. Bertahun-tahun lamanya Sallahuddin bergerak membakar semangat juang pemuda-pemuda Islam. Dihimpunkan mereka yang hatinya untuk Allah. Al-Quds wajib dibebaskan.

Hilangnya al-Quds bukan sahaja maruah besar yang mencalar sejarah Islam malah kehadiran orang Kristian dan dalangnya orang Yahudi membawa bencana besar kepada umat Islam yang ada di Palestin. Dalam operasi untuk menawan al-Quds tentera Kristian melakukan kezaliman yang sukar difahami. Mereka membunuh askar Islam sebagai musuh. Tetapi pada masa yang sama mereka juga membunuh wanita, kanak-kanak dan warga emas tanpa belas kasihan. Salahuddin datang ke Palestin khususnya ke al-Quds membawa bersamanya akhlak Islamiyyah. Apabila al-Quds ditawan semula Sallahuddin tidak melakukan balas dendam terhadap orang Kristian yang ketika itu dipimpin oleh Richard The Lion Heart dari England. Mereka dibebaskan sebagai orang yang kalah. Senjata mereka dilucutkan. Tidak ada gangguan terhadap keluarga mereka. Mereka dibebaskan. Kembalilah mereka ke Eropah sebagai bangsa yang kalah. Agama dokongan mereka kalah.

Ingat kembali sejarah Islam. Orang Yahudi telah dikeluarkan dari Madinah al-Munawwarah. Mereka menjadi bangsa yang minoriti. Merempat ke seluruh alam. Tidak ada kekuatan sendiri. Mereka berhijrah ke negara-negara lain seperti Eropah, Amerika, Canada dan Australia. Tetapi sifat dendam mereka cuba dilunaskan beberapa kurun kemudian. Palestian yang dijadikan sasaran. Mereka ingin menguasai al-Quds sepenuhnya dengan bantuan Eropah dan Amerika serta sekutunya. Mereka nampak gagah sebab negara-negara kuat di belakang mereka. Secara bersendirian mereka tiada apa-apa. Ramai askar mereka sebenarnya pengecut belaka. Dengar bunya senjata api sudah cukup menggerunkan mereka. Hidup mereka dalam kebimbangan. Malangnya semangat Sallahuddin tidak wujud lagi di kalangan umat Islam. Sifat pemberani hilang dari jiwa kita semua. Kerana itu orang Yahudi bermaharajalela di bumi Palestin.

Sallahuddin yang berkubu di ‘Ijlun dan Karak di Jordan akhirnya dapat menawan al-Quds. ‘Ijlun di utara Laut Mati sementara Karak di Selatan Laut Mati. Terletak di dua buah gunung yang tinggi. Gerak geri tentera Kristian diperhati dari dua tempat tinggi ini. Sila baca siri Salam Dari Amman, Jordan untuk pencerahan ceritanya. Setelah itu Sallahuddin membina kotanya di sebuah pulau di Teluk Aqaba. Sebuah lagi kota dibina di Kaherah. Di sebuah bukit yang paling tinggi di Kaherah. Dari puncak bukit ini Sallahuddin mengawasi kawsan sekelilingnya dari ancaman musuh. Kota ini dipelihara dan dijadikan sebagai mercutanda kebangsaan atau National Monument.  Di akhir entry ini nanti dipaparkan imej rakaman di Kota Sallahuddin di Kaherah. Khususnya maasjid al-Fagalah.

Perlu diingat jasa besar tinggalan Sallahuddin di Mesir ialah tertubuhnya Universiti al-Azhar al-Syarif. Universiti ulung umat Islam dalam membangunkan agama Islam. Pelajarnya datang dari seluruh negara Islam dan bukan Islam. Darinya lahir mungkin jutaan sarjana Islam. Ilmuan Islam dalam berbagai bidang. Setelah berada di Kaherah barulah penulis dapat merasakan gahnya Universiti al-Azhar. Universiti hebat ini sedang melalui banyak transformasi sejak revolusi berlaku di Mesir. Semoga semangat Sallahuddin akan terus membara di sanubari pejuang-pejuang Islam hingg akhir zaman.

Masjid  Sallahuddin di lihat dari Masjid Sultan Rafai


Dari arah yang sama.

Bukit berhampiran kota Sallahuddin.


Di kawasan parkir


Masih di kawasan parkir. Sebelum masuk ke dalam kota.


Kota dan masjid. Lambang dan syiar Islam.


Jalan masuk ke arah kota


Kota yang masih utuh hingga kini


Antara pusat jualan cenderamata


Di sini juga terdapat Museum Tentera.


Bangunan di sekeliling kota


Betapa tersergamnya masjid ini


Laluan masuk yang luas 


Cantik menawan


Sisi kanan masjid. Kesenian zaman daulu.


Lorong yang luas untuk berlegar


Sisi kiri



Kesenian indah


Pintu keluar. Sama seninya dengan pintu masuk.


