Tanya diri anda sendiri. Sekarang. Jangan
tangguh-tangguh. Bila kali terakhir anda jatuh cinta?
1
Kali pertama bersua. Cinta
pandang pertama. Aduh indahnya.
2
Sebelum bertunang. Memadu
kasih dalam gelombang lalu. Dengan komputer dan sms. Yang jauh jadi dekat. Wajah
ditatap tiap waktu. Bangun tidur itulah wajah. Hendak tidur lelap mata bersama wajah
kesayangan.
3
Semasa bertunang. Masa yang
terlalu lama ditunggu. Membasahi bantal setiap malam yang sepi dan sunyi. Menunggu
saat yang terasa sangat lama.
4
Sesudah diijab kabul. Penantian
yang tiada lagi senggangnya. Bersama memadu kasih. Bulan madu yang tiada tolok
bandingnya.
5
Bila berjauhan. Ditinggal
dan meninggalkan. Rindu menyayat hati.
6
Tamat di situ.
Itulah cinta muda. Kurang fikirnya. Hanya
rindu semasa yang disulam dengan senda gurau dan air mata. Masa terlalu deras menjauh dan meninggalkan semua yang
indah. Tiba masanya hidup bertiga, berempat hingga berjela panjangnya. Kulit yang
gebu menjadi sedikit kusam dan layu. Tidak sempat menyapu losyen kerana sibuk
dengan anak dan pasangan. Pinggang yang ramping penuh berisi. Kesempatan untuk
riadah semakin terbatas. Rambut yang bagai mayang mengurai menggerbang tanpa
angin bertiup. Pakaian hilang seri dan cantiknya. Rumah pula penuh dengan
tanggungjawab siang dan malam. Di luar banyak juga tanggungjawab yang peru
dibereskan. Profesion tempat bergantung mengisi perut. Masyarakat tempat
berkongsi sekitar tempat. Agama dijulang kerana ianya milik Allah. Apakah cinta
berhenti di situ. Apabila rindu tidak
menggamit lagi di hati. Apabila ayu dan cantik tidak seanggun dahulu. Apabila perut
tidak berotot seperti dahulu. Apabila rambut menipis gugur bersama tambahnya usia.
Apabila tulang yang lembut sudah tidak lagi termamah gigi. Apabila yang dekat
sudah tidak lagi nampaknya. Apabila telinga banyak kali dipanggil dengarnya
tiada. Apakah masih ada lagi cinta yang dahulu.
Ingat lagi ikrar semasa mula bersapa. Intan
payung yang melindung diri. Kasih yang diulit dengan mimpi indah saban malam. Bahawa
cinta itu putiknya akan dijaga ribuan tahun. Dimamah besi dan batu untuk
menjaga amanah kasih. Setia yang berpanjangan hingga ke akhir zaman. Cinta itukah
yang hanya bersandarkan gebu ayu. Gagah berani bak sang putera raja dengan
pedang saktinya. Datangnya dengan kuda putih yang tangkas larinya. Apakah cinta
pudar dan layu ditelan usia. Hanya nikmat muda yang entah bila-bila. Atau cinta
itu hanya rindu-rinduan kerana belum bersama. Apabila di hadapan mata rindu itu
hilang bersama usia yang memanjat tua. Kita lupa indahnya. Kita lupa nikmatnya.
Kita lupa janji yang dipadu tanpa audit dan kira. Mulut bermain kata-kata indah
itu. Sayup di telinga yang sentiasa meminta dengarnya.
Anak-anak menggantikan cinta. Harta benda
mengurangkan cinta. Tua seperti memusnahkan cinta. Oop! Cuba pandang ke
hadapan. Mungkin 1,000 tahun lagi. Adakah lagi harapan untuk hidup bersama. Untuk
mati juga bersama. Nantinya untuk di syurga bersama-sama. Bukankah itu panduan
cinta yang dinukil dan diungkap banyak kali. Dahulu yang mungkin dilupa kerana
selang masa yang lama. Cuba surutkan masa ke belakang. Menjauh dalam minda. Lihat
semula pasangan masing-masing. Lihat semula fizikalnya dari atas hingga ke
bawah. Baca senarai semak ini:
1
Dialah yang paling baik
sepanjang hidup bersama. Hanya dia, hanya dia yang memberikan kebaikan itu. Kasih
sayangnya. Rindunya. Belainya. Usapnya.
2
Pandang lama-lama. Dialah
yang paling anggun dan antun antara ramai di sekelilingnya. Terbaik antara yang
sebayanya.
3
Cuba teliti. Kasih sayangnya
belum pernah terputus sejak lama.
4
Anda masih terlalu
rindu padanya. Jauhnya dirindui. Dekatnya merinduinya.
