Sunday, January 29, 2012

Kampung Cina In A Fiesta of Colours

When I was in Kuala Terengganu way back from 1969 to 1974, I used to traversed this road. Kampung Cina. In those days this about one kilometer road stood as the same Kampung Cina.   In other big cities around the world it usually known as China Town. Kuala Terengganu is a small town by normal standard. Kampung Cina befits its status. A kampung in a relatively small town. As long as I could remember there was two palces that I used to frequent. One was a kopitiam specialising in keropok lekor. Not fried but cooked fresh. Steaming hot from the stove. Eaten with a special sauce. A kind of chilly sauce. Special blend. I was still new to Kuala Terengganu then. Nevertheless I fell in love with keropok lekor. Translated as coiled fish paste. It is soft. A bit salty. Abundent with the taste of fish. The main ingredient of course sagu flour. I guessed the sagu came from Sarawak. So abundant over there.

Another place that I used to hang around was this special shop selling Arrow Shirts. In those days it was only RM27. My! Almost 10% of my salary. I could only admire. The only Arrow product that I could afford to buy was a pair of socks. It was about RM6. In fact I fell in love with Arrow but can never bought it. Window shopping was on a regular basis. Venturing inside the shop was quite often. But not buying it. Simply could not afford it. Then in 1985 I was in the States. I was simply crazy about shirts. All branded. Yet the price was USD9.90 only. About RM25. But the difference was that in 1985 I could afford them. The reasons being that I earned higher salary. Secondly I was on scholarship. You name it you got it. Pierre Cardin, Arrow, Van Heausen and a host of others. They were of great qualities. Of course I bought them during sales periods. It was fantastic.

Friday 20 January 2012 I set my feet again at Kampung Cina. It was January 4, 1969 when I first posted to Kuala Terengganu. It means 43 years ago. Almost half a century. For about six years I used to walk up and down Kampung Cina. Yet I never caught a real festive season that I witnessed on that Friday. Six years was quite  a time. The galore of colours that I captured struck me as awsome. I never saw such phenomenom anywhere before. Not in Batu Pahat. Not in Ipoh where I lived for 12 years. Maybe I was not to see them. Or maybe I simply missed them. But in Kuala Terengganu I witnessed something that made me wonder. Yes they are real. I just wonder is it the sign of good living. Or just pure tradition that die hard. I felt it was a privilage to be there. From end to end the colours was a spectrum of red and yellow. Lively. Feasting the eyes and the heart.

I walked the length of Kampung Cina from Pasar Payang. I captured those images of festive moment with my camera. Of course the images did not represent the real colours that I witnessed. They were just samples of what I saw. Vibrant. Dancing. Captivating. The mood was tremendous. The people were busy preparing for the big day. The big fiest. Chinese New Year Eve. The whole family will converge. A new prosperous year. Healthy and wellbeing. I feel nostalgic because there is a stark difference between how the Chinese celebrate their big day and how the Malays celebrate their Hari Raya. The Chinese still adhere to traditions. Upholding their customs. The old customs and rites. As if time stood still. Affluent living does not erode their sense of belogimg.  It will be repeated every year. The same vigour and intensity.

The Malays do try to sustain their tradition. But I noticed that other things are on their mind. The younger generetion are more apt to entertainment and enjoyment. Music and songs. Concerts. Films. And other programs on TV. Hari Raya is becoming less significant as years gone by.  The joy of visiting each other seemed has vanished. I can still remember back in my kampung. After the Eid solat I and a few friends would hop from house to house.  Eating and drinking. Drinking and eating. All the hosts I knew. They knew my family especially my grandfather. A well respected elder in my kampung. He never visited others but yet all the people in the kampung visited him. From  day one visitors came and went. Family members from other kampungs made their rounds. My house was a focal point during each Hari Raya.  I still enjoy that moments in my mind. My memory lane.

Visiting Kampung Cina in Kuala Terengganu gave me a little jolt. The Chinese are still very dear with their traditions. It is a manifestation of their lives. It has exhuberence. Very colourful. Vibrant mood. Captivating the eyes. Capturing those colours was something natural. Kampung Cina colours.


The new waterfront besides Pasar Payang


At the rear of Pasar Payang

Another part of the waterfront


Aclose-up of an observation deck




A  new building complex near Paya Keladi. A stone throw away from Pasar Payang.



A bird's eye view of the complex


The first gateway shophouse into Kampung Cina from Pasar Payang


The parade of colours begins

Colours along the pathway


Hanging and inviting



The mood is intensifying


Getting longer

 

Colours galore


A true memory lane. Who could discard such memory. Many have passed this lane. The memory is a long lasting one indeed.

This one is rich in red. Escalating the mood.

My! So tantalising. Captivating.


Very, very heavy in colours. I guess the heart is much heavier.


The colour speaks by itself

More and more colours


No denying it is setting the heart alive


Simply fantastic. Facinating.


Colours in abundance


The dragon is not merely lurking. It is a dominant force.


An oldy. It is not common to see this red phone booth anymore. A forgotten past.


Yes, the colour is there


From a distance


Hanging and unfurling its colours


Now the flower and colour


The bridge and its colours. Quite an art.


Two dragons guarding this shop


More dragons


Striking


Prosperous New Year

 

Spectrum of colours


Another lavish decorations


Buildings for you to feast your eyes 


An impression


At the end of Kampung Cina


A shop displaying all wares for the occation


This plant is part of the celebration



A potted plant full of colours


Flowers and colours.


An inviting gesture I guess. Bidding good luck to visitors


Line of colocrs. Enliving the moment.


Waiting for the big moment


Last buying spree


Dragons

Along Kampung Cina


Another part of the kampung


Not all are Chinese. Some Malays are around.


Lavishly decorated


From another angle




Another Malay owner


Red and blue


A shade of green


The dragon is waiting


Mandarine bearing plant


This species of lime is part and parcel of the celebration


Beautufully lined.


A typical swinging door in red


Seen from the upper floor of Passar Payang

Monday, January 16, 2012

Washington DC

Bulan Mei 1986. Saat-saat terakhir sebelum pulang ke Malaysia. Masa dan kos banyak menghalang saya dan keluarga untuk menjelajah bumi US yang sangat luas. Walau bagaimanapun kami berusaha untuk ke ibu negara US itu. Terus pula ke bandaraya terbesar iaitu New York. Perjalanan memang jauh tetapi pemgalaman berada di jalanraya di sana sangat memuaskan. Perjalanan menjadi mudah kerana banyak peta yang tepat. Banyak pula petunjuk yang boleh dipercayai. Lanskap jalanraya sangat membantu pemandu walaupun untuk kali pertama. Mereka bukan simpati kepada orang yang pertama kali melalui sesuatu jalanraya. Yang lebih hebat ialah sifat empati mereka. Mereka selalu meletakkan diri mereka sebagai orang yang dalam kepayahan. Hasilnya mereka anggap apa yang mereka lakukan sebagai membantu diri mereka sendiri. Semua yang susah menjadi senang. Sifat ingin menolong sangat dekat di hati mereka.

