Sunday, January 8, 2012

Spring Datang Lagi


Spring bukan terpisah dari winter. Ia hanyalah suatu transformasi dari satu musim ke musim yang berikutnya. Spring pada kali kedua lebih ditunggu. Sprig tahun 1986. 25 tahun dahulu. Sudah suku abad lamanya. Saya masih berusia 40 tahun. Still a young man. Slim and healthy. Saya dapat mengagak apa yang akan berlaku dari hari ke hari. Dari minggu ke minggu. Secara rasminya spring bermula dari 22 Februari dan berakhir pada 21 Mei. Namun begitu dari Februari hingg April snow mungkin masih turun. Suhunya masih rendah. Iklim masih tidak boleh dijangka dengan pasti. Memang matahari agak memancar. Agak terasa juga hangatnya. Tapi di tanah snow mungkin masih ada. Februari adalah bulan yang agak padat dan sarat dengan snow. Masih agak terlalu sejuk bagi yang mengalaminya pada kali pertama. Walau bagaimanapun sudah boleh diagak di mana bunga akan tumbuh. Bunga apa yang  di kiri jalan. Apa pula di kanan jalan. Warna apa di pangkal pokok. Warna apa di belakang rumah. Di mana bunga besar. Di mana pula bunga kecil.

Seperti diduga tiba-tiba didengar kicauan burung. Satu, dua dan kemudiannya seperti crescendo bunyi kicauan itu bersahut-sahutan. Mula-mula tidak berapa kelihatan. Lama-lama semakin banyak. Hinggaplah siburung. Berpesta meyeri bunga. Menyeri madu yang terlalu banyak pada bunga-bunga yang Allah ciptakan kepada makhlukNya. Winter yang sejuk lalu dibuka seluas-luasnya untuk dinikmati. Winter yang sejuk mencengkam tiba-tiba menjadi sangat meriakan. Jika dahulunya winter sangat memurungkan kerana sejuk dan payahnya keadaan. Spring mencairkan ais. Perjalanan semakin mudah. Suhu semakin meninggi. Walaupun hujan banyak turun keadaan basah tidak menyusahkan. Sesekali banjir berlaku pada masa spring. Kelam kabut juga dalam keadaan yang masih agak sejuk itu. Pada keseluruhannya inilah masa semuanya berbunga. Termasuk cinta dan kasih sayang. Apabila hati turut berbunga. Kembang mekar dengan harap dan harapan.

Allah Maha Kaya. Winter yang gloomy dan mungkin agonising diganti dengan keceriaan. Bunga yang berbagai rupa menjadikan suasana bergemerlapan dengan warna-warnaan. Hati menjadi terbuka dengan riang. Kelapangan minda. Keriangan yang tiada bandingannya. Spring yang meriakan. Dari kuntum-kuntum bunga yang tidak diketahui rupanya, mekarlah bunga yang berbagai warna. Kembanglah bunga yang membuka hati. Yes this is spring. Fiesta of flowers. Pada bulan Mei di Pasadena, California pasti diadakan pesta bunga tahunan. Seluruh dunia mengambil bahagian. Kita di Malaysia pasti dapat menatap perarakan itu. Dunia semakin kecil. Muat pada skrin TV. Terlalu kecil. Seluruh dunia dapat ditatap setiap hari. Spring sinonim dengan maknanya. Hati terbang tinggi dengan harapan. Mengharap yang lebih baik. Harapan untuk mencapai kebahagian yang lebih murni. Begitulah bunga dan spring. Kombinasi yang sangat dekat di hati.

Dari fall semua orang bekerja keras. Memanaskan badan. Memanaskan otak. Memerah segala yang boleh difikirkan. Winter adalah musim bekerja. Di luar yang sangat sejuk dimanfaatkan di dalam bangunan. Belajar, bekerja dan berkarya. Hinggalah spring mereka mendesak diri untuk bekerja. Tiada keletihan. Tiada rehat. Tiga musim yang penuh dengan keberhasilan. Kerja keras yang menjulang ekonomi. Memartabatkan tamadun. Melonjakkan keberuntungan. Memperkaya negara. Sekarang spring datang lagi. Kerja keras itu masih diteruskan. There is no let up. Cuma di dalam hati mereka harapan membunga. Mereka menunggu dengan penuh debar datangnya summer di hujung musim spring. Spring menjadi the spring board untuk melonjakkan datangnya musim summer.   Musim panas yang selalunya dipenuhi dengan cuti. Dengan banyak berjemur. Banyak besantai. Musim untuk melancong. Berjalan. Seeing the world.

Kita banyak kalah dengan orang Barat. Mereka banyak pengalaman live. Pengalaman peribadi. Melihat sendiri. Mereka sanggup berhabis just to see the world. Pengalaman yang akan diperpanjangkan kepada anak cucu. Seeing and knowing adalah dua hal yang jauh lebih baik dari membaca dan menonton rakaman. Walaupun summer di hujung spring sebenarnya segala perancangan untuk summer sudah diputuskan pada musim winter. Malah tidak keterlaluan jika pada musim summer mereka sudah merancang untuk summer yang akan datang pada tahun hadapannya. Maka spring menjadi sangat meriah. Keriangan yang akan berpanjanan hingga fall yang akan datang. Sejuk pada musim winter sebelumnya semakin mejauh. Kehangatan menanti terjelmanya summer menjadikan hati sangat lapang. Sangat meriangkan. Sangat mengujakan. Spring forever.

Di Utara sekarang masih winter. Masih sangat sejuk. Hanya sebulan lagi bebunga akan menguncup keluar. Menjelma dari tanah. Dari dahan. Dari ranting. Dari celah-celah kehidupannya. Selepas tidur , hibernate, sepanjang winter, spring seperti namanya akan tiba-tiba memunculkan segala keindahan. Mengubat hati yang resah dan bosan sepanjaang winta. Akan hilang segala kerinduan. Akan riuh manusia menikmati keindahan. Menikmati anugerah Allah. Saying jika tidak bersyukur. Kasihan mereka. Mudah-mudahan ramai yang akan menerima hidayahNya. Akan nanti menjadikan hidup mereka lebih bermakna. Lebih mengerti penciptaan dirinya. Segala-galanya dalam perancangan Allah.




Iris. Warnanya yang ungu nampak elegan. Sebab itu jenama yang mengambil namanya agak istimewa produknya.



Southern Magnolia. Kuntum yang gah. Tegak sendiri.






Jasmine. Ingat beras jasmine? Ia native di Barat.



Daffodils. Warna kuning yang selalu meriah.

Wisteria in Bloom

Wisteria Flower. Mewah dengan kuntum yang memanjang.

Violet in Bloom

A shade of purple. Seperti terapung-apung di udara.

Wild Flower in Bloom


Keluar dari sampah dan rumput. Bunga lebih besar dari daun dan pokoknya.


Azalea in Bloom

Azalea in bloom. Kuntum dan bunga mekar yang menyegarkan. Hilang sejuk winter yang baru berlalu.

 

Berapa kali kita menikmati keindahan seperti ini. Allah ciptakan untuk kita. Kita selalu terlepas pandang. Nikmat yang terabai.

dogwood buds

Dagwood bloom. Nampak ghairah menikmati musim yang semakin panas. Matahari seperti namanya adalah mata bagi hari. Sinarannya menggamit bebunga yang berbagai warna.

Cardinal Flower in Bloom

Cardinal Flower. Bunga yang garang dengan warnanya.

Image of Cherry Blossoms

Cherry Blossom. Di Washington DC (ibunegara Amerika Syarikat) menjadi tarikan pelancong yang berpusu-pusu. Hanya berbunga pada bulan April.

birds-of-paradise

Birds of Paradise. Ada di Malaysia tetapi untuk tempat tinggi seperti Cameroon Highlands tiada masalah untuk menanamnya. Di tanah rendah hanya yang bisa-biasa sahaja. Bukan yang cantik sebegini.

Image of Decorative Dahlia

Dahlia. Cantik seperti wanita.

heather-flowers

Heather. Ramai wanita barat namanya seperti bunga ini. Memang meriah warna dan kuntuman bunganya.

white-hyacinth

Hyacinth. Di kedai bunga plastik cukup banyak. Bunganya yang sebenar hanya ada di negara beriklim sederhana. Ia bunga spring.

Red Peonies

Peony. Merah menyala. Jika banyak tentu sekali sangat menarik.

Sweet Pea Flower

Sweet Pea. Manis dalam warna merah jambu - pink.

Tulip Buds

Tulip. Warnanya menjadikan kita rambang. Tahan dari spring hingga ke fall. Saya melihatnya sendiri di Toronto, Canada pada bulan September. Gambar yang indah ini tidak seindah melihatnya sendiri. Sukar digambarkan dengan kata-kata. Isi hati tidak terungkap rasanya. Ceritanya memang banyak. Di Holland bunga ini menjadi hasil negara yang besar.

image of bright red zinnia

Zinnia. Bila dilihat secara dekat begini baru nampak indahnya. Nikmat menatapnya lama-lama. Ciptaan Allah tidak pernah menjemukan.

Image of Lilies

Lilies. Paling banyak di kedai  bunga plastik. berbagai warna. Saya pasti tidak ramai yang pernah melihatnya secara live. Apatah lagi memegangnya. Atau menyentuhnya.

Narcissus Jonquila

Narcissus. Bunga yang sangat popular di Germany. Rancak berbunga.

red-carnations

Carnation. Besar dan cantuik.

Wild Flowers 14

Elm. Daun belum tumbuh. Pada awal Februari bunga sepertinya sudah mula menguntum. Mekarnya nanti memeriahkan dengan kicauan burung. Hinggapan rama-rama. Begitu juga lebah dan kumbang yang lain.

Wild Flowers 13

Drummond Phlox. Warna merah. Garang.

Wild Flowers 12

Dog Violet. Dari tanah yang entah mana pokoknya. Entah mana daunnya. Entah mana dahan dan rantingnya. Cantiknya sahaja yang dapat ditatap. Memekarkan hati. Menyegarkan perasaan.

Wild Flowers 10

Coltsfoot. Seperti tiada langsung daun atau pokoknya. Bunganya terlalu besar berbanding pokoknya. Mungkin hanya rumput sahaja.

Wild Flowers 6

Bird Cherry. Rancak dan meriah.

Wild Flowers 4


Baby Blue Eyes. Bunga-bunga renek yang sangat banyak memenuhi tanah. Mulai bulan Februari bunga-bunga sepertinya akan memenuhi segala ruang tanah.


Demikianlah spring. Musim bunga yang berbunga. Indahnya menawan. Tiada ruang yang tidak cantik. Warna-warna yang sangat berbagai. Myrad of colours. Hati akan selalu rindu pada saat begini. Kecantikan yang ingin selalu dikongsi. Beruntunglah yang ada pasangan. Bagi yang tiada akan terus rindu. Hanya bunga yang dapat ditatap. Dari tahun ke tahun. Dari musim ke musim. Kitaran yang tiada selang selinya. Pasti datang dan datang lagi.

