Sejarah iman dari al-Quran. Kisah Ashab al-Kahfi yang Allah rakamkan dalam Surah al-Kahfi.
Laluan ke Ashab al-Kahfi
Kawasan berhampiran
Masjid baru berhampiran gua
Dari arah masjid
Batu tanda
Di luar gua
Di perkarangan gua
Pintu gua
Berhampiran pintu gua
Bekas masjid kedua yang dibina oleh Sallahuddin al-Ayyubi
Di sebelah atas gua
Panorama gua
Di kawasan sebelah atas
Bekas tapak masjid
Dari atas gua
Tiang-tiang masjid
Kawasan lapang di luar gua
Pohon zaitun yang subur di luar gua
Arah ke pintu gua
Arah yang sama
Pintu kayu yang kukuh. Dibuka secara berjadual. palancong memang tidak putus-putus.
Ukiran di luar gua
Ukiran yang lain
Ukiran juga
Merenung jauh zaman yang berlalu
Dua orang peserta dari Malaysia
Lubang cahaya yang Allah tidak pancarkan ke atas sahabat gua selama 300 + 9 tahun
Batu peringatan gua
Antara artifak yang masih ada
Juga yang dipamerkan
Pemandangan dalam gua
Di hadapan lubang yang memancarkan cahaya ke dalam gua
Empat kubur di kanan gua
Tiga kubur di kiri gua
Ukiran di bahagian dalam gua
Ukiran lain
Struktur di pintu masuk ke gua
Pohon kurma di persekitaran gua
Bunga kertas yang subur di sini. Jenisnya sahaja tidak banyak.
Rakaman sejarah banyak dalam al-Quran. Kesemuanya bahan renungan dan iktibar tentang kehebatan iman manusia terdahulu. Mereka mendapat maghfirah Allah. Diselamatkan dari bencana kezaliman zaman mereka. Allah berfirman di
dalam al-Quran:
Maksudnya: Dan mereka tinggal di
dalam gua mereka selama tiga ratus tahun dan tambah sembilan (tahun Qamariah).
Al-Kahfi 18:25.
Ini adalah kisah
beberapa orang pemuda yang sangat kuat imannya. Mereka lari dari raja yang
zalim yang memaksa mereka menganut agama raja mereka. Kisah ini didakwa berlaku
di beberapa tempat seperti di Turki, Jordan dan beberapa tempat lain. Kajian
menunjukkan bahawa kahfi (gua) yang terdapat di Amman, Jordan menepati seperti
yang Allah rakamkan di dalam al-Quran. Kedudukan gua, lubang di atas gua dan
luas gua bersesuaian dengan yang Allah firmankan. Kali pertama menyaksikan
sendiri gua itu memberi petunjuk tentang Maha KuasaNya Allah menghidup,
mematikan (tidur), menghidup, mematikan dan menghidupkan semula pada hari
qiamat nanti. Pemuda-pemuada bersahabat itu ditidurkan selama 300 tahun Masehi
bersamaan 309 tahun Qamari/Hijrah. Angka 300 tahun mungkin mengelirukan kita
kerana kita sudah terlalu terikat dengan tahun Masehi. Tahun yang berdasarkan
kitaran matahari. Ramai antara kita yang melupakan besarnya hikmah tahun
Qamari. Secara matematiknya bolehlah kita rumuskan seperti berikut:
300 tahun (Masehi) X 365 hari = 109,500 hari
309 tahun (Qamari) X 354 hari = 109,386 hari
Perbezaannya beberapa hari sahaja 114 hari
Matematik adalah
satu aspek yang lain. Tetapi yang lebih besar ialah aspek iman. Kita wajib menyakini hari akhirat. Apabila kita
dimatikan kita akan dihidupkan semula pada hari qiamat nanti. Mereka yang tidak
beriman dengan hari qiamat tentu sukar ditunjukkan bukti. Sahabat al-hakfi
adalah antara bukti kekuasaan Allah untuk menghidup dan mematikan. Tidak ada
bilangan yang perlu dibincangkan mengenai beberapa orang sahabat kahfi itu. Ada
yang mengatakan tiga dan seekor anjing yang dinamakan Qitmir. Ada lima dan
seekor anjing dan ada tujuh bersama seekor anjing. Dalam konteks ini bilangan
tidak penting. Yang perlu diambil ingatan ialah konsep iman yang Allah
tentukan. Maha Kuasa Allah menghidup dan mematikan. Maha Kuasa Allah
menghidupkan kit asemua pada hari qiamat nanti. Kepada Allah kesemuanya hanya
dengan kun fayakun sahaja.
Pemuda-pemuda itu tidur selama 309 tahun Qamariah. Selama beratus-ratus tahun
itu mereka tidak terkena cahaya matahari yang masuk menerusi sebuah lubang di atas
gua itu.