Kami menyewa sebuah van muatan tujuh orang dewasa. Yang kami isi 10 orang kesemuanya. Enam kira dewasa. Empat lagi kanak-kanak. Anak saya lima orang. Dua kira dewasa. Yang sulung 13 tahun sementara yang kedua berusia 12 tahun. Tiga lagi kanak-kanak. Kebetulan bersama saya ialah pelajar wanita berstatus ibu tunggal. Anaknya seorang. Jadilah empat orang kanak-kanak. Seorang lagi pelajar wanita yang masih berstatus sendiri. Saya bertujuh beranak. Tambah tiga orang lagi jadilah 10. Van Mazda yang kami sewa agak selesa untuk kami bersepuluh. Lebuhraya mereka memang jempolan. Penyelenggarannya tip-top. Tiada keraguan. Komitmen mereka terhadap pengguna jalanraya cukup tinggi. Maka pada pagi suatu hari Jumaat itu kami bertolak dari Pittsburgh menuju Washington DC. DC ialah District of Columbia. Ibu negara Amerika Syarikat seperti Putrajaya, Canberra di Australia. Kota Iskandar di Nusa Jaya, Johor mengambil semangat itu. Dari pukul 9.00 pagi di Pittsburgh kami sampai di Washington kira-kira pada pukul 10.00 malam. 13 jam perjalanan termasuk sesatnya sekali.

Kami ingin bermalam di rumah seorang diplomat Malaysia yang bernama Azizan. Rakan saya yang ibu tunggal itu kenal dengan isteri Azizan. Dalam perbualan mereka rumah Azizan dikatakan terletak di sebuah tempat yang namanya sebagai Selchus. Dengan keyakinan yang tinggi kami rentas leburaya ke Washington. Saya rujuk dalam peta. Nama Selchus itu tidak ada.  Namun keberanian mengatasi ketidaktahuan. Mungkin di washington nanti tempat itu ditemui. Pada tahun 1986 lebuhraya di sana sudah lebar-lebar belaka. Ada yang empat lorong. Ada yang lima lorong. Oleh kerana terasa jauh saya pandu di lorong tengah. Malangnya trafik di sana bukan seperti di sini. Lambat dan tidak sesak. Di sana setiap masa sesak sahaja. Kerana itu saya terlepas simpang keluar arah ke Washington. Apa nak buat. Terkial-kial mencari exit yang berikutnya. Terjumpalah juga exit itu. Masalah lain pula timbul. Exit itu kira-kira 50 batu dari Washington. 80 kilometer. Mana jalan yang hendak diikut. Kerana rasa tiada cara lain yang lebih praktikal maka saya singgah di sebuah balai polis.

Dengan santai saya menuju ke kaunter.
Hi! Officer. I’m lost.
I know, jawabnya.
Tanpa apa-apa alasan tiada siapa yang ke balai polis. Melihat saya membawa van yang sarat dengan penumpang polis itu sudah membuat agakan yang tepat.
What can I do for you? Tanyanya.
I’m looking for a place called Selchus.
Let’s see if I can help you.
Kami merenung peta besar yang ada di balai itu. Dari segenap penjuru kami perhati. Mana ni? Letih juga hati saya bertanya. Ketika itu hari sudah pukul 5.00 petang. Polis di kaunter minta maaf kerana tidak dapat membantu. Walau apapun saya ucapkan berbanyak terima kasih. Kami teruskan perjalanan sehingga sampai di sebuah pasaraya. Dari situ kami menghubungi Azizan. Kami beritahu mercu tanda tempat kami berada. Kami disuruh menunggu hingga dia datang menjemput. Lega hati. Masa itu telefon bimbit belum ada. Semuanya guna public phone bila perlu. Kami dalam perjalanan. Hanya public phone menjadi harapan. Kira-kira pukul 9.00 malam. Bulan Mei masih dingin di sana. Terpaksa kami menunggu di dalam pasaraya itu. Di luar agak sejuk. Apatah lagi ada kanak-kanak kecil pula. Pengalaman yang sama saya lalui di Yong Peng, Batu Pahat. Saya mencari rumah seseorang. Sukar untuk menemuinya. Seseorang pernah mencadangkan supaya jika sesat saya ke balai bomba. Benar, balai bomba membantu saya menemui tempat itu. Rupanya peta yang ada di balai bomba lebih terperinci daripada balai polis. Polis menjaga keamanan. Bomba menjaga keselamatan dari kebakaran. Petaka seperti itu perlu dipadamkan dalam masa yang sangat-sangat singkat. Maka bomba pelu ada peta. Peta yang menunjukkan jalan boleh direntas dengan pantas.  Nyawa perlu diselamatkan dengan kadar segera.

Dari Azizan baru kami jelas. Nama tempat tinggalnya bukan Sellcus tetapi Falls Church. Memang tidak ditemui dalam peta. Namanya berubah. Iktibar, bahawa jika kita diberikan suatu nama, tanyalah ejaannya. Ejaan mungkin betul tetapi ada orang menyebutnya secara tersasul atau tergeliat lidah. Jika ditanya ejaannya boleh juga ditunjukkan kepada orang lain. Lebih mudah mencari arah yang dituju. Satu kejutan. Apabila saya bertentang mata dengan Azizan saya rasa seperti mengenalinya. Saya bertanya sama ada dia lulusan UM. Dia mengesahkannya. Tahun bila. 75-78 katanya. Sah itulah rakan sekuliah saya di Fakulti Ekonomi dahulu. Dia menceburi bidang diplomatik. Pegawai tadbir dan Diplomatik. Sekarang (1986) di Washington. Biasalah rumah diplomat besar belaka. Dua tingkat. Lengkap semuanya. Hidup sebagai wakil negara asing. Dijaga martabatnya. Malam itu kami dijamu dengan laksa utara. Kali pertama dalam masa lebih setahun  saya makan laksa. Lengkap dengan daun selasih (memang banyak di US), daun kesom, timun dan lain-lain bahan yang diperlukan. Di Washington kesemuanya ada. Macam di kampung sendiri.

Sebenarnya di US ibu bapa sahaja yang tidak ada. Yang lain hampir semuanya ada.  Tidak ada yang ganjil di sana. Makanan semuanya hampir ada. Jika pandai mencari, tidak ada kerinduan ke kampung halaman. Laksa sudah ada. Lontong ada. Soto ada. Masak asam pedas ke, kari ke, kurma ke semuanya ada. Tanya kepada isteri-isteri pelajar di sana. Pasti ada yang mahir membuatnya. Itu yang saya bawa lengkuas kering, daun kunyit kering, serai kering. Begitu juga dengan segala rempah yang perlu. Maklumlah di sana memang ada. Jika dari Malaysia tentulah mahal. Hendak minta dari rakan-rakan kasihan pula. Bekalan tentu terhad. Jangkamasa di sana lama pula. Masak kenalah dipelbagaikan. Ada jadual tertentu. Alhamdulillah rempah dan bahan yang kami bawa mencukupi selama 18 bulan. Agak selesa dan santai makan di sana. Semuanya home cooked. Tidak pernah jemu. Ada sahaja selera makan. Begitulah suatu perantauan. Sentiasa penuh dengan harapan.

Thursday, January 12, 2012

Cita-Cita Ibu Bapa Kerjaya Anak-Anak

Pada awal tahun biasanya banyak keputusan yang perlu dibuat untuk anak-anak. Terlalu banyak hingga kadang-kadang membebankan pemikiran ibu bapa. Sehingga keputusan SPM, STPM dan STAM ibu bapa dan anak-anak akan berperang dengan pemikiran yang berbagai. Anak-anak banyak bergantung kepada kebijaksanaan ibu bapa. Ibu bapa pula memiliki hanya sedikit maklumat tentang masa depan anak. Masa depan keluarga. Masa depan negara. Malah masa depan dunia ini.  Maklumat yang limited edition ini banyak mengganggu keputusan yang akan diambil. Sampai ketikanya keputusan yang akan diambil pastinya meliputi dua keadaan yang payah dipisahkan. Dalam satu keadaan ibu bapa berkeras anak-anak mengikut apa yang difikirkan baik untuk anak-anak. Dalam keadaan lain anak-anak memilih apa yang mereka rasa sebagai masa depan yang ingin mereka terokai dan ceburi. Mana-manapun pilihan, yang merasa bebannya ialah anak-anak itu sendiri. Mereka yang tanggung. Azab dan seksa belajar anak itu yang tanggung. Ibu bapa hanya melihat secara tidak nampak dari jauh. Ikut rasa dan naluri sahaja.

