Thursday, July 11, 2013

Salam Dari Amman Jordan: Petra, Kali Kedua Yang Tetap Indah




Kali pertama ke Petra terasa terlalu singkat masanya. Tidak puas menatap keindahannya. Tidak sempat meneroka banyak antara tinggalan sejarahnya. Kawasannya yang luas itu menuntut suatu perencanaan waktu untuk benar-benar dapat melihat dari dekat. Setelah beberapa bulan berlalu kesempatan kali kedua menyusul. Kali ini saya redah secepat pantas untuk melihat lebih dekat tinggalan sejarah kaum Anbat yang begitu mengkagumkan. Di kota purba Petra terlalu banyak yang dapat disaksikan. Menyaksikan hasil tangan dan kreativiti kaum terdahulu yang dapat membina suatu tamadun besar tetapi sayangnya hilang dek zaman. Kaumnya pupus. Sejatrahnya sahaja ditinggalkan. Menjadi lapuk kerana ada yang lebih baik. Di serata dunia kita masih menyaksikan tinggalan kaum Mayan di Mexico, Kaum Aztec di Peru, Firaun di Mesir, Pakistan, Cina, India, Iraq dan berbagai tempat lain. Jika kita katakan kita sangat maju dan bertamadun, sesungguhnya bangsa-bangsa terdahulu sangat menyerlah tamadun yang mereka tinggalkan. Sejarah mereka kekal berabad-abad lamanya. Dikaji dengan rasa kagum. Ditatap dengan asyik. Teknologi mereka menyerap dengan alam di persekitaran mereka. Mereka tidak merosakkan ekologi. Malah kadang-kadang menambahbaik persekitaran yang ada.

Al-Khiznah masih yang terhebat di Petra. Tinggi, agam, besar, kukuh dan menjadi lambang kehebatan binaan kaum Anbat. Namun begitu di sebalik gunung tempat letaknya al-Khiznah,  terdapat banyak lagi binaan yang mengkagumkan. Dibuat dengan teknologi yang kita katakan sebagai primitif. Namun berkesan dalam membina tamadun yang sejarahnya berkekalan hingga sekarang. Dianggap sebagai keajaiban dunia yang ke-8 kerana keindahannya yang tiada tolok bandingnya.  Kira-kira perjalanan sepanjang dua kilometer dari al-Khiznah di kanan dan kirinya terdapat binaan dan asalnya mungkin gua-gua kecil. Gua-gua itu dibesarkan dengan menarah bahagian atas dan dindingnya. Ada yang menjadi tempat pemujaan. Ada yang menjadi rumah besar. Ada rumah kecil. Ada yang seolah-oleh kedai. Antara gua-gua itu ada yang tinggi di pertengahan gunung. Ada yang hampir dengan puncak gunung. Berderet-deret memanjang. Dari jauh seolah-olahnya rumah-rumah yang mempunyai pintu besar dan tingkap di kanan dan kiri pintu itu. Betul-betul seperti rumah.

Antara yang tidak terlepas dari pandangan mata ialah adanya adunan warna di setiap gua yang ada. Adunan warna merah kemerah-merahan, kuning-kekuningan dan biru-kebiruan. Kadang-kadang apabila dilihat dengan mata kasar warna-warna itu agak kelam. Kamera lebih cerah merakamkannya. Lebih menyerlahkan warna aslinya yang memang begitu sejak dari dahulu lagi. Rasanya kaum Anbat hidup dalam syurga dunia mereka ketika zaman kegemilangan mereka dahulu. Panaroma yang indah dari rumah mereka yang tinggi di atas gunung. Warna warni rumah mereka dan persekitaran mereka. Kepesatan ekonomi dan kesibukan di sekitar bandar purba itu tentu membuatkan bahawa kehidupan di situ sangat membahagiakan. Kita yang datang hanya mungkin sekali seumur hidup sudah dapat membayangkan indahnya hidup di situ. Sebenarnya gua-gua yang ada dicantikkan dengan kemas. Bekas tarahan pada siling dan dindingnya masih dapat dilihat dengan jelas. Ada di sebahagian gua-gua itu digali mungkin kolam-kolam air untuk kegunaan mereka. Cuma saya tidak dapat hendak membayangkan  bagaimana mereka menjalani kehidupan pada musim sejuk. Di kawasan pergunungan sebegitu, sejuknya mungkin melampau-lampau. Salji pula banyak menyaluti puncak-puncak gunung di sekeliling kehidupan mereka. Sama ada mereka berpakaian tebal atau menghidupkan diang atau api sepanjang musim sejuk untuk memanaskan diri mereka.

