Ingatkah bulan madu anda? Manis dan membahagiakan.
Kerinduan yang bersarang di hati terurai dan terlerai. Rindu itu damai dalam
dakapan kasih sayang yang tiada tepinya. Tangis sendu yang melebar waktu. Jauh
yang hanya jarak seketika. Namun jarak itu memberat hati. Mengosongkan suasana.
Sunyi yang rapuh dengan air mata. Rindu serindunya. Wahai orang disayang, di
mana kau. Di mana kau. Lalu hari bahagia bersemanyam di singgahsana sehari
menemukan segala kerinduan yang selama ini hanya elusi. Realiti dan menifestasi
rindu itu datang menerpa. Membawa kesyahduan cinta dan kasih sayang. Mawaddah
dari Ilahi yang menciptakan segalanya. Maka bulan madu memaniskan segala yang
dicita. Malam yang tidak pernah siangnya. Siang yang entah bila malamnya.
Syurga loka yang sangat damai di hati.
Barangkali itulah bulan madu sepasang kekasih. Hanya
berkasih kerana kerinduan bertahun yang tersangat lama masanya. Tersangat
banyak kira hari dan waktunya. Dipertemukan jodoh dengan penuh syukur. Allah
mengizinkan pertemuan dua hati yang selalu rindu. Yang cintanya membelah bumi.
Mengangkasa harapan untuk hidup bersama sepanjang hayat yang abadi. Bulan dan madu itu berbaur dalam kerinduan
yang tidak pernah tamatnya. Menyatu dua insan yang jarak sudah tidak berkira
lagi. Di matanya direnung sedalam lautan. Di dasarnya bermain keindahan
berkasih sayang. Lalu dibisikkan nada irama beralun manja. Bersulam tinta
bahasa yang terlalu indahnya. Terlukis bingkisan cinta yang sukar dibahasa
indah. Tiada kata secantik bahasa,
Cuba ingat kembali saat itu. Saat yang tidak datang
kedua atau ketiga kalinya. Sayang jika bulan dan madu hanya peristiwa sejarah.
Dilupakan zaman kerana ianya sengaja disejarahkan. Dilupakan kerana ianya
berfitrah begitu. Untuk dilalui dan selebihnya untuk disimpan dalam kenangan.
Alangkah ruginya. Kita merindu setengah mati. Bila rindu terubat kita lupa
rindu itu. Berapa ramai antara kita yang mencipta rindu baru. Merindu dalam
dekat. Berkasih sayang dalam hangat zaman yang abadi. Tidak jauh kecuali rindu.
Tidak jauh kecuali cinta yang datang. Tidak jauh kecuali sayang yang
mengundang. Tidak lama kecuali lambaian manja membelai qalbu. Masih ingatkan
saat indah itu. Masih diulang lagi?
Terlalu ramai mereka yang meninggalkan madu dan
bulannya. Sibuk melayan anak dan cucu barangkali? Sibuk melayani kerjaya yang
semakin mencabar. Sibuk melayan hal-hal di luar rumahtangga. Pun jangan lupa
bulan dan madumu ada di sisi. Sentiasa setia menanti belaian. Menanti usapan.
Menanti jelingan. Menanti segala yang dirindu sejak dahulu. Kerlipannya
didambakan setiap masa. Rekindle that spark. No matter how little it is.
Make it glow and enlightgien you soul. Ralatnya kita selalu hanya
menyimpan rasa. Membiarkan segalanya
berlalu. Bukankah bulan sentiasa mengambang? Malamnya sinar bercahaya. Siangnya
di balik sinar mentari. Bukankah madu mengalir saban waktu? Selagi ada bunga
dan lebahnya. Selagi embun menitik di dinihari. Selagi pagi menjenguk jendela
hari. Bulan dan madu seiring waktunya. Manisnya waktu malam. Terangnya juga
waktu malam.
Semasa muda kita habiskan manis madu dan sinar bulan.
Percayalah, ketika itu kita hanya betah beberapa waktu. Bulan yang bermadu
hanya seketika. Madu tidak habis manisnya. Bulan tidak panjang sinarnya. Muda
kita terlalu cepat berlalunya. Lalu sibuk dengan kerjaya. Dengan anak-anak.