Ada masanya kadang-kadang guru juga sukar memberi bantuan. Seperti ibu bapa, guru juga limited edition tentang maklumat yang diperlukan oleh anak-anak didik mereka. Ada masanya ibu bapa datang menemui saya di rumah. Luahan kekecewaan. Anak mereka gagal tersenarai ke IPTA. Bila disemak keputusan SPM banyak khilafnya. Kursus yang dipohon sekadar layak untuk dipohon. Untuk mendapat tawaran rasanya terlalu jauh. Hanya yang kelayakannya tertinggi sahaja layak menerima tawaran. Yang keputusannya cukup makan memang sangat tidak layak untuk ditawarkan. Bila ditanya sangat senang jawabnya. Cikgu yang cadangkan untuk pilih kursus itu. Malang sungguh.maaflah, cadangan sebegitu terlalu mencuba. Hanya cuba-cuba. Mudah-mudahan dapat. Realitinya tidak benar. Tidak begitu. Mohon kursus ke IPTA bukan cuba-cuba. Matching mesti betul. Kursus yang dipohon mestilah yang kemungkinan untuk dapat setinggi 90% atau lebih.  Kurang daripada itu kemungkinan untuk berjaya mungkin sekadar 0% sahaja. Nihil. Mintalah pertolongan daripada yang tahu. Carilah di mana-mana.

Walau bagaimanapun semuanya perlu ditangani dengan betul. Semua keputusan yang perlu diambil mestilah berpaksikan maklumat. Melihat kepada ramalan. Berpandukan kepada perancangan kerajaan. Bersandarkan kepada keadaan dunia seluruhnya. Melihat dari luar sahaja mungkin lebih senang. Melihat ke dalam diri anak-anak kadang-kadang lebih kompleks. Terlalu sedikit yang ibu bapa fahami tentang anak mereka sendiri. Duduk sebumbung, makan semeja dan selalu bertentang muka. Tetapi yang tersembunyi di dalam pemikiran dan hati anak-anak kadang-kadang menjadi terlepas pandang oleh ibu bapa. Tidak diketahui apa hendaknya. Apa maunya. Apa azamnya. Apa cita-citanya. Yang paling asas ialah apa sebenarnya yang paling layak untuk anak kita. Kerjaya yang paling membahagiakan dirinya. Jiwanya. Psikologinya. Memadankan diri anak dan jiwanya dengan kelayakan akademik yang mereka capai. Objektifnya ialah membina kerjaya yang memberi kepuasan maksimum. Dengannya mereka memaksimumkan potensi diri mereka. Baktinya tidak payah disuruh. Sumbangannya tidak sukar ditagih.

Kompromi mestilah dicapai. Situasinya mestilah win-win (menang-menang). Ego ibu bapa hendaklah dikesampingkan. Jika masa hadapan anak yang hendak dipertaruhkan maka ibu bapa mestilah bersedia untuk tidak berkeras dengan pendirian mereka. Anak pula terlalu mentah untuk membuat pilihan. Untuk membuat keputusan. Ada rakan yang memperngaruhi mereka. Ada guru juga begitu sikapnya. Anak-anak banyak terdedah dengan persekitaran di luar rumah. Mereka membentuk pemikiran mereka sendiri. Namun begitu mereka boleh disedarkan. Berikan mereka maklumat yang benar. Yang lengkap. Yang mencukupi. Bimbing mereka supaya dapat melalui jalan yang lebih jelas lurusnya. Yang lebih luas dan jelas. Mesyuarah antara anak dan ibu bapa perlu juga diselesaikan. Akhirnya anak-anak mesti diberikan kesempatan untuk meneruskan hidup masa hadapan mereka. Kelangsungan hidup mereka. Susah senang mereka. Ibu bapa tugasnya membantu. Mendoakan mereka. Memenuhi keperluan mereka. Nanti akan ada balasannya. Antara balasan itu mesti ada keikhlasan. Kerana Allah. Hanya keranaNya.

Cita-cita adalah untuk masa depan. Sesuatu yang ditancang tetapi hasilnya hanya suatu ramalan semata-mata. Apapun yang dirancang namun hasilnya tidak siapa yang akan tahu sebenar-benarnya. Begini senarionya. Kita ingin melihat masa hadapan melalui situasi masakini. Pemain utamanya ialah anak-anak. Pembantunya ialah ibu bapa, masyarakat umum, media dan semua manusia dewasa. Input lain yang termasuk wawasan negara. Asas agama. Situasi politik. Dasar pendidikan. Dan lain-lain yang berkaitan. Walau apa sekalipun akhirnya ekonomi sangat penting. Perut yang perlu difikirkan. Dari kenyang itulah datangnya kesihatan, kesejahteraan dan kebahagiaan. Pendidikan akan membawa semua yang terlibat memikirkan pencapaian ekonomi diri, keluarga, negara dan manusia semuanya. Jangan pula lupakan Allah Yang Maha Besar. Yang tidak selalu direalisasikan ialah settingnya. Lokasinya. Propnya. Anak itu akan tercabar sepanjang perjalanan akademiknya. Susah senangnya dia sendiri yang akan tanggung. Ibu bapa hanya boleh melihat. Tidak mungkin merasa empathynya. Kasihanpun tidak pernah memadai. Bahu ibu bapa kosong tetapi bahu anak-anak penuh. Bahu anak-anak yang tanggung. Kamera hanya merakamkan sesuatu yang pegun untuk sesuatu masa. Prosesnya tidak pernah berhenti. Anak itu yang menanggung prosesnya. Cuma bila berjaya tiada siapa yang ingat proses susah yang telah dilalui. Yang punya badan sahaja yang tercalar di sana sini.

Lihatlah anak itu. Fizikalnya. IQnya. Perangainya. Kebiasaannya. Ketahanan dirinya. Sikapnya. Ketabahannya. Kesabarannya. Semangatnya. Dalam bahasa psikologi kita ingin melihat sama ada dia introvert atau extrovert atau amvibert. Tiga jenis manusia yang berbeza. Tentu sahaja kerjaya yang berbeza. Maka pendidikan yang bakal mereka lalui akan berbeza. Cara mereka belajar adalah berbeza. Matlamat hidup mereka berbeza. Tentu sahaja pencapaian mereka akan berbeza. Semua maklumat dan data ini adalah asas untuk memplot perjalanan hidup anak-anak. Ke mana arah mereka. Di mana destinasi mereka. Dengan memahami semua yang berkaitan, ibu bapa boleh membantu seadanya. Bantuan profesional tetap diperlukan kerana tidak semua ibu bapa memiliki kemahiran atau pengalaman yang relevan mengenai anak-anak dan kerjaya mereka.  Contoh-contoh yang praktikal tentu perlu untuk membantu ibu bapa membuat keputusan. Berkongsilah pengalaman denga orang-orang yang ada pengalaman yang lebih luas. Yang anak-anaknya lebih dilihat berjaya secara akademik. Mungkin berjaya dari segi ekonomi. Atau mungkin kerjaya. Ada iktibar yang boleh dipelajari. Boleh diamal. Boleh disebarkan.

