Malaysia negara banyak sumber asli. Kaya
dan banyak. Sejak merdeka pada 31 Ogos 1957 kekayaan kita Allah limpahkan kepada
kita. Malangnya limpahan itu tidak turun ke bawah. Tidak sampai kepada rakyat
di bawah. Jika kita senaraikan, sumber asli kita terlalu banyak. Pada kewajarannya
kita semua menikmati kemewahan yang luar biasa. Namun kesemuanya menjadi
mimpi-mimpi indah yang tidak tercapai tangan.
1
Minyak kita gred baik. Harganya
mahal dalam pasaran dunia. Hasil minyak yang banyak itu sepatutnya kita belikan
minyak gred rendah untuk keguanan kita. Untung atau lebihannya untuk buat
pembangunan. Kita sepatutnya menikmati harga minyak yang rendah. Maknanya hasil
minyak melimpah hingga ke bawah. Tidak diempang di peringkat atas. Tiada tirisnya
ke bawah. Mungkin minyak dianggap milik negara. Rakyat tidak berhak mendapat
apa-apa manfaat darinya.
2
Getah: tayar, sarung
tangan dan kondom (maaf: fakta dan hakikat). Kesemuanya adalah tukaran wang
asing yang besar. Kita pengeluar terbesar sarung tangan. Pengeluar (maaf sekali
lagi) terbesar kondom dunia. Barakah getah asli.
3
Kelapa sawit: minyak,
margerin, sabun, susu, alat solek dan perubatan. Minyak sawit seperti emas pada
pepohonan kayu.
4
Perabot: kayu getah. Jika
dahulu kayu getak hanya layak sebagai kayu untuk memasak sekarang ini ianya menjadi
perabot yang menjadi kegilaan di Barat. Kita tidak menebang hutan sebaliknya menggunakan
kayu yang ditanam. Memulihara alam sekitar. Sesuai dengan propagasi mereka
untuk memelihara hutan.
5
Tekstil. Kita eksport
pakaian siap ke Barat dan US. Hasil tukaran asing yang besar.
Jika kita jumlahkan kesemuanya kita
terasa kaya. Namun hanya usahawan sahaja yang menikmati kemewahan. Sesungguhnya
Teori Pareto masih benar hingga sekarang. Mengikut teori ini hanya sekelompok kecil
warganegara yang menikmati sejumlah besar ekonomi sesebuah negara. Jika sumber
asli dapat diurus dengan baik, hasilnya dapat diagih kepada mereka di peringkat
bawah dalam bentuk pendapatan lebih tinggi atau dengan kos kebanyakan keperluan
yang lebih rendah. Dalam jangka panjang kos hidup dapat dikurangkan. Sebaliknya
taraf hidup dapat ditingkatkan.
Perindustrian perkilangan: intensif
modal vs intensif buruh. Sudah terlalu lama kita ketinggalan. Teori ini penulis
pelajari semasa menuntut di Universiti Malaya pada tahun-tahun 1975-78 dahulu. Sudah
lebih 35 tahun. Teori itu pula sudah lebih awal sebelum penulis pelajari. Maknanya
sesudah teori itu diperkenalkan kita ketinggalan arusnya sejak lebih 50 tahun
yang lalu. Jika diandaikan peluang pekerjaan tidak banyak, mengapakah pula
berlaku lambakan pekerja asing. Jika diandaikan peluang pekerjaan mencukupi
mengapa sukar mendapat pekerjaan bagi anak tempatan. Banyak persoalan ekonomi
dan persoalan dasar ekonomi itu sendiri.
Perdagangan: pasaran baru. Kita masih
terus-terusan menumpukan pandangan kita kepada pasaran tradisi. United Kingdom
dan USA. Pasaran-pasaran lain tidak diteroka. Mungkin tidak yakin. Mungkin juga
kita terlalu selektif. Sifat manja tajaan British. Di Kaherah penulis
kadang-kadang terpandang proton Saga, Proton Wira, Waja, Kembara, Kancil, Pesona
dan CamPro. Sesekali. Sebuah-sebuah. Tetapi hati penulis menjadi iri melihat
Hyundai, Toyata dan banyak lagi kereta Jepun dan Korea yang memenuhi jalanraya
dan di tepi-tepi jalan. Konsepnya berani, aggresif, pecahkan semua tembok
halangan dan akhirnya “cakap mestilah serupa bikin.”
Pelancongan: syarie. Dunia semakin sesak
nafas. Umat Islam tidak ramai yang peka tentang keperluan pelancongan syarie. Bebas
dari hal-hal yang dilarang.
1
Bebas dari makanan
haram.
2
Bebas dari maksiat
kejantinaan.
3
Bebas dari aktiviti
melalaikan seperti konsert dan sebagainya.
4
Bebas dari mendedahkan
aurat.
5
Bebas dari menggunakan
alat dan bahan terlarang.
6
Banyak aktiviti ibadat.