Mungkinkah selama
beratus tahun mereka tidak terkena cahaya matahari. KuasaAllah yang menyebabkan
mereka tidak terkena cahaya matahari. Apabila matahari terbit Allah balikkan
mereka ke sebelah matahari terbit hingga mereka terlindung dari cahaya matahari
pagi. Apabila matahari condong ke barat, Allah balikkan mereka ke arah matahari
terbenam hingga mereka tidak terkena cahaya matahari. Begitulah yang terjadi
selama 309 tahun. Selama itu juga mereka tidak mati. Darah mereka tetap
mengalir. Nafas mereka tetap dihela. Sel-sel kulit mereka tetap berganti. Tanda
yang mati dihidupkan setiap masa. Nyawa mereka berpanjangan selama 309 tahun
Qamariah. Selama itu anjing mereka setia menjaga pintu gua. Kekal dalam keadaan
berteleku anjing. Tulang temulang anjing itu kekal diabadikan di dalam gua itu
hingga sekarang.
Pada saat yang
Allah tentukan mereka terkena sinaran cahaya matahari. Lalu terjagalah mereka.
Masing-masing tidak tahu berapa lama mereka tertidur. Pada perkiraan mereka
hanya beberapa jam atau setengah hari sahaja. Kerana perut mereka berasa lapar
maka ada yang disuruh membeli makanan menggunakan wang perak yang ada pada
mereka. Tentulah pekedai berasa hairan kerana wang itu sudha tidak digunakan
lagi. Sudah ditawakufkan penggunaannya dalam masa 309 tahun Qamariah itu. Banyaklah
pertanyaan pekedai dan orang-orang yang berada di kawasan kedai itu. Dari mana
pemuda itu mendapat wang perak lama tersebut. Jika kita dalam keadaan pemuda
kahfi tersebut tentu kita juga terpinga-pinga dengan keadaan. Dipendekkan
cerita rupanya kisah pelarian mereka dari raja yang zalim dahulu selalu
dipanjang-panjangkan riwayatnya dari satu generasi ke satu generasi selepasnya.
Terdapat keselarian cerita tersebut dengan bukti yang Allah wujudkan di hadapan
generasi selepasnya.
Sejarah yang berkaitan
adalah zaman Rom bertapak di bumi Syam. Kota Roman yang paling hampir ialah di
Jabal Hussein, di tengah kota Amman. Kota yang sama tempat kerajaan Ma’awiyah
pernah bertapak selepas kejatuhan Rom. Gua tempat pemuda-pemuda itu tidur
kira-kira 30 minit perjalanan dari Jabal Hussein. Maknanya mereka lari dari
kerajaan Rom yang zalim kepada penganut yagama yang lain dari agama mereka.
Pemuda-pemuda beriman itu Allah sembunyikan selama 309 tahun Qamariah untuk
menjadi iktibar bahawa mereka yang beriman sentiasa mendapat mengfirah dan
perlindungan Allah. Allah berfirman bahawa di atas gua itu .akan didirikan
sebuah masjid. Benar, kerajaan Islam ketika pemuda-pemuda itu terjag amem bina
masjid yang dimaksudkan. Masjid itu kemudiannya rosak. Sallahuddin al-Ayyubi
kemudiannya membina semula masjid yang baru pada kurun ke-13 Masehi. Masjid itu
juga sudah rosak dan hanya tinggl bekas tiang-tiangnya sahaja. Kerajaan Jordan
membina sebuah masjid besar berhampiran gua yang berkenaan. Lebih luas dan
lebih selesa.
Tanda-tanda
kebesaran Allah begitu banyak di bumi Syam. Yang saya lihat setakat di Jordan.
Banyak lagi di Syria, Lebonan dan Palestin. Hakikat suatu masa dahulu memang
Rom sangat gagah, besar empayarnya dan kuat. Kota-kota besar tinggalan mereka
merentasi bumi Syam. Walaupun kota-kota itu telah musnah kerana gempa bumi pada
kurun yang ke-7 dahulu, bekas dan puing-puingnya masih dilihat gagah. Mereka
memiliki teknologi yang bertaraf tinggi dari segi kejuruteraan pembinaan. Batu-
batu keras yang diperhalusi secara memanjang. Diangkut dari tempat lain.
Didirikan tegak. Disejajarkan mengikut rekabentuk yang dikehendaki. Dibina
ruang, arena, binaan-binaan lain dan tiang-tiang simbul kegagahan mereka.
Terbangunkan sebuah negara kota yang besar dan mengusai persekitarannya.
Kesemua kota berada di tempat yang tinggi. Di atas gunung atau rabung bukit
yang secara semula jadinya menjadi tembok keselamatan yang menghalang ancaman
dari luar. Dari negara kota itulah sejarah Rom dicatatkan kebesarannya. Kotanya
sahaja sudah cukup mengkagumkan. Persejarahan mereka tentu sahaja mengkagumkan
kerana mereka membina tamadun yang masih dikagumi hingga sekarang.
No comments:
Post a Comment