Ekstrovert. Siapa mereka. Anak yang agak lepas laku. Bebas mindanya. Begitu juga tingkahlakunya. Anak-anak seperti ini hidupnya akan mencari keriangan. Mungkin menjadi pelakon. Suka berhadapan dengan audien. Depan kamera. Selalu in-frame. Mungkin wartawan terkemuka. Mungkin juga pendidik berwibawa. Ekstrovert suka kerja luar, tidak malu dengan orang lain. Berbeza dengan introvert yang sukan kerja lebih menyendiri. Sesuai menjadi pengarang, akauntan, juruaudit, pengkaji, penyelidik dan mungkin memnadi pelukis. Ambivert pula boleh ke tengah dan ke tepi. Semuanya bergantung kepada pilihan dan minatnya. Pandu dia ke arah yang lebih diberi keutamaan. Apapun masa hadapan anak-anak tiada siapa yang dapat menentukan kejayaannya. Akhirnya serahkan kepada Allah. InsyaAllah ada bantuan dariNya. Tuga sibu bapa ialah belajar. Banyak bertanya. Luaskan pembacaan. Merujuk kepada pakar. Minta bantuan profesional. Belajar dari kesilapan masa lalu. Kesilapan orang lain. Keluar dari kepompong tidak tahu. Ada masanya berfikir dalam kotak. Pada masa yang lain keluar dari kotak itu. Takut-takut tidak cukup luas.

Kursus IPT adalah landasan untuk mengarahkan anak ke arah kerjaya yang akan menjadi pilihannya nanti. Apapun kursus di IPT bukan isu yang besar. Apa sahaja boleh sebenarnya. Yang penting anak-anak dapat dua perkara besar untuk bekal hidupnya pada masa hadapan. Yang pertama kemahiran menyelesaikan masalah. Yang keduanya mereka boleh membuat keputusan berdasarkan data dan maklumat yang diberikan kepada mereka. Keputusan semasa dan keputusan masa hadapan. Jika ada wawasan lebihlah lagi tinggi nilai ilmunya. Ia boleh meramalkan secara saintifik. Dalam pada itu dia bukanlah ahli nujum yang mensyirikkan Allah. Dia sangat mengahrap pertolongan Allah. Di negara Barat kursus apapun di IPT ramai pelajarnya. Mereka inginkan kemahiran membawa diri pada masa hadapan. The volatile world. The turbulent world.  Apabila melepasi peringkat IPT makajadilah anak-anak selangkah terkehadapan dalam membentuk pemikiran yang lebih terbuka. Langit dan melepasi ufuk luasnya. Tanpa ke IPT banyak yang tersekat. Lantaran pengalaman yang tidk diperluaskan. Belajar bukan sahaja melihat tetapi the ability to expound on ideas. Any simple idea.

Apabuila anak-anak dewasa ibu bapa tentunya dapat beesandar dengan santai. Hatra benda tidak dapat dibekalkan. Yang ada ialah harta intelek yang jauh lebih selamat apabila digunakan dengan berhemah. Dengan kesedaran untuk berbkti kepada Allah. Dengan manusia di kelelilingnya. Dengan seluruh alam sekitar yang melingkari hidupnya. Doa ibu bapa supaya anak-anaknya menjadi manusia berguna kepada ummahnya. Soleh. Berakhlak mulia. Pada masa ib bapa memejamkan mata, mereka akan tenang kerana meninggalkan keturunan dan warisan yang akan menyumbang kepada agamanya, negaranya dan masyarakatnya. Meninggalkan semuanya dengan rsa tenang yang damai. InsyaAllah.

Sunday, January 8, 2012

Spring Datang Lagi


Spring bukan terpisah dari winter. Ia hanyalah suatu transformasi dari satu musim ke musim yang berikutnya. Spring pada kali kedua lebih ditunggu. Sprig tahun 1986. 25 tahun dahulu. Sudah suku abad lamanya. Saya masih berusia 40 tahun. Still a young man. Slim and healthy. Saya dapat mengagak apa yang akan berlaku dari hari ke hari. Dari minggu ke minggu. Secara rasminya spring bermula dari 22 Februari dan berakhir pada 21 Mei. Namun begitu dari Februari hingg April snow mungkin masih turun. Suhunya masih rendah. Iklim masih tidak boleh dijangka dengan pasti. Memang matahari agak memancar. Agak terasa juga hangatnya. Tapi di tanah snow mungkin masih ada. Februari adalah bulan yang agak padat dan sarat dengan snow. Masih agak terlalu sejuk bagi yang mengalaminya pada kali pertama. Walau bagaimanapun sudah boleh diagak di mana bunga akan tumbuh. Bunga apa yang  di kiri jalan. Apa pula di kanan jalan. Warna apa di pangkal pokok. Warna apa di belakang rumah. Di mana bunga besar. Di mana pula bunga kecil.

Seperti diduga tiba-tiba didengar kicauan burung. Satu, dua dan kemudiannya seperti crescendo bunyi kicauan itu bersahut-sahutan. Mula-mula tidak berapa kelihatan. Lama-lama semakin banyak. Hinggaplah siburung. Berpesta meyeri bunga. Menyeri madu yang terlalu banyak pada bunga-bunga yang Allah ciptakan kepada makhlukNya. Winter yang sejuk lalu dibuka seluas-luasnya untuk dinikmati. Winter yang sejuk mencengkam tiba-tiba menjadi sangat meriakan. Jika dahulunya winter sangat memurungkan kerana sejuk dan payahnya keadaan. Spring mencairkan ais. Perjalanan semakin mudah. Suhu semakin meninggi. Walaupun hujan banyak turun keadaan basah tidak menyusahkan. Sesekali banjir berlaku pada masa spring. Kelam kabut juga dalam keadaan yang masih agak sejuk itu. Pada keseluruhannya inilah masa semuanya berbunga. Termasuk cinta dan kasih sayang. Apabila hati turut berbunga. Kembang mekar dengan harap dan harapan.

Allah Maha Kaya. Winter yang gloomy dan mungkin agonising diganti dengan keceriaan. Bunga yang berbagai rupa menjadikan suasana bergemerlapan dengan warna-warnaan. Hati menjadi terbuka dengan riang. Kelapangan minda. Keriangan yang tiada bandingannya. Spring yang meriakan. Dari kuntum-kuntum bunga yang tidak diketahui rupanya, mekarlah bunga yang berbagai warna. Kembanglah bunga yang membuka hati. Yes this is spring. Fiesta of flowers. Pada bulan Mei di Pasadena, California pasti diadakan pesta bunga tahunan. Seluruh dunia mengambil bahagian. Kita di Malaysia pasti dapat menatap perarakan itu. Dunia semakin kecil. Muat pada skrin TV. Terlalu kecil. Seluruh dunia dapat ditatap setiap hari. Spring sinonim dengan maknanya. Hati terbang tinggi dengan harapan. Mengharap yang lebih baik. Harapan untuk mencapai kebahagian yang lebih murni. Begitulah bunga dan spring. Kombinasi yang sangat dekat di hati.

Dari fall semua orang bekerja keras. Memanaskan badan. Memanaskan otak. Memerah segala yang boleh difikirkan. Winter adalah musim bekerja. Di luar yang sangat sejuk dimanfaatkan di dalam bangunan. Belajar, bekerja dan berkarya. Hinggalah spring mereka mendesak diri untuk bekerja. Tiada keletihan. Tiada rehat. Tiga musim yang penuh dengan keberhasilan. Kerja keras yang menjulang ekonomi. Memartabatkan tamadun. Melonjakkan keberuntungan. Memperkaya negara. Sekarang spring datang lagi. Kerja keras itu masih diteruskan. There is no let up. Cuma di dalam hati mereka harapan membunga. Mereka menunggu dengan penuh debar datangnya summer di hujung musim spring. Spring menjadi the spring board untuk melonjakkan datangnya musim summer.   Musim panas yang selalunya dipenuhi dengan cuti. Dengan banyak berjemur. Banyak besantai. Musim untuk melancong. Berjalan. Seeing the world.