Di hujung kawasan bandar Petra tersebut terdapat dataran yang merangkumi pancutan mataair besar, kawasan pemujaan,  biara-biara dan bangunan-bangunan lain yang besar dan menakjubkan. Seperti pernah saya katakan ada keserupaan binaan Roman dan binaan kaum Anbat. Tiang-tiang yang hampir sama. Binaan yang hampir sama. Pengkaji sejarah mengatakan sebenarnya hasil senibina kaum Anbat berbeza dengan senibina Roman. Mata kasar saya tidak dapat membuat perbezaan itu. Mereka yang arif sahaja yang dapat melakukannya. Sebab itu ilmu adalah perlu untuk membezakan sesuatu. Untuk mengenal sesuatu. Untuk mengenal yang hak. Untuk menolak yang batil. Tanpa ilmu kita menjadi orang biasa yang tidak tahu membezakan walaupun perbezaannya terlalu ketara. Kesemuanya sama pada mata kita. Memang banyak persamaan dari segi fizikal hasil senibina kaum Anbat dengan senibina orang Roman tetapi perinciannya berbeza. Orang dahulu membina motif yang khusus untuk tamadun mereka. Untuk tuhan pujaan mereka. Untuk bangsa mereka. Maka antara berbagai bangsa ada motif-motif senibina yang berbeza. Mereka yang menkaji dengan mendalam dapat mengenalpasti semua perbezaan itu. Bukan kita.

Di satu kawasan pemujaan saya melihat cara mereka membina tiang-tiang berbeza dengan cara orang Yunani atau orang Roman. Orang Yunani dan Roman membina tiang-tiang yang tinggi secara sebatang-sebatang. Maknanya batu besar dan panjang ditarah dan diukir sebagai tiang. Diangkut dan ditegakkan untuk menjadi tiang bangunan atau tiang-tiang ukiran di sepanjang laluan kenderaan atau pejalan kaki. Sebaliknya kaum Anbat membina tiang dengan cara yang berbeza. Batu dipotong setual-setual. Dibulatkan. Kemudian disusun bertingkat-tingkat setinggi yang diperlukan. Jika tinggi banyaklah susunannya. Jika rendah kuranglah susunan batunya. Walau bagaimanapun batu-batu yang bulat itu sama saiznya. Sama lingkarannya. Sama tingginya setiap satunya. Dilihat dari jauh seperti tiang-tiang itu sebenarnya sebatang. Bukan susunan banyak bulatan batu. Sesungguhnya kaum Anbat membina tamadun yang berbeza pada zamannya. Jika ada persamaan dengan senibina Yunani atau Roman barangkali kerana pertembungan budaya antara mereka. Pada zaman itu mereka bertemu dan berniaga antara mereka. Berperang antara mereka.


