Banyak kerjaya yang
diceburi oleh berbagai lapisan manusia. Lazimnya kita kaitkan sesuatu kerjaya
dengan kelayakan akademik, pengalaman, peluang dan nasib. Ada masanya kita
mendapat kerja kerana kita kenal majikan kita. Lazimnya juga mereka yang
memiliki kelayakan yang tinggi menjawat jawatan eksekutif hingga ke CEO.
Jawatan paling tingggi dalam mana-mana organisasi. Kita melihat mereka inilah
yang naik menegak atau bergerak mendatar. Semakin banyak pengalaman maka
peluang untuk naik pangkat semakin cerah. Pengalaman itu bukan hanya sekadar
pengalaman. Ianya dikaitkan dengan kecekapan untuk menyelesaikan masalah dan
untuk membuat keputusan yang bermanfaat kepada organisasi. Kita ketepikan soal
politiking dalam oraganisasi. Itu mungkin aspek lain yang sukar dihuraikan.
Kita hanya ingin melihat sesuatu yang biasa berkaitan dengan kelayakan akademik
dan pengalaman.
Bolehkah seorang
juruteknik umpamanya menjadi CEO? Jawapannya boleh dan tidak. Tentu boleh jika
ia menceburkan dirinya dalam sesuatu organisasi. Menjadi usahawan umpamanya.
Tetapi dalam oraganisasi yang diriya hanya seorang juruteknik kebarangkalian ia
menjadi CEO mungkin 0.0001%. dalam banyak hal kelayakan akademik adalah sesuatu
yang dipandang lebih utama. Keduanya pengalaman. Hanya pada keadaan tertentu
sahaja pengalaman dipandang tinggi. Namun demikian ramai antara kita
berebut-rebut untuk naik ke atas walaupun jalannya penuh dengan protokol,
prosedur, sistem dan birokrasi. Yang kurang berkelayakan akan pasti tertinggal
dalam perkiraan. Yang kurang berpengalaman juga akan tertinggal. Maksudnya jika
hendak naik ke atas maka hendaklah melengkapkan diri dangan aras akademik yang
lebih tinggi. Jika tidak lebih baik belegar di peringkat bawah sahaja. Lebih selamat
dalam jangka panjang.
Kadang-kadang kita
tidak tahu tentang the intricacity sesebuah organasi. Banyak yang kita
tidak dapat memahaminya. Ketelusan hanya kepada yang memandangnya dengan telus.
Lazimnya terdapat tangan-tangan ghaib yang turut serta dalam proses yang
dikatakan telus, lurus dan bersih. Namun begitu sistem, protokol dan sebagainya
sukar ditembusi tanpa kelayakan minimum seperti kelayakan akademik dan
pengalaman yang relevan. Di luar sana soalan yang standard selalu kita dengar
ialah,”Apa kelulusan dia?”. Tanpanya maka integriti dan kredibiliti seseorang
itu boleh runtuh dengan sekelip mata. Ramai orang yang tidak dapat memahami
hal-hal yang besar dan sulit ini. Di
mana sebenarnya titik pertemuan antara akademik dan pengalaman. Yang pastinya kelayakan
akademik menjadi pasport untuk menjawat jawatan yang lebih baik. Lebih banyak
ganjarannya. Lebih tinggi status sosialnya. Ia bukan kerana kita Melayu atau Islam
atau adat Malaysia. Sebenarnya di mana-mana sekalipun akademik adalah pasport
untuk mendapat kerjaya yag lumayan pendapatannya.
Lazimnya mereka yang
bertaraf lulusan IPT dipandang tinggi andainya memenuhi syarat-syarat tambahan.
Akhlaknya sesuai. Pergaulannya santai. Ideanya banyak dan bernas. Tindakannya profesional. Bijak menangani
masalah. Membuat keputusan yang relevan. Tanpa syarat tambahan, seseorang
graduan dipandang sama. Mampu terlihat dengan sebelah mata sahaja. Sorotan
hidup di kampus akdemik memperlihatkan bahawa seseorang graduan itu telah
melalui suatu proses yang panjang, sukar berliku, teruji minda dan emosinya,
cergas dan sihat, hidupnya melampaui sempadan kampusnya. Aktiviti
kemasyarakatan yang banyak dan bertalu-talu. Mereka melalui pula proses membuat
kerja-kerja amali. Bengkel dan makmal seperti rumah kedua. Perpustakaan seperti
rumah sendiri.