Saturday, January 7, 2012

Etika Profesionalism Yang Selalu Tercemar

Pada tahun 1991 dahulu saya pernah memohon dan menghadiri temuduga. Jawatan yang saya pohon ialah Pegawai Perkhidmatan Pelajar di Jabatan Penuntut Malaysia (Malaysian Student Department – MSD) di London. Setelah belajar di luar negara terasa ingin pula berkhidmat kepada pelajar lain. Temuduga saya di Kementerian Pendidikan di Damansara ketika itu. Seorang Datuk yang mengetuai satu bahagian di KPM menjadi ketua panel penemuduga. Sesi temuduganya tidak santai seperti biasa. Ada susana lasak dan agak kasar. Saya mengerti kerana sebagai pegawai MSD selalunya berhadapan dengan berbagai ragam pelajar.  Tentu ada sahaja yang banyak songelnya. Biasalah elaun lambat. Pelajar dihambat resah untuk membayar sewa rumah. Mana wang untuk makan. Itu belum untuk membeli buku dan lain-lain perkakas pengajian.

Antara soalannya ialah mengapa mereka perlu memilih saya. Banyak calon lain yang hebat-hebat. Apa kelebihan saya  berbanding dengan calon yang lain. Bagi yang tidak biasa dengan soalan begitu tentu terkedu sebentar. Budaya Melayu kadang-kadang tidak membenarkan kita menonjolkan diri. Takut dianggap takbur. Mungkin riak. Sedikit ujub barangkali. Namun tanpa soalan seperti itu sebenarnya penemuduga tidak tahu siapa calon yang di hadapan mereka. Yang tertulis dalam borang permohonan pasti tidak lengkap. Ada yang tersembunyi. Dalam resume juga banyak yang tertinggal. Yang dizahirkan hanya yang dikehendaki sahaja. Dalam temuduga selalunya panel akan mencungkil mana-mana yang tertinggal. Dengan provokasi banyak yang tersembunyi akan dizahirkan. Itu juga perlukan orang yang berpengalaman untuk menjadi penemuduga. Hanya mereka yang serupa dapat mencungkil apa-apa yang tersembunyi pada diri calon. Bakatnya, potensinya, falsafahnya, nilai-nilai yang dijunjung dan banyak lagi elemen diri, psikologi dan rohani yang perlju diketahui.

Temuduga peringkat rendah selalunya berkisar tentang diri. Mungkin sedikit pengalaman. Ada juga soalan berbentuk psikologi sekadar untuk menguji kesabaran. Amanah barangkali. Selebihnya yang dicari ialah bakal pekerja yang bersedia untuk diajar. Yang bersedia untuk belajar. Mereka yang terbuka mindanya. Boleh menerima perubahan. Boleh bekerja dalam sat upasukan. Yang akan mengutamakan kualiti. Yang prirotinya ialah keberhasilan organisasi. Keutamaan diri seharusnya hanya sebagai iringan. Capai objektif organisasi untuk mencapai objektif diri. Kerjaya dibina atas kesedaran itu. Menyumbang untuk menerima sumbangan. Hanya mereka yang menyumbang akan dilihat sumbangannya. Akan dinilai harga profesionnya. Pangkat, gaji dan status diusahakan. Earned. Bukan datang melayang. Bukan diberi percuma. Balasan yang diberi mestilah menggunung sebelum ada balasan untuk diri sendiri. Keutamaan adalah untuk organisasi dahulu. Kepentingan diri selalu nombornya di belakang.

Dalam temuduga peringkat tinggi lain pula keadaannya. Yang hendak dipilih adalah orang-orang yang ada pengalaman. Maka yang dicari ialah orang-orang yang boleh menyelesaikan masalah. Yang boleh membuat keputusan. Yang wawasannya melangkaui kebiasaan. Ada kelainan yang menonjol. Masalah dalam kerja berbagai bentuknya. Polanya mungkin sama tetapi penyelesaiannya berbeza-beza. Ikut keadaan dan suasana. Maka soalan-soalan temuduga bukan yang senang-senang. Selalunya ada kaitan dengan peraturan. Staut barangkali. Ada kaitan dengan prosedur. Ada kaitan dengan strategi. Ada kaitan dengan garis panduan. Ada kaitan dengan etika. Maksudnya yang dicari ialah the man. Bukan sebarang orang. Itulah juga sebabnya temuduga peringkat tinggi memakan masa yang lama. Soalannya rencam tetapi selalunya berkisar kepada hal-hal yang ada kaitan dengan working environment. Realiti kerja.

Saya diajukan dengan soalan etika. Soalan yang menjurus kepada sesuatu yang asas tetapi sangat penting kepada setia profesion.
Encik Yusof, one girl student wants to marry you. What’s your reaction?
I’m sorry. I can’t marry her.
Why?
I’m married.
She doesn’t mind about that.
Well, I can’t afford it.
She is not concerned about money. She can support herself. She only wants you.
Still, I can’t  marry her.
Why? Give me one valid reason.

Benar juga soalan itu. Dalam realitinya jika itu terjadi memang jenuh saya mencari alasan untuk menolak godaan. Apatah lagi jika pelajar perempuan itu memiliki segala-galanya. Perfect 10 katakan. Baik lelaki atau wanita boleh tergoda pada bila-bila masa. Terkulat-kulat saya mencari jawapan. Apa sebenarnya jawapan yang paling sesuai. Jawapan yang tidak boleh disangkal lagi. Jawapan yang boleh mematikan semua soalan terbitan. Dalam tercari-car itu minda saya berkisar kepada pengalaman kerja. Lama saya terdiam mencari jawapan. Akhirnya saya teringat Perintah-Perintah Am (General Order – GO) Bab D. Disiplin. Yes! Kata hati saya.

Datuk, I still can’t marry her. It’s not ethical.
That’s right. Thank you.

Kita selalu bercakap tentang etika. Tentunya tidak ramai yang ambil pusing tentangnya. Bukan sesuatu yang wajib dipatuhi atau dihindari. Namun tersembunyi di sebaliknya sesuatu yang amat besar ertinya kepada semua profesional.  Rujuklah ahli falsafah kuno. Yang klasik ke. Orang Barat. Yang Islam. Yang masih hidup sekarang. Socrettes umpamanya mengatakan bahawa ethics adalah sesuatu yang mengarah kepada kebahagiaan. Ia datang dari sesuatu yang cantik. Yang benar. Sesuatu yang yang menjadi idaman. Semua orang ingin mencari bahagia. Tetapi awas! Bahagia tidak boleh terlalu individualistik. Tidak boleh mengorbankan orang lain. Tidak boleh menyentuh hati dan perasaan orang lain. Yang penting ialah carilah bahagia itu walau di mana pun. Walau bagaimana  pun. Tetapi kebahagiaan itu mestilah yang dilihat bahagia. Yang dirasa bahagia. Yang kehadirannya bahagia. Bahagia tidak diungkapkan. Ia akan dilihat pada raut wajah. Pada gerak geri. Pada perlakuan. Pada tutur kata. Pada keadaan yang umum. Yang boleh dilihat. Yang boleh ditatap. Yang boleh dipandang. Malah ramai orang yang boleh menghidunya. Ada pula yang meramalkannya. Orang lain akan merasakan kebahagiaan itu menjadi aura yang dikongsi bersama.

Mematuhi etika bermakna mengikut peraturan. Ada aspek perundangannya. Jika tidakpun semangat perundangannya wujud. Ada prosedur. Ada garis panduan. Ada batas-batas yang diperlukan untuk dijaga. Dihormati. Maka etika itu sesuatu yang berat. Beratnya bukan untuk dilihat tetapi untuk dihormati. Andainya etika itu tercemar maka banyak yang berlarut-larut menyusahkan diri sendiri. Menyusahkan orang lain yang berkepentingan. Etika itu untuk menjadikan sesuatu itu cantik. Cantik itu pula ada kaitan dengan seni. Nilai-nilai estetika. Cintakan keindahan. Suatu cara untuk mensucikan hati. Nafsu. Kegilaan dunia. Bekerja kerana Allah. Berkhidmat kerana Allah. Semuanya untuk maslahah umum. Untuk manusia di sekeliling. Bukan mudah untuk memahami etika. Bukan mudah pula untuk melaksanakannya. Etika itu membataskan keserakahan nafsu. Kebejatan hati. Ia dibangunkan untuk kesejahteraan bersama. Etika semangatnya murni. Ada nilai halus yang terlalu indah. Menjaganya perlukan ketulusan hati. Keikhlasan yang mendalam. Hati nurani yang bersih. Syahdu barangkali.

Dalam kes temuduga saya tadi tentulah besar konsekuannya jika saya melakukan seperti yang ditanya. Sebagai guru saya diberi amanah untuk mendidik pelajar. Untuk membina sahsiahnya. Untuk menjadikan mereka manusia yang boleh menyelesaikan masalah. Boleh membuat keputusan. Boleh menjadi pemimpin. Boleh diasah bakatnya. Segala amanah tertanggung di atas bahau saya sebagai guru. Semua pelajar adalah tanggungan amanah saya. Jika saya melanggar amanah itu berderailah semua yang saya pelihara. Semua keindahan profesionalism saya musnah. Hancur. Luluh. Secara syariahnya tiada apa-apa masalah. Halal nikah antara lelaki dan wanita ajnabi. Mereka bukan mahram. Tiada pertalian darah. Mereka mencintai antara satu sama lain. Layak berumahtangga. Tiada apa-apa halangan syarie. Dari segi etika ada masalah besar. Sebagai guru saya melanggar etika. Dianggap mencemari amanah yang ditanggungkan kepada saya. Saya menjadi tidak amanah. Saya telah dianggap m e n g a m b i l  k e s e m p t a n. Kedudukan saya dianggap mempengaruhi pemikiran pelajar perempuan itu. Saya ada kekuatan untuk mempengaruhinya. Saya ada keupayaan psikologi. Mungkin ilmu. Mungkin juga kedudukan memungkinkan saya membuat desakan. Mungkin juga ada unsur ugutan untuk menggagalkannya. Kemungkinan kesemuanya tidak. Tetapi orang lain boleh membuat apa sahaja tanggapan tentang saya. Saya tidak boleh menafikan dengan apa alasan pun.  Hakikatnya begitu. Niatnya mungkin tidak begitu.

