Pernah saya singgah CN Tower (Canadian National Tower) di Toronto. Waktu mula sampai mendongak juga memandang menara yang begitu tinggi. Antara yang tertinggi di dunia. Gambar di atas pemandangan yang panaromik dilihat dari menara itu. Toronto merupakan bandaraya terbesar di Canada. Tiga bulan di sana tidak banyak tempat yang dapat diterokai. Sekadar tempat-tempat biasa yang selalu dikunjungi orang. Tasik itu besar. Gambar di bawah memperlihatkan keindahan Toronto dengan mercutandanya yang ulung. CN Tower.
Perasan tak? Semua bandar besar di dunia seperti wajib memiliki sebuah menara. Begitu juga dengan Menara Kuala Lumpur. Saya temui di Washington, New York, London, Toronto dan Kuala Lumpur. Rasanya ada di Putrajaya. Ramai mengatakan bahawa menara itu adalah lambang Iluminati. Satu cabang kelompok yang menguasai dunia. Mereka bukan agama, bukan bangsa,bukan juga Yahudi seperti yang selalu ditakuti. Mereka terdiri dari kalangan yang kaya raya, berkuasa dan dianggap berada pada echelon yang tertinggi.
Tasik Ontario adalah yang paling kecil antara lima
tasik besar di America Utara: Superior, Michigan, Huron, Erie dan Ontario. Semasa
di Tingkatan Dua dahulu (tahun 1962) guru Geografi saya menekankan akronim
HOMES untuk mengingat nama-nama tasik itu. H untuk Huron. O untuk Ontario. M
untuk Michigan. E untuk Erie dan S untuk Superior. Namun begitu tasik-tasik itu
bersaiz besar. Walaupun bukan laut tasik-tasik tersebut berperanan seperti
laut. Menjadi jalan perdagngan bagi bandar-bandar di sepanjang pantainya.
Toronto hanya sebuah darinya. Chicago, Cleveland, Buffalo, Thunder Bay, Green
Bay, Milwaukee, Duluth, Rochester, Hamilton dan banyak lagi. Sebahagiannya di
USA dan sebahagian yang lain di Canada. Kebanyakannya yang di USA lebih
membangun. Ramai. Meriah.
Toronto memberikan kenangan yang besar ertinya dalam
hidup saya. Bila kita mengembara di bumi Allah, kita diperlihatkan berbagai
ciptaan Allah. Bukan untuk dilihat. Bukan untuk sekadar dinikmati. Bukan pula
untuk berbuat maksiat di tempat-tempat itu. Yang lebih besar ialah mensyukuri
keberadaan kita di situ. Tidak ramai orang yang berkesempatan untuk berada di
tempat-tempat yang berlainan di dunia ini. Ramai orang hanya diberi peluang
membaca, menonton video, menonton filem, melayari internet, siaran langsung,
lintas langsung dan rakaman-rakaman elektronik. Itu hanya input-input sekunder.
Orang lain yang merakamkannya. Sudah diedit. Sudah diberi pandangan peribadi. Mengikut
persepsi mereka. Minat mereka. Banyak lagi yang tersembunyi dari pandangan
mata. Lain orang lain fokusnya. Lain hasratnya. Lain matlamatnya. Yang alami
masih tersembunyi kebenaannya. Banyak yang perlu dicungkil kebaikannya.
Kembara saya mengelilingi dunia memberikan rasa
bersyukur yang amat sangat. Allah memberi saya peluang dan ruang untuk melihat
sendiri ciptaannya yang terlalu banyak. Nikmat yang tidak terhingga dan tidak
terhitung. Merakamkan dengan gambar menjadi suatu tanggungjawab pula rasanya. Merakamkannya
melalui tulisan menjadi suatu keperluan. Merakamkannya dalam penceritaan
mudah-mudahan memberi iktibar. Memberi rangsangan untuk kita lebih mengenal
Allah. Lebih mensyukuri segala nikmat yang mencurah-curah ke atas kita. Mata kita
yang memandang telus di sebalik ciptaan. Telinga kita yang mendengar disebalik
bunyi ciptaan Allah. Minda kita yang berputar merencanakan proses dan prosedur
bersyukur kepadaNya. Perasaan kita yang selalu disapa taqwa untuk terus
beribadat kepadaNya. Sangat indah semuanya. Hati kita menjadi besar. Allah ada
di mana-mana. Pusinglah ke mana sekalipun Allah besama kita.