Kita banyak kalah dengan orang Barat. Mereka banyak pengalaman live. Pengalaman peribadi. Melihat sendiri. Mereka sanggup berhabis just to see the world. Pengalaman yang akan diperpanjangkan kepada anak cucu. Seeing and knowing adalah dua hal yang jauh lebih baik dari membaca dan menonton rakaman. Walaupun summer di hujung spring sebenarnya segala perancangan untuk summer sudah diputuskan pada musim winter. Malah tidak keterlaluan jika pada musim summer mereka sudah merancang untuk summer yang akan datang pada tahun hadapannya. Maka spring menjadi sangat meriah. Keriangan yang akan berpanjanan hingga fall yang akan datang. Sejuk pada musim winter sebelumnya semakin mejauh. Kehangatan menanti terjelmanya summer menjadikan hati sangat lapang. Sangat meriangkan. Sangat mengujakan. Spring forever.

Di Utara sekarang masih winter. Masih sangat sejuk. Hanya sebulan lagi bebunga akan menguncup keluar. Menjelma dari tanah. Dari dahan. Dari ranting. Dari celah-celah kehidupannya. Selepas tidur , hibernate, sepanjang winter, spring seperti namanya akan tiba-tiba memunculkan segala keindahan. Mengubat hati yang resah dan bosan sepanjaang winta. Akan hilang segala kerinduan. Akan riuh manusia menikmati keindahan. Menikmati anugerah Allah. Saying jika tidak bersyukur. Kasihan mereka. Mudah-mudahan ramai yang akan menerima hidayahNya. Akan nanti menjadikan hidup mereka lebih bermakna. Lebih mengerti penciptaan dirinya. Segala-galanya dalam perancangan Allah.




Iris. Warnanya yang ungu nampak elegan. Sebab itu jenama yang mengambil namanya agak istimewa produknya.



Southern Magnolia. Kuntum yang gah. Tegak sendiri.






Jasmine. Ingat beras jasmine? Ia native di Barat.



Daffodils. Warna kuning yang selalu meriah.

Wisteria in Bloom

Wisteria Flower. Mewah dengan kuntum yang memanjang.

Violet in Bloom

A shade of purple. Seperti terapung-apung di udara.

Wild Flower in Bloom


Keluar dari sampah dan rumput. Bunga lebih besar dari daun dan pokoknya.


Azalea in Bloom

Azalea in bloom. Kuntum dan bunga mekar yang menyegarkan. Hilang sejuk winter yang baru berlalu.

 

Berapa kali kita menikmati keindahan seperti ini. Allah ciptakan untuk kita. Kita selalu terlepas pandang. Nikmat yang terabai.

dogwood buds

Dagwood bloom. Nampak ghairah menikmati musim yang semakin panas. Matahari seperti namanya adalah mata bagi hari. Sinarannya menggamit bebunga yang berbagai warna.

Cardinal Flower in Bloom

Cardinal Flower. Bunga yang garang dengan warnanya.

Image of Cherry Blossoms

Cherry Blossom. Di Washington DC (ibunegara Amerika Syarikat) menjadi tarikan pelancong yang berpusu-pusu. Hanya berbunga pada bulan April.

birds-of-paradise

Birds of Paradise. Ada di Malaysia tetapi untuk tempat tinggi seperti Cameroon Highlands tiada masalah untuk menanamnya. Di tanah rendah hanya yang bisa-biasa sahaja. Bukan yang cantik sebegini.

Image of Decorative Dahlia

Dahlia. Cantik seperti wanita.

heather-flowers

Heather. Ramai wanita barat namanya seperti bunga ini. Memang meriah warna dan kuntuman bunganya.

white-hyacinth

Hyacinth. Di kedai bunga plastik cukup banyak. Bunganya yang sebenar hanya ada di negara beriklim sederhana. Ia bunga spring.

Red Peonies

Peony. Merah menyala. Jika banyak tentu sekali sangat menarik.

Sweet Pea Flower

Sweet Pea. Manis dalam warna merah jambu - pink.

Tulip Buds

Tulip. Warnanya menjadikan kita rambang. Tahan dari spring hingga ke fall. Saya melihatnya sendiri di Toronto, Canada pada bulan September. Gambar yang indah ini tidak seindah melihatnya sendiri. Sukar digambarkan dengan kata-kata. Isi hati tidak terungkap rasanya. Ceritanya memang banyak. Di Holland bunga ini menjadi hasil negara yang besar.

image of bright red zinnia

Zinnia. Bila dilihat secara dekat begini baru nampak indahnya. Nikmat menatapnya lama-lama. Ciptaan Allah tidak pernah menjemukan.

Image of Lilies

Lilies. Paling banyak di kedai  bunga plastik. berbagai warna. Saya pasti tidak ramai yang pernah melihatnya secara live. Apatah lagi memegangnya. Atau menyentuhnya.

Narcissus Jonquila

Narcissus. Bunga yang sangat popular di Germany. Rancak berbunga.

red-carnations

Carnation. Besar dan cantuik.

Wild Flowers 14

Elm. Daun belum tumbuh. Pada awal Februari bunga sepertinya sudah mula menguntum. Mekarnya nanti memeriahkan dengan kicauan burung. Hinggapan rama-rama. Begitu juga lebah dan kumbang yang lain.

Wild Flowers 13

Drummond Phlox. Warna merah. Garang.

Wild Flowers 12

Dog Violet. Dari tanah yang entah mana pokoknya. Entah mana daunnya. Entah mana dahan dan rantingnya. Cantiknya sahaja yang dapat ditatap. Memekarkan hati. Menyegarkan perasaan.

Wild Flowers 10

Coltsfoot. Seperti tiada langsung daun atau pokoknya. Bunganya terlalu besar berbanding pokoknya. Mungkin hanya rumput sahaja.

Wild Flowers 6

Bird Cherry. Rancak dan meriah.

Wild Flowers 4


Baby Blue Eyes. Bunga-bunga renek yang sangat banyak memenuhi tanah. Mulai bulan Februari bunga-bunga sepertinya akan memenuhi segala ruang tanah.


Demikianlah spring. Musim bunga yang berbunga. Indahnya menawan. Tiada ruang yang tidak cantik. Warna-warna yang sangat berbagai. Myrad of colours. Hati akan selalu rindu pada saat begini. Kecantikan yang ingin selalu dikongsi. Beruntunglah yang ada pasangan. Bagi yang tiada akan terus rindu. Hanya bunga yang dapat ditatap. Dari tahun ke tahun. Dari musim ke musim. Kitaran yang tiada selang selinya. Pasti datang dan datang lagi.