Lihatlah kembali etika profesion masing-masing. Ramai juga guru umpamanya yang menikahi pelajarnya. Tetapi semuanya dilakukan selepas pelajar itu tamat pengajian. Mereka bercinta tiada siapa yang tahu. Orang hanya kata guru itu berkahwin dengan bekas pelajarnya. Atau pelajar itu berkahwin dengan bekas gurunya. Pengetua sekolah tempat saya bertugas dahulu berkahwin dengan bekas muridnya. Begitu juga seorang yang lain. Seorang rakan saya pula berkahwin dengan bekas gurunya. Ya guru perempuannya. Mereka bahagia hingga sekarang. Orang tidak berbunyi kerana perkara itu berlaku selepas kedua-duanya bukan dalam apa-apa tanggungan. Bukan dalam amanah. Bukan semasa bertugas. Seorang pengurus berkahwin dengan setiausahanya bukan masalah. Jika ada mungkin kerana masalah berpoligami. Tetapi yang namanya guru atau pendidik atau pensyarah tentulah kurang etika berkahwin dengan pelajar.  Saya jadi tersentap bila ada perkara sebegitu. Sangat tidak manis. Tidak menghormati profesion sendiri. Melanggar etika. Maka tercemarlah profesion yang ada kena mengena dengan pendidikan. Untuk mendidik mestilah ke arah yang baik. Bukan untuk kepentingan diri.

Bagi yang belum elakkanlah. Jauhilah. Banyak cara lain. Banyak orang lain. Bukan hingga melanggar etika. Tidak amanah begitu. Bagi yang sudah teruskan. Hendak berundur tentu tidak manis juga. Apatah lagi jika sudah bertunang. Atau sudah bernikah kahwin. Apatah lagi sudah beranak pinak. Kasihanilah diri sendiri. Etika itu penting. Ia membantu ke jalan indah. Kebahagian abadi.

Wednesday, January 4, 2012

Masa Semakin Berlalu


Sepanjang 18 bulan di bumi Uncle Sam saya lalui berbagai pergantian musim yang setiap satunya amat mengesankan. Sebelum ke US saya hanya dengar empat musim. Hanya membaca buku. Bila menonton film atau video nampak juga peredaran musim. Melihat gambar tidak rupanya pernah sama dengan realitinya. Gambar terlalu kering untuk memberi makna. Tidak pernah memberi erti. Tandus dari segi perasaan. Kaku dan keras kejang.Tiada rasa naluri. Tiada rasa hati. Tiada rasa deria. Indah dan enaknya tidak dapat dikesan hanya dengan mata. Kulit dan roma tidak menjamah suhu dan iklim yang bertukar. Sanubari tidak pernah menyentuh keindahan musim-musim yang berlalu dengan ceritanya sendiri. Dengan beritanya sendiri. Warna dan bunganya sendiri. Sesungguhnya pengalaman peribadi itu sesuatu yang sangat berharga. It is a treasure of a life time. Benarlah kata bijak pandai, pengalaman peribadi sangat besar kesannya.

Fall 1985 baru sahaja beransur berlalu. Di hujung-hujungnya suhu semakin fall. Semakin lama semakin sejuk. Turun dan terus turun. Mulalah baju dipakai berlapis-lapis. Setokin dan sarung tangan mula dipakai. Tangan selalu di dalam seluar. Merasakan kepanasan tubuh badan. Berjalan selalu deras untuk memanaskan badan. Begitulah orang putih dengan langkah yang panjang dan deras. Bila berada di sana baru faham bahawa suasana keliling yang sejuk perlu ditangani dengan berbagai cara. Ada orang berjalan sambil berjogging. Ada yang berjalan laju. Ada yang berjalan sambil terhenjut-henjut. Menggerakkan badan supaya panas. Supaya hangat. Bukan keluar peluh. Tapi panaslah juga badan. Terasa hangat di dalam baju tebal yang berlapis-lapis. Panas dan sejuk adalah dua keadaan yang berbeza. Panas lebih santai dari sejuk. Jika sejuk semua tak jadi. Memeluk tubuh sahaja. Jika di rumah tidur memang paling sedap. Nyenyak.

Kali kedua menemui winter. Kembali kenangan kali pertama dahulu. Winter adalah sesuat yang asing pada kali pertama. Pada kali kedua semuanya sudah difahami. Ceritanya mula berubah. Namun pada umumnya ada yang tidak berubah. Bila keadaan semakin sejuk suara bising semakin berkurangan. Suhu yang menurun mengurangkan akviti di luar rumah. Perlahan-lahan keadaan itu merubah segalanya. Akhirnya suara yang di dengar hanya sayup-sayup ditangkap telinga. Semjua anak-anak berkampung di dalam rumah. Jika haiwan mereka hibernate. Kanak-kanak pula memerap untuk menikmati panas alat pemanas di dalam rumah. Mereka keluar untuk bersekolah sahaja. Bunyi bising hanya antara empat sisi dinding. Di luar rumah tiada suara kanak-kanak. Sejuk seperti salji. Sunyi seperti winter.  Yang indahnya salji memutih. Terhampar lapang meliputi semua ruang yang terdedah. Dari bukit ke ladang. Dari dataran ke lambah. Semuanya salji yang memutih.

Jika siangnya sunyi, malamnya lagilah lebih sunyinya. Kesyunyian itu lebih terasa kerana malam yang lebih panjang dari siangnya. Dari pukul 4.00 petang hinggalah pukul 7.00 pagi esoknya hanya malam yang gelap. 15 jam yang malam. Di sekeliling adalah sejuk yang mencengkam. Kita di  Malaysia belum pulang dari kerja. Pukul 5.00 petang masih terang benderang. Berpinar kena cahaya matahari petang. Kadang-kadang lebih perit dari tengahari. Petang yang ada pada kita manusia bersimpang siur dengan urusan petang. Pulang dari kerja. Pulang dari sekolah. Pulang dari padang. Dari gelanggang. Dari membeli belah. Dari bertandang ke rumah teman dan saudara mara. Atau pulang dari berekreasi dan menghirup udara petang. Di kawasan Khatulistiwa seperti kita semuanya perdictable. Kita maklum bila siang dan bila malam. Masanya selalu tetap. Variasai masanya tidak banyak berubah. Di hemispiar utara atau mungkin selatan keadaan itu sangat jauh berubah.

Peredaran bumi dan putarannya merubah musim-musim yang menunjukkan hanya satu kepasatian. Itulah tanda-tanda kebesaran Allah. Semuanya untuk manfaat manusia. Melaluinya manusia mengharmonikan akalnya. Menerima hakikat bahawa Allah menentukan segala-galanya.  Kita yang sejarah keturunannnya sejak dari dahulu sudah Islam kadang-kadang terlalu take things for granted. Payah hendak menghargai anugerah Allah. Kita mudah lupa. Dalam pada itu kurang pula syukurnya. Lalu hidup kita dibosankan dengan rutin kebiasaan. Hal-hal yang tidak divariasikan. Adat resam yang diulang-ulang. Tetapi tidak banyak inovasi. Tidak banyak cabarannya. Tidak ada kelasakan. Terlalu predictable. Tidak pernah menanti sesuatu yang baru. Tidak pernah mengharap yang lain. Orang di Barat selalu expect something different. Setiap hari ada kelainannya. Semasa summer mungkin kedaan lebih predictable. Pada musim-musim yang lain semuanya perlukan ramalan. Perlukan prediction. Suhunya. Anginnya. Wind chillnya.  Hujannya. Panas dan sejuknya. Kadang-kadang mereka bukan bercakap tentang minggu atau hari. Malah bukan jam. Kadang-kadang perubahan berlaku dalam masa beberapa minit atau beberapa saat. Kutub Utara terlalu dekat hingga mempengaruhi kehidupan mereka. Polar wind boleh sampai dalam beberapa minit atau saat dalam jarak beribu kilometer. Kuasa Allah. Tanda-tanda kebesaranNya. Allahuakbar.

Teknologi yang dibangunkan membantu mereka di sana. Amat membantu sekali. Kemajuan sains pula memacu keagungan tamadun mereka. Satelit membantu meramalkan cuaca. Perubahan suhu. Hujan dan angin. Kelembapan. Peralihan angin. Banjir. Ribut dan sebagainya. Hidup orang Barat agak hectic tetapi banyak seronoknya. Mereka sentiasa perihatin dengan ramalan cuaca. Ramalan itu pula untuk dua minggu. Setiap mingu dikemskini maklumatnya. Begitu juga ramalan tiga hari sebelum. Dua hari sebelum. 24 jam. Beberpa jam. Malah sejam yang akan berlaku. Ramalan cuaca kepada mereka menjadi rutin dan jadual yang pasti. Mereka tidak boleh merancangkan apa-apa aktiviti di luar rumah tanpa mengetahui ramalan cuaca. Yang istimewanya pula ialah ramalan cuaca sangat localised. Untuk kawasan setempat yang khusus. Tidak ada ramalan cuaca yang umum seperti di Malaysia. Di sana semuanya sangat localised.  Kehidupan mereka sebenarnya juga localised. Termasuklah TV mereka. Akhbar mereka. Radio mereka dan banyak lagi.

Terlalu banyak yang dikenangkan tentang cuaca di US dulu. Kadang-kadang sukar memahaminya. Namun itulah hakikat hidup di tempat yang berbeza. Allah memberikan perbezaan supaya kita semua mensyukuri apa yang menjadi rezeki kita. Tidak sama tetapi natijahnya sama. Untuk kehidupan. Untuk menjadi hambanya yang soleh. Yang sentiasa mengabdikan dirinya kepada Yang Khaliq. Yang Maha Mencipta.







Rindu sangat dengan snow yang memutih ini. Turunnya bak kapas yang lembut. Putih tanpa noda kotor. Sementelahan sewaltu winter ini snow yang turun amat bersih. Amat putih. Amat indahnya. Saya pernah dijatuhinya. Pernah memegangnya. Pernah menggenggamnya. Yang cepat hilang di tangan. Bila lebat akan gelap keliling. Diselubungi segala yang putih. Hanya bila kuantitinya tersangat banyak barulah ia menabur di atas apa sahaja. Pada waktu malam yang hening akan berlonggoklah ia. Esoknya apabila tingkap dibuka keadaan semuanya sudah memutih.  Terbentang luas dalam ketenangan winter. Hanya bagi yang pernah mengalaminya sahaja dapat bercerita tentang sejuknya yang tidak seberapa. Deraiannya yang tidak henti. Jatuhnya tidak menyakiti. Putih dan terus putih. Tidak ada sepertinya di sini. Kecuali yang dibikin manusia. Tetapi sampai bilapun tidak akan pernah sama. Ciptaan Allah lebih mencakup segala yang indah di hati dan di mata. Minda terus merakam keindahan yang lama dan kekal.




Dedaun pokok kebanyakannya sudah gondol di akhir fall. Bagi yang kekal daunnya akan penuhlah dengan snow. Hingga jika terlalu tebal akan ada yang sekah kerana beratnya snow. Tiada yang terlepas dari jatuhan snow yang ringan, putih dan cantik itu. Namun apabila sudah terlalu banyak ia membeku maka menjadi berat. Jadilah ais yang keras.