Dengan kesibukan sekeliling. Ramai antara kita tidak sedar bahawa bulan masih
bersinar di siang hari. Tetapi silau dek cahaya mentari. Bahawa madu masih
banyak tetapi tidak terhirup manisnya. Berhentilah sebentar dari kesibukan itu.
Cari diri masing-masing yang berbaki. Lihat kembali bulan di balik awan. Madu
di balik sarangnya. Akan terjelmalah lagi keindahan bulan. Akan bertambah manis
madu lebah yang kita pinggirkan. Akan tetapi bulan dan madu itu perlu dilihat
pada tempatnya yang hak. Diatur waktu sejak dari muda. Semoganya waktu tua
bukan waktu yang sangat sibuk. Bahkan ianya waktu santai untuk bersama bulan
dan madu. Dilihat atau tidak ia setia berada di tempatnya. Tetap setia
sinarnya. Bahawa lebah setia mencari madunya. Bahawa madu itu tetap manis dan
mungkin lebih manis bersama jangka waktu.
Pengalaman amat menyedarkan bahawa bulan dan madu
tetap bersama manis dan terangnya. Keindahan bersama segar terang dan manisnya.
Banyak yang telah dilalui bersama siang dan malamnya. Banyak yang telah ditemui
bersama waktu yang berlalu. Banyak yang memberi tambah nilai setiap detik yang
dilalui. Masa mendewasakan dan mematangkan kita. Di hujung waktu kita masih
bersama bulan dan madu itu. Masih terang dan masih lagi manisnya. Kerana itu
carilah bulan tuan. Carilah bulan puan. Hiruplah manisnya madu dari lebah yang
kerajinannya sukar dikira. Yang setiap pagi tidak pernah lupa mencari dan
membancuh madu untuk kita. Untuk insan seperti kita. Untuk menjadi hamba yang
patuh pada fitrah mengabdikan diri pada Yang Khaliq. Alhamdulillah bulan tetap
terang malam dan siangnya. Bertaut dengan manisnya madu sepanjang waktunya.
Babak-babak terakhir dalm hidup ini banyak bulan dan
madunya. Ianya lebih indah kerana pengalaman mengarifkan diri. Bahawa bulan tetap di situ. Mereka yang arif mengerti
di mana bulannya. Mereka yang bestari mengetahui manis madunya. Antara muda dan
lama tentu banyak bezanya. Yang muda berdendam dengan rindu. Yang lama membelai
bulan di riba. Menuai madu di sarangnya. Indah jika yang muda banyak sabarnya. Banyak
istqamahnya. Banyak mengatur lajur rindu untuk panjang memanjang sepanjang
bersama. Tiada yang lebih manis dari madu. Tiada yang lebih indah dari sinar
bulan. redup yang mendamaikan. Cerah yang menampakkan. Sinar yang menyerikan. Antara
bulan muda dan bulan lama tentu banyak bezanya. Tetapi bulan berumahtangga
tiada hilangnya. Berseri penuh purnama sepanjang masa. Bersama titisnya madu
pada bunga indah setiap dinihari.
Rugilah masa tua tanpa bulan. Tanpa terang dan
sinarnya. Bertambah rugi tanpa manisnya madu. Masa bukan untuk melupakan. Masa
bukan untuk melarikan diri dari fitrah diri. Masa bukan pengakhir sesuatu yang
indah. Sesuatu yang terang sinarnya. Madu tetap manis walau di mana adanya. Walau
di mana simpannya. Walau di mana minumnya. Jika kelainan itu ada kerana
situasinya berbeza. Habitatnya berbeza. Olahan memenghirupnya berbeza. Yang
nyatanya bulan tetap bersinar walaupun di balik mentari. Madu tetap manis pada
bila-bila kita perlukannya. Carilah ia jika hilang. Simpanlah ia bila digenggam
tangan. Tataplah ia bila di hadapan mata. Dakaplah ia sehangat dada. Sesejuk
hati. Sedamai bersamanya. Kita berada bersama bulan dan madu itu. Insyaallah
keduanya menyinari kita jika kita selalu mencari keberadaannya.
Air telaga ini bak air zam-zam rasanya. Diriwayatkan bahawa Sultan Hanafi ke Makkah menunaikan fardhu haji. Permaisuri minta dibawakan air zaz-zam dari Makkah. Malangnya bekas air telah tiris. Kering sewaktu tiba di Kaherah. Ralat Sultan Hanafi tidak terhingga. Dikatakan pada malamnya ia bermimpi Rasulallah meludah ke telaga ini. Sejak itu airnya seperti air zam-zam. Puaslah permaisur meminum air yang serupa dengan air zam-zam.