Saturday, January 7, 2012

Etika Profesionalism Yang Selalu Tercemar

Pada tahun 1991 dahulu saya pernah memohon dan menghadiri temuduga. Jawatan yang saya pohon ialah Pegawai Perkhidmatan Pelajar di Jabatan Penuntut Malaysia (Malaysian Student Department – MSD) di London. Setelah belajar di luar negara terasa ingin pula berkhidmat kepada pelajar lain. Temuduga saya di Kementerian Pendidikan di Damansara ketika itu. Seorang Datuk yang mengetuai satu bahagian di KPM menjadi ketua panel penemuduga. Sesi temuduganya tidak santai seperti biasa. Ada susana lasak dan agak kasar. Saya mengerti kerana sebagai pegawai MSD selalunya berhadapan dengan berbagai ragam pelajar.  Tentu ada sahaja yang banyak songelnya. Biasalah elaun lambat. Pelajar dihambat resah untuk membayar sewa rumah. Mana wang untuk makan. Itu belum untuk membeli buku dan lain-lain perkakas pengajian.

Antara soalannya ialah mengapa mereka perlu memilih saya. Banyak calon lain yang hebat-hebat. Apa kelebihan saya  berbanding dengan calon yang lain. Bagi yang tidak biasa dengan soalan begitu tentu terkedu sebentar. Budaya Melayu kadang-kadang tidak membenarkan kita menonjolkan diri. Takut dianggap takbur. Mungkin riak. Sedikit ujub barangkali. Namun tanpa soalan seperti itu sebenarnya penemuduga tidak tahu siapa calon yang di hadapan mereka. Yang tertulis dalam borang permohonan pasti tidak lengkap. Ada yang tersembunyi. Dalam resume juga banyak yang tertinggal. Yang dizahirkan hanya yang dikehendaki sahaja. Dalam temuduga selalunya panel akan mencungkil mana-mana yang tertinggal. Dengan provokasi banyak yang tersembunyi akan dizahirkan. Itu juga perlukan orang yang berpengalaman untuk menjadi penemuduga. Hanya mereka yang serupa dapat mencungkil apa-apa yang tersembunyi pada diri calon. Bakatnya, potensinya, falsafahnya, nilai-nilai yang dijunjung dan banyak lagi elemen diri, psikologi dan rohani yang perlju diketahui.

Temuduga peringkat rendah selalunya berkisar tentang diri. Mungkin sedikit pengalaman. Ada juga soalan berbentuk psikologi sekadar untuk menguji kesabaran. Amanah barangkali. Selebihnya yang dicari ialah bakal pekerja yang bersedia untuk diajar. Yang bersedia untuk belajar. Mereka yang terbuka mindanya. Boleh menerima perubahan. Boleh bekerja dalam sat upasukan. Yang akan mengutamakan kualiti. Yang prirotinya ialah keberhasilan organisasi. Keutamaan diri seharusnya hanya sebagai iringan. Capai objektif organisasi untuk mencapai objektif diri. Kerjaya dibina atas kesedaran itu. Menyumbang untuk menerima sumbangan. Hanya mereka yang menyumbang akan dilihat sumbangannya. Akan dinilai harga profesionnya. Pangkat, gaji dan status diusahakan. Earned. Bukan datang melayang. Bukan diberi percuma. Balasan yang diberi mestilah menggunung sebelum ada balasan untuk diri sendiri. Keutamaan adalah untuk organisasi dahulu. Kepentingan diri selalu nombornya di belakang.

Dalam temuduga peringkat tinggi lain pula keadaannya. Yang hendak dipilih adalah orang-orang yang ada pengalaman. Maka yang dicari ialah orang-orang yang boleh menyelesaikan masalah. Yang boleh membuat keputusan. Yang wawasannya melangkaui kebiasaan. Ada kelainan yang menonjol. Masalah dalam kerja berbagai bentuknya. Polanya mungkin sama tetapi penyelesaiannya berbeza-beza. Ikut keadaan dan suasana. Maka soalan-soalan temuduga bukan yang senang-senang. Selalunya ada kaitan dengan peraturan. Staut barangkali. Ada kaitan dengan prosedur. Ada kaitan dengan strategi. Ada kaitan dengan garis panduan. Ada kaitan dengan etika. Maksudnya yang dicari ialah the man. Bukan sebarang orang. Itulah juga sebabnya temuduga peringkat tinggi memakan masa yang lama. Soalannya rencam tetapi selalunya berkisar kepada hal-hal yang ada kaitan dengan working environment. Realiti kerja.

Saya diajukan dengan soalan etika. Soalan yang menjurus kepada sesuatu yang asas tetapi sangat penting kepada setia profesion.
Encik Yusof, one girl student wants to marry you. What’s your reaction?
I’m sorry. I can’t marry her.
Why?
I’m married.
She doesn’t mind about that.
Well, I can’t afford it.
She is not concerned about money. She can support herself. She only wants you.
Still, I can’t  marry her.
Why? Give me one valid reason.

Benar juga soalan itu. Dalam realitinya jika itu terjadi memang jenuh saya mencari alasan untuk menolak godaan. Apatah lagi jika pelajar perempuan itu memiliki segala-galanya. Perfect 10 katakan. Baik lelaki atau wanita boleh tergoda pada bila-bila masa. Terkulat-kulat saya mencari jawapan. Apa sebenarnya jawapan yang paling sesuai. Jawapan yang tidak boleh disangkal lagi. Jawapan yang boleh mematikan semua soalan terbitan. Dalam tercari-car itu minda saya berkisar kepada pengalaman kerja. Lama saya terdiam mencari jawapan. Akhirnya saya teringat Perintah-Perintah Am (General Order – GO) Bab D. Disiplin. Yes! Kata hati saya.

Datuk, I still can’t marry her. It’s not ethical.
That’s right. Thank you.

Kita selalu bercakap tentang etika. Tentunya tidak ramai yang ambil pusing tentangnya. Bukan sesuatu yang wajib dipatuhi atau dihindari. Namun tersembunyi di sebaliknya sesuatu yang amat besar ertinya kepada semua profesional.  Rujuklah ahli falsafah kuno. Yang klasik ke. Orang Barat. Yang Islam. Yang masih hidup sekarang. Socrettes umpamanya mengatakan bahawa ethics adalah sesuatu yang mengarah kepada kebahagiaan. Ia datang dari sesuatu yang cantik. Yang benar. Sesuatu yang yang menjadi idaman. Semua orang ingin mencari bahagia. Tetapi awas! Bahagia tidak boleh terlalu individualistik. Tidak boleh mengorbankan orang lain. Tidak boleh menyentuh hati dan perasaan orang lain. Yang penting ialah carilah bahagia itu walau di mana pun. Walau bagaimana  pun. Tetapi kebahagiaan itu mestilah yang dilihat bahagia. Yang dirasa bahagia. Yang kehadirannya bahagia. Bahagia tidak diungkapkan. Ia akan dilihat pada raut wajah. Pada gerak geri. Pada perlakuan. Pada tutur kata. Pada keadaan yang umum. Yang boleh dilihat. Yang boleh ditatap. Yang boleh dipandang. Malah ramai orang yang boleh menghidunya. Ada pula yang meramalkannya. Orang lain akan merasakan kebahagiaan itu menjadi aura yang dikongsi bersama.

Mematuhi etika bermakna mengikut peraturan. Ada aspek perundangannya. Jika tidakpun semangat perundangannya wujud. Ada prosedur. Ada garis panduan. Ada batas-batas yang diperlukan untuk dijaga. Dihormati. Maka etika itu sesuatu yang berat. Beratnya bukan untuk dilihat tetapi untuk dihormati. Andainya etika itu tercemar maka banyak yang berlarut-larut menyusahkan diri sendiri. Menyusahkan orang lain yang berkepentingan. Etika itu untuk menjadikan sesuatu itu cantik. Cantik itu pula ada kaitan dengan seni. Nilai-nilai estetika. Cintakan keindahan. Suatu cara untuk mensucikan hati. Nafsu. Kegilaan dunia. Bekerja kerana Allah. Berkhidmat kerana Allah. Semuanya untuk maslahah umum. Untuk manusia di sekeliling. Bukan mudah untuk memahami etika. Bukan mudah pula untuk melaksanakannya. Etika itu membataskan keserakahan nafsu. Kebejatan hati. Ia dibangunkan untuk kesejahteraan bersama. Etika semangatnya murni. Ada nilai halus yang terlalu indah. Menjaganya perlukan ketulusan hati. Keikhlasan yang mendalam. Hati nurani yang bersih. Syahdu barangkali.