Yang penting apabila kita berada di tempat-tempat
yang berlainan kita belajar untuk menyerap budayanya yang positif. Amalan hidup
yang penuh dengan syukur. Menegathui dari mana kita datang, apa yang sedang
kita lakukan, ke mana kita harus mengarahkan diri kita untuk menuju akhirat. Akhirnya
kita bertemu dengan Rabb kita. Pertemuan yang mengakhiri segala pertemuan. Toronto
hanya satu episod dalam hidup saya. Laluan-laluan pejalanan di destinasi yang
lain memberi impak yang lain. Merealisasikan apa yang pernah saya baca. Menjengah
realiti dari alam realiti teknologi. Semuanya
dihidangkan Allah di hadapan mata. Ditatap sendiri. Bukan cerita orang kedua
atau ketiga. Ini cerita benar yang dialami sendiri. Digarap melalui kesedaran
ianya suatu pengalaman yang besar ertinya dalam hidup.
Pengembaraan bukan suatu pembaziran waktu. Bukan pembaziran kos. Bukan pembaziran
tenaga. Bukan pembaziran perasaan. Mereka yang kembaranya banyak, maka mindanya
penuh dengan pengalaman sendiri. Pernah melihat adalah suatu kelebihan. Pernah berada
di suatu tempat dan ruang adalah suatu anugerah yang sangat perlu disyukur. Udara
yang pernah dihirup menghidupkan. Tanah dan bumi yang dipijak memberi fakta kenyataan.
Bukan untuk disimpan beku dalam minda dan inatan. Saya kongsikan untuk pembaca.
Kesemuanya adalah kebaikan dan hikmah. Kita melihat yang bermanfaat. Tahaf syukur
memberikan gambaran keluasan dan ketinggian leluhur pengalaman. Susur galur
perlajanan yang panjang tetap berhenti. Namun hentian bukan penamat segala yang
tamat. Ianya menggerakkan kita untuk mengumpulkan sinergi tenaga bagi
memanfaatkan orang lain. Biar minda kita terus meneroka. Di luar sana Allah
menyediakan banyak ciptaannya untuk difikir dengan insaf bahawa kita terlalulah
kerdilnya.kepada Allah sahaja kita bergantung segala harap. InsyaAllah. Amin.
Di tepian Tasik Ontario itulah terletaknya Toronto di negeri Ontario. Saya suka plet kereta di Ontario. Captionnya berbunyi: Ontario, yours to discover. Kerana Toronto berada di tepian tasik maka terdapat sebuah marina yang besar. Penuh dengan bot berkuasa tinggi. Sukan air yang biasa bagi orang putih. Water skiing. Jet skiing. Cruising. Memancing. Berenang dan banyak lagi.
Berhampiran marina itu tapak pameran terbesar di Canada. Saya dan teman-teman melihatnya pada hari kedua di Toronto. Gambar di atas menunjukkan seekor ayam yang sungguh besar. Mungkin mencecah 10 kg. Terpegun Mohamad melihat ayam besar.
Bayangkan di tasik-tasik di utara Amerika itu terdapat kapal peronda dan kapal perang. Kapal pengangkut tidak perlu dikira banyaknya. Saya berkesempatan berada di atas dek sebuah kapal yang sederhana besarnya. Di Malaysia belum pernah merasainya. Hingga sekarangpun.
Berebut-rebut orang ingin masuk ke dalam kapal. Bukan mudah mendapat pengalaman sebegitu. Percuma pula. Apatah lagi orang yang jauh dari laut. Kapal besar adalah sesuatu yang istemewa.
Perabot tidak terkira banyaknya. Berbagai-bagai jenis kayu. Canada kaya dengan hutan hawa sederhana. Pokok kayunya besar-besar dan tinggi-tinggi. Ratusan tahun usainya. Perabot mereka advanced. Ergonomic. Human engineering yang selalu diberi perhatian.
Terdapat bayang sedang mengambil gambar. Itu bayang saya. Matahari di sebelah belakang. Bayang yang membayangi. Bayang itu adalah kita yang membayang. Lin dan Mohamad posin di hadapan meriam.
Di sebah jeti. Marina di belakang saya penuh dengan berbagai saiz bot. Seperti di tepi laut pula. Santai kedudukan dan keadaannya.
Di belakang sana adalah sebuah sphere yang besar. Di dalamnya ruang pamerean yang luas. Saya dan Lin santai duduk-duduk.
No comments:
Post a Comment