Ruangan dalaman yang luas dengan lampu berbagai bentuk


Lihatlah seninya pada kubah masjid


Tidak puas mendongak. Tinggi, luas dan memberikan gambaran kekerdilan manusia yang berada di dalamnya


Lampu gantung yang berat dan besar



Ruang utama imam. Terdapat mimbar sederhana dan mimbar kecil.



Mimbar utama yang tinggi, besar dan penuh dengan seni.



Mimbar kecil yang tidak kurang seninya



Mimbar sederhana ini juga besar dan tinggi sebenarnya. Penuh berukir.



Di belakang penulis ialah mihrab dan mimbar



Sayangnya masjid ini sudah jadi seperti museum. Pengunjung ramai yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Pelancong asing dibiarkan dengan pakaian mereka.



Mimbar lama berwarna hijau.


.
Cantik lampu yang dipasang membundar



Terlihat kehebatan kesenian Islam.


Tembok di sisi kanan masjid.

Di hujung tembok kelihatan sebahagian dari Bandaraya Lama Kaherah


Kota ini dikelilingi bandaraya Kaherah


Taman di kawasan masjid


Bandaraya Kaherah dari arah yang lain


Kelihatan sebahagian dari istana yang sudah ditinggalkan


Di kawasan masjid


Dari sudut yang lain



Dari arah kanan masjid


Cintaku di sini


 Lagi Bandaraya Kaherah dilihat dari kota Salahuddin



Sebuah jalanraya dilihat dari puncak kota.


Pengunjung berlegar di sekeliling kota


Seni tamannya



Serumpun pisang di kawasan masjid. Terasa seperti di Malaysia



Mula meninggalkan masjid


 Diabadikan di sini


Sebuah lukisan tembaga 


Perjalanan keluar

Tuesday, November 4, 2014

Bingkisan Dari Kaherah: Melayu Layu Di Sekolah Berasrama



Telah banyak kali viral di facebook mengenai keganasan anak-anak Melayu di sekolah berasrama. Di sekolah berasrama penuh atau di asrama harian. Anak Melayu membantai sesama anak Melayu. Ramai yang memerhati. Mereka tumpang memberanikan diri turut memukul atau hanya memandang dari jauh tanpa berbuat apa-apa. Kegilaan ini berlaku sama ada pelajar lelaki atau pelajar perempuan. Akhlak buruk yang sukar dibeza antara jantina.  Dalam setiap video yang terpapar akan kelihatan watak-watak:

1                   Mangsa yang hanya menahan sakit. Tidak melawan. Tidak melarikan diri. Seolah-olah mereka menjadi mangsa yang rela paksa.
2                   Jurupukul utama dan jurupukul pembantu.
3                   Penonton yang aktif dengan bersorak dan tumpang memaki hamun.
4                   Jurukamera.
5                   Penonton yang menjadi pak pacak.
6                   Pelajar lain yang tidak ambil peduli. Anggap sahaja urusan orang lain.

Pembantaian ke atas mangsa dilakukan dengan:

1                   Penumbuk bertubi-tubi.
2                   Lempang.
3                   Tampar.
4                   Menggunakan lutut.
5                   Menarik rambut.
6                   Menghumban mangsa ke lantai.
7                   Menghentak kepala mangsa ke tembok konkrit.
8                   Terajang.
9                   Pijak.
10              Ada yang memukul dengan kayu.
11              Menarik baju.
12              Sepak di kepala dan badan.


Di mana autoriti?

1                   Pengetua.
2                   Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
3                   Ketua waden.
4                   Waden blok.
5                   Pengawal.
6                   Ketua pelajar.
7                   Ketua blok.
8                   Ketua aras.
9                   Ketua dorm.

Di mana ibu dan bapa ketika ini. Penulis pernah menyiarkan artikel mengenai keselamatan anak-anak di sekolah. Pada pengamatan penulis tiada siapa yang dapat menjaga keselamatan anak-anak di sekolah kecuali pelajar dan dirinya sendiri.

Sensitiviti guru dengan menggunakan pengamatan dan deria rasa seorang pendidik yang mewakili ibu dan bapa serta masyarakat. Juga mewakili generasi bangsanya. Tentulah kelihatan beberapa simtom ke atas pelajar yang menjadi mangsa:

1                   Tanda lebam, calar, luka atau sakit pada anggota mereka.
2                   Pergerakan yang tidak cergas kerana menahan sakit.
3                   Lesu kerana sakit yang amat sangat.
4                   Pendiam.
5                   Murung.
6                   Mudah terkejut bila terdengar suara yang kuat atau jika disentuh.
7                   Mata meliar melihat pergerakan pelajar senior.

Kasihan kepada ibu dan bapa yang anaknya menjadi mangsa:

1                   Berharap sangat anaknya selamat.
2                   Anaknya berada bersama anak-anak yang soleh dan solehah.
3                   Anak-anak yang bantu-membantu.
4                   Anaknya bahagia untuk menjadi warganegara yang bermanfaat.

Kita harus bertanya semula. Masih wajarkah sekolah berasrama walau bagaimana bentuknya sekalipun. Pemerhatian penulis menunjukkan bahawa:

1                   Anak-anak Melayu hilang arah .
2                   Ibu dan bapa bukan lagi tempat bergantung.
3                   Guru bukan lagi tempat harapan.
4                   Autoriti sekolah bukan lagi pembela.