Terdapat kawasan lapang di bahagian hujung bandar purba Petra. Dikatakan di situ dahulu banyak ladang pertanian untuk menampung keperluan makanan mereka. Petra pernah dikepung oleh tentera Roman beberapa ketika. Mereka tidak takut kerana mereka cukup makanan. Mereka menanam sendiri mekanan. Mereka tidak perlu makanan dari luar. Tidak perlu mengimport. Sebab itu sumber makanan sebaiknya diusahakan sendiri. Jika kaum Anbat mengimport bahan makanan tentulah kepungan tentera Roman hanya perlu beberapa hari sahaja. Pastinya kaum Anbat menyerah diri kerana kehabisan bekalan makanan. Kita yang hidup pada zaman ini perlu memikirkan iktibar dari zaman dahulu kala ini. Belajar dari kekuatan orang dahulu. Belajar dari kelemahan orang dahulu. Orang enggan belajar sejarah kerana dikatakan semuanya sudah berlalu. Tetapi sejarah mengajar kita untuk tidak melakukan kesilapan orang terdahulu. Untuk tidak mengulangi kejahilan mereka. Atau meniru kedegilan mereka. Sejarah mengajar kita untuk lebih berhati-hati merencanakan masa hadapan bangsa dan negara dengan izin Allah. Jangan terlalu percaya kepada diri sendiri tanpa pertolongan Allah. Tanpa izinNya tiada apapun yang kita dapat sebenarnya. Hidup kita dalam naungan Allah. Sebagai manusia biasa kita tidak memiliki apa-apa keistimewaan. Allah Maha segala-galaNya. 

Di bawah ini saya paparkan galeri paparan gambar yang sangat mengkagumkan. Sukar menceritakannya. Mudah-mudahan dengan memandang gambar-gambar tersebuat pembaca dapat membuat tafsiran yang tersendiri. 

Padang pasir yang luas dan panas

Melaut


Batu hitam itu adalah batu gunung berapi.

Jalan menuju ke Petra

Boleh tahan bengkang bengkoknya

Jalanraya tenggelam timbul di celah-celah gunung

Sudah hampir

Membelok ke bandar Wadi Musa

Ahlan wasahlan

Di celah gunung itulah Petra

Bentuk gunung yang signifikan

Banjaranya mengalun

Wadi Musa

Intaian dari atas bangunan

Gamitan sebuah tamadun

Wadi Musa membesar kerana pelancongan

Hotel dan bangunan komersil

Dari jauh

Bagi yang kali pertama, bermulalah perjalanan sejarah ke dunia yang hilang

Di pintu masuk lorong

Ribuan tahun lamanya

Sejarah lama

Memanjang zaman 

Musim bunga


Hampir ke pintu lorong


Sekilas pandang buah rambutan. Rambutny alembut. Dedaunny alain. Saya tidak cub auntuk mengupasnya.

Cerita lorong panjang

Permulaan lorong

Pokok boleh hidup di celah batu

Bungkah batu seperti kepala lutut

Dari jauh

Yang ini seperti kepala ular

Caeita kecantikan batu

Ciptaan Allah

Rekacipta

Alur dan coretan warna alam

Merah beralun

Yang sama dalam mod lain

Perparit aliran air yang dipahat pada batu

Tanda dipahat

Kali kedua menjengah al-Khiznah. Bermulanya Petra.


Di luar al-Khiznah

Gua-gua yang dihuni pada suatu masa dahulu


Cantik. Warna merah.


Dalam gua kediaman

Warna di mana-mana

Warna

Warna

Warna

Ukiran dinding 

Mudarraj (amphithetre)

Ukiran dan gua

Mudarraj

Rumah gunung

Rumah ini di lereng gunung

Warnanya memukau

Binaan ini agak besar

Barisan rumah

Mengkagumkan

Kanan dan kiri kawasan ini penuh dengan rumah

Dari sudut lain

Di mana-mana ada rumah

Dari jauh

Di puncak gunung

Jauh di bahagian belakang

Suatu ketika dahulu ini adalah pancutan air

Ke kawasan pemujaan


Serpihan batu sebagai bukti ianya pernah wujud. Setiap satunya adalah artifak yang tinggi nilai sejarahnya.