Dalam kes temuduga saya tadi tentulah besar konsekuannya jika saya melakukan seperti yang ditanya. Sebagai guru saya diberi amanah untuk mendidik pelajar. Untuk membina sahsiahnya. Untuk menjadikan mereka manusia yang boleh menyelesaikan masalah. Boleh membuat keputusan. Boleh menjadi pemimpin. Boleh diasah bakatnya. Segala amanah tertanggung di atas bahau saya sebagai guru. Semua pelajar adalah tanggungan amanah saya. Jika saya melanggar amanah itu berderailah semua yang saya pelihara. Semua keindahan profesionalism saya musnah. Hancur. Luluh. Secara syariahnya tiada apa-apa masalah. Halal nikah antara lelaki dan wanita ajnabi. Mereka bukan mahram. Tiada pertalian darah. Mereka mencintai antara satu sama lain. Layak berumahtangga. Tiada apa-apa halangan syarie. Dari segi etika ada masalah besar. Sebagai guru saya melanggar etika. Dianggap mencemari amanah yang ditanggungkan kepada saya. Saya menjadi tidak amanah. Saya telah dianggap m e n g a m b i l  k e s e m p t a n. Kedudukan saya dianggap mempengaruhi pemikiran pelajar perempuan itu. Saya ada kekuatan untuk mempengaruhinya. Saya ada keupayaan psikologi. Mungkin ilmu. Mungkin juga kedudukan memungkinkan saya membuat desakan. Mungkin juga ada unsur ugutan untuk menggagalkannya. Kemungkinan kesemuanya tidak. Tetapi orang lain boleh membuat apa sahaja tanggapan tentang saya. Saya tidak boleh menafikan dengan apa alasan pun.  Hakikatnya begitu. Niatnya mungkin tidak begitu.

Lihatlah kembali etika profesion masing-masing. Ramai juga guru umpamanya yang menikahi pelajarnya. Tetapi semuanya dilakukan selepas pelajar itu tamat pengajian. Mereka bercinta tiada siapa yang tahu. Orang hanya kata guru itu berkahwin dengan bekas pelajarnya. Atau pelajar itu berkahwin dengan bekas gurunya. Pengetua sekolah tempat saya bertugas dahulu berkahwin dengan bekas muridnya. Begitu juga seorang yang lain. Seorang rakan saya pula berkahwin dengan bekas gurunya. Ya guru perempuannya. Mereka bahagia hingga sekarang. Orang tidak berbunyi kerana perkara itu berlaku selepas kedua-duanya bukan dalam apa-apa tanggungan. Bukan dalam amanah. Bukan semasa bertugas. Seorang pengurus berkahwin dengan setiausahanya bukan masalah. Jika ada mungkin kerana masalah berpoligami. Tetapi yang namanya guru atau pendidik atau pensyarah tentulah kurang etika berkahwin dengan pelajar.  Saya jadi tersentap bila ada perkara sebegitu. Sangat tidak manis. Tidak menghormati profesion sendiri. Melanggar etika. Maka tercemarlah profesion yang ada kena mengena dengan pendidikan. Untuk mendidik mestilah ke arah yang baik. Bukan untuk kepentingan diri.

Bagi yang belum elakkanlah. Jauhilah. Banyak cara lain. Banyak orang lain. Bukan hingga melanggar etika. Tidak amanah begitu. Bagi yang sudah teruskan. Hendak berundur tentu tidak manis juga. Apatah lagi jika sudah bertunang. Atau sudah bernikah kahwin. Apatah lagi sudah beranak pinak. Kasihanilah diri sendiri. Etika itu penting. Ia membantu ke jalan indah. Kebahagian abadi.

Wednesday, January 4, 2012

Masa Semakin Berlalu


Sepanjang 18 bulan di bumi Uncle Sam saya lalui berbagai pergantian musim yang setiap satunya amat mengesankan. Sebelum ke US saya hanya dengar empat musim. Hanya membaca buku. Bila menonton film atau video nampak juga peredaran musim. Melihat gambar tidak rupanya pernah sama dengan realitinya. Gambar terlalu kering untuk memberi makna. Tidak pernah memberi erti. Tandus dari segi perasaan. Kaku dan keras kejang.Tiada rasa naluri. Tiada rasa hati. Tiada rasa deria. Indah dan enaknya tidak dapat dikesan hanya dengan mata. Kulit dan roma tidak menjamah suhu dan iklim yang bertukar. Sanubari tidak pernah menyentuh keindahan musim-musim yang berlalu dengan ceritanya sendiri. Dengan beritanya sendiri. Warna dan bunganya sendiri. Sesungguhnya pengalaman peribadi itu sesuatu yang sangat berharga. It is a treasure of a life time. Benarlah kata bijak pandai, pengalaman peribadi sangat besar kesannya.

Fall 1985 baru sahaja beransur berlalu. Di hujung-hujungnya suhu semakin fall. Semakin lama semakin sejuk. Turun dan terus turun. Mulalah baju dipakai berlapis-lapis. Setokin dan sarung tangan mula dipakai. Tangan selalu di dalam seluar. Merasakan kepanasan tubuh badan. Berjalan selalu deras untuk memanaskan badan. Begitulah orang putih dengan langkah yang panjang dan deras. Bila berada di sana baru faham bahawa suasana keliling yang sejuk perlu ditangani dengan berbagai cara. Ada orang berjalan sambil berjogging. Ada yang berjalan laju. Ada yang berjalan sambil terhenjut-henjut. Menggerakkan badan supaya panas. Supaya hangat. Bukan keluar peluh. Tapi panaslah juga badan. Terasa hangat di dalam baju tebal yang berlapis-lapis. Panas dan sejuk adalah dua keadaan yang berbeza. Panas lebih santai dari sejuk. Jika sejuk semua tak jadi. Memeluk tubuh sahaja. Jika di rumah tidur memang paling sedap. Nyenyak.

Kali kedua menemui winter. Kembali kenangan kali pertama dahulu. Winter adalah sesuat yang asing pada kali pertama. Pada kali kedua semuanya sudah difahami. Ceritanya mula berubah. Namun pada umumnya ada yang tidak berubah. Bila keadaan semakin sejuk suara bising semakin berkurangan. Suhu yang menurun mengurangkan akviti di luar rumah. Perlahan-lahan keadaan itu merubah segalanya. Akhirnya suara yang di dengar hanya sayup-sayup ditangkap telinga. Semjua anak-anak berkampung di dalam rumah. Jika haiwan mereka hibernate. Kanak-kanak pula memerap untuk menikmati panas alat pemanas di dalam rumah. Mereka keluar untuk bersekolah sahaja. Bunyi bising hanya antara empat sisi dinding. Di luar rumah tiada suara kanak-kanak. Sejuk seperti salji. Sunyi seperti winter.  Yang indahnya salji memutih. Terhampar lapang meliputi semua ruang yang terdedah. Dari bukit ke ladang. Dari dataran ke lambah. Semuanya salji yang memutih.