Suatu suasana yang suram. Snow di mana-mana. Sangat sunyi. Tiada bunyi haiwan. Tiada kacauan unggas. Tiada suara manusia. Hanya yang mungkin kedengaran angin winter yang menderu. Sangat lapang. luas dan sedikit mendamaikan. Asyik menikmati putihnya.



Snow yang sudah menebal di tanah. Nanti akan keras menjadi ais. Ketika itu snow yang lembut menjadi licin. Hanya yang bijak mengendalikannya sahaja yang boleh berpijak di atasnya. Boleh berjalan di atasnya. Boleh berlari di atasnya.



Bangunan itu tentu sibuk di waktu summer. Semasa winter kesibukan hanya di dalamnya sahaja. Keselesaan lebih pada suasana yang hangat dan panas.



Rakaman snow disuluh cahaya.




Dengan rakaman kamera yang berbagai maka berbagai juga gambaran rupa snow yang turun.



Rakaman lain



Warna putih di sebalik gelap malam. Putihnya tetap tampak putih.



Kesunyian yang menghening. Bening yang selalu menghunjam di hati. Sayu mengimbau masa yang berlalu.



Gambar ini sangat simbolik kepada saya. Pintu pagar itu terbuka ke dalam. Namun ia membuka keluar ke suatu lapangan yang luas. Jangan sempitkan minda kita. Bukakanlah hijab masa. Di luar sana terhampar seluas-luasnya peluang dan harapan. Mudah-mudahan usaha yang istiqamah membuahkan hasil yang diredhai Allah. InsyaAllah.

Friday, December 30, 2011

Jangan Berlunjur Sebelum Duduk Untuk Mengurus Anak

Mencegah adalah yang paling baik. Mencegah menghalang musibah. Mencegah sebarang kemunkinan yang negatif. Perkiraan untuk menghasilkan semua yang terbaik. Mencegah itu menghindarkan banyak masalah yang dijangka tiba. Mencegah sebenarnya lebih mudah. Mengambil semua langkah menghindar kemungkinan yang mendorong terjadinya sesuatu. Yang kita maksudkan ialah kedatangan bahaya. Kehadiran mala petaka. Musibah yang selalu tidak diundang. Malangnya kita selalu sesudah terantuk baru tengadah. Kepada ibu dan bapa anak yang paling baik ialah yang akhlaknya menyenangkan. Kata ibu dan bapa dituruti. Tidak banyak karenahnya kerana dia tahu ibu dan bapanya menyediakan yang terbaik untuknya. Malangnya tidak ramai anak-anak yang cepat matang. Yang cepat mengerti. Yang tahu apa yang terbaik untuk masa hadapannya. Sama ada anak-anak tidak dapat mempergunakan akal fikirannya atau ibu dan bapa gagal menyampaikan hasrat hati masing-masing. Walaju apapun maka mencegah adalah ubat segala ubat dalam mendidik anak. Sekiranya cegahan tidak berjaya dilaksanakan maka kita berhadapan dengan musibah merawat. Oleh kerana merawat adalah jauh lebih berat maka mencegah adalah lebih murah. Cost saving. Ia mungkin cost effective. Seperti dalam biznes harus ada cost benefit analysis.

Namanya sahaja disebut mencegah. Sebelum musibah boleh singgah anak-anak harus telah maklum akan apa yang mungkin akan mereka hadapi pada masa hadapan. Langkah mereka mesti lurus. Bila kaki tersandung, musibah jadinya. Apabila terpanjang langkah masalah jadinya. Apabila berhenti melangkah maka penyakit yang akan hinggap tiba. Terlalu banyak penyakit akhlak yang hinggap pada anak-anak kita. Merawatnya menjadi semakin sukar. Mereka semakin kebal nasihat. Jauh dari mahu menerima ajaran. Iktibar banyak terbiar begitu sahaja. Anak-anak semakin liar kerana yang mereka pandang adalah teladan yang bukan hak. Yang mereka rujuk bukan yang benar. Terlalu banyak yang mengganggu psikologi anak-anak. Yang benar mereka ketepikan. Yang salah itulah yang pada persepsi mereka adalah benar. Tolong jangan rujuk TV sebagai benar. Drama banyak yang salah. Berita banyak yang tidak tepat.  Jika ingin melihat benar maka rujukan yang terbaik ialah al-Quran, hadith sahih, ijmak, qias, ijtihad. Rujuk mereka yang musyid. Yang alimnya kerana berguru.  Bukan yang alim kerana membaca. Membaca dan berguru dua perkara yang berbeza. Membaca tanpa guru tidak dapat membetulkan kefahaman. Tidak dapat mengharmonikan keraguan. Tidak dapat meluruskan kecelaruan fikiran. Rujuklah yang arif bukan yang sekadar tahu.

Mencegah banyak juga yang perlu dilakukan. Iklim rumahtangga perlu diwujudkan. Siapa sebenarnya yang ingin kita bangunkan dalam keluarga kita. Maksud saya apa akan kita jadikan anak-anak kita. Bagaimanakah dewasanya nanti. Kita sebagai ibu dan bapa yang mencorakkan mereka. Ingat, mereka dilahirkan suci. Bak kain putih. Bersih dan putih. Kita, kita ibu dan bapanya yang mencorakkan mereka. Jalan fikir mereka datangnya dari kita. Gaya kehidupan didikan kita. Falsafah hidup mereka ikutan dari kita. Tindakan adalah saduran kita. Kita selalu menyenaraikan the dos and the don’ts. Namun kita mungkin memilih yang boleh walaupun dari segi agama tidak boleh. Kita mungkin melarang sedangkan larangan itu tidak bersandarkan agama. Sesungguhnya apa-apa yang diperintahkan Allah tiada yang cacat celanya. Apa-apa yang dilarang Allah tiada apa manfaatnya. Maka jika kita memilih senarai arahan dan larangan yang salah akibatnya adalah musibah. Atau jika kita memilih apa-apa senarai bukan kerana Allah, mungkin musibah juga jadinya.

Ilmu hendaklah dipelajari. Apatah lagi ilmu beribu bapa. Ilmu berkeluarga. Ilmu untuk mendidik anak-anak. Satu lagi mendidik anak jangan ikut trend. Ia tidak menentukan yang hak dan yang benar. Main ikut-ikutan adalah taqlid yang merosakkan. Sebabnya kita tidak tahu rasional pilihan kita. Orang buat kita buat. Kenapa mereka buat kita tidak tahu sebabnya. Tidak tahu pilihan orang lain. Sangat bahaya kerana apabila sesuatu yang tidak elok berlaku kita terpanar. Kita tidak tahu cara berhadapan dengannya. Tidak tahu untuk mengatasinya apabila ianya membebankan kita. Tidak tahu menyelesaikannya. Bila kita tidak tahu maka semakin banyaklah masalahnya. Semuanya membesar tanpa kita tahu untuk mengecilkannya. Sebab itu mencegah perlu ada agenda. Ibu bapa hendaklah bercakap menggunakan bahasa yang difahami oleh anak-anak. Straight to the point.   Yang dibicarakan ialah hal-hal yang diketahui bukan yang samar-samar atau abstrak. Bukan yang ghaib. Kecualilah anak-anak sudah dikebalkan dengan ilmu agama. Akidahnya kukuh. Imannya teruji. Mereka mudah bertaubat. Merawat mereka lebih mudah. Rohani mereka penuh. Cuma ada gangguan sahaja.

Semuanya harus dimulai dari anak-anak semasa kecil. Sewaktu mereka masih polos.  Sewaktu mereka masih terlalu mudah mengikut apa sahaja agenda ibu bapa. Sewaktu mereka tidak banyak karenahnya. Itulah sebabnya standard harus dibangunkan sejak dari mereka kecil lagi. Dengan standard itu mereka dapat dibentuk. Dapat dibina. Dapat dibangunkan mengikut acuan ibu dan bapa. Sewaktu kecil itulah masa yang paling unggul. Paling sesuai. Supaya mereka membesar dalam acuan yang dihasratkan ibu dan bapa. Sekali lagi apakah standard itu sudah dibangunkan. Jika tidak ibu dan bapa akan terus tercari-cari. Mencari ramuan yang paling baik. Rempah ratus yang paling serasi. Formula yang paling ampuh.  Semua ibu bapa mahukan anak-anak yang jempolan. Menjadi jagoan. Anak-anak yang terbaik pernah dilahirkan. Anak-anak yang menjulang nama keluarga. Memartabatkan yang  terbaik untuk keluarga. Namun hakikat tidak semuanya benar. Kesilapan berlaku pada bila-bila sahaja. Cuma didoakan kesilapan itu yang kecil-kecil lagi. Tidak yang terlalu memburukkan.

Walau apapun tidak semuanya seperti direncana. Mendidik anak kadang-kadang seperti cuba jaya. Seperti eksperimen. Banyak yang perlu dilakukan untuk menghasilkan sesuatu yang dicita-citakan. Setiap seorang anak berbeza fitrah khususnya. Pada umumnya mungkin sama. Ada sifat-sifat biasa. Ciri-ciri biasa. Persamaan-persamaan yang membenarkan ianya adalah insan. Manusia yang berperana sebagai khalifah. Pemimpin kepada manusia lain. Yang khususnya tidak sama. Ada yang mudah tetapi banyak yang payahnya. Kesabaran dan perancangan yang jitu diperlukan untuk menghasilkan anak-anak yang terbaik. Kerana itu kesalahan banyak berlaku. Kekeliruan banyak terjadi. Kekusutan banyak dihadapi. Maka ibu dan bapa selalu tidak menang tangan berhadapan dengan anak-anak. Kepayahyan mengurus karenah mereka. Kebimbangan yang selalu datang. Ketidakwarasan yang selalu perlu didalangi. Mendidik secara profesional tanpa banyak emosi. Semuanya ditentukan kurikulumnya. Sebagai guru tanggungjawabnya hanya di sekolah. Sebagai ibu bapa tanggungjawab itu sepanjang usia. Tiada rehatnya. Not even a second.

Barangkali tiada jawapannya yang pasti. Namun banyak yang telah dicuba. Duduklah bertentang mata dengan anak. Duduk berdua. Pegang tangannya. Renung lembut ke matanya. Pandang lama-lama. Nyatakan harapan dan hasrat untuk menjadikanya yang terbaik. Anak yang diinginkan. Berbicara dari hati ke hati. Usap egonya. Hembus psikologinya. Katakanlah yang terbaik kepadanya. Minta dia memahami. Jadikan ianya seperti suatu jual beli. Minta anak beli idea ibu dan bapa. Minta mereka membuat persetujuan. Minta janji mereka untuk ikut rencana ibu dan bapa. Minta mereka faham. Minta mereka ikut dulu. Mencuba dahulu. Beri mereka waktu untuk berubah. Tiada paksaan. Tiada ugutan. Suasana yang santai sahaja. Banyakkan sabar. Banyakkan berdoa. Serahkan kepada Allah. Curahkan hati kepadaNya. Mohon petunjukNya. Mohon bimbinganNya. Mohon semoga Allah membuka ruang hati anak-anak. Membuka luang yang boleh diisi dengan kebaikan.