Ke kawsan pemujaan

Rumah pemujaan

Lorong pejalan kaki


Jalan yang bersusun batu 

Kawasan pemujaan

Rumah pemujaan

Binaan yang ditinggalkan

Tiang di belakang saya sebenarnya susunan batu bulat yang bercantum



Ini adalah antara batu-batu yang boleh disusun untuk menjadi tiang

Cantik apabila telah dibangunkan

Banguna atas bukit

Dari celah daun dan bunga

Jalan menghala ke hadapan

Bangunan lain

Dalam sebuah gua




Cantiknya warna

Sebuah rumah pemujaan

Pemandangan di luar

Dari atas gunung

Rumah di celah-celah gunung

Cantiknya

Gua besar


Warna di siling

Titi menghubung antara gunung

Adui


Rumah besar. Ada tingkap dan tingkat atas.

Dalam gua




Tangga naik dan turun 















Gua yang paling besar. Terdapat kira-kira 15 ruang.




Awan larat

Bekas pahatan



Gabungan warna

Seperti dibancuh








Tempat duduk di mudarraj dipahat dari lereng gunung.


Kedai cenderamata. Banyak cerita romantik. Gadis-gadis Barat yang berkahwin dengan pemuda Badwi. Memeluk Islam. Kekal di Petra.


Khazanah ukiran

Dengan melihat kuda dan manusia dapat dibayangkan besar dan tingginya ukiran pada gunung



Rakaman ini menunjukkan seolah-olahnya susunan batu bata yang cantik berwarna warni.



Ganbar ini dan yang berikut adalah ukiran pada tiang al-Khiznah




Di atas pintu besar al-Khiznah





Unta dan tuannya. Menunggu pelanggan.

Pokok yang hidup pada batu.

Elok tiada gangguan

Bebas hidup sendiri

Bonggolnya besar

Menguasai suasana

Kecantikan yang tidak terkira




Keadaan batu di luar kawasan Petra

Salam Dari Amman Jordan: Ashab al-Kahfi Sebagai Petunjuk Kuasa Allah

Sejarah iman dari al-Quran. Kisah Ashab al-Kahfi yang Allah rakamkan dalam Surah al-Kahfi.


Laluan ke Ashab al-Kahfi


Kawasan berhampiran


Masjid baru berhampiran gua


Dari arah masjid


Batu tanda



Di luar gua


Di perkarangan gua


Pintu gua


Berhampiran pintu gua


Bekas masjid kedua yang dibina oleh Sallahuddin al-Ayyubi


Di sebelah atas gua


Panorama gua


Di kawasan sebelah atas


Bekas tapak masjid


Dari atas gua


Tiang-tiang masjid


Kawasan lapang di luar gua


Pohon zaitun yang subur di luar gua



Arah ke pintu gua


Arah yang sama

Pintu kayu yang kukuh. Dibuka secara berjadual. palancong memang tidak putus-putus.


Ukiran di luar gua


Ukiran yang lain


Ukiran juga



Merenung jauh zaman yang berlalu


Dua orang peserta dari Malaysia



Lubang cahaya yang Allah tidak pancarkan ke atas sahabat gua selama 300 + 9 tahun 


Batu peringatan gua



Antara artifak yang masih ada



Juga yang dipamerkan


Pemandangan dalam gua


Di hadapan lubang yang memancarkan cahaya ke dalam gua


Empat kubur di kanan gua


Tiga kubur di kiri gua


Ukiran di bahagian dalam gua


Ukiran lain


Struktur di pintu masuk ke gua



Pohon kurma di persekitaran gua


Bunga kertas yang subur di sini. Jenisnya sahaja tidak banyak.


Rakaman sejarah banyak dalam al-Quran. Kesemuanya bahan renungan dan iktibar tentang kehebatan iman manusia terdahulu. Mereka mendapat maghfirah Allah. Diselamatkan dari bencana kezaliman zaman mereka. Allah berfirman di dalam al-Quran:

Maksudnya: Dan mereka tinggal di dalam gua mereka selama tiga ratus tahun dan tambah sembilan (tahun Qamariah). Al-Kahfi 18:25.