5
Anda masih menanti
kelibatnya. Di depan mata atau dengan ekor mata.
6
Baunya sinonim kasih.
7
Suaranya sinonim rindu.
8
Geraknya mengangkat
motivasi yang layu.
9
Olahnya memudakan semangat
yang perlu dijulang.
10
Hadirnya tetap memberi
terpaan sayang.
Penulis teringat kata-kata Sayyidina
Umar al-Khattab, isterinya adalah ibu kepada anak-anaknya. Begitulah agaknya
seorang isteri akan berkata, suaminya adalah bapa kepada anak-anaknya. Tanpa gusar
dan bimabang. Tanpa gundah dan bingung. Tanpa ada rasa sesal atau rungut
merendah harap. Kasih itu tetap ada. Sayang itu tetap bersada. Kita yang wajar
menjaganya. Yang pelru menggilapnya. Yang perlu meletakkannya di tempatnya yang
tinggi. Dijulang tanpa tempat dan masa. Bahawa sayang dan kasih itu tetap
bertahta di hati. Lara atau duka ia di situ. Senang atau indah ia di situ. Semestinya
tiada siapa yang boleh merampasnya. Apatah lagi mencurinya.
Usia hanya kiraan angka. Tanaylah mereka
yang sudah berumur banyak. Mereka tidak merasa tua. Tidak merasa menjadi kurang
upaya. Maknanya hati dan perasaan sentiasa muda. Bermakna jika kasih dan sayang
itu diingini, ianya kukuh pada hati dan semangat. Bukan hilang bersama usia. Ulamak
tersohor Indonesia, allahyarham Agus Salim, sentiasa berpegangan tangan apabila
berjalan bersama isterinya.
1
Jika bukan suami yang
memimpin isteri, siapa lagi.
2
Jika bukan suami yang
memberi kasih sayang, siapa lagi.
3
Jika bukan suami yang
memberikan yang terbaik, siapa lagi.
4
Begitulah sebaliknya bagi
seorang isteri terhadap suaminya.
Sebenarnya usia yang bertambah memberi
ruang kepada pasangan untuk lebih intim. Lebih mengetahui kasih sayang yang
dibina bertahan sekian banyak tahun. Melalui ujian dan cabaran yang bukan
sedikit. Lagipun apabila usia memanjat tua:
1
Masing-masing
kehilangan diri. Tetapi tidak kehilangan kasih sayang.
2
Usia hanya peredaran
masa. Menambah bilangannya tetapi tidak meninggalkan yang punya diri.
3
Semakin banyak ruang
untuk bersama. Anak-anak sudah mendapat kedamaian dan kebahagiaan
masing-masing.
4
Kebersamaan yang selalu
mengundang rindu. Ditatap bukan jemu. Ditinggal bukan lupa.
Namun semuanya perlu ada agenda. Perlu ada
usaha yang istiqamah. Perlu ada perancangan yang rapi.
1
Fizikal hendaklah
dipelihara. Usia lazimnya membawa bersama kesegaran pada diri. Pada kulit. Pada
bentuk tubuh badan. Pada keceriaan. Pada akhlak keseluruhannya.
2
Penampilan perlu
dijaga. Pasangan kita melihat kita dengan rasa sayang terbaik. Kitalah yang
paling disayangi. Paling dikasihi. Maka penampilan kita diperlukan lebih baik
dari orang lain yang sebaya. Tua bukan bermakna menjadi selekeh. Menjadi kumal.
Menjadi lusuh.
3
Kesihatan adalah resepi
ampuh untuk menambah dan menambat kasih sayang. Kehilangan kesihatan bermakna
meragut tenaga berkasih sayang. Hilang kesegaran bersama. Masing-masing
keletihan kerana merawat fizikal dan spiritual masing-masing.
Tiga resepi ini menajdi inti kepada
kekalnya kasih sayang. Tua yang menambah sayang. Usia yang mengangkat kasih. Mata
tertutup pada yang lain. Ditutup untuk melihat yang ada di depan mata. Cinta tidak
ada titik masa. Ia kesinambungan suatu titik yang panjang bak infiniti. Jauh dan
sayup di hadapan harapan. Memanjangkan hasrat untuk selalu bersama. Mendambakan
bahagia yang diusaha dan bukan datangnya sendiri. Kerana itu agenda hidup
termasuk juga mengagendakan kasih sayang yang kekal lama hingga ke hujung usia.
Jatuh cinta hanya sekali. Kasih sayangnya diabadikan sepanjang masa. Akhirnya kita
berupaya mengungkapkan kata-kata keramat cinta, “I love you!”
No comments:
Post a Comment