Rakan adalah suatu keperluan kepada anak-anak. Bimbing mereka untuk memilih rakan-rakan yang banyak positifnya. Pilih yang rajin belajar. Yang suka membaca. Yang suka membeli bahan bacaan akademik. Yang hobinya membina minda dan sosial. Yang menambahkan keyakinan diri. Yang ada daya kepimpinan. Yang darjah kepekaannya tinggi. Yang suka membantu. Prihatin dengan permasalahan antara rakan. Akademiknya selalu dijaga. Pergaulannya selalu dibatas. Kegilaan remajanya selalu banyak sempadannya. Pemikirannya jauh ke hadapan. Menjuarai kebaikan. Menjulang kejayaan. Teman-teman seperti itu yang ditanam dalam benak anak. Supaya mereka tidak memilih yang gila-gila. Bukan yang mementingkan hedonism. Bukan yang tidak tahu memilih hyjung dan oangkal. Bukan yang sesar barat. Bukan yang menyingkir agama. Bukan yang jarang solat. Bukan yang tidak cintakan kebaikan.

Biarlah anak keluar sekali sekala. Tetapi berjadual. Harinya ditentukan. Lamanya ditentukan. Masanya ditentukan. Tempatnya ditentukan. Aktivitinya ditentukan. Pengangkutannya ditentukan. Pakainnya ditentukan. Wang sakunya terbatas seperlunya sahaja. Elakkan pengangkutan awam. Elakkan dia berpergiaan dengan kenderaan awam. Nanti dia menjadi tidak terkawal. Masanya terlalai. Lamanya terlajak-lajak. Terlalu banyak mempersia-siakan masa yang seharusnya dihargai kerana nilainya yang tinggi. Kenderaan banyak lambatnya. Banyak berhentinya. Banyak gangguannya. Banyak masa terbuang menunggu ketibaannya. Maka waktu pulangnya selalu melepasi masa yang diperuntukkan.  Di dalam bas umpamanya banyak juga gangguan yang lain. Mungkin teman wanita. Mungkin teman lelaki. Penyelesaiannya sangat mudah tetapi sulit jika tidak bersedia. Jika tidak ada rasa untuk melindungi anak-anak yang paling dikasihi. Pergi dan baliknya anak itu hendaklah dijemput. Ditentukan time framenya. Sampai di destinasi sebelum aktivitinya bermula. Sampai kembali di situ untuk menjemputnya di hujung sesuatu aktivitinya.  Jangan benarkan ada waktu sengang sebelum aktivitinya bermula. Begitu juga waktu selepasnya. Pendek kata jangan benarkan ada waktu senggang untuknya.  Ingatlah anak-anak kita belum dewasa. Kematangan berfikir belum terbina. Kepandaian menggunakan masa belum terdidik.

Ibu bapa perlu berkeras dengan anak-anak pada waktu-waktu tertentu. Tidak ada kompromi untuk keluar sesuka hati. Sebagai anak beri tanggungjawab untuk mematuhi peraturan ibu bapa. Larangan dikkir awajib. Keluar tanpa mahram sebenarnya bukan Islamik. Anak-anak kita terdedah kepada bujukan syaitan, iblis dan sekutunya.  Bukan sahaja yang ghaib. Yang zahir cukup banyak menggoda. Apatah lagi yang cantik. Yang berpakaian di luar seperlunya. Yang keletahny asedikit galak pula. Terlalu banyak yang tergoda. Terlalu banyak yang ingin menggoda. Terlalu banyak lubuk bahaya di sepa njang perjalanannya. Ke mana sekalipun bahaya itu pasti ada. Kuasa ada di tangan ibu bapa. Kebijaksanaan juga ada pada ibu bapa. Namun larangan, sekatan, peraturan, undang-undang dan garispanduan ibu bapa yang tentukan. Jika anak-anak boleh memahami bahawa mereka ditanggung oleh ibu bapa maka dengarlah kata-kata ibu bapa. Jika anak-anak terasa bahawa mereka lahir dari rahim ibu maka dengarlah kata-kata ibu. Jika anak-anak sejak kecilnya dirawat oleh ibu bapa maka dengarlah apa yang diputuskan ibu bapa. Sampai bilapun anak-anak tidak ada kebebasan miliknya. Kecualilah ia telah berumahtangga. Telah akil baligh dan waras serta matang pemikirannya.

Sebenarnya anak-a nak tidak boleh dimulakan untuk terlibat dengan apa bentuk maksiatpun. Tentu masih ingat apabila anak-anak diazankan sewaktu lahirnya. Diiqamahkan sewaktu lahirnya. Kita telah sahkan Islamnya. Telah ditanam bibit iman kepadanya. Jangan rosakkan dia dengan membawanhya ke arah maksiat. Zaman hedonism seperti sekarang ini konsert bukan caranya. Hiburan terbuka yang mengalpakan bukan caranya. Maksiat yang berupa nyanian janganlah keterlaluan. Jauh sekali dari parti walau apa jenispun. Kesemuanya itu adalah permulaan ke arah sesuatu yang akan lebih berbahaya. Dari aktiviti kecil itulah jadinya pergaulan  bebas. Menari bebas. Berpelukan bebas. Bergeselan bebas. Takut-takut nanti yang kita bimbangi tentang mendekati zina itu menjadi terlanjur menjurus kepada zina yang sebenarnya. Takut-takut pula bahawa seks bebas itu menjadi asam garam yang tidak ada masam dan masinnya lagi. Takut menjadi lumrah. Dari situ juga nanti jadinya ketagihan arak. Ketagihan dadah. Satu punca yang bercapah musibahnya. Bertali-tali hingga tiada terdaya untuk ibu bapa menepisnya lagi.

Prasarana untuk menjinakkan anak di rumah mestilah ada. Maaflah. Jika boleh ibu bapa bekerja keraslah mencari rezeki yang halal untuk membina rumahtangga yang mendapat keselesaan ruang. Keselesaan kemudahan peralatan dan perkakasan. Seboleh kemampuan sediakan ruang itu. Ada ruang solat. Ada perpustakaan mini. Ada ruang rehat. Ada ruang santai. Ada ruang sembang. Ada ruang untuk bekerja. Begitu juga dalam era sekrang ini komputer ada tempatnya. TV ada ruangnya. Radio ada sudutnya. Buku ada rak dan almarinya. Meja dan kerusi ada susunan kekemasannya. Bilik tidur hendaklah diurus seperti hotel. Kemas, bersih, tersusun. Termasuklah bilik airnya. Dapur adalah ruang kerja yang menjamin kebersihan, suci dan terhimpun semua yang halal. Kuantiti dan kualitinya halal. Proses memasaknya halal dan suci. InsyaAllah anak-anak akan lekat di rumah. Lekat di persekitaran rumah. Lekat di bilik. Lekat di dapur.

Solat dan hal-hal agama pastikan tiada uzurnya. Tiada pontengnya. Itu tiang agama. Patah tiang itu maka seluruh hidupnya akan patah. D rumah atau di luar rumah, solat hendak prioriti nombor satu. Jika solat dikira sempurna maka yang lain-lain akan mengikut secara turutannya. Menjaga masa adalah penting. Menjaga waktu adalah keutamaan. Anak-anak hendaklah dipastikan pulang ke rumah sebelum menjelang waktu Maghrib. Sebelum Maghrib. Sebelum azan Maghrib. Lebih awal lebih baik supaya ada masa untuk mandi. Ada masa untuk menukar pakaian yang lebih bersih. Bersedia menunggu Maghrib. Itu adalah permulaan aktiviti malam. Selepas Maghrib mungkin  makan malam. Lalu diikuti dengan mengulangkaji. Membuat kerja rumah. Membaca. Berlatih menjawab soalan. Membuat penyelidikan dengan membaca atau internet. Please not browsing. Bukan melayari internet. Yang dibenarkan ialah mencari maklumat. Seberapa boleh, ibu dan bapa hendaklah berada di rumah pada waktu-waktu tersebut. Mereka perlukan kehadiran ibu bapa untuk menenangkan jiwa raga mereka. Bukan apa-apa cukup dengan hadir di rumah. Anak-anak akan lebih tenang.

Jadilah sahabat anak. Banyakkan mendengar ceritanya. Banyakkan mendengar keluhannya. Kongsi suka dukanya. Bersama mencartakan masa hadapan mereka. Bersama-sama meneroka masa hadapan yang penuh harapan. Mendengar dan banyak mendengar. Elak memberi nilai. Kesilapan ibu bapa ialah terlalu berkeras menghukum dengan nilai yang difahami ibu bapa. Nilai lama yang masih dipegang tanpa ubahsuai. Tanpa perubahan. Tanpa input-input baru yang lebih relevan. Perbualan pula terlalu serius hingga tiada ruang untuk bermesra. Terlalu ingin memberi nilai sehingga menghalang penyatuan jiwa. Malah merenggangkan perhubungan. Masing-masing membina tembok batas yang menghalang-halang antara satu sama lain. Dengar adalah lebih baik dari banyak cakap. Dari banyak pendapat. Tugas ibu bapa ialah membimbing anak ke arah yang sesuai dengan agama. Dengan dirinya sendiri. Setiap anak dinilai secara individu yang berbeza. Anak pertama dan anak bongsu berbeza. Lelaki dan perempuan berbeza.  Yang remaja dan yang kanak-kanak berbeza. Jika boleh belajarlah psikologi. Pelajari kaunseling. Kaedah terapi untuk anak-anak yang berbeza-beza. Kepada anak yang ramai kuliah umum hanya untuk hal-hak yang umum. Jika boleh banyakkan kaunseling individu. Biar anak-anak faham melalui sudut yang berbeza. Pada mereka letaknya harapan ibu bapa. Jangan berkonfrantasi dengan anak. Banyak yang mereka pamerkan bukan masalah tetapi tanda-tanda (symtom) masalah. Selami diri anak-anak untuk mencari masalah yang sebenar.