Di perkarangan masjid Sultan Hassan. Masjid lama di Mesir dihiasi dengan binaan di tengah masjid. Tempat wudhuk dan untuk minum.
Di hadapan masjid Sultan Hassan.
Masjid al-Rifaei ini bersebelahan dengan masjid Sultan Hassan. Di sini terdapat makam Raja Farouk dan Shah Iran.
Antara masjid yang terindah pernah kami jejaki. Letaknya di Kota Sallahuddin al-Ayyubi.
Untuk kedua kalinya kami jejaki makam Imam Syafie. Sangat dekat di hati.
Di tiang inilah Imam Syafie menghabiskan masa antara waktu Asar dan Maghrib dengan aktiviti akademiknya.
Plet ini dikatakan bekas tapak kaki Rasulallah (makam). Berbagai versi cerita mengenainya. Ada yang mengatakan ianya dibawa dari Makkah/Madinah. Ada pula yang mengatakan versi lain. Allah a'lam.
Sejenak bersandar di tiang ini mengembalikan ingatan kepada Imam Syafie.
Makamnya di sebalik dinding yang boleh diintai.
Insyaallah kami akan datang lagi sebelum meninggalkan bumi Mesir, bumi Anbia ini.
Jelajah kami ke Fayoum. Bumi tempat Nabi Yusof dan Zulaikha bermastautin bersama keturunannya. Ini adalah lading buah-buahan di Ain Seilin.
Kembara hanya mainan waktu. Bergerak dan merencana pergerakan yang berikutnya dengan izin Allah.
Antara tempat yang merakamkan hasil usaha Nabi Yusof membina kincir air untuk menyuburkan bumi Mesir. Kincir yang berusia ribuan tahun itu masih ada hingga sekarang. Sesungguhnya Nabi Yusof itu benar. Al-Quran itu benar. Kami menjadi saksi di sini.
Kembara ke Iskandariah. Kota Iskandar Yang Agung. Pahlawan Yunani. Perpustakaan ini antara yang terbesar di dunia.
Seperti di negara lain, filem dan teater adalah seni manusia.
Istana Raja Farouq yang sempat dijengah dari luar sahaja.
Bersama kereta kuda dan kudanya.
Sesuatu yahg luar biasa. Pokok kurma terdapat di Malaysia. Tetapi bukan ladang kurma. Tidak mungkin ada tandanan besar buah kurma di negara kita. Mungkin jika diizinkan Allah suatu haru nanti.
Dumyat. Pertemuan dua laut yang menemukan kebijaksanaan kepada Nabi Musa.
Rumah api ini bersemadi bersama kami.
Di hadapan masjid imam al-Lait.
Makam imam al-Lait.
Persekitaran piramid. Cukuplah Firaun dengan kegilaannya. Hanya mumiany ayang tinggal untuk Allah perlihatkan kepada manusia akhir zaman. Takbur manusia tidak ke mana. Maut juga akhirnya.
Masa bukan halangan. Seperti siang tetap datang malamnya.
Bukit Tursina telah kami jejaki. Pendakian yang penuh semangat. Munajat seorang hamba yang terlalu kerdilnya.
Di sini kaum Nabi Musa berehat selepas selamat dari ancaman Firaun yang Allah tenggelamkan di Laut Merah.
Di makam Nabi Salleh.
Di luar makam Nabi Harun
Makam Nabi Harun
Rehlah ilmu yang kami praktikkan. Ilmu tidak datang sendiri. Ia perlu dicari. Perlu dikejar. Perlu juga dirancang dalam hidup. Hidup ini perlu sangat banyak nilai tambahnya.
Saat-saat seperti ini tidak ditemui tanpa keluar dari kotak kahidupan yang biasa-biasa.
Banyak pertemuan yan tidak dijangka. Allah oertemukan kami dengan Tuan Yang Terutama Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir dan ditauliahkan juga ke Palestin. Iftar Ramadhan.
Di Jordan kami jejaki kota kaum Anbat di Petra. Kota yang keindahannya tersendiri.
No comments:
Post a Comment