Apabila mendakap
segulung ijazah, yang dilihat hanyalah kertas nipis. Ditimbang tiada harganya.
Lori yang membeli surat kahbar lama rasanya tidak berminat. Kecualilah banyak dan berat timbangannya.
Tetapi mereka yang berpengalaman sahaja mengetahui bahawa di sebalik sehelai atau
sekeping kertas ijazah itulah entah berapa banyak tetesan airmata. Banyak keringat
yang mangalir. Berapa banyak keluhan dan dengusan. Berapa banyak emos
terganggu. Tidak tenteram. Tidak aman. Bersarang kebimbangan tanpa henti.
Antara A hingga ke E di hujung semester. Maknanya graduan yang beraspirasi
menjadi seorang eksekutif dan akhirnya mungkin menjadi CEO memiliki ramuan yang
diperlukan. Cukup atau tidak bergantung kepada graduan dan majikannya. Ditambah
dan disempurnakan sepanjang kerjayanya. Tidak ada graduan yang santai hidupnya
semasa di kampus. Mereka boleh santai tetapi akan keluar lebih cepat tanpa
ijazah. Kampus adalah tempat latihan keras dan seru. Menuntut fokus tanpa
syarat.
Maka dalam mana-mana
organisai kelayakan akademik dan pengalaman tetap dipandang tinggi. Mereka yang
tidak tinggi kelayakannya hanya mampu mendongak. Hanya berkisar di aras bawah.
Mereka terhalang untuk menembusi tingat yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun
mereka yang berada di bawah adalah istimewa kerana merekalah yang menggerakkan
organisasi. Jika mereka yang di atas adalah pemimpin maka mereka yang di bawah
adalah mereka yang dipimpin atau pembantu . Staff dalam bahasa Inggeris
dan karyawan jika di Indonesia. Tidak ada perbincangan siapa yang lebih
penting. Pemimpin diperlukan. Pembantu diperlukan. Akhirnya kita sedar bahawa
antara pemimpin dan pembantu ada peranan masing-masing. Tanggungjawab bersama.
Objektif yang sama. Yang dipimpin melaksanakan tugas-tugas dasar. Pemimpin
merancang, mengkoordinasi, menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan-keputusan yang diperlukan.
Oleh kerana mereka
yang di bawah terhalang untuk naik ke atas maka tidaa semestinya mereka
terhalang untuk melakukan yang terbaik. Cuba kita fikirkan bersama apa yang
wajar dilakukan oleh seorang pembantu di peringkat bawah.
1
Meningkatkan produktivivi
2
Menyumbang idea walau kecil sekalipun
3
Membantu mengurangkan pembaziran bahan, masa, waktu, kos dan lain-lain
yang berkaitan
4
Membina ukhwah sesama ahli organisasi
5
Membina iklim organisasi yang kondusif
Bukan sebarang orang
yang boleh berada di peringkat atas. Fizikal, mental, perasaan dan psikologi
mereka telah dibina semasa di IPT dahulu. Tidak semua orang dapat berperanan
seperti mereka. Kadang-kadang pengalaman sahaja tidak memadai. Andainya kesemua
yang tersebut dapat diushakan, rasanya orangisasi menjadi lebih indah dan membahagiakan.
Sumbangan dari pembantu di bawah lazimnya dilihat positif. Organisasi
memberikan imbalan yang meningkatkan kebajikan dan kesejahteran kesemua
ahlinya. Buangkan sifat berebut naik kerana jalannya sudah tersekat.
Berlegarlah di bawah tetapi dengan misi besar untuk membantu organisasi. Ianya
bukan sesuatu yang sukar. Lihat balik analisis kerja dan spesifikasi kerja
masing-masing. Dari situ kita boleh bertitik-tolak untuk membina kehidupan
berorganisai yang lebih baik.