Banyakkan doa untuk kesejahteran anak-anak. Ibu kenalah lebih usahanya. Doa ibu lebih disegerakan Allah. Ada hubungan naluri antara ibu dan anak-anak. Solat malam diperbanyakkan. Dalam solat itulah panjatkan doa untuk memohon kebaikan anak-anak. Bertanyalah dengan orang-orang alim.  Bacalah buku-buku pandauan mendidik anak. Pilih yang Islamik. Tambah dengan kaedah saintifik. Gabungan kedua-duanya insyaAllah membantu. Walau bagaimanapun berserahlah kepada Allah. Mohon supaya usaha ibu dan bapa dimakbulkanNya.  Mudah-mudahan ada jalannya. Cari dan mohon Allah tunjukkan jalan itu.

Tuesday, December 27, 2011

Mendidik Anak Dengan Deria Halus Yang Menusuk


Ibu dan bapa memiliki mata untuk mengamati. Hidung untuk menghidu. Telinga untuk mendengar. Lidah untuk berkata yang benar dan hak. Jangan lupa ibu dan bapa memilki deria indah. Deria halus yang sangat dekat dengan anak-anaknya. Sedekat tali pusat yang bersambung dari dalam rahim hingga lahirnya. Yang dikerat hanya kerana keperluan fitrah manusia yang perlu dipisahkan kerana nyawanya sendiri sudah ada. Sudah perlu hidup sendiri. Bernafas sendiri. Tetapi naluri ibu tiada tandaingannya. Deria rasanya selalu ada. Halus. Terus. Telus. Antaranya dan anak-anaknya sangat-sangat terlalu dekat. Kasih yang mendekat. Sayang yang merapat. Hati yang selalu bertaut. Aduhai hati ibu. Hati ibu. Hati ibu. Hati bapa yang selalu membantu. Atas tanggungjawab ketua keluarga. Bapa kepada anak-anaknya. Suami kepada seorag isteri.

Keterikatan itu usah diusai. Usah diurai. Harus diperteguh dengan lebih perihatin. Anak-anakmu pasti sampai masanya menjadi remaja. Zaman yang penuh dengan pancaroba. Zaman mereka kehilangan diri dan identiti. Malah ramai yang hilang jatidiri. Lihatlah pada usia yang datang remajanya, dia berubah wajah. Tubuhya membentuk sosok kewanitaannya. Menjadi wanita yang sudah dijamin wanitanya. Anak remajamu menjadi kelangsungan keluargamu. Tubuhnya membentuk. Tingkahlakunya berubah. Emosinya berubah. Psikologinya juga berubah.  Dari anak kecil yang tiada apa-apa, anak itu mula membesar menampakkan kewanitaannya. Emosinya bergejolak. Kehendaknya bercapah. Inginnya terlalu besar. Peribadinya berubah. Ada sesuatu yang tidak semudah beresnya. Ada yang ibu perlu lebih mengamati. Dilihat dengan terus mata. Deria seorang ibu. Ibu dan bapa seharusnya very protective. Menjaga dan melindungi. Memberi faham kepada anak bahawa mereka harus dilindungi. Diselamatkan dari malapetaka yang selalu mengancam. Datangnya dari semua penjuru. Payah hendak ditepis jika tiada tahu.

Setiap hari, ibu khususnya, hendaklah jangan sekali terlepas pandang. Hendaklah dilihat mereka dengan mata halus. Mata hati. Dengan deria. Dalam usia remaja mata kasar bukan penentu. Telinga bukan juga  penentu. Hidung bukan lagi penentu. Lidah bukan sebagai penentu.  Hati ibu mestilah selalu bimbang. Mesti ada cemburu. Ada wasangka. Ada rasa tidak enak di perut. Ada yang selalu mengganggu di mata. Perhatikan emos anak. Amati tubuh badannya. Perutnya. Dadanya. Pinggangnya. Tingkahlakunya. Apa ada dalam diamnya. Apa ada dalam tingkahnya. Emosinya yang turun naik pasti memberi petunjuk tentang dirinya. Hanya mata ibu. Hanya deria ibu yang pasti dapat menghidu. Bukan lagi hidung. Bukan lagi telinga. Deria ibu. Tanpa deria itu ibu  dan bapa pasti mengorbankan anak perempuannya. Memusnahkan maruah. Menghilang harga diri.

Banyak kes yang tersembunyi di dalam baju. Rasanya pakaian tidak terlalu banyak menyembunyikan rahsia. Perhatikan apabila dari jean anak menukar ke baju kurung. Dari yang ketat menjadi longgar. Dari selalu terbuka menjadi pula tertutup selalu. Dari lincah menjadi pendiam. Tidak banyak bergerak. Tidak selincah dahulu. Banyak diam dari gerak. Ketika perubahan seeprti itu berlaku siagalah kerana mungkin ada masalah besar yang sedang melanda. Petaka yang mungkin menimpa. Bencana yang mungkin menjelma. Tidak mungkin seorang anak bertukar wajah. Bertukar rupa. Bertukar lakunya. Bertukar perawakannya. Kecuali ada sesuatu yang signifikan sedang belaku. Sedang ditanggungnya. Detik hati ibu boleh mengenal itu. Pada mata anak itu ada tanda-tanda yang tidak dapat disembunyikan. The eyes would reveal everything.

Itu belum cakapnya. Itu belum tutur katanya. Dulu ia becok. Dulu ia tidak diam. Dulu ia banyak cerita. Ada sahaja berita yang disampaikan. Ada maklumat yang ingin dikongsi.  Tetapi sekarang jadi pendiam. Lebih banyak membisu. Lidahnya selalu kelu. Semua berita berlalu. Maklumat tiada  lagi. Suatu perubahan yang sangat ketara. Mungkin sedikit mendadak. Ia banyak menung. Dari tutur kata yang sudah tidak seberapa pasti, ibu yang peka boleh menyelam sejauh mana sekalipun. Sebarang perubahan ada petandanya. Ada sebab dan musababnya. Lazimnya orang yang bermasalah payah hendak bercakap. Susah hendak bersuara. Menghindar dari berbicara. Menyisih dari bersemuka dengan orang lain. Sukanya bersendiri. Mengelamun. Mungkin bercakap sendiri. Itulah yang terbaik dapat dilakukannya. Sebenarnya anak gadis yang bermasalah tidak pandai menyembunyikannya. Marahnya ada tanda. Rajuknya ada cerita. Segala-galanya ada cerita yang tersendiri. Ibu, lihatlah anakmu. Bapa lihatlah anakmu. Bantulah isterimu mengenal anak-anakmu.

Di dapur mungkin anak tidak selesa. Masakannya tidak sesedap dahulu. Jadual memasaknya tidak menentu. Ramuanya berbeza sedikit. Rasa masakannya berubah garam. Manisnya tidak secukup rasa. Masamnya lari dari biasa. Apabila ada yang mengganggu perasaan maka anak-anak akan menunjukkan pada wajah mereka. Ada yang berkerut dan berkedut. Pipi ada cerita lara. Matanya tidak bersinar seperti dulu. Bahunya sedikit turun kerana hilang ceria. Lagaknya tidak menentu lagi. Anginnya sedikit bertiup kencang. Begitulah emosi yang berubah. Perubahan yang seharusnya dapat dikesan oleh ibu. Seorang ibu yang tajam pengamatannya. Yang telus pandangannya. Yang telinganya mendengar rintihan yang halus. Hidung yang menghidu bau tidak enak di hati anak.  Yang penting deria ibu selalu pasti dengan apa yang dirasa.

Ingatkah ibu dan bapa tentang anakmu yang dulu selalu keluar rumah. Yang selalu bertandang ke rumah kawan katanya. Ada parti hari jadi di rumah kawan. Ada majlis di rumah teman. Ada sahaja alasannya. Bila-bila masa sahaja ada helahnya untuk keluar. Ibu dan bapa haruslah bijak membuat pertimbangan yang wajar. Pertimbangan yang bijaksana. Pertimbangan yang menuntut kewarasan. Membiarkan anak bertandang ke rumah rakannya tidak boleh terlalu kerap. Bermalam di sana lagilah sesuatu yang tidak bijak. Kita benarkan anak kita berada di rumah orang. Pernahkah kita fikirkan keselesaan keluarga itu. Bagaimana privacy mereka. Mereka kena berkongsi ruang dengan anak kita. Mereka terpaksa memberi makan anak kita.  Ada pula yang membasuhkan pakaian anak kita. Bagaimana dengan elektrik dan air. Sebenarnya ada lagi yang lebih kritikal. Keselamatan anak perempuan kita. Kesejahteraan anak kita.. Lalu kenapa sekarang anak itu jarang keluar. Banyak di rumah. Berkurung pula di dalam bilik. Ada masalah yang dihadapinya. Ibu dan bapa perlu tahu menghidunya.

Jangan benarkan anak ke rumah kawannya kerana itu bukan langkah bijak. Bukankah banyak berlaku bapa rakan yang juga tergamak memperkosa. Itu belum abang rakan sendiri yang juga boleh melakukannya. Adik rakan sendiri juga berpotensi. Tidakkah itu menakutkan kita sebagai ibu dan bapa. Fikirkan. Fikirkan. Hubaya. Hubaya. Yang paling baik ialah anak itu berada di rumah. Di bawah pengawasan ibu bapanya sendiri. Diselamatkan dari bencana yang cenderung menjadi. Di rumah tempat tinggal anak perempuan. Biarkan dia di situ hinggalah ada lelaki yang menjadi suaminya yang berhak membawanya keluar dari rumah itu. Diberi perlindungan dan keselamatannya dijamin oleh lelaki suaminya. Di rumah, anak itu dididik menjadi wanita. Menjadi isteri. Menajdi ibu. Menjadi serikandi yang berwibawa. Yang menyelamatkan arang dari keluarganya. Yang memelihara harga dirinya. Yang menjaga maruahnya. Ibu dan bapalah yang menjamin semuanya terpelihara.

Sebulan sekali tentu pasti anak ibu bercuti syar’i. Itu fitrahnya sebagai wanita. Sekali dalam sebulan Allah memberi kerehatan kepadanya. Direhatkan sebagai wanita. Seorang ibu perlu perihatin mengenai hal ini. Ia suatu kemestian. Sesuatu yang pasti berlaku. Jika tidak berlaku cuti itu tentu ada sesuatu yang meragukan. Ada masalah besar yang sepatutnya dikesan ibu. Bapa juga tentu tahu akan hal itu. Mana mungkin  anak perempuan tidak lagi bercuti syar’i. Hanya yang berbadan dua sahaja yang cutinya ditarik balik. Yang tidak lagi diberi cuti. Ia akan cuti panjang setelah ia melahirkan. Tajamkanlah matamu wahai ibu. Wahai bapa. Hidulah dengan deria yang lebih halus bahawa anakmu ada masalah besar. Nalurimu harus dibangunkan supaya malapetaka ini boleh ditanggapi dengan wajar. Ada masalah besar yang menimpa keluarga. Sekiranya keluarga yang solatnya dijaga, hal itu mudah diperhati. Tetapi, tetapi bagi keluarga yang tiada solatnya, maaflah hal-hal seperti itu tidak dapat dikesan. Yang mudah begitu tidak mungkin tidak dapat dikesan. Malang yang bertimpa-timpa.

