Semua pelajar bahasa Arab dimaklumi bahawa mempelajarinya adalah usaha yang sangat diredhai Allah dan rasuNya. Limadza. Mengapa. Rasululllah bersabda bahasa Arab adalah bahasanya, bahasa al-Quran dan bahasa di Jannah. Orang dahulu berkampung di Makkah atau Madinah. Ramai yang menetap di Mesir. Mereka menguasai bahasa Arab. Boleh menulis kitab. Membuka sekolah pondok. Membuka madrasah. Menjadi alim kerana keupayaan mereka membaca dalam bahasa Arab. Sumber agama yang autentik ditulis dalam bahasa Arab. Sumber rujuka utama ialah al-Quran. Dalam bahasa Arab. Al-Sunnah. Dalam bahasa Arab. Kitab-kitab karangan tabi’ien dan tabi’ tabi’ien semuanya dalam bahasa Arab. Tafsir yang masyhur semuanya dalam bahasa Arab.
Selama 1,000 tahun dunia barat dalam kegelapan ilmu. Gelap teknologi. Gelap kemahiran muamalat. Selama itu Islam telah membina tamadun. Sewaktu orang Barat belum tahu apa-apa sarjana Islam menyempurnakan angka dari 1 hingga 0. Terbina geometri, senibina, falaq, perubatan, pembedahan, algebra, sains, fizik, kimia, geografi, sosiologi, falsafah dan banyak lagi ilmu yang telah diperkembangkan oleh sarjana Islam. Apabila Richard the Lion Heart dari England tewas kepada Sallahuddin al-Ayyubi dendam orang Barat direncanakan secara halus. Hingga sekarang kita sebagai orang Islam terlalu terpedaya. Teknologi dari barat banyak meruntuhkan kehebatan Islam. Antaranya ialah bahasa, pendidikan, politik dan gaya hidup. di mana-mana sekalipun kita berada ramai orang yang berusaha bercakap dan bahasa Inggeris. Mereka semua berbagai bangsa. Jaminan bahawa bahasa Arab adalah bahasa Jannah tidak memberi lagi pemerhatian. Ada pula negara menjadikan bahasa Inggeris bahasa rasmi negara itu. Ironinya bahasa Inggeris bukan bahasa ibunda negara itu.
Berada dalam kelas bahasa Arab memberikan banyak keinsafan kepada saya. Benar kita belajar bahasa Arab. Jangan lupa bahasa Arab sinonim dengan bahasa al-Quran. Mereka yang belajar bahasa Arab tidak dapat lari dari merujuk al-Quran dan al-sunnah. Sesuatu ungkapan atau istilah didatangkan dari al-Quran. Dalam bertatih-tatih dengan bahasa Arab tidak boleh tidak kita membaca ayat-ayat al-Quran. Kita tidak lari dari huruf Arab. Dari al-Quran kita menemui huruf-huruf itu. Pasti juga perlu dikatahui makhraj huruf. Sifat huruf. Kalimah-kalimah yang mengandungi huruf mad. Walaupun dalam percakapan tiada mad muttasil atau mad munfasil atau mat lazim kalimah-kalimah yang mengandungi mad-mad tersebut wujud. Cuma dalam percakapan hanya ada satu harakat atau dua harakat sahaja. Bila hadir sahaja ﺍ , ﻭ dan ﻱ maka kalimah-kalimah itu mengandungi suku kata yang panjang. Di sinilah perlunya disiplin mempelajari bahasa Arab. Pertama sekali ialah pendengaran. Zaman Rasulullah dahulu ramai sahabat yang tidak tahu membaca dan menulis. Namun mereka boleh menghafal al-Quran. Pendengaran mereka kuat, teliti dan tajam. Keduanya ingatan. Dengar dan ingat menjadi dua elemen yang penting. Tanpa keduanya sukar untuk mengeluarkan semua apa yang telah dipelajari.
Lalu kita sampai kepada proses membaca. Maksudnya membaca tanpa teks. Iaitu membaca semula apa yang telah didengar sebelumnya. Bagi yang boleh menulis mereka menulisnya untuk dirujuk kemudian. Dengar, ingat dan baca menjadi satu proses yang berulang-ulang. Alhamdulillah ramai orang Islam yang Allah anurerahkan dengan kekuatan pendengaran, ingatan dan bacaan. Kerananya ramai Muslim yang hafal al-Quran. Kita yang banyak bergantung kepada membaca dan menulis sukar mengingat. Bila kita lupa kita rujuk balik catatan kita. Tidak terus keluar di bibir. Itupun kadang-kadang kita tidak membaca semula apa yang kita tulis. Catatan kita tidak dijadikan manuskrip yang akhirnya boleh diperincikan untuk menjadi buku atau kitab. Oleh kerana catatan sekadar catatan maka ianya tidk diberi nilaian yang wajar dan tinggi. Di mana sekalipun kita belajar bahasa Arab pasti gurunya megetahui al-Quran dan al-Sunnah. Guru bahasa Arab pasti boleh mengaji. Mengetahui apa yang dibaca. Boleh mentafsir.
Sayangnya jika kita tidak mengetahui bahasa Arab. Banyak al-Quran terjemahan. Harus diingat tiada ada bahasa yang sangat mirip. Seorang dari guru bahasa Arab saya, Dr Mohamad said sedang membuat perbandingan bahasa. Umpamanya dari mana datangnya one, lima dan wahid. Sekadar perbandingan. Kita dari Adam dan Hawa. Bagaimana sesuatu kelompok manusia mencipta bahasa dan istilah. Apa yang mendorong terciptanya perkataan atau istilah itu. Maka sesuatu bahasa itu khusus untuk sesuatu bangsa. Walaupun bangsa lain mungkin menggunakan istilah yang sama tetapi dimaksud yang berbeza. Usaha menterjemah al-Quran memanglah baik. Memudahkan orang lain memahami isi al-Quran. Apa yang hendak saya sampaikan di sini ialah bahawa semua terjemahan tidak dapat menepati maksud al-Quran yang sebenar-benarnya. Bahasa kita dan bahasa al-Quran berbeza. Malah banyak kalimah hatta huruf yang tidak dapat diterjemah atau ditafsir.
Memahami bahasa Arab memberi ruang untuk kita memahami bahasa al-Quran secara primer. Apabila kita memahami bahasa itu kita dapat memberikan intipatinya dengan lebih segar. Lebih tepat. Lebih memberi maksud yang difahami. Suatu usaha besar jika dapat menterjemah atau mentafsir al-Quran. Mempelajari bahasa Arab memberi kesempatan kepada kita untuk lebih arif tentang al-Quran dan al-Sunnah. Jika hafal al-Quran tugas mempelajari bahasa Arab lebih mudah lagi. Banyak ilham yang datang apabila kita tercari-cari kosa kata. Walau bagaimanapun menghafal al-Quran bukan prasyarat untuk mempelajari bahasa Arab. Minat, kesungguhan dan usaha keras yang penuh kesabaran diperlukan. Cuma nasihat yang mungkin boleh membantu ialah belajar dahulu al-Quran sebelum belajar bahasa Arab. Ianya banyak membantu. Proses belajar menjadi lebih deras.
No comments:
Post a Comment