Jika siangnya sunyi, malamnya lagilah lebih sunyinya. Kesyunyian itu lebih terasa kerana malam yang lebih panjang dari siangnya. Dari pukul 4.00 petang hinggalah pukul 7.00 pagi esoknya hanya malam yang gelap. 15 jam yang malam. Di sekeliling adalah sejuk yang mencengkam. Kita di  Malaysia belum pulang dari kerja. Pukul 5.00 petang masih terang benderang. Berpinar kena cahaya matahari petang. Kadang-kadang lebih perit dari tengahari. Petang yang ada pada kita manusia bersimpang siur dengan urusan petang. Pulang dari kerja. Pulang dari sekolah. Pulang dari padang. Dari gelanggang. Dari membeli belah. Dari bertandang ke rumah teman dan saudara mara. Atau pulang dari berekreasi dan menghirup udara petang. Di kawasan Khatulistiwa seperti kita semuanya perdictable. Kita maklum bila siang dan bila malam. Masanya selalu tetap. Variasai masanya tidak banyak berubah. Di hemispiar utara atau mungkin selatan keadaan itu sangat jauh berubah.

Peredaran bumi dan putarannya merubah musim-musim yang menunjukkan hanya satu kepasatian. Itulah tanda-tanda kebesaran Allah. Semuanya untuk manfaat manusia. Melaluinya manusia mengharmonikan akalnya. Menerima hakikat bahawa Allah menentukan segala-galanya.  Kita yang sejarah keturunannnya sejak dari dahulu sudah Islam kadang-kadang terlalu take things for granted. Payah hendak menghargai anugerah Allah. Kita mudah lupa. Dalam pada itu kurang pula syukurnya. Lalu hidup kita dibosankan dengan rutin kebiasaan. Hal-hal yang tidak divariasikan. Adat resam yang diulang-ulang. Tetapi tidak banyak inovasi. Tidak banyak cabarannya. Tidak ada kelasakan. Terlalu predictable. Tidak pernah menanti sesuatu yang baru. Tidak pernah mengharap yang lain. Orang di Barat selalu expect something different. Setiap hari ada kelainannya. Semasa summer mungkin kedaan lebih predictable. Pada musim-musim yang lain semuanya perlukan ramalan. Perlukan prediction. Suhunya. Anginnya. Wind chillnya.  Hujannya. Panas dan sejuknya. Kadang-kadang mereka bukan bercakap tentang minggu atau hari. Malah bukan jam. Kadang-kadang perubahan berlaku dalam masa beberapa minit atau beberapa saat. Kutub Utara terlalu dekat hingga mempengaruhi kehidupan mereka. Polar wind boleh sampai dalam beberapa minit atau saat dalam jarak beribu kilometer. Kuasa Allah. Tanda-tanda kebesaranNya. Allahuakbar.

Teknologi yang dibangunkan membantu mereka di sana. Amat membantu sekali. Kemajuan sains pula memacu keagungan tamadun mereka. Satelit membantu meramalkan cuaca. Perubahan suhu. Hujan dan angin. Kelembapan. Peralihan angin. Banjir. Ribut dan sebagainya. Hidup orang Barat agak hectic tetapi banyak seronoknya. Mereka sentiasa perihatin dengan ramalan cuaca. Ramalan itu pula untuk dua minggu. Setiap mingu dikemskini maklumatnya. Begitu juga ramalan tiga hari sebelum. Dua hari sebelum. 24 jam. Beberpa jam. Malah sejam yang akan berlaku. Ramalan cuaca kepada mereka menjadi rutin dan jadual yang pasti. Mereka tidak boleh merancangkan apa-apa aktiviti di luar rumah tanpa mengetahui ramalan cuaca. Yang istimewanya pula ialah ramalan cuaca sangat localised. Untuk kawasan setempat yang khusus. Tidak ada ramalan cuaca yang umum seperti di Malaysia. Di sana semuanya sangat localised.  Kehidupan mereka sebenarnya juga localised. Termasuklah TV mereka. Akhbar mereka. Radio mereka dan banyak lagi.

Terlalu banyak yang dikenangkan tentang cuaca di US dulu. Kadang-kadang sukar memahaminya. Namun itulah hakikat hidup di tempat yang berbeza. Allah memberikan perbezaan supaya kita semua mensyukuri apa yang menjadi rezeki kita. Tidak sama tetapi natijahnya sama. Untuk kehidupan. Untuk menjadi hambanya yang soleh. Yang sentiasa mengabdikan dirinya kepada Yang Khaliq. Yang Maha Mencipta.







Rindu sangat dengan snow yang memutih ini. Turunnya bak kapas yang lembut. Putih tanpa noda kotor. Sementelahan sewaltu winter ini snow yang turun amat bersih. Amat putih. Amat indahnya. Saya pernah dijatuhinya. Pernah memegangnya. Pernah menggenggamnya. Yang cepat hilang di tangan. Bila lebat akan gelap keliling. Diselubungi segala yang putih. Hanya bila kuantitinya tersangat banyak barulah ia menabur di atas apa sahaja. Pada waktu malam yang hening akan berlonggoklah ia. Esoknya apabila tingkap dibuka keadaan semuanya sudah memutih.  Terbentang luas dalam ketenangan winter. Hanya bagi yang pernah mengalaminya sahaja dapat bercerita tentang sejuknya yang tidak seberapa. Deraiannya yang tidak henti. Jatuhnya tidak menyakiti. Putih dan terus putih. Tidak ada sepertinya di sini. Kecuali yang dibikin manusia. Tetapi sampai bilapun tidak akan pernah sama. Ciptaan Allah lebih mencakup segala yang indah di hati dan di mata. Minda terus merakam keindahan yang lama dan kekal.




Dedaun pokok kebanyakannya sudah gondol di akhir fall. Bagi yang kekal daunnya akan penuhlah dengan snow. Hingga jika terlalu tebal akan ada yang sekah kerana beratnya snow. Tiada yang terlepas dari jatuhan snow yang ringan, putih dan cantik itu. Namun apabila sudah terlalu banyak ia membeku maka menjadi berat. Jadilah ais yang keras.


Suatu suasana yang suram. Snow di mana-mana. Sangat sunyi. Tiada bunyi haiwan. Tiada kacauan unggas. Tiada suara manusia. Hanya yang mungkin kedengaran angin winter yang menderu. Sangat lapang. luas dan sedikit mendamaikan. Asyik menikmati putihnya.



Snow yang sudah menebal di tanah. Nanti akan keras menjadi ais. Ketika itu snow yang lembut menjadi licin. Hanya yang bijak mengendalikannya sahaja yang boleh berpijak di atasnya. Boleh berjalan di atasnya. Boleh berlari di atasnya.



Bangunan itu tentu sibuk di waktu summer. Semasa winter kesibukan hanya di dalamnya sahaja. Keselesaan lebih pada suasana yang hangat dan panas.



Rakaman snow disuluh cahaya.




Dengan rakaman kamera yang berbagai maka berbagai juga gambaran rupa snow yang turun.



Rakaman lain



Warna putih di sebalik gelap malam. Putihnya tetap tampak putih.



Kesunyian yang menghening. Bening yang selalu menghunjam di hati. Sayu mengimbau masa yang berlalu.



Gambar ini sangat simbolik kepada saya. Pintu pagar itu terbuka ke dalam. Namun ia membuka keluar ke suatu lapangan yang luas. Jangan sempitkan minda kita. Bukakanlah hijab masa. Di luar sana terhampar seluas-luasnya peluang dan harapan. Mudah-mudahan usaha yang istiqamah membuahkan hasil yang diredhai Allah. InsyaAllah.