Begitulah juga dengan anak lelaki. Pakaian dan tutur katanya ada rahsia. Pandangan dan tingkah lakunya ada cerita. Waktu berjalan dan baliknya ada maklumat. Waktu duduk dan berdirinya ada yang menusuk qalbunya. Waktu tidur ada mimpinya. Waktu jaga ada bayang yang dilihatnya. Anak lelakimu ada bau yang wajar. Hidulah bau itu. Ada mungkinnya  bau yang dibawanya pulang mengandungi tanda-tanda musibah. Rokok ada baunya. Dadah tentu sahaja ada baunya yang berbeza. Arak juga ada baunya. Lebih kuat dari yang lain. Hidulah semua bau itu. Anakmu dalam bahaya besar. Hidupnya di hujung jurang yang dalam. Bagaimana dengan kerapiannya. Dengan kebersihannya. Anak lelaki yang bermasalah tidak mengurus dirinya. Pakaiannya bukan sahaja berbau tetapi juga lusuh dan tidak lagi rapi. Rambutnya mungkin juga kusut masai. Berbau. Tidak disyampu.

Matanya mungkin layu. Mati. Tersorot ke dalam. Serinya hilang. Cerianya hilang.  Atau mungkin juga matanya selalu berair. Memerah seperti tidak cukup tidur. Lihatlah tidurnya yang selalu gelisah. Yang tidak nenyak. Banyak lakunya dalam tidur. Kalihnya mungkin banyak. Tadi dia keluar seperti malam-malam yang lain. Keluarnya tidak mengira waktu. Begitu juga pulangnya. Ternyata lewat untuk anak sepertinya. Rumah itu seperti hotel untuknya keluar dan masuk sesuka hati. Semua yang di rumah seperti hambanya. Orang suruhannya. Biliknya tidak pernah dikemas. Katilnya lusuh dan banyak baunya. Tidak ada yang tersusun lagi. Semuanya sudah hilang dari peraturan. Dari kebiasaan. Tanda-tanda yang selalu menyesakkan. Ibu, ayah, anakmu dalam musibah. Dalam kepayahan kerana sudah lama masuk kakinya ke jalan yang salah. Tugasmu menjadi semakin payah.

Semuanya harus dimulai dari awal. Belajar dari mereka yang profesional. Banyak membaca. Banyak bertanya. Banyak berinteraksi dengan orang-orang yang lebih arif. Dari mereka yang lebih berjaya. Dari mereka yang memilik pangalaman setara. Anak adalah kesinambungan waruisan keluargamu. Zuriatmu yang membawa obor keluarga. Yang harga dirinya sangat tinggi. Maruah yang bertatah berlian mahalnya. Ibu dan bapalah penentu segalanya. Semuanya harus dari rumah. Dari guru pertama yang namanya ibu dan bapa. Orang lain hanya pelengkap sahaja. Ibu dan bapa yang meletakkan standard. Kualiti. Nilai. InsyaAllah. Amin.

Saturday, December 24, 2011

Anak Lelaki dan Anak Perempuan

Orang tua-tua berkata, sekawan lembu mudah dijaga, anak perempuan seorang sukarnya hingga tidak terkata. Itu kata orang dahulu. Orang sekarang sudah tidak memandang lagi ke belakang. Menoleh sangat payah. Mereka tidak sudi lagi mendengar ungkapan-ungkapan yang nostalgik. Mereka merasa sudah terlalu terkehadapan. Saintifik dan bukan bahasa melankolik. Bahasa puitis tidak masuk dalam pertimbangan. Memang orang dahulu tidak banyak ragamnya. Yang mereka pegang ialah nilai hidup. Nilai agama. Nilai-nilai yang membentuk norma Melayu. Norma hidup damai. Aman. Selesa. Puas. Santai. Nilai harga diri yang tinggi bersalut budi bersendi maruah. Tanda aras aib dan mala petaka. Anak perempuan selalu terdedah kepada ancaman yang berbagai rupa. Fitnah terhadap mereka terlalu banyak. Zaman dahulu prinsipnya berbeza. Falsafahnhya berbeza. Paradigmanya berbeza. Sekarangpun berbeza tetapi dalam persamaan. Cuma perspektifnya diberi nilai berbeza. Perspektif agama tidak pernah berubah. Orang meletakkannya di aras yang berbeza. Nampaknya semakin lama semakin menurun ke bawah. Jatuh dari satu anak tangga hingga beberapa anak tangga di bawahnya.

Pada zaman saya kecil, orang kampung masih serong memandang orang bandar. Ada konotasi negatif yang dianut orang bandar. Selalunya bahasa. Orang bandar speaking. Bercakap dalam bahasa Inggeris. I dan you sangat lumrah. Pakaian sudah tidak tradisi lagi. Gaun dan skirt. Lepas bebas. Tudung banyak yang disimpan di almari. Hanya jika ke pejabat agama, tudung dipakai. Hanya jika ada kematian barulah tudung dicari. Sebaliknya orang kampung dilihat sangat tradisi. Kolot kata orang bandar.  Hidup seperti tiada seri. Mati. Minda beku. Namun hidup di kampung terasa damainya. Rukun sesama sendiri. Makan minum mencukupi. Banyak yang ditanam sendiri. Cumanya hidup terlalu sederhana. Banyak mudah dari susuhnya. Garapan fikiran tidak tinggi. Sekadar untuk hidup mudah. Tidak banyak karenah. Dalam pada itu mereka dekat dengan agama. Malamnya psti terdengar anak-anak mengaji al-Quran. Yang muda bermain kompang atau belajar berzanji. Majlis di kampung penuh syahdu. Irama malam banyak yang menyentuh rohani. Dalam persekiaran itulah anak muda dipelihara. Ank gadis dipingit untuk dipersembahkan kepada suaminya dalam keadaan lengkap dan suci. Jaminan turun temurun dalam keluarga yang selalu menjaga budaya. Menjaga nilai diri. Harga diri yang mahal. Terlalu mahal.

Zaman berlalu. Masa beredar. Usia memanjat. Persekitaran berubah. Paradigma berubah. Positif atau negatif perlukan spektrum yang berbagai pula. Standard siapa yang benar perlu dilihat dan ditapis kesemuanya. Sekarang ini keadaan sudah terbalik.  Orang bandar lebih banyak yang menuntut agama. Masjid dan suraunya lebih makmur. Wanitanya lebih ramai yang bertudung. Terutamanya wanita yang muda.  Kelas agama banyak di sana sini.  Yang berada ramai yang menginsafi diri. Banyak harta yang diinfaqkan.  Tetapi bandar ada dua wajah. Wajah yang positif dan wajah yang negatif. Mereka yang lebih terpelajar lebih giat ke arah agama. Malangnya ada segolongan lain yang lebih membentuk hidup negatif. Samalah bila saya kembali ke kampung. Anak-anak kampung lebih bandar dari anak bandar. Tetapi hanya dari segi berpakaian. Gadis kampung berjean ketat. Berkemeja-T sendat dan singkat. Rambut aneka fesyen dan pastinya payah hendak ditudung.

Ibu bapa ramai yang tidak mengerti pilihan. Anak-anak terlalu diberi pilihan. Sangat ironis sebuah keluarga yang kontras. Si nenek bertudung lingkup. Si emak bertudung labuh. Si anak dara terdedah segala aurat. Nilai Melayu hilang entah ke mana. Nilai Islam tercampak jauh. Nilai Timur terbang melayang. Itu anak kampung. Anak orang kampung saya dahulu. Yang datuk dan neneknya saudara mara saya. Mungkin sepupu dan bau-bau bacang dengan saya. Berubah sungguh keadaan. Bukan 180º. Sudah jadi 360º. Pemisah antara bandar dan kampung sudah tidak kelihatan lagi. Pembandaran sudah sampai di kampung. Malangnya yang sampai bukan yang positif. Alangkah baiknya jika gah dengan kecemerlangan akademik. Menjadi saintis yang layak menerima Nobel Prize. Usahawan yang dermawan. Pendidik yang mendidik. Hakikatnya yang tinggal di kampung hanyalah saki bakinya. Anak-anak yang cemerlang berada di sekolah berasrama. Berada di IPT. Bekerja di bandar lain. Di negeri lain. Di kuala Lumpur paling ramai. Kampung kekal dengan kekampungannya. Zaman tidak banyak merubah keberadaannya.

The crux of the problem is freedom. Kebebasan yang terlalu mutlak.  Berjaya Barat memperdaya orang Islam Melayu Timur menganut falsafah kebebasan mereka. Acuannya mungkin hak asasi. Kebebasan bersuara. Kebebasan individu. Rujukan orang kita ialah media. Artis. Pada hakikatnya mereka bukan semua layak dirujuk. Hanya yang terpilih sahaja. Kesemuanya tidak boleh dirujuk kecuali mereka memang berhak dirujuk. Orang akademik sangat maklum, akhbar  manapun tidak boleh dirujuk untuk hal-hal yang berbentuk akademik. Tidak mencapai tahapnya. Terlalu nipis nilai akademiknya.  Namun itulah yang orang kampung faham. Akhbar adalah benar. Media elektronik khususnya TV adalah benar. Majalah adalah benar. Sebenarnya bukan anak-anak yang melabelkan benar. Ibu bapa yang menentukan kedudukan itu. Ibu bapa membenarkan anak-anak menjadi seperti orang-orang yang mereka rujuk. Kesilapan yang tidak pernah hentinya. Berkait dan menjerumus ke dalam jurang yang semakin dalam.

 Kebebasan menjerumuskan anak-anak gadis ke ruang larangan. Ke sempadan yang terlarang. Had-had yang sepatutnya menghalang. Akibatnya selalu sangat sukar dimengerti. Nilai agama hilang. Nilai maruah hilang. Harga diri entah di mana. Seks bebas dicuba hingga merana. Menghiris halus hingga berkecai nilai-nilai diri dan agama. Bangsa telah lama cuba dibangun tetapi tiang serinya selalu patah. Banyak akbiat lara di mana-mana. Bayi-bayi yang tidak berdosa di bungkus patah bunuh buang merata. Beritanya jadi lumrah. Akhirnya tiada apa-apa yang dirasa lagi. Semua orang dewasa hilang wibawa. Ibu bapa sudah lama gagal dan kecewa. Anak-anak kita sudah terlepas jauh dan jatuh ke bawah. Merempit. Membunuh. Meragut. Memperkosa. Sebut semua yang namanya maksiat diteroka. Dibudaya. Menjadikannya semua perkara biasa. Tiada lagi yang cela. Tiada lagi yang hina. Nilainya sudah berubah. Yang hina dipandang biasa. Yang cela dianggap tiada apa.