Bila agaknya kita dapat menikmati
kesemua itu. Di hadapan mata kita. Semasa usia kita masih ada. Aspek kehidupan Islam selalu terabai. Terpinggir
di tepi. Diletak di samping. Ditinggal jauh di belakang. Sikap kita begitu. Malu
dengan apa yang kita ada. Kita kendung dan kelek orang punya. Kita cicirkan
milik kita sendiri. Malu yang sangat tidak bertempat. Di negara orang apa yang
mereka ada
diktiraf sebagai autentik. Diperagakan. Dikomersilkan.
Mengkayakan budaya. Mengkayakan ummah. Mengkayakan negara. Kata masih banyak
perlu belajar lagi. Mengubah anjakan paradigma yang lesu.
Aspek produktiviti kita masih di tahap
rendah. Negara maju beranjak dari intensif buruh ke arah intensif modal. Sekarang
ini kebanjiran warga asing membawa banyak ketidakseimbangan kepada sistem sosial.
1
Budaya asing yang
berbeza. Tingkah laku yang berbeza.
2
Sistem kerja yang
berbeza.
3
Penyakit bawaan mereka
yang tidak disaring dengan teliti.
4
Jenayah yang semakin
membanyak dan membesar.
5
Inter-sosial yang tidak
selari dengan budaya setempat.
Kerana itu kita banyak
melihat kejanggalan dalam masyarakat. Jika tidak diteliti dan diperhalusi kita
pula yang nantinya menyerap budaya asing ke dalam budaya kita. Anak-anak kita
terpaksa belajar dari awal semula untuk mereka nanti cuba mengharmonikan antara
budaya setempat dengan budaya baru yang dibawa dari luar secara tidak formal. Untuk
mengurangkan lambakan pekerja asing sewajarnya kita mengorak langkah deras dan
berani untuk memulakan secara besar-besaran ke arah intensif modal. Kita tumpukan
kepada pekerja kita sendiri. Mahirkan mereka dengan teknologi tinggi. Salut mereka
dengan sikap dan sifat rajin dan usaha. Tanamkan semangat membina ummah. Membina
agama. Mencari syurga dalam ibadah bekerja.
Penulis membuat pemerhatian bahawa kita
sebenarnya banyak melakukan keborosan, ketirisan dan pembaziran dengan
terancang dan dalam situasi sedar. Maksudnya disengajakan. Apabila ada majlis
pasti ada perasmian pembukaan dan ditambah pula dengan perasmian penutup. Budaya
politik dimasukkan menjadi budaya majlis-majlisan. Selalunya majlis-majlisan sebegitu
dalam bentuk yang grand (mewah), makan-makan tanpa objektif produktif. Tiada
keuntungan timbal balas. Sanak saudara yang tidak berkaitan hadir sama. Tidak ada
relevannya kehadiran mereka. Bajet perasmian, dua perasmian mencecah ribuan
ringgit. Semakin tinggi taraf VIP ke VVIP maka semakin besarlah bajet yang
diperuntukkan. Bayangkan statistiknya dalam setahun. Di seluruh negara. Bajet majlis-majlisan
ini menelan kos berbilion ringgit. Dari Putrajaya hingga ke pedalaman di
Pahang, sarawak dan Sabah. Sewajarnya majlis-majlisan ini terpilih. Ada keutamaannya.
Berhemah membelanjakan wang rakyat. Yang berlaku hanya ketirisan dan pembaziran
kerana ianya hilang bersama tamatnnya majlis itu sendiri. Ianya tidak manjana
apa-apa nilai tambah.
Sejarah merakamkan bagaimana khalifah Umar
Abdul Aziz memadam pelita negara dan menghidupkan pelita keluarga kerana takut
terhadap dosa yang sentiasa dicatat malaikat Atid di sebelah kiri kita. Kita juga
dimaklumkan bagaimana Allahyarham Tun Razak membawa anak-anak dengan belanja
sendiri sewaktu membuat lawatan rasmi. Bukan dengan biaya kerajaan. Presiden Mesir
yang digulingkan membiayai tambang isterinya berubat ke Arab Saudi. Dengan
kapalterbang komersil. Sedangkan ketika yang sama beliau sendiri membuat
lawatan ke Arab Saudi. Pada pendapatnya isterinya tidak berhak menaiki
kapalterbang yang diperuntukkan kepada Presiden. Bukan isteri dan bukan anak-anaknya.
Bukan saudara mara dan bukan rakan-rakannya.
Pembaziran, kebocoran dan ketirisan
dapat dilihat dengan angka. Ada stastistiknya. Kita perlukan perubahan sikap
dan akhlaq yang benar-benar cintakan Allh untuk mengubah diri kita ke arah yang
lebih baik. Apa-apa yang kita pelihara akan kembali memelihara kita. Perjalanan
kita ke alam barzah mungkin tidak lama tetapi perjalanan ke alam akhirat sangat
lama. Kebaikan yang kita lakukan semoga
melindungi kita di alam barzah. Kita seharusnya berfikir untuk tidak menzalimi
diri kita sendiri.
No comments:
Post a Comment