Ini adalah kisah beberapa orang pemuda yang sangat kuat imannya. Mereka lari dari raja yang zalim yang memaksa mereka menganut agama raja mereka. Kisah ini didakwa berlaku di beberapa tempat seperti di Turki, Jordan dan beberapa tempat lain. Kajian menunjukkan bahawa kahfi (gua) yang terdapat di Amman, Jordan menepati seperti yang Allah rakamkan di dalam al-Quran. Kedudukan gua, lubang di atas gua dan luas gua bersesuaian dengan yang Allah firmankan. Kali pertama menyaksikan sendiri gua itu memberi petunjuk tentang Maha KuasaNya Allah menghidup, mematikan (tidur), menghidup, mematikan dan menghidupkan semula pada hari qiamat nanti. Pemuda-pemuada bersahabat itu ditidurkan selama 300 tahun Masehi bersamaan 309 tahun Qamari/Hijrah. Angka 300 tahun mungkin mengelirukan kita kerana kita sudah terlalu terikat dengan tahun Masehi. Tahun yang berdasarkan kitaran matahari. Ramai antara kita yang melupakan besarnya hikmah tahun Qamari. Secara matematiknya bolehlah kita rumuskan seperti berikut:

300 tahun (Masehi) X 365 hari              = 109,500 hari
309 tahun (Qamari) X 354 hari              = 109,386 hari 
Perbezaannya beberapa hari sahaja                  114 hari

Matematik adalah satu aspek yang lain. Tetapi yang lebih besar ialah aspek iman. Kita  wajib menyakini hari akhirat. Apabila kita dimatikan kita akan dihidupkan semula pada hari qiamat nanti. Mereka yang tidak beriman dengan hari qiamat tentu sukar ditunjukkan bukti. Sahabat al-hakfi adalah antara bukti kekuasaan Allah untuk menghidup dan mematikan. Tidak ada bilangan yang perlu dibincangkan mengenai beberapa orang sahabat kahfi itu. Ada yang mengatakan tiga dan seekor anjing yang dinamakan Qitmir. Ada lima dan seekor anjing dan ada tujuh bersama seekor anjing. Dalam konteks ini bilangan tidak penting. Yang perlu diambil ingatan ialah konsep iman yang Allah tentukan. Maha Kuasa Allah menghidup dan mematikan. Maha Kuasa Allah menghidupkan kit asemua pada hari qiamat nanti. Kepada Allah kesemuanya hanya dengan kun fayakun sahaja. Pemuda-pemuda itu tidur selama 309 tahun Qamariah. Selama beratus-ratus tahun itu mereka tidak terkena cahaya matahari yang masuk menerusi sebuah lubang di atas gua itu.