Siapa sebenarnya yang menentukan nilai jika tidak ibu dan bapa. Lihat anak lelaki Melayu Islam yang hancur lumat. Mereka terjebak dalam semua aktiviti yang menjejas nilai bangsa. Nilai agama. Nilai Melayu. Nilai budi. Nilai sopan santun. Nilai kelembutan. Semuanya punah hingga tiada lagi yang dahulunya dibanggakan. Bangsa Timur yang tegak berdiri membesarkan Sri Vijaya. Yang menjaga martabat Melaka. Kelemahan yang telah lama rupanya. Kelemahan yang telah diperhati dan mudah dikalah patah. Yang telah dikesan Portugis. Yang dimamah Belanda. Yang manipulasi Inggeris. Yang cuba dilunakkan Jepun. Walaupun akhirnya dapat berdiri sendiri, orang kita tidak betah membina keagungan. Ramai yang tewas dengan gemerlapan kaca yang disangka intan. Bagaimana lagi kita harus membina bangsa. Membina kerangka hebat dan agung. Perlukah semuanya dikorbankan. Kemajuan at the expense of all heritage. Our root.  Ke mana hendak ditoleh. Ke mana hendak diharap lagi. Hanya ibu bapa yang harus kembali. Mengembalikan semua yang hilang.

Anak lelaki bukan jaminan. Anak perempuan bukan lambang kelemahan. Kedua-duanya penyambung warisan keluarga. Warisan bangsa. Warisan agama. Warisan budaya. Warisan segala yang berbudaya. Di bahumu ibu dan ayah kelangsungan segala yang diharapkan. Nantikan siri terakhir.

Friday, December 23, 2011

Mata Yang Memata-matai

Wawasan 2020. Terang dan jelas. Sangat terang dan jelas. Tetapi wawasan kita bukan setakat 2020. Itu hanya titik masa yang akan sampai bagi yang masih hidup ketika itu. InsyaAllah tarikh 1 Januari 2011 akan berlalu seperti hari-hari biasa setiap hari. Tiada bezanya. Matahari dari Timur. 24 jam sehari. Ada siang dan ada malam. Ada rezeki nampak bulan. Jika tidak gelap begitu. Terangi dengan lampu elektrik. Pernahkah kita sebagai ibu bapa melihat dengan terang. Ramai yang boleh berbuat begitu. Semuanya dilihat jelas. Tiada yang terlindung.  Itu pada pandangan kita. Keyakinan kita. Namun dalam pengalaman kita terlalu banyak hal-hal yang terlindungan dari perhatian kita. Tidak dilihat walaupun dipandang. Seperti sewaktu kita memandu, ada blindspot (pandangan haizat) yang selalu membuatkan kita terlepas pandang objek di kana  dan di kiri kita. Malah kadang-jadang yang di hadapan mata  kita tidk melihatnya dengan saksama. Menjadikan kita salah jangka. Dekat dilihat jauh. Laju dilihat perlahan. Kerananya kita selalu membuat keputusan yang membahayakan diri. Tidak selari dengan keperluannya. Keselamatan terjejas. Kejayaan terganggu. Kebahagiaan terbantut. Banyak lagi musibah kerana kita mengabaikan pentingnya menjaga blindspot tersebut. Pada mata biasa ianya tiada apa. Pada pandangan biasa tiada besar masalahnya. Namun kepada ibu dan bapa jika blindspot ini tidak dijaga akan terlalu banyak musibah yang akan mendatang. Memberikan segala keburukan yang tidak pernah dirancang. Tidak pernah diundang. Datang menerpa kerana kelalaian menjaga blindspot.

Dalam keluarga, blindspot kita mungkin anak-anak remaja. Kita tidak berapa memandang dengan benar. Tidak teliti kerana terlalu yakin semuana dalam keadaan terkawal. Kita melihat yang lain. Yang pada pendapat dan keutamaan kita adalah lebih berhak. Itulah kesilapan kita. Kita sibuk dengan  kerjaya. Bagi bapa semuaya diserahkan kepada ibu. Ibu pula sibuk dengan kewanitaannya. Sibuk juga hingga tidak melihat blindspot yang mengancam keluarga. Yang membahayakan keluarga. Semuanya boleh porak peranda kerana blindspot yang tidak selalu diambilkira. Kita selalu take things for granted. Segalanya akan selamat.  Kita menjadi tidak peka dengan perubahan. Tidak perihatin dengan kelainan. Tidak kisah dengan apa yang berlaku di depan mata. Yang selalu dengan mudah kita terima sebagai biasa.  Tiada hal. No big deal. Musibah yang orang lain alami kita andaikan tiada kena mengena dengan kita. Kita tidak melihat dan merenung. Tidak belajar untuk mengambil iktibar. Belajar dari kesilapan orang lain. Mengambil pengajaran dari apa yang dilihat. Yang didengar. Dinding dan tembok tidak kita bina. Perisai dan penahan tidak kita dirikan. Bahawa sesungguhnya anak-anak kita sentiasa terancam dengan dunia yang mengancamnya. Antara yang besar ialah pergaulan bebas.

Janganlah tertipu dengan kebebasan. Jangan terpedaya dengan ilusi kebebasan itu. Anak-anak kita tidak tahu erti kebebasan. Jangan. Saya yakin benar mereka tidak menghargainya jika tidak memahaminya. Ibu dan bapalah yang harus berusaha mengertikan. Bukan orang lain. Kebebasan hanyalah momokan. Hantu yang tidak dapat dilihat lembaganya.  Maka terbukalah hati ibu. Hati bapa. Ini zaman anak- anak. Zaman ibu dan bapa sudah berlalu. Dahulu mereka sewaktu anak-anak tidak menikmati kebebasan itu. Biarlah anak-anak mendapat habuan mereka. Satu keputusan yang besar silapnya. Sangat-sangat silap. Kebebasan bukan untuk diperturunkan. Bukan warisan. Bukan pesaka. Bukan hadiah. Ia adalah sesuatu yang hak. Hanya yang berhak sahaja memiliki kebebasan seperti yang dituntut anak-anak.  Pendapat mereka boleh dirujuk tetapi bukan kebebasan yang dihadiahkan. Terlibat dengan hidup bangun keluarga adalah suatu permainan untuk menjadi dewasa yang bertanggungjawab. Tetapi sekali lagi mereka tidak boleh diberi kebebasan. Ibu bapa hendaklah selective dalam memberi erti apa yang namanya kebebasan.

Ingattak sewaktu anak-anak kecil dahulu. Sewaktu selalu dibelai kerana kecilnya. Mongelnya. Waktu mereka sekadar boleh duduk. Mengesot. Merangkak. Bertatih. Berpapah. Kita yang mandikan. Kita yang bersihkan najisnya. Kita yang lapkan badannya. Kita yang pakaikan bajunya. Kita yang tidurkan. Kita yang suapkan makannya. Dalam sehari banyak kali kita periksa kulit dan badannya. Takut ada gigitan nyamuk. Takut ada ruam. Takut ada luka. Takut ada kotoran. Menjadi lumrahkan kepada kita. Namun masa dan usia anak yang semakin membesar rupanya mengendurkan keperihatinan kita terhadap mereka. Kita surut mengundur. Kita merasakan yang kita telah memberikan yang terbaik untuk mereka. Kita telah didik mereka dengan sangat sempurna. Ketika itu kita tidak lagi menyentuh kulit dan tubuhnya. Tidak melihat serangan nyamuk atau lalat. Tidak lagi ingin tahu jika ada gigitan lipan atau jengking. Kerana itu kita lalai. Kita leka. Kita alpa. Sekali lagi kita take things for granted. Kita rasa bahawa anak-anak kita tahu menjaga diri. Tahu menggunakan akal. Mereka telah diberi ajar. No. We are wrong. Kita membuat kesilapan yang sangat, sangat besar. Anak-anak sebenarnya tidak pernah belajar seperti yang kita harapkan. Mereka pada hakikatnya dibuai khayalan hingga terpana dengan ibu bapa mereka. Mereka tidak pernah belajar untuk melaksanakan apa yang diajar. Apa yang dididik. Apa yang selalu dipertaruhkan sebagai warisan keluarga. Mereka mejnadi makmum yang terlalu perlu dibimbing. Perlu selalu diimami.

Jagalah dari kealpaan itu. Bangunlah untuk melihat semula peranan ibu bapa terhadap anak seperti sewaktu mereka kecil dahulu. Tetapi dengan ubahsuaian yang tertentu.  Ibu selalulah lihat semula anak-anakmu. Bapa bantulah ibu untuk mempastikan kesejahteraan anak-anakmu. Bagi anak perempuan ibulah yang paling dekat. Lihat semula tubuh badan mereka. Selagi mereka belum bersuami pastikan setiap hari luangkan masa untuk memerhatikan mereka. Menjengah tubuh badan mereka. Ibu yang harus selalu melakukannya. Jangan terlupa. Jangan tidak ambil peduli. Anak itu maruahmu. Harga dirimu. Arangmu. Pastikan dia tidak menconteng mukamu. Biarlah bersusah payah supaya tidak datang aib di kemudian hari.   Bersusah payah dahulu untuk bersenang hati kemudian. Anak-anak perempuan sangat perlu dijaga. Kebebasan seharusnya tidak ada untuk mereka. Mereka perlu dibimbing. Dipantau. Dijaga. Dilindungi. Pada kebanyakan masa mereka dipingit. Hanya yang berhak sahaja layak memilikinya.

Anak perempuan bukan lagi yang lemah. Yang pemalu. Yang selalu buntu. Mereka sudah banyak terdedah dengan berbagai keburukan. Sedikit sebanyak ada pengaruhnya dalam diri mereka. Pandanglah. Amatilah. Siapa rakannya. Gaya hidup mereka. Keluarga mereka. Yang penting solat mereka. Ke mana mereka pergi. Apa mereka lakukan pada waktu lapang. Banyak lagi soalan-soalan besar yang mesti dicari jawapannya. Besar bukan kebijaksanaan. Anak tetap anak. Sebelum mereka dilepaskan keluar dari rumah ada alasan besar yang terlebih dahulu membenarkannya. Pertamanya apabila mereka menikah. Kedua apabila mereka mula bekerja. Yang pertama mereka sudah menjadi tanggungjawab suaminya. Sudah menjadi hak orang. Yang kedua  tanggungjawab keluarga. Tanggungjawab masyarakat. Namun selagi mereka belum berumahtangga, 100% diri anak itu tanggungjawab ibu dan bapa. Khususnya tentulah bapa.

Jadual harianya dipantau. Rakannya dipantau. Perginya dipantau. Segalanya tentang anak perempuan adalah tanggungjawab ibu bapa. Akan bersambung.