Terdapat sebuah air terjun yang paling
cantik di dunia yang letaknya di Afrika. Malangnya Afrika bukan benua pilihan
rakyat dan pemerintah negara maju. Beria-ia mereka propagandakan bahawa yang
tercantik dan terhebat ialah Niagara Falls yang terletak di sempadan USA dan
Canada. Masing-masing ada kelebihannya
yang tersendiri. Sayangnya Victotia Falls di Afrika tidak mendapat perhatian
wajar. Begitu licik keturunan *Sam di Barat menafikan kelebihan kaum *Ham di
Afrika. Jika kita tinjau ke setiap negara pula pasti ada air terjunnya
masing-masing. Mungkin sekadar riam. Atau air terjun kecil. Banyak persamaannya
antara satu sama lain.
1
Yang mengalir ialah
air.
2
Lazimnya airnya jernih,
sejuk dan menyegarkan.
3
Tidak pernah kering. Tetap
mengalir tanpa mengira musim.
4
Ramai yang
mengatakannya cantik. Belum pernah air terjun dikatakan hodoh.
5
Tidak pernah jemu
memandangnya. Mengambil gambarnya. Datang ziarah mengulanginya.
Begitulah ciptaan Allah. Tiada cacat dan
celanya. Kesemuanya untuk manfaat manusia dan makhluk ciptaannya. Dari air
terjun itu wujud lopak dan sungai. Jadi sumber kehidupan ikan, haiwan, unggas,
pepohon dan manusia. Tanpa air itu matilah segalanya. Sebab itu 70% bumi adalah
air. 70% tubuh kita mengandungi air. Terlebih air masalah kesihatan. Kurang air
juga masalah kesihatan. Mengekalkan keseimbangan kuantiti dan kualitinya cukup
penting. Perlu tahu juga mengekalkan suhunya supaya tubuh badan sentiasa dalam
aman sejahtera. Sihat walafiat. Kerana itu barangkali kita sukakan air. Tidak kira
bagaimana bentuknya. Asalkan air ada sahaja tarikannya. Paling kurang untuk
memandangnya. Mungkin bergambar berlatarbelakangkan air.
Mesir adalah sebuah negara yang agak
besar di utara Afrika. Kebanyakan keluasan negara ini adalah padang pasir yang
luas. Dinamakan padang pasir Sahara. Kebetulan dalam bahasa Arab padang pasir
dipanggil sahara’. Orang lain menamakannya Sahara. Kuasa Allah menentukan
bahawa di Fayoum yang subur buminya wujud sebuah air terjun kecil. Rendah. Tidak
signifikan berbanding dengan yang ada di negara lain. Walau bagaimanapun ianya tetap
menjadi tarikan rakyat Mesir untuk mengunjunginya. Menikmati kewujudannya. Mensyukuri
keberadaannya. Menghayati kebesaran Allah. Mengerti hanya Allah sahaja yang
berupaya mengadakannya. Di kawasan yang lapang dan berpasir itu keluar mata air
yang mengalirkan airnya dengan banyak. Melalui celah-celah tanah dan batu. Lalu
deras dan jatuh apabila ada tingkatan ketinggian yang berbeza pada laluannya. Terjadilah
dengan kuasa Allah air terjun di Fayoum.
Saiznya kecil secara relatif. Kerana tempatnya
lapang ianya disinari secukupnya oleh cahaya matahari siang. Biasan cahaya
cukup cantik. Memutihkan juraian air yang terjun. Rintik-rintik kerana
seolah-olah untaian mutiara yang tiada putusnya. Dari jauh dilihat seperti
sehelai tirai atau langsir yang terbentang. Lama atau sekejap berada di sini
bukan lagi faktor penentu. Cantik tetap cantik. Pada hujung minggu ramai
pengunjungnya. Al-maklumlah hanya itu sahaja yang ada di Mesir. Bukan kasihan. Tetapi
alhamdulillah Allah menganugerahkan sesuatu sebagai penyejuk hati. Penenang
perasaan. Mendamaikan sesiapa yang memandang. Di situlah keluarga bersatu. Rakan
taulan berhimpun. Makhluk manusia menikmati ciptaan dari Rabbnya.
Kebetulan air terjun ini mengalirkan
airnya ke Tasik Qarun. Tasik yang dikatakan tapak hartabenda Qarun yang Allah
tenggelamkan menjadi azab kerana keangkuhannya menidakkan nikmat rezeki dari
Allah. Allah memerintahkannya supaya membayar zakat tetapi ditolak kerana ia
menafikan bahawa rezeki yang ada padanya datannya dari Allah. Begitulah antara
cerita mausia yang kufur. Harta itu
diambil kembali oleh Allah kerana segala-galanya milikNya. Jika bersyukur
hartanya ditambah. Jika tidak diambil darinya. Diri manusia itu sendiri milik
Allah. Akan dikembalikan kepadaNya. Dunia ini hanya pinjaman. Untuk kehidupan
sementara. Menunaikan amanah Allah.
Begitulah seharusnya. Bersyukur dengan apa
sahaja nikmat yang Allah anugerahkan kepada kita. Kuantitinya tidak terbilang. Kualitinya sesuai dengan fitrah kita yang
berbagai. Yang lemah pula. Lebih atau kurang sangat menasabah dengan kemampuan
kita untuk menikmatinya. Untuk bertanggungjawab ke atasnya. Bukan untuk manfaat
kita secara individu tetapi untuk dikongsikan dengan mereka yang berhak ke
atasnya. Ingat! Kita hanya pemegang amanah. Amanah dari Allah. Bukan amanah
manusia atau makhluk lain. Manfaatkanlah segala yang kita miliki ke jalan
Allah. Salah guna membazir tanpa manfaat. Terlebih guna ke arah kebaikan akan
diganti dengan sesuatu yang lebih besar dari sisi Allah. Manusia tidak dapat
menilainya hanya dengan mata kasar. Ganjaran besar di akhirat. Tempat yang
abadi. Kekal selama-lamanya. Dalam tempoh infiniti. InsyaAllah.
Nota: *Sam, *Ham dan Yapith adalah anak-anak Nabi Nuh a.s. yang selamat dalam banjir besar pada zamannya. Yapith ke Timur dinamakan Monggoloid, Sam di Timur Tengah dan ke Barat dinamakan Causasian. Ham di Afrika dan dinamakan Negroid.
Di mana-mana gambar menjadi kenangan abadi pada masa akan datang. Gadis Arab di sebelah kanan tersesat dalam gambar ini.
Bak langsir yang memisah ruang. Putih dan jernih. Kemilau dioancar cahaya mentari.
Dari jauh tetap cantik
Ruang masa semasa ada
Mengenang kebersamaan kami berdua
Di belakang ialah Tasik Qarun
Mengalir ke Tasik Qarun.
Hanya inilah sahaja air terjun yang ada di Mesir.
Di padang pasir yang luas terbentang Allah alirkan air dari bumi. Tidak pernah kering dalam cuaca yang sentiasa panas dan terdedah.
Memijak air yang mengalir amat nyaman. Sejuk dan mengujakan.
Bersama anak-anak Johor
Lagi semasa berdua
Seperti hamparan yang jernih
Di bawah menanti terjunan air
Membuak-buak
Di bahagian yang lain
Di tempat ini ramai juga yang santai
Laluian air yang meluncur deras
Seperti bertingkat pula. Jaraknya agak jauh antara kedua-duanya.
Ramai yang bergambar di tebing bahagian atas air terjun ini
No comments:
Post a Comment