Mungkinkah selama beratus tahun mereka tidak terkena cahaya matahari. KuasaAllah yang menyebabkan mereka tidak terkena cahaya matahari. Apabila matahari terbit Allah balikkan mereka ke sebelah matahari terbit hingga mereka terlindung dari cahaya matahari pagi. Apabila matahari condong ke barat, Allah balikkan mereka ke arah matahari terbenam hingga mereka tidak terkena cahaya matahari. Begitulah yang terjadi selama 309 tahun. Selama itu juga mereka tidak mati. Darah mereka tetap mengalir. Nafas mereka tetap dihela. Sel-sel kulit mereka tetap berganti. Tanda yang mati dihidupkan setiap masa. Nyawa mereka berpanjangan selama 309 tahun Qamariah. Selama itu anjing mereka setia menjaga pintu gua. Kekal dalam keadaan berteleku anjing. Tulang temulang anjing itu kekal diabadikan di dalam gua itu hingga sekarang.
Pada saat yang Allah tentukan mereka terkena sinaran cahaya matahari. Lalu terjagalah mereka. Masing-masing tidak tahu berapa lama mereka tertidur. Pada perkiraan mereka hanya beberapa jam atau setengah hari sahaja. Kerana perut mereka berasa lapar maka ada yang disuruh membeli makanan menggunakan wang perak yang ada pada mereka. Tentulah pekedai berasa hairan kerana wang itu sudha tidak digunakan lagi. Sudah ditawakufkan penggunaannya dalam masa 309 tahun Qamariah itu. Banyaklah pertanyaan pekedai dan orang-orang yang berada di kawasan kedai itu. Dari mana pemuda itu mendapat wang perak lama tersebut. Jika kita dalam keadaan pemuda kahfi tersebut tentu kita juga terpinga-pinga dengan keadaan. Dipendekkan cerita rupanya kisah pelarian mereka dari raja yang zalim dahulu selalu dipanjang-panjangkan riwayatnya dari satu generasi ke satu generasi selepasnya. Terdapat keselarian cerita tersebut dengan bukti yang Allah wujudkan di hadapan generasi selepasnya.

Sejarah yang berkaitan adalah zaman Rom bertapak di bumi Syam. Kota Roman yang paling hampir ialah di Jabal Hussein, di tengah kota Amman. Kota yang sama tempat kerajaan Ma’awiyah pernah bertapak selepas kejatuhan Rom. Gua tempat pemuda-pemuda itu tidur kira-kira 30 minit perjalanan dari Jabal Hussein. Maknanya mereka lari dari kerajaan Rom yang zalim kepada penganut yagama yang lain dari agama mereka. Pemuda-pemuda beriman itu Allah sembunyikan selama 309 tahun Qamariah untuk menjadi iktibar bahawa mereka yang beriman sentiasa mendapat mengfirah dan perlindungan Allah. Allah berfirman bahawa di atas gua itu .akan didirikan sebuah masjid. Benar, kerajaan Islam ketika pemuda-pemuda itu terjag amem bina masjid yang dimaksudkan. Masjid itu kemudiannya rosak. Sallahuddin al-Ayyubi kemudiannya membina semula masjid yang baru pada kurun ke-13 Masehi. Masjid itu juga sudah rosak dan hanya tinggl bekas tiang-tiangnya sahaja. Kerajaan Jordan membina sebuah masjid besar berhampiran gua yang berkenaan. Lebih luas dan lebih selesa.

Tanda-tanda kebesaran Allah begitu banyak di bumi Syam. Yang saya lihat setakat di Jordan. Banyak lagi di Syria, Lebonan dan Palestin. Hakikat suatu masa dahulu memang Rom sangat gagah, besar empayarnya dan kuat. Kota-kota besar tinggalan mereka merentasi bumi Syam. Walaupun kota-kota itu telah musnah kerana gempa bumi pada kurun yang ke-7 dahulu, bekas dan puing-puingnya masih dilihat gagah. Mereka memiliki teknologi yang bertaraf tinggi dari segi kejuruteraan pembinaan. Batu- batu keras yang diperhalusi secara memanjang. Diangkut dari tempat lain. Didirikan tegak. Disejajarkan mengikut rekabentuk yang dikehendaki. Dibina ruang, arena, binaan-binaan lain dan tiang-tiang simbul kegagahan mereka. Terbangunkan sebuah negara kota yang besar dan mengusai persekitarannya. Kesemua kota berada di tempat yang tinggi. Di atas gunung atau rabung bukit yang secara semula jadinya menjadi tembok keselamatan yang menghalang ancaman dari luar. Dari negara kota itulah sejarah Rom dicatatkan kebesarannya. Kotanya sahaja sudah cukup mengkagumkan. Persejarahan mereka tentu sahaja mengkagumkan kerana mereka membina tamadun yang masih dikagumi hingga sekarang.