Ianya menjadi menifestasi rupa bentuk masyarakat Melayu Islam akhir zaman:

1                   Ganas.
2                   Mahu hidup sendiri.
3                   Naik dengan membantai orang lain.
4                   Menunjukkan kekuatan yang tiada makna, tiada faedah, tiada masa hadapan.
5                   Hilang kebijaksanaan sebagai bakal umat masa hadapan.

Malangnya ia berlaku kepada anak-anak Melayu sahaja. Ragging atau pembantaian di asrama hanya satu titik kecil masalah remaja Melayu-Islam. Senarainya panjang.

1                   Rempit.
2                   Ragut.
3                   Berhibur keterlaluan.
4                   Lari dari agama.
5                   Melawan ibu dan bapa.
6                   Lari dari rumah.
7                   Ketagihan dadah dan arak.
8                   Seks bebas.
9                   Pergaulan bebas.


Ke mana kita selepas ini. Di mana haluan dan di mana kemudi. Siapa di haluan dan siapa nakhoda. Apakah bahtera merdeka yang kita bawa pulang dari penjajah  sudah banyak bocornya. Bersediakah kita untuk tenggelam bersama kedaifan cara kita berfikir.

1                   Tidak berfikir panjang.
2                   Tidak memikirkan masa hadapan diri, bangsa dan negaranya.
3                   Yang kuat menunjukkan kekuatannya ke atas yang lemah.
4                   Yang lemah tidak boleh bersuara. Hanya mampu menahan derita tanpa pembelaan yang wajar.
5                   Pemikiran menjadi tepu. Minda digunakan di bawah paras waras.
6                   Orang dewasa sibuk dengan dunianya. Materialism. Pangkat dan kerjaya. Status sosial.

Di mana agama dan agamawan?

1                   Peranan ulamak sudah agak lama dibunuh sama ada perlahan-lahan atau secara sewenang-      wenangnya. Mereka dikatakan pandai buat fatwa sendiri. Memutarbelitkan al-Quran dan            hadith.
2                   Al-Quran dikesampingkan. Tidak dirujuk dalam urusan. Hadith pula tidak digunakan kerana diangap usang. Obselete.
3                   Al-Quran dianggap mencakup segala-galanya sehingga tidak perlu merujuk kepada Hadith.     Malangnya al-Quran tidak diberi keutamaan. Hadith dikesampingkan. Ulamak disisih. Roh al-         Quran dicabut mengikut nafsu.
4                   Amalan agama hanya yang berbentuk ritual. Akidah selalu dipersoal. Akhlak selalu terpisah.   Dunia dan akhirat dijauhkan.
5                   Mereka yang pintar tidak dirujuk sewajarnya. Yang alim tidak juga dirujuk.
6                   Yang pintar tidak memimpin. Tidak menjadi imam. Tidak menjadi ketua. Malah kadang-        kadang dianggap tidak layak memegang apa-apa jawatan.

Kita sudah terlalu jauh sesatnya dalam mengendali diri. Perlu rawatan jangka panjang dan rawatan jangka pendek.

1                   Kembali kepada al-Quran dan hadith.
2                   Kembali kepada mengamalkan ajaran Islam.
3                   Pendidikan agama yang segerak dan berintegrasi.
4                   Orang dewasa yang menjadi pendidik, pemimpin yang Islamik, mentor yang taatkan perintah   agama.
5                   Penghakisan semua gejala maksiat khususnya oleh autoriti negara dan autoriti setempat.

Tidak ada penyelesaian segera. Ianya perlu diurut dari masalah yang besar hinggalah kepada masalah yang sekecil-kecilnya.

1                   Semua pemimpin di semua peringkat menjalankan peranan masing-masing. Akauntibiliti    hingga ke akhirat.
2                   Pendidikan agama Islam diperkukuhkan. Diberi nafas baru. Diberi keutamaan sebagai wadah   untuk membentuk masyarakat baru Islam yang patuh agama dan pada masa yang sama                       mencegah kemungkaran.

Tanda-tanda kiamat kecil sudah habis Allah perlihatkan kepada kita. Tanda-tanda kiamat besar semakin banyak satu persatu. Apabila matahari timbul dari Barat nanti semuanya sudah menjadi terlambat. Marilah kita berusaha sebaiknya mengubah ke arah yang lebih diredhai Allah. Sebelum semuanya menjadi sangat menakutkan.

Isu terakhir:


Tutup sekolah berasrama secara berperingkat-peringkat. Kembalikan tanggungjawab mengurus anak kepada ibu dan bapa. Bukan kepada guru. Bukan kepada autoriti. Tanda-tanda yang ada menunjukkan kita gagal membina rupa bangsa melalui sekolah berasrama. Yang berjaya kecil nisbahnya berbanding dengan yang kaki pukul. Menjadi antoganis dalam masyarakatnya. Menjadi musuh kepada semua orang. Warganegara berketerampilan seperti yang dihasratkan Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Negara tidak terjangkau usaha.